Najib Akan Guna Talian Hayat...?

on Dec 6, 2011




Takkan Najib guna Pekida pertahan Umno daripada tumbang di Putrajaya?

PM ikrar bantu PEKIDA kerana sokong BN-Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berikrar untuk membantu Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) untuk memantapkan pertubuhan itu, selepas menerima ikrar taat setia mereka kepadanya di Shah Alam, semalam.

"Terima kasih kerana ikrar itu, saya amat terharu... Insya-Allah, saya akan membantu Pekida!" laung Najib di hadapan lebih 2,000 ahli PEKIDA yang hadir.


Bagaimanapun sebagai balasan, presiden Umno itu menuntut PEKIDA supaya bersedia membantu beliau menjamin kemenangan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"PEKIDA mesti bersedia untuk mempertahankan pentadbiran kami. Kita tidak boleh membiarkan orang Melayu diinjak-injakkan di tanah air kita sendiri," katanya memberi amaran.
Najib juga mengakui bahawa sumbangan ahli-ahli Pekida amat besar kepada dirinya sendiri di kawasannya kerana dikatakan mampu menyatukan orang Melayu dan melindungi kepentingan Islam.

"Saya sendiri tahu, terdapat banyak ahli-ahli PEKIDA di kawasan saya sendiri, saya tahu... saya tahu (apa yang mereka lakukan)," katanya.

Jaminan bantuannya kepada PEKIDA itu diberi selepas presiden pertubuhan itu, Jamaluddin Yusof meminta Najib untuk mempertimbangkan cadangan meluluskan sebuah kolej di Melaka untuk NGO itu.M'kini

Sana bai'ah sini pun bai'ah.Nak sokong Umno sekarang ni kena bai'ah, kena aku janji, kena isi borang sumpah taat setia.Masih tak sedar-sedar lagi ini menunjukkan Umno dalam keadaan nazak.Pekida dilembukan bila diperlukan.Dah lama nama Pekida tak dengar sejak Umno kalah di Selangor. 


Adakah ini bukan rasuah?Rasuah pertubuhan Melayu supaya jadi pencacai Umno takut tumbang di Putrajaya.Apa Pekida boleh buat kalau Umno dah hilang kuasa di Putrajaya?Nak mengamuk apa lagi dah tak ada apa.Bagaimana dengan Perkasa?Takkan tak tolong?


Ingat rakyat adalah raja sebenar di hari mengundi bukan mana-mana pihak yang mau tunjuk jaguh tambah-tambah nak pertahan parti yang dah busuk hingga ke ususnya.




 ......sumber 1  

.......sumber 2


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List