Polis boleh cari Pengganas, tapi tak jumpa Harun Mat Saat

on Jan 12, 2012







"Polis Malasyia berjaya menjejaki dan menangkap orang paling dikehendaki di dunia iaitu ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari tetapi hingga ke saat ini belum berjaya mengesan Harun Mat Saat yang telah melibatkan kerugian beratus-ratus juta ringgit dari beribu-ribu para pelanggannya. Dimana silapnya?

Guna alamat palsu
KUALA TERENGGANU: Individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan membabitkan kerugian RM200 juta, Harun Mat Saat, 45, dipercayai menggunakan alamat palsu bagi mengelak diburu pihak berkuasa ketika menjalankan kegiatan.http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gunaalamatpalsu/Article/index_html 
DINA MENCURI LEBIH BND $91 JUTA DARI HAMPIR 5000 ORG BRUNEI.http://menuntuthak.blogspot.com
Wednesday June 8, 2011
Self-styled prophet talks about lewd acts
HARUN MAT Saat, who claims to be the prophesied messiah Imam Mahdi, talked about lewd acts during a series of “religious” ceramah aimed at promoting his get-rich-quick scheme, reported Harian Metro.
 
Jumaat April 10, 2009
Konsert Malam Seribu Karya diteruskan tanpa Siti VISUAL laser bertulis kalimah Allah, Nabi Muhammad dan bismillah merupakan antara tarikan dalam Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 April ini. Jalan cerita tersebut berkisarkan tentang kehidupan, perniagaan dan visi yang ingin dicapai oleh penaung Karya Hadani, Ustaz Harun Mat Saad.Selain Ustaz Harun, konsert ini akan dijayakan oleh artis yang bernaung di bawah Karya Hadani Yantzen, Razak Ahmad, Ezam Akar, Sham Barongan dan Rahmad Mega.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm  
Harun bin Mat Saat I/C No: 660908-03-5945
Last known address:
No. 5, Jalan Temenggung, Seksyen 12/6,
Istana Kayangan, 40100 Shah Alam,
Shah Alam, Selangor
Kad Pengenalan  660908035945 / A0497061 Nama  HARUN BIN MAT SAAT Tarikh Lahir  08 Sep 1966 Jantina  LELAKI Lokaliti  026 / 25 / 11 / 003 - KG SOKOR  Daerah Mengundi  026 / 25 / 11 - KAMPUNG SOKOR DUN  026 / 25 - KOK LANAS Parlimen  026 - KETEREH Negeri  KELANTAN  http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx  
Ustaz Harun lucah
KUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi ‘panas’ ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya.
“Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan,” katanya.
  
Trading Company Fined And Directors Jailed For Illegal Deposit Taking
 
KUALA LUMPUR, Dec 8 (Bernama) -- Two directors of a trading company were sentenced to 15 months imprisonment by the Sessions Court here today, for taking an unlicensed deposit amounting to RM200,000.
The trading company, Business Time Dina Sdn Bhd was also fined RM300,000 for the same offence.
"I only became a director of the company on the suggestion of Harun Mat Saat who helped with its management," he added.
"Both the accused did not think rationally and only point at Harun claiming he was the mastermind behind this case but Harun has disappeared," he said.
 
Cahaya Permai Bakery & Cake House
Perkhidmatan: Menyediakan perkhidmatan tempahan kek dan roti untuk pelbagai acara.
Organisasi syarikat:Penasihat – Ustaz Harun Mat Saathttp://tawaubloggers.com/cahaya-permai-bekery-cake-house/ 
Mas Selamat ditahan bawah ISA
Mei 27, 2009   Ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari, yang diberkas di Johor baru-baru ini, kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting selama dua tahun bagi membolehkan kerajaan mengumpul lebih banyak maklumat yang diperlukan. http://www.malaysiakini.com/news/105244   
"
 




Photobucket

Mengapa saya pilih jalan raya?

on


Apabila saya dihubungi editorial MerdekaReview untuk menjadi kolumnis jemputan, saya seakan tidak percaya; kerana lebih kurang 10 minit sebelum dihubungi oleh pihak editorial, saya baru sahaja menyatakan hasrat saya untuk menulis di akhbar dan portal agar segala pandangan dan buah fikiran saya dapat dinilai seadilnya.  Bukan sekadar di medium Twitter atau Facebook.  Tidak lama kemudian, saya mula termenung; apa harus saya tulis?  Saya pernah terbaca pesanan seorang penggiat sastera yang mengatakan "pertama, kita harus tulis apa yang orang mahu, kemudian barulah kita tulis apa yang kita mahu,".  Saya cuba untuk menuruti pesanan beliau.  Puas saya fikirkan, akhirnya saya buat keputusan.  Reaksi kepada soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya, saya fikir, ramai yang ingin tahu dan baca; mengapa saya pilih jalan raya.

Tahun 1997 dan 1998 tentu sekali tahun penting dalam lipatan sejarah Negara kita kerana pada tahun itulah kita menyaksikan mobilisasi manusia yang disifatkan paling besar pernah berlaku dalam sejarah moden tanah air.  Dari situ saya mengenali jalan raya sebagai medium sebenar menyampaikan suara dan isi hati rakyat yang setiap satunya mungkin tidak pernah pun merasai sejuk hawa dingin bangunan Parlimen mahupun Putrajaya.  Saya masih ingat, ayah saya juga antara demonstran tegar ketika itu.  Setiap pagi Sabtu beliau pasti akan turun ke kota.  Dengan hanya berkemeja-t dan berseluar jeans, dengan motosikal buruknya beliau akan ke sana.  Pernah saya mohon untuk bersama, tapi dihalang beliau.  Katanya bahaya.

Lebih kurang sepuluh tahun kemudian, saya mula kenal jalan raya.  Bermula dengan demonstrasi menuntut hak air rakyat Selangor, segala persoalan mengapa ayah saya turun ke tengah kota hampir setiap minggu sepuluh tahun lalu terjawab.

Di tengah-tengah keringat ribuan manusia, saya seorang diri asalnya.  Saya tidak kenal langsung siapa yang berada di situ.  Usai demonstrasi tersebutlah baru saya kenal beberapa rakan baru yang kini bersama dalam satu barisan bernama Solidariti Mahasiswa Malaysia.  Saya masih ingat, ketika itu, berdepan dengan trak FRU, sebagai "first timer", logiknya pasti saya memilih barisan paling ke belakang sekali.  Namun entah dari mana saya dapat keberanian untuk menjadi benteng hadapan.  Sekali lagi diulangi, saya hadir seorang diri tanpa rakan yang dikenali.  Namun aneh, saya tidak pula rasa keseorangan.  Dengan bergandingan bahu bersama beberapa anak muda mahasiswa yang lain, kami berdepan dengan tembakan water-cannon.  Kami tidak berganjak dari tempat kami.  Sehingga akhirnya diserang oleh anggota keselamatan barulah kami mula mangambil langkah berundur.  Itu antara kenangan yang masih saya simpan.

Sejak dari itu, saya sering kemaskini diri saya dengan berita-berita mengenai himpunan dan protes jalanan.  Protes jalanan bagi saya sudah menjadi pentas mulia, dan juga cara yang mulia untuk memurnikan jalan raya.  Akhirnya, jalan raya "disalahgunakan" dengan sebab yang baik, berbanding "disalahguna" dengan tujuan lumba haram, meragut, merompak dan sebagainya.  Saya tidak faham dengan orang yang menentang orang yang memartabatkan jalan raya sebagai wadah ekspresi suara sebenar rakyat.

Maka kita datang ke persoalan sebenar; mengapa jalan raya?  Tenang rakan-rakan.  Jika dikupas satu persatu risalah sejarah, kita akan akhirnya bertemu dengan catatan-catatan mengenai kuasa jalan raya.  Dari kurun ke 16 hingga ke Occupy, kita faham bahawa jalan raya telah banyak berjasa kepada rakyat berbanding parlimen!  Tidak hairanlah Guy Fawkes suatu masa dahulu pernah ingin meletupkan bangunan Parlimen!  Saya sering tekankan kepada rakan-rakan; parlimen hanya untuk 222 orang, sedangkan kita ada jutaan suara yang mahu didengari.  Maka jalan raya adalah ruangnya.  Ia terbuka, luas, dan pasti mendapat perhatian!

Kempen BEBAS yang menuntut kebebasan akademik misalnya, sering dirujuk sebagai anarki jalan raya yang tidak bertamadun dan hanya untuk membuat kacau.  Di sini kita lihat, dan dibuktikan; bahawa hanya bila kempen ini digerakkan di jalan raya baru masyarakat dan pak-pak menteri mahu mengambil tahu tentang kempen ini.  Mereka ini pasti tidak tahu bahawa sepanjang setahun kempen BEBAS digerakkan sejak awal 2011, sudah belasan gerak kerja dijalankan; dari siri debat, forum, wacana, pidato awam, termasuklah sidang-sidang video dan proses surat-menyurat.  Siapa yang mahu dengar?  Tiada siapa pun.  Walau antara yang pernah dijemput hadir ke program kami itu termasuk nama-nama besar seperti Anwar Ibrahim, Saifuddin Abdullah, Hisham Rais, Fahmi Reza, dan Aziz Bari, ia tidak mampu mencuri perhatian orang ramai.  Realitinya, masyarakat kita adalah masyarakat yang paginya dihidang dengan akhbar tabloid.  Kisah-kisah sensasi sahaja yang mampu mencuri tumpuan masyarakat.  Dan protes jalanan adalah salah satu dari sensasi yang gemar dibincangkan di kedai kopi.

Saya menemui jawapan terhadap mengapa harus turun ke jalan raya apabila saya sendiri turun ke jalan raya.

Andai kata tiada protes jalanan, mahukah semua pihak; kerajaan, pembangkang, media, akademia,imam surau, tok siak, sami, paderi, nelayan, petani, buruh, tukang masak, suri rumah, malah pelajar sendiri ambil perhatian terhadap isu-isu yang dibawa?  Tidak kiralah samada BEBAS, BERSIH, GMA, PPSMI, ISA, Anti-Lynas, HIMPUN, OccupyDataran dan sebagainya.  Demonstrasi, protes, himpunan, dan jalan raya kini terbukti sebagai medium terbaik dalam menyampai suara dan keringat masyarakat.  Pada yang masih memandang jalan raya sebagai cara tidak bertamadun dan merosakkan ketenteraman awam, anda perlu muhasabah diri.  Tanya kepada diri anda, adakah suara anda yang mengutuk demonstran ini didengari?  Jika tidak, apa yang anda mahu buat?  Mungkin anda harus cuba turun ke jalan raya juga.

*Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).



Oleh Adam Adli


merdekareview 



Photobucket

Boneka

on


Memasuki 2012, Datuk Seri Najib Abdul Razak masih tidak dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber oleh rakyat jelata. Pada pendapat orang ramai, kisah peribadi, sosial dan ekonomi yang menghantui beliau akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang – yang dipercayai akan diadakan sebelum Jun 2012.

Hubungan antara kaum di negara ini tidak menjadi lebih baik dan ternyata agama secara meluas dilihat sebagai gizmo yang mudah digunakan oleh UMNO untuk memecah-belahkan rakyat. Juga terdapat kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat, merangka strategi ekonomi yang tidak berkesan dan kegagalan kerajaan untuk meyakinkan orang ramai.


Hampir empat tahun BN menerajui negara selepas pilihan raya umum Mac 2008 dan tidak dapat dilihat UMNO atau Najib membawa negara ke landasan yang betul. Populariti mereka seolah-olah menurun.

Banyak masalah sosial dan ekonomi yang berkaitan dengan hubungan antara kaum, agama dan ekonomi telah disajikan kepada rakyat jelata. Rasuah semakin menjadi-jadi di kalangan mereka yang berkuasa dan lebih kerap ia disapu di bawah permaidani atas sebab-sebab politik.


Mereka hanya menerima sisa

Pembayaran RM100 dan RM500 secara ‘one-off’ kepada pelajar dan golongan miskin baru-baru ini telah dianggap oleh orang ramai sebagai percubaan merasuah untuk undi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Malah pinjaman RM5, 000, 1Malaysia kepada golongan miskin untuk melabur di bawah skim amanah kebangsaan tidak akan mejamin rakyat akan mengundi BN.

Bagi penerima bantuan di Kedah, beliau tidak memuji kerajaan: "Ini tidak penting, kerana wang yang diberikan kepada rakyat bukan dari poket UMNO sendiri, tetapi wang hasil titik peluh pembayar cukai. Kita perlu memperbaiki mentaliti rakyat tentang strategi politik UMNO ini. Buat masa ini, wang yang diterima itu adalah wang rakyat, bukan UMNO atau BN. Apabila tiba masa untuk mengundi, ini benar-benar akan menjadi satu isu yang berbeza. "

Rakyat yakin bahawa jumlah wang yang diberikan kepada golongan miskin hanyalah berjumlah sedikit dan tidak dapat membuat hidup lebih selesa sedang negara dilanda masalah inflasi yang tinggi sekarang. "Ini 'rasuah' untuk menggembirakan rakyat untuk jangkamasa pendek," kata seorang petani di Kedah. "Kerajaan tidak membentangkan pelan konkrit jangkamasa panjang untuk mengurangkan inflasi dan menurunkan kos sara hidup bagi membantu golongan miskin." Tambah beliau, "Meningkatkan gaji mereka yang sudah bergaji besar tidak akan membantu mengurangkan harga makanan. Hanya yang kaya dilihat seperti diberi insentif dan ganjaran yang besar untuk menjadi lebih kaya. Golongan miskin menjadi lebih miskin, kerana mereka hanya menerima sisa "

Apa yang lebih menarik untuk orang ramai adalah mereka ingin tahu kualiti kepimpinan negara ini. Yang hangat dikalangan pengundi, "Siapakah yang sebenarnya yang mentadbir negara ini?" Ini adalah soalan yang ditanya oleh mereka yang berada di dalam dan di luar UMNO dan BN. Semua orang tahu bahawa secara rasminya Najib ialah PM. Tetapi Najib telah dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak dapat memimpin negara dengan bebas tanpa pengaruh Mahathir. "Selagi, Anwar masih ada, Mahathir tidak akan berputus asa mengganggu pentadbiran Najib. Beliau takut UMNO dan BN akan kalah besar pada pilihan raya umum akan datang dengan populariti Pakatan Rakyat yang semakin meningkat " kata pengundi muda di Kerian.

Ingin melihat Najib jatuh

Orang ramai mula melihat peranan Mahathir dalam pentadbiran Najib yang tidak akan surut tetapi lebih kuat. Rupa-rupanya, Abdullah Ahmad Badawi telah disingkirkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 oleh Mahathir. Perkara yang sama boleh berlaku kepada Najib jika beliau memutuskan untuk 'mengingkari' Mahathir. Mahathir masih berpengaruh dalam politik UMNO bukan kerana beliau adalah seorang ahli politik yang bijak tetapi kerana ada puak dalam UMNO yang mahu melihat Najib jatuh. "Tetapi jika Najib dan UMNO jatuh, BN turut hancur," kata seorang pemerhati politik. "Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru." Mahathir dianggap oleh sesetengah pemerhati politik sebagai satu-satunya manusia yang boleh menentukan nasib Najib dan mungkin memberikan harapan kepada UMNO dan banyak lagi yang lain untuk menaiki tangga politik.

Yang hebat diperkatakan sebelum ini adalah semasa Najib membuat keputusan memilih barisan kabinet, beliau telah diberi 'amaran' oleh Mahathir bahawa Khairy Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO yang dipilih - harus dikecualikan daripada Kabinet. Dan seperti yang dijangka, apabila barisan Kabinet diumumkan, Khairy diketepikan.Mungkin ini adalah kali pertama dalam sejarah UMNO di mana pemimpin Pemuda tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet. "Dengan langkah itu, nasib politik Khairy dimeterai," kata seorang ahli parlimen UMNO. Bagi sesetengah pemerhati politik, prestasi Khairy sebagai pemimpin Pemuda sememangnya suram: "Beliau tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Pilihan raya umum yang akan datang besar kemungkinan akan menyaksikan Khairy tidak bertanding." Khairy akan kehilangan jawatan sebagai Ketua Pemuda dalam pemilihan UMNO yang akan datang dan ini akan menggembirakan Mahathir.

Bukan itu sahaja, Mahathir memberi isyarat kepada Najib bahawa semua orang-orang Abdullah juga perlu dibuang dari barisan kabinet. Shahrir Abdul Samad - seorang ahli politik yang bijak menyedari hakikat terebut dan telah membuat satu langkah pencegahan. Beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai menteri walaupun sebelum barisan Kabinet baru diumumkan. Beliau berundur sebelum kapak jatuh ke atasnya. Beliau dapat merasakan bahawa Kabinet baru itu akan menjadi Kabinet Mahathir.

Tetapi apabila Najib dengan ihsannya termasuk beberapa orang-orang Abdullah, ada yang mengatakan bahawa Mahathir merungut bahawa Kabinet itu masih dipenuhi dengan beberapa watak-watak 'tercemar'. Najib tidak mempunyai pilihan, kerana beliau melihat mereka ini sebagai orang kuat UMNO dan penyokong setia. Sebagai seorang yang lemah, Najib memerlukan mereka untuk membantu beliau melawan parti-parti pembangkang dan untuk sokongan kerana begitu banyak kontroversi dan banyak tuduhan ke atasnya. Beliau sedar bahawa beliau bukan seorang pejuang dan tidak begitu pandai dalam percaturan politik. Beliau dilihat oleh rakyat sebagai seorang pemimpin yang 'bermain selamat', tidak seperti Mahathir dahulu.

Dasar turun naik

Abdullah telah membatalkan projek jambatan separuh bengkok atau melengkung di Selat Tebrau bagi menggantikan separuh daripada Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura pada tahun 2006. Projek ini diilhamkan oleh Mahathir semasa beliau masih Perdana Menteri. Apabila jambatan separuh bengkok itu sekali lagi ditimbul oleh Mahathir kepada Najib, Najib membisu mengenai isu itu. Mungkin beliau sedar bahawa projek itu tidak berbaloi. Mahathir sekali lagi tidak puas hati tentang perkara ini, kerana beliau masih berkeras bahawa projek itu perlu diteruskan. Najib masih juga senyap. Projek jambatan telah dihentikan dan kerajaan kerugian lebih RM740 juta wang pembayar cukai.

Abdullah memansuhkan projek keretapi berkembar dari Johor ke Padang Besar yang menelan kos RM14 billion semasa beliau PM. Najib juga tidak menunjukkan minat dalam projek ini. Sebaliknya, projek keretapi ini kemudiannya ditetapkan hanya dari Ipoh ke Padang Besar dan kelewatan projek ini telah menelan kos RM12 billion, hanya untuk satu jarak yang agak singkat. Mahathir marah kerana beliau merasakan sekiranya projek yang dilaksanakan lebih awal, dengan pertambahan RM 2 billion, landasan berkembar itu akan menyambung Johor Baru dengan Padang Besar.

Penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik (PPSMI) - ilham Mahathir juga sedang dijatuhkan oleh kerajaan Najib. Mahathir dilaporkan telah tidak bersetuju dengan idea menjatuhkan pelan yang dilaksanakannya pada tahun 2003. Benci kepada isu-isu kontroversi, Najib bijak melambung 'kentang panas' kepada Muhyiddin Yassin untuk melakukan keputusan yang tidak popular untuk melenyapkan polisi. Muhyiddin kini telah menjadi menteri pendidikan yang sangat tidak popular. Isu ini telah mengkemikkan kerjaya politik beliau, sedang Najib terus menerus senyap mengenai perkara itu. Ibu bapa masih tidak berpuas hati dengan dasar turun naik dalam bidang pendidikan. BN dijangka kehilangan lebih banyak undi kerana isu ini dan Mahathir sedar akan hal ini.

Muhyiddin berkeras bahawa dasar itu harus dimansuhkan sepenuhnya. RM5 billion ringgit wang pembayar cukai telah disia-siakan pada PPSMI yang berlangsung hanya selama sembilan tahun sebelum ia dijumudkan. Sekiranya ini adalah negara demokrasi lain, seluruh ahli-ahli kabinet akan meletak jawatan dan pemimpin tersebut akan dihantar ke penjara politik.

Bagasi peribadi

Kempen beberapa pilihan raya kecil semasa Najib Perdana Menteri telah menggunakan taktik kotor pada mata rakyat. ''Cukuplah memburukkan saya,” Najib dilaporkan berkata dalam satu perang dingin dengan pembangkang. Malangnya, Najib tidak dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang bebas daripada bagasi peribadi dan ini bukan satu petanda baik untuk UMNO dan BN. Bagi pemerhati politik, Mahathir lebih berminat untuk menyelamatkan UMNO daripada memikirkan masalah peribadi pemimpin UMNO.

Dalam pilihan raya kecil di mana Najib agak keberatan untuk melangkah, Mahathir dilihat lebih bersebeliau untuk berjuang. Tetapi, jika Mahathir dilihat turun padang tanpa Najib, apakah mesej yang akan diperoleh oleh rakyat? Walaupun dengan pertolongan Mahathir, UMNO telah kalah dalam beberapa pilihan raya kecil dan ini memburukkan lagi imej Najib.

Pada masa itu, Najib sangat terasing apabila BN kehilangan beberapa pilihan raya kecil. Najib akhirnya menjadi bahan seloroh pihak pembangkang dan ramai musuhnya dalam UMNO. "Najib, yang dibesarkan dalam sebuah keluarga bangsawan politik secara semulajadi akan mengambil jalan selamat. Yang paling mungkin beliau lakukan adalah untuk menyuruh penyokongnya berjuang untuk beliau. Tetapi beliau telah gagal untuk menyedari bahawa orang lain tidak boleh terus melakukan 'aksi ngeri' untuk beliau. Sebagai PM, halangan besar masih akan tergantung di lehernya, "kata seorang pemerhati politik.

Mahathir menyelamatkan imej

Kehadiran Mahathir agak ketara semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tahun 2009. Najib - PM dijauhkan daripada pilihanraya itu. Mahathir turun padang untuk menyelamatkan UMNO dan BN tetapi telah disakiti menerima rintangan dari kedua-dua kawasan pilihan raya tersebut dan kedua-dua kerusi itu akhirnya pergi kepada Pakatan - PAS dan PKR.

Mahathir secara umum ‘bersara' selepas menerajui negara selama 22 tahun dan tidak boleh hidup dengan aman melihat UMNO runtuh di bawah Najib walaupun BN memenangi beberapa pilihan raya kecil selepas itu. Najib seolah-olah akan kehilangan lebih banyak sokongan kini kerana bergantung kepada Mahathir untuk menyelamatkan imejnya.Mahathir mungkin tidak berpuas hati melihat Najib lebih banyak berusaha membina imej beliau dan bukannya memberi tumpuan lebih kepada pembangunan ekonomi negara.

Mahathir juga sedar bahawa jika perjalanan menjadi sukar untuk Najib, beliau akan meminta menteri-menteri Kabinet yang lain untuk melakukan tugas baginya. Najib telah senyap dalam banyak isu - khususnya PPSMI dan pinjaman RM250 juta yang diberi kepada sebuah syarikat milik suami seorang Menteri Kabinet. Projek Feedlot Negara itu telah ditubuhkan pada tahun 2008 semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri. Khairy pada mulanya bulat-bulat mempertahankan syarikat itu tetapi setelah lebih banyak bukti yang timbul mengenai penyalahgunaan wang yang dipinjamkan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut, beliau juga menjadi senyap.

Boneka kelas ini

Mengetahui Mahathir, beliau sememangnya seorang pejuang dan beliau akan terus berjuang walaupun selepas bendera perang telah jatuh ke tanah.

Dalam wayang kulit tradisional, Tok Dalang menarik tali boneka dan bercakap dari belakang tabir untuk memikat dan menarik perhatian mereka yang menonton persembahan pada skrin putih. Najib boleh memilih untuk tidak menjadi boneka kelas ini. Tetapi beliau dilihat sebagai pemimpin yang lemah oleh pasukannya dan juga oleh musuh politiknya,beliau tidak mampu untuk mengabaikan Mahathir – yang jelas adalah Tok Dalang. Satu silap langkah Najib akan menyebabkna beliau menghadapi masalah dan akan menemui nasib yang sama seperti Abdullah.

Najib, seperti semua ketua-ketua kerajaan, bercita-cita untuk menjadi perdana menteri yang bebas tetapi duri yang menusuk hati nuraninya daripada mereka yang jelas kelihatan adalah terlalu banyak untuk beliau tanggung. Malangnya, beliau seolah-olah tidak dapat bertahan, tetapi perjuangan menentang hati nuraninya adalah penting untuk survival politik beliau.

"Nasihat untuk Najib - kesedaran sendiri untuk memutuskan apa yang beliau mahu lakukan sebagai seorang perdana menteri. Beliau perlu berdiri dengan prinsip itu. Beliau tidak harus ditolak ke tepi oleh sesiapa pun. Ia mungkin pahit ditelan, tetapi ini adalah pil yang harus ditelan untuk dihormati, jika tidak ia akan menjejaskan imej beliau sebagaiPerdana Menteri. Tetapi beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak bertenaga." kata seorang ahli UMNO kanan.

Pemimpin seterusnya untuk UMNO

Yang hangat diperkatakan sekarang, "Siapakah Perdana Menteri sekarang? Najib atau Mahathir?"Kebanyakan orang sudah mempunyai jawapan yang jelas kepada soalan ini. Buat masa ini Najib hanyalah mengikut tulunjuk Mahathir semata-mata. Tetapi Najib adalah pilihan Mahathir selepas Abdullah. Mahathir sepatutnya mula melatihNajib untuk menjadi 'pejuang' sebelum diletakkan di atas pentas. Mahathir tergesa-gesa menolak Abdullah keluar dari tempat kejadian dan dengan itu pelantikan Najib sebagai PM disegerakan.

Mahathir akan memastikan Najib berdiri di atas kakinya sehingga pilihan raya umum akan datang. Najib sedar bahawa jika beliau memutuskan untuk tidak mendengar nasihat daripada penasihat yang dilantik secara sendiri itu, beliau akan menghadapi masalah. Ini adalah yang harus dielaknya sebelum menghadapi sebelum pilihan raya umum akan datang. Tetapi jika beliau terus mengikut telunjuk Mahathir, musuh politik akan melabel beliau sebagai PM tanpa pendirian sendiri.

Jika UMNO dan BN gagal dalam pilihan raya umum akan datang - yang dijangka akan berlaku adalah Mahathir akan mendesak perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri seperti apa yang beliau lakukan kepada Abdullah dahulu. Mahathir berharap agar dapat hidup lama untuk melihat nasib Najib selepas pilihan raya umum akan datang. Mahathir bolehlah, selepas itu, membuat keputusan siapa pula yang akan menjadi orang seterusnya untuk memimpin UMNO.-Malaysia Chronicle

Malaysia Chronicle


Photobucket

Baru Betul.....

on Jan 10, 2012


KENYATAAN DATO' HARUN DIN......PAS tidak melencong dari perjuangan asal




Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.”

Wallahua’lam.


Oleh DATO’ HARON DIN

Photobucket

KAU Makbulkan Munajat Kami - Wan Azizah

on



SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?


"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?


Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."


"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."


Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.


"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami." 



SH


Photobucket

'SMS' Ketika Khatib Berkhutbah

on Jan 5, 2012




Kebiasaanya di setengah2 masjid sebelum khutbah jumaat, selalu dipeingatkan supaya jangan berkata2 ketika khatib sedang berkhutbah berdasarkan hadis Rasulullah SAW kalau tak silap saya yang di riwayatkan oleh abu hurairah ra, kerana sia2 lah pahala jumaatnya.


Bagaimana pula dengan orang yang ber"SMS" ketika khatib sedang berkhutbah? 


Memang kita selalu diingatkan (bukan semasa khutbah Jumaat) melalui sebuah Hadith :

عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إذا قلت لصاحبك والإمام يخطب يوم الجمعة أنصت فقد لغوت " . رواه البخاري ( 892 ) ومسلم ( 851 ) . 

"yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda : Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah laghw" - Riwayat al-Bukhari #892, Muslim #851.

Hadith ini mengingatkan kita bahawa melalaikan diri semasa khutbah bahkan menegur orang yang lalai (berkata-kata) didalam khutbah pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang membaca khutbah. Begitulah adab yang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya semasa menghadirkan diri mendengar khutbah Jumaat. Mendengar dengan khusyuk khutbah Jumaat ini adalah dituntut! Para jemaah diseru agar mendengar dengan baik ucapan/khutbah Imam dan mengambil tauladan didalamnya. Cuba kita lihat hadith yang selanjutnya yang lebih keras dari ucapan menegur orang daripada bercakap.

عن أبي الدرداء قال : جلس النبي صلى الله عليه وسلم على المنبر وخطب الناس وتلا آية وإلى جنبي أُبيّ بن كعب فقلت له : يا أُبيّ متى أنزلت هذه الآية ؟ فأبى أن يكلمني ثم سألته فأبى أن يكلمني حتى نزل رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال لي أبيٌّ : مالك من جمعتك إلا ما لغوت ، فلما انصرف رسول الله صلى الله عليه وسلم جئته فأخبرته فقال " صدق أُبيّ إذا سمعت إمامك يتكلم فأنصت حتى يفرغ " . رواه ابن ماجه ( 1111 ) ، وأحمد ( 20780 ) . 

"Dari Abu Darda' berkata :"Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka'ab yang duduk disebelahku dan aku bertanya :'Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar. Kemudian Ubai berkata kepadaku ,'Apa yang anda dapat pada hari Jumaat ialah melainkan LAGHW (cakap yang sia-sia)'. Setelah perginya Nabi saw, Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda beliau :'Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah, maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai" (Riwayat Ibn Majah #1111, Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338)."

Bertanyakan mengenai AYAT pada hari Jumaat pun MEMBATALKAN PAHALA Jumaat, bagaimana pula mereka-mereka yang bercakap-cakap pasal hal dunia, perniagaan, berSMS dan sebagainya semasa Imam sedang berkhutbah?? Sudah tentu kita tahu jawapannya. Cuba kita renungkan baik-baik.

Malahan terdapat situasi dimana sekalipun kita tidak memahami apa yang disampai oleh Khatib (contohnya khatib membaca didalam bahasa asing eg: Arab, Urdu dsb), kita disuruh agar memberikan sahaja tumpuan kepada khatib yang membaca. 




Photobucket

Unlucky

on Jan 3, 2012



Hospital Selayang

Jam 7.00 dah terpacak depan pintu besar klinik pakar hospital selayang. Depan aku dah berpuluh orang berbaris. Bila waktu agak nya dia orang ni datang ke hospital ni atau mungkin ada yang bertunggu tangga kat sini agak nya bila tarikh temu janji tiba.

7.15 pintu besar dibuka dan berpusu-pusu ler manusia berbagai jenis berebut rebut untuk mengambil nombor.

Aku selamba ajer masuk kerana aku tahu aku x perlu berebut-rebut untuk ambil nombor kerana pengambilan darah  tak ler sesak sangat......Wah meleset jangkaan aku.....berebut jugak nak tekan nombor....

Nombor 13. Ada orang kata unlucky number.....



Nombor giliran menunjukan angka 12.... Lepas ni mesti no 13......Assalamualaikum.....sambil hulur tangan... aku jawap w'alaikumsalam sambil menyambut tangan nya. berbual sebentar. Mata beralih pandang ke screen angka giliran.....aiiii kenapa pulak no 14, mana pegi no 13..... Betul le orang kata unlucky number.

Selepas no 16 baru lah no 13 dipanggil..... UNLUCKY...!

Encik komuter kepong bolih?.... OK Masuk.... Naik teksi aku ke komuter kepong setelah selesai urusan pengambilan darah.




Encik bandar tasik selatan satu....berapa.?.....rm2.20.

Naik komuter pulak aku ke bandar tasik selatan. TBS-BTS.... Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan.



TBS-BTS

Di Kaunter tiket. ...... Encik Melaka satu ....Tolong beri seat depan boleh.....Bas apa encik....Pukul berapa berlepas....Berapa harga...?  .... OK....Boleh Seat No 4 yer....... Mayang sari.....Berlepas pukul 10.30..... pintu no 5 ......RM10.00.





Mayang Sari

Melaka Sentral

12.20pm berada di Melaka Sentral. Perut kerak keruk kerak keruk... Kita makan dulu..... Selesai makan nak pergi cari teksi balik air molek......

teksi encik.....mana.....air molek boleh....ok......berapa.......rm25 cik......what???

.....mak aiiii cekik darah ke ni.... ambik npon.....allo noi kau ada kat mana...? kat tesco bah, beli lauk, napa bah....ko ambik abah kat MC bolih...?.....OK bah noi nak bayar kat kaunter ni...abah tunggu....

Emmmm selamat rm25..... Semua nya terkisah disebabkan black pearl rosak.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List