Panggilan Jihad Buat Cyber Troopers Kerajaan & Pembangkang

on Feb 3, 2012



Hari ni hari Jumaat dah tentu ramai yang akan keluar ke Masjid Masjid dalam menunaikan Solat Jumaat. Jadi saya dengan rendah hati ingin meminta bantuan dari pembaca untuk sama sama kita mencari seorang remaja lelaki yang Hilang. Berikut makluman yang diberi:

Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak 23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012


TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.


Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.


Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.


019-5449170


Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.


Jadi buat para pembaca yang prihatin dan peka mengenai pekara ini maka diminta anda semua untuk bersama sama kita mencari remaja yang hilang ini. Remaja tersebut syndrom down Dan sudah pasti jika kita tidak membantu maka potensi untuk pekara tidak diingini mungkin berlaku.

Di harap para pembaca dapat menolong mencari Remaja Syndrom Down ini.

Buat sahabat Blogger, facebooker, Twitter dan mana mana medium yang ada sama ada dari Pro Kerajaan mahupun Pembangkang marilah kita sama sama menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Remaja lelaki ini. Saya yakin jika sebaran secara total melalui semua Media Cyber baik pro Kerajaan mahupun pembangkang remaja yang hilang ini akan dijumpa dalam masa yang singkat.

Tolong Ye sahabat Blogger, facebooker, Twiiter baik Pro Kerajaan mahupun Pembangkang.



Photobucket

MAMPUKAH PKR MERAIH UNDI PENDUDUK PPRT SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA...?

on



Dalam erti kata lain, pendedahan saya lakukan tidak mengira lokasi samada diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, PKR.

Petang tadi, saya sekali lagi berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin, PPRT Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya kemudian menemani kru program bual bicara TV3, Malaysia Hari Ini, MHI, Nor Hidayah Mohamed Fadzil dan Mohd Izwan Ibrahim ke Blok D perumahan sama.

Sebelum itu, saya sempat mendedahkan keluh kesah dan kedaifan hidup majoriti penduduk di kawasan sama, baca di sini.




"Bayangkan, saya anak 3 orang, kalau lif rosak 2 minggu, selama itulah saya terpaksa turun naik menggunakan tangga. Bukan rendah, kami tinggal di tingkat 12, apabila hendak membeli barang makanan, saya terpaksa turun, suami bekerja di Tesco Mutiara Damansara. Kalau tidak turun, kebuluran kami anak-beranak. Bila hendak menghantar anak ke sekolah, saya kena turun tangga lagi," ujar Nur Fitri Chik Ni. 



Airmata ibu itu bergenangan, mungkin mengenangkan untung nasib diri dan keluarga sebagai penduduk PPRT.

Kami kemudian menaiki lif ke tingkat 13.

Lihat reaksi spontan Hidayah, antara cemas dan keliru sebaik lif mula bergerak.

"Tengok lantai ini," usik saya.

"Tidak mahu," balasnya ringkas.



Saya mampu membaca perasaan wartawan muda itu sebaik melihat keadaan lif kami naiki bersama beberapa penduduk.






Menaiki lif untuk ke tingkat atas bak menyabung nyawa.

Sebaik menjejakkan kaki di tingkat 13, saya terpandang ...


Perlahan saya mendekati dua kanak-kanak terbabit dan melihat sudut pandangan mereka.



Wow! Gayat! Tambahan pula apabila melihat besi penghadang telah reput dan hanya diikat menggunakan tali.


Hemat saya, 'perangkap maut' itu mampu mengorbankan nyawa pada bila-bila masa sahaja.


"Kami memang bekas penduduk setinggan dan kemudian dipindahkan ke sini. PPRT, orang miskin. Ingatkan bila PKR memerintah, nasib kami lebih terbela tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini sebaliknya berlaku. Tidak hairan jika sekarang ini sudah kedengaran desas-desus, majoriti penduduk tidak akan mengundi PKR dalam Pilihan Raya Umum ke 13," rungut lelaki enggan identitinya didedahkan.

Saya dapati penempatan itu amat uzur. Kawasan di sekitar lif gelap tanpa lampu. Gambar di bawah saya rakam menggunakan flash. 

Jika tidak hanya kegelapan terserlah.


Berikut gambar direkod tanpa flash di sekitar lif dan rumah penduduk di tingkat 13.



Begini pula keadaan tangga digunakan penduduk untuk turun naik sekiranya lif tidak berfungsi.




Saya difahamkan, penempatan itu diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor dan diselenggara syarikat dilantik.

"Baru baru ini semasa rumah ini terbakar. Tiada bekalan air, pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa mendapatkan air dari rumah jiran di sebelah," keluh S. Ganesan.



"Ramai berkata, PKR baru sahaja memerintah, kira-kira satu penggal, berikan parti itu peluang," celah saya.

"Peluang? Kalau masalah asas seperti lif, bekalan air dan lebih lebih lagi keselamatan nyawa penduduk PPRT gagal ditangani, bagaimanakah PKR mampu hendak memerintah negara?," soalan diajukan kembali.

Saya terdiam.

Itu antara luahan hati rakyat, saya sekadar pencerita berlandaskan fakta disingkap.

Secara tiba-tiba saya teringatkan wakil rakyat, ADUN  Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.



Di manakah beliau ketika rakyat memerlukan bantuan?

Barangkali Dr. Nasir berasa terlalu gayat untuk mendaki tangga ke tingkat '13' untuk bertemu pengundinya jika lif tidak beroperasi.




Mazidulakmal.com

Photobucket

Blogger UMNO Berperang - Part 2

on







Akibat berebut 'harta rampasan perang' (oops! silap...dana persediaan perang) , akhirnya mereka berbunuh sesama sendiri. Sebenarnya, ramai blogger terutamanya dari pihak Umno-BN keliru, mereka fikir, PRU 12 lalu, Pakatan Rakyat (PR) menang banyak disebabkan pengaruh internet seperti blog dan laman web. Mereka terlupa, orang mencari maklumat di internet untuk mendapatkan berita alternatif oleh kerana media arus perdana berat sebelah. Sebanyak mana pun Umno-BN melahirkan blog-blog tidak akan membantu oleh kerana ceritanya sama seperti media arus perdana.

Blog-blog yang mencarut, maki hamun dan lucah ini hanyalah hiburan dan tidak memberikan impak kepada undi pilihanraya. Kadangkala, oleh kerana tidak berani menyalahkan diri sendiri akibat dari kesalahan tidak menguruskan negara dengan baik, mereka (Umno-BN) mencari alasan internetlah punca kekalahan mereka.

Jika dengan melahirkan beribu-ribu blog adalah cara untuk menang pilihanraya, maknanya, ajal Umno-BN semakin hampir. Lihatlah, belumpun PRU 13, blogger Umno-BN sudah berbunuh sama sendiri.

Kebanyakkannya dari jenis yang tidak berani mendedahkan identiti diri sebenar. Akhirnya Najib dan Umno tertipu dan berbelanja wang yang banyak kepada bloggers-bloggers ini walaupun ianya sia-sia.

Birlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Heboh dalam dunia blog tentang pergaduhan dalaman antara blogger Umno. Kalau blogger Umno bergaduh dengan blogger Pakatan Rakyat itu perkara biasa kerana memang itulah yang sepatutnya.

Yang pelik adalah apabila pergaduhan besar diantara blogger Umno dan blogger Umno. Pergaduhan menjadi parah sehinggakan berlaku tuduh menuduh. Satu kumpulan menuduh satu kumpulan yang lain.

Masing-masing kumpulan percaya merekalah yang lebih baik berbanding yang lain. Apa yang mereka rebutkan? Ganjaran wang? Peruntukkan lebih?

Inilah masalahnya, jika berjuang kerana mengejar imbuhan dan peruntukkan. Diberitakan akan berlaku debat antara kedua-dua kumpulan blogger Umno ini.

Anuar Mohd Nor yang menulis di Umno Reform mewakili satu kumpulan bakal berdebat dengan Haji Salahuddin Hisham yang dikatakan pemilik kepada blog Another Brick In The Wall dan The Unspinners - mewakili satu kumpulan lain. Klik disini. 

Dalam situasi sebegini, yang paling untung adalah blogger-blogger anti Umno-BN. Biarkan saja pergaduhan ini berterusan.

sumber




Photobucket

Seremban Pun Banjir Gak...

on

Dulu heboh bila bandar kajang banjir. Mentang-mentang kajang dibawah pemerintahan PR, riuh ayam se reban. Haa semalam bandar Seremban banjir bai.... Semua ayam dah kena sembelih ker.... Dan jangan lupa peperangan blogger UMNO.

Saksikan gambar-gambar ini :-
















Photobucket

Selepas Proton, KTMB Pula Tunggu Giliran...?

on Feb 2, 2012




Kita telah lihat bagaimana MAS dikaldaikan. Begitu juga TNB. Kereta nasional PROTON. Silap haribulan FELDA juga akan menerima nasib yg sama. Isa Katik mesti tak sabar-sabar utk menurut langkah cemerlang, gemilang dan temberang si Fernandez, para IPP dan Sheikh Bukhary si tauke beras.

Yang paling cilakanye, setelah berbilion dana awam (duit rakyat) dihenjut utk pelbagai projek mega KTMB, muncullah si tauke beras yg baru saja berjaya mengkaldaikan PROTON mengutarakan minatnya terhadap KTMB. Tak cilake ke? Ini semua gara-gara 'penswataan' ilham Madey al Mamakkutty. Kalau syarikat buat untung, bagi kroni. Syarikat dah lunyai kena keronyok, kerajaan ambik balik. Guna dana awam lagi. Memang cilake...

Jangan tak tau si tauke beras ini, Pejabat Pos pun dia dah sapu. Pengangkutan laut pun dia ada share. Kereta perisai pun dia supply untuk ATM. Api letrik kita yg melantun-lantun naik harganya pun bahana tauke beras ini jugak. Cukup cilake, semua dia sapu.

Lepas satu persatu syarikat strategik yg berunsurkan Melayu, berkait dgn Melayu dan mewakili sedikit kepentingan Melayu telah selamat dikaldaikan.

Dulu kita ada Tanah Melayu. Tinggal sejarah.

Kalau Keretapi Tanah Melayu pun lesap juga, tinggallah utk kita baju Melayu dan butang baju Melayu utk dibawa berjalan ke Chinatown dan Little India.



Idea Asal

Photobucket

HOI PEMIMPIN UMNO! SAMPAI BILA LU ORANG MAU INI ANJING KURAP JADI TROJAN HORSE NI???

on






Aku masih tak puas lagi beb, aku masih nak cerita pasal si KURAP Reform ni, semalam GAP pun dah balun mamat kurap ni, KLIK SINI

Sebenarnya mamat KURAP yang mengaku diri dia ni hebat dala psywar atau perang saraf ni tak le hebat mana pun, baru sikit kena cuit terus dia melompat dan dah tunjuk warna sebenar dia. Babi tonyok bermuka ungka ni selalu kata kita jangan maki hamun, biar kita dicirit atas kepala pun kita kena redha.

Aku paling tak boleh belah bila si Anuar KURAP JUBURI reform ni serang The Unspinners. Dituduhnya Unspinners tu si polan, si polan la, aik kata dia ni pandai perang saraf? Abuis tu dia serang Unspinners yang banyak bongkarkan KEBABIAN Anwar apa hal?

Dah la dia buat artikel nak kasi pecah belah antara bloggers, sekarang dia serang satu blog yang te;ah banyak berjasa kepada UMNO dan BN, inikah korang panggil psywar? Kepala butoh apa ni? Anwar memang anak haram, sesiapa sokong anwar pun sama anak haramnya.

Dan sekarang ni sesiapa sokong orang yang menjilat JUBOR ANWAR, SAMA LA JUGAK ANAK HARAMNYA MEREKA tu! Aku dan kengakwan aku berjanji, akan membongkar satu demi satu kepukimakan si Anuar Mohd Nor ni.

Sesiapa yang sokong dia pun akan kami serang dan ranapkan jugak! HOI PEMIMPIN UMNO, tolong baca ni dan semua artikel yang telah dibongkar pasal KURAP JUBURI ni dan fahamkan ya! Pilihanraya dah dekat ni, kalau dah tak minta nak menang, bagitau je, tak yah la nak bela anjing kurap ni....



Photobucket

Rafidah: Leave if you are a burden!

on



Former Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz has launched a scathing, thinly-veiled attack on her successor Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, suggesting that the latter should vacate all posts in Umno and the government.

In a candid interview with The Malay Mail recently, Rafidah stopped short of naming Shahrizat but the references were clearly pointed at the Women, Family and Community Development Minister.

"If you are a problem to the party and government, please move out!

"That's it (for) everyone, whether it's got to do with cows or anything (else). That's the most matured way of dealing with your problems," said Rafidah.

"Why are you so hung up about the three-week decision (to take a break)? You're missing the point!

"The point is: damn it, decide, don't leave it (the decision to go) to the Prime Minister (Datuk Seri Najib Abdul Razak). Don't leave the onus on the Prime Minister to decide for you."

Rafidah's remarks are bound to re-ignite talks of hostility between the two Umno heavyweights. Shahrizat had toppled Rafidah from her Wanita chief post in 2009.

The Kuala Kangsar MP said a chain was only as strong as its weakest link.


"If your toe has gangrene, you don't chop off the whole leg, you just amputate the toe!"
Hence, she said leaders who have become a liability to their respective political parties should take the right step and leave the party or at least resign from their posts rather than passing the burden to party leadership as they do not fit Najib's definition of a "winnable candidate".

The Prime Minister had on several occassions stressed that the Barisan Nasional would only field what he termed as "winnable candidates" in the next general elections.

"Whoever is in the wrong, please do the needful. But do not use the same brush stroke to tarnish the government.That's why I say if you're a bother to the government, you are a liability to the government and to the party, (and should) make the decision to move away," she said.

Known as the Iron Lady, Rafidah was also quick to slam anyone who intends to open old wounds such as the allegations of the awarding of Approved Permit (APs) that was used against her during her time in government.

She said it was unfair to equate the two incidents.

"There was no evidence and there was no link to any family member," she said.
"You think I'm not a God-fearing woman and do all these things? It's a sin, you know!"

Shahrizat, who is currently abroad, did not respond to calls and text messages.


sumber

Photobucket

JANGAN TINGGALKAN LAPTOP ATAS KATIL, BANTAL.

on




Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu. Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama.

Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja. Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah. Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun.

Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar.

Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida. Sebab saya menulis surat ini kepada anda semua bahawa saya telah melihat ramai di antara kita menggunakan komputer riba semasa di atas katil.

Risiko tersebut adalah benar. Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal. "Sila sebarkan kepada semua orang yang anda tahu, anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang".



Photobucket

Blogger UMNO Berperang

on






Sebelum ini kami pernah menulis kisah tentang pengendali blog umno reform di laman ini.

Sehari dua ini selangordaily perhatikan isu mengenai individu berkenaan kembali hangat di beberapa laman blog gara-gara kehadiran individu tersebut di majlis Umno dua malam lepas.

Bukan kami nak bercakap besar dan bukan kami nak berlagak. Kami adalah ‘player’ lama dalam dunia cyber. Laman ini wujud pada 13.Febuary. 2002. Tinggal lagi 12 hari genap 10 tahun kami beroperasi. Kami kenal dan kami tahu perangai dan strategi yang digunakan oleh ‘player-player’ otai dalam dunia cyber,termasuklah Anuar Md Nor.

Siang tadi laman umno reform mengulas tentang pertelingkahannya dengan sebuah blog yang mendedahkan siapa beliau yang sebenarnya.

Dalam tulisan tersebut terdapat dua komen yang dihantar menggunakan nama blogger-blogger superstar, Papa Gomo dan Parpukari.

Ini bukan kali pertama nama-nama tersebut menghantar komen ke laman umno reform. Sebelum ini telah berkali-kali ianya berlaku. Yang peliknya hanya di laman berkenaan sahaja.

Sebagai ‘player’ lama dalam dunia ini kami tahu siapa penghantar komen berkenaan. Yang pastinya ia bukan dari dua blogger berkenaan.

 

Jika anda ingin tahu, dua komen berkenaan dihantar oleh Anuar Md Nor sendiri. Kami pernah bercampurnya dan kami tahu strategi beliau. Ada kalanya beliau tidak ingat apa yang pernah beliau ceritakan sewaktu sesi teh tarik bersama rakan-rakan.

Dia berusaha untuk memecah belah blogger pro Umno dengan menggunakan nama Parpukari serta Papa Gomo untuk mengutuk unit media baru (UMB) Pemuda Umno di bawah pimpinan Tun Faisal. Itulah sebahagian dari tugasnya menyusup masuk ke dalam Umno seperti diarahkan oleh PKR. Laga-lagakan blogger-blogger pro Umno supaya bergaduh dan musnahkan Papa Gomo serta Parpukari.

Anuar cuba karang komen itu sebaik mungkin supaya nampak ‘real’ ianya datang dari Parpukari dan Papa Gomo. Baik dari penggunaan huruf besar dan kecil termasuklah menggunakan tag line Papa Gomo di bahagian akhir komen. Dalam cekap-cekapnya membuat fitnah dia  tetap tersangkut.

Bagi pembaca-pembaca tegar blog-blog politik mereka tahu setiap bahasa atau ayat yang sering digunakan oleh blogger-blogger tertentu. Parpukari bukannya seorang pengguna perkataan GUA. Perkataannya yang sering digunanya adalah AKU. Jika Papa Gomo, ya benar, beliau sering menggunakan perkataan GUA.

Anuar masih lagi menggunakan taktik lapuk dalam dunia cyber. Beliau tidak sedar yang beliau telah menceritakan kepada ramai orang sejak bertahun-tahun lepas taktik yang digunanya.

Kepada blogger-blogger pro Umno berhati-hatilah dengan Anuar Md Nor. Janganlah mudah cair dan terpedaya dengan kelunakkan serta kepetahan dan kehebatannya berkata-kata. Jangan terperangkap dengan permainan musuh sehingga anda semua bermusuhan sesama sendiri dan seterusnya menuju kehancuran.



Photobucket

Musuh Dalam Selimut...?

on





Agenda sebenar Dato' Dr Hasan Ali sudah jelas terbongkar dengan kenyataan terbarunya yang dangkal, bebal dan berasaskan fitnah semata-mata.

Semasa berceramah di Bangi tempoh hari, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik. Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan.

Katanya memperjuangkan Islam, tetapi yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga merupakan sindiran yang menderhaka dan berunsur hasutan yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.

Namun begitu, saya percaya taktik fitnah taraf UMNO ini tidak akan dipercayai umum. DAP adalah sebuah parti yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengambil pendirian yang mencabar teras-terasnya.

Sebagai bukti pendirian DAP dalam mempertahankan kerangka kenegaraan yang sedia ada, termasuk sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, saya memetik tiga perkara yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang baru sahaja dibentangkan, dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para pewakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2012 bulan lepas:

Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

Petikan di atas jelas membuktikan komitmen DAP untuk menjunjung dan mempertahankan teras-teras Perlembagaan Persekutuan.

Dan jika benar DAP mempunyai hasrat untuk merendahkan status Islam, kenapakah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang meningkatkan berkali-kali ganda peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam? Kenapakah di Pulau Pinang jauh lebih banyak bantuan diberi berbanding dengan Kerajaan BN untuk pembesaran tapak perkuburan, pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan program-program sambutan kebesaran Islam?

Di samping itu, baru-baru ini Utusan Malaysia telah didapati bersalah dan diarahkan membayar RM200,000 kerana memfitnah Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Keputusan mahkamah ini adalah bukti yang paling nyata bahawa DAP tidak pernah mengambil pendekatan yang mencabar teras-teras kenegaraan dan kemasyarakatan di negara kita.

Dengan fitnah dan tuduhan yang melampau ini, peranan Hasan Ali sebagai musuh dalam selimut sudah tidak diragui. Sesungguhnya seseorang yang begitu cepat berpaling tadah dan menyongsangkan pendiriannya tidak layak dipercayai.

Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 2hb Februari 2012



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List