Bahaya Penyakit Kencing Tikus - Leptospirosis

on Feb 3, 2012





LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Pada Mei tahun 2009 misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola. Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya. Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika. Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis. Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.

Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya. Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:

1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis
Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.

Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti. Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.

Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi. Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Sumber : My Networks

Komen : Ini baru kencing tikus..tak cerita kena kencing dengan orang BN/UMNO lagi..yang tu lagi parah..




Photobucket

Rasiskah DAP kerana membela rakyat, mendedah penyelewengan UMNO-BN?

on





 “Saya bangga walau pun terpaksa dipenjarakan dalam perjuangan menentang ketidakadilan terhadap sebuah keluarga miskin Melayu di Melaka.

“Adakah mana-mana pemimpin BN pernah ke penjara kerana memperjuangkan hak Melayu atau bukan Melayu? Kalau ada pun pemimpin BN yang dipenjarakan, ia adalah kerana penyelewengan dan rasuah dan bukan kerana memperjuangkan rakyat.”

Demikian kata-kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menjawab fitnah dan tohmahan lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, apabila mendakwa kononnya DAP adalah parti paling rasis di dunia.

“Ini menunjukkan betapa kecewanya mereka kerana makin ramai Melayu sudah tidak percaya dalam UMNO dan Utusan sehingga mereka menyertai DAP.

“Utusan Malaysia sudah kehilangan kredibiliti, malahan di kalangan Melayu, apabila akhbar itu telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan diarahkan untuk membayar RM200,000 kerana memfitnah saya sebagai anti-Islam dan anti-Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya DAP bangga dengan rekod memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Orang Asli, dan kerana itu, sudah makin ramai orang Melayu tidak percaya kepada pembohongan para pemimpin UMNO dan penipuan Utusan tentang DAP.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keputusan mahkamah terhadap Utusan juga membuktikan bahawa DAP dan beliau sendiri tidak bersifat anti-Melayu atau anti-Islam.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, peruntukan, bantuan kebajikan dan usaha murni untuk orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang telah ditingkatkan berkali-kali ganda berbanding dengan pentadibran BN.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan bahawa serangan Utusan itu berpunca daripada kenyataan balas Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah menyeru agar masyarakat Cina terus menyokong BN.

“Kenapa tidak salah apabila Chua menyeru kepada masyarakat Cina untuk bersatu menentang perubahan, tetapi salah apabila Kit Siang menyeru supaya masyarakat Cina untuk bersatu untuk menukar kerajaan dengan menyokong PR?

“Adakah DAP itu sebuah parti rasis kerana meminta supaya tindakan diambil terhadap kes rasuah seperti permintaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet?

“Adakah DAP itu rasis kerana menyerang UMNO yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kehilangan saham Bumiputera berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu miskin yang tidak menerima walau satu saham pun?

“Adakah DAP itu rasis kerana mempersoalkan konsesi lebuh raya Banting-Taiping selama 60 tahun dan berjumlah RM7.07 bilion kepada Kumpulan Europlus Bhd yang dimiliki seorang bukan Melayu?” soal beliau.

Beliau menambah bahawa Utusan Malaysia sudah tidak relevan lagi apabila orang Melayu pun sudah tidak percaya dalam fitnahnya.

Guan Eng juga membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin kerana  menggelar DAP cauvinis sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Menurutnya Muhyiddin tidak berhak menuduh DAP kerana Timbalan Presiden UMNO itu sendiri sudah mendabik dada mengumumkan bahawa beliau adalah “Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian”.

Katanya keengganan Muhyiddin untuk mengutuk Utusan Malaysia kerana menggambarkan tragedi rusuhan Mei 13 yang mengakibatkan kematian beribu-ribu rakyat Malaysia sebagai “hari keramat” jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang bersikap cauvinis dan rasis.

 Roketkini.com



Photobucket

Lidah Bercabang

on





Dasar luar negara terutama membabitkan isu keselamatan di Asia Barat berkemungkinan akan menjadi carcamarba sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang menerajui negara ekoran kenyataan ketua pembangkang itu yang dilihat menyebelahi kepentingan Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, gambaran awal keadaan tersebut boleh berlaku ekoran kenyataan yang dilontarkan oleh Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Disember lalu mengenai sokongan kepada usaha melindungi keselamatan Israel.

''Nauzubillah (kami berlindung dengan Allah), kita harap tidak ada kesempatan diberikan oleh Allah untuk mereka (pembangkang) memerintah negara ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan motosikal roda tiga berkuasa tinggi pertama di dunia, BRP Can-Am Spyder Roadster yang diedarkan oleh DRB-HICOM Bhd. di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengulas mengenai kenyataan Anwar di WSJ pada 26 Januari lalu bahawa:

''Saya menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel'' yang mendapat kecaman pelbagai pihak apabila ia dilihat menyebelahi kepentingan rejim Zionis.

Bagaimanapun Anwar ketika cuba menangkis kecaman tersebut menyatakan kenyataan beliau itu adalah selari prinsip penyelesaian dua negara atau two states solution yang dikatakan turut dipersetujui oleh pejuang Palestin, Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Malaysia.

Zahid berkata, setelah meneliti kenyataan Anwar tersebut sebagaimana dilaporkan oleh WSJ, pihaknya mendapati ia adalah satu percubaan untuk menyelamatkan diri apabila ditanya mengenai isu negara Israel tetapi ternyata jawapan tersebut menjerat pemimpin parti pembangkang tersebut. - UTUSANONLINE






Mari kita lihat arkib berita 19/07/2009

ZAHID TIDAK JUMPA NETANYAHU TAPI JUMPA EHUD BARAK – Utusan

KUALA LUMPUR 18 Julai - Menteri Pertahanan, . Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Pertunjukan Udara Paris, Perancis pada Jun lalu seperti dilaporkan media tempatan hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pegawai khasnya, Halim Majid, Ahmad Zahid hanya menemui Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa majlis koktel di pertunjukan udara tersebut.

Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Israel bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.

Laporan itu menyebut kononnya pertemuan tersebut adalah permintaan Netanyahu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemuinya.


 Sejarah Pertemuan Pemimpin Malaysia-Israel

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas.

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain.Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009.

Kerjasama ekonomi Malaysia-Israel

Pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.


 Statistik Hubungan Dagang Malaysia - Israel.





Photobucket

GERAKAN sokong PKR

on



Parti GERAKAN membantah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan tidak membayar cukai daripada mengundi pada pilihan raya umum.

Timbalan Presidennya, Datuk Chang Ko Youn, berkata cadangan itu akan menyekat demokrasi dan tidak menggalakkan warga Malaysia yang menetap di luar negara daripada menyertai proses pilihan raya.

"Perlembagaan Persekutuan memperuntukan setiap rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun layak menjadi pengundi dan oleh itu adalah tidak adil untuk mendiskriminasikan hak mengundi berdasarkan status membayar cukai.

"SPR perlu faham bahawa hak mengundi adalah sebahagian daripada hak kewarganegaraan dan ia tidak terikat dengan isu membayar cukai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Chang berkata, semua warga Malaysia yang menetap di luar negara perlu dibenarkan mengundi tanpa mengambil kira sama ada mereka membayar cukai atau sebaliknya.

"Ini akan membolehkan rakyat Malaysia di luar negara menyertai pilihan raya bagi memastikan mereka terus terbabit dalam hal ehwal negara," jelasnya.

Chang berkata, beliau juga tidak bersetuju dengan keperluan mengadakan ujian mudah dikenakan kepada rakyat Malaysia di luar negara bagi membuktikan hubungan mereka terhadap negara sebelum dibenarkan mengundi.

"Selagi mereka warga Malaysia, mereka perlu dibenarkan mengundi. Saya tidak nampak keperluan untuk mencontohi sistem di Amerika Syarikat atau Taiwan. Kita adalah negara berdaulat dan berdemokrasi...kita perlu menentukan peraturan sendiri," katanya.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan sebagai berkata, pihaknya sedang menentukan kriteria yang perlu diikuti untuk rakyat Malaysia yang bekerja dan menentap di luar negara sebelum dibenarkan mengundi.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, cadangan SPR itu adalah langkah kebelakang yang cukup ketara kepada demokrasi negara.

Ahli Majlis Kepimpinan Pusat PKR, Elizabeth Wong berkata, dengan menafikan hak perlembagaan rakyat Malaysia untuk mengundi menunjukkan bahawa SPR mempunyai pandangan kabur mengenai proses demokratik.

"Walaupun cadangan untuk membataskan kepada rakyat Malaysia di luar negara ketika ini, namum ia memcerminkan sikap SPR dalam soal pengundian -- iaitu keistimewaan dan bukan sebagai hak.

"Ini menandakan trend bahaya dalam politik Malaysia. Di sebalik memperkasakan demokrasi dengan menjadikan lebih ramai rakyat sebagai sebahagian daripada proses dan mengembangkan pangkalan pengundi, SPR cuba berundur dan membawa kita ke zaman di mana hak mengundi hanya terbatas kepada kumpulan elit saja," katanya dalam kenyataan.

BERNAMA





Photobucket

UMNO : BERUBAH ATAU REBAH…!!!

on





“Berubah atau Rebah” itulah kata kunci atau lebih bersifat amaran daripada seorang pemimpin kepada orang yang dipimpin. Kenyataan beramaran ini ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang sedang berhadapan dengan cemuhan, tuduhan dan persepsi hingga terbentuklah imej buruk dari sudut pandang masyarakat terhadap UMNO.

Dan, bila kenyataan ini diucapkan oleh YAB Datuk Seri Najib menunjukkan bahawa beliau sedar gejala-gejala buruk yang melanda ahli-ahli UMNO dewasa ini. Atas kesedaran ini beliau begitu komited untuk mengubah UMNO melalui beberapa pendekatan dan saya yakin beliau mampu menjayakan dengan syarat, barisan kepimpinan dan seluruh ahli UMno menyokong usaha yang beliau lakukan. Saya yakin dengan gabungan wibawa dan pengalaman 33 tahun beliau dalam UMNO mampu mencorakkan kembali UMNO

Namun pandangan orang Melayu diluar UMNO masih sinis, mereka menyatakan semua gejala negatif dikalangan pemimpin dan ahli UMNO bukan perkara baru, ia telah menjadi budaya hidup dan berakar umbi dalam hati mereka. Lantaran bukan mudah untuk mengubah sikap mereka jika mereka sendiri tidak ikhlas untuk berubah.

Oleh itu mereka mencadangkan, hanya melalui revolusi mental berpaksikan agama Islam sahaja sikap ahli UMNO boleh diubah dan sokongan orang Melayu diluar UMNO dapat ditagih kembali.

Barang diingat senario politik masakini yang begitu kompleks, penentu kejayaan UMNO/BN dalam pilihanraya bukan ditentukan oleh 3.2 juta ahli UMNO tetapi ditentukan oleh orang Melayu yang tidak berparti, Naluri mereka masih kepada semangat Melayu,

Justeru pendekatan yang perlu diambil oleh UMNO mesti berbentuk serampang dua mata, dimana perubahan sikap dikalangan pemimpin UMNO perlu difokuskan dan diwaktu yang sama usaha mendampingi dan memenangi hati orang Melayu tak berparti mesti dilakukan agar minda masyarakat Melayu tidak lagi mengatakan bahawa MPV bercermin gelap pemimpin UMNO dan UMNO itu MPV bercermin gelap.



Komen dari chainmorad


Saya teruja dengaq ucapan dan saranan Datuk Seri Najib penuh semangat ketika merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO. Sedap juga tajuk tu kan.Gaya dan cara beliau menampakkan azam dan komitmen untuk lebih berani membuat perubahan dalam UMNO, bagi mengembalikan semula sokongan rakyat Malaysia kepada parti keramat tersebut yang diakui telah banyak jasanya kepada Negara sejak merdeka hingga hari ini.


Bagi saya ada 5 perkara penting yang Datuk Seri Najib dok beri peringat pada seluruh perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan saya percaya perkara ini juga akan jadi keutamaan beliau selepas diistiharkan secara sah sebagai Presiden UMNO. 5 teras penting yang menarik perhatian saya ialah :


•    KEPIMPINAN : Peringatan Datuk Seri Najib pada semua perwakilan agar dapat memilih barisan pimpinan yang ampuh, padu, setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi.
•    POLITIK WANG : Mesti dibenteras hingga ke akar umbi, jika tidak mahu melihat parti dikafan dan dikuburkan oleh UMNO sendiri.
•    SISTEM PEMILIHAN : Cara pemilihan UMNO melalui sistem kuota mesti dirombak dan hak memilih kepimpinan diserah kepada akar umbi.
•    PARTI PILIHAN MELAYU : UMNO mesti memperbetulkan semula visi, hala tuju dan dasar perjuangannya, agar ia terus menjadi parti pilihan dan sandaran orang Melayu.
•    PENGHARGAAN BUAT PAK LAH : Datuk Seri Najib pemimpin yang mengenang jasa. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pak Lah yang telah memimpin UMNO sepanjang 5 tahun yang lalu.


Saya yakin, Datuk Seri Najib mampu mengotakan apa yang dikata, kerana wibawa beliau sebagai pemimpin cukup terserlah. Kini harapan kita sandarkan pada beliau untuk mengembalikan semula kecemerlangan kepimpinan UMNO dan Negara.




Photobucket

Panggilan Jihad Buat Cyber Troopers Kerajaan & Pembangkang

on



Hari ni hari Jumaat dah tentu ramai yang akan keluar ke Masjid Masjid dalam menunaikan Solat Jumaat. Jadi saya dengan rendah hati ingin meminta bantuan dari pembaca untuk sama sama kita mencari seorang remaja lelaki yang Hilang. Berikut makluman yang diberi:

Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak 23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012


TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.


Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.


Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.


019-5449170


Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.


Jadi buat para pembaca yang prihatin dan peka mengenai pekara ini maka diminta anda semua untuk bersama sama kita mencari remaja yang hilang ini. Remaja tersebut syndrom down Dan sudah pasti jika kita tidak membantu maka potensi untuk pekara tidak diingini mungkin berlaku.

Di harap para pembaca dapat menolong mencari Remaja Syndrom Down ini.

Buat sahabat Blogger, facebooker, Twitter dan mana mana medium yang ada sama ada dari Pro Kerajaan mahupun Pembangkang marilah kita sama sama menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Remaja lelaki ini. Saya yakin jika sebaran secara total melalui semua Media Cyber baik pro Kerajaan mahupun pembangkang remaja yang hilang ini akan dijumpa dalam masa yang singkat.

Tolong Ye sahabat Blogger, facebooker, Twiiter baik Pro Kerajaan mahupun Pembangkang.



Photobucket

MAMPUKAH PKR MERAIH UNDI PENDUDUK PPRT SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA...?

on



Dalam erti kata lain, pendedahan saya lakukan tidak mengira lokasi samada diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, PKR.

Petang tadi, saya sekali lagi berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin, PPRT Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya kemudian menemani kru program bual bicara TV3, Malaysia Hari Ini, MHI, Nor Hidayah Mohamed Fadzil dan Mohd Izwan Ibrahim ke Blok D perumahan sama.

Sebelum itu, saya sempat mendedahkan keluh kesah dan kedaifan hidup majoriti penduduk di kawasan sama, baca di sini.




"Bayangkan, saya anak 3 orang, kalau lif rosak 2 minggu, selama itulah saya terpaksa turun naik menggunakan tangga. Bukan rendah, kami tinggal di tingkat 12, apabila hendak membeli barang makanan, saya terpaksa turun, suami bekerja di Tesco Mutiara Damansara. Kalau tidak turun, kebuluran kami anak-beranak. Bila hendak menghantar anak ke sekolah, saya kena turun tangga lagi," ujar Nur Fitri Chik Ni. 



Airmata ibu itu bergenangan, mungkin mengenangkan untung nasib diri dan keluarga sebagai penduduk PPRT.

Kami kemudian menaiki lif ke tingkat 13.

Lihat reaksi spontan Hidayah, antara cemas dan keliru sebaik lif mula bergerak.

"Tengok lantai ini," usik saya.

"Tidak mahu," balasnya ringkas.



Saya mampu membaca perasaan wartawan muda itu sebaik melihat keadaan lif kami naiki bersama beberapa penduduk.






Menaiki lif untuk ke tingkat atas bak menyabung nyawa.

Sebaik menjejakkan kaki di tingkat 13, saya terpandang ...


Perlahan saya mendekati dua kanak-kanak terbabit dan melihat sudut pandangan mereka.



Wow! Gayat! Tambahan pula apabila melihat besi penghadang telah reput dan hanya diikat menggunakan tali.


Hemat saya, 'perangkap maut' itu mampu mengorbankan nyawa pada bila-bila masa sahaja.


"Kami memang bekas penduduk setinggan dan kemudian dipindahkan ke sini. PPRT, orang miskin. Ingatkan bila PKR memerintah, nasib kami lebih terbela tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini sebaliknya berlaku. Tidak hairan jika sekarang ini sudah kedengaran desas-desus, majoriti penduduk tidak akan mengundi PKR dalam Pilihan Raya Umum ke 13," rungut lelaki enggan identitinya didedahkan.

Saya dapati penempatan itu amat uzur. Kawasan di sekitar lif gelap tanpa lampu. Gambar di bawah saya rakam menggunakan flash. 

Jika tidak hanya kegelapan terserlah.


Berikut gambar direkod tanpa flash di sekitar lif dan rumah penduduk di tingkat 13.



Begini pula keadaan tangga digunakan penduduk untuk turun naik sekiranya lif tidak berfungsi.




Saya difahamkan, penempatan itu diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor dan diselenggara syarikat dilantik.

"Baru baru ini semasa rumah ini terbakar. Tiada bekalan air, pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa mendapatkan air dari rumah jiran di sebelah," keluh S. Ganesan.



"Ramai berkata, PKR baru sahaja memerintah, kira-kira satu penggal, berikan parti itu peluang," celah saya.

"Peluang? Kalau masalah asas seperti lif, bekalan air dan lebih lebih lagi keselamatan nyawa penduduk PPRT gagal ditangani, bagaimanakah PKR mampu hendak memerintah negara?," soalan diajukan kembali.

Saya terdiam.

Itu antara luahan hati rakyat, saya sekadar pencerita berlandaskan fakta disingkap.

Secara tiba-tiba saya teringatkan wakil rakyat, ADUN  Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.



Di manakah beliau ketika rakyat memerlukan bantuan?

Barangkali Dr. Nasir berasa terlalu gayat untuk mendaki tangga ke tingkat '13' untuk bertemu pengundinya jika lif tidak beroperasi.




Mazidulakmal.com

Photobucket

Blogger UMNO Berperang - Part 2

on







Akibat berebut 'harta rampasan perang' (oops! silap...dana persediaan perang) , akhirnya mereka berbunuh sesama sendiri. Sebenarnya, ramai blogger terutamanya dari pihak Umno-BN keliru, mereka fikir, PRU 12 lalu, Pakatan Rakyat (PR) menang banyak disebabkan pengaruh internet seperti blog dan laman web. Mereka terlupa, orang mencari maklumat di internet untuk mendapatkan berita alternatif oleh kerana media arus perdana berat sebelah. Sebanyak mana pun Umno-BN melahirkan blog-blog tidak akan membantu oleh kerana ceritanya sama seperti media arus perdana.

Blog-blog yang mencarut, maki hamun dan lucah ini hanyalah hiburan dan tidak memberikan impak kepada undi pilihanraya. Kadangkala, oleh kerana tidak berani menyalahkan diri sendiri akibat dari kesalahan tidak menguruskan negara dengan baik, mereka (Umno-BN) mencari alasan internetlah punca kekalahan mereka.

Jika dengan melahirkan beribu-ribu blog adalah cara untuk menang pilihanraya, maknanya, ajal Umno-BN semakin hampir. Lihatlah, belumpun PRU 13, blogger Umno-BN sudah berbunuh sama sendiri.

Kebanyakkannya dari jenis yang tidak berani mendedahkan identiti diri sebenar. Akhirnya Najib dan Umno tertipu dan berbelanja wang yang banyak kepada bloggers-bloggers ini walaupun ianya sia-sia.

Birlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Heboh dalam dunia blog tentang pergaduhan dalaman antara blogger Umno. Kalau blogger Umno bergaduh dengan blogger Pakatan Rakyat itu perkara biasa kerana memang itulah yang sepatutnya.

Yang pelik adalah apabila pergaduhan besar diantara blogger Umno dan blogger Umno. Pergaduhan menjadi parah sehinggakan berlaku tuduh menuduh. Satu kumpulan menuduh satu kumpulan yang lain.

Masing-masing kumpulan percaya merekalah yang lebih baik berbanding yang lain. Apa yang mereka rebutkan? Ganjaran wang? Peruntukkan lebih?

Inilah masalahnya, jika berjuang kerana mengejar imbuhan dan peruntukkan. Diberitakan akan berlaku debat antara kedua-dua kumpulan blogger Umno ini.

Anuar Mohd Nor yang menulis di Umno Reform mewakili satu kumpulan bakal berdebat dengan Haji Salahuddin Hisham yang dikatakan pemilik kepada blog Another Brick In The Wall dan The Unspinners - mewakili satu kumpulan lain. Klik disini. 

Dalam situasi sebegini, yang paling untung adalah blogger-blogger anti Umno-BN. Biarkan saja pergaduhan ini berterusan.

sumber




Photobucket

Seremban Pun Banjir Gak...

on

Dulu heboh bila bandar kajang banjir. Mentang-mentang kajang dibawah pemerintahan PR, riuh ayam se reban. Haa semalam bandar Seremban banjir bai.... Semua ayam dah kena sembelih ker.... Dan jangan lupa peperangan blogger UMNO.

Saksikan gambar-gambar ini :-
















Photobucket

Selepas Proton, KTMB Pula Tunggu Giliran...?

on Feb 2, 2012




Kita telah lihat bagaimana MAS dikaldaikan. Begitu juga TNB. Kereta nasional PROTON. Silap haribulan FELDA juga akan menerima nasib yg sama. Isa Katik mesti tak sabar-sabar utk menurut langkah cemerlang, gemilang dan temberang si Fernandez, para IPP dan Sheikh Bukhary si tauke beras.

Yang paling cilakanye, setelah berbilion dana awam (duit rakyat) dihenjut utk pelbagai projek mega KTMB, muncullah si tauke beras yg baru saja berjaya mengkaldaikan PROTON mengutarakan minatnya terhadap KTMB. Tak cilake ke? Ini semua gara-gara 'penswataan' ilham Madey al Mamakkutty. Kalau syarikat buat untung, bagi kroni. Syarikat dah lunyai kena keronyok, kerajaan ambik balik. Guna dana awam lagi. Memang cilake...

Jangan tak tau si tauke beras ini, Pejabat Pos pun dia dah sapu. Pengangkutan laut pun dia ada share. Kereta perisai pun dia supply untuk ATM. Api letrik kita yg melantun-lantun naik harganya pun bahana tauke beras ini jugak. Cukup cilake, semua dia sapu.

Lepas satu persatu syarikat strategik yg berunsurkan Melayu, berkait dgn Melayu dan mewakili sedikit kepentingan Melayu telah selamat dikaldaikan.

Dulu kita ada Tanah Melayu. Tinggal sejarah.

Kalau Keretapi Tanah Melayu pun lesap juga, tinggallah utk kita baju Melayu dan butang baju Melayu utk dibawa berjalan ke Chinatown dan Little India.



Idea Asal

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List