Lembu Berak Tengah Jalan

on Mar 1, 2012





Inilah penafian membabi buta yang dilakukan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor …


Beliau telah menafikan UMNO terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota… cuba perhatikan gambar-gambar yang ada kat bawah ni..


SIAPA NAK MENGAKU DIA BERAK TENGAH JALAN....?

UMNO nafi terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau di Pulau Pinang.. jadi ni gambar anak-anak Lembu lah ya?

















Photobucket

Rugi Rugi Rugi Bangkrap

on




Semua rugi tak ada yang untung.Proton rugi RM84 juta dalam suku ketiga 2011.Tun Madey pulak dakwa proton rugi sampai RM3.4 bilion. Baca di sini. Orang Melayu dan Bumiputera rugi paling besar hingga kini tak disiasat bila RM52 bilion saham Melayu lesap macam tu saja. Sapa berani siasat?




Tun Madey kata siasat semua termasuk yang ada gelaran Tun. Masalahnya siapa yang akan berani siasat?Semua segala penyelewengan dan korupsi yang libatkan wang rakyat hanya akan dapat disiasat jika tampuk kuasa di Putrajaya ditukar.Jika Umno-BN terus berkuasa Tun Mahathir akan terus mengacah Najib kerana Najib tak mampu untuk siasat Tun Mahathir dan lain-lain pemimpin yang salah guna wang rakyat.




Dengan skandal lembu NFC yang rugi RM250 juta tu pun lembab dan main tarik tali nak siasat, macammana nak siasat Tun Madey!Tun Madey berani cabar kerajaan yang ada kerana semua mereka takut kepada Tun! Malah bukan takat takut kepada Tun malah semua serupa perangai dan kelaku.Nak siasat macam mana?




Semua dah nak bangkrap.Macammana boleh rugi? Rugi berani cakap tapi kenapa tak tubuh suruhanjaya diraja siasat macammana syarikat yang berkaitan kerajaan ni rugi?


Dalam pada itu Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno Malaysia  telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang baru.MB Selangor Tan Sri Khalid ketika mengulas perlantikan Khairy berkata;


 “selama ini, saya berbangga dengan pencapaian PUNB kerana selama ini PUNB diterajui oleh golongan profesional yang berkebolehan.


“Walaupun di peringkat penggubal dasar, mereka terdiri daripada ahli-ahli politik tetapi mereka tidak campur tangan dalam urusan harian. Kumpulan profesional Bumiputera ini telah bekerja keras untuk membawa PUNB hingga mencapai ke tahap yang ada sekarang ini,” tambahnya.


Beliau berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya mensia-siakan usaha mereka ini dengan melantik Khairy yang tidak berkeupayaan dan tidak berpengalaman untuk menerajui sebuah badan korporat yang sudah berjaya.


“Pelantikan Khairy membawa masyarakat Bumiputera mundur ke belakang kerana fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikannya ke jawatan profesional itu.


Katanya dengan perlantikan itu juga membuktikan Najib gagal dalam menilai profesionalisme dalam pengurusan malah ia menjadi petanda buruk kepada Bumiputera dan Malaysia khasnya.


“Bagi pembangunan negara, pemimpin sepatutnya melihat dalam konteks lebih luas dan berfikir di luar fahaman politik di mana ciri-ciri ini telah diketepikan menerusi pelantikan Khairy,” katanya. Baca di sini.



Photobucket

Gani Patail : Adakah Suami Sharizat Akan Didakwa...?

on



Perhatian rakyat Malaysia telah beralih kepada Peguam Besar yang popular, Gani Patail, kerana ingin tahu jika dia akan mengeluarkan waran tangkap bagi suami Menteri hal ehwal wanita Shahrizat Jalil, yang menghadapi pertuduhan pecah amanah membabitkan NFC yang berjumlah RM250mil.

Gani yang sering dituduh rasuah dan menjadi pak turut kerajaan persekutuan pimpinan Umno, dan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada hujung minggu yang lalu, terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya, ia mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah isyarat kepada Gani untuk tidak tunduk kepada tekanan daripada orang ramai, pihak pembangkang dan Umno sendiri, untuk bertindak ke atas kes yang memakan masa yang lama itu.

Najib sebenarnya memberi respon terhadap berita bahawa polis telah mengesyorkan supaya dakwaan pecah amanah dikenakan keatas Salleh Ismail, pengerusi NFC, walaupun timbalan ketua polis, Khalid Abu Bakar sebelumnya telah mengumumkan pada bulan November bahawa siasatan tidak menunjukkan apa-apa "elemen" pecah amanah .

Sesungguhnya, skandal NFC penuh dengan misteri kerana hampir semua kumpulan-kumpulan utama dalam parti Umno terlibat dalam perjanjian itu. Projek itu sendiri bertujuan untuk membangunkan industri penternakan lembu di Malaysia dan telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat serta keluarga untuk diselia pada tahun 2006.Sebuah pinjaman kerajaan berjumlah RM250mil telah diberikan bagi pembiayaan projek itu tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang yang diketuai oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua wanita Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan bahawa keluarga Shahrizat menggunakan sebahagian besar pinjaman untuk tujuan peribadi termasuk membeli kondominium mewah, kereta,bercuti di luar negara dan sebagainya.

PN mesti bertindak dengan profesional



Semua menunggu Gani Patail: Adakah suami Sharizat akan didakwa? Menyeru pentadbiran Najib untuk berhenti menundakan kes ini, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang memberi amaran keras terhadap menggunakan Gani sebagai alasan untuk menghalang atau melambatkan tindakan terhadap Salleh baru-baru ini.

"Apa yang penting ialah Peguam Negara mesti bertindak mengikut fakta kes. Saya berharap mereka akan menyelesaikan perkara itu secara profesional," Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin.

Salahuddin bimbang akan komen terbaru Perdana Menteri mengenai perkara itu, yang membayangkan bahawa ada kemungkinan tiada pendakwaan akan dilakukan oleh pentadbiran beliau. Perdana Menteri berkata Peguam Negara memegang kuasa mutlak di bawah Perlembagaan untuk memutuskan sama ada sesuatu kes mempunyai bukti yang mencukupi untuk diterima di mahkamah, kegagalannya akan menyebabkan kes dikembalikan semula kepada polis untuk siasatan semula.

"Saya menyatakan ini berdasarkan prinsip bahawa andaian tidak boleh dibuat ke atas apa yang akan berlaku seterusnya kerana ia terpulang kepada Peguam Negara .dan hanya dia mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam perkara ini. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua siasatan berakhir dengan pendakwaan, "kata Najib kepada pemberita pada hari Ahad.

Najib dan pengikutnya telah dipersalahkan kerana memulakan kejatuhan NFC kerana memberi maklumat tentang penyalahgunaan dana dengan tujuan untuk menjatuhkan Shahrizat dan menggantikannya dengan Raja Nong Chik sebagai calon bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umun yang akan datang. Ia dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini.

Najib, bagaimanapun, tidak bersedia apabila skandal meletup dan sekarang sedang dipersalahkan kerana mengurangkan peluang Umno untuk menang pada PRU ke-13. Dipercayai bahawa dia kini sedang membuat perjanjian dengan Shahrizat untuk tidak mendakwa beliau, dengan syarat dia meletak jawatan dari kabinet dalam masa terdekat.

Memalukan Muhyiddin dan Badawi secara berterusan


Pemerhati Umno percaya bahawa dia kini sengaja memanjangkan drama NFC kerana puak saingan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga terlibat dalam kes itu.

Badawi yang juga mantan Perdana Menteri telah memberikan projek kepada keluarga Shahrizat untuk diurus. Pesaing berpotensi Najib dalam perlumbaan untuk merebut jawatan presiden Umno, Muhyiddin Yasin, merupakan bekas Menteri Pertanian yang menanda tangani secara rasmi pemberian projek kepada keluarga Shahrizat. Dengan memainkan skandal NFC, Najib berharap untuk menjatuhkan kedua-dua Badawi serta Muhyiddin.

"Najib akan memaksimumkan pengunaan media untuk memalukan Muhyiddin, KJ dan puak Badawi, jadi jangan mengharapkan tindakan pantas atau keputusan daripada Peguam Negara. Taktik ini memberi kelebihan kepada Najib dan beliau akan menggunakannya sepenuhnya. Kepada rakyat, sudah tentu dia akan menyanyikan lagu yang berbeza dan tali barutnya akan pergi menyebarkan pelbagai jenis cerita untuk cuba memisahkan diri daripada skandal NFC, "kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

"Tetapi saya tidak fikir ia akan berjaya memperdayakan orang ramai kerana mereka tahu Umno tetap meraih keuntungan daripada pendedahan kes Shahrizat dan sekarang ia cuba dipanjangkan dengan membabitkan Muhyiddin dan Badawi supaya nama mereka juga tercemar. Yang rugi adalah Umno, secara keseluruhannya kerana politik kotor tetap akan memakan presidennya juga. "


Malaysia Chronicle



Photobucket

BN Nak Kekalkan Kuasa Cara Samseng DiGunakan

on Feb 29, 2012




Dulu pernah diucapkan ..'Kalau Pembangkang menang..mereka(Pembangkang)akan huru harakan negara..'
kata-kata itu aku dengar semasa PRU yg lepas..bila BN kehilangan 5 negeri..tetapi realitinya BN menjadi kurang ajar bila tidak dapat menerima kenyataan mereka kalah di Perak..maka rampasan kuasa berlaku..

Hari ini..pimpinan BN mula membuat rayuan supaya memberi mereka mandat lagi pada PRU yang akan datang..maka berbagai janji dan umpanan ditabur ke seluruh pelosok negara..mengharapkan rakyat jatuh kasih kepada BN semula..sudah 54 tahun diberi peluang berkuasa..sepatutnya BN tidak perlu merayu..melainkan BN sudah menjangkakan akan kekalahan BN..terimalah hakikat..

Namun dalam masa yang sama..BN melancarkan kempen menawan hati rakyat dengan keganasan..mewujudkan barisan samseng-samseng bagi tujuan menakut-nakutkan orang ramai..cara ini telah digunapakai ketika PRK Bagan Pinang..dan ia berhasil meraih kemenangan..apakah cara ini juga akan menjayakan BN untuk terus memegang kuasa..??

Rakyat perlu pemerintahan yang disayangi..bukan yang ditakuti..dan jangan lupa kuasa rakyatsentiasa melebihi kuasa pemerintah..kalau BN nak tengok kuasa rakyat try..test..cubalah bikin rakyat marah..



di ceramah YB Nurul Izzah.....
orang yang hampir menumbuk Nurul Izzah dikatakan hendak menjaga keselamatan Nurul Izzah..
boleh percaya ke..??cehh..!!


Photobucket

Henti Keganasan Politik - Abim

on



Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ingin melahirkan kesal dan kecewa dengan beberapa insiden keganasan politik yang berlaku semenjak kebelakangan ini.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, berdasarkan dari pengamatan pihak Abim, gejala keganasan politik itu tampak semakin menggejala terutama sekali dalam suasana teka-teki tarikh Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin rancak diperkatakan.

“Insiden-insiden bermotif politik semakin kerap berlaku kebelakangan ini seperti mengganggu ceramah dan penerangan politik, mengakibatkan kecederaan fizikal dan kemusnahan harta benda, serta memecah masuk premis dan rumah tokoh politik, telah menyorot perhatian dan mencetuskan kebimbangan para pengamat politik serta rakyat secara umumnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, katanya jelas menunjukkan ketidakmatangan budaya politik di peringkat akar umbi dan keluhuran demokrasi.

Beliau berkata, tambah mendukacitakan perkembangan itu terjadi ketika negara sedang menyaksikan keterbukaan wacana politik di kalangan para pemimpin serta parti-parti politik di negara ini.

Menruutnya, insiden-insiden keganasan politik yang berlaku kebelakangan ini seharusnya menyedarkan para pemimpin politik bahawa para pendukung politik di peringkat akar perlu dididik serta dilatih, untuk mengamalkan budaya politik terbuka serta matang.

Dalam erti kata lain, ujarnya gagasan serta idealisme politik yang sering dicanangkan oleh para pemimpin politik tidak ubah sebagai retorik kosong semata-mata sementelahan amalan politik akar umbi terus-terusan dizahirkan menerusi kebobrokan akhlak, gejala fitnah memfitnah yang mengaibkan seteru politik, keganasan, caci maki dan ugutan.

Justeru, katanya Abim menyeru pimpinan politik supaya mendidik serta mengawal perilaku serta akhlak tindak tanduk politik para penyokong masing-masing agar menjunjung tinggi prinsip Kedaulatan Undang-undang sepertimana yang digariskan dalam Rukun Negara.

Beliau menambah, selain integriti kepimpinan politik, amalan demokrasi yang positif turut menekankan peri pentingnya budaya kepengikutan yang bersandarkan nilai-nilai moral dan keagamaan yang menghormati tidak sahaja kawan tetapi juga lawan.

“Abim berharap agar insiden-insiden ini tidak berulang di masa hadapan taktala negara sedang meniti detik-detik getir menjelang Pilihanraya Umum Ke-13.

“Kita tidak mahu insiden-insiden keganasan politik yang sering berlaku di luar Negara menggejala lantas mencemarkan kestabilan, keamanan dan keharmonian negara kita,” katanya lagi.

Justeru, tambah beliau Abim menggesa agar pihak berwajib memelihara hak-hak bersuara serta berhimpun seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan serta mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keganasan politik secara adil dan tanpa memilih bulu.

Sesungguhnya, kata beliau rakyat sudah jelik dengan amalan politik ‘matlamat menghalalkan cara’ yang semakin berleluasa dan menyeru semua pihak memainkan peranan untuk membawa rakyat kembali berpegang kepada prinsip ‘Negara Barakah’ yang menjunjung tinggi prinsip, nilai akhlaq serta etika dan moral.

Harakah Daily



Photobucket

AirAsia Dan Tony Fernandes: Dari Wira Menjadi Ahli Sihir Gila Duit.

on

AirAsia dan Tony Fernandes: Dari wira menjadi ahli sihir gila duit


Air Asia adalah antara kisah kejayaan Malaysia. Bermula kecil-kecilan dengan beberapa kapal terbang lama yang melalui destinasi domestic, CEOnya, Tony Fernandes telah Berjaya membina empayar syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi dari Asia sehingga NZ dan Eropah. Dia telah berjaya melalukannya tanpa bantuan kerajaan tidak seperti usahawan bumiputra.

Namun, kisah kejayaan AirAsia semakin dicemari dengan cerita dan khabar tentang cas, kualiti servis yang teruk, tiada fleksibiliti, cas tersembunyi, kadar tambang yang mengelirukan dan praktis anti penggunanya yang digunapakai untuk memaksimakan keuntungan sahaja. Apabila Malaysiakini, Malaysian Insider atau mana-mana portal berita online melaporkan tentang Airasia, sentiasa ada komen-komen negatif yang akan ditinggalkan oleh pembacanya berkenaan syarikat tambang murah itu. Ianya agak ganjil apabila syarikat kapal terbang tambang murah yang bertujuan untuk membekalkan perkhidmatan dengan kadar berpatutan menerima persepsi yang sebegini rupa daripada pengguna, dan nampaknya AirAsia juga berjaya melalukan itu.

Sejak bilakah AirAsia bertukar dari pilihan rakyat kepada alhi sihir yang rakus membolot wang? Sudah semestinya perubahan ini berlaku sudah lama dan bukannya hanya semalam. Persepsi negatif rakyat terhadap AirAsia telah mencapai tahap yang membimbangkan dan telah meninggalkan kesan pada perniagaan mereka. Saman daripada pemerhati konsumer Australia ACCA juga memburukkan lagi keadaan.

Meniru amalan lapuk

AirAsia banyak menggunapakai amalan yang dilakukan oleh syarikat tambang murah yang lain seperti Virgin Airways tetapi ada yang diikutinya sudah menjadi amalan lapuk atau tidak sesuai dengan budaya pengguna tempatan. Ia Nampak bijak untuk tidak menerima penumpang yang tiba 1 minit lambat selepas kaunter tutup supaya dia terpaksa membeli tiket yang baru. Tapi, rakyat Malaysia mendapati ini agak keterlaluan terutamanya apabila syarikat kapal terbang yang lain begitu fleksibel. MAS akan membenarkan anda mendaftar masuk jika anda boleh tiba di dewan berlepas selagi kapal terbang belum berlepas.

Satu lagi amalan yang kurang disenangi oleh penumpang adalah cas kad kredit, cas kaunter chek in dan cas pemilihan tempat duduk. Yang pertama dan kedua boleh dikategorikan sebagai cas tersembunyi kerana ianya bukan pilihan penumpang yang sepatutnya ditambah kepada nilai tiket. Mereka yang tidak membayar untuk tempat duduk ( kosnya RM35 untuk seorang dari KL) akan disediakan tempat duduk secara rawak dan ini bermakna sebuah keluarga berkemungkinan akan dipisahkan. Ini amat menyusahkan kerana penumpang dikenakan bayaran untuk sesuatu yang menjadi hak mereka dari mula lagi iaitu duduk bersama. Ia umpama mengambil hak sesorang dan meminta mereka membayarnya untuk mendapatkan ia semula.

Namun, paling menjelikkan adalah apabila AirAsia mengenakan cas RM1.95 seminit untuk bercakap dengan staf perkhidmatan mereka. Ia mungkin bukan sesuatu yang dipinta oleh penumpang seperti penerbangan yang ditunda, kehilangan beg atau dicas lebih pada kad kredit mereka. Tetapi, apabila dikenakan bayaran mengikut minit untuk bercakap adalah sesuatu yang menyakitkan hati. Tambah lagi, mereka selalunya akan disuruh menunggu walaupun cas berjalan.

Benarkah AirAsia tambang murah?

AirAsia mengamalkan sistem kadar harga tiket yang berubah mengikut bila masa dibeli. Pembeli awal akan mendapati harga yang murah manakala pembeli saat akhir akan dikehendaki membayar lebih. Gimik mempromosi tambang murah sebenarnya telah dibayar oleh orang lain, yang pasti, bukan dari poket Tony. Yang sebenarnya AirAsia bukanlah penerbangan tambang murah dalam erti kata sebenar. Ia boleh menjadi lebih mahal dari penerbangan biasa. Tiada yang mahu bayar untuk tiket yang mahal jadi, AirAsia menyembunyikan harga sebenar tiket supaya pengguna sukar membuat perbandingan.

Cara memaksa orang lain untuk menampung kos tambang orang lain pula tidak berkesan lagi. Pembeli semakin bijak dengan adanya hubungan sosial yang lebih erat dan tidak lagi percaya bahawa AirAsia adalah penerbangan tambang murah. Mereka akan membeli tiket apabila ianya murah dan akan menjauhkan diri apabila ianya mahal. Masih ada yang tidak tahu membandingkan harga tetapi bergantung kepada kepercayaan bahawa pengguna adalah bodoh bukanlah model bisnes yang baik. Ini tidak ubah seperti BN yang bergantung kepada undi masyarakat melayu luar Bandar dengan memberi maklumat yang tidak tepat.

Pada musim kemuncak Krismas dan Tahun Baru pada tahun lepas, AirAsia telah terbang diantara Kuala Lumpur dan Melbourne dengan kerusi-kerusi kosong apabila kesemua syarikat penerbangan lain kehabisan tiket. Ini agak aneh memandangkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah sepatutnya ‘sold out’ terlebih dahulu. Penumpang sudah arif dengan cara AirAsia menjual tiket.

Pengguna juga sepatutnya membuat perbandingan lebih daripada harga asanya sahaja. Perkara lain seperti makanan, hiburan, alat bantuan keselesaan dan bagasi perlu diambil kira selain daripada cas-cas lain. Penumpang yang terbang dari LCCT yang merupakan lapangan terbang yang menyedihkan kerana penumpang terpaksa berjalan dengan jauh untuk menaiki kapal terbang kerana AirAsia tidak akan membayar kos penggunaan ‘aerobriges’. Ini membuatkan AirAsia tidak sesuai untuk penumpang warga emas. Selain dari itu, AirAsia selalunya akan mendarat di lapangan terbang yang jauh dari bandar, jadi tambang ke bandar juga terpaksa disediakan.

Terdapat juga kos tersembunyi. AirAsia benar-benar murah jika anda menempah tiket jauh lebih awal. Mereka menerima tempahan seawal setahun sebelum penerbangan. Ini bermakna, wang anda terikat disitu. Apa sahaja perubahan dalam jadual perjalanan akan menyebabkan kepayahan kerana AirAsia akan mengenakan cas yang tinggi untuk tiket penerbangan yang dijadualkan semula. Ada pengguna yang akan berfikir dengan membayar lebih sedikit untuk fleksibiliti adalah lebih baik.

Penundaan dan Pembatalan

Mereka yang menaiki penerbangan AirAsia tahu betapa kerapnya AirAsia menunda dan membatalkan penerbangan. AirAsia sering menggabungkan penerbangan jika penumpangnya terlalu sedikit tanpa menghiraukan masa penumpang yang lain. Tulisan kecil pada tiket mereka memberitahu bahawa mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian. Hanya Negara yang mempunyai undang-undang pengguna yang lemah seperti Malaysia sahaja akan membiarkan mereka berbuat begitu.

Mereka yang penerbangannya telah dibatalkan berhak dikembalikan wang, namun, ini tidak semudah itu kerana mereka harus bersabar menanti. Menghubungi staf AirAsia sendiri merupakan satu cabaran. Ada yang mendakwa mereka terpaksa menunggu sehingga 30 ke 60 hari untuk pemprosesan dan apabila tempoh itu tamat, mereka dipaksa menunggu lagi selepas diberi pelbagai alasan oleh pihak AirAsia.

Penantian yang lama untuk wang dikembalikan, tidak flksibel, kesukaran, kebarangkalian penerbangan ditunda dan perkhidmatan yang berkualiti rendah bermakna penumpang akan meminta harga yang lebih berpatutan dari syarikat penerbangan tambang biasa daripada AirAsia. Ini juga bermakna, AirAsia akan terpaksa menjual tiketnya pada harga yang amat murah dibawah kos. Pengguna akan pergi kepada syarikat penerbangan yang lain, jika harga adalah sama sahaja.

Satu kes yang jelas menunjukkan keadaan ini adalah pembatalan penerbangan ke London, New Delhi dan Mumbai. Ini merupakan destinasi-destinasi yang agak popular ke Bandar-bandar yang padat dimana penerbangan tambang murah boleh mengendalikannya dengan Berjaya. Alasan AirAsia berkenaan keperluan visa, cukai tambahan tidak masuk akal kerana ini dikenakan ke atas semua syarikat penerbangan dan boleh dicaskan ke atas tambang. Alasan sebenar seperti yang dilaporkan oleh The Star adalah AirAsia sebenarnya kerugian jutaan ringgit setiap bulan kerana destinasi-destinasi ini. Jadi, kenapa AirAsia tidak menaikkan tambang mereka? Jawapannya ialah, jika begitu, penumpang akan beralih kepada syarikat penerbangan lain. Mereka meminta harga tambang yang berpatutan yang tidak mampu ditampung oleh AirAsia dan ia masih lagi boleh untung.

Sudah tiba masanya buat AirAsia

AirAsia mungkin telah bermula dengan baik dimata rakyat tetapi tempoh bulan madu sudah berakhir. Perkhidmatannya sudah semakin teruk dan ia sering mengugut penumpangnya dan menyebabkan mereka benci. AirAsia berlagak seperti ia beroperasi dimana ia memonopoli segalanya tetapi monopoli itu tidak wujud.

Pengguna mempunyai pilihan lain termasuk Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah yang dipuji kerana menetapkan harga tiket dengan jujur. Air Emirates juga mengambil peluang destinasi KL ke Melbourne dengan tawaran harga yang kompetitif. Mengharapkan destinasi KL ke Sydney akan memberi pulangan bagi AirAsia mungkin tidak akan kesampaian kerana SIA akan melancarkan penerbangan tambang murahnya sendiri iaitu Scoot juga akan melalui destinasi ini.

AirAsia sememangnya belum tahu lagi akan penangan media sosial. Pada masa lalu, pengguna yang marah hanya boleh mempengaruhi keluarga atau sahabat terdekatnya. Sekarang, mereka boleh berkongsi kemarahan mereka di forum-forum online, facebook, twitter dan mempengaruhi bukan sahaja ratusan, malah ribuan pengguna yang lain.

Kisah menakutkan berkaitan AirAsia banyak tersebar online. Ada yang mendakwa staf-staf AirAsia sukar dihubungi dan mereka selalunya terpaksa membeli tiket lagi apabila perlu menukar tarikh pelepasan. Seorang penumpang yang marah berkata, dia terpaksa menunggu selama 2 tahun untuk mendapatkan wangnya semula dengan pelbagai alasan yang diberi AirAsia. Seorang lagi penumpang malang telah mendapati apabila sampai ke kaunter pendaftaran, ianya telah ditutup lebih awal dan staf disitu juga mengesahkan keadaan itu. Staf itu telah membuat beberapa panggilan telefon tetapi tidak dibenarkan untuk membuka kaunter itu semula.

Akibatnya, penumpang tersebut sudah ketinggalan kapal terbang dan penerbangan yang menghubungkannya ke destinasi seterusnya. Lebih menyedihkan, AirAsia tidak mahu memulangkan wangnya.
Ada budaya tidak baik yang cuba memeras ugut penumpang sehinggakan memaksa mereka untuk membeli tiket lagi. Ketamakan korporat ini akan menyebabkan pengguna menjauhkan diri. Adik perempuan saya terpaksa membayar RM1000 demi mengubah tarikh pelepasannya dari KL ke Melbourne. Dia memberitahu bahawa dia akan terbang menggunakan Air Emirates mulai sekarang.

Tony Fernandez sepatutnya menagguhkan pembelian pesawat mega dan memperbaiki servis AirAsia dan tanggapan negatif masyarakat. Dia patut bangun dari mimpinya yang setiap tahun akan menjadi tahun yang paling baik buat AirAsia. Tanda-tandanya sudah ada dan AirAsia akan jatuh menjunam dan ini amat malang sekali buat jenama Malaysia yang sudah berada di persada antarabangsa.

Malaysia Chronicle



Photobucket

Pangkalan Tentera Udara Meletup Di Antartik

on

KEBAKARAN yang berlaku di Pangkalan Comandante Ferraz di Antartik 



SAO PAULO - Satu letupan yang berpunca daripada kebakaran di sebuah pangkalan tentera laut Brazil di Antartik menyebabkan seorang askar cedera dan dua lagi hilang kelmarin, kata tentera Brazil.

Tentera Laut Brazil berkata, kebakaran berlaku di dalam sebuah bilik yang menempatkan penjana tenaga di Pangkalan Comandante Ferraz di Antartik.

Ia merupakan sebuah stesen penyelidikan yang terletak di Admiralty Bay, Pulau King George.

Seorang askar cedera yang kini berada dalam keadaan stabil telah dirawat di Stesen Arctowski sebelum dipindahkan ke Pangkalan Tentera Eduardo Frei.



Photobucket

POLITIK GANGSTER: - Gambar Gengster Dengan Pemimpin Umno !

on



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) semalam mendedahkan gambar penglibatan pemimpin Umno dengan mereka yang terlibat dengan kejadian ganas dalam beberapa program kebelakangan ini.

SAMM mendedahkan, pelaku keganasan di Jalan Kebun, Klang mempunyai hubungan dengan Senator Ezam Mohd Nor manakala di Pulau Pinang pula mempunyai kaitan dengan Datuk Helmi Yahya.

(Gambar Senator Ezam Md Nor bersama dengan ketua
penyerang jalan kebun yang konon sedang diburu polis.)
 


Ekoran itu, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan mendakwa, Umno sedang membawa suasana politik negara ke satu suasana yang kurang sihat.

Ini kerana, Umno semakin lemah dan sedar mereka telah gagal untuk menggunakan otak bagi berhujah, dakwa SAMM.

(Gambar Datuk Helmi Yahya bersama dengan antara kumpulan
 penyerang yang menyerang Lim Guan Eng baru minggu lepas.) 
 

Tindakan ini juga dibuat kerana malu dengan Najib yang tidak berani berdebat maka Umno menggunakan keganasan dan gangsterism mengganggu program pendidikan politik rakyat, tambahnya.

Antara kejadian keganasan adalah serangan fizikal terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, serangan terhadap Nurul Izzah di Felda Lepir, serangan bersifat perkauman di Jalan Kebun dan Rantau (N.Sembilan) dan serangan terhadap mahasiswa di Kampung Idaman Kelang.

Terbaru adalah serangan gansgter libatkan pimpinan umno terhadap Lim Guan Eng sehingga mencederakan wartawan di Padang Kota Lama, semuanya tindakan terancang Umno, dakwa SAMM.

SAMM juga melahirkan simpati dengan polis yang terpaksa menjadi 'kuda' kepada Umno.

"Yakinlah polis punya rakaman, bukti yang cukup bagi mendakwa gangster ini tetapi mereka tidak mampu kerana Umno melindungi gangster ini," dakwa SAMM.

Walaubagaimanapun rakyat perlu tenang kerana perkembangan ini merupakan perkembangan biasa bagi regim hujung usia.

Seperti di Mesir ketika di hujung usia pemerintahan, regim Husni Mubarak menggunakan pendekatan keganasan dan kekasaran untuk menghalang kebangkitan rakyat Mesir.

Akhirnya regim Hosni tumbang di tangan rakyat, tegas Edy Noor Reduan.-harakahdaily


Kenyataan Penuh SAMM


Photobucket

Siasat Semua Tun, Kata Dr Mahathir

on

SEKIRANYA TUAN2 MAHUKAN DON CHE DET DAN SEMUA TUN DISIASAT, PASTIKAN ANDA MENGUNDI CALON-CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU13 AKAN DATANG..........







Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

"Bukan sahaja saya... semua Tun mesti diaudit. Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," bidas beliau semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang yang menuntut audit dijalakan berhubung kerugian hampir RM100 bilion dana awam yang didakwa Lim berlaku sepanjang tempoh Mahathir menjadi perdana menteri.
Lim - dalam satu kenyataan 24 Februari lalu - berkata langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran (daripada skandal yang lalu)".

Katanya, rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis Dr Mahathir yang menjustifikasikan tindakan kerajaan menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir) bersara. ( Pada siapa Tun Mahathir tuju kan kenyataan beliau itu........)

Lim menyifatkan alasan Mahathir sebelum ini untuk menerangkan tindakan menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagai "logik sesat".


sumber
Photobucket

Dari Panji-Panji Pun Dah Tahu Siapa Mereka.

on Feb 23, 2012



Ahli Parlimen Sembrong Hishamuddin Hussein menafikan kekacauan dan gangguan ke atas ceramah Anwar Ibrahim malam Ahad lalu di Johor bukan berlaku di dalam kawasan parlimennya tetapi di Batu Empat, Kluang. Katanya anak-anak muda yang buat nakal termasuk melontar air kencing yang dimasukkan ke dalam botol mineral bukan ahli Umno yang diupah.

Cepat sangat menteri dalam negeri itu buat penafian. Saya tidak hairan sikit pun kerana menteri ini selalu buat kenyataan sebelum laporan penuh disampaikan kepadanya. Banyak kes atau pun kenyataan dibuat mendahului laporan tiba keadaan ini menyebabkan Polis kurang senang dengan telatah menterinya itu. Al hasilnya wibawa beliau sebagai menteri boleh dipertikaikan.

Kebetulan malam kejadian itu saya berada di tempat itu. Saya tidak tahu kalau tempat Anwar ceramah itu termasuk dalam kawasan Sembrong atau tidak. Saya tidak sempat ukur tetapi menurut orang kawasan itu sempadan dengan Sembrong kerana ia dirujuk kepada Semberong. Pejabat Keadilan sendiri menggunakan alamat Semberong.

Mungkin apa yang saya saksi mengesahkan bahawa yang buat nakal dan bertindak seperti orang liar itu adalah orang Umno ataupun anak-anak nakal yang diupah oleh Umno Sembrong. Ini kerana dua tiga orang anak muda yang melaung-laung dan bertempik memaki hamun Anwar benar-benar di depan mata saya memakai t-shirt berwarna hitam tertulis Sembrong 13 dan di atasnya tertera gambar Hihsmuddin pakai topi ada lambang BN.

Yang membuat bingkit dengan menguatkan engen motosikal pula memegang bendera dacing dan bendera Umno keris lucah. Mereka menyanyi lagu petroitik kepala lutut Umno dan sambil melemparkan kata-kata kesat dan menjijikkan.

Apakah itu bukan anak-anak nakal Sembrong? Atau pun mereka itu sengaja diupah oleh PKR untuk memburukkan Hishmuddin? Begitukah yang hendak disampaikan oleh Hishamuddin dengan penafian itu... nak tunjuk Umno Semberong berakhlak dan bertamadun? Maklumlah Anwar ini suka bersandiwara dan membuat kerja menipu? Dulu semasa di tahan dalam lokap polis, Anwar telah menghantukkan mukanya ke kepala lutut hingga lebam.

Mahathir yang ketika itu jadi PM membuat kenyataan itu. Tetapi apa yang didedah oleh suruhanjaya diraja mengesahkan mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh bekas ketua polis negara. Mungkin juga malam itu yang buat kacau adalah budak-budak Anwar sendiri? Kalau ketua polis sekarang sebaka dengan ketua polis dulu mungkin dia akan membuat dakwaan begitu juga, Anwar sengaja memburukkan dirinya sendiri di Semberong.

Kata Hishmuddin polis akan menyiasat dan mereka yang bersalah teta akan ditangkap. Itu prinsip undang-undang tetapi Hishamuddin tahu sejauh mana prinsip itu dilaksanakan.

Bagaimapun janji itu bagus. Tetapi jangan pula selepas dijalankan siasatan polis tangkap Anwar. Untuk membuktikan Anwar yang arah budak-budak nakal lagi liar itu diletakkan dua tiga helai baju t shirt Semberong 13. Kalau ini berlaku ia tidak pelik kerana sudah acap kali tektik demikian diperlakukan.



MSO

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List