Presiden AMANAH Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, masyarakat boleh membuat pelbagai tafsiran terhadap penubuhan NGO yang diasaskan beliau ini akan tetapi apa yang pasti, perjuangan paling utama AMANAH adalah menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman dan ideologi.
“Kita ingin menjadi badan (NGO) yang disertai pelbagai kaum dan parti politik pertama di negara ini. Amanah kini mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada Pas, Umno, PKR, MCA dan DAP,” katanya kepada media pada majlis Pelancaran Serta Penerangan Amanah Peringkat Negeri Terengganu di Hotel Tanjung Vista di sini, semalam.
Ahli Parlimen Gua Musang itu turut berkata, isu yang membabitkan kepentingan rakyat tidak dapat dipisahkan dengan platform politik walaupun AMANAH hanya bertindak sebagai badan bebas dan tidak sama sekali akan mendaftar sebagai parti politik.
Bagi beliau, platform menerusi NGO lebih bebas dalam membawa suara rakyat yang kini dilihat semakin muak dengan permainan parti-parti politik di Negara ini.
“Kalau banyak sangat parti politik rakyat akan jelak serta situasi ini akan cacatkan lagi politik negara. Atas sebab itu, kita ingin membantu rakyat tanpa libatkan politik,” katanya.
Beliau yang sinonim dengan panggilan nama samaran Ku Li juga mengulangi pendirian tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli UMNO malah selesa dengan posisi beliau dalam parti pada masa kini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah meletakkan jawatannya sebagai Ahli UMNO kerana mendakwa parti tersebut dilihat terlalu banyak melakukan penyelewengan. Kadir yang kini dilihat semakin akrab bersama pimpinan Pakatan turut membuat beberapa siri Kenyataan Media mengkritik kepimpinan UMNO.
KLPOS
0 comments:
Post a Comment