Mana Mau Lari Haaa

on Feb 11, 2012




Umno gets tough with Shahrizat: Najib issues ultimatum while Wanita members ponder EGM



It looks like Umno has made up its mind to ditch Women's chief Shahrizat Jalil, and will use a two-pronged approach to prise her out from both her Cabinet post and the Wanita presidency.

According to Umno sources, Prime Minister Najib Razak has told her in no uncertain terms to make up her mind and "don't force me to sack you" as far as her Women's minister Cabinet post is concerned. As for her presidency of the Umno women's wing or Wanita, several women leaders including deputy chief Kamilia Ibrahim and former chief Rafidah Aziz have begun moves to call for an Extraordinary General Meeting to pass a no-confidence vote against her.


"This time, there is no more escape. The last straw came when her son issued a public statement that the family had a prerogative to invest in the condos. The family has completely misjudged public opinion, they don't even realize that they come off sounding arrogant even if they don't mean to. But the rest of Umno is by now very well aware of what a stink the NFC has caused. Shahrizat is a time-bomb and Umno has to detonate her one way or another," an Umno insider told Malaysia Chronicle.

Anonymous whistle-blowers



Indeed, dozens of reporters had waited outside the Prime Minister's residence from as early as 8am on Thursday amid swirling rumors of her imminent resignation. Although, her aides later informed the press that Shahrizat had gone to the PM's official residence  to attend a meeting on the Government Transformation Programme and Economic Transformation Programme, Umno sources said she also met with Najib.

"The PM has made it clear she has to go and left it to her to decide the timing but obviously, it can't be too long. He also told her he could only guide her on the Cabinet post. But for the Wanita presidency, which is an elected post, he has to leave it to the women delegates. Unless Shahrizat agrees to also step down as Wanita chief, she faces an EGM which will be very embarrassing for her," the Umno insider said.

Shahrizat's family was awarded the National Feedlot Centre cattle breeding project to oversee in 2006 and also granted a RM250million government soft loan to develop the scheme, which aims to supply cheaply-priced beef to Malaysians.

In the past 3 months, thanks to anonymous whistle-blowers, PKR leaders led by strategy director Rafizi Ramli have revealed a slew of transactions that reeked of misappropriation of funds.Althogh, Shahrizat has blamed the PKR leaders for her downfall, it is believed that her real enemies - the whistle-blowers - were from Umno.

Among those suspected are FT minister and Umno Lembah Pantai division chief Raja Nong Chik, a protege of Najib's. It is believed that the PM wants Raja Nong Chik to contest in Lembah Pantai in the coming 13th general election, but Shahrizat refused to give way as this was has been her seat since the 90s until it was wrested from her in 2008 by PKR's Nurul Izzah Anwar.

Without her Cabinet post, would her family have won the NFC project?



The loan was used to purchase 5 top-end condominiums, a super-class Mercedes Benz, expensive family holidays, while million-ringgit discounts and cash transfers were given to family-controlled firms.

Shahrziat, who was questioned by the MACC on Wednesday, has insisted there is no conflict of interest and she was not involved in anyway in the NFC project.

However, few find her explanation credible or acceptable, with an Umno member even telling the press that no one knew her husband, Salleh Ismail the NFC chairman, "from Adam". The implication was, if not for Shahrizat being a Cabinet minister, Salleh who has no track record in cattle rearing would never have won the deal.

Someone is "lying"

Her son, Izmir Salleh, too was castigated when he tried to defend his parents, insisting that the RM250million loan extended to his family allowed them to invest freely.

But instead of helping to cool public anger, Izmir received a public scolding. Opposition leaders have demanded an immediate Royal Commission of Inquiry into the messy NFC project and loan.

"During our Public Accounts Committee meeting on the NFC scandal on 23 November 2012, the senior Ministry of Finance (MoF) official was very specific in saying that the loan cannot be used for purpose other than that specified, and there was definitely no provision for the loan to be used for property 'investment'," said Tony Pua, the DAP MP for PJ Utara, in a statement on Friday.

"The senior MoF officer even explained that the purpose for each drawdown must be clearly stated. When further queried, the officer confirmed that the MoF who provided the RM250 million loan facility had never received an application to purchase propety. Therefore if the senior MoF official was telling the truth when testifying with the PAC, then Wan Shahinur Izmir must be lying through his teeth to defend the indefensible."


Malaysia Chronicle



Photobucket

Jangan Tuduh Aku Tawww...

on






UMNO Lembah Pantai menyangkal bahawa ketua mereka, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjadi dalang memberi maklumat pusat fidlot kebangsaan (NFC) kepada pembangkang.

Dua bekas orang kuat Umno bahagian – Yusri Ahmad dan Zalina Abdul Halim – berkata, bekas ahli parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sudah terkeluar dari politik bahagian.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah kini adalah ahli parlimen kawasan tersebut setelah menewaskan Shahrizat pada pilihanraya umum ke 12 Mac 2008 dengan majoriti 2,895 undi.

“Raja Nong Chik sudah memberi tahu bahawa beliau akan bertanding di Lembah Pantai. Beliau ketua bahagian, menteri dan timbalan ketua Umno Wilayah Persekutuan, beliau paling layak bertanding.

“Seharusnya ketua bahagian yang menjadi pilihan bertanding,” kata Yusri, bekas ketua bahagian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Raja Petra Kamaruddin bahawa Raja Nong Chik yang memberikan rahsia tersebut kepada PKR.

Pengendali laman berita Malaysia Today itu mendakwa Raja Nong Chik berbuat demikian kerana beliau mahu menyingkirkan Shahrizat dari terus bertanding kerusi parlimen itu.

Raja Nong Chik mahu bertanding di kerusi parlimen tersebut, kata Raja Petra.

`Tidak percaya’

“Saya tidak percaya dengan dakwaan Raja Petra itu,” kata Yusri lagi.

Zalina yang pernah menjadi ketua Puteri menambah, tidak munasabah untuk Raja Nong Chik memberi maklumat kepada pembangkang mengenai NFC itu.

Katanya, menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu tentu tahu implikasi memberi maklumat dalaman Umno kepada pembangkang.

“Terlampau banyak implikasi kepada parti (Umno) jika orang dalam melakukannya,” tambah beliau.

“Isu NFC itu telah dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara.”

Sementara itu ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhasbshee berkata, Shahrizat hanya perlu berterus terang sama ada beliau terlibat atau tidak.

“Jika benar mengaku, kalau salah nafikan lah. Jangan buat orang keliru,“ kata beliau.

Menurutnya, jangan kerana diri seorang semua orang menjadi susah.

Isu NFC menjadi heboh setelah PKR mendedahkannya kepada umum termasuk memberi bukti pembabitan syarikat milik keluarga Shahrizat.

Shahrizat menafikan pembabitan beliau sebaliknya mengatakan NFC syarikat milik suaminya.

SPRM telah mengambil kenyataan dari Shahrizat, Rabu lalu.



Photobucket

Nak Menang PRU 13 Perlu Bersatu

on






Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya bersatu padu dan bekerja keras untuk memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas Bendahari Umno selama 17 tahun itu berkata kemenangan parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu bukan kerana parti tersebut kuat tetapi kelemahan BN yang tidak bersatu padu.

Katanya dengan perpaduan, tidak mungkin parti akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau ahli parti tidak ada disiplin, hancurlah parti, sebab itu pada plihan raya 2008, banyak kerusi tumbang. Bukan kerana parti pembangkang kuat tetapi kelemahan kita kerana kita tidak bersatu padu.

“Yang penting, kita buat siasatan mengapa kita kalah dan selepas itu ambil tindakan supaya perkara seperti itu tidak berlaku lagi. Saya percaya, jika kita bersatu padu menentang pembangkang, Insya-Allah, kita akan berjaya,” katanya pada majlis Tun Daim bersama BN Lembah Pantai di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Daim juga berkata BN mampu untuk memenangi kembali Lembah Pantai jika semua anggota parti bersatu padu dan memberi sokongan kepada calon yang dipilih mewakili kawasan berkenaan.

Katanya BN akan dapat menentang pakatan pembangkang kerana parti sentiasa berjuang dengan polisi tertentu dan akan memperoleh kemenangan jika mendapat sokongan dan tiada unsur s abotaj.

Beliau juga berkata isu rasuah, ekonomi, inflasi dan kepimpinan adalah antara perkara yang dijangka menjadi bahan untuk berkempen pada PRU-13.

Katanya parti pembangkang akan memainkan isu rasuah dan kerajaan perlu mengambil langkah untuk menjawab isu tersebut dengan kadar segera.

“Golongan muda sekarang akan bertanya kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap isu rasuah. Selain rasuah, ialah soal pembaziran. Ini isu yang akan dibangkitkan oleh pembangkang dan BN mesti jawab dan kalau boleh, jawab sekarang,” katanya.

Daim berkata kerajaan juga perlu mengambil berat berhubung soal inflasi yang boleh menjadi beban kepada rakyat kerana ia berkaitan dengan harga barangan.

Bagaimanapun, katanya dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah baik dan dilaksanakan dengan sempurna. – MediaUMNO



Photobucket

Apa Yang Aku Dengar

on



Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadikan berbomoh (bomoh Hindu) sebagai amalan mereka.

Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak
Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah:
Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.

Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.

Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.

Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.

Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.

Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.

Titipan di atas adalah akuan bersumpah yang tidak disiasat oleh PDRM kerana ianya melibatkan Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor. Cuba kita bandingkan dengan laporan berikut:-

Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.


Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya. 


Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.



Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo(1)



Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo(2)

Berdasarkan apa yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ oleh Mr. Thagarajoo, maka rakyat dapat membuat telahan siapakah yang cuba menggunakan ‘ilmu hitam’ atau ‘ilmu Setan’ terhadap Datuk Seri Abdullah Badawi. Mungkinkan orang itu terlalu rakus untuk menjawat jawatan perdana menteri.

Dan tidak hairanlah jika Najib Rosmah tanpa segan silu menggadaikan akidah mereka demi kesinambungan kuasa.



sumber

Photobucket

Tipu Menipu Penipu......Tertipu

on Feb 10, 2012




PRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela

Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan.

Shahrizat Jalil, juga Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang tadi, dipercayai ada kaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). Menurut laporan The Star Online, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu.

"Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" (Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh. Cukuplah tuduhan liar!)

Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali (gambar kiri) mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. Wartawan menyusul dengan memetik laporan The Star Online, bahawa Shahrizat mendakwa dirinya yang minta untuk disoal-siasat.

"Saya tak tahu apa dia cakap. Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. Bagaimanapun, apabila ditanya apakah soal-siasat ini berkaitan dengan isu NFC, beliau menamatkan perbualan sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan.

Shahrizat Abdul Jalil adalah isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Mohamed Salleh Ismail, dan anak-anak mereka juga terlibat untuk menyandang jawatan dalam syarikat berkenaan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendedahkan penyalahgunaan wang melalui NFC, dengan menyasarkan Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat yang enggan tunduk kepada tekanan pada awalnya, bagaimanapun mengambil cuti selama tiga minggu, mulai 12 Januari 2012 untuk memberi laluan kepada siasatan SPRM.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. 



Photobucket

Jatuh Dalam Bilik Air....Meninggal.

on




Strok, sawan dan salur darah pecah antara risiko bahaya akibat tersembam

Usah pandang remeh pening, loya muntah selepas jatuh.

LAPORAN kematian akibat terjatuh dalam bilik air, khususnya membabitkan warga emas, termasuk wanita bukanlah asing. Ada yang mengaitkan kejadian itu dengan faktor usia lanjut manakala tidak kurang yang mengaitkannya sebagai takdir.


Itu sudah pasti, tetapi apakah kita akan membiarkan insiden yang boleh dielak atau lebih dipandang remeh, begitu saja tanpa menyelami apa sebenarnya punca kematian? Malah, apakah benar warga tua saja yang berisiko maut akibat terjatuh?

Hakikatnya, insiden terjatuh baik dalam bilik air atau di lokasi mana pun yang berlaku secara tiba-tiba boleh menimpa sesiapa saja, tanpa mengira usia. Dan kejadian terjatuh yang membawa kematian sudah pasti dikaitkan dengan satu punca yang dikenal pasti menjadi penyebab maut termasuk mempunyai penyakit kronik.


Lebih menghairankan, ada pula kes yang mana mangsa kelihatan sihat selepas terjatuh tetapi meninggal dunia beberapa hari kemudian. Mengapa berlaku sedemikian?

Pakar Bedah Otak dan Saraf KPJ Ampang Puteri, Dr Abdul Muin Ishak, menjelaskan keadaan seperti terjatuh di dalam bilik air seharusnya tidak dijadikan alasan kerana jatuh di mana-mana pun boleh mengakibatkan kematian. Apa yang penting ialah mengetahui punca sebenar dan kesan yang dialami selepas itu.
“Jika terjatuh disebabkan oleh punca yang jelas seperti bilik air licin, terlanggar bendul, terpijak kulit pisang dan sebagainya, pasti tiada soalan untuk dipertikaikan. Dan jika mengalami kecederaan, boleh segera dapatkan rawatan doktor.

“Tetapi, apa yang membimbangkan ialah jatuh secara tiba-tiba tanpa diketahui punca yang jelas. Jika seseorang jatuh tiba-tiba, pengsan sebentar dan tidak berupaya mengingati apa yang berlaku ke atasnya, dia seharusnya mendapatkan pemeriksaan lanjutan kerana khuatir ada pendarahan dalaman terutama bahagian kepala jika terhentak dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di KPJ Ampang Puteri, baru-baru ini.

Katanya, mereka yang jatuh secara tiba-tiba boleh berpunca sama ada menghidap sawan atau tidak, angin ahmar peringkat sederhana (mild stroke) atau pun salur darah dalam otak pecah secara tiba-tiba.

“Sawan boleh berlaku dalam pelbagai jenis bukan saja yang mengeluarkan buih daripada mulut. Ada sesetengahnya yang mengalami pengsan sekejap-sekejap sejak dari kecil dan kadang-kadang ada yang sampai memorinya kosong secara tiba-tiba walau pun sebentar saja.

“Selain itu penyakit angin ahmar. Sebenarnya ramai yang mengatakan angin ahmar terjadi disebabkan oleh terjatuh secara tiba-tiba.

“Tanggapan itu salah kerana pesakit biasanya menghidap penyakit angin ahmar terlebih dulu tanpa disedari terutama kepada penghidap kencing manis dan darah tinggi disebabkan oleh 80 peratus salur darah tersumbat di dalam otak,” katanya yang memberi peringatan kepada semua supaya tidak mengambil ringan mengenai masalah ini.

Ujarnya lagi, bagi kes salur darah dalam otak pecah pula, ia boleh berlaku dalam dua cara iaitu ‘cerebral aneurysm’ iaitu bonjolan pada salur darah pecah secara tiba-tiba dan keadaan boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan hilang kawalan. Kes seperti ini banyak berlaku kepada mereka yang berusia 40 hingga 60 tahun.

Selain itu, ‘arterio venous malformation’ iaitu salur darah yang banyak berkumpul secara tiba-tiba pecah. Ia biasa terjadi kepada mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun.

“Bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas pula, mereka boleh mengalami keadaan ‘chronic subdurel hemetoma’ iaitu berlakunya pendarahan dalam kepala selepas terjatuh dan ia akan membesar dalam tempoh selepas dua minggu. Kesan yang dialami oleh golongan ini ialah sakit kepala berterusan, sangat pelupa, rasa lemah bahagian sebelah badan dan pandangan kabur,” katanya.

Menjelaskan lagi, katanya, apabila seseorang itu didapati pengsan dalam tempoh beberapa minit akibat terhantuk di kepala, ahli keluarga terdekat perlu memastikan adakah ia pengsan yang merunsingkan atau tidak kerana sangat berbahaya hingga boleh menyebabkan kematian.

“Pengsan boleh terjadi dengan dua sebab iaitu ‘cerebral concussion’ iaitu berlakunya gegaran pada otak tetapi tidak membabitkan kerosakan pada fungsi otak.

“Ia akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 24 jam selepas itu. Kesannya, seseorang itu akan pengsan sekurang-kurangnya beberapa minit hingga ke setengah jam, pening, sakit kepala, loya, muntah sekali dan mengantuk.

“Ia tidak memudaratkan dalam tempoh berkenaan melainkan kesan itu berpanjangan. Apabila itu berlaku, besar kemungkinan berlaku pendarahan dalam kepala,” katanya.

Dr Abdul Muin berkata, keadaan lebih teruk apabila individu itu berulang-ulang muntah, sakit kepala berterusan dan sangat mengantuk. Jika ia berterusan melebihi dalam tempoh enam jam sehingga membawa kepada kesan ‘ confusion’ iaitu meracau, besar kemungkinan terdapat pendarahan di dalam kepalanya.

“Sekiranya berlaku, segera lakukan pemeriksaan di klinik atau hospital. Doktor akan melakukan pemeriksaan di bahagian mata dan sekiranya terdapat pendarahan dalaman anak mata akan membengkak sebelah jika di suluh dengan lampu picit serta tidak reaktif disebabkan oleh tekanan tinggi di dalam otak,” katanya.

Tetapi untuk memastikan seseorang itu bebas sepenuhnya daripada pendarahan di dalam otak akibat keretakan adalah tidak mudah kerana besar kemungkinan boleh berlaku ‘delayed haemorrhage’ iaitu pendarahan yang berlaku selepas beberapa jam kecederaan kepala. Mereka akan mengalami kesan seperti sakit kepala dan loya sedikit, selepas itu kembali normal seperti biasa.

“Dalam tempoh beberapa jam selepas itu, mereka akan muntah-muntah dan berasa sangat mengantuk yang disebabkan oleh keretakan pada tulang tengkorak. Ini juga boleh membawa kepada kematian.

“Tengkorak kepala yang mengalami keretakan akan mengeluarkan sedikit demi sedikit darah pada peringkat awal. Tetapi dalam tempoh beberapa jam tanpa disedari, ia menjadi semakin besar dan otak akan menjadi mampat dan kematian akan berlaku,” katanya.

Selain itu, Dr Muin turut menjelaskan lebih membimbangkan jika perkara ini terjadi ke atas kanak-kanak kerana mereka mempunyai saluran darah yang lebih banyak.

Katanya, adalah lebih baik membawa anak kecil yang terjatuh untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dalam tempoh 24 jam kerana ia lebih selamat, tidak kira sama ada berlaku keretakan atau pun tidak.

“Kalau mereka muntah, tidak aktif, pengsan lama atau sekejap, loya adalah lebih baik masukkan mereka ke hospital untuk pemerhatian dan jika makin teruk, lakukan imbasan untuk melihat sama ada berlaku pendarahan atau pun tidak. Sebenarnya, ramai kanak-kanak meninggal dunia berpunca daripada ini.

“Mana tidaknya, kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk meluahkan kesakitan mereka. Ibu bapa pula tidak mempunyai pengetahuan mengenai kesan akibat terjatuh dan terhantuk di kepala. Lihat saja anak mereka sudah diam dan tidur, mungkin sudah elok. Tetapi sebenarnya tidak, tahu-tahu saja anak mereka sudah meninggal dunia,” katanya.

Sebenarnya, walau apa pun langkah pencegahan yang dilakukan, jika hendak terjatuh di mana-mana saja boleh berlaku dan semuanya terpulang kepada mereka untuk lebih berhati-hati dan elakkan daripada terhantuk di kepala. Ambil langkah yang tepat supaya tidak kehilangan orang tersayang.

INFO: Risiko jatuh
Pantau gejala atau perkembangan mangsa selama 24 jam
Jika ada sebarang keganjilan seperti lupa apa yang menimpanya, mangsa perlu dibawa ke hospital bagi pemantauan dan rawatan berkaitan.

Gejala/simptom perlu perhatian
Mangsa berulang-ulang muntah
Sakit kepala berterusan
Sangat mengantuk
Jika ia berterusan melebihi enam jam dan meracau, besar kemungkinan ada pendarahan dalam kepala.

Impak jatuh:
Kanak-kanak
Muntah, tidak aktif, pengsan lama atau sekejap, loya
Perlu dibawa dan dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemerhatian
Imbasan perlu dibuat untuk melihat sama ada berlaku pendarahan yang menjadi punca ramai kanak-kanak meninggal dunia.

Individu berusia 20 hingga 30 tahun
'Arterio venous malformation' iaitu salur darah yang banyak berkumpul secara tiba-tiba pecah

40 - 60 tahun
Salur darah dalam otak pecah.
Berlaku dalam dua cara iaitu ‘cerebral aneurysm’ iaitu bonjolan pada salur darah pecah secara tiba-tiba dan keadaan boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan hilang kawalan.

60 tahun ke atas
'Chronic subdurel hemetoma' atau pendarahan dalam kepala selepas terjatuh.
Pendarahan itu akan membesar dalam tempoh selepas dua minggu.
Antara simptomnya sakit kepala berterusan, sangat pelupa, rasa lemah bahagian sebelah badan dan pandangan kabur.



Photobucket

Rita Rudaini - Badai Yang Melanda

on



SIAPA yang mahu kisah rumah tangga menjadi berita utama akhbar dan media, namun itulah rencah yang harus ditelan aktres jelita Rita Rudaini Mokhtar, 36, apabila bernikah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25.

Bahagia yang diharapkan, air mata menjadi peneman. Rita yang ditemui di kediamannya pada hujung minggu lalu mengakui hati wanitanya terguris dan menangisi apa yang berlaku terhadap rumah tangganya.

"Tipulah kalau saya kata saya tidak pernah menangis atau bersedih dengan apa yang berlaku. Saya menangis untuk lepaskan segala beban yang ada di dalam hati. "Selepas itu saya boleh berfikir dengan selesa dan rasional. Jika saya pendam, kepala saya lagi berserabut.


Setiap orang yang berkahwin mengharapkan kebahagiaan tetapi mungkin sudah ini bahagian saya yang diberikan Allah. Saya terima dan laluinya dengan reda," katanya sambil memangku anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia tiga tahun.

Bukan sekali tetapi kali ini sudah kali kedua rumah tangganya dilanda ribut sebegini. Pada Oktober 2010, Aidil membuat tuntutan hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin dan permohonan perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.

Kemudian pada 20 Januari lalu, selepas Aidil keluar dari rumah mereka, Rita telah menerima surat tuntutan berhubung anak-anak mereka daripada Aidil dan kini perkara itu telah diserahkan kepada peguam yang dilantik oleh Rita. Sebelum itu, Rita terlebih dahulu telah 'berperang' di Twitter dengan kembar Aidil, Zaquan Adha yang juga suami kepada aktres Ayu Raudhah.

Biasa hidup berdiikari 

Meskipun bertimpa-timpa masalah rumah tangga dan hubungan bersama keluarga mertua melanda Rita, namun ibu kepada Aidit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang baru berusia sembilan bulan itu kekal tabah mengharungi segala pahit manis kehidupan berumah tangga.

"Apapun masalah, tidak kisahlah rumah tangga atau masalah lain, besar atau kecil masalahnya, saya kena hadapi dan selesaikan dalam keadaan yang tenang.

"Saya sudah biasa hidup berdikari, sendirian dan tidak bergantung kepada orang lain, jadi saya boleh terima. Pengalaman yang lepas-lepas saya jadikan pengajaran dan panduan untuk saya," ujarnya yang popular dengan filem Mami Jarum.

Disoal di manakah dia mencari kekuatan untuknya terus berdiri dan menghadapi segala cabaran yang datang, balasnya sambil merenung panjang: "Kekuatan adalah diri saya sendiri dan bila ada anak, kekuatan itu bertambah.

"Saya kini bukan sahaja perlu tabah untuk diri sendiri tetapi juga anak-anak yang memerlukan perhatian saya kerana mereka masih kecil. Saya tidak mahu masalah saya dan suami menjejaskan anak-anak."

Sebelum bernikah dengan Aidil, Rita pernah bergelar janda selama tujuh tahun. Andai kata kemelut rumah tangganya tidak surut dan berakhir dengan perceraian sudah bersediakah Rita untuk hidup sekali lagi tanpa suami di sisi?

Lama termenung memikirkan jawapan yang tepat barangkali, jawab Rita: "Saya seorang yang berdikari, apa sahaja yang berlaku saya akan memandang ke depan dan tidak akan sesekali toleh ke belakang.

"Tidak ada orang yang berkahwin mahu bercerai, tetapi saya bersedia dan kekal positif dengan segala kemungkinan yang ditentukan Allah. Harapan saya hanya satu, walaupun apapun yang terjadi, saya hanya ingin yang terbaik untuk saya dan anak-anak, itu sahaja."

Hampir sebulan Aidil tidak pulang ke rumah, kata Rita yang tinggal bersama dua anaknya bersama seorang pembantu rumah, dia tidak pernah menghalang suaminya berjumpa anak-anak kerana sehingga kini mereka masih pasangan suami isteri.

"Walau apa yang terjadi, Aidil pada mata saya tetap seorang ayah yang baik, dia memang sangat sayangkan anak-anak dia," tuturnya.

Sikap terbuka 

Apabila rumah tangganya dilanda badai, Rita tidak mengambil sikap berdiam diri, sebaliknya dia cukup terbuka dalam memberi kenyataan kepada pihak media.

Impaknya, satu Malaysia tahu rentetan rumah tangganya. Rita bukan sengaja mencari kontroversi, apatah lagi kisah yang dipaparkan media adalah kisah rumah tangganya sendiri.

Bagaimanapun, Rita mempunyai sebab untuk berbuat demikian, sebabnya dia enggan hipokrit dengan dirinya dan juga orang di luar sana.

"Saya artis, orang kenal saya. Kalau saya sembunyikan perkara sebenar, lambat-laun orang tahu juga. Saya bercakap benda yang betul, daripada perkara ini keluar daripada mulut orang lain adalah lebih baik keluar daripada mulut saya sendiri, faktanya lebih tepat.

"Memang benar orang kata saya buka aib sendiri tetapi kalau itu perkara yang betul dan benar-benar terjadi kenapa saya harus sembunyikan. Akhirnya orang akan tahu juga, lainlah kalau saya ini bukan artis, saya berkahwin atau bercerai dan apa sahaja yang berlaku pada saya tiada siapa yang ambil peduli tetapi hakikatnya bukan begitu," bicaranya lagi.

Masalah rumah tangga yang dihadapinya sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Sungguhpun begitu, Rita memastikan masalah itu tidak mengganggu kerjaya seninya.
"Memanglah bila bekerja emosi saya melayang daripada masalah yang saya hadapi. Masalah tidak akan pergi tetapi harus diselesaikan, sebab itu saya harus kekal positif.

"Tetapi bila bekerja, saya tidak akan mencampurkan masalah peribadi dengan kerjaya. Bagaimana besar masalah saya, kerja tetap kerja kerana itu sumber rezeki saya," katanya yang akan terlibat membintangi drama Dan Bila Esok dalam slot Azalea di TV3.


http://gambargambarpelik.blogspot.com
Photobucket

Altantuya - Tragedi Penuh Misteri Melibatkan VVIP Malaysia Bakal Terbongkar!

on




[Pagi ini nanti, di Mahkamah Rayuan, perbicaraan dua pengawal peribadi polis elit Malaysia Sirul dan Azhar yang dijatuhi hukuman mati pada dua tahun sembilan bulan yang lalu akan kerana mengambil upah membunuh penterjemah wanita Mongolia, Altantuya akan berlangsung lanjutan kat sini . Sempena itu jom kita imbas semula artikel lama yang mengenai tragedi yang penuh misteri ini kerana dikatakan melibatkan seorang VVIP negara]

Mahkamah Tinggi Shah Alam akan menjadi perhatian orang ramai dan media, apabila Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak Abdullah Baginda, malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babak-babak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding. Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lepas.

Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan.

Semua Tertuduh Yakin Akan Dibebaskan



Ketika ditanya semasa perbicaraan apakah yang akan dilakukan sekiranya dibebaskan, Azilah, 32, yang mempunyai seorang anak angkat walaupun belum berkahwin berkata “terlalu banyak hendak dibuat, tetapi saya nak lepaskan rindu pada anak dahulu dengan memeluknya dan buat kenduri kesyukuran”.

Sirul Azhar, 36, pula hanya tersenyum dan sememangnya anggota UTK yang berkhidmat sebagai pengiring orang kenamaan ini amat sukar meluahkan perasaan. Beliau lebih banyak berdiam diri ketika di kandang tertuduh tetapi gemar meminta asam dan gula-gula daripda wartawan yang berada di belakangnya bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Abdul Razak, 48, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia pula menyatakan beliau berhasrat untuk bersama anak perempuan tunggalnya Rowena ke luar negara setelah semuanya selesai nanti.


Beliau sentiasa ditemani isteri, Mazlinda Makhzan, kedua ibu bapa dan ahli keluarga terdekat sepanjang perbicaraan tetapi pada peringkat awal, kehadiran Mazlinda tidak disenangi bapa Altantuya, Shaariibuu Setev yang menyatakan wanita itu telah mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya hingga memaksa anggota keselamatan memastikan kedua-dua mereka tidak bertembung.

Sepanjang perbicaraan kes ini pelbagai peristiwa telah berlaku yang bukan sahaja melibatkan pertukaran hakim dan pendakwaan malah timbul juga perebutan antara dua peguam untuk mewakili tertuduh.

Gangguan Semasa Prosiding Berlangsung.

Selain itu, gelagat Abdul Razak juga kadang-kala mengejutkan dengan beliau beberapa kali mengamuk dengan menendang pagar kandang tertuduh dan “menyumpah orang tertentu”.

Dia adalah tertuduh yang paling kerap meminta peguamnya Wong Kian Kheong memohon perbicaraan dipercepatkan tanpa sebarang penangguhan hingga memaksa Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah menempelak Wong dengan berkata bukan Abdul Razak seorang sahaja yang berada dalam penjara.

Kehadiran bilangan besar orang awam yang ada di antaranya berperangai ‘pelik’ ketika perbicaraan juga menunjukkan ada yang mahu mengambil kesempatan daripada publisiti meluas akan kes pembunuhan ini.

Mungkin pembaca tidak lupa kehadiran seorang wanita yang berpakaian seperti peguam yang mendakwa dirinya mewakili satu badan keamanan serta diberi kuasa oleh pegawai tertinggi polis dan Jabatan Peguam Negara. Beliau tidak mahu duduk di kerusi bahagian belakang setiap kali hadir dan pernah memaksa polis mahkamah meletakkan kerusi khas untuknya.

Beliau bukan sahaja sering menunjukkan aksi kurang senang dengan barisan pendakwa raya dan peguam malah ketika hakim bercakap dia akan menyampuk.Akhirnya satu laporan polis dibuat terhadapnya bagi mengelak prosiding terus terganggu yang bukan sahaja melibatkan suara rungutannya tetapi juga bunyi dua telefon bimbitnya.

Pernah juga di awal perbicaraan muncul seorang wanita (wanita lain dari tadi) mendakwa dirinya mewakili satu organisasi hak wanita dengan membawa poster mengutuk Abdul Razak kerana menurutnya telah membunuh wanita dengan kejam. Demonstrasi yang dilakukan seorang diri itu mencetuskan kemarahan polis kerana menganggu orang ramai serta perbicaraan yang sedang berlangsung hingga memaksa polis mengeluarkan amaran untuk membawanya keluar daripada perkarangan mahkamah.

Bagaimanapun, wanita lewat 40-an itu tanpa rasa takut berteriak dengan berkata, “Saya ada hak, polis cubalah halang saya dengan guna senjata api, biar orang awam jadi saksi”, sedangkan ramai yang menyaksikan peristiwa itu sedar bahawa polis tidak membawa sebarang senjata pun.

Ketika ditanya pemberita apakah perasaan Mazlinda melihatkan emosi orang ramai terhadap suaminya, beliau berkata, “Saya menyerahkannya kepada Allah. Razak tidak bersalah.”

Perbicaraan Berlangsung Selama 151 Hari

Azilah dan Sirul Azhar (Foto: Sirul baju hijau dan Azilah baju hitam) yang menutup muka mereka ala-ninja menjadi ikutan tertuduh kes-kes lain dan ketika ditanya mengapa mereka berbuat begitu Azilah berkata “Hidup ini masih panjang, ada yang perlu disembunyikan”.


Sepanjang perbicaraan selama 151 hari ini juga berlaku peristiwa mengejutkan apabila seorang anggota polis mahkamah Lans Koperal Othman Abdul Rahman, 47, rebah semasa membawa masuk ketiga-tiga tertuduh ke bilik perbicaraan dan disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Mengimbas kembali isu yang dihujahkan sepanjang perbicaraan lepas, Azilah dan Sirul Azhar (gambar bawah) yang dituduh membunuh Altantuya antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006 dikatakan mengambil bahan letupan jenis PE (Plastic Explosive), detonator cord dan CLC (cutting liner charge) dari stor UTK dan mereka sememangnya mempunyai kepakaran mengendalikan bahan letupan.


Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan dua anggota UTK itu pula didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 Okt 2006 di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Lembaga Getah Asli Malaysia (LGAM), Jalan Ampang di Kuala Lumpur dan dia didakwa mempunyai motif dalam pembunuhan itu berikutan tekanan dan ugutan daripada Altantuya.

Berdasarkan kepada keterangan saksi pendakwaan Deputi Supritendan Muhammad Koey Abdullah, bahan letupan itu berkemungkinan diletakkan dalam mulut dan bahagian atas badan Altantuya menyebabkan tulangnya berkecai manakala Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood pula berpendapat ketika itu Altantuya telahpun dibogelkan kerana tiada sebarang cebisan kain dijumpai di tempat kejadian.

6,000 Mukasurat Nota Prosiding, Hujah Dan Nas

Bagaimanapun peguam J. Kuldeep Kumar dan Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah tetap menegaskan bahawa anak guamnya tidak terlibat dalam pembunuhan itu malah penemuan tempat kejadian di atas bukit itu juga bukanlah kerana ditunjukkan oleh Azilah kerana polis seolah-olah telahpun mengetahuinya terlebih dahulu.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal juga meletakkan anak guam mereka sebagai orang yang tidak bersalah dan teraniaya kerana kehadiran barang kemas Altantuya di rumah Sirul Azhar dan darah Altantuya pada selipar yang dijumpai dalam jeep Sirul Azhar dikatakan amat meragukan kerana sepanjang perbicaraan timbul percanggahan keterangan daripada beberapa penyiasat dan kenderaannya ketika itu boleh diakses oleh orang lain. (Foto: Altantunya dirakamkan oleh ayahnya di rumah mereka)

Wong yang mewakili Abdul Razak pula menyatakan pembunuhan Altantuya tiada sebarang kaitan dengan anak guamnya dan tiada sebarang bentuk arahan pembunuhan dibuktikan sepanjang perbicaraan. Beliau juga menimbulkan keraguan mengapa pihak pendakwaan tidak memanggil beberapa pegawai kanan polis untuk memberi keterangan.

Apa pun, segala hujahan dan keterangan dari 84 saksi akan dirangkumkan oleh hakim Mohd Zaki untuk membuat keputusan pada Jumaat ini yang akan meneliti 6,000 muka surat nota prosiding perbicaraan, hujah-hujah dan nas undang-undang yang telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak.

Sebelum keputusan pertuduhan utama dibacakan, Mohd Zaki dijangka terlebih dahulu membuat keputusan terhadap permohonan pendakwaan untuk mencabar kredibiliti Lans Koperal Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ketika memberi keterangan di mahkamah, keputusan bicara dalam perbicaraan tentang penemuan barang kemas Altantuya di rumah Sirul Azhar dan keputusan bicara dalam perbicaraan berhubung kenyataan polis bahawa Azilah yang menunjukkan tempat Altantuya dibunuh dan diletupkan.

Walau apapun, semua pertuduhan dan spekulasi akan terjawab pada Jumaat ini apabila Mohd Zaki menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggukan ini esok.

[Biarpun keputusan akan diumumkan Jumaat ini, namun rakyat sudah dapat meneka apakah keputusan yang bakal diumumkan nanti. Seandainya Jika ketiga-tiga tertuduh dibebaskan sama seperti apa yang berlaku kepada Hanef Basree dalam kes Noritta Samsuddin dulu. Maka siapakah pembunuh sebenar Altantunya?

Siapakah pula yang mengarahkan pengeluaran bom C4 dari stor UTK? Siapakah pula yang mengarah kedua-dua tertuduh terbabit berada dilokasi Altantunya berada. Tidak wujudkah satu keraguan tentang penglibatan "orang besar" dalam isu ini. Kenapa ia tidak dibongkarkan?

Jika mereka tidak bersalah sekali pun. Kes ini tidak boleh ditutup !! Kerana ada satu "rahsia besar" yang perlu dihuraikan. Jika tidak, maka akan pincanglah sekali lagi badan kehakiman negara ini. Maka itu, rakyat harus bangkit agar keputusan kes ini mesti "ada pembunuhnya"!!

Jika tidak, bagamaina Altantunya boleh mati dibom dengan menggunakan bom C4 yang hanya ada pada Angkatan Tentera Malaysia sahaja. Siapakah yang membenarkan bom itu digunakan untuk meletupkan mayat Altantunya?.

Semua ini adalah satu urutan daripada misteri kes yang sedang menanti keputusan itu. Sila rujuk artikel terdahulu kami tentang perkara ini]- pahangdaily




Photobucket

Elizabeth Wong Letak Jawatan...?

on



Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat bersikap 'pilih bulu' apabila tiada sebarang desakan dibuat ke atas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya sebelum ini.

Sambil mempersoal keputusan taklimat tertutup pakatan rakyat tiga tahun lalu yang memutuskan Elizabeth perlu meletakkan jawatan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kegagalan itu membuktikan pembangkang tidak sensitif berhubung isu moral pemimpin mereka.



Dakwanya, dalam taklimat tertutup yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang tersebut memutuskan Elizabeth perlu melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

"Dalam taklimat yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu, pucuk pimpinan PKR sebulat suara memutuskan supaya dia Elizabeth meletakkan jawatan.
"Namun sehingga hari ini, kita lihat Elizabeth masih bertugas dan perkara ini membuktikan pembangkang mengambil jalan mudah untuk berdiam diri," katanya ketika dihubungi "Utusan Malaysia" di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap berdiam diri pembangkang yang tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Elizabeth semenjak penyebaran gambar separuh bogelnya.

-sumber:utusan meloya


kah kah kah kah kah...

Zul Noordeng nie mmg pak lawak la...mmg bleh raja lawak..
Die nie sbenarnye KKS..maksudnye kurang kasih sayang..kah kah kah

cerita pasal elizabeth nie da lame da...kes die BF die kene kan die..
BF die amik gambar separuh bogel...Pastu sebarkan kat internet..
Pastu lari pg batam, indon..skang da kene tahan kat sane..
Padan muka...berani buat berani tanggung..


Pencacai umngok plak suke benor gunakan issue porno mcm nie utk lawan PR.
Matlamat dieorg nak menjatuhkan pihak lawan...sume tactics jijik umngok..
sbb klu lawan dlm PRU die dah tau akan kalah..So, terpakse la guna cara mcm nie.



Aku mmg nak tgk sgt geng KKS dan katak lompat nie akan bertanding atas tiket ape dlm PRU nnt..kah kah kah kah..umngok ke bebas..klu bebas dieorg da kacau undi umngok..pastu Umngok plak xnak terima dieorg nie..kah kah kah..kite tunggu dan lihat je..Ke mane katak2 nie nak lompat. Keh keh keh


Gerai3Abdul


Photobucket

Ceramah PR di rumah Ketua Cawangan UMNO...?

on




Ini penangan besar bagi UMNO Perak.. seorang Ketua Cawangan UMNO sanggup memberikan rumahnya untuk pimpinan Pakatan Rakyat berceramah.

Apa makna semua ini? Aku percaya ini bukannya kebetulan. Bermakna orang UMNO sendiri sudah hilang kepercayaan kepada UMNO serta BN.

Ekoran terlalu banyak kontroversi yang melanda UMNO seperti skandal NFC, isu boros Rosmah Mansor yang tidak dapat ditangani oleh pimpinan UMNO BN secara bijak.

Tindakan yang di buat pimpinan UMNO BN tidak menyakinkan rakyat serta ahli UMNO sendiri. Ini petanda UMNO Perak bakal melalui pusingan yang amat getir di PRU 13 nanti.

PANAS!!! Ketua Cawangan UMNO benarkan rumahnya dijadikan tempat ceramah Pakatan
Mesti esok Pak Chik ni akan dapat surat tunjuk sebab kenapa dia tak boleh disingkir dari Umno kerana telah membenarkan rumah nya digunakan sebagai tempat ceramah PKR. ... dan pak chik ni juga akan terus menghantar borang penyertaan dalam PKR. hhahahahha

Zambry macamana ni? ... Depa dah tak suka kat hang dah ... hahahahaha


SUMBER :  Twitter CheGu Bard
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List