Siapa 'Anggota Parlimen' Islam Yang Menolak Usul RUU Murtad

on Feb 10, 2012







PAS sudah tiga kali membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.


Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.


Siapa 'Anggota Parlimen' Islam yang menolak Usul RUU Murtad itu kalau bukan UMNO...........



Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

Kenyataan Harun dalam Harakahdaily hari ini merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.

Katanya, PAS sudah tiga kali membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.
“Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis,” ujar beliau.

Tolak hudud tapi sokong Akta Murtad

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak yang menentang hukum hudud boleh menerima undang-undang sedemikian.

“Saya diminta untuk memberi respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong.  Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?”, soal mursyidul Am PAS itu dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Sehubungan itu kata beliau, liputan berkaitan dengan undang-undang itu ”hanyalah mainan media, sampai masanya Umno dan seluruh media massa akan senyap.”

Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzuan menyifatkan kenyataan Menteri di Jabaran Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom mengenai perhimpunan itu mengesahkan kegagalan Umno selama ini untuk menjaga agama Islam di negara ini.

Katanya, sepatutnya Umno yang mendabik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam telah memartabatkan Islam di tempat yang selayaknya. Namun setelah 54 tahun Umno memerintah negara ini agama Islam semakin terpinggir dari pengamalan masyarakat Islam masa kini.

“Kerajaan memandang serius deklarasi 10 perkara oleh Himpun,” kata Jamil Khir selepas merasmikan Seminar Kewangan Islam untuk pentadbir-pentadbir masjid peringkat negeri Kedah di Jitra kelmarin.

Kerajaan persekutuan katanya akan mengambil tanggungjawab dan memberi keutamaan untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan itu, antara lain mendesak penggubalan undang-undang khusus bagi membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pernah menggemparkan negara ini apabila beliau memberitahu jumlah umat Islam yang murtad melebihi 250,000 sehingga menimbulkan ketegangan di sekitar bandaraya Ipoh pada suatu ketika dulu.



FMT

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List