Sanggupkah Najib Menghalau Hantu...

on Apr 10, 2012

Yang menyerlah ialah cubaan asakan melalui pembunuhan karektor Anwar Ibrahim oleh Geng 7 diketuai Nalla dan dibantu peguam Muhammad Shafee Abdullah, dan gangguan-gangguan fizikal oleh remaja dan Perkasa di ceramah-ceramah PR. 


Yang terbaru ialah di Alor Setar apabila Anwar dijadualkan merasmikan Pusat Khidmat PKR. Pengacaunya ialah Perkasa.


Ini menggambarkan bahawa UBN benar-benar terdesak dan mereka menyedari akan penghakisan sokongan sebahagian besar pengundi muda, pengundi atas pagar, dan sokongan solid kaum Tionghua terhadap PR.


Maka satu-satunya talian hidup UBN ialah manipulasi daftar pemilih yang akan digunakan pada PRU13.





Photobucket

Pendedahan: Gerakan fitnah rampas kuasa di Kelantan

on


Umno Kelantan kini dikesan telah menggunakan beberapa pendekatan dominasi politik demi memenuhi agenda merampas kuasa. Antaranya melakukan kempen fitnah menerusi media cetak akhbar dan buku. 

Ia disokong pula oleh pendekatan manipulatif teknologi media baru terutama blog, facebook dan youtube bagi Pendedahan: Gerakan fitnah rampas kuasa di Kelantan menghidupkan fakta-fakta fitnah maya terhadap PAS dan Kerajaan Negeri. 

Ia telah dibuktikan dengan berlakunya perjumpaan para pengamal cybertrooper Umno bersama pengerusi Perhubungan Umno Kelantan pada Februari lalu di Tanjong Chat, Kota Bharu.




Photobucket

Usaha jadikan Tok Pa MB

on

Lebih menarik, angan-angan tersebut mendapat sokongan bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin. Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar arus perdana, Daim menyebut, Mustapa adalah seorang lelaki yang kuat bekerja dan boleh bekerja terus selama 18 jam sehari.


Maknanya, Daim hanya tahu dalam Umno, hanya Mustapa yang boleh bekerja seperti itu dan yang lain-lain, beliau tidak sudi menyebutnya. Mungkin, kerana Daim tidak kenal dengan yang lain-lain, kecuali seorang lelaki yang bernama Mustapa, Ahli Parlimen Jeli.







Photobucket

Apabila tsunami melintasi Laut China Selatan

on

Keberanian pengundi Sabah untuk menukar tampuk kepimpinan kerajaan negeri sudah teruji. Parti pemerintah bersilih ganti -- BERJAYA, USNO, PBS -- menerima penghakiman rakyat. Dan sekarang Umno-BN dilihat terlalu lama dan selesa bertakhta, sedangkan negeri yang cukup kaya dengan hasil bumi dan sumber alam ini terus terkepung dan terbelit dengan pelbagai masalah, terutama kemiskinan dan pengangguran.





Photobucket

Pengundi Hantu Marang 1990....

on

Pada Pilihanraya 1990, Timbalan Yang Dipertua PAS (skrg Presiden PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memenangi kerusi Parlimen Marang dgn majoriti 116 undi. 


Rupanya, Haji Hadi sepatutnya kalah dlm pilihanraya tersebut kerana terdapat lebih 3000 pengundi hantu yang didatangkan dari beberapa buah kilang sekitar Parlimen Pekan.


Pada hari mengundi, kira2 200-300 orang telah berjaya dihalang dari mengundi oleh petugas2 PAS. Kira2 12 buah teksi serta 2-3 buah bas berjaya ditahan dari mengundi.


Sekiranya pengundi2 hantu dari Pekan tersebut tidak ditahan, nescaya Tuan Guru Haji Hadi akan kalah di kerusi Parlimen Marang pada tahun 1990 itu.


Perkara yang sama ini harus diulangi di Selangor pada bulan Jun ini kiranya kita mahju kekal memerintah Selangor.






Photobucket

Ku Li: Amanah sedia bekerjasama dengan Bersih jika ada persamaan matlamat

on

Apa Sudah Jadi.. Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota 'Tawar Jadi Calon DAP' Pada PRU-13 Ini !!

on

Soalnya, apakah DAP akan memberi ruang kepada Azan?. Parti itu sememangnya sedang mencari seramai mungkin calon Melayu untuk bertanding bagi mewakili mereka pada PRU-13 ini. Apakah Azan ada harapan untuk bertanding atas tiket parti itu. Nasib Azan kini "umpama telur dihujung tanduk". 
Jika tersilap langkah maka riwayat politik Azan pasti akan berakhir kali ini. Azan punyai dua pilihan. Terus kekal dalam PKR atau menyahut seruan rakan-rakan lamanya untuk sertai UMNO.







Photobucket

Krisis Nizar-Zambry. Apa peranan Ku Li...?

on Apr 9, 2012

Najib tidak mahu Zambry menjadi Menteri Besar lagi sekiranya BN menang di Perak. Tetapi dengan menyingkirkan Zambry, ia boleh melenyapkan peluang BN untuk kekal dengan kuasa yang dirampasnya.


Najib mahukan Zambry bertanding di Parlimen Parit Buntar manakala Zahid Hamidi akan bertanding di DUN Rungkup, dengan harapan, Zahid akan menjadi Menteri Besar Perak akan datang. Zahid adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak manakala Najib adalah Pengerusinya.







Photobucket

Ku Li Akui AMANAH Amal Pendekatan Politik.

on

alt

Pertubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) mengamalkan pendekatan politik sebagai platform dalam menyuarakan pandangan yang dibangkitkan rakyat.

Presiden AMANAH Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, masyarakat boleh membuat pelbagai tafsiran terhadap penubuhan NGO yang diasaskan beliau ini akan tetapi apa yang pasti, perjuangan paling utama AMANAH adalah menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman dan ideologi.

“Kita ingin menjadi badan (NGO) yang disertai pelbagai kaum dan parti politik pertama di negara ini. Amanah kini mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada Pas, Umno, PKR, MCA dan DAP,” katanya kepada media pada majlis Pelancaran Serta Penerangan Amanah Peringkat Negeri Terengganu di Hotel Tanjung Vista di sini, semalam.

Ahli Parlimen Gua Musang itu turut berkata, isu yang membabitkan kepentingan rakyat tidak dapat dipisahkan dengan platform politik walaupun AMANAH hanya bertindak sebagai badan bebas dan tidak sama sekali akan mendaftar sebagai parti politik.

Bagi beliau, platform menerusi NGO lebih bebas dalam membawa suara rakyat yang kini dilihat semakin muak dengan permainan parti-parti politik di Negara ini.

“Kalau banyak sangat parti politik rakyat akan jelak serta situasi ini akan cacatkan lagi politik negara. Atas sebab itu, kita ingin membantu rakyat tanpa libatkan politik,” katanya.

Beliau yang sinonim dengan panggilan nama samaran Ku Li juga mengulangi pendirian tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli UMNO malah selesa dengan posisi beliau dalam parti pada masa kini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah meletakkan jawatannya sebagai Ahli UMNO kerana mendakwa parti tersebut dilihat terlalu banyak melakukan penyelewengan. Kadir yang kini dilihat semakin akrab bersama pimpinan Pakatan turut membuat beberapa siri Kenyataan Media mengkritik kepimpinan UMNO.

KLPOS





Photobucket

BN Kekal Status Quo Agihan Kerusi Di Melaka

on

alt


Semua empat bahagian dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka yang akan ditandingi parti Umno diminta menyediakan sekurang-kurangnya tiga nama calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata senarai nama-nama calon perlu dihantar kepada kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Sebagaimana yang diarah oleh pucuk pimpinan parti, senarai nama itu yang berstatus rahsia itu perlu dihantar sebelum 30 April ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Berkelompok Tahunan Cawangan-cawangan Umno Bahagian Bukit Katil di Dewan Tun Ali di Melaka.

Mohd Ali berkata sehingga kini bahagian Bukit Katil yang diketuainya belum menyerahkan senarai nama calon itu.Mengenai prestasi calon Umno di kesemua empat kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN pada pilihan raya umum lepas, beliau berkata mereka "mencapai tahap lulus" dan telah bekerja dengan baik.

"Tiada wakil rakyat Umno di Melaka yang tidak bekerja keras cuma penilaian peratusan ada yang mencapai 50, 60 dan 80 peratus," katanya.

Empat kerusi Parlimen yang dimenangi calon Umno adalah Bukit Katil, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu manakala dua lagi ditandingi MCA yang menang di Alor Gajah tetapi tewas di Kota Melaka.

Mohd Ali, yang juga Pengerusi BN Melaka, berkata status quo pembahagian kerusi-kerusi kekal sebagaimana pilihan raya umum ke-12 di Melaka yang mempunyai enam buah kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN.

Bagi kerusi DUN, Umno bertanding di 18 buah DUN, MCA (tujuh), Gerakan dan MIC masing-masing satu kerusi dan PPP yang pertama kali bertanding di DUN Kota Laksamana yang dulunya diwakili MCA yang bersetuju membenarkan PPP bertanding di DUN berkenaan.

BN memenangi 23 kerusi DUN manakala parti pembangkang DAP menang di lima DUN pada pilihan raya umum lepas.Beliau berkata terdapat permintaan daripada bahagian untuk bertukar kerusi sesama parti BN dalam bahagian sama iaitu di Jasin untuk MCA bertanding di DUN Rim dan Umno bertanding di DUN Bemban.

"Permintaan yang sama juga berlaku di Asahan yang kini diwakili MIC dan Gadek yang diwakili Umno bagi bahagian Alor Gajah dan ini perlu dipersetujui bersama di peringkat bahagian sebelum diketengahkan ke badan perhubungan negeri untuk kata putus," katanya.
Bernama



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List