Dengan perlantikan tersebut sudah terang lagi bersuluh kelemahan UMNO dan Barisan Nasional.Berita perebutan dan lobi melobi di antara pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk menjadi calon pilihanraya sedang berada di kemuncanya dan dengan kelebihan Najib sedang berada di Makkah maka ramailah ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawanagan ikut terbang sama ke sana dengan niat untuk melobi.Bimbang takut di intip oleh pesaing-pesaing politik sendiri di tanah air maka alternatif tersebut di ambil.Nampaknya Nalakaruppan sudah menang dalam lobi melobi ini...
Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.
Pengumuman itu dibuat menerusi pemberitahuan parlimen selepas diedarkan kepada petugas media, hari ini, lapor sebuah akhbar. Nallakarupan ahli perniagaan merupakan bekas sahabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nallakaruppan pernah bergiat dalam PKR pimpinan isteri Anwar - Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail - pada 2007 tetapi keluar parti kira-kira setahun selepas itu.
Nallakaruppan kemudiannya menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) tetapi tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 bagi menumpukan kepada kerja-kerja dalaman.
Beliau terkenal ahli politik yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar dan PKR.
0 comments:
Post a Comment