Najib dan Hukum karma...

on Jun 18, 2012



Hukum karma ini agak senang untuk difahami - apa yang kita semai, itulah yang kita tuai. Kalau kita menyemai padi, maka padilah yang akan kita tuai. Jika kita menanam budi, maka kebaikanlah yang kita terima. Konsep hukum karma ini jika kita perhatikan kelihatan memiliki persamaan dengan konsep dosa dan pahala.

Karma adalah perkataan Sanskrit sama seperti asal-usul perkataan dosa dan pahala. Dalam Islam, dosa dan pahala hanya akan dihitung sesudah kita wafat. Manakala hukum karma ini berlaku dimuka bumi ini ketika kita masih hidup.


Contohnya: jika manusia meneruskan merosakkan alam - menebang hutan tropika - maka hukum karma akan sampai. Suhu kepanasan akan meningkat. Air batu dan salji di Kutub Utara akan cair. Akhirnya banyak kawasan bumi subur akan menjadi padang pasir dan manusia akan dilanda kebuluran.

Jika kita terus membuang plastik merata-rata, maka dunia kita yang sebuah ini akan tercemar. Sungai akan menjadi kotor bertoksik. Ikan akan mati. Akhirnya hukum karma akan sampai kepada  diri kita kembali.
 

Saya hanya ingin menerangkan bahawa apa sahaja yang kita lakukan ketika kita menjadi warga alam ini pasti akan membawa padah. Ada balasan baik dan ada balasan buruk.

Minggu ini saya terbaca satu laporan dari akhbar New York Post tentang anak menantu Perdana Menteri Malaysia. Berita yang sama juga keluar dalam akhbar The Daily Mail kota London. Ini berita sensasi yang melaporkan tentang menantu Najib Razak yang baru berumur 24 tahun ini adalah seorang kaki kelentong dan kaki putar alam.

 

Dilaporkan bahawa, Daniyar Nazarbayev ini telah menipu kelulusan sekolah untuk memasuki sebuah universiti tersohor di Amerika.

Lebih memeranjatkan lagi ialah, menantu Najib Razak ini juga terlibat dalam kespenipuan jual beli kondo yang bernilai RM 60 juta di New York. Ini kes tipu besar.

Sebenarnya, kes tipu surat sekolah, tipu surat beli rumah atau kondo bukan sesuatu yang memeranjatkan. Apa yang menjadi berita ialah si Daniyar ini telah bertunang dengan anak dara Najib yang ditemui ketika sesama belajar diuniversiti.

Kisah saman penipuan jualbeli  kondo di New York ini meledak menjadi berita dunia kerana si Nooryana yang bermulut besar ini adalah anak perempuan kepada Perdana Menteri Malaysia.

Kalau tidak kerana si Daniyar ini anak menantu Najib, kes kelentong dan kes tipu jual beli kondo ini tidak akan menjadi berita dunia. Yang menjadikan ianya berita dunia ialah terkaitnya nama Najib Razak Perdana Menteri Malaysia.

Tidak cukup dengan berita 'tipu beli kondo' - akhbar ini juga melaporkan bahawa si Daniyar dan ibunya telah menyamar sebagai Daniyar Nazarbayev dan Maira Nazarbayev. Sebenarnya si Maira ini tidak ada sangkut paut lagi dengan bekas suaminya Bolat Nazarbayev.


Si Ibu dan si Anak ini dengan cepat dan licik telah menukar nama mereka menjadi Nazarbayev. Ini kerana nama Nazarbayev ini berkait rapat dengan nama keluarga Presiden Kazakhtan yang bernama Nursultan Nazarbayev.

Kebelakangan ini Najib Razak walaupun telah banyak membuat 'pengumuman', tetapi masih lagi dianggap seorang Perdana Menteri yang lemah. Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah dua kali secara terbuka mengatakan bahawa Najib ini lemah.


Dihadapan ketua-ketua bahagian United Malays National Organisation Kedah dan Johor, Mahathir telah menyatakan bahawa kerajaan pentabiran Najib Razak ini amat lemah.


Dalam bulan Ogos tahun lalu, akhbar terbesar Kompas dari Jakarta telah melaporkan bahawa si Maira besan kepada Najib dan Rosmah ini ada berkaitan dengan Mafia Rusia.

Berita ini telah menggegarkan katil Najib dan Rosmah. Ketua pengarang Kompas telah dipanggil datang ke Putrajaya untuk menerangkan duduk berita.

Awal tahun ini pula satu Malaysia telah gempar dengan berita bahawa Tuan Hakim sebuah mahkamah di Perancis akan memanggil Najib Razak ke Paris sebagai saksi. Mengikut laporan media, Najib Razak diperlukan sebagai saksi dalam kes jual beli kapal selam Scorpene.

Di Perancis, syarikat DCNS - pembuat kapal selam ini sedang menghadapi tuduhan rasuah. Pihak pendakwa memerlukan Najib Razak menjadi saksi kerana pada ketika perjanjian jual beli ini dimeteraikan - Najib ialah Menteri Pertahanan.


Apabila saya membaca berita-berita ini, saya merasakan semua ini adalah hukum karma. Saya kini menjadi yakin bahawa hukum karma sedang datang bertalu-talu menghempap Najib Razak. 


Kalau mengikut falsafah dan konsep  hukum karma - apa yang kita tanam - itu yang kita tuai - maka semua ini memaksa saya berfikir dalam untuk melihat apakah sebenarnya yang telah dilakukan oleh Najib Razak sehingga dia bertalu-talu dipukul oleh hukum karma. Saya ingin mencari sebab musabab yang menyebabkan hukum karma ini sampai.

Dari surah orang politik yang dulunya satu pasukan dengan Najib, kini orang besar dalam Parti Keadilan Rakyat, saya pernah diberitahu bahawa Najib Razak ini seorang  politikus yang amat berhati-hati. Malah bulan lalu Najib sendiri telah membuat kenyataan bahawa dia hanya membuat keputusan setelah memikirkan satu-satu pekara dengan masak.

Kenyataan ini dibuat apabila ditanya wartawan tentang tarikh PRU13.

Jika kita perhatikan, semenjak Najib mengambil alih dari Abdullah Badawi, dia tidak banyak membuat apa-apa kenyataan yang boleh dilihat kontroversi. Malah kalau dibandingkan dengan Abdullah Badawi, si Najib ini lebih banyak membisu dari bersuara.


Justeru, saya bertanya pada diri saya sendiri - apa Daniyar Nazarbayev ini juga sedang menikam Najib Razak sebagai hukum karma? Mungkin apa yang saya tulis ini tidak masuk akal. Malah ada yang akan menganggap saya sedang menyebarkan fahaman khurafat.


Mungkin ramai pula yang berpendapat bahawa hukum karma ini datangnya dari roh arwah Altantuya Shaaribu. Hujah ini juga masuk akal. Sama ada Najib terlibat atau tidak bukan persoalan, tetapi apabila nama kapal selam Scorpene disebut maka akan muncul nama Altantuya dan nama Najib.

Kepada yang tidak percaya dengan hukum karma, tulisan ini tidak akan membawa apa-apa makna. Kepada yang percaya, saya ingin menerangkan bahawa, apa yang saya tulis ini hanya dari apa yang saya tahu dan dari apa yang saya baca. Tidak lebih dari itu. Hishamuddin Rais


sumber

Photobucket

What happens if Pakatan Rakyat takes over Putrajaya...?

on







What happens in the unlikely event that Pakatan Rakyat wins control of the federal government after the 13th general election?

This is a question which few people have tried to address systematically. In this article, I want to highlight what I think will be the five main challenges facing a Pakatan federal government as a way to contextualise the policy options which such a government will have to address.

I have summarised these five main challenges into five 'P's:

  1. Dealing with the 'Past'.
  2. Distributing 'Power' between the federal and state governments.
  3. Coming up with a new set of 'Plans' in the economic, political and social arenas.
  4. Focusing on a smaller number of 'Priorities' which can be delivered within 100 days and one year.
  5. Finding a set of 'Procedures' to deal with disagreements within the Pakatan coalition.
1. Dealing with the past

Having been in power for 55 years, there are bound to be a whole list of ‘legacy' issues which a new government has to figure out how to deal with.

It would not be practical for a new federal government to conduct a massive witch-hunt to weed out all those who have paid bribes to the previous government to obtain contracts, to find evidence to convict all BN politicians who have received bribes or have amassed wealth beyond their means or to sack all civil servants who have been complicit in corrupt deals involving the previous government.

But at the same time, it makes sense for a Pakatan government to outline a clear set of rules with regard to how it will, for example, deal with dubious contracts which the government has signed with private companies.

This is important because there is a great temptation for Pakatan to blame the previous BN government for many of the problems that it will face when it is governing. Instead of blaming BN in an ad-hoc manner throughout its first term in government, it would be better for Pakatan to outline a place to clear out the skeletons in the cupboard early in its tenure in power.

Pakatan has already given some indication as to the contracts it will attempt to cancel or renegotiate when it comes to power, namely the contracts with toll operators and independent power producers.

There are bound to be many other smaller contracts which are potentially disadvantageous to the government which could be renegotiated or cancelled. The criteria for contract renegotiation or cancellation need to be spelled out as soon as possible as a way of assuring the markets and the many companies which have large contracts with the government.

Similarly, Pakatan needs to figure out the extent to which it wants to change the government procurement process.

It will be a tricky balancing act since many of the current contractors have well-established relationships with Umno, who are also Malay entrepreneurs who will question Pakatan's commitment to protecting Malay entrepreneurship if they are cut off from these government contracts.

At the same time, this also presents an opportunity to introduce open-tender processes that could potentially save the government billions of ringgit in expenditure.

More important than mere contracts is the fate of those who wrongly benefitted from the awarding of these contracts and other government-related concessions and favours.

tajudin ramli 1To what extent will a Pakatan government go after the likes of Tajudin Ramli (right), those involved in PKFZ (Port Klang Free Zone), NFC (National Feedlot Corporation) and the Scorpene submarine scandals? Will a Pakatan government try to recover as much revenue as possible and will it try to convict the individuals involved in these scandals as well?

Similar questions surround the fate of BN politicians who may have amassed ill-gotten gains through their government positions. Will Pakatan go after the ill-gotten gains of the individuals in question or will it also go after the individuals in question? Is there a cut-off mark under which some cases may not be investigated?

Here, it may be useful to establish an equivalent of the Truth and Reconciliation Committee established in South Africa after the abolishment of apartheid. In exchange for amnesty, politicians, civil servants and even businessmen who have amassed ill-gotten gains can use this platform to ‘confess' their past wrongdoing and return a percentage of their wealth to the taxpayers.

Similar actions can be taken by individuals who want to blow the whistle on themselves and admit to past wrongdoing, not just in terms of financial gain but also in terms of other past abuses of power including granting citizenship to foreigners to allow them to vote, wrongfully jailing innocent victims, beating up protestors, just to name a few.

This may be a cathartic experience for the nation for past mistakes to be revealed and for the nation to move on and firmly establish itself as a democratic nation with regular alternations in power.

The question is, will a Pakatan government subject itself to the same levels of scrutiny, including admission of past mistakes among those in Pakatan who were formerly high-ranking politicians in the BN government?

2. Re-distributing power
 

The second major challenge to a Pakatan government is in the re-allocation of power between the federal government and the states.

Right now, the Pakatan state governments in Kelantan, Kedah, Penang and Selangor say that their hands are tied because of the lack of funding and cooperation from the federal government on key issues including the consolidation of water assets and pricing, the consolidation of wage management, the responsibility for public transportation and road maintenance and the proper allocation of federal funding including the oil royalties paid to Kelantan, Terengganu, Sabah and Sarawak.

NONEWith a Pakatan government at the federal level, such excuses will no longer be valid. A Pakatan federal government will have to pick the low-hanging fruit in terms of distributing power and funds back to the states in areas which are clearly defined to be under state jurisdiction.

This may not be as easy as it sounds. Even increasing the oil royalty from 5 percent to 20 percent will entail a redistribution of as much as RM10 billion ringgit from the federal government to the states. Hard decisions will have to be made with regard to where some of these cuts have to be made at the federal level.

Other issues concerning decentralisation of power from the federal to the state governments, a cornerstone of Pakatan's promises both in the Buku Jingga (Orange Book) and more recently in the Tawaran Jingga (Orange Offer), will require achieving an internal consensus within Pakatan.

DAP will want to push for the restoration of local council elections, something which PAS and PKR seem lukewarm about. PAS will want to push for the implementation of hudud, especially in the states which it controls, especially Kelantan. Needless to say, DAP will object to this vehemently.

A Pakatan federal government would also be under some pressure to apply some of these decentralisation measures consistently among the states, including those governed by the BN.

For example, it would be inconsistent for the BN to give an increased share of oil royalties to Kelantan but not to the BN-governed states of Terengganu, Sarawak and Sabah. Nor would it be consistent for Pakatan to promise to pass this moneyback to these states on the condition that voters in these states vote in Pakatan state governments.

It actually makes long-term sense for a Pakatan federal government to decentralise as much as is economically and politically plausible as an insurance policy in the likelihood that it loses control of the federal government in the future.

Having greater democracy and decentralised power means that the states and local authorities which Pakatan still controls can have more independence and hopefully, be more effective as well.


3. New set of plans

While one can question their effectiveness, there is less doubt that Prime Minister Najib Razak has put in place a comprehensive transformation plans to address various shortcomings in the political, economic and social arenas.

NONEMost politically aware Malaysians are already familiar with the alphabet soup which is associated with Najib's transformation programmes - 1Malaysia, ETP, GTP, NEM, PTP - even if they are unsure about the achievements of these programmes.

Pakatan is not likely to follow in Najib's footsteps in designing a similar ‘transformation' programme but it will still need to come up with concrete and well-thought-out plans of its own in order to shape the country's political, economic and social agenda according to the vision and philosophy of Pakatan and its leaders.

Pakatan is better placed in some areas to deliver substantive positive change compared to the BN.

It would be relatively easy for Pakatan to deliver on promises of reform in terms of political rights and civil liberties by abolishing any laws which allow for detention without trial such as the Security Offences Special Measures Act (Sosma), abolish the need to have a permit to print a newspaper and to allow political parties to have a presence in university campuses, just to name a few.

But Pakatan would also have to resist the temptation of using their power in order to intimidate and threaten the mainstream media newspapers and television which are owned or closely associated with BN parties. Similarly, it also needs to resist the temptation of using RTM1 and 2 as a government mouthpiece.

Pakatan can also deliver significant institutional reform such as making the Election Commission (EC) and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) independent and allowing them to carry out their jobs without political interference.

It would also have to tackle the tricky task of reforming the police force including finding new roles for existing Special Branch officers, assuming that their services will no longer be needed or needed less often. It is also needs to strengthen the civil service's resolve to be professional and accountable rather than to force it to change its political allegiance from BN to Pakatan.

In terms of the economy, Pakatan will have to find new sources of economic growth as well as enhancing current sources of growth. Some of this can be realised by the freeing up of certain monopolies so that competitive forces can be released in currently protected sectors.

Other initiatives require a longer time period to come to fruition such as increasing the innovation and R&D (research and development) capacity in the country. One way in which this process can be expedited is to tap on the large Malaysian diaspora, some of whom may be interested to come back and invest their time, expertise and money under a new non-BN federal government.

One of the biggest policy areas for Pakatan to tackle would be in education since this is something which almost all Malaysians care about and where there is a widespread consensus that something drastic needs to be done in order to arrest the decline in the standard of public education in the country.

Pakatan has said that it would respect the rights of vernacular (Mandarin and Tamil) and religious schools to flourish in the country. It will have its hands full in taking on the civil service as well as some within the Pakatan who do not want to strengthen vernacular and religious education, especially in allowing more Chinese primary and independent secondary schools to be established.

These are only a few of the key policy questions which Pakatan has to address if it comes to power at the federal level. The list can easily be longer. Pakatan's challenge is to design a strategic plan or plans in order to fulfill a set of political, economic and social goals.

4. Urgent priorities
 

Not all of the plans outlined above can be fulfilled in a short period of time. Some may even take more than one term to deliver the desired results. Pakatan does not have the luxury of taking its time to deliver once it is in control of the federal government.

It needs to prioritise its various objectives so that some immediate quick wins can be given the proper focus.

Some of Pakatan's promises in its first 100 days in government have already been outlined in the Buku Jingga such as providing free Wifi to the rural areas in the country and abolishing certain corporate subsidies such as the gas subsidy to the independent power producers (IPPs).

These deliverables may have to be adjusted if a Pakatan federal government realises that some of the initiatives may take longer than 100 days to fulfill.

It is important for Pakatan to show it can deliver concrete results and initiatives early in its administration so that it can build momentum for other initiatives later on. Without clear, focused priorities, Pakatan may fall into the trap of wanting to do too much but failing to deliver anything significant in a timely manner.

5. Procedures to overcome disagreements
 

Finally, Pakatan will have to come up with certain procedures, both formal and informal, for dealing with disagreements between the Pakatan component parties on key policy issues. I have already pointed out that local government elections and hudud are two potential flashpoints within the Pakatan.

There is no doubt that other controversial disagreements will emerge from within the Pakatan coalition. Unlike the BN, where Umno can dominate and control major policy directions, the parties within the Pakatan coalition are much more equal in terms of stature and also control of parliament and state seats.

NONEEven though the prime minister from Pakatan, most likely Anwar Ibrahim, will yield considerable power, it would be difficult for him to ride roughshod over his component party members in the same way as for example, Dr Mahathir Mohamad, within the BN context.

The Pakatan supreme council needs to be strengthened and proper procedures identified in order to solve conflicts emerging from within Pakatan on issues of national and sub-national importance.

Just the tip of the iceberg

This article has barely scratched the surface of what a Pakatan government may look like and the main challenges which it will face as a new ruling coalition.

But hopefully, it has been helpful in outlining the major issues of contention and providing some guidelines as to how these challenges may be addresses so that Pakatan can effectively deliver positive change to the country.- Ong Kian Meng, malaysiakini

Aku pula percaya kalau PR menang ini akan berlaku...

1.Najib dan Rosmah akan pindah ke Kazakhtan,tinggal bersama2 dengan menantunya.

2.Muhyiddin akan membaca yasin tiap2 malam berdoa agar dia tidak dirumahkan di Sungai Buloh.

3. Mahathir will take the first flight available to Zimbabwe untuk bersama adik angkatnya Robert Mugabe.

4.Menteri2 kerajaan lama termasuk Nazri,Noh Omar dll., akan berpindah ke London,New York dan Paris.

5. Tinggal saki bakinya pula akan masuk kelab katak,ambil tempat Ibrahim Katak, Zul Nordin dan menyatakan sokongan kepada kerajaan baru.

sumber : http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com



Photobucket

Tun Mahathir beri amaran dan kecam cara Najib!!!

on


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik tindakan reformasi Datuk Seri Najib Razak, memberi amaran kepada perdana menteri tindakannya itu bakal mencetuskan gejala ekstremis.
Bekas perdana menteri itu berkata kepada agensi berita, Agence France-Presse (AFP) dalam satu temu ramah di sini, formula Najib untuk penyatuan kaum tidak “dijelaskan dengan sempurna.”

“Apa berlaku, sudah tentu, adalah apabila anda membuka sesuatu isu — anda menjadi liberal — pelampau-pelampau yang agresif menunjukkan pendapat mereka,” kata beliau yang dipetik oleh agensi. 

Dr Mahathir (gambar), yang dilihat menjadi pengkritik yang lantang bagi Najib di dalam Umno, bercakap dalam rujukan mengenai keputusan membuang kuasa-kuasa kerajaan pusat untuk kepercayaan politik masing-masing. 

Najib, Perdana Menteri yang keenam, membuat janji yang bersejarah pada sambutan Hari Malaysia tahun lalu untuk membubarkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), atas permintaan masyarakat dan parti pembangkang. 

Beliau mengotakan janjinya tahun ini dengan menggugurkanundang-undang 1960 British dengan membentangkan satu undang-undang keselamatan baru — Akta Kesalahan-kesalahan Keselamatan (Langkah Pencegahan) 2012 — menolak kuasa kerajaan menahan tanpa perbicaraan dan menahan seorang bagi kecenderungan politiknya. 

Ini ada antara membunuh langkah pembaharuan penting diambil oleh pentadbiran Najib, yang telah kelihatan sebagai keputusan Barisan Nasional (BN) sebagai percubaan meluaskan sokongannya terhadap rakyat Malaysia. 

Tetapi Dr Mahathir, yang menerajui negara selama 22 tahun sehingga 2003, percaya bahawa terlalu banyak kebebasan akan mengakibatkan ketegangan kaum, menurut AFP. 

“Sekarang kami mahu untuk menjadi liberal, apa telah berlaku adalah sekarang kami lebih mementingkan perlumbaan daripada sebelum ini. Hari ini, orang menuduh satu sama lain dan bersifat perkauman. 

“Terdapat lebih antagonisme antara kaum (sekarang) daripada sebelum terdapat liberalisasi ini,” katanya dipetik semasa temuramah itu. 

“Di mana tidak ada masalah, sekarang terdapat satu masalah,” tambahnya lagi. 

Dr Mahathir telah dengan meluas dikritik kerana mengambil bantahan keras, taktik-taktik yang hampir autoritarian mengetatkan kawalan penyebaran percanggahan menentang kepimpinannya semasa tempohnya dalam kerajaan. 

Pentadbirannya telah mengambil tindakan seperti Operasi Lalang, apabila 106 individu-individu besar telah ditahan sewaktu serbuan ISA kedua terbesar dalam sejarah Malaysia. 

Tetapi Dr Mahathir mendesak hari ini yang Malaysia perlu menjadi sebuah kerajaan “tegas” selain daripada menjadi adil. 

“Kami memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh. Ia sepatutnya bersih, tegas,” katanya kepada AFP. 

Kerajaan Najib telah dikritik pihak tempatan dan asing kerana menggunakan kekerasan apabila menahan peserta demonstrasi menuntut pilihan raya adil dan bersih. 

Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas telah menyebabkan berlakunya huru-hara dan satu rekod 1,000 penangkapan selepas polis anti rusuhan menembak gas gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang telah berkumpul secara aman. 

Berikutan tentangan negatif menentang pentadbirannya, Najib memutuskan pada tahun lepas untuk menggubal satu undang-undang khas bagi tujuan itu untuk mengadakan kebebasan perhimpunan awam, selaras dengan hak perlembagaan rakyat Malaysia. 

Kerajaan mengamalkan satu pendekatan apabila Bersih 2.0 mengumumkan rancangan mengadakan satu lagi perhimpunan menuntut sistem pilihan raya di pusat bandar, dengan pemimpin kerajaan mengatakan kumpulan berkenaan boleh meneruskan perhimpunan dalam lingkungan Akta Perhimpunan Aman 2011. 

Tetapi huru-hara sekali lagi berlaku di ibu negara itu semasa 28 April selepas penunjuk perasaan merempuh sekatan polis sekitar Dataran Merdeka, yang telah mengepung kerana kerajaan telah menganggapnya satu lokasi tidak sesuai untuk perhimpunan. 


sumber
Photobucket

Tamrin 'serang' Muhyiddin di Pagoh

on



Penceramah Pakatan Rakyat, Tamrin Ghafar menjadikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili menteri tersebut.

Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, anak kepada timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.

"Adakah awak ingat sewaktu beliau menjadi menteri besar dalam isu ladang Stamford Holdings, kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan akhirnya diselesaikan di luar mahkamah? 

"Siapa yang untung? (Tan Sri) Syed Mokhtar Al-Bukhary. Siapa yang buat dia kaya? Muhyiddin," katanya dalam majlis anjuran PAS Johor di DUN Jorak, dalam parlimen Pagoh semalam.

Tamrin merujuk kepada kes saman ke atas Muhyiddin, ahli perniagaan Datuk Yahya Taib dan Syed Mokhtar yang didakwa berkonspirasi untuk memiliki 6,600 ekar tanah yang dimiliki oleh Stamford Holdings. 

Syarikat itu mendakwa telah diugut bahawa, sekiranya ia tidak menyertai usahasama untuk membangunkan tanah tersebut dengan menyerahkan 70 peratus ekuitinya, tanah syarikat itu akan diambil alih oleh kerajaan negeri.

Muhyiddin menafikannya dakwaan tersebut, yang disifatkan sebagai cubaan untuk menjejaskan kredibiliti dan merosakkan imejnya.

Kes tersebut berakhir dengan penyelesaian luar mahkamah di mana kerajaan negeri dan syarikat berkaitan diperintah membayar RM405 juta berbentuk pampasan untuk pengambilan tanah berkenaan.
mk


Photobucket

PRU-13: JULAI? NOVEMBER? MAC 2013?

on Jun 17, 2012



Bila PRU-13? Ada spekulasi mengatakan Julai. Ada yang meneka September dan ada yang mengatakan Februari 2013.

Mari kita lihat tarikh-tarikh penting antara sekarang hingga ke awal tahun hadapan. 

Puasa: 21 Julai 2012

Hari Raya Aidilfitri: 19 Ogos 2012

Penerbangan Haji Pertama: 17 September 2012

Belanjawan 2013: 28 September 2012

Peperiksaan PMR: 9 Oktober-16 Oktober 2012

Hari Raya Aidiladha: 2 Oktober 2012

Penerbangan Balik Haji Pertama: 1 November 2012

Peperiksaan SPM: 5 November-6 Disember 2012

Cuti Sekolah: 9 November-31 Disember 2012

Musim Hujan untuk Semenanjung: November 2012-Januari 2013.

Musim Hujan untuk Sabah/Sarawak: Disember 2012 - Mac 2013.

Penerbangan balik Haji terakhir: 29 November 2012.

Tahun Baru Cina: 10 Febuari 2013.

Jangkaan Jelapang: PRU-13 pada 14 Julai 2012?  Tak Sempat Beb.

Jangkaan Kami: September 2012.

Photobucket

Radio jadi senjata PKR di Sarawak

on




Radio gelombang pendek kini menjadi senjata paling berkesan bagi pembangkang untuk menyebarkan maklumat di kawasan pedalaman Sarawak.  Menurut sesetengah kaum asli yang mengikuti Radio Free Sarawak dengan radio yang diderma, mereka kini gagal untuk menyokong Barisan Nasional lagi.
Gambar dipetik dari Facebook.
Ketika ditemuramah MerdekaReview dengan telefon, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, Paul Bian berkata, PKR mula mengumpulkan radio yang diderma orang ramai, dan dihantar ke rumah panjang di kawasan pedalaman, selepas Hari Krismas pada tahun lalu.  Namun demikian, radio yang diterima itu telah lapuk, dan tidak begitu baik dari segi penerimaan.  Justeru itu, kesannya tidak begitu memuaskan.

Selepas itu, pihaknya berjaya mendapatkan radio gelombang pendek yang lebih berkesan, dan menghantar dalam bilangan yang besar ke dalam kawasan pedalaman.  Orang asli dapat mendengar rancangan Radio Free Sarawak saban hari selepas radio dihantar ke rumah panjang.

Menurut Paul Bian, daripada respon yang diperolehi, kebanyakan penerima radio mendakwa diri mereka telah mengetahui kebenaran.  Rupa-rupa diri mereka telah ditipu selama ini, kata mereka.  Paul Bian menyusul dengan soalan, seandainya Barisan Nasional memberi wang RM500, malah RM1,000 kepada mereka sepanjang pilihan raya, adakah mereka akan berpaling tadah?  Orang asli sebaliknya memberitahu, apapun yang diberikan BN akan diterima, tetapi tidak akan mengundi BN.

Paul Bian menjelaskan, adalah perlu untuk mengajukan soalan sedemikian agar penduduk kaum asli ini membuat persediaan dari segi mental.  Nampaknya mereka telah memutuskan untuk tidak dibeli kali ini, kata Paul Bian.

Ilmu meneyuntik keberanian
Menurut Paul Bian, keadaan ini tidak pernah berlaku di kawasan kampung sebelum ini.  Ramai yang berkata orang di kawasan kampung bodoh, mudah dibeli dengan RM20, padahal mereka tidak bodoh, tetapi di-"basuh otak"-nya selama ini oleh propaganda BN.  Dan agak sukar untuk pembangkang menampilkan pandangan yang berbeza di rumah panjang sepanjang tempoh kempen.

Pengalaman wartawan ketika membuat liputan di Empangan Bakun, Sarawak mendapati penduduk tempatan hanya mampu akses kepada rancangan dari Radio Televisyen Malaysia (RTM).  Maklumat yang diperolehi kesemuanya informasi dari kerajaan BN.  Malah, beberapa kawasan DUN di luar bandar Kuching, kediaman penduduk agak jauh berpisah.  Ini belum lagi termasuk kawasan yang perlu pengangkutan sampan, seperti Hulu Rajang dan Baram.  Lebih-lebih lagi, tempoh kempen yang pendek juga tidak membenarkan calon untuk sampai ke setiap kawasan dan bertemu dengan calon untuk menjelaskan manifesto dirinya.

Paul Bian mendakwa, minda rakyat telah dibuka selepas terdedah kepada rancangan Radio Free Sarawak, yang membongkarkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan negeri.  Nampaknya agak mustahil untuk menangkis arus sedemikian.

Pengasas "Adopt A Dayak Candidate Initiative", Noelle Jiang berkata, apa yang dibincangkan dalam rancangan Radio Free Sarawak berhubung rapat dengan penduduk kaum asli di kawasan pedalaman, misalnya tanah adat, pendidikan kanak-kanak, perubatan dan sebagainya.

Selain itu, calon juga membincangkan isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat dalam rancangan ini, dan menjadi saluran terbaik untuk rakyat terdedah kepada pandangan mereka.

Menurut Noelle Jiang, rancangan ini telah menyuntik kekuatan kepada pendengarnya, dan biasanya diakhiri dengan seruan, jikalau pendengar mengidamkan perubahan, maka mereka perlu pergi mengundi.

Radio Free Sarawak diasaskan pada 15 November 2010, oleh Clare Rewcastle Brown, adik ipar kepada mantan Perdana Menteri Britain.  Bahasa pengantarnya adalah bahasa Iban dan Malaysia.  Menurut Paul Bian, hampir kesemua penduduk Sarawak mampu memahami bahasa Iban, dan sesetengah tetamu rancangan juga menggunakan bahasa Malaysia.  Salurannya adalah 15420 kHz.

Lapan kawasan pedalaman yang dijadikan fokus


Noelle Jiang berkata, semua orang tahu untuk menukar kerajaan, namun mustahil pembangkang mempunyai peluang seandainya mengikut cara berkempen hanya pada tempoh kempen pilihan raya.  Ramai sedar bahawa Sarawak yang memiliki 31 kerusi parlimen adalah negeri yang paling penting.  Pada dasarnya, kawasan bandar cenderung untuk pembangkang sekarang, oleh itu, kawasan pedalaman perlu ditawan.

Noelle Jiang menambah, calon Parti Keadilan Rakyat dipercayai akan bertanding di kebanyakan kawasan pedalaman.  Calon berketurunan Dayak dan Iban dipercayai akan menyarung jersi kali ini, dengan slogan "Dari Sarawak ke Putrajaya" - satu petanda yang amat penting.

"Beli satu radio untuk bebaskan Sarawak" adalah sebahagian daripada program "Adopt A Dayak Candidate Initiative".  Sebelum ini, mereka juga mengumpul derma untuk membeli sebuah perahu, agar calon pembangkang dapat turun ke kawasan tertentu untuk berkempen.  Pada pertengahan Jun, projek menyewa kereta pacuan empat roda dan pembelian minyak akan dilancarkan.  Iniasitif ini diusahakan dengan harapan agar orang ramai boleh melibatkan diri dan menyumbang untuk perubahan.

2,200 buah radio mula diagihkan ke setiap rumah panjang di lapan kawasan tumpuan PKR, iaitu Baram, Kanowit, Lubok Antu, Limbang, Saratok, Selangau, Sri Aman dan  Hulu Rajang.

"Apa yang dimaksudkan kawasan tumpuan adalah kawasan yang berpotensi untuk membawa kemenangan.  Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, PKR sebagai parti kebangsaan bertanding di kesemua kawasan agar tidak memberi kemenangan percuma kepada BN.  Inilah kewajiban sebagai parti nasional.  Dan keadaan ini menjurus kepada kekurangan sumber parti itu.  Kini, parti ini memberi tumpuan untuk menyerang kawasan yang utama ini... Sebanyak 2,200 radio gelombang pendek telah dihantar ke lapan kawasan tersebut setakat ini."

Noelle Jiang berkata, Ali Biju yang bertanding di kawasan parlimen Saratok sebelum ini tidak meminta radio, tetapi mengemukakan permintaan ini baru-baru ini.  Jadi, sebahagian radio juga diagihkan ke kawasannya.  Ali Biju juga ADUN Krian dari PKR.

Menurut program tersebut, sekurang-kurangnya dua atau tiga radio perlu dibekalkan untuk rumah panjang yang memiliki 60 hingga 70 orang penghuni.  Beliau berharap agar matlamat 2,200 radio tercapai di akhir bulan April. (Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman sosial Facebook dan laman internet.)

Tiga orang calon yang dibantu di bawah program "Adopt A Dayak Candidate Initiative" ini adalah peguam yang mengendalikan isu tanah adat, Abun Sui, Roland Engan dan Nicholas Muhah.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuhyang disiarkan pada 9 Jun 2012.



merdekareview

Photobucket

Tamrin Ghafar :- Saya masih Ahli umno tetapi saya kempen untuk umno tumbang.

on



Umno kini terima tamparan hebat apabila Dato' Tamrin anak kepada tokoh veteran umno terkenal Allahyarham Tun Ghafar Baba sekarang ini muncul di pentas ceramah Pakatan Rakyat.

Dalam pembukaan ucapannya di Parlimen Merbok bersama YB Amirudin Shari Adun Batu Cave, beliau berkata 'saya masih ahli umno...tetapi saya terlalu kecewa dengan umno kerana membiarkan rasuah dan penyelewengan bermaharajalela..sebab itu saya berdiri di sini untuk menerangkan kepada rakyat betapa umno kini telah jauh tersasar daripada perjuangan asalnya. '

Beliau juga membidas SPR kerana sepatutnya SPR menjadi badan yang berkecuali bukannya bekerja untuk memenangkan umno bn. Bukti telah banyak Pakatan Rakyat dedahkan tetapi malangnya SPR pekak membisu.

Beliau juga memberi contoh bagaimana pengundi di rumahnya di Ampang hanya 5 orang tetapi di dalam daftar SPR terdapat 20 orang pengundi. Apabila buat aduan kepada SPR, SPR seolah-olah pekak badak.

Tamrin juga menyelar kerajaan umno kerana memberi pinjaman RM250 juta kepada suami Shahrizat sedangkan ada penternak lembu berbangsa India sejak turun temurun tetapi apabila mereka memohon pinjaman RM100 ribu dinafikan.

Menurutnya lagi kini wanita umno amat malu apabila mereka turun padang bertemu rakyat, mereka digelar wanita umno lembu. "Kepada pemimpin umno RM250 juta tetapi kepada rakyat hanya RM500 itu pun setelah terasa saingan hebat Pakatan Rakyat yang jauh lebih berjiwa rakyat.

Tamrin juga menyentuh soal PTPTN, sepatutnya kerajaan sudah berkemampuan untuk memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Rakyat disuruh berjimat sedangkan anak PM bertunang sahaja menelan belanja hampir RM500 ribu. Sambut harijadi RM80 ribu.

Sebab itu beliau menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada ahli umno, sudah tiba masanya pada PRU 13 akan datang, berilah mandat baru kepada Pakatan Rakyat, rakyat wajib tolak umno bn. 



Blog Sharpshooter
Photobucket

ZAHID HAMIDI :- Mahkamah Perancis Tidak Ada Hak Dan Kuasa....?

on



Zahid Dan Najib Berdebar Menanti Sepina Dari Mahkamah Perancis : MSO


Mahkamah Perancis sudah pun mula membuat tindakan menyebabkan ada dada orang di Kuala Lumpur berdebar-debar. Tindakan itu ialah mensepina Jalbir Singh Chal yang menjadi perantara sogokan kepada ahli politik Malaysia untuk pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 lalu.

Sepina itu diserahkan malamn tadi, demikian diberi tahu oleh Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel.
Menurut Gabriel, Jalbir Singh adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimeker syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut.

Pembelian kapal selam itu menyebabkan lebih RM500 juta komisen diberikan kepada pihak tertentu dan ia juga dikatakan ada kaitan dengan kematian Altantuya Shariibbu.
Perkembangan ini menyebabkan sekurang-kurang dua orang tokoh politik dan pemimpin Umno mula berdebar dada kerana nama mereka juga disenarai untuk menjadi saksi bagi penyiasatan penyelewengan itu.

Kedua mereka itu ialah Ahmad Zahidi Hamididan Ha Najib Razak.

Sebelum ini Zahid menyatakan mahkamah Perancis tidak ada hak dan kuasa untuk memsepinanya dan beliau tidak akan pergi ke mahkamah atas alasan tidak mahu membazirkan wang kerajaan. Baguslah. Manakala Najib tidak memberi sebarang komen sama ada sedia atau mengikut langkah Zahid.

Sama ada sedia pergi atau tidak kalau sepina itu sampai ke rumah Zahid dan Najib mereka terpaksa menjelaskan dan setidak-tidaknya sepina itu menganggu emosi mereka. Kita tunggu.
merahtintaMSO




Photobucket

AKU ADA BUKTI BARU....!

on



Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali mendakwa telah menyerahkan "bukti baru" berhubung dakwaan mengenai "pemilikan 20 akaun" didakwa milik abangnya Azmin dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia hari ini, Ummi mendakwa bukti tersebut diserahkan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu pertemuan Rabu lalu. 

Ummi berkata, beliau menyerahkan dokumen tersebut susulan dakwaan bahawa beliau menyimpan bukti tersebut, seperti dilaporkan. 

"Ekoran laporan akhbar tersebut, saya difahamkan pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengarahkan pegawainya untuk menemui saya pada hari itu juga. 

"Pegawai yang saya temui itu memaklumkan SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu," katanya seperti dipetik. 

Selain itu, Mingguan Malaysia melalui rencana bertajuk "Mencari relevan isu RM3 bilion" hari ini turut membangkitkan semula akuan bersumpah oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengenai 20 akaun tersebut. 

"Dalam akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan pesuruhjaya sumpah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1999 itu, Abdul Murad menyatakan kaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion. 

"Isu saham ini biarpun sudah lebih 13 tahunh berlalu sangat mustahak untuk dibangkitkan semula kerana shingga kini tiada jawapan kukuh diberikan mengenai status kesnya. 

"Baik dari segi siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atau jawapan daripada Anwar sendiri, tidak ada sesuatu yang meyakinkan yang membolehkan rakyat membuat kesimpulan ia adalah dakwaan tidak berasas atau sengaja direka-reka," rencana itu dipetik. 

Dakwaan berkenaan didapati "tidak berasas" apabila dibawa ke mahkamah pada 11 November 2011. 

Bekas pengarah siasatan BPR Abdul Razak Idrus menyatakan perkara itu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan pada November 2011 dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya pada masa itu, Datuk Abdullah Ahmad. 

Abdul Razak dalam perbicaraan tersebut berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah Abdul Murad. 

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut. 

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya seperti dilaporkan. 

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup. 

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan. 
 


Malaysiakini
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List