Zahid Hamidi Pun Pembohong

on Dec 6, 2011



NAIB Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak terkecuali turut sama menghentam pembangkang (Pas) semasa dia telah mendedahkan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor tidak disenangi oleh kalangan pegawai kerajaan.


Dakwanya dalam satu kajian bebas terhadap sejauh mana sikap pegawai kerajaan terhadap kerajaan PKR Selangor menunjukkan 76.3 peratus pegawai yang kecewa dengan kerajaan Selangor, sebanyak 65.6 peratus yang tidak suka dan 60.6 menganggap kerajaan Selangor tidak melakukan apa-apa perubahan.

Dakwa Zaihid kajian itu dibuat atas arahan Pas.

Ternyata sesetengah para perwakilan terngangga mulut mendengar pendedahan itu tetapi ada juga yang tidak pun terkejut. Zahid nampaknya mencari idea dan bahan murahan untuk dijadikan modal penggulungan beliau untuk populerkan dirinya.

Apa yang hendak ditonjolkkan Zahid bahawa dia mendapat rahsia Pas. Dia mahu tunjukkan kehebatan kepada perwakilan bahawa dia dapat 'menyantau' segala maklumat pihak lawan. Bagaimana pun ada beberapa perkara yang boleh dipertikaikan sejuah manakah kebenaran maklumat yang didedahkan itu.

Saya menghubungi Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Mohd Rani Osman untuk mengetahui apakah Pas ada mengarah mana-mana badan bebas untuk membuat soal selidik berhubung kredibiliti kerajaan PKR Selangor seperti didakwah Zahid itu.

Kata Rani menerusi SMS, "Ana di Sarawak ana dengar ucapan tu di TV3 semalam. Namun bila ana sms pada semua pemimpin Pas Pusat dan negeri Selangor nobody seems to be aware of any such research carried out by Pas. Tak betul kok dakwaan tersebut walahualam. Zahid kena bagi bukti dulu."

Begitulah jawaban Dr Rani. Jelas bahawa dakwaan Zahid itu tidak betul dan rekaan semata-mata. Tampak sangat Zahid mereka cerita untuk menunjukkan dia hebat di kalangan perwakilan dan memiliki segala maklumat. Saya rasa kalau tidak berbohong dan mereka-reka cerita pun Zahid tetap mendapat sokongan kerana kehebatan PRnya. Sebaliknya dengan pendedahan itu menjadikan orang boleh mencemuhinya kerana ia ada unsur-unsur angkat ekor Ha Najib.

Tujuan poendedahan itu juga bermotif jahat untuk melaga-lagakan pegawai kerajaan dengan PKR dan PKR dengan Pas. Kalau Zahid tidak berniat jahat dia tidak akan sebut nama Pas yang membuat arahan tersebut. Tetapi disebut Pas ia memberi gambaran Pas juga kurang senang dengan kerajaan PKR Selangor itu. Dari itu orang akan memahami Pas ada agenda di Selangor.

Dan kalau benar ada arahan dari Pas seperti disebut itu saya dapat mengesan dan mengenali siapakah tokoh Pas yang menjalankan kerja songsang begitu.

Mungkin Pas Selangor atau Pas pusat bokeh mengambil tindakan undang-undang ke atas pembohongan Zahid itu. Akhir-akhir ini Naib Presiden ini lancang juga mengkritik dan menyinggung kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Kenapa mungtkin beliau Zahid juga sedang menghisab ajal Umno.

Bila mengenangkan betapa naifnya para perwakilkan Umno yang mengambil bahagian dalam perbahasan saya kira Zahid terkecuali dari termasuk dalam kumpulan ahli lawak dan berlawak, tetapi nampaknya tanggapan itu salah. Apabila Zahid mendedahkan maklumat palsu itu menampakkan Zahid juga memberi buah 'berangan' panas kepada Ha Najib.

Mungkin Zahid terpaksa mereka cerita dan sanggup membohong dan melaga-laga pemimpin PR kerana dia juga sudah dapat mengagak jangka hayat Umno sudah tidak berapa panjang lagi.

Namun saya yakin orang PKR dan Pas tidak akan mudah termakan dengan fitanh Zahid itu walaupun ada beberapa orang wakil rakyat Pas sedia untuk mengambil wang Zahid atau meminta peruntukan untuk beli lembu pada raya korban lalu.


oleh Mohd Sayuti Omar
Photobucket

PR yakin tawan Putrajaya

on


Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk menawan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), terutama Selangor, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana PR kini semakin kuat, bahkan yakin dapat menawan Putrajaya.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BN sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat, apatah lagi dengan terbongkarnya pelbagai kes berikutan Laporan Audit Negara 2010.

“Mana jawapan rasional bagi isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC)? Mereka jawab, tetapi hanya untuk menutup kelemahan mereka. Mungkin peruntukan RM250 juta bagi mereka adalah jumlah yang kecil.

“Selain itu dalam Perhimpunan Agung Umno lalu, mereka kata mereka pejuang bangsa Melayu, mana ada?. Jika pejuang bangsa Melayu, tidak timbul isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan lain-lain,” kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, ketika berucap pada majlis Rapat Umum PR di pekarangan Stadium Malawati, semalam.

Beribu-ribu penduduk setempat dan luar kawasan membanjiri majlis berkenaan, walaupun pada awalnya hujan lebat dan khemah tidak mencukupi untuk menampung mereka. Siri kedua dan ketiga Rapat Umum PR dijadualkan berlangsung di Perak dan Pulau Pinang pada 10 dan 18 Disember depan.

Rapat Umum PR diadakan bagi menjawab segala tuduhan yang didakwa dilemparkan Umno ketika persidangan agung parti itu yang berlangsung selama lima hari bermula 29 hingga 3 Disember lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Turut berucap pada program itu termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri serta Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Nik Abdul Aziz berkata, strategi pemerintahan yang menjadikan Islam sebagai landasan, berjaya menyekat anasir buruk daripada melanda rakyat.

“Pas masih kekal dengan perjuangan Islam dan akan berjuang de-ngan tidak mengetepikan syariat Islam. Apa dilakukan Umno adalah di luar corak pemerintahan Islam.

“Mereka tidak menegah perkara mungkar. Tidak menutup aurat, terutama dalam kalangan pemimpin wanita Islam, adalah perkara biasa. Cara Pas berbeza, kita dahulukan tuntutan Islam. Pemimpin yang diwajibkan dahulu ikut syariat Islam supaya dijadikan contoh oleh rakyat,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, DAP kekal menyokong Pas yang memperjuangkan Islam dalam pemerintahan negara.

“Kami memang sokong seratus peratus agama Islam kerana ia adalah agama rasmi negara,” katanya.


Photobucket

UMNO SEPERTI PENCURI MENJERIT PENCURI

on


Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini. Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tertinggal ke belakang.

Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah, kepincangan laporan audit negara. Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan  dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat.

Bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat. Mereka memahami bahawa Umno perlukan undi melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi.

Persidangan Agung Umno cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan semuanya angkara DAP. Persoalannya DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008. Siapa yang memerintah Pulau Pinang selama ini?

Tindakan Umno menjerit orang lain yang mengkhianat orang Melayu seperti pencuri menjerit pencuri.

Dibawah ini disenaraikan pegkhianatan Umno kepada orang Melayu sebagai “tazkirah” untuk pimpinan Umno yang mudah lupa.

Siapa yang menghalau orang Melayu di di Kampung Plentong Tengah  Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau pada 16/10/2009.
 
Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan seperti menyekat 118 projek di Kelantan sejak 1991 (Rancangan Malaysia Ke 6). Merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu.

 Siapa yang bertanggungjawab melesap saham  Bumiputera daripada RM52 bilion (1984), hanya tinggal RM2 bilion(2005)?

Siapa yang pernah menjual Syarikat BERNAS (Syarikat Beras Negara) dijual  kepada syarikat  Hong Kong Wan Tak  Co. Ltd sebanyak  31.36%.

 Umno melesap wang PPRT  sebanyak RM32 bilion,  Menterinya  Datuk Anuar Musa daripada Umno.
 
Umno khianat kepada  pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains  dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Wang rakyat hangus hampir RM 5 bilion.
  Siapa yang menggadai tanah rezab Melayu  dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada  1.7 juta hektar (1995)..
 
Siapa yang bertanggungjawab terhadap 26,000 hektar  tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
 
Seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar berdekatan lebuhraya.

Ini hanya beberapa contoh sahaja, pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin hopokrit yang menjerit bela Melayu di siang hari di PWTC, tetapi di malam hari merekalah yang berunding menggadai tanah Melayu.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Photobucket

Cukup....Dah Terlalu Banyak Harta Rakyat Tergadai.

on



Sesungguhnya Umno/Bn adalah pakar dalam menggadai harta negara dan rakyat. Bayangkan jika parti ini terus memerintah selepas PRU ke 13 nanti rasanya tiada apa lagi yang bakal dipunyai oleh negara dan rakyat.

Selama ini telah banyak yang para pemimpin Umno/Bn gadaikan. Tanah KTM di Singapura telah tergadai. Pulau Batu Putih yang menjadi hak milik selama-lamanya Malaysia dengan mudah tergadai kepada Singapura. Satu lagi bukti penggadaian maut kerajaan Umno/Bn ialah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) di Pahang. DARA digadai yang mengakibatkan rakyat di kawasan itu tersengih dan keuntungannya dikaut oleh para pemimpin Umno sendiri!

Malah telah banyak diketahui rakyat apa yang telah digadai oleh para pemimpin Umno/Bn.

Antara yang masih dan sedang diusahakan untuk digadai oleh kerajaan Umno/Bn ialah Kampung Baru di Kuala Lumpur. Dengan kelulusan akta Pembangunan Kampung Baru yang memberi kuasa penuh kepada Menteri Wilayah, satu-satunya harta rakyat terutama harta pusakan bangsa Melayu bakal tergadai. Hingga ke saat ini keadaan pemilikan rakyat terhadap kampung itu bagaikan telur dihujung tanduk! Inilah wajah sebenar para pemimpin Umno yang akan menggadaikan apa sahaja harta rakyat demi memenuhikan perut busuk masing-masing! mulut malaung konon pembela rakyat terutama bangsa Melayu nafsu serakah terus 'meliwat' kehormatan rakyat.

Paling terkini harta rakyat yang sedang berhempas pulas cuba digadai oleh para pemimpin Umno/Bn ialah FELDA melalui usaha 'maut' penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Saham Kuala Lumpur. Dikatakan usaha 'maut' kerana mengikut rekod sejarah dalam Umno Baru apa sahaja yang diniagakan di Bursa Saham terbuka tidak pernah selamat dan tidak pernah mendapat untung yang mana keuntunganhnya akan kembali semula kepada rakyat jelata!

Benarlah jika peneroka Felda terus tertipu dengan membenarkan FGVH di senaraikan ke Bursa Saham, rakyat jelata khususnya peneroka Felda sendiri akan menerima nasib malang dan Felda akan termasuk dalam kumpulan nazak seperti Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), DARA, PKFZ dan NFC yang telah pun digadai dan bakal ghuyup! Kearana apa? Kerana hanya itu sahaja kepakaran yang dimiliki oleh para pemimpin Umno/Bn iaitu menggadai harta-harta rakyat!



sumber
Photobucket

IRAN TEMBAK JATUH DRON AS

on



Seorang pegawai kanan tentera Iran berkata, pihaknya menembak jatuh sebuah dron kawalan jauh yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat di timur negara itu.

Beliau berkata, Unit Perang Elektronik Tentera Iran berjaya mensasarkan pesawat tanpa juruterbang RQ-179 Sentinel buatan Amerika Syarikat itu selepas ia memasuki ruang angkasa Iran di sempadan dengan Afghanistan.

Menurutnya, dron itu yang mengalami kerosakan kecil, dirampas.

Pesawat RQ-170 itu direka dan dibuat oleh Syarikat Lockheed Martin.

Tentera Amerika Syarikat dan CIA menggunakan dron seumpama itu untuk melancarkan serangan udara di Afghanistan dan barat laut Pakistan.

Pegawai yang namanya tidak didedahkan itu juga berkata: “Memandangkan pencerobohan sempadan itu jelas, tindakan operasi dan elektronik yang diambil oleh Tentera Republik Islam Iran terhadap pesawat yang menceroboh tidak akan terhad kepada kawasan sempadan Iran saja.” Sementara itu, tentera Nato berkata, pihaknya hilang kawalan terhadap sebuah dron pengintip yang terbang di ruang angkasa Afghanistan dan ia mungkin yang sama dengan yang ditembak jatuh oleh tentera Iran.

“Pesawat tanpa juruterbang yang dirujuk oleh Iran itu mungkin dron tanpa senjata Amerika Syarikat yang dalam penerbangan di barat Afghanistan hujung minggu lalu.

“Pengendali pesawat itu hilang kawalan terhadapnya dan berusaha menentukan statusnya,” kata Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kabul semalam. Kenyataan itu diserahkan kepada wartawan yang membuat liputan mengenai persidangan antarabangsa mengenai Afghanistan di Bonn, Jerman.

Kejadian berlaku ketika Amerika Syarikat meningkatkan kehadiran tenteranya di sekitar rantau Teluk Parsi sejak beberapa bulan lalu berikutan kekacauan di Bahrain.

Jabatan Pertahanan Amerika berkata, ia mengawasi perkembangan di Bahrain tempat terletaknya ibu pejabat Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat. - Agensi

Photobucket

Bakal MB Perlis...?

on

Fathul Bari Mat Jahya, from Perlis

Nampaknya khabar angin mengatakan yang Ustaz Umno Fathul Bari akan bertanding dalam PRU 13 semakin kencang lebih-lebih lagi dia yang semakin menonjol khususnya semasa PAU 2011 baru ini ketika perbahasan usul agama dan pendidikan... lebih-lebih lagi dia je yang dikira alim sikit berbanding yang lain yang tak berape reti agama...

... tapi yang menjadi kegelisahan di hati MB Perlis kini, Dr. Md Isa Sabu bukan sebab khabar akhir tersebut tetapi khabar angin yang mengatakan yang ustaz itu nanti akan menjawat jawatan MB Perlis sekiranya beliau memenangi kerusi tersebut... so Isa Sabu mahupun Shahidan Kassim semakin gigit jari le nampaknya untuk dududk dikerusi selesa pada PRU nanti...




Photobucket

Najib Akan Guna Talian Hayat...?

on




Takkan Najib guna Pekida pertahan Umno daripada tumbang di Putrajaya?

PM ikrar bantu PEKIDA kerana sokong BN-Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berikrar untuk membantu Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) untuk memantapkan pertubuhan itu, selepas menerima ikrar taat setia mereka kepadanya di Shah Alam, semalam.

"Terima kasih kerana ikrar itu, saya amat terharu... Insya-Allah, saya akan membantu Pekida!" laung Najib di hadapan lebih 2,000 ahli PEKIDA yang hadir.


Bagaimanapun sebagai balasan, presiden Umno itu menuntut PEKIDA supaya bersedia membantu beliau menjamin kemenangan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"PEKIDA mesti bersedia untuk mempertahankan pentadbiran kami. Kita tidak boleh membiarkan orang Melayu diinjak-injakkan di tanah air kita sendiri," katanya memberi amaran.
Najib juga mengakui bahawa sumbangan ahli-ahli Pekida amat besar kepada dirinya sendiri di kawasannya kerana dikatakan mampu menyatukan orang Melayu dan melindungi kepentingan Islam.

"Saya sendiri tahu, terdapat banyak ahli-ahli PEKIDA di kawasan saya sendiri, saya tahu... saya tahu (apa yang mereka lakukan)," katanya.

Jaminan bantuannya kepada PEKIDA itu diberi selepas presiden pertubuhan itu, Jamaluddin Yusof meminta Najib untuk mempertimbangkan cadangan meluluskan sebuah kolej di Melaka untuk NGO itu.M'kini

Sana bai'ah sini pun bai'ah.Nak sokong Umno sekarang ni kena bai'ah, kena aku janji, kena isi borang sumpah taat setia.Masih tak sedar-sedar lagi ini menunjukkan Umno dalam keadaan nazak.Pekida dilembukan bila diperlukan.Dah lama nama Pekida tak dengar sejak Umno kalah di Selangor. 


Adakah ini bukan rasuah?Rasuah pertubuhan Melayu supaya jadi pencacai Umno takut tumbang di Putrajaya.Apa Pekida boleh buat kalau Umno dah hilang kuasa di Putrajaya?Nak mengamuk apa lagi dah tak ada apa.Bagaimana dengan Perkasa?Takkan tak tolong?


Ingat rakyat adalah raja sebenar di hari mengundi bukan mana-mana pihak yang mau tunjuk jaguh tambah-tambah nak pertahan parti yang dah busuk hingga ke ususnya.




 ......sumber 1  

.......sumber 2


Photobucket

Air Asia Lawan Malaysia Airports: Siapa Bohong...?

on




Pertelingkahan antara AirAsia Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjadi semakin hangat apabila syarikat penerbangan kos rendah itu menyangkal dakwaan pengendali lapangan terbang tersebut bahawa AirAsia merupakan alasan utama mengapa kos terminal tambang murah baharu, atau KLIA2, meningkat dengan ketara.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan  berkata, ia tidak meminta pembinaan KLIA2 yang lebih besar.

AirAsia akan mengadakan sidang akhbar hari ini di ibu pejabatnya di Sepang untuk menafikan dakwaan MAHB bahawa ia meminta KLIA2 yang lebih besar.

Syarikat penerbangan itu juga menyediakan salinan dua surat rasmi yang dihantar AirAsia kepada MAHB dan sebaliknya bagi membuktikan ia tidak seharusnya dipersalahkan apabila kos KLIA2 meningkat hampir berganda.

AirAsia, pelanggan terbesar MAHB berkata pengerusinya Datuk Abdul Aziz Abu Bakar, dalam suratnya pada November 2009 kepada pengarah urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid, memberi amaran yang lokasi KLIA2 di KLIA West tidak sesuai dan akan menyebabkan kos pembinaan melonjak lebih tinggi.

"Tapak itu akan pastinya lebih mahal berbanding bajet yang dirancang sebanyak RM2 bilion," kata AirAsia, sambil menambah ia juga memberi anggaran kepada MAHB yang kos pembinaan akan meningkat kepada RM3.6-RM3.9 bilion.

Dalam surat berasingan bertarikh 9 Ogos tahun ini, Bashir menulis kepada pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz, menyatakan cadangan KLIA2 mampu untuk mengendalikan 30 juta penumpang setahun.

"Angka ini tidak pernah ditukar secara rasmi oleh AirAsia atau MAHB sejak 9 Ogos, 2011," kata AirAsia, dalam menyangkal dakwaan dibuat oleh MAHB dalam satu artikel bertajuk "Why KLIA2 has to be bigger" yang diposkan di laman webnya.

Menurut artikel itu, MAHB mendakwa AirAsia adalah pihak yang menganggar trafik penumpang di terminal baharu itu akan mencecah 28.7 juta pada 2015, 45.3 juta menjelang 2020 dan 60.3 juta pada 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, juga menolak justifikasi MAHB menggandakan kos KLIA2 daripada jumlah asal RM2 bilion yang dianggarkan pada 2009 kepada RM3.9 bilion ketika ini.

AirAsia menyebut dalam satu surat bahawa syarikat penerbangan itu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan bagi kos berlebihan yang disebabkan oleh keperluan-keperluan ini.

Syarikat penerbangan itu juga menafikan dakwaan MAHB yang ia meminta sistem pengendalian bagasi automatik sepenuhnya (BHS), yang dipercayai menyebabkan kelewatan dalam pembinaan, dengan menyatakan ia hanya meminta BHS separa automatik.

"Lembaga MAHB memutuskan sendiri bagi BHS automatik sepenuhnya bagi menampung 45-60 juta penumpang, yang sekali lagi tidak dipersetujui oleh AirAsia," kata syarikat penerbangan itu.

AirAsia berkata permintaannya bagi landasan 3,000-meter adalah berasaskan kepada keperluan asalnya kepada MAHB untuk menyediakan kepada pesawat Airbus A330, yang dikendalikan oleh Air Asia X.

Kemudiannya, ia berkata, MAHB telah memendekkan jarak landasan kepada 2,750 meter, yang hanya boleh menampung pesawat A320, tanpa berunding dengan AirAsia.

"Oleh itu, ini tidak seharusnya dianggap sebagai permintaan/keperluan tambahan daripada AirAsia kerana pelan asal sememangnya bagi landasan 3,000 meter.

"Justeru itu, tidak sepatutnya berlaku kos tambahan," kata syarikat penerbangan itu.

Sementara itu, dalam maklum balas kemudian, MAHB mengeluarkan dua pucuk surat, satu ditulis oleh Tony Fernandes kepada Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad, dan satu lagi daripada Bashir kepada pengerusi AirAsia X Sdn Bhd Tan Sri Rafidah Aziz, mengandungi surat-menyurat menunjukkan yang AirAsia telah bersetuju kepada BHS automasi sepenuhnya.

Menurut surat itu, Fernandes berkata ini ialah kerana syarikat tambang rendah itu telah memajukan sistem penumpang dan bagasi "check-in" canggih, yang akan digunakan di LCCT2 yang baharu (KLIA2).

Beliau juga telah berkata dalam surat yang disediakan oleh MAHB yang pertumbuhan penumpang AirAsia akan terus melangkaui 30 juta penumpang ke paras tertinggi 50-60 juta penumpang.

Beliau turut berkata yang dalam tempoh kurang daripada lima tahun daripada hari pembukaan (2017), "unjuran kami akan melebihi 35 juta ppa."

Pada Oktober 2011, Bashir dalam sepucuk surat kepada Rafidah, memberikan penjelasan selanjutnya mengenai keputusan yang dibuat berhubung BHS, telah berkata yang lembaga pengarah MAHB telah memutuskan untuk meneruskan dengan Option 3, contoh, BHS automasi sepenuhnya, yang seiring dengan permintaan AirAsia untuk memastikan BHS yang bagus.

Sistem seumpama itu akan mempunyai kapasiti dan fleksibiliti untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan AirAsia dalam tempoh jangka panjang.

Bashir berkata yang MAHB telah menyampaikan keputusan pihak lembaga kepada AirAsia.

Beralih kepada siaran akhbar AirAsia yang terdahulu, MAHB berkata sebanyak 47 mesyuarat telah diadakan antara MAHB dan AirAsia sejak April 2010 sehingga sekarang untuk membincangkan dan menangani kesemua keperluan AirAsia.

Photobucket

SIAPA DALANG SELUDUP PARABOLA...?

on



BARU-BARU ini Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang diketuai oleh Ketua Pencegah Kastam, Hamzah Sundang dan Pegawainya Ali Asan telah merampas hampir 200 biji Parabola (Parabolic) di beberapa daerah di Sabah.


Syabas kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai yg mengatakan di sebuah suratkhabar kelmarin bahawa rampasan parabola oleh KDRM adalah tidak masuk akal sama sekali.

Di sini, saya ingin bertanya siapa yang membenarkan pihak tertentu menyeludup masuk begitu banyak Parabola yang saiznya terlalu besar jika tanpa bersubahat dengan pegawai kastam?

Menurut keterangan Hamzah Sundang kepada media, bahawa kesemua parabola yang dirampas itu diseludup masuk dari negara jiran. Kita ingin tahu jiran sebelah mana yang beliau maksudkan, Indonesia, Filipina atau Brunei?

Sebenarnya bukan dari semua negara jiran yang tersebut di atas tetapi dari Sarawak dan pelabuhan Sepangar di Kota Kinabalu. Kenapa Hamzah tidak menyatakan secara terus terang pada Media?
Hamzah patut dinaikan pangkat ke jawatan Pengarah KDRM Sabah dan Ali Asan sebagai Timbalan 

Pengarah dan kedua mereka harus ditukar ke Sarawak kerana di sana mungkin dua hingga tiga biji kontena tidak cukup muat bila ada rampasan kerana Sarawak negeri yang paling banyak memasang parabola.

Kenapa Ketua Pengarah Kastam tidak arah kedua pegawai dari Sabah ke Sarawak dan merampas semua parabola di sana dan bukannya menumpukan rampasan di Sabah?

Pemimpin Sabah harus bertanya dengan Ketua Pengarah Kastam, mungkinkah Sarawak sebagai salah satu negeri ‘Fixed Deposit’ BN, maka Kerajaan pun takut kepada pemimpin dan pegawai daripada Sarawak?

Cuba anda ke Sarawak dan tengok sendiri adakah Sarawak sperti Langkawi dan Labuan yang Bebas 
Cukai? Di Sarawak semua kedai kopi menjual rokok dan minuman ‘duty free’. RM10 x 3 tin dan rokok RM0.80-RM1.20 sebungkus.

Dari Kuching sehingga ke Bintulu dan hanya Menteri kita yang tidak tahu bahawa sebelum Tahun Baru Cina atau Hari Raya, mercun dibawa masuk dari Sarawak ke Sabah mengguna lori; termasuk ratusan buah kontena yang digunakan menyeludup sayap ayam.

Tetapi apakah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah banyak maklumat terbuka dan terperinci telah disiarkan Sabahkini.net. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya tahu Langkawi dan 
Labuan sahaja ‘Pulau Bebas Cukai’; tetapi mereka tidak tahu bahawa Limbang, Sarawak pun juga ada Kedai Bebas Cukai yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam.

Amat memeranjatkan, Kerajaan 1Malaysia Najib, menyambung setahun lagi kontrak Ketua Pengarah 
Kastam yang paling ‘rasuah’ dalam sejarah Malaysia sehingga ‘Kambing Hitam’ terjun dari bangunan SPRM ketika CCTV SPRM tidak berfungsi, sebaliknya mereka lupa, CCTV Tuhan merakam segala perlakuan jenayah mereka.

Saya berpendapat, Ketua Pengarah Kastam mempunyai agenda dengan menteri dan selepas pencen tahun hadapan, beliau akan dilantik sebagai Penasihat KDRM seperti Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew; supaya kuncu-kuncu beliau masih terus menjalankan operasi penyeludupan rokok dan ayam beku di Sarawak.

Sebagai pembaca Sabahkini.net, saya amat geram dengan tindakan KDRM kerana mereka yang ambil duit dari sindiket, benarkan sindiket masuk dan selepas itu tangkap para pembeli. Mereka juga Manusia dan mereka juga iblis terutama Pegawai atasan termasuk Ketua Pengarah Kastam.

“Oi…Sudahlah Khalid. Anda sudah kenyang, sekarang ingin tunjuk anda tidak Korupsi. Takut pencen tahun hadapan SPRM akan ambil tindakan seperti Tan Sri Ling Liong Sik?”

Kita tunggu dan kita lihat apa tindakan dan siasatan SPRM terhadap anda yang sudah kenyang menelan jutaan ringgit dan telah membawa keluar dan menyimpan wang di luar negara. Betul atau tidak boleh jelaskan melalui Sabahkini.net.

Jangan anda ingat orang Sabah dan Labuan senang digertak dan tidak pandai melawan. Kastam kerja dengan ASTRO kah?

Wahai orang orang Sabah dan Labuan,

Jangan mimpi orang Sabah dan Labuan akan menjadi Ketua Pengarah Kastam Malaysia kerana Khalid sudah pasang Pegawai Sarawak yang menggantikan beliau.

Jika Dr Jonathan Kandok boleh menjadi Pengarah KDRM Sabah tahun hadapan sudah bernasib baik tetapi kasihan kerana sepatutnya beliau sudah lama dilantik sebagai Pengarah kKDRM Sabah kerana jawatan kosong itu sudah lama tidak diisi.

Sebagai pegawai kanan dan penuh pengalaman, Jonathan memang layak dan tidak perlu ijazah PHD untuk memegang jawatan Pengarah KDRM Sabah kerana Ketua Pengarah Kastam Malaysia pun tidak mempunyai ijazah kedoktoran.

Jika Pemimpin Sabah tidak berani membela rakyat Sabah, terutama dalam isu parabola bagi kawasan pedalaman, maka pada pilihanraya umum ke-13, jangan marah jika rakyat beralih arah kepada ‘Parti Kerajaan Rakyat’ (PKR).

Kerajaan Persekutuan sewajarnya memberi peluang saksama kepada semua pemimpin baru yang bersama rakyat dan membuang semua pegawai kerajaan yang rasuah dan salahguna kuasa.

Salam Hormat.

KELLY AFENDI


sumber :-  Zakri Ali Rangkuti
Photobucket

DAP should reconsider its no-datukship principle

on


DAP’s stand against accepting honorific titles betrays either its failure to understand the Malay psyche or its lack of interest in winning the respect of the community.
If DAP is serious about increasing its appeal among Malay voters, chairman Karpal Singh should not have so easily brushed aside allegations by delegates to last week’s Umno assembly that members of his party insult Malay rulers when they decline datukships and other such awards.
Datuks may be a dime a dozen to the sophisticated urban Malay, but to his more traditional minded cousin in the kampung, a person holding such a title still commands awe and respect because it shows that even a sultan has recognised his worth.
Of course, a Yang DiPertua Begeri can also confer a datukship, but that point is quite irrelevant. To the Malay mind, the head of a state is royal, whether his blood is blue, green or pink.
DAP must have noticed that in Penang, any department head with a “datuk” before his name commands greater respect among civil servants than even the Chief Minister, who is only an “Encik”.
Of course, they know that Lim Guan Eng is their big boss. But as long as he is not a datuk, he is still seen as someone who is not fully recognised by the palace.
Officials at the higher levels who engage regularly with Lim may know that he is an Encik by choice. However, to the lower ranking officials and ordinary citizens, his lack of a title could be an indication of his ineligibility for it.
Umno can play on this perception. Some of the more crooked characters from that party might even go around saying that the royal houses do not approve of DAP leaders because they are bad guys, racists or traitors.
With datukships in hand, DAP leaders would gain more credibility when they try to fight off allegations that their party is an enemy to Malays and Muslims.
It is all perception, and DAP as a seasoned political party should know that is what politics is all about.


sumber  :- FMT
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List