Elizabeth Wong Letak Jawatan...?

on Feb 10, 2012



Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat bersikap 'pilih bulu' apabila tiada sebarang desakan dibuat ke atas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya sebelum ini.

Sambil mempersoal keputusan taklimat tertutup pakatan rakyat tiga tahun lalu yang memutuskan Elizabeth perlu meletakkan jawatan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kegagalan itu membuktikan pembangkang tidak sensitif berhubung isu moral pemimpin mereka.



Dakwanya, dalam taklimat tertutup yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang tersebut memutuskan Elizabeth perlu melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

"Dalam taklimat yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu, pucuk pimpinan PKR sebulat suara memutuskan supaya dia Elizabeth meletakkan jawatan.
"Namun sehingga hari ini, kita lihat Elizabeth masih bertugas dan perkara ini membuktikan pembangkang mengambil jalan mudah untuk berdiam diri," katanya ketika dihubungi "Utusan Malaysia" di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap berdiam diri pembangkang yang tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Elizabeth semenjak penyebaran gambar separuh bogelnya.

-sumber:utusan meloya


kah kah kah kah kah...

Zul Noordeng nie mmg pak lawak la...mmg bleh raja lawak..
Die nie sbenarnye KKS..maksudnye kurang kasih sayang..kah kah kah

cerita pasal elizabeth nie da lame da...kes die BF die kene kan die..
BF die amik gambar separuh bogel...Pastu sebarkan kat internet..
Pastu lari pg batam, indon..skang da kene tahan kat sane..
Padan muka...berani buat berani tanggung..


Pencacai umngok plak suke benor gunakan issue porno mcm nie utk lawan PR.
Matlamat dieorg nak menjatuhkan pihak lawan...sume tactics jijik umngok..
sbb klu lawan dlm PRU die dah tau akan kalah..So, terpakse la guna cara mcm nie.



Aku mmg nak tgk sgt geng KKS dan katak lompat nie akan bertanding atas tiket ape dlm PRU nnt..kah kah kah kah..umngok ke bebas..klu bebas dieorg da kacau undi umngok..pastu Umngok plak xnak terima dieorg nie..kah kah kah..kite tunggu dan lihat je..Ke mane katak2 nie nak lompat. Keh keh keh


Gerai3Abdul


Photobucket

1 comments:

Anonymous said...

lebai atas kepala tapi sanggup buat-buat bodoh kerana duit dan kuasa, mengapa dia yang mengkhianati mandat rakyat tak letak jawatan...., memang otak letak kat lutut, orang lain buat khianat, orang yang kena khianat suruh letak jawatan. kalau kau dah bermoral sangat sila letak jawatan zul katak oiiii....

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List