Calon Boleh Menang Yang Bagaimana?

on Dec 8, 2011




Ada perbezaan di antara calon yang masyarakat akar umbi mahu dan calon yang pemimpin atasan mahu.

Calon boleh menang (winnable candidate) yang bagaimana pemimpin parti politik mahukan dan calon boleh menang bagaimana pula yang kita mahu?
Dalam memperkatakan pemilihan calon selalu ada perbezaan calon bagaimana yang dimahukan masyarakat akar umbi dengan calon yang dimahukan oleh sang pemimpin di atas sana.
Perbezaan kemahuan pemimpin dengan kemahuan rakyat terbanyak ini bukan sahaja berlaku dalam parti pemerintah sahaja, malah parti pembangkang juga tidak ketinggalan.
Kalau kita mungkin mahukan calon yang berani mendedahkan penyelewengan, tetapi sebaliknya sang pemimpin pula mendambakan calon yang boleh diharap untuk melindungi segala rahsia, baik rahsia parti mahupun rahsia mereka sendiri.
Ketika kita mahukan calon yang berani berkata ‘tidak’ dan ‘jangan’ kepada sang pemimpin walaupun pahit untuk ditelan, sang pemimpin mungkin mahukan seseorang yang sentiasa mengatakan ‘baik tuan’ kepadanya.
Jika kita mahukan calon yang bijak mengendalikan masalah yang dihadapi oleh rakyat terbanyak, sang pemimpin lebih berminat dengan calon yang pandai mengendalikan urusan perniagaan.
Kalau kita mahukan calon yang bersih dan beramanah, mungkin sang pemimpin pula mahukan orang yang boleh ‘diajak berunding’.
Kalau kita mahukan calon yang cukup mengenali setiap jalan, lorong, bukit-bukau dan masyarakat di kawasan kita, sang pemimpin pula mengidamkan calon yang cukup dia sendiri kenal.
Kalau kita mahukan calon yang kita kenal sejarah, latar belakang, asal-usul, emak bapak dan keturunannya, sang pemimpin lebih suka calon yang umum tidak mengetahui sejarah silamnya.
Kita mungkin mengharapkan calon yang selalu berada di kawasan, lebih-lebih di saat diperlukan tetapi sang pemimpin pula lebih gemar calon yang umpama ‘super escort’ kepadanya.
Kota janji atau tabur janji? 

Apabila kita mahukan calon yang tahu mengotakan janji, sang pemimpin lebih suka calon yang pandai menaburkan janji.
Jika kita mahukan calon yang boleh diharap untuk menasihati sang pemimpin, sang pemimpin juga mahukan calon yang boleh menjadi penasihat 25 persen kepadanya.
Begitulah lebih kurang kemungkinan-kemungkinan perbezaan kemahuan antara rakyat bawahan dengan ahli-ahli politik di atas puncak sana.
Agaknya, mungkin itulah yang dimaksudkan calon ‘winnable’ yang menjadi sebutan ahli politik dan pemerhati politik masa kini.
Mungkin baginya, calon-calon yang dipilihnya itu adalah ‘calon ‘winnable’ seperti yang disyaratkannya.
Bagaimanapun, kalau tidak kena gayanya nanti bukanlah calon ‘winnable’ yang sang pemimpin dapat, sebaliknya calon yang menyebabkan sang pemimpin berkata, ‘wa kena beb!’



FMT
Photobucket

UMNO Terus Tenggelam Dengan Politik Lucah... Pihak Berkuasa Pula Terus Diperalat Melindungi

on




1. Sejak semalam che'GuBard dihubungi beberapa pihak memohon penjelasan mengenai artikel di Malaysiakini (klik sini untuk baca lanjut) Portal berita itu melaporkan kononya che'GuBard cuba membayar seorang blogger upahan Umno dari menyiarkan video mengenai che'GuBard.

2. Nampaknya ini strategi murahan Umno melalui blogger-blogger upahan mereka. Fitnah dan penipuan menjadi strategi utama mereka. Serangan peribadi politik lucah menjadi kebiasaan mereka. Apa perlunya che'GuBard melayan sabuah blog yang penuh dengan tulisan penuh maki hamun dan lucah tersebut. Jika benar sila sebut siapa yang kononya dihantar oleh che'GuBard untuk kononya membeli blogger tersebut ?

3. Kebanyakan blogger Umno ini melindungi identiti, kerana itu mereka berani menulis perbagai bahan fitnah. Blogger upahan Umno ini panik selepas satu laporan polis dibuat beberapa hari lalu oleh Amin Iskandar kerana fitnah yang jelas dalam penulisan blogger upahan Umno tersebut yang jelas menuduh Amin Iskandar diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dalam laporan polis tersebut Amin telah mendedahkan identiti blogger upahan Umno tersebut.

4. Namun yakin mereka dilindungi Polis dan pimpinan utama negara maka mereka tidak segan-segan terus membuat fitnah.

5. Menyentuh mengenai ugutan kononya akan mendedahkan video rakaman ketika che'GuBard menonton video lucah bersama Rahim Thamby Chik dan sekutunya. che'GuBard mempersilakan tayangan tersebut. Tidak ada apa yang perlu diselindungkan. Semuanya telah che'GuBard perjelaskan dalam kenyataan media mengenai video tersebut. (klik sini untuk membaca lanjut).

6. Sejak 24 Mac 2011 (dalam kenyataan media termasuk dalam ceramah - ceramah kemudianya lagi) dipertegaskan,betapa che'GuBard telah berusaha berpura-pura percaya terhadap video tersebut untuk mendapatkan satu set salinan asal rakaman penuh video tersebut kerana berkeyakinan jika salinan asal rakaman penuh itu diperolehi terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam video tersebut dapat dibongkarkan. Eskay yang pada peringkat awal bersetuju untuk menyerahkan video tersebut jika che'GuBard berjaya menyakinkan Dr. Wan Azizah untuk menonton video tersebut. Namun setelah che'GuBard nyatakan esoknya konon Dr. Wan Azizah setuju (walaupun saya tidak bertanyakan pun mengenainya pun kepada Dr. Wan Azizah) tiba - tiba Eskay panik dan tetap tidak memberikan salinan tersebut. Ternyata dia takut untuk set salinan rakaman penuh tidak terkeluar pada ketika itu kerana banyak benda mahu diselindungkan dan ingin bermain dengan politik persepsi.

7. Tidak apa yang perlu diselindungkan, malah sebelum pergi menonton che'Gubard telah memaklumkan kepada Anwar Ibrahim mengenainya dan sebaik sahaja selesai menonton telah pergi terus ke rumah Anwar Ibrahim memaklumkan mengenai apa berlaku di depan Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah sendiri termasuklah usaha menyakinkan Eskay untuk cuba mendapatkan salinan rakaman tersebut.

8. Persoalan kenapa che'Gubard dipanggil ketika itu mungkin kerana ada pertembungan beberapa isu yang dibangkitkan dengan parti pada ketika itu dan mereka mengharapkan che'GuBard dapat diyakinkan untuk bersama menyerang Anwar secara peribadi. Namun ditegaskan jika ini harapanya pasti mereka kecewa kerana apa yang dibangkitkan pada ketika itu ialah isu prinsip ke arah lebih memperkasakan parti dan bukan kerana ketidakpuasan hati secara peribadi.

9. Video yang kononya akan disiarkan itu hanyalah video yang merakamkan bagaimana che'GuBard cuba menyakinkan Eskay dan Rahim untuk menyerahkan salinan video fitnah lucah tersebut dan che'GuBard juga berharap rakaman penuh dikeluarkan dimana ada komen Rahim mengenai kes sensasi melibatkan Najib dan penipuan beliau kononnya beliau tidak pernah menonton dan tidak tahu menahu mengenai video itu.

10. Akhirnya semuanya saya telah rakam dan perjelaskan sepenuhnya dalam buku FITNAH terbitan SAMM. Buku ini selain dari 'buku rujukan' lengkap menjelaskan semua fitnah sejak 1998 (fitnah 50 Dalil-fitnah liwat 1-fitnah liwat 2 hinggalah fitnah video seks). Buku ini berjaya memberikan penjelasan mudah dan ringkas menjawab siri fitnah Bn ini. Buku ini telah masuk cetakan kedua dan boleh diperolehi secara pos (klik sini) atau di lokasi program melibatkan SAMM atau che'GuBard (klik sini)

11. Penting juga perlu diperhatikan, selepas dari Eskay gagal melaksanakan misi mempergunakan orang - orang dalam bagi menyerang Anwar Ibrahim. Maka dia telah ke Bukit Aman menyerahkan salinan rakaman penuh video tersebut. Eskay tegaskan di depan media bahawa video tersebut hanya diserahkan kepada polis sahaja.

12. Selepas pihak polis mendapat video tersebutlah maka video tersebut juga tersebar juga di internet. Adakah polis terlibat ? Ini ada kemungkinan kerana selepas itu banyak blogger pro Umno turut bebas menyiarkan video lucah tanpa tindakan serius polis atau mana - mana agensi terbabit. Mereka seolah dilindungi sepenuhnya. Ini tidak pelik jika merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno yang mengakui bahawa sememangnya polis dan tentera terlibat dalam kerja politik Umno. (klik sini untuk baca lanjut).

13. che'GuBard telah tegaskan selepas kenyataan media 7 April 2011 mengenai perlunya anjakan paradigma politik tempatan dengan menghentikan politik lucah yang tidak mendidik (klik sini) namun nampaknya Umno tidak boleh lari dari hakikat ini. (klik sini). Ketika rakyat bergelut dengan perbagai masalah kehidupan seharian Umno terus membayar blogger seperti ini untuk bermain cerita fitnah dan lucah.

14. Umno nampaknya, menilai rendah pemikiran rakyat Malaysia dengan terus bermain politik lucah dengan caci maki dengan menaja blogger-blogger tertentu. Ada blogger dilaporkan dibayar sehingga RM80,000 sebulan (klik sini). Mereka sanggup membayar blogger untuk mencaci maki dan menyebar fitnah termasuk lucah dari menggunakan dana tersebut dari membantu rakyat susah di kawasan masing - masing.


Sekian

che'GuBard

http://chegubard.blogspot.com/2011/12/umno-terus-tenggelam-dengan-politik.html


Photobucket

Apa Itu BTN...?

on




"Kalau di Amerika, terkenal dengan Ku Klux Klan(KKK). Kalau di Jerman terkenal dengan Neo Nazi. Di Malaysianya dikenali sebagai Biro Tata Negara. Tadbirannya dibawah Jabatan Perdana Menteri. 


Modul utama di dalam Biro perkauman ini ialah Ketuanan Melayu dan Pelampau Melayu. Isi modul disampaikan secara "brain wash"dan psikologi.

Tenaga pengajarnya terdiri dari Jabatan Hal Ehwal Khas, PDRM, Jabatan Penerangan dan dari Biro Tata Negara sendiri.

Peserta-peserta kursus terdiri pelbagai peringkat. Bermula pelajar, guru, ustaz, imam, bilal hinggalah pegawai-pegawai atasan.

Menjelang PRU 13 ini, anasir-anasir BTN akan menyusup ke dalam program-program guru, penghulu, kakitangan awam dan institusi masjid dan surau untuk membawa propaganda dakyah perkauman UMNO.

Dalam kursus tersebut, segala yang menjadi MUSUH kepada UMNO akan menjadi sasaran maki hamun penceramah BTN. Manakala UMNO akan dipuja, disucikan, dimuliakan semulia-mulianya persis Musyrikin Quraisy memuja Al Lata dan Al Uzza!

Yang paling teruk menjadi sasaran ialah orang Cina. Tragedi 13 Mei menjadi perkara WAJIB khutbah para penceramah BTN. Tanpa menyelit kisah 13 Mei, khutbah BTN tidak sah! Pemimpin DAP menjadi target tembakan tepat mereka. Dikaitkan orang Cina dengan komunis dan PAP Singapura.

Sasaran kedua penceramah BTN ialah PAS. Dikaitkan PAS dengan pengganas, pelampau ugama dan ajaran sesat. Nama TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz menjadi sebutan wirid maki hamun mereka.

Sasaran terakhir Biro perkauman ini ialah Anwar. Anwar digambarkan dengan pelbagai gelaran jijik dan busuk. Antaranya ajen Yahudi dan pengkhianat Melayu.

Biasanya kerja memaki-hamun ini dilakukan selepas tengah malam selepas semua peserta dikejutkan dari tidur. Dalam keadaan terpinga-pinga itulah, penceramah BTN memulakan acara maki hamunnya.

Timbul pertanyaan di kepala kita, adakah kursus ini memberi kesan kepada peserta kursus?

Jika tahun 60an, 70an dan 80an mungkin memberi kesan kepada peserta kerana ketika itu tiada kemudahan internet dan media alternatif.

Dengan perkembangan teknologi maklumat dan kecerdikan rakyat menapis dan menilai maklumat, kini kursus tajaan BTN dianggap umpama Berita TV RTM sahaja. Ketinggalan zaman. Penceramahnya bagai penglipulara dan pelawak badut.

Amat menghairankan dikala kerajaan membelanjakan berjuta RM untuk program perpaduan kaum, di waktu yang sama kerajaan(UMNO) juga mewujudkan BTN untuk memaki hamun kaum-kaum tertentu.
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sekadar bahan hiasan dan membazir duit rakyat.
Bayangkan dikala bomba bekerja kuat memadamkan kebakaran, datang pula pihak Petronas menyiram minyak petrol keatas kebakaran itu. Tentulah ini kerja orang gila"
 



Oleh: tokpepijat
tranungkite
Photobucket

Bila Najib Menyambung Lidah Perkauman Muhyiddin...

on





Di hari-hari awal perhimpunan Umno 2011, Timbalan Presidennya, Muhyiddin Yassin cuba mempamerkan "watak wira Melayu" dan "juara Islam". Diserangnya DAP dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Komponen Pakatan Rakyat itu didakwa mahu menubuhkan sebuah republik, yang "mengetepikan jati diri Malaysia berpaksikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan".


(Di hari akhir persidangan, Muhyiddin dalam ucapan penggulungan -- selepas mengetuai lafaz ikrar taat setia 'Kami Orang Umno' --  menutupnya dengan doa Rabitah al-Ma'thurat, iaitu doa yang selalu diamalkan aktivis gerakan Islam, sambil membaca terjemahannya. Mukadimah doa itu berbunyi:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.")

Masa sama, seteru tradisi Umno,  iaitu PAS, tidak pula dibelasah seperti lazimnya. Malah ada pemerhati, termasuk penalis program TV semasa siaran langsung hari terakhir persidangan,  melihat pendekatan Umno agak lunak terhadap parti Islam itu. Pelik juga ya, saingan Umno dalam PRU13 bukannya DAP tetapi parti itu pula yang diserangnya kiri-kanan.

Namun, muslihat ini tidaklah sukar untuk dibaca. Motif memburuk-burukkan DAP adalah bertujuan menghasut pengundi Melayu agar tidak mengundi PAS dalam PRU13. Ia selari dengan kempen intensif Umno sejak Mac 2008, yang memalitkan PAS sebagai kuda tunggangan atau alat perkakas DAP dan pelbagai label jahat lain. PAS juga digambarkan sebagai parti yang sanggup menjual prinsip perjuangan Islam, sekali gus mengetepikan kepentingan Melayu, dek keghairahan untuk "memeluk kuasa".

Dalam ucapan penangguhan, pada 3 Dis, Najib Razak, menuruti jejak Muhyiddin, dengan turut menimbulkan isu sama, sambil cuba menampilkan imej Umno sebagai pelindung bangsa. Melayu digambarkan berada di tepi jurang dalam, yang akan terjunam jatuh jika mereka memilih Pakatan sebagai kerajaan persekutuan.

Nada amaran dipertegaskan Najib: "Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri." Segera saya teringat lirik lagu yang sering didendangkan dalam program Biro Tata Negara (BTN), Anak Kecil Main Api: "... bumi dipijak milik orang ... hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih sendiri ..." Ya, masih tidak berubah Umno, selain terus memainkan lagu lama, bagi meruntun emosi dan perasaan orang Melayu, sedangkan parti itulah  yang menerajui kuasa sejak merdeka!

Untuk melengkapkan lagi "ancaman terhadap orang Melayu", Najib turut menyimpulkan: "... Andainya Umno sudah tersungkur rebah dan andainya Umno lenyap, apakah masih terjunjung Islam yang suci? Apakah masih terpandang mulia orang Melayu? Apakah masih disanjung raja-raja kita?" Wah, sadis sekali!

DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat disifatkan sebagai pak turut golongan Cina. Seolah-olah apabila Pakatan menguasai Putrajaya, maka yang menerajui kerajaan adalah pemimpin DAP.

Ini memaksa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyanggahnya: "Dalam Pilihan Raya Umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan KeADILan 97. Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu."

Dua hari selepas berakhirnya persidangan Umno, di Shah Alam, berdepan ribuan anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Najib melanjutkan misinya. Katanya, jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam, adalah dengan mengekalkan kerajaan Umno-BN.

Selain mendakwa pakatan pembangkang akan menghakis hak istimewa Melayu, dan menggadai maruah  Islam, Najib melempar fitnah yang diulanginya semasa perhimpunan Umno: "Belum lagi  berkuasa, mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu? Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang  Melayu dan Bumiputera."

Najib menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan. "Jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu merdeka dahulu," ujarnya.

(Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Perdana Menteri membuktikan segala tuduhannya itu. Jika tidak, menurut beliau adalah lebih baik bagi Najib mengeluarkan “sijil kematian" untuk 1Malaysia yang diciptanya itu. "Adakah dengan memainkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu dan melaungkan diri sebagai pembela bangsa itu memberi hak kepada Umno untuk melibatkan diri dalam skandal RM250 juta “lembu dan kondo” melalui syarikat keluarga seorang menteri persekutuan Umno?" tegas Guan Eng).

Meskipun perbahasan perhimpunan Umno tidak disiarkan secara langsung sepertimana pernah diusahakan Astro di zaman Abdullah Ahmad Badawi -- yang kemudiannya menyebabkan masyarakat Cina bertindak nekad dalam PRU12 -- maka apa yang dilafazkan Najib dan Muhyiddin (yang disiarkan TV), termasuk di hadapan Pekida, umpama telah menamatkan peluang BN untuk mendekati pengundi Tionghua.

Sebelum ini mungkin yang tercedera hanyalah wajah Muhyiddin, tetapi kini palitan hodoh perkauman itu terpercik ke muka Najib. Saya tidak pasti mengapa Najib seperti sudah putus harap untuk meraih sokongan pengundi Cina. Sedangkan masa sama, sikap politik masyarakat Melayu yang terdedah dengan pelbagai medium informasi, semakin terbuka. Ataupun Umno tetap yakin kecenderungan mengundi majoriti orang Melayu tetap bersama mereka dan jalan mengekalkan sokongan itu adalah dengan terus menimbulkan sentimen perkauman?

Atau mungkin ini penyakit tradisi yang menimpa mana-mana pemimpin atau parti yang berada di ambang kejatuhan? Mereka gagal membaca maksud isyarat atau mesej yang jelas terpampang di hadapan mata?

Justeru, saya bersetuju dengan pandangan beberapa tokoh, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa bahawa masalah besar parti itu bukannya isu "winnable candidate" tetapi mampukah Umno meletakkan dirinya sebagai "winnable party"?

Dalam siaran berita Awani, Annuar  berkata, makin diperkatakan soal "calon boleh menang", maka tergambar seolah-olah isu calon ini merupakan krisis besar kepada Umno sedangkan persoalan lebih penting apakah Umno itu sebuah "parti boleh menang"?

Dalam pada itu, kesimpulan yang dibuat Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dalam surat terbukanya kepada orang Melayu, menarik perhatian: "Ucapan berapi dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan.

Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang  faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri."
Dan tepat sekali rumusan Ustaz Hadi: "Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus."

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Photobucket

Polis tak pernah soal kami, kata pemimpin PKR

on


Polis masih belum menyoal beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat berhubung pendedahan mereka mengenai dakwaan penyelewengan dana oleh projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Pemimpin PKR Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa polis belum menyoal mereka berhubung pendedahan berkenaan.

“Masih teka-teki ... mereka tidak menghubungi kami mengenai isu itu," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

azlanPakatan telah membidas NFC dan membuat pendedahan demi pendedahan sebaik sahaja projek ternakan lembu itu menarik komen-komen negatif dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menyifatkannya sebagai berada dalam “ kucar-kacir”.

Antara dakwaan yang dilemparkan oleh PKR adalah bahawa sebahagian daripada dana yang diperuntukkan sebagai pinjaman mudah kepada NFC telah di salah-gunakan oleh ahli keluarga seorang menteri kabinet.

Rafizi mendakwa bahawa mereka yang terbabit telah menyalahgunakan RM181 juta daripada pinjaman RM250 juta untuk membeli kondominium jutaan ringgit, kereta mewah, tanah dan juga untuk tujuan melancong.

NONEKetua Wanita PKR yang juga ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin juga mengakui bahawa polis belum menghubunginya berhubung pendedahan yang dibuatnya.

"Pihak polis tidak menghubungi saya sehingga hari ini! Tiada kenyataan (diambil) daripada saya," kata setiausaha agung PKR dan ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution.


sumber
Photobucket

'Datuk Seri Anwar Ibrahim' Di Jangka Sampaikan Amanat PRU13 Pada 12 Dis Ini

on



KUANTAN, 8 Dis - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto)akan hadir ke Pahang pada 16 Disember ini. Beliau dijangka akan menyampaikan ceramah "Demi Rakyat: Di Ambang Pilihanraya Umum Ke-13" di Restoran Sekilau Seafood dekat sini mulai jam 8.00 malam itu. 


Parti Keadilan Rakyat akan meletakkan calonnya di Parlimen Indera Mahkota dan juga DUN Semambu pada PRU13 ini nanti. Maka itu, Anwar khabarnya akan memberikan amanat penting dan memperkenalkan secara tidak rasmi calon bagi kedua-dua kerusi terbabit.


 Sebelum ini difahamkan beliau sepatutnya hadir pada satu program di Parlimen Pekan bagi membalas kunjungan Perdana MenteriNajib Razak ke Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya beberapa bulan yang lalu. Namun, mungkin memikirkan Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan adalah dua kerusi PKR yang perlu dipertahankan, maka Anwar akhirnya mengambil keputusan untuk hadir ke program pada 12 Disember ini.


 Apapun, orang ramai dijemput hadir untuk mendengar amanat Ketua Pembangkang itu. Apa yang menarik tarikh 12 Disember itu juga adalah dijangkan tarikh untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan kes "fitnah liwat" beliau terhadapSaiful Bukhari Azlan sebenarnya. Maka, kehadiran beliau pada malam itu dijangka cukup panas dengan berbagai isu semasa nanti.


sumber
Photobucket

Apologise to Gerakan, MCA call to Musa

on






The DAP has rebuked a Penang Umno leader as being not qualified to seek an apology from two Chinese dailies which allegedly published lies about his speech during his party's Annual General Meeting in Kuala Lumpur.

NONEKomtar assemblyperson Ng Wei Aik said (left) the state's Umno liaison committee deputy chief Musa Sheikh Fadzir may not have uttered those remarks published in the front pages of the two dailies -Kwong Wah Jit Poh and Guang Ming Daily.

However, his comrade and Malacca delegate - Hasnoor Sidang Hussein - had indeed issued the 'contentious' statement during last week's Umno AGM, added Ng.

Hasnoor was quoted in the dailies and Malaysiakini as saying that BN component parties should hand over to Umno all the seats they are not confident of winning in the coming polls, he said.

"Hasnoor had also said that MCA and Gerakan cannot win certain seats in Penang and they should hand over those seats to Umno," claimed the political secretary to Chief Minister Lim Guan Eng.

"Musa cannot deny that Hasnoor is his comrade in Umno and his statement reflects the party's attitude of totally ignoring the existence and relevance of the other BN component parties," added Ng, in Penang.
Gerakan, MCA silence deafening.

Ng questioned the lack of courage on the part of MCA and Gerakan leaders to refute the statement even though it was not from Musa.

He said this indicated that the two non-Malay parties were aware that the statement was issued by an Umno delegate and knew they could not simply dismiss the matter.
He added that Musa may ask the two dailies to issue a correction but should not be made to but to apologise to Umno and the Penang BN.

NONE"Why was Musa (right) not bold enough to tell the truth that his comrade was the one who actually uttered the statement?" queried Ng, who is state DAP.

Yesterday, Musa held a press conference in Penang to refutethe reports by the two dailies, describing them as "lies and false news", giving them seven days to issue a correction on the front page and apologise to him, Umno and Penang BN.

If the newspapers failed to concede to his demands, Musa would seek further action against the duo, whose reports, he added, appeared to be an attempt to cause divisions between Umno and other component parties in BN.

However, Ng defended the two dailies, saying that they did not purposely cook up the report which saw print on Dec 3.
Musa's failure to apologise to Penang BN parties proves that Umno is "arrogant", stressed Ng, urging Penangites to deny the party and its "spineless" partners in the coming polls.

"This also proves that Umno intends to fully seize power in Penang so that its leaders can sweep away all the important positions in the state government," said Ng.
"This includes the position of the Penang Chief Minister which had remained all this while, Gerakan's political quota," he added.


sumber
Photobucket

Strategi Anwar

on



Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008 menyaksikan kekalahan BN yang paling teruk dalam sejarah Malaysia.  

Lima negeri dan 1 Wilayah Persekutuan tumbang di tangan Pakatan Rakyat. 

Akibat kekalahan yang memalukan, Abdullah Badawi meletak jawatan dan diambilalih oleh Najib Razak.

Najib segera merangka strategi jahat untuk mengembalikan keyakinan penyokong BN yang terjejas teruk akibat kekalahan yang memalukan mereka.  Dalam mesyuarat sulit Najib bersama unit pakar strategi dan think tank beliau pada April 2008, Najib membuat perancangan jahat dengan ‘apa cara sekalipun’ merampas semula negeri-negeri yang telah tumbang.  Dan mereka menumpukan strategi mereka  untuk Perak dan Selangor.

Tetapi sudah pasti Anwar Ibrahim dapat mengetahui perancangan mereka melalui maklumat risikan oleh SB Polis dan MIO Tentera.  Bagaimana SB dan MIO boleh beri maklumat kepada Anwar Ibrahim…? Sebenarnya, itulah hakikat yang berlaku sekarang.  

Malah mesyuarat Kabinet, mesyuarat MKT Umno, maklumat risikan lain juga dengan senang Anwar boleh perolehi…. Sebab apa…?  Sebab lebih separuh ahli UMNO, menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai risikan adalah orang Anwar Ibrahim!

Najib merancang… Anwar juga mengatur strategi berdasarkan maklumat yang diberi.  Pada 23 April 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa sudah cukup Ahli-Ahli Parlimen dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, dan tarikhnya adalah 16 September 2008, iaitu Hari Penubuhan Persekutuan Malaysia.

Dalam aturan tindakannya itu, Anwar Ibrahim menggunakan segala peruntukan perlembagaan dan tidak satupun tindakan beliau yang melanggar perlembagaan dalam usaha strategi beliau untuk membentuk kerajaan baru. 

Termasuklah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Badawi di Parlimen, dan juga memohon untuk mendapatkan persetujuan dari YDP Agong.

SEBAB UTAMA ANWAR IBRAHIM RANCANG 16 SEPTEMBER

Tujuan dan matlamat utama perancangan ‘16 September’ adalah untuk mengalih perhatian Najib dan rejimnya daripada merampas Selangor yang merupakan aset yang tidak ternilai di Negara ini.  

(“Anda mesti mencari cara yang bijak untuk mengalihkan perhatian musuh anda semasa anda membuat langkah strategik”  -  Buku The Art Of War – Sun Tzu)

Dengan pengumuman ‘16 September’, maka kelam kabut lah pimpinan Najib, sehinggakan pada 8 September 2008 beliau terpaksa melarikan 49 ahli Parlimen ke Taiwan bagi tujuan kononnya “lawatan sambil belajar”.  Padahal ketakutan yang amat sangat, apabila ramai ahli parlimen BN yang berbisik kepada Anwar, “ Please.. count..me..in “. 

Tetapi itu BUKAN matlamat utama Anwar iaitu menarik ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat. Matlamat utama Anwar Ibrahim adalah untuk menyelamatkan Selangor dari dirampas oleh Najib.

Dalam tempoh Najib dan konco-konconya kelam kabut menyelamatkan ahli-ahli parlimen mereka, masa pun berlalu… selama hampir setahun.

Anwar Ibrahim berjaya merancang strategi untuk mengurustadbir kerajaan Selangor dengan lebih stabil dan menyediakan benteng yang kukuh dari serangan Najib dan konco-konconya.  

Bayangkan jika Anwar Ibrahim tidak mengumumkan ‘16 September’.  Najib dan rejimnya akan mempunyai banyak masa untuk memikirkan strategi untuk merampas Selangor. 

Selepas isu ‘16 September’ berakhir, pada Februari 2009 Najib dan rejimnya berjaya merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan rakusnya mengheret Speaker DUN dan mengunci beliau semasa ucapan perasmian sidang DUN oleh Raja Muda Perak. 

Tetapi, Selangor tidak semudah itu untuk dirampas, kerana bilangan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Selangor adalah jauh lebih banyak dari Perak.

Akibat ketidakpuasan hati Najib dan rejimnya, mereka masih mencuba untuk hancurkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dengan memperkudakan SPRM sehingga kita menyaksikan kematian Teoh Beng Hock atas sebab dakwaan pembelian bendera Malaysia yang bernilai RM2 ribu sahaja.

Jika Teoh Beng Hock mengaku “kesalahan” tersebut, adakah akan ada tangkapan secara besar-besaran ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, dan menumbangkan Kerajaan Selangor ???

konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu, kerana isu azan.  Dan kemudian, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim didakwa penyelenggaraan kereta sendiri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor.

Isu kecil sebegini pun mereka gunakan sehingga menyebabkan kematian, tangkapan ISA dan dakwaan terhadap Menteri Besar.

Apa-apa pun Najib gagal ke atas Selangor…, dan sebab utama adalah Anwar Ibrahim berjaya memperkukuhkan kerajaan Selangor dengan senjata ’16 September’.  

Sebab itulah sehingga sekarang ini Najib dan BN masih berterusan membangkitkan isu ’16 September’ yang kononnya “gagal”, sedangkan yang sebenarnya Najib dan BN telah kalah di dalam perancangan mereka dan tidak puashati akibat diperangkap oleh Anwar Ibrahim di negeri Selangor...



sumber
Photobucket

Dakwat Kekal Dengan Tiga Syarat

on



KUALA LUMPUR — Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhasrat memperkenalkan sistem biometrik, penggunaan dakwat kekal ataupun mengekalkan sistem sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata kaedah dakwat kekal yang ingin digunakan tidak mendatangkan sebarang kebimbangan kepada Umno dan BN kerana mereka tidak pernah menyalahgunakan sistem pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

Beliau berkata perkara itu boleh dibuktikan pada pilihan raya umum 2004 di Kelantan yang menyaksikan Umno hanya mengalami kekalahanan satu kerusi dan PAS berjaya membentuk kerajaan negeri dengan dua undi majoriti di Dewan Undangan Negeri Kemuning dan Machang.
“SPR juga telah laksanakan pilihan raya dengan adil hinggakan pembangkang boleh menang lima negeri pada pilihan raya umum ke-12,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.

Beliau bagaimanapun mahu penggunaan dakwat kekal memenuhi tiga syarat iaitu dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tidak boleh dibuang dengan apa jua jenis peluntur hingga tempoh tertentu dan tiada pihak yang cuba menyeludup masuk untuk tujuan penyalahgunaan pada masa pilihan raya umum.

“Telah nyata juga sebelum ini bahawa tiada bukti wujud pengundi hantu dalam mana-mana petisyen mahkamah pilihan raya umum dan pilihan raya kecil yang dibawa oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata dakwat kekal yang ingin digunakan boleh dijadikan asas tambahan bagi membuktikan bahawa proses pilihan raya di negara ini adalah telus dan adil.

Beliau menambah kemenangan Umno dan BN tidak pernah bergantung kepada manipulasi keputusan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil untuk memerintah negara sejak dahulu lagi.

“Kemenangan kami adalah bermaruah dan benar. Selama ini kami menyerahkan kemenangan kepada kebijaksanaan pengundi membuat keputusan yang tepat setelah segala yang baik telah disediakan kerajaan,” katanya.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List