Ku Li, Dari Team B Ke Plan B

on Nov 11, 2011



Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Umno mewakili Gua Musang di Kelantan memunculkan semula dirinya dalam politik negara, memperlihatkan ketahanan ahli politik veteran ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Ku Li ialah seorang daripada dua orang yang pernah mencabar presiden Umno, dan kini masih lagi bersama parti itu.

Dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang rancangannya menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 tidak berjaya, Ku Li tidak berdepan akibat seperti yang dihadapi Anwar, dan masih dapat diterima dalam Umno.

Pada masa yang sama, Ku Li berjaya menunjukkan diri sebagai tokoh yang berpengaruh - walaupun semua tidak sependapat dalam hal ini - di kedua-dua belah garis politik membahagikan kumpulan terbesar, dan diambil kira dalam rancangan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara sejak rancangan 16 September pada 2008.

Menjelang 11 September, 2008, Ku Li pernah disebut-sebut akan menyertai gabungan pembangkang dan bersama merampas kerajaan pusat daripada Barisan Nasional.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Ku Li sekali lagi menjadi tumpuan ekoran gerakannya sejak beberapa bulan lalu, sehingga disebut-sebut ditawar untuk menggantikan Anwar sekiranya ketua pembangkang itu dipenjara.

Ku Li kini melalui Angkatan Amanah Merdeka terus cuba meletakkan diri di kedudukan yang penting kepada kedua-dua pemerintah dan pembangkang Pakatan Rakyat.

Beliau sememangnya menjaga hubungan baik dengan PAS yang menguasai Kelantan, dan bersama dalam menuntut royalti minyak, satu perjuangan penting PAS Kelantan.

Ekoran rasminya penubuhan Amanah, Ku Li kelihatan cuba menjarakkan diri daripada Umno, dengan cuba mengambil satu ruang tengah yang berpotensi membolehkan beliau meningkatkan kepentingan kepada kedua-dua pemerintah dan PR.

Pilihan bergerak melalui Amanah kelihatan menjadi pilihan terbaik Ku Li, dengan memperlihatkan tidak sepenuhnya sehaluan dengan Umno yang dinilai dalam keadaan kritikal dan pada masa sama tidak menyertai PR dan mencetuskan rasa kurang senang ramai pemimpin yang bersaing untuk mendapat kedudukan.

Ku Li kini menjadi pemimpin paling senior dan mungkin paling mudah menjadi pilihan kompromi untuk menjadi perdana menteri dalam kes senario Anwar dipenjara dan BN berdepan situasi lebih buruk berbanding 2008, kerana agak kurang mencetuskan pertentangan berbanding beberapa tokoh lain.

Berbanding pemimpin-pemimpin lain juga, Ku Li mungkin yang paling bercita-cita besar dan paling bersedia untuk berjuang mendapatkan kedudukan perdana menteri.

Aktiviti Ku Li bersama Amanah kini boleh dilihat sebagai tempoh paling aktif dan agresif beliau untuk menempatkan diri di posisi kuasa selepas episod mencabar Mahathir pada 1987 dan tewas.

Kemunculan semula Ku Li dengan tawaran baharu kini menggambarkan kesediaannya untuk sekali lagi berusaha mencapai impian kuasanya, yang pertama kali dilakukan pada 1987.

Ku Li, ekoran perkembangan ini, berpotensi menjadi pelan B kepada rancangan pakatan pembangkang merampas Putrajaya di bawah pimpinan Anwar, sekiranya PR menerima beliau sebagai sekutu, sekiranya situasi memerlukan nanti.



Photobucket

Dendam Lembu Terbalas...?

on




PKR mengambil masa lebih setahun untuk membalas 'dendam' apa yang dilakukan oleh pemuda liar yang didokong Umno Selangor ke atas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Khalid pada tahun pertama beliau jadi MB telah memberi lembu korban kepada kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak. Pemberian lembu korban itu dianggap sebagai perbuatan salah dan ada unsur-unsur rasuah.

Alasannya naif kerana lembu itu diberi kepada parlimen di luar Selangor sedangkan duit digunakan membeli lembu adalah duit kerajaan Selangor?

Laporan kepada SPRM dibuat oleh sebuah badan bebas atau Ngo yang menguruskan perihal rasuah lembu korban itu. Kalau tidak silap saya Nazree Yunus yang tampil membuat laporan SPRM ke atas Khalid. Ketika itu Nazree adalah budak suruhan dan anak didik Ezam Mohammad Nor di dalam sebuah badan bertindak apa dinamakan Gerak.

Nazree hari ini sudah menyertai PKR dan menjadi Ketua Angkatan Muda PKR di Negeri Sembilan. Beliau tidak ikut jejak bekas bosnya kembali menjilat butut Umno dan diberikan upah menjadi senator boy.

Ketika itu riuh randah fasal lembu. Khalid sendiri jadi malu kerana beliau digelar lembu. Sepanduk menguntuk MB yang berbunyi berbagai kata-kata penghinaan diangkat untuk menjatuhkan imej dan maruah Khalid. Antara kata-kata itu "MB Bodoh Macam Lembu", "Khalid Lembu" dan sebagainya.

Bunyi sepanduk itu sebenarnya menggambarkan khalayak yang membawa kepala lembu tersebut yang lebih primitif daqripada orang yang belum tamadun dan tahu tekan lif untuk naik ke menara KL.

Bila dibuat aduan SPRM secepat kilat pula membuat siasatan ke atas laporan dibuat Gerak itu. Akhirnya SPRM mendapat Khalid tidak bersalah dan tidak ada unsur rasuah. Itulah politik, lembu korban untuk dibuat kebajikan pun dibawa ke SPRM. Apa yang diterima Khalid sama yang diterima Nik Aziz di Kelantan yang hendak pergi tunai haji pun dibawa ke SPRM. Sampai MB itu terpaksa membatalkan niat untuk ke Makkah.

Tuhan itu Maha Adil dan Maha Membalas. Hari ini keaiban yang dirasai Khalid itu dan sebahagian orang dalam PKR itu sudah terbalas. Kalau ia sebagai dendam PKR kerana menghina MB mereka, kini ia terbalas. Pendedahan yang dibuat oleh PKR berhubung penyelewengan dalam projek fedlot bernilai RM250 juta yang diberikan kepada keluaraga Sharizat Jalil telah menjawab cerita sebenarnya.

Pendedahan bagaimana pengusaha projek itu telah membeli kondominum bernilai RM9.8 juta menyebabkan semua penghinaan ke atas Khalid sebelum ini terjawab. Pendedahan itu menebus aib kerana fitnah. Kini yang ternyata bermain dengan lembu dan mencuri wang rakyat ialah menteri UBN dan bukannya MB PKR atau Pas.

Apa yang berlaku seperti mana didedahkan Saifuddin Nasution Ismail itu sungguh mengaibkan sekali. Apa lagi ia melibatkan maruah dan integriti perdana menteri, timbalan persana menteri, menteri pertanian dan asas tani, menteri wanita, ketua pemuda dan lain-lainnya. Orang ini mula cuba menyumbat rahsia busuk ini (penyelewengan) ini dengan kain buruk persis menyumbat mulut lembu berair agar tidak meleleh air liur.

Tetapi Tuhan Maha Berkuasa. Kalau sudah busuk, ia tidak dapat dilindungi dengan sebatang lalang lagi. Betapa ia dikunci dan ditutup kemas kemen tetapi bila ia busuk ia akan berbau juga. Curahlah berdozen minyak wangi ia akan tetap membusuk, menerawang ke lubang hidung rakyat jelata. Pihak PKR telah berjaya menghidu bagaimana wang untuk projek lembu itu disalah gunakan membeli kondo di Bangsar bernilai RM9.8 juta.

Itu yang telah didedah yang belum terhimbau busuknya masih banyak. Peruntukan untuk projek lembu itu banyak. Nescaya ada lagi. Pendedahan itu bukan saja memalu, mengejut tetapi melucukan. Peruntukan untuk projek lembu digunakan untuk beli kondo. Benar kata Saifuddin kondo dan lembu tak ada kena mengena langsung.

Sebenarnya masih banyak penyelewengan dan tembelang busuk UBN yang belum didedah. Yang terdedah itu hanya tidak sampai 1 persen. Selepas ini akan ada lagi pendedahan demi pendedahan keburukan dan penyelewengan dilakukan UBN. Logiknya tidak dinamakan kerajaan UBN kalau ia bukan menyonglap wang rakyat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemberi maklumat terutamanya berhubung bukti transaksi wang untuk pembelian kondo berkenaan. Anda sebenarnya adalah wira negara kerana keberanian anda rakyat dapat tahu akan "mahabul"nya kerajaan UBN ini. Terima kasih juga kepada tiga pemimpin pelapis PKR yang berani dan ulet Saifuddin, Rafizi dan Tian Chua kerana menguruskan pendedahan itu secara sistemetik sekali. 

sumber
Photobucket

SEBELUM DAN SESUDAH.

on




Tiga Keping gambar terawal ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi pada 31 Oktober bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira pukul 5 petang pada hari tersebut.



Manakala dua keping gambar dibawah pula ialah gambar terbaru PM dan Isteri selepas menunaikan Haji.

9 NOV. 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengaminkan doa sejurus tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah ketika tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. - Bernama


10 NOV. 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyalakan pelita tanda simbolik perasmian sambutan Rumah Terbuka Deepavali di SMK Kampung Jawa, Klang. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel. - Utusan/MOHD SHAHARANI SAIBI




Photobucket

Umno Assembly In December On, GE-13 Likely To Be In January 2012

on Nov 10, 2011


Umno assembly in December on, GE-13 likely to be in January 2012



Despite speculation that Prime Minister Najib Razak is poised to dissolve Parliament on Friday and call for the country's 13th general election next month, the latest from the Umno grapevine is that he will wait until after the party's annual assembly due to be held in the first week of December.
"As Tengku Adnan pointed, Umno needs to gather the biggest crowd ever to its assembly to get all the members fired up before GE-13. The latest is that the assembly is on track. No cancellation as speculated. So by inference, this means there won't be dissolution of Parliament tomorrow. But we think he will dissolve Parliament on December 9," an Umno watcher told Malaysia Chronicle.

Corruption scandals

It is believed that while Najib has sole discretion over when to call for elections, the Umno supreme council has made it clear to him to wait. To rush into GE-13 amid the slew of bad press that has hit several Umno leaders in recent weeks would be "suicide".
Already a book written by a former Umno division chief entitled The Mistakes of Najib is circulating around the country, calling on Najib to quit before the party takes on its biggest battle against the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim.
His deputy, Muhyiddin Yassin, who tried to beat the racial war drums using the PPSMI issue to gain favour with Umno's mostly Malay members, had to drop the idea after a public 'warning' from influential ex-premier Mahathir Mohamad. Muhyiddin was forced to allow those already learing Mathematics and Science in English to continue doing so although he had previously said there would be no concessions.
Women's chief Shahrizat Jalil is another leader, who might find it tough to face party delegates after accusations that her family had allegedly siphoned off more than RM80 million from the National Feedlot Centre beef production project to other family-owned businesses.

January 2012 the latest forecast

Meanwhile, the Chinese press took as a signal of elections next month news that Najib would all retired BN MPs on Thursday.
"It is learnt that BN has prepared its campaign posters and fliers. Most of the campaign materials were printed in China and delivered to Malaysia in containers," the Kwong Wah Yit Poh said in a report.

Nonetheless, given the latest development, it is unlikely Parliament will be dissolved this week. Chances are now higher for dissolution of Parliament in December and snap polls to be held in January 2012.
"The GE date is a shifting target but I think more or less it will be very early next year after the Budget 2012 goodies have been paid out," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"It is still too soon because the electoral reforms have not been touched at all."

Malaysia Chronicle



Photobucket

Pembubaran Parlimen 11.11.11 Tidak Akan Berlaku...?

on


ESOK 11.11.2011 tarikh yang dikatakan diminati oleh Haji Mohd Najib. Kononya Najib akan menggunakan tarikh itu sebagai tarikh untuk membubarkan Parlimen. Kalau Parlimen dibubarkan esok, bererti dalam masa 60 hari pilihan raya umum ke 13 akan diadakan. Kesegeraan Haji Najib membubar parlimen bererti dia mahukan pilihan raya diadakan pada tahun ini juga.

Kemungkinan itu pada saya amat mustahil. Ertinya esok tidak ada pembubaran parlimen oleh Najib. Banyak sebab kenapa saya mengatakan demikian. Dalam tempoh sebulan ini rakyat negara ini sibuk menghadapi sisa-sisa usia tahun ini. Rakyat sibuk untuk menyediakan bajet masing-masing untuk digunakan tahun depan.

Bajet rakyat juga akan bergerak seiringan dengan bajet kerajaan. Kalau kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus, rakyat akan menganjurkan angka lebih rendah dari itu. Rakyat tidak percaya kepada unjuran kerajaan.

Dalam kesibukan rakyat itu, tidak mungkin pilihan raya pada bulan Disember. Lagipun banyak perkara yang belum siap dan perlu diperkemaskan oleh Najib. Dari sudut kesediaan untuk berdepan dengan pilihan raya nampaknya Pakatan Rakyat lebih bersedia. Begitu juga dengan rakyat, masing-masing menanti untuk melalui pilihan raya ke-13.

UBN belum menuba atau saiko rakyat habis-habisan lagi. Peruntukan untuk rakyat menerusi wang segera (one-off) juga masih ada yang belum diterima. Setengahnya akan diberikan pada awal Januari. Itupun kalau duit ada, kalau tak ada hanya boleh dengar figure sahaja.Figure tidak boleh dimakan.

Klinik 1 MalaysiaKedai Rakyat 1 Malaysia juga masih bermasalah. Harga barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia tidak stabil, dan ada barangan harganya lebih mahal dari kedai runcit orang Acheh atau kedai mamak di celah flat. Semua itu kena diperkemaskan oleh Najib sebelum parlimen dibubarkan.

Selain isu-isu lain juga banyak dan makin bertambah. Nama-nama calon UBN juga difahamkan belum selesai dan masih ada yang belum putus. MCA menuntut kerusinya, manakala Umno mahu mengambil mana-mana kerusi yang gagal dimenangi MCA. Begitu juga dengan MIC. Khabarnya sesetengah orang Cina yang menyokong MCA sudah bersiap sedia untuk swing kepada Pakatan Rakyat ramai-ramai kalau kerusi mereka diambil. Salah satu ialah di Wangsa Maju.

Secara diam MCA memprotes dan mendesak Najib. MIC juga khabarnya memberi kata dua kepada Haji Mohd Najib. Mereka sedia menerima apa saja pemberian projek, tetapi mereka tidak akan bertolak ansur dengan kerusi. Mereka - MCA dan MIC sudah mengira kalau kerusi mereka mengecil akhirnya mereka kehilangan kuasa. Hendak tak hendak mereka kena mempertahanakna kerusi mereka untuk dipertandingkan.

Perlantikan menteri menerusi senator tidak menjadi kuasa mereka akan kekal. Ia hanya mampu bertahan selama tiga tahun saja. Mereka sedar akan tektik dan strategi memancing sokongan menerusi kedudukan dan pangkat ini. Jadi masalah ini masih 'berpolet' dan 'berbalut', makanya tidak mungkin Haji Najib akan segerakan pilihan raya.

Tidak cukup itu konsensus dengan parti-parti komponen lain juga belum selesai seutuhnya. PPP pimpinan Kyevas juga menuntut dua tiga buah kerusi. Belum nampak bayang kerusi mana yang akan dilepaskan kepada PPP. Salah satu kerusi diminta PPP ialah Parlimen Kuala Krai di Kelantan. Naib Presidenya, Nik Sapia berhajat bertanding di situ. Tetapi sebahagian besar ahli Umno mahukan kerusi itu dikekalkan kepada BN.

Begitu juga dengan Sabah dan Sarawak. Yang paling rumit kepada Haji Najib untuk menghadapi masalah bakal ditimbulkan oleh PBB di Sarawak. Hubungan Najib dengan Taib Mahmud belum pulih molek. Kritikan Najib kepada Mahmud kerana lama berkuasa masih luka dan terus berdarah. Permintaan Haji Najib agar Taib Mahmud berundur benar-benar menyinggung hati Taib Mahmur sampai Taib kata orang Semananjung jangan buat pandai di Sarawak.

Itu masalah besar. Ada khabar sekiranya kena cara dan saluran PBB akan bertanding secara bersendiri, maksudnya tetap guna lambang BN tetapi kalau menang belum tentu mereka akan memberi sokongan kepada BN. Tidakkah haru kalau begitu.

Kewujudan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) juga menjadi gangguan kepada Najib. Walaupun Amanah baru tetapi Ngo pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah itu tetap menjadi gangguan. Kalau sebelum ini Haji Najib menerima cadangan Umno Gua Musang supaya tidak mencalonkan Tengku Razaleigh untuk kerusi Parlimen Gua Musang, tetapi mungkin cadangan itu kena direnung kembali. Kalau Tengku Razaleigh terus diberi kerusi apakah Ketua Pemuda Umno Bazlan tidak akan mengamuk!

Sebuah lagi Ngo yang masih belum selesai dan dapat kata putus iaitu kedudukan Perkasa(m). Ada pendapat mengatakan presidenya akan diberi laluan untuk kerusi Pasir Mas. Tetapi ahli pertubuhan itu khasnya pemimpin yang berwibwa juga mahukan kerusi tersebut. Kalau mereka tidak diberikan kerusi dan cukup menghadiahkan kepada ketua mereka saja, tentu akan bangkit kemarahan.

Manakala penyerahan kerusi parlimen Pasir Mas kepada presiden Perkasa(m) itu menjatuhkan maruah Mustapa Mohamed, Awang Adik Husin dan sekalian pemimpin terbesar di Kelantan. Mereka akan dilihat sebagai pemimpin yang tidak ada batu ***** kerana terpaksa akur dan tunduk kepada ketua Ngo itu. Rasanya lebih baik UBN hilang kerusi Pasir Mas daripada menanggung aib dihina apabila kerusi itu dipajakkan oleh ketua Ngo itu.

Semua masalah-masalah itu perlu diselesaikan dahulu kalau Haji Najib hendak bubar Parlimen. Kalau ia dibubar dalam keadaan belum bersedia ibarat kata Haji Najib sengaja belayar malam waktu hujan ribut. Saya tidak fikir Haji Najib sedia berbuat begitu kerana masa masih ada untuk menanti hujan ribut reda dan menanti mentari baru 'jeluah' semula diufuk timur. Tempoh berakhir penggal parlimen ke-13 ialah pada Mac tahun 2013.

sumber
Photobucket

Itu Baru Shahrizat....Menteri Lain....?

on


Sejak pendedahan oleh Ketua Audit Negara mengenai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), banyak pendedahan dibuat mengenai NFC dan kaitannya dengan syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Jawapan Shahrizat pula terlalu lekeh dan langsung tak ada kelas. Tak cerdik sungguh bila dia dakwa PKR mahu hancurkan Wanita Umno. Mungkin dia nak heret seluruh wanita Umno menjadi lawyer percuma dia...

Agaknya terkekek-kekek Tan Sri Rafidah Aziz mentertawakan jawapan poyo Shahrizat itu. Dalam pemilihan Umno sebelum ini, Rafidah tertungging hangit ditewaskan oleh Shahrizat dalam perebutan menjadi Ketua Wanita Umno.

Isunya sekarang, kalau benar keluarga Shahrizat dah belasah berpuluh juta harta negara, bagaimana dengan pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) lain dan keluarganya? Adakah misalnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor baik sangat? Adoi la!!

Cuba baca artikel Raja Petra Kamarudin bertajuk "State-of-the-art technology, maybe". Antara lain dia kata:
Malaysia is going to buy six patrol boats at a total cost of RM6 billion or RM1 billion per patrol boat. Of course, Malaysia’s patrol boats are going to be far advanced and more sophisticated than those of the Philippines who paid only RM31.5 million for theirs. The Philippines’s patrol boats can only patrol the waters. Malaysia’s patrol boats can…well…patrol the waters.
Dengan seribu skandal pun, hampa ingat Umno akan kalah? Sorry la... Stock-stock bodoh berlambak-lambak. Depa dah tergelejat-gelejat tak sabar-sabar nak jual maruah dan harga diri.

Masa dia berlawan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata, ada pengundi yang sanggup menggadai maruah mereka kerana wang RM200, mesin jahit dan jalan tar tanpa memikirkan soal maruah sebagai pengundi dan masa depan rakyat.

Soalnya, betulkah Abdullah lebih buruk dari Najib? Adakah mereka sama sahaja? Atau, adakah Najib lebih buruk dari Abdullah? Ada akai, pakai!

Berkaitan:
‘Greedy scions’ thriving on govt funds (FMT 10/11/11)
Syarikat projek lembu beli kondo mewah RM9.8 juta (Malaysiakini 10/11/11)
PKR: NFC bayar RM10 juta beli kondo, milik keluarga Shahrizat (MI 10/11/11)
'Luxury condo purchased with NFC money' (FMT 10/11/11)


Photobucket

Kisah Tiga Perdana Menteri: Tak Hairanlah Malaysia Akan Bankrap!

on






Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang berwawasan yang telah berusaha membangunkan Malaysia berdasarkan 'nasionalisme korporat' dengan cara bertentangan dan paksaan demi mencapai status negara perindustrian yang berkeinginan untuk masuk dalam senarai negara-negara maju OECD menjelang tahun 2020.

Sekarang diusia 85 tahun, Mahathir telah memperolehi pencapaian yang besar dan telah menetapkan tanda aras yang tinggi. Walaubagaimanapun, beliau juga gagalan dalam beberapa aspek. Secara keseluruhannya, sewaktu beliau bersara, keadaan masih baik walaupun pelan sosial yang beliau bina melalui Dasar Ekonomi Baru adalah telah berjaya mengasingkan orang Melayu hampir sepenuhnya daripada kaum-kaum lain.

Kisah kejayaan Mahathir berhenti pada tahun 2003 apabila beliau secara tiba-tiba menyerahkan tampuk kepimpinan kepada timbalannya Abdullah Badawi. Ia kemudiannya membawa kepada permulaan masalah.

Badawi menyelit masuk dan keluar, tiada pencapaian konkrit


Badawi tidak dapat masuk ke dalam acuan yang ditinggalkan oleh Mahathir dan dia juga telah mengabaikan semua amaran awal. Badawi telah hilang dalam dunianya sendiri tanpa memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam negara ini sama ada dari segi ekonomi, kewangan, sosial atau politik. Beliau menyerah semuanya kepada "orang-orang bodoh di tingkat empat" yang diketuai oleh menantunya Khairy Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai Perdana Menteri de-facto termuda di negara ini.

Badawi hanyalah alat bersuara dan apabila ditinggalkan sendirian, beliau akan meraba-raba dan tergagap-gagap menjawab soalan mudah yang diajukan kepadanya oleh wartawan. Satu contoh klasik adalah jawapan beliau mengenai hutang RM150 juta Ketua Menteri Sabah Osu Sukam di sebuah kasino di UK. Walaupun berkemungkinan jumlah itu adalah tidak logik, Abdullah Badawi terus bergegas mengutuk Osu tanpa memeriksa fakta sebenar. Beliau mengatakan bahawa jika akhbar berkata demikian, maka ia pasti benar.

Walaupun sebagai seorang pemimpin veteran, Abdullah Badawi bukanlah seorang ahli politik dalam erti kata sebenar dan tidak mampu memimpin negara melalui zaman kegelapan. Pengkritik beliau yang ramai yang membenci beliau disebabkan Khairy, mendakwa bahawa Badawi bukan seorang pentadbir yang baik - dia hanyalah seorang penjaga yang teruk!

Mahathir marah apabila Badawi memansuhkan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura, menyebabkan kerajaan BN terpaksa membayar kira-kira RM115 juta pampasan kepada pemegang konsesi. Ini merupakan episod terakhir pemerintahan beliau yang teruk itu. Mahathir membuat kesimpulan bahawa Abdullah bukan sahaja tidak layak untuk jawatan itu tetapi menjadikan misinya untuk menendang keluar Abdullah Badawi.

Najib juga tidak melakukan apa-apa yang konkrit-dibawa masuk dan menunggu masa untuk dibuang


Dalam masa yang sama, tiada peningkatan dalam ekonomi, namun kos untuk segala-galanya meningkat dan kerajaan tidak dapat memenuhi keperluan itu. Apabila Najib Tun Razak mengambil alih daripada Abdullah Badawi pada tahun 2009, beliau tidak mempunyai pilihan tetapi untuk terus meminjam. Kerajaan telah meminjam sebelum ini tetapi kini, ia benar-benar dalam keadaan terdesak. Oleh itu, hutang negara telah meningkat kepada RM407 bilion (angka 2010).


Masalah dengan Najib adalah beliau sudah pun banyak bebanan. Beliau mempunyai skandal peribadi, pembaziran dan gaya hidup mewah, isu-isu yang melibatkan saudara-mara beliau dan yang paling dasyhat adalah isteri beliau yang dikatakan campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.

Cara Rosmah yang berlebih-lebihan telah menarik perhatian dan memberikan tanggapan buruk orang awam dan akhir-akhir ini anak beliau sendiri (bersama isteri pertamanya), Mohd Nazifuddin, juga menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan syarikat pembalakan.

Setakat ini, segala-galanya yang Najib telah cadangkan dan cuba laksanakan tidak berhasil seperti yang dirancangkan. Mungkin kerana kekangan kewangan. Apapun, beliau hendaklah fokus dan cuba memikirkan cara terbaik untuk mengeluarkan Malaysia daripada belenggu ini. Tetapi Najib tidak melakukannya. Beliau memilih untuk melarikan diri melalui perjalanan luar negara yang mahal yang telah menambahkan lagi beban kewangan negara.

Pentadbiran beliau telah diburukkan lagi oleh skandal Khir Toyo, Liwat II, BERSIH 2.0, kematian SPRM, kekejaman dan ketidakcekapan pihak polis, kemerosotan UMNO, kejatuhan Gerakan, MIC dan MCA. Hutang RM407 billion negara dan laporan Ketua Audit Negara ke atas perbelanjaan kerajaan yang tidak bertanggungjawab pada tahun 2010 telah membuka Peti Pandora BN dan Malaysia sepeti sudah tidak bermaya lagi untuk menghadapinya.

Pendek kata, Najib tidak mampu untuk memberi tumpuan kepada pengurusan, pembangunan, ekonomi dan kewangan negara. Berita mengenai pinjaman besar-besaran RM6 bilion yang diberikan oleh KWSP kepada FELDA telah tersebar, walaupun FELDA sering dihebahkan sebagai sebuah entity penjana wang dan kaya tunai. Mengapa harus meminjam dengan begitu banyak apabila tidak ada pelan pelaburan yang setimpal direncanakan?

Malah syarikat minyak nasional Petronas terpaksa menerbitkan bon untuk pembangunan modal. Ia kelihatan seperti mengalami kegelinciran disebabkan Umno dan BN tidak dapat melepaskan diri daripada peminjaman yang berterusan dan perbelanjaan melampau.

Kelihatan seakan-akan Umno-BN akhirnya akan terpaksa mengemis untuk memenuhi keperluan kewangan. Ia telah meminjam dan "mencuri" dari Petronas. Seterusnya ia akan merompak KWSP. Sesungguhnya, Malaysia adalah ibarat sebuah badan korporat yang berada diambang kebankrapan!

-Malaysia Chronicle-


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List