Mahathir Sedang Nazak...?

on Mar 4, 2012




"Apa lagi yang akan diperkatakan oleh Mahathir di masa akan datang.Kami anak-anak muda pun merasa hairan dengan gelagat Mahathir yang tak sudah-sudah hendak babitkan diri dalam politik.Sudah-sudah la tu atuk umur sudah sampai (dah terlebih) pun nak mati…  Bukannya tak ada duit dah banyak sangat duit tu sampai tak habis ke cucu cicit.

Kalau nak diikutkan perangkaan Jangka hayat bagi penduduk Malaysia, dah lama dah Mahathir ni mati.  Bagi wanita keturunan Cina jangkaan hayat mereka adalah yang tertua iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera (75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki India (68 tahun).

Dengan tak habis-habis menyerang Anwar dan Nik Aziz…,  Mahathir ni sepatutnya sudah bertaubat dan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan di masa lampau… bukannya beliau tidak banyak berjasa dan membuat pahala… tetapi sudah tiba saat ini beliau bawa banyak bersabar dan beristighfar kepada Allah kerana sudah dapat hidup amat lama di dunia ini dengan membuat kebaikan dan kejahatan.

Apabila Mahathir mati nanti… skandal PKFZ,  penyelewengan Petronas, pemberian lesen Judi kepada Vincent Tan dan yang lain-lain, Mahathir akan terselamat di dunia…, tapi sudah pasti bukan di akhirat.  Sepertimana selamatnya Eric Chia, skandal Perwaja terkubur begitu sahaja,disebabkan yang tertuduh mati.

Najib dan Umno Sedang Menikam Mahathir 


nazri aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz baru-baru ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

Najib Pulak mendedahkan 3 surat Mahathir yang dihantar kepada Yahudi Israel.  Pendedahan ini kononnya nak menunjukkan keperihatinan Mahathir terhadap Palestin.  Betul ke ???!!

Memang persepsinya begitu… Tetapi kalau diperhatikan terhadap kedua-dua kenyataan dari Menteri dan Perdana Menteri tersebut… dari segi politiknya, sebenarnya Najib dan Nazri Aziz sedang menikam Mahathir, supaya Mahathir cepat mati.

Mereka tahu sekarang ini Mahathir sedang berusaha sedaya upaya untuk melepaskan tengkuk dia dari segala tuduhan jika Pakatan Rakyat memerintah nanti.  Mahathir tidak mengharapkan Najib yang memang amat lemah mengawal rakyat untuk mendapatkan sokongan.  Yang hanya Najib pandai adalah menggunakan wang untuk mendapat sokongan… semua tarikan untuk menyokong UmnoBn dilakukan dengan WANG !!!

Najib Razak merestui pendedahan surat kepada Yahudi Israel daripada Mahathir ini, ia seolah-olah mendedahkan strategi Najib mahu melondehkan siapakah Dr Mahathir sebenarnya.  Najib ingin menyimpulkan bahawa Dr Mahathir sendiri mengiktiraf Israel.

    najib rosmah                               

Najib agak rimas dengan kemunculan semula Mahathir dalam gelanggang politik negara.  Najib pun tahu dia bukan sahaja tidak mendapat sokongan Umno dan Rakyat, kerana dia belum mendapat mandat Rakyat melalui pilihanraya… Najib menjadi PM hanya kerana beliau meracun kerusi Presiden Umno dari Abdullah !!!

Apapun pendedahan surat-surat Mahathir kini meringankan beban Anwar untuk memperjelaskan pendiriannya dalam hubungan beliau dengan Yahudi.



Tun Mahathir, Anak Tun Abdul Razak, Anak Tun Hussein Onn dan Cucu-Cucu 

                            

Kata Tun Dr Mahathir, beliau tidak mempunyai masalah dengan siasatan yang mendalam ke atas kerugian RM100 bilion akibat skandal kewangan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.


 "Anda boleh mengaudit.   Malah, semua Tun mesti diaudit, termasuklah anak-anak Tun dan cucu-cucu Tun ".

Mahathir tahu, isu RM100 bilion yang lesap dari tabung Negara ini dibangkitkan oleh orang-orang Umno yang diketuai oleh Najib dan Hishamuddin.  Sebab itu Mahathir sebut… anak-anak Tun sekali mesti di siasat…!!!

hishamuddin


Yang pasti duit Rakyat lesap RM100 bilion… kalau dikira… setiap keluarga di Malaysia ni dah jadi jutawan jika RM100 bilion itu diberi kepada Rakyat !


sumber :- reformasi 1998

Photobucket

Tanda Tanda PRU 13 Semakin Hampir

on



Pilihan raya umum ke 13 sudah dekat benar apabila melihat parti yang memerintah mula membuka bilik-bilik gerakan mereka.

Ini mula dapat dilihat di Selangor, negeri yang mahu ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dan Terengganu, negeri yang cuab dipertahankan BN.

Ada yang berkata, pilihan raya ke 13 akan diadakan secepatnya April ini selepas Parlimen dibubarkan pertengahan bulan ini.



(Markas pilihan raya Umno Peti Undi Kedai Buluh, Marang, Terengganu)

Di Rawang, Umno cawangan Bandar Tasik Puteri mula membuka bilik gerakan mereka di kawasan taman perumahan itu.

Ketua Umno cawangan itu, Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui di hadapan bilik gerakan yang sedang dipersiapkannya itu berkata, ia dibuat atas arahan Presiden Umno.

"Datuk Seri Najib kan dah kata kena membuat persiapan untuk pilihan raya umum. Ini yang kami buat ni," kata Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui didepan bilik gerakan itu.

Dalam nada berseloroh, Syed Ahmad juga berkata, "Sediakan payung sebelum hujankan."

Di Marang Terengganu, Umno juga kelihatan sudah mempersiapkan markas dan bilik gerakan mereka.

Di kampung Kedai Buluh, Bukit Payong, Umno cawangan di situ sudah membuka markas peti undi mereka di situ.




Photobucket

PRU-13 :Ramalan Tun Daim Zainuddin

on Mar 3, 2012



Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan ada membuat beberapa ramalan melalui wawancara khas dengan akhbar China Press.

Ramalan beliau akan wujud keadaan “Parlimen Tergantung” atau dikenali sebagai “Parlimen Seimbang”. Ia wujud dalam negara demokrasi yang mengamalkan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak. Antara beberapa ramalan lain beliau ialah;

Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional-BN dan Pakatan Rakyat-PR, dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.


Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.


Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soal Daim)


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.


Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.


PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.


BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.


Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.


BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.


Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

Sebelum ini Daim Zainuddin juga pernah secara terbuka membuat ramalan dalam PRU-12 yang BN akan kehilangan beberapa negeri @ menerima kekalahan terburuk dalam sejarah. Adakah ramalannya kali ini menepati seperti 2008!!



Photobucket

Surat Israel: Perangkap bagi Anwar atau Mahathir...?

on

mahathir ebook launching 091211 04


Tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga perdana menteri Israel pada 1993, 1997 dan 1999 yang didedahkan oleh akhbar tempatan benar-benar menginsafkan.  Ia menonjolkan keprihatinan Dr Mahathir terhadap nasib buruk rakyat Palestin.

Sekaligus ia juga melaungkan sikap Dr Mahathir mahu sengketa sesama jiran diselesaikan melalui rundingan. Di segi perhubungan antarabangsa, ia membuktikan betapa konsisten dasar Malaysia bila berhadapan dengan konflik di antara negara serantau.

Bagaimanapun agak malang, keluhuran dasarnya ini kini tercemar oleh keghairahan pihak berkuasa dan peneraju media Malaysia hari ini untuk menjadikan dasar dan sikap negarawan ini sebagai modal untuk kepentingan politik semasa Malaysia.

Sama ada sengaja atau tidak, dalam usaha mengaut dividen politik, soal dasar yang mulia ini telah dipesongkan. Gejolak untuk memomokkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh pemimpin kerajaan hari ini, termasuk Menteri Luar yang mengizinkan surat-surat Mahathir disiarkan pada umum, meninggalkan natijah yang menonjolkan kedangkalan dan niat buruk mereka sendiri.

Perhatikan kandungan surat Dr Mahathir pada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 8 Jun 1999. Antara perkara utama Dr Mahathir mengisyaratkan:

1.    Beliau (Dr Mahathir) sebagai perdana menteri Malaysia mengiktiraf sistem pilihan raya umum Israel. Sebab itu beliau mengucapkan tahniah kepada Ehud Barak yang baru memenangi pilihan raya negara itu.

2.    Jika Dr Mahathir menganggap kemenangan itu sah, ini bererti Barak berdiri sebagai perdana menteri Israel dengan cara sah sekaligus mengakui kesahihan kewujudan Negara Israel. Ini ditokok dengan hakikat bahawa Israel adalah anggota Pertubuhan Negara-negara Bersatu (United Nations).

3.    Dr Mahathir juga sebelum itu mengalu-alukan Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama Di antara Israel dan PLO seperti dalam surat 21 Disember 1993 kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin. Malah Dr Mahathir menegaskan penglibatan Malaysia menjadi Negara Penderma dan diwakili dalam Persidangan Damai di Washington.

4.    Dr Mahathir mengingatkan Ehud Barak bahawa untuk menjamin perdamaian benar-benar berlaku di rantau itu, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen. Anak kuncinya, menurut Dr Mahathir, ialah bertolak ansur.  Katanya, rakyat Palestin tidak lagi menuntut penghapusan Israel. “Mereka malah bersedia berkongsi Baitulmaqdis,” kata beliau.

5.    Sebab itu, Dr Mahathir menegaskan pendirian “Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak , sama ada rakan atau musuh”.

6.    Sebagai kemuncak meraikan iltizam tulen untuk mencari damai di bumi Palestin dan Israel, Dr Mahathir “mengula-gulakan” bahawa “penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel”.

Demikian hatibudi dan sikap kenegarawanan Mahathir.

NONE

Kini bandingkan sikap Anwar Ibrahim apabila memberitahu Wall Street Journal bahawa “keselamatan Israel perlu dijamin sementara hak sah rakyat Palestin perlu dipertahankan”. Apa bezanya sikap Anwar dengan bekas sifunya, Dr Mahathir sendiri?

Kedua-duanya tahu bahawa menggertak Israel bererti mencabar Amerika Syarikat. Malah ada sosek politik  antarabangsa bahawa Dr Mahathirlah yang menasihati Almarhum Yasser Arafat supaya menerima penyelesaian menurut dasar “Dua Negara” dengan Israel.

Ini mungkin ada kebenarannya jika surat Dr Mahathir kepada Benjamin Netnyahu pada 14 Mac 1997 dijadikan sandaran.

Tambahan pula perkembangan mutakhir selepas Gelombang Kebangkitan Arab” atau “Arab Spring” menunjukkan kebijaksanaan ahli-ahli politik yang mendapat inspirasi daripada pergerakan Ikhwanul Muslimin yang mengambil alih kuasa di Mesir, Tunisia dan Libya mula “bercakap” dengan Israel.

Bukankah ini selari dengan pemikiran Dr Mahathir yang mahu pemimpin-pemimpin Palestin memberi peluang pada diri mereka sendiri membina Negara Palestin tanpa “gangguan” Israel dengan mengadakan “engagement” dengan Yahudi?

Namun kalangan yang berfikir tahu hasrat dan mengapa media arus perdana serta politikus kurang daya  berfikir di Malaysia membesar-besarkan isu yang tercetus daripada wawancara Anwar dengan Wall Street Journal.

Pertama, mereka mahu mengkiaskan Anwar memang berbaik dengan Yahudi dan mahu menggunakan hubungan intim ini untuk melonjakkan peluang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malangnya kini, surat-surat Mahathir kepada tiga perdana menteri Israel sebenarnya mengesahkan pemikiran Anwar tidak jauh daripada dasar Dr Mahathir.

Kedua, politikus muflis dan pengarang dangkal ini mahu mengadu-domba Anwar (PKR) dengan sekutunya, PAS. Malangnya, ini sebenarnya memberi kesempatan pada Anwar untuk memperjelaskan di antara doktrin PAS dalam hubungan Yahudi dengan dasar Pakatan Rakyat dalam menentukan dasar luarnya apabila memerintah Malaysia. Ini ada beza dan PAS faham perbezaan ini.

Namun yang menggelisahkan ialah, strategi dan langkah dangkal editor pengamal media arus perdana membayangkan ada kemungkinan ketiga – dengan menguar-uarkan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merestui pendedahan surat Dr Mahathir ini, ia seolah-olah mendedahkan strategi Najib mahu melondehkan siapakah Dr Mahathir sebenarnya.

NONE

Mungkinkah Najib ingin menyimpulkan bahawa Dr Mahathir sendiri mengiktiraf Israel? Adakah Najib juga mahu memutuskan rantai kebergantungannya pada “petunjuk” Mahathir dalam politik. Adalah jelas bahawa mutakhir ini Mahathir memang mendapat banyak publisiti.

Tidak mungkinkah Najib agak rimas dengan kemunculan semula Mahathir dalam gelanggang politik negara? Adakah Najib hendak menyamakan “nafsu Mahathir untuk terus memerintah Malaysia” dengan keghairahan Anwar mahu menjadi Perdana Menteri? Adakah mesej yang hendak dilontarkan Najib bahawasanya kedua-dua (Mahathir dan Anwar menyokong dan mengiktiraf Israel?)

Apapun pendedahan surat-surat Mahathir kini meringankan beban Anwar untuk memperjelaskan pendiriannya dalam hubungan beliau dengan Yahudi. Terima kasih pada Anifah Aman, editor media arus perdana dan politikus bankrap dalam kerajaan serta bekas rakan-rakan Anwar.

Inisiatif ini nampaknya sudah menjadi senjata makan tuan.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Zainal Salleh adalah bekas penjawat awam dan aktif dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Beliau sekarang menjadi seorang penulis bebas.


sumber



Photobucket

Ku Li Minta Selesaikan Royalti Sebelum PRU Ku Li minta selesaikan royalti sebelum PRU

on






Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969 mengingatkan Kerajaan Persekutuan Umno & Barisan Nasional bahawa tuntutan royalti bukan tuntutan Pas, tetapi kebetulan saja Pas mendapat mandat dan menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan tetapi ramai juga orang yang menyokong Umno di sana," kata beliau dalam temu bual dengan Astro Awani, yang dirakamkan kira-kira seminggu lalu dan disiarkan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan kerja satu hari ke Kelantan semalam, dan antara lain meminta rakyatnya memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah negeri ini pada PRU13 bagi membolehkan perikatan itu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan Pas.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah bekalan air, ladang rakyat, kemudahan asas dan perumahan rakyat.
Najib berkata, kerajaan BN akan mengubah landskap Kelantan dengan  pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.

Kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti  dianggarkan RM800 setahun sejak 2005 terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tengku Razaleigh berkata, BN perlu menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak memandangkan ia sudah sebati dengan rakyat negeri pantai timur itu.

"Itu satu hal kerana begitu..begitu terlekat di hati orang Kelantan.
"Jadi kalau kita tak layan macam mana kita nak cari dia nak sokong kita, jadi ini satu faktor yang besar, kita tak boleh nak ketepikan kepentingan dia dan tiba-tiba kita nak dia sokong kita," kata bekas Menteri Kewangan ini dan juga Pengerusi Petronas semasa perjanjian royalti petroleum ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berpendapat pemimpin Umno perlu mendekati rakyat Kelantan sepanjang masa kalau mahu diterima.

"Jadi kalaulah dekat pilihan raya baru kita nak tunjuk muka saya rasa kita tak laku, apatah lagi ada orang yang berceramah malam siang, selalu dengan mereka, kita hanya datang bermusim susah kita nak mengatasi pengaruh yang ditanam mereka mendekati rakyat umpamanya," kata Ku Li lagi.



Photobucket

Dunia Sekarang, Sudah Lah Terbalik

on Mar 2, 2012



Di tahun 50-an dahulu, ada sebuah lagu nyanyian R Azmi yang sangat popular. Antara bait seni kata lagu itu berbunyi; ‘Dunia sekarang, sudahlah terbalik… pemudi berbaju belang, pemuda berbaju batik.’ Mungkin sahaja gambaran di dalam lagu itu tidak seteruk keadaan yang berlaku hari ini. Keadaan hari ini lebih buruk apabila yang jahat dilihat baik, yang baik dipandang jahat.

Di dalam perkembangan terbaru, pihak kerajaan bercadang mendedahkan surat mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada mantan PM Israel, Ehud Barak. Hal ini disahkan oleh PM Datuk Seri Najib Razak kala mana media perdana, khususnya Utusan Malaysia heboh menuduh Anwar Ibrahim menyokong Israel.


Semua pertuduhan itu dibuat ketika baru sahaja pertengahan Februari lalu, Anwar dan saya bertemu dengan pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Mashal di Qatar. Pertemuan tersebut juga melibatkan Sheikh Yusof Al-Qardhawi di samping Menteri Kebudayaan Qatar, TYT Dr Hamad Abdul Aziz.

Kenyataan awal Anwar yang terbit di dalam WSJ dengan jelas menyebutkan sebarang usaha damai dengan Israel wajib tertaluk kepada pra-syarat dengan Palestin. Istilah yang digunakan Anwar ialah “contingent” bagi merujuk hal tersebut, yang tetap cuba ditutup. Saban hari, PM Najib tanpa segan silu menjadikan modal kempen ke sana ke mari dengan menuduh Anwar menyebelahi atau menyokong Israel.

Pemimpin Umno bertemu PM Israel?

Dalam waktu sama, pemimpin negara tak dapat menafikan bahawa mantan PM ke-4 pernah bertemu dengan PM Israel. Bukan beliau sahaja, malah ada pemimpin Umno lainnya, yang memegang jawatan sebagai menteri juga bertemu dengan pimpinan kanan Israel. Bagi KEADILAN, kita tetap mengiktiraf kedua-dua pihak di Palestin, sama ada Fatah mahupun Hamas. Tidak kepada kerajaan Barisan Nasiona (BN) yang hanya mengiktiraf Fatah sahaja.

Pada tahun 2006 ketika Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM), kerajaan Malaysia telah dengan sengaja membelakangkan Menteri Luar Palestin, Dr Mahmoud Al Zahar yang dilantik oleh PM Ismail Haniyeh. Tindakan biadap ini dilakukan semata-mata kerana kerajaan Palestin ketika itu ditadbir oleh Hamas.

Rakyat juga tergamam apabila di dalam riuh-riuh media perdana cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat di atas isu tersebut, terutama hubungan antara KEADILAN-dengan-Pas, terbongkar cerita kapal dagang Israel berlabuh dan berdagang di Pelabuhan Klang. Perairan Malaysia tercemar! Perdagangan dua negara iaitu antara Malaysia-Israel sudah berlangsung cukup lama, yang antara lain melibatkan komoditi seperti minyak sawit.

Tak dapat saya bayangkan, alangkah sebaknya hati peneroka Felda dan pekebun-pekebun kecil (teruatama yang majoritinya beragama Islam) di seluruh negara apabila mereka tahu, titik peluh mereka selama ini rupa-rupanya dijual kepada Israel. Begitu mudahkan bangsa dan umat kita diperbodohkan?

Sudah banyak kali penguasa Umno-BN cuba menutup pekung di dada sendiri dengan menuduh kepemimpin Pakatan Rakyat. Kaedah ini adalah strategi usang yang sering dilakukan banyak rejim kuku besi di dunia. Sebelum rahsia pecah, mereka akan menuduh musuh politik mereka dengan pelakuan yang sebenarnya dilakukan oleh mereka sendiri.

Apabila diajak berdebat, pelbagai alasan pula diberikan. Ya! Berani kerana benar, takut kerana salah. Ketika media perdana terus-menerus mencipta fitnah dan tohmahan baru, berita yang sebenarnya sudah pun sampai ke telinga wakyat. Mungkin elit Umno-BN tidak sedar, semakin cuba ditutup dusta, semakin terdedah nista. Benar sekali baitnya lagu; dunia sekarang sudahlah terbalik ..

sumber dari SINI



Photobucket

Buat Kerja Tak Masuk Akal Atau Bercakap Tak Guna Akal...?

on

Photobucket


Laporan dari Lidah Rasmi UMNO..

BUTTERWORTH 15 Jan. - Janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan tol lebuh raya apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, cadangan itu jika dilakukan akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang yang banyak.

Katanya, ia tidak menolak kemungkinan negara akan menjadi muflis hanya kerana membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Menurut beliau, jika pakatan pembangkang menghapuskan tol, mereka tidak akan mempunyai sumber kewangan selain meminjam daripada pihak luar.

"Bila sudah pinjam, siapa yang akan bayar...sudah pasti anak cucu kita susah, kita tak mahu anak cucu kita susah hanya disebabkan pakatan nak buktikan boleh tunai janji pada kita sekarang.

"Duit kerajaan digunakan untuk bermacam perkara termasuk membina sekolah, menyediakan kemudahan awam, pengagihan kepada yang memerlukan dan bukannya untuk menghapuskan tol semata-mata," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Bagan Ajam dekat sini - Lidah Rasmi UMNO

***********************************************



PM umum potongan 50% tol lebuh raya Cheras-Kajang

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini - sepenuhnya sila baca di SINI



******************************************************************




Semalam Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan satu tindakan yang tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan.


Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam semalam.

Tindakannya ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang yang banyak.

Negara mungkin akan menjadi muflis hanya kerana membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Jika kerajaan menghapuskan tol, mereka tidak akan mempunyai sumber kewangan selain meminjam daripada pihak luar.

"Bila sudah pinjam, siapa yang akan bayar...sudah pasti anak cucu kita susah, kita tak mahu anak cucu kita susah hanya disebabkan pakatan nak buktikan boleh tunai janji pada kita sekarang.

"Duit kerajaan digunakan untuk bermacam perkara termasuk membina sekolah, menyediakan kemudahan awam, pengagihan kepada yang memerlukan dan bukannya untuk menghapuskan tol semata-mata,"

Ha..ha..ha.. Aku pinjam ayat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tu…

Sekarang.. Najib buat kerja tak masuk akal atau Nor Mohamed Yakcop bercakap tak guna akal?




Nampak sgt UMNO/BN nak tipu rakyat Kajang n Malaysia umumnya...perjuangan menidakkan pungutan tol d laluan ke Kajang sebenarnya telah menjadi perjuangan kami semua saf kepemimpinan Pakatan Rakyat d Kajang khususnya dan d Hulu Langat amnya....


dengan jelas...kerajaan UMNO/BN hanya maukan undi rakyat...umumkan telah hampir sgt PRU 13....camne dgn tol PLUS pulak....klau benar2 utk rakyat...umumkan segera penurunan tol d seluruh negara...dan juga jgkamasa penutupan terus tol2 berkenaan...bukan jgkamasa kadar kenaikan utk 20-30 thn akan datang...


Photobucket

Mahathir - Aset Atau Liabiliti Buat Najib?

on Mar 1, 2012








Sejak akhir-akhir Tun Mahathir dilihat begitu aktif dan banyak bersuara. Cuma kalau dulu beliau agak kritikal dalam banyak perkara, mutakhir ini bekas Perdana Menteri itu mula menjadi pendokong nombor satu kepada kepimpinan Najib dan seperti turut bergelut untuk memastikan BN tidak tumbang dalam pilihanraya akan datang, sekaligus mengelakkan musuh politik utamanya Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Jika di zaman Pak Lah beliau tidak bersetuju dengan semua perkara, di peringkat awal kepimpinan Najib juga beliau tidak setuju dengan banyak perkara seperti 1Malaysia, pembinaan Menara Warisan 100 tingkat, dasar ekonomi berasaskan merit yang mahu diperkenalkan Najib, perlantikan beberapa menteri dan timbalan menteri yang diaggapnya terlibat dengan rasuah serta pelbagai lagi. Pendeknya ada saja kritikannya terhadap dasar dan benda baru yang mahu diperkenalkan Najib.

Dalam masa yang sama, nada dan kritikannya terhadap pembangkang tidak pula berubah. Beliau tetap keras, pedas dan kadang-kadang sinis terhadap pembangkang.

Namun kebelakangan ini, Mahathir seperti menyimpang kukunya yang sebenar terhadap Najib. Beliau bukan saja banyak menyokong Najib, bahkan meneruskan serangan kerasnya terhadap pembangkang. Kalau ada pun dasar baru Najib yang dijangka rakyat beliau akan bersuara menentangnya, sebaliknya beliau hanya berdiam diri. Lebih dari itu dalam usaha Najib mahu menawan kembali Selangor, Mahathir sudah dibawa sebanyak dua kali untuk memberi kata-kata semangat kepada jentera UMNO dan BN Selangor.

Dalam usahanya membantu Najib dan mengelakkan BN tumbang, Mahathir juga turut membuat andaian buruk tentang masa depan negara jika Pakatan Rakyat memenangi piihanraya dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Beliau mengaitkan pertukaran kerajaan dengan agenda Amerika dan kaitannya dengan Israel dengan harapan rakyat akan terus mempertahankan kerajaan BN yang ada sekarang serta menolak Pakatan Rakyat yang berhasrat menggantikan BN.

Soalnya apakah watak Mahathir sekarang masih merupakan aset atau bakal menjadi liabiliti bagi Najib dalam menghadapi PRU 13 akan datang ini?

Harus diakui bahawa Mahathir adalah pemimpin yang hebat dan mampu mempertahankan kuasanya selama 22 tahun. Beliau mempunyai banyak sumbangan kepada pembangunan negara tetapi peranannya kepada perpecahan Melayu juga bukan sedikit. Pengharaman UMNO pada 1988, diikuti penubuhan UMNO Baru dan halangan kepada Tengku Razaleigh serta pengikutnya daripada menyertai parti itu sehingga mengakibatkan penubuhan Semangat 46 adalah dipercayai agenda Mahathir untuk mempertahankan kuasa dan sekaligus menyebabkan Melayu berpecah.

Atas nama perpaduan Melayu, beliau kemudiannya menjemput Ku Li kembali kepada UMNO tetapi kemudian memecah-belahkan kembali orang-orang Melayu dengan memecat Anwar Ibrahim pada 1998. Ia tidak lain untuk mengelakkan Anwar merampas kedudukannya. Ekoran pemecatan itu, PKR ditubuhkan dan orang-orang Melayu berpecah serta tidak lagi bulat seperti dulu.

Kalau dulu Melayu hanya berpecah kepada UMNO dan Pas tetapi Mahathir telah menjadikan cabang perpecahan berpecah tiga - suatu ketika berpecah melalui UMNO, PAS dan Semangat 46, sekarang UMNO, PAS dan PKR pula.

Dari segi pembangunan negara, Mahathir memang banyak membawa pembangunan dann pembaharuan tetapi dalam masa yang sama beliau juga memberi banyak kekayaan kepada keluarga, anak-anak dan kroninya. Di sebaliknya wujudnya KLIA dan KLCC di zaman Mahathir, kekayaan kroni dan anak-anaknya juga meningkat sama dalam pelbagai bidang perniagaan.

Hakikatnya Mahathir mungkin bagus sebagai Perdana Menteri tetapi agak "zalim" sebagai Presiden UMNO dan pemimpin bangsa Melayu. Beliau tidak akan berkompromi terhadap musuh-musuhnya yang mahu menggugat kuasanya dan tidak kisah Melayu berpecah asalkan kuasa kekal dalam genggaman.

Meskipun di zamannya beliau tetap berjaya membawa UMNO dan BN kekal dengan majoriti dua pertiga kuasa di Parlimen, tetapi kejayaannya itu banyak disumbangkan oleh peranan media massa dan budaya takut yang dimekarkan dalam sanubari rakyat andainya pembangkang mengambil alih kuasa. Namun dengan keterbukaan rakyat dan ruang maya yang lebih terbuka seperti sekarang, senjata yang pernah digunakan Mahathir itu sudah tidak setajam dulu lagi.

Dalam isu Israel yang dikaitkan dengan Anwar misalnya, hari ini terdedah juga bahawa Mahathir sendiri pernah berutus surat dengan Perdana Menteri negara itu. Sementara kerajaan akan mendedahkan kandungan surat itu pada minggu depan, di ruang-ruang internet sudah pun terdedah antara kandungan surat itu yang mana Mahathir didapati mengucapkan tahniah kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel atas kejayaan memenangi pilihanraya.

Begitu juga dalam isu pinjaman kepada Bank Dunia, walaupun Mahathir seakan bersikap keras dan bermusuh dengan Bank Dunia untuk menunjukkan sikap gentlemannya yang tidak bergantung kepada Barat, akhirnya didapati beliau juga pernah meminjamnya.

Dalam isu kehakiman juga baru-baru ini, Mahathir diserang oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah yang menyebut dasar dan pindaan perlembagaan oeh Mahathir telah menjadikan sistem kehakiman menjadi pincang dan tunduk kepada kuasa Parlimen.

Meskipun tuduhan itu dinafikan sebagai tidak benar oleh Mahathir, hakikatnya tentulah rakyat lebih mempercayai Tun Dzaiddin sebagai bekas Ketua Hakim berbanding Mahathir sebagai orang politik.

Terbaru ini muncul pula isu MAS yang turut dikaitkan dengan Mahathir sehingga menyebabkan kerajaan mengambil keputusan menyelesaikan di luar mahkamah kes hutang bekas Pengerusi MAS, Tajuddin Ramli dengan kerajaan yang berjumlah RM580 juta. Ia menyusul ekoran dakwaan Tajuddin bahawa pengambilalihan MAS olehnya adalah kerana dipaksa oleh Mahathir atas nama khidmat negara untuk menampung kerugian Bank Negara.

Dalam kes ini, Mahathir sudah banyak diasak untuk bercakap benar tentang penswastaan MAS yang dilakukannya sehingga menyebabkan kerajaan rugi RM1.8 billion. Mahathir bukan sahaja mengelak untuk menjawab tetapi mengaitkan kerugian adalah perkara biasa dalam mengurus kerajaan dengan mengambil contoh Pak Lah juga menyebabkan kerugian RM8 billion apabila membatalkan projek rel berkembar daripada Johor Bahru ke Perlis.

Ternampak bahawa akhir-akhir ini semakin banyak perkara-perkara yang dilakukan Mahathir yang dulunya hanya didiamkan, kini sudah mula dibongkar satu demi satu. Meskipun beliau terus menjawab dan menangkis pelbagai perkara yang dibangkitkan itu, hakikatnya imej serta kredebiliti beliau sebagai bekas Perdana Menteri dan seorang Negarawan sudah banyak tercalar.

Walaupun mungkin masih ada yang mengaguminya tetapi generasi muda rata-ratanya lebih suka melihat sisi kerosakan yang dilakukan oleh Mahathir sama ada kepada negara mahupun bangsa Melayu, berbanding kebaikan yang dilakukannya. Anak-anak muda lebih melihat bahawa sokongan Mahathir kepada Najib yang turut melakukan banyak kesilapan hanya menambahkan lagi kerosakan yang ada.

Lagi pula gaya kepimpinan Mahathir kurang secocok dengan selera anak-anak muda sekarang yang penuh idealisme dan impian. Anak-anak muda secara semulajadinya menolak amalan kronisme dan memberi kekayaan kepada anak-anak. Berbanding Anwar, dari segi menjadi idola kepada generasi muda, Mahathir agak jauh ketinggalan. Kelompok yang sesuai dengan Mahathir hanyalah generasi tua dan pertengahan yang masih bergantung kepada media tradisional sebagai sumber maklumat.

Keaktifan Mahathir bersuara akhir-akhir ini bukan sangat untuk mempetahankan BN tetapi lebih kepada memastikan Anwar gagal menjadi Perdana Menteri. Mahathir sendiri tidak suka BN menang terlalu cemerlang. Ketika Pak Lah berjaya mencapai kemenangan 198 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihanraya 2004, Mahathir menyebut kerajaan yang terlalu kuat adalah tidak baik kepada rakyat. Lantas beliau berkempen untuk menjatuhkan Pak Lah dan BN sehingga akhirnya berlakulah keputusan buruk pada 2008. Tidak dapat tidak, Mahathir ada sahamnya menjadikan keputusan buruk 2008 itu.

Sekarang Mahathir mempertahankan Najib adalah kerana musuh yang sama-sama ditentang ialah Anwar Ibrahim. Jika selepas PRU 13 di mana nanti BN akan mencapai keputusan yang buruk, tidak ada jaminan Mahathir akan terus berada disisi Najib. Beliau mungkin menyokong pemimpin lain dan mahu Najib ditukar pula. Sejarah politiknya menunjukkan bahawa Mahathir adalah penganut falsafah Barat iaitu "tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik, yang kekal hanyalah kepentingan peribadi".

Dengan beberapa episod seperti hubungan dengan Israel, Bank Dunia, kemelut MAS dan sistem kehakiman yang kini muncul dan dikaitkan dengan Mahathir, adalah dipercayai beberapa isu lain berkaitan kepimpinannya selama 22 tahun akan muncul satu demi satu selepas ini. Ini sekaligus menjadikan beliau terus diperbualkan, diperdebat malahan dipertikaikan. Rakyat terutama generasi muda mungkin melihatnya sebagai objek kebencian pula.

Mungkinkah ini hukum karma yang datang menimpanya umpama boomerang?

Oleh kerana Najib dilihat banyak bergantung dan membiarkan Mahathir semakin kerap bersuara, dibimbangi karma itu akan turut terpercik sama kepadanya dalam PRU 13 ini.


Sumber Dari SINI

Photobucket

Tiada Lagi Sponsor.......?

on





Tauke-Tauke Sudah Tidak Mahu Sponsor Najib Untuk PRU13...?





Najib dan Umno sekarang ini sedang berusaha mencari Dana Pilihanraya yang dianggarkan mencecah berbilion Ringgit.  Setiap seorang calon ahli parlimen sahaja akan diberi peruntukan RM2.5juta… itu belum lagi wang yang hendak di’rasuah’kan kepada pengundi… kos logistik, kos menggerakkan jentera dan sebagainya…


Dan yang paling merunsingkan Najib dan Umno sekarang ini adalah masalah mendapatkan sumber kewangan, terutamanya dari ‘tauke-tauke’ besar sepertimana yang berlaku pada pilihanraya2 yang lepas.  Dahulu, ‘tauke-tauke’ ini  memberikan sumbangan kepada UmnoBn.   Tetapi kali ini, masalah besar timbul apabila mereka tidak lagi mahu memberi sumbangan kepada UmnoBn atas sebab-sebab yang agak rahsia, tetapi berkaitan dengan kepentingan diri mereka sendiri.

Najib Sedang Kais Pagi Dan Petang

Nampak sangat sekarang ini Najib dan konco-konconya sedang berusaha untuk mengaut sebanyak mungkin dana yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya.

Dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) sahaja, dijangkakan modal berbayar pada nilai par FGVH ialah RM 6 billion dan dijangkakan akan melonjak kepada RM 20-21 billion dalam jangkamasa terdekat pasca penyenaraian.

Walaupun terbukti penyenaraian FGVH ini akan menghancurkan kehidupan peneroka di masa akan datang, tetapi dalam masa penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan diberi puluhan ribu ringgit untuk mengaburi mata mereka.

Najib dan UmnoBn juga akan menggunakan RM1.5 bilion daripada dana KWSP untuk membantu membiayai skim pembelian rumah kos rendah.
Wang ini sudah semestinya akan disalurkan sebaik sahaja projek perumahan itu diluluskan untuk pembinaan.  Dalam masa pembinaan yang memakan masa bertahun, wang RM1.5 bilion tersebut akan digunakan dahulu sebagai dana pilihanraya.

Business Times melaporkan semalam bahawa Khairy telah dimanfaatkan untuk mengetuai Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebagai satu langkah untuk memastikan Ketua Pemuda Umno itu yang tidak mempunyai jawatan rasmi di luar UmnoBn mendapat jawatan di dalam kerajaan bagi mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU13.

Perlantikan Khairy sebagai Pengerusi PUNB akan memberi manfaat kepada Umno bukannya kepada Melayu dan ia akan menjadi satu langkah ke belakang untuk masyarakat Bumiputera, kerana dengan perlantikan itu jelas menunjukkan bahawa kepentingan fahaman politik, tidak berkeupayaan dan pengalaman diberi jawatan tertinggi dalam GLC kerajaan.

Kerugian Melampau

Dalam satu kenyataan, syarikat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd telah mencapai kerugian sebelum cukai sebanyak RM84.054 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011.  Dan pendapatan syarikat telah berkurangan kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion tahun sebelumnya.


Scomi Engineering Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM70.721 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011.  Pendapatan susut kepada RM303.65 juta.

Scomi Marine Bhd pula mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM116.47 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2011.  Hasil jatuh kepada RM390.82 juta daripada RM409.029 juta setahun yang lalu.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya, Malaysian Airline System Bhd (MAS) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.52 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011.  Bagi suku keempat, syarikat penerbangan nasional itu mencatatkan RM1.28 bilion dalam kerugian bersih, pada perolehan sebanyak RM3.68 bilion.


Apakah segala kerugian yang diumumkan ini ada kaitan dengan PRU13 yang akan datang ?!!!


Segala-galanya berkaitan dengan dana Pilihanraya umnoBn ?!!!



Sumber Dari SINI


Photobucket

Misi Sulit Papa Gomo.....Natijahnya Siapa Menanggung....?

on






AnonymousFeb 29, 2012 07:15 PM

Hanya empunya diri yg tahu kenapa dia memilih utuk bersara awal. Mungkin alasannya kerana tawaran lumayan dari luar. Namun pada pandangan saya tawaran atau tarikan dari luar tidaklah segala-galanya. Saya pasti tolakan dari dalam juga adalah faktor yg tidak boleh dinafikan. Secara logiknya sebelum ini tiada Panglima di dalam perkhidmatan ATM bertaraf 3 bintang yg minta berhenti awal kecuali yg ada masalah atau skandal. Dalam kes Dato Jamil (PA), beliau seorg panglima yg amat disegani dan rata2 warga TLDM sering memperkatakan kebaikan beliau.

 Kehilangan seorang yang dilihat bersih dan punya kualiti pemimpin yg baik adalah sesuatu yang agak menyedihkan warga TLDM. Orang yang sepatutnya berhenti bukan PA tetapi PTL kerana sikap PTLlah yg dirasakan faktor penolak utamanya. Tahukah kita bahawa di samping PA ada 2 lagi Panglima dua bintang yg akan bersara dlm masa terdekat. Mereka ini walaupun berpeluang utk menyambung selama dua tahun lagi (sehingga usia 60 tahun), tapi menolaknya kerana sudah tidak tahan dgn karenah PTL. Secara logiknya jika laksamana dua bintang pun dah tak berselera untuk terus duduk lama dlm navy tentu ada masalah di peringkat kepimpinan.

Tahukah kita bahawa tidak sukar untuk menghidu perancangan licik PTL utk menaikkan kroni-kroninya dlm masa tempoh 4 thn mendatang sementara beliau masih menjadi PTL. Kebanyakan Pegawai Kanan yg akan dinaikkan ke pangkat dua bintang ke atas dlm masa terdekat ini khabarnya diberi kontrak 2 tahun sahaja. Selepas dua tahun kroni2 PTL yang sedia menunggu akan dinaikkan supaya apabila tiba masa PTL bersara tahun 2016 nanti, kroni beliau sudah pun berada di tampuk pemerintahan tetinggi. Ketika itu mudahlah PTL berurusan dgn kroni2nya dan mengemudi TLDM dari luar demi kepentingan bersama.

Sungguh hebat dan licik rancangan PTL sekarang, samalah seperti apa yang dilakukan pemimpin2 BN. Patutlah PTL ini amat anti dgn parti pembangkang dan DSAI. Dengar cerita bulan Mac ni PTL AKAN MEMEBUAT LAWATAN KE SELURUH PENGKLAN TLDM UNTUK MEMBANTU KEMPEN PILIHANRAYA BN.

Biasalah bila dah tersepit didesak meletak jawatan dan kepimpinan beliau dipersoal oleh warga TLDM di setiap peringkat, jalan paling selamat ialah menggunakan saluran politik untuk terus berkuasa. Pangkalan Lumut ni pun dah jadi macam sarang umnogok….mual sungguh tgk muka Laksamana Jadian Zambri yg sering keluar masuk pangkalan TLDM akhir2 ini. Hujung minggu lalu pun beliau dilihat berkeliaran dlm pangkalan …… tabUr duit BR1M. Sebaiknya PTL berhenti dari TLDM dan terjun je ke kancah politik kalau benar-benar anak jantan.

Jgn cuba nak perbodohkan warga TLDM dgn politik umno. Sebagai tentera , sedarlah kamu sepatutnya bersikap berkecuali. Kot ya pun kamu pemuja no.1 umnogok, jgnlah cuba nak mengheret kami warga TLDM utk turut sama membenci pembangkang. Mai sini nak habaq!!!, mendukung Kerajaan dgn mendukung parti yg memerintah adalah satu perkara yg berbeza. Ada faham?



 Kisah Sebenar Kat  SINI Dan SINI

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List