'SMS' Ketika Khatib Berkhutbah

on Jan 5, 2012




Kebiasaanya di setengah2 masjid sebelum khutbah jumaat, selalu dipeingatkan supaya jangan berkata2 ketika khatib sedang berkhutbah berdasarkan hadis Rasulullah SAW kalau tak silap saya yang di riwayatkan oleh abu hurairah ra, kerana sia2 lah pahala jumaatnya.


Bagaimana pula dengan orang yang ber"SMS" ketika khatib sedang berkhutbah? 


Memang kita selalu diingatkan (bukan semasa khutbah Jumaat) melalui sebuah Hadith :

عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إذا قلت لصاحبك والإمام يخطب يوم الجمعة أنصت فقد لغوت " . رواه البخاري ( 892 ) ومسلم ( 851 ) . 

"yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda : Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah laghw" - Riwayat al-Bukhari #892, Muslim #851.

Hadith ini mengingatkan kita bahawa melalaikan diri semasa khutbah bahkan menegur orang yang lalai (berkata-kata) didalam khutbah pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang membaca khutbah. Begitulah adab yang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya semasa menghadirkan diri mendengar khutbah Jumaat. Mendengar dengan khusyuk khutbah Jumaat ini adalah dituntut! Para jemaah diseru agar mendengar dengan baik ucapan/khutbah Imam dan mengambil tauladan didalamnya. Cuba kita lihat hadith yang selanjutnya yang lebih keras dari ucapan menegur orang daripada bercakap.

عن أبي الدرداء قال : جلس النبي صلى الله عليه وسلم على المنبر وخطب الناس وتلا آية وإلى جنبي أُبيّ بن كعب فقلت له : يا أُبيّ متى أنزلت هذه الآية ؟ فأبى أن يكلمني ثم سألته فأبى أن يكلمني حتى نزل رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال لي أبيٌّ : مالك من جمعتك إلا ما لغوت ، فلما انصرف رسول الله صلى الله عليه وسلم جئته فأخبرته فقال " صدق أُبيّ إذا سمعت إمامك يتكلم فأنصت حتى يفرغ " . رواه ابن ماجه ( 1111 ) ، وأحمد ( 20780 ) . 

"Dari Abu Darda' berkata :"Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka'ab yang duduk disebelahku dan aku bertanya :'Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar. Kemudian Ubai berkata kepadaku ,'Apa yang anda dapat pada hari Jumaat ialah melainkan LAGHW (cakap yang sia-sia)'. Setelah perginya Nabi saw, Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda beliau :'Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah, maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai" (Riwayat Ibn Majah #1111, Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338)."

Bertanyakan mengenai AYAT pada hari Jumaat pun MEMBATALKAN PAHALA Jumaat, bagaimana pula mereka-mereka yang bercakap-cakap pasal hal dunia, perniagaan, berSMS dan sebagainya semasa Imam sedang berkhutbah?? Sudah tentu kita tahu jawapannya. Cuba kita renungkan baik-baik.

Malahan terdapat situasi dimana sekalipun kita tidak memahami apa yang disampai oleh Khatib (contohnya khatib membaca didalam bahasa asing eg: Arab, Urdu dsb), kita disuruh agar memberikan sahaja tumpuan kepada khatib yang membaca. 




Photobucket

1 comments:

suahati said...

mungkin dia dok catat dgn guna HP atau ipad apa yg khatib sampaikan utk disampaikan kp anak2 dan keluarga dia drumah......

rasanya itu lebih baik dr dok lena langsung xdengar apa2 yg khatib bacakan.....

cadangkan khutbah tuuu dibuat salinan dan edarkan kp makmun lagi baik kan.......

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List