Dihadapan berdepan dengan pembangkang, didalam bermusuh sesama sendiri

on May 31, 2012


31 Mei 2012 - UMNO bukan sahaja bermasalah untuk menentang parti-parti pembangkang, parti itu juga sedang berhadapan dengan masalah dalamannya. Masalah dalaman UMNO bukannya kecil. Ia melibatkan pergerakan dalam yang dilakukan oleh sekumpulan pemimpin UMNO yang veteran dan yang muda untuk menyusun kembali hiraki kepimpinan parti itu.

Dalam situasi menghadapi pilihanraya umum, UMNO juga sedang membuat persediaan untuk mengadakan perhimpunan agong parti dan perhimpunan kali ini melibatkan pemilihan kepimpinan di setiap peringkat. Gerakan-gerakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti dalam isu pemilihan kali ini amat besar ertinya dalam menentukan masa depan setengah pemimpin tertinggi parti dan pemimpin muda yang tidak sabar untuk menongkah arus dengan cita-cita besar menjadi Pemegang tampok kuasa suatu hari nanti.

Sejak akhir-akhir ini perkembangan dalam UMNO telah menampakkan bibit-bibit perpecahan kerana ada usaha untuk mengenepikan Muhyiddin agar kekosongan itu dapat diisi oleh pemimpin muda yang inginkan menjadi pelapis kepada Najib yang mereka jangka akan terpaksa mengakui yang beliau telah gagal dalam segala ‘avenue’ untuk terus memegang tampuk pentadbiran negara dan akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mengikut tradisi UMNO Timbalan Presiden merupakan orang yang akan mengambil alih tampuk kuasa itu, tetapi sejarah negara kita ramai juga Timbalan Perdana Menteri yang tidak kesampaian hajat mereka untuk menjawat jawatan PM itu. PM di Malaysia boleh memasukkan orang lain dalam penjara dan juga berkuasa untuk mengelakkan diri sendiri dari dipenjara walaupun telah melakukan jenayah yang besar.

Najib khabarnya mahukan sepupunya yang ‘kureng’ sedikit itu untuk mengambil alih kedudukan beliau jika beliau bersara. Maka Muhyiddin lah yang menjadi sasaran dalam senyap untuk mengambil giliran untuk diketepikan. Jika ini berjaya dilakukan maka dengan mudah boleh menyusun untuk meletakkan seorang calon Ketua Pemuda yang dikalahkan oleh Khairy untuk menyusul dari belakang untuk mengambil tempat Hishamuddin  akhirnya.

Samada pemilihan parti atau PRU dahulu mempunyai impliksi besar terhadap parti. Jika pemilihan parti dilakukan dahulu maka muka-muka yang akan dicalonkan dalam PRU yang menyusul akan banyak berubah dari apa yang dijangkakan pada masa ini. Tetapi yang lebih munasabah ialah berlakunya PRU dahulu dan dalam persediaan untuk menyusun kembali hiraki parti selepas PRU itu maka masing-masing pemimpin tertinggi akan mengenengahkan calon-calon ‘winnable’ masing-masing.

Apabila senarai calon-calon UMNO diumumkan nanti maka bermulalah perpecahan yang besar kerana itu adalah budaya dan cara UMNO pada masa kini. Keadaan dan situasi kelam kabut ini akan lebih serius lagi jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas kerana kali ini ialah pilihanraya penentu nasib masa depan mereka yang sedang berusaha untuk menerajui parti sebagai jalan kearah kuasa yang besar itu.

Tetapi ramai dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO juga merasakan apa-apa yang dirancang oleh setiap pemain politik besar dalam UMNO itu akan gagal semuanya jika UMNO kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Seperti yang kita tersedia maklum rakyat pengundi sudah menunjukkan dengan jelas sikap mereka terhadap UMNO sekarang ini. Ramai rakyat sudah tidak mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap parti itu kerana isu berat yang menggunung sedang dihadapi olah parti itu dihadapan pengadil yang mutlak dalam demokrasi iaitu rakyat jelata.

Sebesar mana pun jawatan parti yang dipegang oleh seseorang itu, ia tidak memberi apa-apa makna kepada mereka.jika parti kecundang dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kita semua tahu yang kebarangkalian UMNO tewas dalam pilihanraya kali ini adalah besar, malahan ada pihak yang berkeyakinan yang UMNO akan hanya memenangi kurang dari 60 kerusi dalam PRU ke13 ini. SekarangUMNO haya mempunyai 69 kerusi di dewan Parlimen.

Tetapi yang pasti menjadi tanggungjawab moral sebagai pemimpin, ialah dengan meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan jika UMNO memenangi kurang dari 69 kerusi dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Kalau diikutkan hukum akal, parti itu akan kecundang. Hukum Tuhan tiada siapa yang tahu.


sumber

Photobucket

Hahahaha ..... Padan muka Ibrahim Ali

on

31.Mei 2012



Photobucket

Mahkamah Putuskan Aduka Taruna Tak Bersalah Hina Almarhum Sultan

on




31 Mei 2012 - Penulis blog tak bersalah hina almarhun sultan

Mahkamah memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.

Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu. -mk



Photobucket

Selepas DS Nizar Di Belasah Kini Giliran Dr Asri Pulak.

on




31 Mei 2012 - Selepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disiasat kerana dikatakan menghina Sultan Johor berhubung bidaan plat kenderaan WWW1 bernilai RM520,000, mungkinkah bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan muncul sebagai seorang lagi yang bakal disiasat atau didakwa kerana menghina Raja Melayu?

Ini kerana, dalam Twitternya beberapa jam tadi, beliau mencatatkan:
“Jika golongn raja itu tdk boleh dpertikaikn tindakn d prangai mrk, brerti rakyat mmprtuhankn mrk n mnghambakn diri. (Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri)”.


Walaupun dalam catatan berikutnya pada Twitter berkenaan beliau menegaskan, “Twit sy ttg hbungn raja-rakyat itu umum. Trpakai utk smua keadaan, x utk kes trtentu shj. Jiwa mrdeka+pntadbiran adil asas utk smua! (Twit saya tentang hubungan raja-rakyat itu umum. 


Terpakai untuk semua keadaan, tidak untuk kes tertentu sahaja. Jiwa merdeka dan pentadbiran adil asas untuk semua!)”, banyak blog dikesan mengaitkan catatan itu dengan isu bidaan plat WWW1 RM520,000 oleh Sultan Johor.

Memang dalam catatan Twitternya Dr Mohd Asri tidak menyebut langsung atau mengaitkannya dengan isu bidaan plat kenderaan WWW1 bernilai RM520,000 oleh Sultan Johor, namun berikutan isu Twitter Mohammad Nizar berhubung plat WWW1 itu, banyak pihak dijangka mengaitkan catatan Twitter terbaru Dr Mohd Asri dengan isu sama.

Setakat ini, bekas Menteri Besar Perak itu dilaporkan akan disiasat mengikut Akta Hasutan berhubung komennya di Twitter mengenai bidaan plat WWW1 oleh Sultan Johor.

Dan, kemungkinan Dr Asri menghadapi nasib sama ada asasnya, terutama jika timbul desakan dan laporan polis dibuat. Perkembangan semasa di negara ini menunjukkan sesiapa juga akan segera disiasat jika ada desakan dan laporan polis oleh Umno atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro kepada parti itu.

“Apa yang dilakukan oleh DS Nizar itu adalah di dalam kerangka ‘pesan-memesan’ yang diperintah Allah swt kepada kita semua”.

Terdapat Blog yang menyelar Umno yang menurutnya “mahu tunjuk lagak pertahankan sultan / raja walhal merekalah sebenarnya pengkhianat dan penderhaka institusi sultan dan raja selama ini”


Photobucket

Anak maut main air

on





31 Mei 2012 - MELAKA: “Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.”
Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik.

Massari berkata, dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.



Katanya, sebelum itu dia berada di dalam rumah didatangi Muiz yang berlari mengadu sakit kaki sebelum menyapu ubat di kakinya 


sumber : myMetro
Photobucket

Dokument Sulit Siasatan BPR Terhadap @AzminAli Tahun 1995

on


31 Mei 2012 -  Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Dalam entri terkini bertajuk “MACC "Deep Throat" comes out of the closet"
(Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.

RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.

RPK berkata, fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah.



Satu laporan telah dibuat terhadap Azmin Ali selepas didapati memiliki kekayaan yang luar biasa


Selepas itu laporan ringkas siasatan terhadap Azmin Ali seperti berikut :












Photobucket

Kenapa Umno Baru kalah pada PAS dan PKR

on

Kenapa Umno Baru kalah pada PAS dan PKR


31 Mei 2012 - UMNO mempunyai kelebihan ke atas PAS sebelum Februari 1988 tetapi hari ini UMNO Baru kalah kepada PAS dan PKR. Pemimpin-pemimpin dalam UMNO Baru telah gagal untuk menyelamatkan UMNO. UMNO Baru yang gagal telah menyebabkan kebangkitan PAS dan PKR. Orang Melayu sekarang cenderung untuk menyokong PAS dan PKR lebih daripada UMNO Baru. Dan apa yang menjadi luar jangka aalah terdapat sejumlah besar orang Melayu yang menyokong DAP, meninggalkan Barisan Nasional (BN) di belakang dalam perlumbaan untuk pilihan raya umum ke-13.
Ada "faktor luar jangka" di sini yang telah memberi kesan kepada orang Melayu terhhadap PAS. Mereka hanya mahu sebuah kerajaan yang bersih dan apabila mereka menyaksikan UMNO Baru terpalit dengan pelbagai skandal - dari penyalahgunaan kuasa, sindrom penafian, dan juga rasuah.
Kejayaan kerajaan Pakatan
Dalam kajian terkini, daripada 2876 Melayu dari semua sektor, kerajaan, swasta dan bekerja sendiri di Lembah Kelang telah mendapati bahawa terdapat satu trend yang ketara ke atas sokongan terhadap PAS. PAS dan pembangkang secara umumnya telah berjaya mendapat 4-5 peratus sokongan lebih daripada apa mereka perolehi dalam pilihan raya umum 2008.
Majoriti dalam kajian ini menunjukkan bahawa kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang amnya telah mempengaruhi pendapat mereka. "Kami kini berasa bahawa PAS, PKR dan DAP boleh menjadi alternatif yang lebih baik kepada Barisan Nasional (BN)." Nampaknya, kejayaan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR-dan DAP di Pulau Pinang telah banyak mempengaruhi pendapat mereka yang diluar jangka ini dan inilah sebahagian daripada 'PAS kejayaan.
Apabila ditanya, "Adakah kuasa Melayu hapus apabila UMNO kalah dalam pilihan raya umum akan datang" Sambutan pada umumnya adalah negatif - "Tidak ada isu kuasa Melayu terhakis di sini. PAS dan PKR juga mewakili orang Melayu dan isu kuasa Melayu adalah bukan satu isu. Jika MCA bukan ancaman kepada UMNO, DAP juga bukan ancaman kepada orang Melayu. "
Pemimpin spiritual PAS, Nik Aziz Nik Mat, telah sama-sama mempengaruhi pendapat mereka pada PAS. Ketika ditanya mengenai peranan pemimpin spiritual dalam PAS, orang Melayu merasakan bahawa "Nik Aziz merupakan satu personaliti yang kuat dalam PAS. Kepada kebanyakan orang Nik Aziz adalah simbol kejujuran. "Beliau adalah seorang lelaki yang berintegriti tinggi, hidup dalam keadaan yang sederhana dan juga disukai oleh kebanyakan orang - orang Islam dan bukan Islam"
Jika Nik Aziz dilihat sebagai simbol integriti kita mempunyai pemimpin seperti Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng yang bersih dan jujur. Malah, PAS serta Pakatan Rakyat mempunyai ramai pemimpin yang bersih dan yang menjadi aset sebenar kepada negara. "
Kami tidak adalah bisu
Pendapat orang Melayu pada penggubal undang-undang PAS juga positif, kerana "mereka telah berdiri dengan mantap bersama parti itu melalui keadaan yang baik mahupun buruk". "Hakikatnya bahawa tiada ahli parlimen PAS telah melompat parti sejak pilihan raya umum lepas telah memberi inspirasi kepada orang Melayu. "Bagi Hassan Ali, majoriti berpendapat bahawa" pemecatan dirinya daripada PAS tidak akan memberi sebarang kesan yang buruk kepada PAS. Hassan telah kehilangan segala-galanya dengan keluar daripada parti. "
Propaganda media tidak menjadi. Majoriti orang Melayu percaya pada media yang dikawal kerajaan dan "mereka tidak percaya pada apa yang sedang disebarkan oleh UMNO dalam media". "Tiada salah laku pemimpin UMNO yang disebut dalam media yang dikawal oleh UMNO kerana mereka mempunyai hubungan politik yang yang menyuruh mereka senyap. Dari isu Altantuya, wanita pertama negara boros berbelanja dan skandal Scorpene terbaru yang didengar di mahkamah Perancis yang disebut dalam media ini. "
Kami bukan bodoh dan kini lebih cenderung untuk menerima media alternatif - berita Internet dan media cetak alternatif ".
UMNO Baru juga dilihat sebagai sebuah parti "tidak senonoh". Majority orang Melayu berpendapat bahawa "UMNO menjadi sebuah parti perkauman dengan menggunakan cara yang tidak senonoh untuk melemahkan orang Melayu dan kaum-kaum lain. Penggunaan 'seks' untuk membunuh karier politik tidak sesuai dengan budaya Melayu kita. Ini adalah kurang ajar dan bertentangan dengan budaya dan agama kita sendiri. "
Sebahagian daripada masalah UMNO
Perkasa telah menambah garam pada luka UMNO. Imej UMNO tercemar teruk apabila Perkasa, telah melampau melakukan pengkhianatan mereka terhadap pembangkang. "Perkasa kini sebahagian daripada masalah UMNO. Kami sedih dengan keganasan terhadap perhimpunan dan ceramah pembangkang. Tingkah laku mereka telah membuat ramai orang Melayu tidak setia kepada UMNO. "
Sebilangan besar orang Melayu mempunyai pendapat bahawa terdapat ketidak samarataan dalam politik di mana pihak pembangkang tidak diberi peluang untuk menyuarakan pandangan mereka dalam media kawalan kerajaan. "Cara ini menjadikan orang Melayu secara beransur-ansur beralih kepada media alternatif."
Kejayaan kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan telah mempengaruhi pendapat mereka dengan ketara. Lebih 78 peratus daripada orang Melayu merasakan bahawa Pakatan boleh mentadbir dengan baik apabila diberi peluang untuk berbuat demikian. "Ini juga sebahagian daripada sumbangan kepada pakatan PAS dan kami merasakan golongan atas pagar-tidak keberatan memberikan undi mereka kepada PAS atau Pakatan Rakyat kali ini."
Apabila UMNO bercakap tentang perpaduan Melayu dengan memohon politik muzakarah (perbincangan) dengan PAS, orang Melayu melihat ini sebagai tindakan terdesak UMNO. "UMNO Baru lemah dan keperluan mereka kepada PAS sekarang adalah untuk menyelamatkan imej mereka."
Lebih 65 peratus merasakan bahawa tidak ada keperluan untuk mana-mana muzakarah pada peringkat ini kerana PAS telah diterima baik oleh orang Melayu. "Kami takut 'budaya' UMNO Baru akan dibawa masuk ke dalam PAS. Kami pilih PAS kerana ia adalah sebuah parti untuk orang-orang yang takut kepada Allah lebih daripada dunia material. Kita tidak mahu melihat UMNO korup yg menghina minda ahli-ahli PAS. "
Sudah bersatu dengan kaum dan agama
Majoriti orang Melayu secara amnya boleh nampak diri mereka bersatu sebagai orang Islam kerana mereka orang Melayu tetapi mereka tidak mahu memihak kepada pihak politik yang tidak jujur. "Kami sudah bersatu dalam bangsa dan agama. Bagi politik kita berbeza untuk beberapa sebab yang baik. Kita benci ketidakjujuran dan kepura-puraan. Kami rasa untuk mempunyai lebih daripada satu parti politik bagi orang Melayu boleh dijustifikasikan. "
PAS bekerjasama dengan DAP dan ini cuba dieksploitasi oleh UMNO, orang Melayu secara amnya mempunyai pendapat bahawa hubungan politik di sini tidak berdasarkan agama tetapi "kepimpinan yang jujur" yang tidak rasuah dan ketidakadilan sosial. "Di sinilah PAS dan DAP mempunyai persamaan. Kita melihat mereka bekerja di platform yang sama dengan tadbir urus yang baik dan keadilan sosial. Ini adalah merupakan sebahagian daripada ajaran Islam. Lihatlah kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh seorang pemimpin Cina. Beliau adalah seorang pemimpin yang boleh diteladani. Dia jujur, tidak korup. Beliau tidak terlibat dalam apa-apa skandal.
"Ini adalah Islam. Al-Quran berkata: ... Dan janganlah kebencian orang lain membuat anda mengelakkan keadilan. Berlaku adillah kerana adil itu lebih hampir kepada takwa ... (5:8) ".
DAP adalah sebuah parti berbilang kaum
Bgi "ancaman" DAP kepada orang Melayu seperti yang dikatakan oleh UMNO, orang Melayu mempunyai pendapat bahawa walaupun Pakatan mengambil alih Putrajaya ia masih akan menjadi kerajaan yang dikuasai Melayu. "Orang Melayu tidak melabel DAP sebagai sebuah parti cauvinis seperti UMNO. DAP adalah parti berbilang kaum dan kita sangat memandang tinggi kepada kepimpinan Pulau Pinang sekarang - satu lagi faktor yang menyumbang kepada imej PAS. Ia adalah melalui kerjasama ikhlas PAS berdasarkan nilai-nilai sejagat. "
Orang Cina yang terdiri daripada kurang daripada 30 peratus daripada penduduk Malaysia sedar bahawa orang Melayu akan sentiasa menjadi pemain utama."Orang Cina hanya mahu memilih sebuah parti yang lebih baik atau orang-orang dari sebuah parti yang membawa keadilan sosial kepada semua rakyat Malaysia dan menentang rasuah dan kronisme. Walaupun apabila Pakatan mengambil lebih Putrajaya, orang Melayu pasti akan menjadi pemain utama kerana merekalah yang merupakan kaum majoriti di dalam Pakatan Rakyat. DAP bersedia untuk kemungkinan ini. "
Orang Melayu yang berpendidikan mempunyai kecenderungan untuk menerima politik yang bukan berasaskan kaum. Mereka melihat PAS sebagai sebuah parti untuk semua kaum - Islam dan bukan Islam. Dengan persepsi mereka, keadilan sosial dalam Islam akan memastikan perkauman tidak menjadi mudarat dalam politik. "Apabila Pakatan Rakyat berbilang kaum, kita lihat Barisan Nasional (BN) masih senyap dalam isu perkauman - UMNO untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk kaum India."
Mereka nampak DAP kali ini yang membariskan lebih ramai calon Melayu kerana ia juga merupakan parti berbilang kaum. Orang Melayu melihat ini sebagai satu langkah positif oleh DAP untuk menggambarkan dirinya sebagai sebuah parti berbilang kaum. "akan tiba satu hari kelak apabila DAP akan dikuasai oleh ahli-ahli Melayu."
Tidak pernah mengaku kesalahan mereka
Orang Melayu melihat UMNO Baru sebagai prti yang keji. "Sindrom penafian melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat. Mereka tidak akan mengaku salah laku mereka tetapi menggunakan media untuk menafikan hampir setiap tuduhan yang dilemparkan pada mereka - dari penyalahgunaan kuasa kepada rasuah. "
UMNO Baru dilihat sebagai kenderaan yang digunakan untuk menghidangkan projek dan kontrak kepada kroni dan ahli-ahli. "Dalam UMNO, semua berebut untuk berkuasa dan mendapatkan kekayaan. Kegagalan kebanyakkan projek yang diberi kepada kroni dan pembida tidak cekap telah menyebabkan pembaziran sumber-sumber negara. "
Kos sara hidup yang tinggi memberi kesan kepada Melayu - terutamanya yang dalam golongan berpendapatan rendah. "Kami melihat pemimpin-pemimpin yang hidup dalam gaya mewah dengan begitu banyak wang untuk dibelanjakan dengan boros dan yang miskin semakin miskin. Wang 'rasuah' yang diberikan kepada rakyat untuk sekali sahaja tidak membantu untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah. "
Mereka juga melihat politik wang yang menjadi penghinaan terhadap demokrasi di negara ini. "Ia adalah kemenangan bagi mereka yang menyogok. Jika ada rasuah tidak akan ada undi untuk mereka. Ini adalah tidak betul. Ia adalah bertentangan dengan Islam. "
Badan kehakiman dilihat oleh orang Melayu sebagai mengamalkan pendakwaan terpilih "di mana ahli-ahli pembangkang sentiasa menjadi target untuk kepentingan politik UMNO. "Kami masih mempunyai keraguan dalam badan kehakiman kita, SPRM dan Polis. Kami tidak menyalahkan-badan-badan ini tetapi UMNO. Apabila politik menentukan segala-galanya tidak akan ada keadilan untuk rakyat. "
Daftar pemilih yang smirched dengan tidak konsisten
Kes pembunuhan Altantuya masih menghantui fikiran mereka. "Kita juga tidak lupa pembunuhan ngeri wanita Mongolia yang berlaku di negara ini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Mengambil nyawa manusia tanpa sebab munasabah adalah bertentangan dengan Islam.
Berbilion ringgit telah dibazirkan melalui rasuah, jaminan pengambilalihan dan pengurusan kewangan daripada sumber-sumber negara dan orang Melayu yang miskin tidak diberitahu kepada semua. "Kita sedar semua skandal yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dari NFCorp skandal kepada PKFZ. Projek-projek sentiasa dihidangkan kepada kroni, ini menyebabkan kegagalan mereka dan membiakkan budaya sub-kontrak. "
“Beritahu kepada kami jumlah wang yang dibelanjakan untuk pertunangan, anak perempuan Perdana Menteri, Parti hari jadi Perdana Menteri dan perbelanjaan wanita pertama yang boros – itu semua kami tahu."
Mereka juga menyedari daftar pemilih yang tidak bersih yang sengaja dibuat demikian untuk memihak kepada UMNO dalam pilihanraya. "Daftar pemilih tidak konsisten. Sokongan rakyat untuk perhimpunan 3,0 Bersih wajar. Ada sesuatu yang tidak kena dengan daftar pemilih dan ini ada kaitan dengan UMNO Baru yang mahu kekal dalam kuasa melalui cara menipu. "
Sokongan untuk Pakatan
Di kalangan kakitangan kerajaan Melayu, mereka mempunyai pendapat bahawa mereka akan menjadi mangsa jika mereka tidak menunjukkan sokongan mereka kepada UMNO. "Kami kecewa kerana kami perlu akur. Kenaikan pangkat kami akan disekat atau kami akan dipindahkan jika cuba melakukan perkara yang betul. Menggunakan guru-guru dan kakitangan kerajaan yang lain untuk mempromosikan politik UMNO tidak boleh diterima. Bagaimanapun, kami hanya menunggu untuk menunjukkan sokongan kami terhadap PAS. "
Kajian menunjukkan bahawa sebilangan besar orang Melayu telah beralih kesetiaan mereka kepada PAS sejak 2008 dengan harapan agar Malaysia akan menjadi lebih baik. Bagi UMNO, ia boleh sahaja memburukkan imej PAS, PKR atau DAP tetapi minda Melayu telah berubah dengan ketara. Mereka nampak semua kelemahan dalam UMNO Baru.
Sebagai alternatif, sebilangan besar mereka kini menyokong PAS dan PKR.
Malaysia Chronicle



Photobucket

Kisah Imam Dan 20 Sen

on



31 Mei 2012 - Pada suatu hari, seorang Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.



Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan..Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!




Photobucket

Siapa Sebenar Penyokong Yahudi???

on

 
31 Mei 2012 - AKHIRNYA KANTOI JUGA!!!... LU SUDAH KENA BEB!!!!... SENATOR AS BERDARAH YAHUDI YANG PALING PEKAT DAN PENYOKONG KUAT ISRAEL LAKNATULLAH BERKUNJUNG KE PEJABAT NAJIB... MENJADI TETAMU VVIP....SEKARANG JELAS SIAPA PENYOKONG YAHUDI!!!!


Lawatan Senator dari Amerika Syarikat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama John McCain (kiri) dan Joseph Liberman ketika lawatan dua senator dari Amerika Syarikat di pejabat beliau di bangunan Perdana Putra,

Siapakah Senator John McCain?....beliau adalah calon dari Parti Republikan yang melawan dengan Presiden Obama pada Pilihanraya Presiden AS tahun 2008 yang lalu...Beliau terkenal sebagai penyokong totok Zionis Israel..

Manakala Senator Joseph Liberman ...Senator ini memang darah Yahudi pekat kaw-kaw punya..Senator berdarah yahudi yang paling femes sekali di AS.

Jadi siapa yang menjadi rakan karib Yahudi laknatullah sekarang?...Tun Mahathir dengan George Soros.. Najib dengan Senator Joseph Liberman..

Peliknya juak-juak UMNO termasuk lidah biawah rasmi UMNO tuduh DSAI penyokong Yahudi...kalau benar mengapa mereka tak membuat kunjungan hormat kepejabat DSAI?

Ustaz troll ni, dah habis tonggek-tonggek waktu perhimpunan belia negara barulah nak bersuara pastu buat kutuk-kutuk ustaz azhar idrus, tahu laa...ustaz azhar idrus bila buat ceramah puluhan ratusan ribuan akan datang mendengar ceramah dia, ceramah lu? gua pernah gi tengok..tak sampai seratus orang pun. sebab tu lu jelas. pastu gua kenai ngan seorang mamat, dia kerja kat kl sekarang ni, punyalah terpengaruh dengan ustaz troll ni, pastu nak perbetulkan orang yang diri sendiri tu tak diperbetulkan, hahahahah...


Gelak lah wahai ustazzz fat... gelakkk la sengsorang... orang lain semua berduyun-duyun nak dengar ceramah UIA ni ko sorang jek gelakkk sambil menangis agaknyer....!!

tengok muka dia ni nak dengar dia bercakap hilang selera... 

ustaz ni tak reti nak dok diam ke? aktif semacam dekat-dekat nak PRU ni  


baik ler si ustaz ni gi bersihkan tong UMNO yang penuh najis berkeladak tu dulu dari nak bersihkan yang di luar 

"rumah sendiri macam sarang tikus, tapi rajin mahu membersihkan rumah jirannya"

Macam Ulamak hamster... 


nampak comel...umno yang bela...kencing merata2...umno yang tukar lampin...apa kerja hamster? Masuk roda spin sampai dia sendiri terkeluar dari roda itu sendiri...bodo punya hamster...

aku kesian tengok ustaz-ustaz umno apco ni, melalak la macam mana pun kalau berada dalam tong taik, tatap bau busuk walau pun hang tu umpama berlian..ustaz pateehuuul ni pelapis ulamak tua harussana sini...ada seorang wahabi macam nilah turki uthmaniyah tumbang...Cemburu sebab ceramah dia buat tak sampai 30 org dtg... tu pun yg dtg dah cabut lari... bosan...

macamana UAI tak marah sangat dengan ulamak umno ni...siang-siang dah keluar cakap haram BERSIH..inikan perkara FEKAH kenapa dan apa hak lu ulama UMNO gila pergi cakap join BERSIH haram??? bila UAI bidas cakap diorang ni gila aaaaa..marah la pulak!!!...lu semua selamba je mengharamkan benda yang tak haram tetapi membiarkan konsert HARAM JADAH tonggek-tonggek kat putrajaya lagi nu....

psst...Jib cakap anwar berkawan dengan yahudi padahal tu gambar, siap jemput ke pejabat dia lagi tu, barua dia pulak kaki tonggek-tonggek, biadab tonggek-tonggek depan rumah orang, pastu bos dia pulak bawak kpop tonggek-tonggek melalaikan remaja kat perhimpunan 1 juta belia. haram jadah!!!




sumber


Photobucket

Indahnya Pahala Menahan Marah..

on



31 Mei 2012  -  Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

Sesungguhnya menahan diri dari marah adalah sifat muttakin dan balasannya di sisi Allah adalah balasan orang-orang yang bertakwa. Dan Allah memberi jaminan kepada orang yang berjaya menahan kemarahan ini dengan memberi keutamaan di hari akhirat untuk memiki syurga yang dia mahu, berdasarkan dalil hadis:

‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan ia berjaya menghilangkannya di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari sekalian makhluk sehingga ia memilih mana-mana pintu syurga yang ia mahu’. (HR.Al-Bukhari)

Adakalanya, Rasulullah S.A.W. juga marah. Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun ia lakukan bukan karena masalah pribadi melainkan karena kehormatan agama Allah. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Memaki-maki orang muslim adalah fasik (dosa),dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam)." (HR.Bukhari)
Sabdanya pula, "Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor." (HR. At-Tirmidzi)

Dari pengajaran hadis ini sama samalah kita bersabar dan memberi kemaafan kepada orang lain kerana kemaafan itu lebih tinggi martabatnya dari menahan kemarahan. Namun demikian orang yang berjaya menahan diri dari marah ini sudah tentu ada padanya sifat pemaaf dan ihsan pada orang lain. Jiwa orang yang berjaya menahan marah juga sunyi dari sifat dendam, iri hati, dengki dan talam dua muka. Sifat-sifat buruk inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak berjaya di akhirat, walaupun semasa hayatnya merupakan orang yang soleh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.

Maka dengan ini sama-samalah kita berdoa agar dijauhi sifat-sifat sedemikian, dengan doanya:

‘Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat menahan kemarahan mereka, dan jadikanlah kami orang orang yang suka memberi kemaafan dan perdamaian. Kategorikanlah kami bersama orang-orang yang beramal dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah, mengikuti penghulu segala nabi-nabi dan rasul-rasul iaitulah penghulu kami Muhammad S.A.W.

Ya Allah! terimakanlah doa kami.’Aamiin..


 Mohd Nor Affan
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List