"Kami Bukan Anti Melayu Dan Raja Raja Melayu"

on Dec 6, 2011


DAP menjelaskan bahawa parti itu menyokong 100 peratus Islam sebagai agama rasmi negara serta bukan sebuah parti anti Melayu dan institusi DiRaja.

Penasihatnya, Lim Kit Siang ketika berucap pada Rapat Rakyat 2011semalam turut mempersoalkan 'tuduhan' Umno dalam Perhimpunan Agung Umno minggu lalu terhadap DAP.

"Mereka (Umno) buat tuduhan bahawa DAP anti-Islam. Adakah ini benar? Awal-awal lagi DAP ada mengumumkan bahawa kita sokong 100 peratus Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

"Mereka juga memfitnah bahawa DAP anti-Melayu. Adakah ini benar? Jika Pakatan Rakyat menang lebih kerusi pada pilihan raya nanti, akan ada orang yang rugi dan hilang kuasa. Adakah orang Melayu yang akan hilang kuasa? Siapa yang akan hilang kuasa, Umno yang akan hilang kuasa dan bukan orang Melayu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencabar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengemukakan bukti yang mengatakan DAP ingin menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

"Saya ada petikan ucapan Muhyiddin apabila dia membuat serangan terhadap DAPdi mana beliau sendiri membuat soalan retorik dan mengatakan DAP mahu menubuhkan sebuah negara republik.”

“Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak lagi sesuai,” katanya.

Beliau mencabar Muhyiddin mengemukakan bukti bila DAP mengeluar kenyataan begitu dan jika gagal, Muhyiddin perlu mohon maaf secara terbuka.


Sinar Harian

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List