Ng yen yen neh memang lah memalukan. Sendiri punya kes pun masih tak setel2. Lagi berani serang orang lain. Itupun serang tanpa fakta dan hujah yang betul. Walhal dia boleh je cari bukti terlebih dahulu sebab dia neh orang yang berpengaruh dan ada akses yang meluas.
Lainlah kita yang cuma ada blog dan fb je untuk meluahkan dan tanya itu neh. Sengal betul larh menteri songlap duit buat pages di fb. Itupun ada geng2 yang bekap tindakan Ng yen yen lagi. Tindakan ng yen yen neh dilihat dari apa sudut sekalipun memanglah tidak berasas. Apatah lagi gaji rm5,000 sebulan untuk update status page jek. Nampak sangat orang yang bekap ng yen yen neh bodoh piang. Sorry i ikhlas sangat neh.
Berbalik kepada isu bukit bendera. Isu yang diputarbelitkan oleh ng yen yen dan bloggers bn. Biasalah dorang punya drama. Dari A tiba2 boleh jadi Z. A, kalau bertukar jadi I ke L ke ada maafnya lagi sebab garisan lurus pada A tue ada pada I dan L.. tapi bila A bertukar jadi Z.. herm.. hancurlah jawabnya. Habis seme jadi fitnah mengarut. Tinggal lagi tv3 edit serba sedikit mana yang patut sebelum dihebahkan pada rakyat dalam filem berita fitnah.
Kisah asal parking bukit bendera.
BN : Parking bukit bendera nak dirobohkan. Gila ke apa LGE neh buat duit rakyat rm5juta? Satu lagi projek bumiputera hancur bawah LGE yang racist dan biadap neh.
Penjelasan : Ya, memang patut dirobohkan sebelum ia roboh sendiri. Bila ia roboh sendiri, rmm5juta pun tak boleh mengantikan mana2 nyawa. Isu perobohan neh tiada kaitan dengan identiti bangsa dan agama LGE. Isu neh berkaitan dengan keselamatan dan peraturan dalam pembinaan bangunan. Neh orang2 jurutera dan kontraktor2 boleh explain details kat korang.
Namun tindakan merobohkan ia bukanlah melibatkan keseluruhan bangunan. Apa yang dilakukan ialah, roboh apa2 yang perlu, bina semula apa2 yang dirobohkan, perbaiki apa2 yang rosak, bermasalah, dan memenuhi apa2 benda yang tidak menepati standard dan piawaian keselamatan. Dalam erti kata lain, projek neh sedang melalui frasa membaikpulih. Ia dirobohkan, dibina semula dengan kapasiti yang lebih besar. Bukan menghapuskan ia terus.
BN : Laaa.. awat bodoh nak mampos LGE neh. Lue yang pandai2 lantik kontraktor bodoh buat projek watpa. Neh.. tengoklah kan dah rugi habis duit rakyat.
Penjelasan : Projek neh projek yang bagus. Ia diluluskan oleh bn pada tahun 2007. Dan ya ia masih lagi idea dan projek yang bagus. Cuma cara ia dikendalikan sahaja tidak berapa bagus bila tukang [arkitek yang mereka pelan] yang menguruskan projek neh bersikap cuai. Hasil penelitian pakar yang dilantik dalam lembaga siasatan, mengusulkan agar bangunan tersebut dirobohkan bagi memenuhi standard usul yang telah diluluskan [memperbesarkan bangunan dan kapasiti. Untuk rekod, ada 3 usul sebenarnya dan usul yang dipersetujui ialah memperbesarkan bangunan bagi mengurangkan kerugian].
Ini berlaku kerana ada kecuaian dalam pelan asal. Selain dari itu projek neh juga mengalami masalah CF. Ini kerana sepertimana yang dilaporkan di atas, pelan dan pembangunan projek neh bermasalah sebab tue CF pun delay.
BN : Laaaa.. dah bn lulus, seme bn lah yang salah? Awat bodoh sangat LGE neh..? Dah tahu ada projek neh awat dia tak pantau awal2. Bengap betul lah.
Penjelasan : Projek lulus 2007. LGE rule tahun 2008. Dalam masa 2008 - 2011, bukan hanya satu, tapi banyak projek dan masalah yang sedang LGE uruskan.
Contoh ;
Ada orang berikan kita roti 10 lapisan. Sudah tentu kita akan ambil roti dari tingkat [lapisan] teratas dulu kan? Kita makan dan makan sehinggalah tiba ke roti yang terakhir. Semasa makan sudah tentu lah masa berjalan. Itu tak masuk lagi time kita minum air, berangan, bercakap dan sebagainya. Jadi, apa yang dilalui oleh LGE juga sama. Ia memerlukan masa bagi mendalami, memahami dan mengetahui perjalanan tentang sesuatu projek.
Apa yang penting sekarang, projek neh telah diselesaikan dengan keputusan yang tepat. Adalah lebih baik bien jangan lagi bermain spinsanasini. Sokonglah perkara yang betul. Ada masa terluang? Banyak sangat? Okey. Selesaikan masalah sendiri. Sekian.
Nota : arkitek yang terlibat dalam kecuaian projek neh telah pun dikenakan tindakan.
Nota : arkitek yang terlibat dalam kecuaian projek neh telah pun dikenakan tindakan.
sumber
0 comments:
Post a Comment