FIDLOT :- Ada Ke Orang Nak Sewa One Menerung RM70 Ribu Sebulan?

on Nov 18, 2011





Setahu aku condo paling mahal untuk disewa di Kuala Lumpur ini adalah KLCC Binjai On The Park dan kalau tak silap aku RM10 untuk sekaki persegi.Tapi semalam aku dengar rekod ini dah dipecahkan oleh ONE MENERUNG dengan sewa mencecah RM70 Ribu sebulan.Wowww...!

BINJAI ON THE PARK
Itulah penjelasan LAKI SHARIZAT tentang pelaburan NFC membeli dua unit kondo One Menerung dengan harga mencecah hampir RM14 Juta.Anda nak percaya pun boleh tak mau percaya pun okay je?Tapi penjelasan itu buat ramai AGEN HARTANAH panik dan bengong macam lembu.Sebab ramai PEMILIK kondo One Menerung yang menyerahkan kondo mereka kepada agen untuk disewakan menuntut PERBEZAAN SEWA ini kerana selama ini mereka difahamkan kondoPALING MAHAL JENIS PENTHOUSE yang disewa di One Menerung punhanyalah RM24 Ribu sebulan.Tapi bila LAKI SHARIZAT dedahkan sewanyaRM70 Ribu sebulan semuanya rasa macam di tipu oleh agen agen mereka.

SIAPA AGAKNYA YANG SANGGUP BAYAR SEWA SEMAHAL ITU UNTUK KONDO ONE MENERUNG?Pada aku ada seorang(seekor) je kat atas tu yang berani....



Photobucket

Bekas Ketua Polis Daerah pula sertai PAS

on






PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai pati itu.

Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk,” katanya ketika memberi ucapan di Liqa’ Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.

Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat,” ujarnya lagi.

Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program ‘Jom Masuk PAS’ menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan.

Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.



Photobucket

Pakatan Rakyat Jangan mimpi hendak tawan Melaka

on




BANDARAYA MELAKA - “Jangan mimpi hendak tawan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.”Begitulah kenyataan tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


Menurutnya, hasrat mereka menawan ketiga-tiga negeri ini tidak akan berhasil, malah Selangor dan Kedah yang kini diperintah PR akan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional (BN).

“PR jangan mimpi. Selangor dan Kedah akan jatuh semula ke tangan BN. Bukan itu sahaja. BN turut berpeluang (menang) di Pulau Pinang dan Kelantan,” katanya di sini malam semalam.

Sementara itu di Rembau pula..

REMBAU – Biarlah PR dengan angan-angannya kerana berapa lama mereka boleh berbohong dengan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembangkang boleh berkata apa sahaja, tetapi akhirnya nanti rakyat akan tahu juga tembelang mereka.

“Rakyat sekarang ini sudah bijak dan mampu menilai janji manis yang dilemparkan pembangkang.

“Saya yakin rakyat mempunyai pandangan mereka sendiri dan boleh memberi penilaian kerana kita semua kebanyakannya berpelajaran tinggi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membayangkan hasrat menawan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mohamad berkata, beliau yakin dengan hanya bekerja kuat sahaja dan menumpukan aspek kesejahteraan rakyat mampu meyakinkan mereka kepada kerajaan yang sedia ada.

“PR kata mahu tawan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Itu hanya sekadar kata-kata psiko.


Sinar Harian



Photobucket

Pengundi Tidak Yakin BN Boleh Rampas Pulau Pinang

on Nov 17, 2011




Dilema dan Permasalahan Pengundi Melayu

1. Politik

- Orang Melayu Pulau Pinang di kawasan kajian memperlihatkan sikap tidak kondusif terhadap Kerajaan Negeri (PR-DAP) sekarang kerana;

a) Mereka melihat kuasa Melayu telah terhakis apabila Pakatan Rakyat (DAP) memerintah Pulau Pinang.
b) Mereka merasakan bahawa Kerajaan Negeri sekarang diperintah dan ditadbir oleh kaum Cina. Mereka tidak melihat perspektif Pakatan Rakyat tetapi dalam kaca mata DAP yang diyakini cauvanis Cina.

2 Ekonomi

- Orang Melayu Pulau Pinang merasakan mereka terpinggir dengan arus pembangunan.
- Orang Cina dilihat lebih dominan mengaut hasil ekonomi. Golongan mamak juga antara yang sering menjadi perbandingan dengan kejayaan orang Melayu.
- Isu hartanah; orang Melayu seolah-olah memahami mereka jauh ketinggalan untuk bersaing menyebabkan mereka akur kuasa jual beli tanah di Pulau Pinang tinggi. Oleh itu, mereka hanya membeli tanah dan rumah di kawasan pinggir Pulau Pinang seperti di Parit Buntar, Sg. Petani, Kulim dan lain-lain.
- Selain itu, faktor budaya Melayu yang suka hidup harmoni menyokong penghijrahan untuk tinggal di luar iaitu di pinggir Pulau Pinang. Ini kerana orang Melayu tidak suka kepada hiruk-pikuk kota untuk kehidupan seharian mereka.

3. Sosial

-Generasi kedua Melayu Pulau Pinang juga agak rasional dan dilihat terbuka dalam menilai prestasi Kerajaan Negeri yang baru dan kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
-Generasi ini juga menghadapi cabaran pembangunan yang hebat untuk "survive" dalam arus ini di Pulau Pinang terutama dalam meraih peluang pekerjaan, pendidikan dan pendapatan sara diri.

Pandangan terhadap Kerajaan Negeri

- Orang Melayu Pulau Pinang melihat bahawa Kerajaan Negeri sekarang ditadbir oleh Cina. Walaupun dahulu Pulau Pinang diperintah oleh GERAKAN, tetapi orang Melayu tidak melihat bahawa dahulu Pulau Pinang ditadbir oleh Cina tetapi dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).
- Ini menunjukkan bahawa doktrinisasi media terhadap Pulau Pinang dilabel sebagai "Kerajaan Cina atau DAP" memberi kesan positif kepada Melayu dan dilihat berjaya.
- Oleh itu, imej kerajaan Negeri dilihat sebagai Kerajaan DAP bukannya Pakatan Rakyat (PR).
- Walaupun imej Lim Guan Eng (gambar kanan) sangat dikenali dan dihormati oleh hampir 30% responden tetapi mereka masih meyakini bahawa orang Cina yang mentadbir Pulau Pinang.

Siapakah Juara Melayu?

1. PAS

- Adakah PAS menjuarai Melayu? TIDAK! PAS Pulau Pinang tidak memberikan kesan di hati pengundi Melayu.
- Kehadiran PAS dan dilihat sebagai pembela Melayu-Islam tidak dirasai di sini.
- Tokoh-tokoh dan kepimpinan PAS kurang dikenali oleh pengundi berbanding tokoh-tokoh daripada UMNO.
- Pada pengamatan ILHAM, ini kerana PAS di bawah Pesuruhjaya, Ustaz Salleh Man terlalu lemah dan gagal meletakkan PAS dikenali dan disegani oleh pengundi sama ada dari segi kebajikan, program kemasyarakatan, dakwah semuanya tidak membekas dihati orang Melayu.
- Mengenai kepimpinan Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dr. Mujahid Yusof Rawa (beliau berasal daripada Pulau Pinang) ternyata kedua-dua tokoh ini dilihat jauh daripada politik Pulau Pinang dan mereka dikatakan tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu Pulau Pinang.
- PAS pula dikaitkan sebagai boneka DAP

2. PKR

- PKR tidak dilihat boleh membela Melayu walaupun Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman dan EXCO Abdul Malik Abul Kasim merupakan tokoh Melayu berjawatan tinggi di dalam Kerajaan Negeri.
- Ini juga kerana PKR dilihat sebagai parti "multiracial" yang agak tidak berideologi Melayu, maka pengundi Melayu melihat bahawa PKR tidak dapat membela nasib Melayu.
- Faktor Anwar Ibrahim tidak dilihat dapat mempengaruhi keseluruhan pengundi Melayu di Pulau Pinang, dan hanya berkesan dibeberapa kawasan terutama di Permatang Pauh.
- Selain itu, isu yang melibatkan PKR juga sedikit sebanyak memberikan perspektif negatif seperti isu Timbalan Ketua Menteri lama (Fairus) dan isu lompat parti.

Siapakah Juara Melayu?

1. UMNO
- UMNO Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu (berketurunan mamak). Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini.
- Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa UMNO adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang.
- UMNO tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat dan perletakan jawatan Pak Lah sebagai Perdana Menteri serta ketiadaan beliau di dalam UMNO Pusat, namun rakyat masih lagi bergantung harap dengan UMNO.

Pandangan Terhadap Dasar Kerajaan Negeri & Lim Guan Eng

1. Dasar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR-DAP)
- Orang Melayu di kawasan kajian tidak mengetahui segala dasar baru kerajaan Negeri.
- Mereka lebih cenderung kepada segala manfaat yang mereka akan terima secara "one off" sama ada dalam bentuk bantuan kebajikan dan barang-barang keperluan harian seperti; beras, gula, tepung, telur dan wang tunai kerana ia lebih dirasai berbanding dengan pengumuman program dan rancangan pembangunan yang bernilai jutaan ringgit.

2. Populariti Ketua Menteri, Lim Guan Eng
- Sama seperti mereka melihat DAP iaitu mereka meyakini bahawa pimpinan Negeri ini adalah Cina dan kerajaan Negeri dipimpin oleh Cina.
- Walaupun begitu, Lim Guan Eng lebih dikenali dan disegani dengan sikap "humble", mudah mesra dan sering kali dilihat turun padang.
- Namun, atas sentimen dan prejudis UMNO, beliau tetap dilihat sebagai Cina yang mengancam Melayu.

Keyakinan Pengundi Melayu

1. Terhadap Barisan Nasional
- Majoriti pengundi tidak yakin BN (UMNO & Gerakan) boleh merampas kuasa dari DAP.
- Ini kerana pada pandangan mereka perpecahan dalaman Gerakan dan ketiadaan Pak Lah (Mantan Perdana Menteri) di dalam kepimpinan UMNO pusat telah menggelapkan harapan BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang.

2. Undi Calon Melayu PAS & PKR
- Majoriti pengundi 40 tahun ke atas (40 –80 tahun) tidak akan memberikan undi kepada calon PAS & PKR atas dasar setia pada parti UMNO dan atas sentimen Melayu.
- Namun pengundi Muda masih terbuka dengan melihat kepada perkembangan isu dan calon yang disegani serta berkaliber.

Harapan Pengundi Melayu

Harapan orang Melayu
- Membela nasib dan masa depan orang Melayu dengan lebih mendekati mereka dan prihatin atas segala masalah mereka.
- Mahukan bantuan secara terus kerana mereka tidak suka kepada persaingan. Jika boleh salurkan bantuan secara terus bukan berlumba-lumba dengan bangsa lain.
- Mahukan bantuan "one off" dalam bentuk tunai dan keperluan harian kerana itu lebih menyebabkan mereka yakin kepada kepimpinan kerajaan Negeri.
- Mahukan agar kerajaan Negeri tidak bersikap "bias" dan mengamalkan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan
- Mahukan tokoh atau calon yang boleh duduk bersembang, turun ke bawah "down to earth" dan boleh sedia mendengar segala keluhan dan masalah mereka.

*Laporan "Kajian persepsi dan tanggapan pengundi Melayu terhadap Kerajaan Negeri PR DAP Pulau Pinang" ini disediakan oleh Panel Penyelidikan ILHAM CENTRE. Kajian ini dijalankan pada 7 hingga 9 Oktober 2011, ke atas 720 responden pengundi Melayu berdaftar, meliputi semua daerah mengundi/UPU Parlimen N41: Kepala Batas, N42: Tasek Gelugor & DUN N38: Bayan Lepas.


Baca juga INI
Photobucket

Rakyat Negeri Pahang Tukar Kerajaan Jika Mahu Masa Depan Terjamin !

on



Gara-gara tidak tahan dengan karenah dan sikap pemimpin UMNO BN Negeri Pahang yang kini semakin menyeleweng dan rakus merompak hasiil mahsul rakyat, maka bekas seorang Exco Kerajaan Negeriberharap agar rakyat Pahang membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. 

Beliau yang telah bersara daripada politik dan menjadi exco pada zaman Tun Khalil Yaakob menjadi Menteri Besar itu berkata, rakyat wajib menukar kerajaan yang ada sekarang kerana jelas telah gagal mentadbir dengan baik dan semakin banyak menyelewengkan hasil mahsul negeri sekarang. Beliau yang begitu teringin melihat Kerajaan Baru mendiami Wisma Sri Pahang (foto) di sini berkata :- 
"Saya harap, rakyat tolak UMNO BN kali ini. Mereka sudah semakin teruk dan parah. Jika tidak ditukar, maka rakyat akan terus menderita mendapat "sisa-sisa" sebaliknya, isinya disapu oleh beberapa kerat pemimpin yang kini hidup mewah dengan hasil mahsul dan khazanah yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat", kata pemimpin terbabit. "Semasa saya didalam Exco Kerajaan Pahang dulu, senarionya tidaklah seteruk ini. Namun kini, ia jauh berbeza. 
Negeri Pahang senantiasa berhutang dengan pusat, malah membentangkan Bajet Defisit sejak 10 tahun yang lalu. Tetapi anehnya, beberapa kerat pemimpin yang ada hidup mewah dan dipercayai memiliki wang ratusan juta ringgit yang disimpan di bank luar negara. 
Mereka luluskan kawasan lombong bijih, kuari, balak, tanah dan sebagainya untuk kroni-kroni dengan sewenangnya. Malah, saya punyai bukti ada dikalangan exco dan wakil rakyat UMNO yang kini hidup mewah dengan duit lombong yang mereka nikmati selama ini", tambah beliau lagi.


Lesen Melombong kini telah diagih-agihkan sewenang-wenangnya kepada
beberapa kerat pemimpin serta suku sakat mereka dengan rakusnya
"Sebab itu saya tidak hairan Kerajaan Negeri Pahang terpaksa membawa masuk projek berbahaya dan berisiko yang ditolak oleh negara dan negeri lain ke negeri ini. Sebab mereka mahukan pelaburan tanpa mengambilkira kepentingan rakyat. 
Banyak kawasan lombong diluluskan sewenangnya kepada adik beradik dan ahli keluarga pemimpin tertentu. Senario ini bukan sahaja melibatkan pemimpin UMNO malah turut tempias kepada anak syarikat kerajaan yang lain seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Mentiga Corporation, LKPP dan sebagainya. 
Mereka jadikan agensi terbabit sebagai harta mak bapak mereka. Akhirnya rakyat Pahang merana, bil air diberi subsidi tetapi bayaran meningkat serta banyak lagi masalah lain yang tidak sepatutnya berlaku di negeri ini. Rakyat miskin tetapi mereka dan beberapa kerat proksinya kaya raya!", kata pemimpin itu.

Komen :- Kenyataan bekas pemimpin UMNO ini sememangnya tidak menjadi satu kejutan kepada rakyat Pahang. Ini kerana, masing-masing memang tahu sikap sebenar pemimpin yang ada hari ini. Kerajaan Negeri tiada cukup wang (defisit bajet) setiap tahun, tetapi mereka kaya raya dan bermewah-mewah dengan sewenang-wenang. Rakyat makan habuk tetapi mereka menikmati hasilnya. 
Sudah tiba masanya untuk rakyat Pahang melihat dengan "mata dan kepala" apa yang dilakukan oleh kerajaan yang ada hari ini. Satu kerajan baru yang lebih telus dan adil perlulah dibentuk untuk menjamin masa depan rakyat. Jika senario ini tidak diubah, maka nasib serta masa depan anak cucu kita pasti akan terus berada diawang-awangan. 
Di kala-kala rakan mereka dari negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kini menikmati berbagai faedah dan kebajikan sedangkan rakyat di negeri Pahang masih ditakuk lamaa. Jangankan subsidi air, elaun warga emas, bantuan kematian dan sebagainya malah banyak benda yang tidak akan dirasai jika terus berada di bawah BN lagi. Buat perubahan sekarang.


Photobucket

Ini Bukti Pemimpin UMNO Benarkan Rasuah

on




Pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO bergegas untuk mempertahankan yang tak dapat dipertahankan pada hari Selasa. Objek yang cuba mereka pertahankan ialah Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno dan juga menteri Wanita mengenai penglibatan beliau dalam skandal RM250 juta NFC. Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Shahrizat tidak harus dipersalahkan, dengan alasan bahawa suami dan keluarganya yang menguruskan projek NFC.

"Layaknya seperti yang mereka ingin menegaskan bahawa dia tidak tahu apa yang suami dan anak-anaknya sendiri lakukan. Beliau adalah ibu dalam keluarga itu, dan adakah mereka tidak berbincang atau bercakap tentang kondo RM10 juta tersebut dihadapan beliau. Bukankah itu pelik? "Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Adakah mereka mengatakan bahawa suami dan anak-anaknya tidak akan bercakap tentang NFC sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik? Adakah maksud mereka dia tidak tahu bahawa keluarganya mendapat projek NFC dan oleh itu tidak ada percanggahan dari segi kepentingan? Semakin banyak alasan Umno semakin ia menjadi tidak masuk akal. Kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Abdullah Badawi dan Muhyddin sangat mengecewakan, lebih buruk daripada Khairy memandangkan status mereka lebih tinggi. "

Alasan hambar

Sejak minggu lepas, projek nasional untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu dan mengekalkan harga murah telah menjadi perhatian umum. Ia telah diberikan kepada keluarga Shahrizat manakala dia adalah seorang Menteri Kabinet Persekutuan.

PKR, yang meniup wisel skandal itu menegaskan tidak ada tender terbuka yang diumumkan. Ia menuduh keluarga Shahrizat memperoleh lebih daripada RM83 juta dan pemberian diskaun besar yang bernilai berjuta-juta untuk perniagaan makanan dan minuman yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat.

Tetapi kejutan terbesar adalah bagaimana NFC boleh mengeluarkan cek untuk membeli kondo mewah di Bangsar yang bernilai kira-kira RM10 juta untuk Shahrizat dan keluarga beliau.

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno, telah menegaskan bahawa ini adalah kerana NFC mempunyai lebihan tunai sementara menunggu peluang ladang satelit daging lembu dan sebagai langkah 'jangka pendek', NFC telah memutuskan untuk melabur dalam pasaran hartanah bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik . Penjelasan jenaka Khairy hampir menjadi kejutan untuk berita itu sendiri yang kini telah dilabel sebagai skandal 'kondo lembu'.

"Perniagaan itu dijalankan oleh keluarganya dan dia tidak terlibat." Sama ada ia adalah tepat untuk MP Kinabatangan Bung Mokhtar menyeru peletakan jawatan beliau, saya rasa beliau boleh berfikir untuk dirinya sendiri. Penjelasan oleh syarikat semestinya boleh membantu orang ramai untuk memahami isu ini dengan lebih baik, "beritahu Muhyiddin kepada pemberita pada hari Selasa.

"Apabila ditanya individu-individu berkenaan. “Adakah ia ada kaitan dengan Shahrizat? Itu adalah suaminya ... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia. Jika Shahrizat merupakan Ketua Pegawai Eksekutif jadi pasti [anda boleh meminta beliau menjelaskannya] tetapi sekarang dia tidak terlibat dan adalah tidak adil untuk melabel beliau sebagai terlibat, "Abdullah Badawi juga memberitahu pemberita pada sidang akhbar yang berasingan.

Rasuah melalui proksi

Kehambaran alasan yang ditawarkan oleh orang-orang atasanUmno menarik kritikan yang lebih tajam. Abdullah Badawi dan Muhyiddin dituduh cuba untuk menjustifikasikan penggunaan 'proksi' untuk mengesahkan apa yang sebenarnya adalah rasuah.

"Jika apa yang Abdullah Badawi dan Muhyiddin katakan adalah benar, maka sesiapa pun boleh menjalankan rasuah dengan menggunakan nama keluarga atau nama rakan-rakan mereka dan mereka dianggap tidak terlibat dan tidak akan dipersalahkan atau didakwa," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Lihat bagaimana kayanya anak-anak Mahathir. Keluarga Adullah Badawi juga sangat kaya termasuk Khairy sendiri. Anak Najib sekarang juga sedang mencipta gelombang dalam pasaran saham tempatan. Bolehkah kita mempersoalkan aktiviti anak-anak dan keluarga mereka tetapi masih membiarkan Umno elit terus memerintah negara dan meneruskan rasuah yang jelas memberi manfaat kepada diri mereka sendiri. Lemparkan persoalan itu kepada rakyat Malaysia dan dapatkan pandangan daripada orang ramai. Adakah rasuah melalui proksi itu ok?

Rombakan Kabinet

Sementara itu, semua mata tertumpu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekitar spekulasi bahawa beliau telah bersedia untuk membubarkan Parlimen atau melakukan rombakan kabinet. Najib yang mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua BN pada malam ini telah menegaskan bahawa tidak akan ada pilihan raya tahun ini.

"Jika ada rombakan Kabinet, kita ingin lihat sekiranya Najib akan mengekalkan menteri yang terbabit dalam skandal NFC itu. Seperti yang kita tahu, lembu perlu tinggal di ladang-ladang dan tidak di kondo. Tetapi di Malaysia ,lembu boleh hidup dalam kondo tetapi bukan di ladang. "kata Guan Eng kepada pemberita.

Walaupun BN menuduh PKR membuat tuduhan tidak berasas, laporan Audit Negara yang dikeluarkan bulan lepas telah mengkritik NFC. Laporan menyatakan bahawa NFC sekarang dalam kacau-bilau dan pengeluarannya pada tahun 2010 hanyalah 3289 ekor lembu atau 41.1% daripada sasaran yang sepatutnya./mc



Photobucket

Dr M tak buat laporan polis, kata saksi

on



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahupun menteri-menteri kabinet lain, tidak membuat sebarang laporan polis yang mendakwa diri mereka ditipu berhubung perjanjian pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

altantuya razak baginda mongolian murder 270607 wong kian kheongPegawai penyiasat kes itu, R Rajagopal memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa sepanjang pengetahuannya tiada aduan yang dibuat dari 1999 hingga 2002.

Ketika diperiksa balas oleh peguam bela, Wong Kian Kheong (kanan), beliau berkata polis telah merekodkan kenyataan daripada Mahathir pada 15 Ogos tahun ini, dan dari seorang lagi bekas perdana menteri, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 3 Mac tahun lalu.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan apa yang mereka diperkatakan oleh kedua-dua pemimpin negara itu.

Rajagopal merupakan saksi pendakwaan terakhir dalam perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang juga bekas presiden MCA.

Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000, sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon dan faedah.

azlanBeliau juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Ling, 68, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Perbicaraan bermula pada 1 Ogos lalu.



Photobucket

Khalid Samad: Saya tak lari dari JAIS

on




generation 709 220711 khalid samadAnggota parlimen Shah Alam Khalid Samad membuat kesimpulan awal bahawa ketiadaannya dalam negara pada hari dia didakwa di mahkamah - kerana berceramah tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - berkemungkinan dimanipulasikan.

"Saya tidak mahu ada orang manipulasi berita. Dan saya tidak mahu pegawai JAIS tunggu kepulangan saya dengan waran tangkap.

"Saya sepatutnya hadir di Mahkamah Syariah pada 24 November, tetapi oleh kerana dalam perjalanan ke Palestin, saya lantik peguam saya sebagai wakalah (wakil) hadir bagi pihak saya di mahkamah," katanya dalam sidang media di lobi parlimen.

Dijadual terbang ke Kaherah hari ini, Khalid akan menyertai anggota parlimen PAS  Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) dan Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dalam program berarak menuju Baitul Maqdis bersama wakil rakyat daripada 15 negara.

Perarakan 26 November yang dianjurkan oleh Kesatuan Anggota Parlimen Asian-Eropah bertujuan membawa isu kesengsaraan rakyat Palestin bawah pendudukan Israel ke pentas dunia.

Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri disiasat JAIS bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, di Klang pada 16 Ogos.


Photobucket

Umat Islam Diumpan Injil Bertenaga Solar

on



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.
Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

NONEPerkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Katanya, cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain.

Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi.
Tawaran hiburan

Menurut jawapan Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain.

Katanya lagi, bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka.
“Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam.

“Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA.

azlan“Menterjemahkan Injil ke dalam bahas Melayu,” jawapan itu dipetik.

Selain itu, Hasan juga berkata penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Sehubungan itu, menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.

Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.



Photobucket

Muhyidin letak jawatan kalau Shahrizat berundur...?

on



Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar bertanggungjawab kerana beliau adalah menteri berkenaan semasa projek lembu aka Pusat Fidlot Kebangsaan diserahkan kepada Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Oleh itu, kasihan sungguh pada Timbalan Perdana Menteri apabila membaca jawapannya (Shahrizat tak perlu letak jawatan). Nampak tak berdaya sungguh beliau hendak memikirkan jawapan yang meyakinkan kepada tuntutan supaya Shahrizat meletak jawatan.

"Maklumlah, Muhyiddin tentu tahu beliau juga perlu meletak jawatan kerana beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asa Tani ketika projek lembu itu diserahkan kepada keluarga Shahrizat," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. 

Mohamad percaya, Muhyiddin juga tentu tahu bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak akan berani menuntut Shahrizat meletak jawatan tanpa restu secara diam-diam orang atasan.

"Sebab itu nampak bingkas sungguh Muhyiddin memberikan jawapan sedangkan sebelum ini beliau membisu mengenai isu NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan) itu," kata beliau.

Mohamad tidak percaya Bung Moktar berani melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan seluruh kepimpinan tertinggi Umno (kalau tidak ada restu), kerana tindakan seperti itu boleh membunuh kerjaya politiknya.

Isnin lalu, ketika berucap dalam sidang Dewan Rakyat, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu menuntut Shahrizat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan penglibatan keluarganya dalam NFC.

Ketika menjawab tuntutan itu, Muhyiddin berkata, Ketua Wanita Umno itu tidak perlu meletakkan jawatan dalam kabinet dan parti kerana beliau tidak terlibat secara langsung dalam projek penuh kontroversi yang diuruskan oleh anggota keluarganya itu. -PD



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List