UMNO keliru, pemimpin tertinggi takut kehilangan kuasa selepas 55 tahun berkuasa

on Jul 4, 2012

Umno keliru, pemimpin tertinggi takut kehilangan kuasa selepas 55 tahun berkuasa



Pada era dimana setiap Presiden atau Perdana berada di bawah pemerhatian teliti rakyat. Si pemimpin tidak akan boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti tanpa diketahui oleh orang ramai termasuklah maklumat yang sulit. Ini kerana, jadualnya bagi satu tahun telah dirancang dengan lebih awal.
Namun, ada kalanya butiran yang disebarkan kepada orang awam hanyalah apa yang dilaporkan oleh media mengikut arahan pihak atasan - dalam erti kata lain, apa yang orang ramai perlu diberitahu sahaja dan bukan apa yang mereka perlu tahu.
Dan ini adalah asas mengapa media alternatif perlu wujud, bagi menceritakan versi yang berbeza untuk peristiwa yang sama, dan membenarkan orang ramai untuk menggunakan akal untuk membuat penilaian dan kesimpulan sendiri.
Walau media dikawal, Najib gagal yakinkan rakyat
Setakat ini, terdapat laporan berita dan gambaran keadaan politik dalam media arus perdana, yang semuanya sudah tentu dikawal oleh kerajaan – inilah sebab utama mengapa Malaysia dikatakan tidak mempunyai kebebasan media. Oleh itu, akhbar alternatif memainkan peranan dengan melibatkan semua pihak, termasuk parti-parti pembangkang dan NGO untuk mendapat publisiti dan bukannya di media arus perdana sahaja.
Kini, dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal berlangsung, liputan yang paling banyak tertumpu pada UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Daripada jutaan maklumat yang disampaikan, ia boleh disimpulkan bahawa gambaran keseluruhannya di Malaysia tidak menggalakkan dengan masa depan yang tidak menentu, walaupun banyak laporan memberangsangkan yang berjaya dihebahkan oleh akhbar arus perdana. Mengapa agaknya walaupun mengawal saluran seperti akhbar, tabloid, TV dan stesen radio yang hebat, Najib dan UMNO masih dilihat sebagai pengamal rasuah dan tidak berkesan?
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa media alternatif Malaysia dan laman web pro-pembangkang sangat berkesan. Mereka yang dibiayai dengan cukup pula cenderung memberi laporan berkenaan BN-UMNO tetapi masih memberi ruang kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Mereka yang pro-pembangkang beroperasi dengan dana yang ketat dan sering digambarkan seperti tidak wujud.Walau bagaimanapun, mereka amat berkesan kerana kebijaksanaan individu dan kelebihan memilih isu-isu yang menjadikan Najib dan BN cemas, sekaligus mengurangkan kredibiliti para pemimpin ini.
Tekanan gabungan alternatif dan akhbar pro-pembangkang sering memaksa Najib ke satu sudut kecil, malah, meliputi hampir semua isu-isu yang timbul sejak dia mengambil alih sebagai PM pada April 2009. Perhatian ini telah membuat rakyat sedar bahawa tidak semua dasar yang dicadangkan PM dan parti pemerintah UMNO baik untuk negara.
Lebih teruk dari Badawi
Najib kini telah ‘flip-flop’ berkali- kali sehingga penganalisis politik mengatakan dia telah menjadikan Abdullah Badawi kelihatan seperti orang yang berpendirian kukuh! Badawi dahulunya telah digelar sebagai PM ‘Sleeping Beauty’ Malaysia untuk tempoh masa yang singkat, dimana Najib mungkin sudah lepasi dan ramai yang meramalkan pemerintahannya akan berakhir dengan legasi yang lebih teruk daripada Badawi.
Tiada apa yang dirancang Najib dilaksanakan dengan sepenuhnya atau berada di landasan betul dan selalunya terhenti separuh jalan.Selepas mengambil alih daripada Badawi, keadaan sosial, politik dan keadaan ekonomi menjadi semakin teruk ditambah dengan undang-undang dan ketenteraman di negara ini yang kritikal. Untuk ini, Najib telah dipersalahkan kerana menyebabkan orang ramai lebih ragu akan integriti kehakiman dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak.
Pada saat-saat akhir ini, untuk PM yang memegang tempoh pemerintahan penggal pertama, dia telah sepatutnya mengadakan pilihan raya umum. Keadaan sekarang benar-benar menunjukkan kepada kita akan sokongan lemah terhadap dirinya. Walaupun kaji selidik menunjukkan bahawa dia semakin popular dalam BN, masuklah ke kedai kopi dan tanya; kebanyakan orang akan menggelengkan kepala mereka dan mengakui bahawa Najib tidak pantas memimpin Malaysia keluar dari ketidaktentuan.
Dalam Umno, pertengkaran, perbalahan, pengkhianatan dan perbuatan mensabotaj semakin menjadi-jadi terutamanya apabila Najib telah memutuskan untuk mengadakan PRU ke-13 hanya selepas pemilihan dalaman UMNO. UMNO telah berpecah dan ia telah mencapai tahap di mana ia tidak boleh dibendung.
Setiap pemimpin atasan UMNO telah membuat kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain dalam usaha untuk mencuri perhatian. Dari kumpulan ini, tiada seorang pun yang lebih menonjol selain bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang kini dianggap sebagai Perdana menteri de-facto Malaysia. Tanpa sokongan Mahathir dalam UMNO, Najib akan kehilangan pekerjaannya sebelum tahun ini berakhir.
Pemimpin UMNO lain sibuk dengan agenda sendiri
Malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat kenyataan bercanggah dengan Najib mengenai beberapa isu, seperti menjadi orang Melayu lebih penting dari menjadi rakyat Malaysia. Ketua Pemuda UMNO,
Khairy Jamaluddin tidak ragu-ragu membuat Najib kelihatan seperti pengecut kerana tidak menyahut cabaran perdebatan awam dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Atas inisiatif sendiri, Khairy telah berdebat dengan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.Dia telah melakukannya sebanyak dua
kali - pertama di London dan kedua di KL berkenaan isu PTPTN. Ini membolehkan orang ramai menilai kepimpinan dan kualiti para peserta dan secara tidak langsung mengalihkan semua tumpuan kepada Najib kenapa dia terus menolak pelawaan Anwar.
Rais Yatim, dalam usaha untuk memperlekehkan perhimpunan besar BERSIH 3.0 untuk pilihanraya yang bersih, memperbodohkan dirinya apabila mengumumkan bahawa mereka menggunakan teknik yang diguna pakai oleh BBC dan menyatakan bahawa bilangan penunjuk perasaan hanyalah 22.741 apabila jumlah sebenar adalah sekitar 250,000 .
Dan seseorang dalam UMNO semestinya telah mengarahkan media pro-kerajaan untuk menyatakan seramai 100,000 yang
hadir pada ulang tahun ke- 66 UMNO apabila jumlah sebenar adalah kurang daripada 50,000.
Klip video yang ditunjukkan di saluran TV kerajaan menggambarkan peserta BERSIH 3.0 sebagai pengganas telah menjadi ejekan dan diabaikan oleh orang ramai yang lebih suka menonton rakaman sebenar yang boleh didapati di Youtube, yang telah mendedahkan polis melakukan kekejaman terhadap penunjuk perasaan.
Malah, askar siber UMNO yang dibayar RM300, 000 sebulan sudah semakin senyap. Ulama UMNO (ulama agama ) seolah-olah buat tidak
tahu, dibebani oleh percubaan menjadikan UMNO nampak lebih alim apabila skandal seks dan rasuah pemimpin begitu berleluasa. Shafie Apdal tidak akan dapat meyakinkan orang ramai bahawa dia tidak menyerahkan jutaan ringgit pada pelakon popular Zahida Rafik.
Najib bukan hanya perlu menutup skandal besannya, Maira Nazarbayev, yang kononnya 'mencuri' kondo mewah bernilai USD 20 juta daripada bekas suaminya,
malah akan diheret ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan kerana didakwa menerima 114 juta euro atau rasuah RM570 juta kerana bersetuju beli 2 kapal selam Scorpene dari DCNS pasti menghantui fikirannya.
Di seluruh negara termasuk kebanyakkan negeri
Ahmad Shabery, yang menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya baru-baru ini membazirkan sekurang-kurangnya RM20 juta wang pembayar cukai untuk mewujudkan satu gambaran palsu akan populariti UMNO, juga telah gagal.
Jauh sekali dipuji, Shabery dikutuk pula oleh rakyat Malaysia yang ingin tahu kenapa dia tidak bertanggungjawab kerana membelanjakan RM2 juta untuk membawa masuk kumpulan K-pop hanya untuk memastikan belia menghadiri acara itu. Apabila perlumbaan kereta dicemari oleh kemalangan yang mencederakan 17 penonton, Shabery melakukan apa yang biasanya dilakukan burung unta - mengebumikan kepalanya dalam pasir!
Sementara itu, Raja Nong Chik menteri wilayah persekutuan masih meneruskan perbalahan dengan Menteri Wanita, Shahrizat
Jalil. Orang lama UMNO, Rafidah Aziz masih mencari peluang politik walaupun dia kini berusia awal 70-an. Rafidah cuba untuk mengambil kesempatan daripada kejatuhan Shahrizat akibat rasuah RM250 juta NFC dengan meminta dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO, tetapi Shahrizat berjaya mempengaruhi Najib untuk menyokong dirinya.
Ini telah mendorong spekulasi bahawa Shahrizat mempunyai pengaruh ke atas Najib dan ia mungkin ada kena mengena dengan sebuah apartmen bernilai RM1.7 juta yang dibeli di Kazakhstan, yang didakwa adalah hadiah perkahwinan untuk anak perempuan dan Najib dan menantunya, anak Maira.
Idris Jusoh bekas Menteri Besar Terengganu masih cuba mensabotaj ketua menteri, Ahmad Said apabila terdapat peluang untuk berbuat demikian. Di Selangor, UMNO tidak mempunyai calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar dengan pengarah pilihan raya BN Mohd Zin ditolak oleh ahli-ahli UMNO Selangor mentah-mentah, bersama-sama dengan yang lain
yang turut menyimpan hasrat seperti Noh Omar dan Ezam Mohd Noor.
Sepupu Najib sendiri dan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein tidak yakin untuk bertanding di Semberong, di mana
ada kemungkinan dia akan dikalahkan.
Ghani Othman Menteri Besar Johor telah memegang jawatan tersebut untuk tempoh yang lama dan sekaranng, pemimpin
UMNO yang lain sedang berbalah untuk menjatuhkan dirinya sekaligus menjadikan pertikaian dalaman parti semakin parah.
Di Perak, Zambri Kadir yang tidak popular tidak mampu memberi apa-apa jaminan bahawa
kerajaan itu akan kekal di bawah BN selepas PRU ke-13. Jika dia berbuat demikian, dia hanya akan disindir dan dihina dengan lebih teruk lagi.
Sarawak berada bawah kawalan penuh Ketua Menteri Taib Mahmud dan Najib tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengawal Taib sama sekali. Sebaliknya, ia adalah Najib yang menjadi orang suruhan Taib. Manakala di Sabah, Pakatan Rakyat terpaksa merahsiakan pelan tindakan mereka sehingga PRU ke-13 diumumkan kerana ada kebimbangan bahawa BN akan menggunakan wang untuk mematahkan rancangan pakatan dengan menggunakan ahli-ahli politik tempatan.
Mahathir menggalakkan keganasan?
Mahathir juga telah secara aktif menuding jari pada orang lain. Dia telah mendakwa bahawa BN menjadi lemah kerana Badawi, tetapi dia sebenarnya prejudis terhadap Badawi kerana melindungi Najib, ini kerana Najib akan menjaga kepentingannya dengan lebih baik.
Berdasarkan senario di atas dan banyak lagi yang mungkin akan mengambil terlalu banyak ruang dan masa untuk disebut, peluang BN untuk menang dalam PRU ke-13 sangat sukar walaupun penganalisis pro-UMNO menegaskan bahawa parti pemerintah dengan mudah akan mengekalkan 137 Parlimen kerusi yang dipegangnya.
Fakta ini membuktikan bahawa UMNO-BN boleh dikalahkan. Bekas MB Selangor Khir Toyo Selangor yakin bahawa Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak sekali lagi akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan tidak menolak kemungkinan bahawa lebih banyak negeri juga akan dimenangi oleh Pakatan.
Kenyataan Mahathir hanya mempunyai sedikit kebenaran apabila dia bahawa BN kehilangan lima negeri dan menyaksikan majoriti yang kurang bukan kerana pembangkang kuat tetapi kerana BN telah lemah. Tetapi selepas empat tahun, rakyat boleh melihat sendiri bahawa pihak pembangkang telah menjadi lebih kukuh manakala UMNO-BN bertambah lemah.
Oleh itu, kedua-dua Mahathir dan Najib telah membuat ancaman bahawa mungkin ada keganasan sekiranya terdapat perubahan rejim. Pada asasnya, UMNO tidak mempunyai rancangan sendiri untuk terus berkuasa.
Setakat ini, ia telah meletakkan semua harapannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk meraih hasil pilihan raya yang menggalakkan tetapi diberi tentangan hebat daripada perhimpunan Bersih oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa, penjawat awam termasuk polis tidak lagi yang berminat untuk menipu demi menjaga kepentingan UMNO dan BN. Tiada siapa yang mahu dipersalahkan atau ditangkap kerana menipu apabila bencana yang bakal berlaku pada UMNO semakin mendekat dari hari ke hari.
Sudah tentu UMNO masih akan menipu apabila tiba PRU ke-13 nanti menjadi PRU yang paling kotor pernah berlaku di Malaysia. Tetapi itu tidak lagi dapat menjamin kemenangan UMNO-BN, maka Najib mula berdalih untuk memberikan lebih masa untuk merancang.
Menerima hakikat akan kalah dan membuat rancangan keluar
Jadi ia jelas bahawa UMNO perlu menghadapi prospek kekalahan. Ia merupakan tambahan 'beban' bagi elit pemerintah UMNO untuk merancang strategi keluar, tetapi mereka telah berbuat demikian. Perkara pertama yang mereka telah cuba dapatkan adalah wang TUNAI. Pemerhati telah mendakwa tawaran yang dibuat kepada Syed Mokhtar, kroni jutawan UMNO yang dipercayai melakukan penswastaan ​​aset negara pada harga diskaun yang tinggi adalah kerana dia boleh menyimpan wang itu untuk mereka!
Kerana UMNO mempunyai pengalaman menghasut kepada tercetusnya kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969, tidak mustahil ia akan cuba menggunakan taktik yang sama sekali lagi untuk terus berkuasa. Tetapi rakyat sekarang sudah celik untuk menghidu permainan perkauman yang ketinggalan zaman UMNO itu.
Tidak salah jika dikatan bahawa 13 Mei adalah risiko besar untuk Najib. Mahathir mungkin menggalakkannya tetapi Najib sebagai PM perlu bertanggungjawab jika rusuhan berlaku di luar kawalan. Yang pasti, dia akan memusnahkan legasi sendiri dan nama keluarganya jika cuba untuk menggunakan kekerasan seperti dalam krisis di Perak.
Rakyat Malaysia telah menunjukkan melalui Bersih 2.0 dan 3.0 bahawa mereka tidak akan dipermainkan lagi dan akan berdiri menghadapi rejim BN jika mereka cuba untuk melakukan sesuatu yang melampau.
Akhirnya, rakyatlah yang akan memaksa UMNO-BN untuk meninggalkan Putrajaya dengan cara halus. Sudah terdapat tanda-tanda bahawa UMNO sedang mempelajari dengan cara yang sukar bahawa ini adalah keputusan yang mereka perlu hormati. Ramai rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk mahukan perubahan dan akan mengundi Pakatan Rakyat.
Akhirnya, Najib dan UMNO hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri. Keputusan berada dalam tangan mereka untuk menentukan jenis tindakan perlu mereka ambil, tetapi ada peluang yang mereka akan sedar dan menolak Mahathir yang mempunyai niat melakukan keganasan untuk melindungi dirinya dan kekayaan keluarganya, dan menyerahkan kuasa melalui proses yang aman dan damai.
Malaysia Chronicle



Photobucket

Umno-BN rejim paling korup di Asia dengan wang haram terbanyak mengalir keluar

on

Sekarang, Umno-BN rejim paling korup di Asia dengan wang haram terbanyak mengalir keluar

Najib boleh merayu kepada rakyat untuk menyelamatkan BN (Barisan Nasional) dari tersungkur dalam pilihan raya umum yang akan datang. Namun, dia tidak sedar bahawa kemantapan politik dan kestabilan ekonomi kekal sebagai idea sahaja apabila rasuah berleluasa dalam kerajaan. Rasuah atau penyalahgunaan kuasa awam adalah sinonim dengan urus tadbir yang buruk bagi sesebuah negara
"UMNO dan BN bergelumang dengan skandal dan rasuah, ekonomi yang parah dan akhir-akhir ini yang mendedahkan bahawa pihak berkuasa asing sedang meneliti akaun bank rakyat Malaysia yang terkenal termasuklah ahli politik," komen seorang ahli parlimen yang senior. "Tiada apa yang memberi petanda baik bagi kerajaan sebelum pilihan raya umum yang akan datang," katanya lagi.
IPR (Indeks Persepsi Rasuah) Malaysia pada tahun 2011 seperti yang diterbitkan dalam TI (Transparency International) adalah 4.3 - skor terburuk dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Angka ini terus merosot apabila lebih banyak kes-kes rasuah dibongkar oleh pihak pembangkang yang kuat di negara ini sekarang.
Ini akan meletakkan negara setanding dengan kebanyakkan negara membangun yang lain yang sedang menghadapi masalah yang sama - rasuah, ketidaktentuan politik dan ekonomi yang tidak stabil.
Kestabilan politik adalah penting bagi pelabur dan pembangunan. Kestabilan ini hanya boleh ditambah apabila terdapat sistem dua-parti. Menyemak dan memberi imbangan adalah penting dalam memastikan bahawa terdapat demokrasi yang sihat, akauntabiliti dan tiada penyalahgunaan kuasa awam untuk kepentingan peribadi. Menindas pembangkang dengan pembohongan dan kebencian akan menampakkan kerajaan yang sedang memerintah kurang bijak.
"Untuk memastikan kemantapan politik hanya ahli politik yang mempunyai integriti, cekap dan tidak rasuah dipilih untuk menerajui negara," komen seorang pensyarah universiti.
Bukti pentadbiran yang cekap
Sistem dua-parti di negara ini telah merintis jalan bagi kedua-dua BN dan PR bersungguh dalam menjaga kepentingan negeri-negeri di negara ini.
Bukti tadbir urus yang baik boleh dicontohi dari empat negeri di bawah kerajaan PR (Pakatan) - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - yang merintis jalan bagi ketelusan untuk semua negeri-negeri lain contohi.
Kejayaan negeri-negeri di bawah PR adalah bukti bahawa negara tidak akan berada dalam bahaya atau terjerumus dalam bankrupsi jika pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara.
Kepastian politik adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi. Selaras dengan ini, pelabur yakin bahawa Pulau Pinang dan Selangor adalah dua negeri yang paling berjaya dan stabil di negara ini. Kedua-dua negeri mencapai yang terbaik dari segi pertumbuhan ekonomi bagi empat tahun yang lalu.
Negri-negeri ini diuruskan dengan baik dari segi kewangan dan ekonomi. Kedah dan Kelantan juga telah ditadbir dengan baik.
Jumlah gabungan pertumbuhan ekonomi di empat negeri di bawah PR adalah yang tertinggi berbanding dengan jumlah gabungan semua negeri-negeri di bawah pemerintahan BN dalam tempoh empat tahun yang lalu. Sebabnya adalah mereka tahu bagaimana menjana pendapatan, tidak mengamalkan rasuah dan pembaziran. Selangor, misalnya, telah mencatatkan jumlah tertinggi dalam rizab, iaitu RM1.9 bilion bagi tahun lepas.
Tiada yang lebih nyata
Hutang Pulau Pinang kepada kerajaan persekutuan telah dikurangkan daripada RM630 juta kepada hanya RM30 juta. Oleh itu, tiada apa yang lebih membuktikan kejayaan daripada apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan sekarang.
Kecekapan dan bebas daripada rasuah telah memainkan peranan dalam kemakmuran ekonomi dari segi perbandingan yang dinikmati oleh negeri-negeri ini sejak kerajaan PR mengambil alih. Negeri-negeri ini telah menyaksikan kestabilan dan kemakmuran bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dalam aspek sosial dan agama juga.
Sama ada BN atau PR, akan sentiasa ada kemantapan politik di negara ini. Satu-satunya cara untuk memastikan keadaan ini berlaku adalah untuk memberi imbangan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dengan mempunyai pihak pembangkang yang kuat. Dalam konteks tempatan, pihak pembangkang kini boleh jadi sama ada BN atau PR - terima kasih kepada kemunculan sistem dua parti di negara ini yang telah memberi manfaat kepada rakyat.
Negara ini kini mempunyai empat negeri yang berjaya di bawah PR di mana BN adalah pembangkang. Di semua negeri-negeri lain PR merupakan pembangkang.
Kejatuhan rejim
Rasuah dalam semua bentuk menghalang kepastian politik bagi BN untuk terus berkuasa. Dengan PR membuat jalan masuk utama di kebanyakan negara pilihan raya umum akan datang dapat melihat perubahan dalam persamaan politik di negara ini. Ideal, tiada satu parti politik atau gabungan harus menerajui kuasa selama beberapa dekad sebagai hal makan Rasuah baka ini akan.
Sejarah telah membuktikan bahawa rejim-rejim ramai yang telah runtuh pada masa lalu apabila ahli-ahli politik menyalahgunakan kuasa awam untuk kepentingan peribadi mereka. Rasuah dalam semua bentuk telah membawa perubahan kepada kerajaan di seluruh dunia.
Sejarah telah menyaksikan bagaimana negara-negara di masa kini dan masa lampau yang telah berada di bawah kuasa berwibawa tunggal selama beberapa dekad tetapi akhirnya runtuh dengan cara berdenyut. Dekad kuasa tidak dicabar atau penindasan rakyat seperti 'bom masa' menunggu untuk meledak dan bagi rejim di negara-negara ini ke gua.
Apabila pemimpin, keluarga dan kroni-kroni mereka memperkayakan diri dengan wang rakyat dan golongan miskin, krisis bermula. Selepas atau sebelum kejatuhan mereka, kumpulan-kumpulan yang mementingkan diri sendiri akan mencari jalan untuk meninggalkan negara ini berserta kekayaan secara haram yang dikumpul mereka yang berada di luar negara dan di bank-bank asing. Ahli keluarga terdekat mereka menjadi jutawan dan mempunyai harta dan rumah mewah di negara-negara maju.
Banyak negara yang mempunyai pemimpin seperti Ferdinand Marcos di Filipina dan Hosni Mubarak Mesir menghadapi nasib yang sama sebagai contoh.
‘Isteri mahal’
Ferdinand Marcos adalah seorang ahli politik Filipina yang memegang gelaran Presiden Filipina selama lebih daripada dua dekad (1965-1986). Pentadbirannya kemudian dicemari oleh kezaliman autoritarian, politik, dan pencabulan hak asasi manusia.
Tahun 1986 menyaksikan penyingkirannya dari kuasa dan akhirnya hidup dalam buangan di Hawaii. Ia kemudiannya didapati pula, dalam tempoh 20 tahun dia berkuasa, dia dan isteri 'mahalnya’, Imelda Marcos telah memindahkan berbilion-bilion dolar yang digelapkan dari dana awam ke akaun dan melabur di Amerika Syarikat, Switzerland, dan juga negara-negara lain.
Kerosakan yang dilakukan begitu teruk sekali walaupun selepas rejim Marcos telah lama berlalu IPR negara itu masih berada pada 2.8-3.4 untuk 10 tahun yang lalu.
Korupsi dan penyalahgunaan kuasa
IPR bagi Mesir ialah 2.8 ke 3.4 untuk 10 tahun yang lalu. Hosni Mubarak berkhidmat sebagai Presiden keempat Mesir selama lebih kurang 3 dekad dari 1981 ke 2011.
Mubarak digulingkan setelah 18 hari demonstrasi revolusi Mesir 2011. Mubarak dan kedua-dua anaknya telah ditahan dan disoal mengenai dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Keluarga ini dikatakan telah menjadi antara orang terkaya di dunia.
Ia telah dilaporkan bahawa keadaan rasuah semasa pemerintahan presiden Mubarak tidak terkawal. Kerajaan Mesir di bawahnya dilengkapi peraturan-peraturan birokrasi, keperluan pendaftaran, dan kawalan lain yang sering memerlukan rasuah. Rasuah masih menjadi masalah utama di bawah Mubarak, yang telah berjanji untuk melakukan banyak perubahan, tetapi sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun untuk menanganinya dengan lebih berkesan.
Pada tahun 2010, laporan TI mengenai IPR Mesir menunjukkan skor CPI sebanyak 3.1, berdasarkan persepsi tahap rasuah daripada ahli perniagaan dan penganalisis negara.
Banyak negara telah menghadapi ketidaktentuan politik bukan disebabkan rakyat atau pembangkang tetapi ahli politik yang sibuk mencari harta dalam kerajaan yang diperintahnya dan mencuri melalui cara yang licik.
Lebih menjejaskan UMNO
Kemantapan atau kestabilan politik sekali lagi fungsi banyak faktor lain, termasuk kerajaan sedia ada yang sanggup melepaskan pentadbiran jika mendapati pentadbirannya tidak cukup baik dan tidak berkesan. Hanya apabila rejim enggan melepaskan kuasa apabila kehilangan dalam pilihan raya akan menyebabkan ketidaktentuan politik. "Menukar kerajaan secara demokratik akan sentiasa dipastikan kestabilan politik dan ekonomi," kata seorang pemerhati politik tempatan. "Hanya apabila kerajaan yang sedia ada enggan menerima kekalahan dan melepaskan kuasa akan mendatangkan masalah," katanya lagi.
Selagi demokrasi dihargai, negara akan maju tanpa gangguan walaupun pakatan lain mengambil alih pemerintahan.
Jika ada sekalipun ketidaktentuan politik di negara ini, ia akan memberi kesan kepada UMNO lebih daripada PAS - dua parti didominasi Melayu di negara ini. Menyemarakkan polarisasi kaum dan agama tidak baik untuk para pelabur. Apabila UMNO memainkan isu perkauman orang akan dapat meneka bahawa ini akan membawa kepada ketidaktentuan politik atau survival UMNO itu sendiri.
Hubungan antara kaum di negara ini mujurnya telah diredakan oleh PAS - parti yang telah menunjukkan tindakan munasabah apabila menyentuh kepada hubungan antara kaum.
Selain itu, perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini juga telah membuktikan kepada pelabur bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini boleh bersatu untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebuah kerajaan yang tidak menghiraukan pilihanraya yang bebas dan adil.
Rakyat sekarang cukup bijak menilai sifat perkauman dalam cara politik UMNO. Mereka juga menganggap kerajaan sebagai korup dan tidak cekap dalam menguruskan dana negara.
"Perkauman, kerajaan yang tidak cekap dan rasuah bertanggungjawab untuk menyukarkan kehidupan rakyat," kata graduan universiti berusia 28 tahun. "Jika ini dibiarkan sahaja, ia akan menyebabkan ketidaktentuan politik di dalam negara. Ia sebenarnya akan menjejaskan UMNO daripada parti lain, "katanya.
Platform alternatif
Kepastian dan kestabilan politik akan hanya boleh dicapai apabila kerajaan yang dipilih tidak rasuah, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat.
Najib mahupun Mahathir boleh berhenti mendesak pengundi untuk setia pada BN. Apabila kerajaan tidak bertanggungjawab, korup, tidak kompeten ataupun menipu dan berboros, rakyat akan mencari alternatif lain untuk memastikan kestabilan bagi negara.
Tanpa persaingan dalam politik aka nada monopoli kuasa yang akan menjurus kepada korupsi, ketidak cekapan dan penyalahgunaan dana awam. BN tidak boleh dibenarkan untuk memonopoli kuasa.
“Merekalah sumber ketidaksatbilan kerana wang pembayar cukai dibazirkan dan menjadikan hidup sengsara bagi kebanyakkan rakyat Malaysia,” komen seorang usahawan di Kuala Lumpur. “ Amalan korupsi telah meletakkan BN dalam keadaan tidak baik dimata rakyat,” katanya lain.
Meraka yang mahukan perubahan bukanlah mahukan kekacauan tetapi ingin mendapatkan keadaan politk dan ekonomi yang stabil untuk negara. Najib terpaksa mencari apakah sebab berlakunya ketidakstabilan politik dalam kerajaan, bukan rakyat.
Ternyata, apa yang tidak pasti disini adalah masa depan politik UMNO apabila PAS sudah menjadi parti pilihan untuk menggantikan
Adakah UMNO dan BN sudah tidak relevan kepada negara ini?
Malaysia Chronicle



Photobucket

Nama Sultan Kelantan digunakan, PERKASA membuat laporan polis

on


"GILA memang gila, barangkali ini berita paling gila dan lucu minggu ini berkaitan isu Royalti Minyak Kelantan.

Gara-gara tidak dapat menerima hakikat bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyokong gerakan menuntut Royalti Minyak Negeri Kelantan, Pertubuhan Super Rasist, PERKASA membuat laporan polis.

Perkasa mendakwa nama Sultan Kelantan digunakan dalam gerakan politik Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Royalti [Utusan].

Perkasa bimbang bila Sultan Kelantan sudah menyokong Gerakan Menuntut Royalti, maka mereka yang kuat menentang gerakan itu terpaksa pula menyokong bagi mengelakkan dianggap penderhaka kah kah kah.

Barangkali PERKASA Kelantan tidak melakukan "research" sebelum mereka membuat laporan Polis. Lantaran itu mereka tidak tahu bahawa memang benar bahawa Sultan Kelantan menyokong gerakan menuntut Royalti.

Sultan Muhammad V sebelum ini telah menyatakan sokongannya terhadap gerakan itu melalui satu acara simbolik menandatangani plak tuntutan Royalti [HD].

Berikut gambar di saat baginda Sultan Kelantan sedang menurunkan tandatangan disaksikan oleh aktivis Royalti dan Menteri Besar Kelantan.
Photobucket

Jabatan Perkhidmatan Awam Bergolak Lagi?

on



Penamatan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Abu Bakar Abdullah telah menimbulkan berbagai reaksi dalam pentadbiran awam. Kini sudah berbunyi berbagai sunggutan dan keluhan terhadap tindakan ke atas Abu Bakar itu.

Abu Bakar Abdullah
Apa mengejutkan beliau yang berkhidmat selama 35 tahun diberhentikan begitu saja tanpa ada sebarangan imbuhan atau ganjaran termasuk pencen.
Mungkin kalau pemberhentiannya secara dipersarakan tidak timbul masalah dan sunggutan. Tetapi bila diberhentikan tanpa mendapat apa-apa imbuhan ia dianggap satu kekejaman dan penganiayaan terhadapnya.
Abu Bakar dilahirkan pada 16 Februari 1955 sepatutnya bersara Feb 2015 pada tahap usia 60 tahun. Beliau berkelulusan BA (History) Universiti Malaya dan MIS dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat.

Mula berkhidmat dengan kerajaan bermula 19 September 1977 di MITI sehingga tahun 1988. Kemudian ditukar ke Mindef 1988 sebagai Ketua Penolong Setiausaha.

2001 dinaikkan pangkat Setiausaha Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang di Jabatan Perdana Menteri. Tahun 2004 menjadi timbalan KSU Kementerian Wilayah Persekutuan, KSU Mindef pada 17 Julai 2007 dan KPPA 1 Julai 2010.

Beliau juga merupakan pegawai yang disebut-sebut bakal menjadi KSN bagi mengganti Sidek Hasan.

Khabarnya Abu Bakar sendiri tidak berpuas hati dengan tindakan itu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa selain menerimanya dengan sepenuhnya hati? Sebelum ini beliau bercadang untuk bersara menjelang usia 60 tahun seperti mana ditetapkan sistem SBPA. Lebih mengejutkan lagi penamatan jawatan Abu Bakar dibuat sebagai saja bersalinnya Ketua Setiausaha Kerajaan (KSU) baru Sidek Hasan kepada Ali Hamsa?

Apa yang dipertikaikan kewajaran tindakan itu diambil. Dengan memberhentikan tetapi tidak dibersaraankan untuk memungkin beliau mendapat ganjaran ia dianggap melampau. Tidak siapa mengetahui apakah kesalahan yang dibuat Abu Bakar maka beliau menerima nasib sedemikian. Cuma apa yang dapat diagak kemungkinan ia ada kaitan dengan penyusunan baru saraan perkhdimatan awam (SBPA) yang dilakukan sebelum ini kemudian dikaji semula.

Ketidaklentikan atau pun kemunasabahan kadar kenaikan gaji dalam SPBA dipersalah kepada beliau kerana beliau adalah pengerusi mewujudkan skim berkenaan. Namun itu tidak adil kerana bukan beliau seorang meluluskan skim berkenaan. Dalam hal ini apakah Sidek Hasan selaku KSN tidak menyemak terlebih dahulu sebelum ia dibawa ke jemaah menteri untuk diluluskan?

Adalah mustahil kalau Sidek tidak mengetahui langsung. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan dasar dan polisi termasuk skim pegawai kerajaan akan diangkat kepada pengetahuan KSN sekurang-kurangnya. Jadi dalam erti kata lain Sidek mesti mengetahui mengenai SPBA dan tidak seharusnya dipersalahkan kepada Abu Bakar secara peribadi.

Melihat tindakan ke atas Abu Bakar ini ia seolah-olah ada agenda lain di sebalik kejadian itu. Tindakan ke atas Abu Bakar itu bukan kerana isu SPBA tetapi ada perkara yang lebih besar dari itu? Apapun yang jelas tindakan keterlaluan itu kini mendapat perhatian dan simpati kalangan pegawai kerajaan. Masing-masing mengambil iktibar atas kejadian itu bukan saja tertakluk kepada orang seperti Abu Bakar tetapi mungkin mereka juga.

Seharusnya perasaan bimbang, ragu dan resah dari kalangan pegawai kerajaan perlu diredakan kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti perkhidmatan awam.





Photobucket

Pengundi Kakitangan Awam Umpama Bom Jangka Bagi BN

on




Penamatan secara mengejut khidmat Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Abu Bakar Abdullah kini bukan saja menjadi isu hangat di kalangan 1.4 juta kakitangan awam, malahan menambahkan lagi pergolakan yang sudah sedia wujud.

Ramai kakitangan awam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cara layanan yang diberi kerajaan terhadap Abu Bakar itu.
Pihak kerajaan pada mulanya hanya mengumumkan seolah-olah Abu Bakar bersara pada 1 Julai lalu setelah menabur bakti selama 35 tahun melalui pelbagai jawatan yang pernah disandangnya. Bagaimanapun dengan pengakuan Abu Bakar sendiri kemudiannya bahawa beliau sebenarnya ditamatkan perkhidmatannya, segera menimbulkan persoalan lain. Ditambah lagi, Abu Bakar yang berusia 57 tahun sudah pun menandatangani lanjutan perkhidmatan sehingga berusia 60 tahun.

Meskipun pelbagai desas-desus timbul di sebalik penamatan itu, antaranya kerana kerajaan kononnya tidak puas hati bagaimana Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebelum ini digubal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan awam peringkat bawah dan pertengahan dan akhirnya membuatkan Najib sendiri membatalkan skim tersebut. Pembatalan ini dianggap mencemar dan memalukan Najib.

Namun jika itu alasannya, tidaklah wajar Abu Bakar seorang yang dipersalahkan. Bekas KSN, Sidek Hassan juga wajar dipersalahkan kerana sudah tentulah beliau menelitinya dahulu deraf SBPA sebelum dipersembahkan kepada Najib dan kerajaan. Kenapa pula Sidek Hassan tidak dikenakan apa-apa tindakan, malahan selepas bersara diberikan pula jawatan sebagai Pengerusi Petronas yang bergaji mewah?

Ada juga khabar angin mengatakan Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan kerana kesalahan tatatertib di bawah Perkara 49 Peraturan Pegawai Awam. Jika ini benar, kerajaan seharusnya mendedahkan kepada umum apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh Abu Bakar sehingga beliau dikenakan tindakan sedemikian.

Menambahkan lagi pergolakan dalam perkhidmatan awam ialah kerana penamatan Abu Bakar itu dilakukan tidak lama selepas Ali Hamsha dilantik sebagai KSN baru menggantikan Sidek Hassan.

Ali Hamsha yang memegang jawatan KSN dengan melompat serta melangkau beberapa pegawai kanan kerajaan lainnya, tentunya merupakan pilihan sepenuh hati daripada Najib. Jika beliau bukan pilihan yang dikehendaki sepenuh jiwa dan raga oleh Najib, sudah tentu seperti kebiasaannya KSN akan dilantik daripada kalangan KSU-KSU kementerian yang difikirkan paling berkelayakan.

Jika KSU paling kanan yang mahu dilantik sebagai KSN, pilihan paling ideal ialah KSU Perbendaharaan. Bagaimanapun KSU kementerian lain juga boleh dilantik menduduki jawatan KSN sebagaimana Abdul Halim Ali pernah yang pernah dilantik sebagai KSN hanya setelah beberapa bulan menjadi KSU Kementerian Luar. Tetapi dengan Najib mengetepikan semua KSU kementerian serta menolak senioriti dalam perlantikan KSN ini, sebaliknya memberikannya kepada Ali Hamsha yang hanya berjawatan Ketua Pengarah sebelum ini, tentulah ada sesuatu yang istimewa pada Ali Hamsha ini.

Kecekapan, kebijaksanaan dan kehebatan Ali Hamsha sebagai seorang pemimpin dan ketua kepada 1.4 juta kakitangan awam mungkin belum terbukti lagi tetapi gelora dalam perkhidmaan awam sudah pun berkocak sebaik saja beliau menduduki kerusi KSN dengan penamatan khidmat Abu Bakar itu. Barangkali inilah istimewanya Ali Hamsha disisi Najib.

Bagi kebanyakan kakitangan awam, alasan terhadap penamatan khidmat Abu Bakar itu haruslah dijelaskan dengan sepenuhnya dan tanpa ada perkara lain yang diselindungkan. Jika kerajaan gagal berbuat demikian, kerajaan mungkin dianggap berniat jahat dan mempunyai agenda tersembunyi melalui tindakan itu.

Bagi kakitangan kerajaan, jika tiada alasan kukuh diberikan atas penamatan khidmat itu, ia tidak lain kerana adanya arahan daripada Najib selaku Perdana Menteri yang tidak mahu lagi melihat Abu Bakar terus berada dalam perkhidmatan kerajaan.

Soalnya apa pula alasan Najb membenci bekas KP Jabatan Perkhidmatan Awam itu?

Dengan Najib sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihanraya umum, kegagalan menangani kegelisahan dan seterusnya memberikan jawapan yang memuaskan hati kakitangan awam, pastinya boleh mengganggu usaha mencapai kemenangan yang diimpikannya.

Dengan saiz kakitangan seramai 1.4 juta orang, kakitangan awam bukan saja penting bagi BN untuk meneruskan kemenangan tetapi juga memastikan segala dasar dan perlaksanaan kerajaan dapat berjalan dengan lancar.

Selama ini kakitangan awam adalah golongan yang setia kepada kerajaan tetapi tidak mustahil isu penamatan khidmat Abu Bakar ini akan menyebabkan undi kakitangan awam berpecah-pecah. Ditambah dengan segelintir pihak yang tidak puas hati dengan perlantikan Ali Hamsha, bilangannya mungkin bertambah dan di luar jangkaan Najib sendiri.

Sejak bertahun-tahun kakitangan awam sebagai agen pelaksana dasar-dasar kerajaan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan dan UMNO sebagai parti pemerintah meskipun mereka mungkin menyaksikan pelbagai perkara yang tidak disenangi yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik sama ada yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi agensi kerajaan dan sebagainya.

Tetapi dengan dunia sedang menuntut ketelusan dan keterbukaan di samping berlakunya kematangan politik yang menyaksikan sudah wujud alternatif terhadap BN yang telah memerintah lebih 55 tahun lalu, senario kakitangan awam juga sebenarnya mulai berubah. Mereka tidak lagi statik dan turut sedia untuk berubah.

Dalam masa yang sama, penghijrahan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai Pas dan PKR sejak akhir-akhir ini, turut menimbulkan rangsangan secara senyap kepada kakitangan awam untuk turut serta melakukan perubahan demi kebaikan negara.

Di mana-mana sektor kerajaan sekarang ini, suara perubahan nyata kedengaran. Malahan kadang-kadang kenyaringannya tidak lagi disembunyikan.

Dengan pelbagai pergolakan dan masalah silih berganti dalam perkhidmatan awam akhir-akhir ini, undi kakitangan kerajaan yang selama ini dianggap sebagai "simpanan tetap" bagi UMNO dan BN, kali ini mungkin bertukar menjadi "bom jangka" yang boleh memberhentikan terus tempoh hayat Najib, UMNO dan BN.





Photobucket

Kena Skodeng

on

 

Ini kerja mamat mana ni upload video pejabat MB Selangor kot kat Youtube. Kamera itu dipercayai dipasang dlm pejabat kat belakang meja MB. Keja sapa ni kalau bukan musuh .

Sapa musuh MB Selangor ? Mungkin UMNO, mungkin org dalaman sendiri. Video ni bukan ada apa aksi pun cuma nampak dr belakang MB Selangor tengah buat keja atas meja tu .

Kalau ada aksi khalwat pun , khalwat dgn 4 biji kerusi je . Mungkin inikah kamera yg didedahkan MB Selangor pd 2010 dulu mengenai penemuan kamera tersembunyi kat blkg langsir tu . Mungkin kamera tu kot  , tp baguslah kalau dia aware benda ni .






Photobucket

Anwar Akan Lari Ke Nibong Tebal...?

on





KATA MEREKA ------ Anwar Ibrahim selama ini dianggap sebagai tali penghubung antara parti-parti dalam pakatan pembangkang. Tanpa Anwar, DAP dan PAS tidak akan bekerjasama malah tanpa Anwar juga, PKR tidak membawa erti apa-apa. 

Ini kerana, PKR wujud kerana Anwar, bukan kerana rakyat dan bukan kerana menuntut keadilan.  Ia semata-mata kerana Anwar ingin menjadi Perdana Menteri atau Presiden Republik Malaysia baru dan Pakatan Rakyat pula wujud atas matlamat yang sama tetapi memperjudikan nasib kepada puak chauvinis DAP yang ingin menjajah dan mengCinakan negara ini.

PAS pula adalah pak turut yang selamanya kabur dan kosong yang hidup atas dasar bencikan UMNO dan matlamatnya hanyalah untuk menghapuskan saudara sebangsa dan seagama di dalam UMNO. 

Namun, akhir-akhir ini, Anwar nampaknya bukan lagi satu 'faktor' penting dalam Pakatan Rakyat.  Ramai yang mula meragui sejauh mana 'Anwar' mampu mempengaruhi undi dalam pilihanraya.  Dalam banyak perkara Anwar dianggap liabiliti atau beban yang menyusahkan PR.  Walaupun beliau masih ada pengaruh di kalangan LGBT dan liberal serta golongan yang fanatik terhadapnya secara buta tuli, tetapi memandangkan kumpulan ini hanya mewakili segelintir rakyat Malaysia maka ia tidak membawa apa-apa signifikan kepada pilihanraya.   

Secara umumnya, kekuatan dan kelemahan PR hari ini bukan bergantung kepada faktor 'Anwar' lagi. 

Sejak hujung tahun lepas lagi, Anwar dilihat semakin lemah walaupun di kawasannya sendiri, iaitu Permatang Pauh.  Ini dapat dibuktikan dari ceramahnya pada 21 Oktober 2011 di situ yang hanya dihadiri oleh jiran-jiran dan saudara mara berdekatan serta mungkin juga beberapa pengikut tegar yang datang dari jauh.  Walhal, Permatang Pauh adalah kubu kuatnya. 

Sebagai seorang politikus berpengalaman, Anwar pasti tidak akan membiarkan dirinya kalah dan dimalukan di kubu kuatnya.  Logiknya, beliau akan lari ke tempat lain untuk bertanding. 

Dari apa yang diperhatikan, nampaknya Anwar akan memilih Nibong Tebal mengikut congakan sokongan berdasarkan kedudukannya di pinggir bandar, merangkumi DUN Sungai Acheh, Sungai Bakap dan Jawi.  Dan Sungai Bakap merupakan tempat kelahiran Anwar. 

Pada PRU 2008, kerusi Nibong Tebal merekodkan 47,540 pengundi berdaftar dengan pecahan Melayu 43.6%, Cina 40.5% dan India 15.9%.  Kerusi ini dimenangi oleh Tan Tee Beng dari PKR yang memperolehi 20,210 undi mengalahkan Ketua UMNO Negeri, Zainal Abidin Osman yang mendapat 17,123 undi.

Bagaimanapun, Tan, pada 1 Mac 2010 telah mengumumkan keluar dari PKR apabila dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.  Beliau kini menjadi Ahli Parlimen Bebas dan mesra BN.   

Dari apa yang dilihat, tidak mustahil UMNO akan meletakkan calon yang sama.  Jika benar Anwar akan lari ke Nibong Tebal maka kita bakal menyaksikan pertandingan antara Ketua Pembangkang dengan Ketua UMNO Negeri Pulau Pinang dalam PRU ke-13 nanti



Photobucket

Reformasi Jalanan Membinasakan Negara...?

on Jul 3, 2012


Sehingga kini rakyat Indonesia khususnya masyarakat Tionghoa masih mengenang dan memperingati kejadian berdarah Mei 1998 sewaktu era permulaan gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia 14 tahun lalu.

Detik cemas dan kekalutan yang berlaku semasa kejadian tersebut, agak sukar untuk dilupakan begitu sahaja apatah lagi tatkala jerit pekik meminta tolong dari gadis-gadis Cina yang dirogol kemudian dikelar kulitnya seakan masih tergiang-giang di telinga para saksi yang masih hidup.

Awalnya sebagaimana ramai rakyat Indonesia yang lain, sebahagian besar masyarakat Cina Indonesia turut meraikan gerakan reformasi Indonesia dengan harapan kebebasan dan hak kaum mereka akan lebih terbela sekiranya gerakan jalanan tersebut berjaya menumbangkan Soeharto.

Apatah lagi saat tersebut Indonesia dan beberapa negara jiran lain turut terjebak dalam kegawatan ekonomi dek kerana sang penyangak matawang yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dianggarkan hampir 50 juta rakyatnya mengalami kehidupan yang tidak menentu kesan dari kegawatan tersebut, ditambah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian, lantas ia menjadi salah satu punca gerakan reformasi jalanan disambut dengan harapan baru.

Ahli politik opportunis Indonesia seperti Amien Rais yang juga sahabat baik Anwar Ibrahim adalah antara watak penting yang mengambil kesempatan disebalik keperitan hidup rakyat saat itu.

Dengan memanipulasi kemarahan yang membuak dalam hati nurani khalayak, Amien Rais yang turut didukung oleh sebahagian mahasiswa pro reformasi berjaya menyemarakkan lagi gerakan jalanan tersebut saban hari sehinggalah akhirnya mencetuskan suasana yang tidak terkawal.

Sebagaimana rakaman sejarah, gerakan reformasi jalanan nyata hanya gah secara teori yang tampak mudah saat dilaungkan di jalanan. Realiti yang berlaku lebih buruk dari jangkaan ramai. 

Reformasi yang dicanang bukan sahaja gagal mencapai agenda utamanya untuk menguburkan KKN (korupsi, kronisme dan nepostisme), sebaliknya mengundang gejala KKN yang lebih teruk dalam pemerintahan pemimpin-pemimpin selepasnya.

Keganasan jalanan, kebakaran harta benda dan premis berleluasa manakala pemusuhan dan pembunuhan hasil kecurigaan antara pelbagai etnik dan agama menjadi-jadi.

Ribuan nyawa melayang sia-sia samada menjadi mangsa kebakaran ataupun dibunuh kejam dek kerana kekalutan di peringkat pemerintahan sehingga dalam apa jua pertelingkahan antara rakyat hanya undang-undang rimba dititik beratkan.

Tidak cukup dengan Tragedi Mei 98 yang mengorbankan lebih seribu nyawa etnik Tionghoa Indonesia, datang pula Tragedi Semanggi, Polo dan Ambon yang menyaksikan hubungan antara etnik dan agama kian runtuh.

Akhirnya apa yang berjaya dicapai hasil laungan reformasi jalanan itu yang kelihatan hanya api yang marak membakar bangunan, pembunuhan melata di banyak wilayah dan pengangguran kian meningkat.

Kesimpulannya, manfaat yang di kejar jauh dari kesampaian sebaliknya mudarat yang datang bertimpa-timpa sejak 1998 hingga sekarang. Melihat pada liku-liku sejarah ini, tepatlah keputusan rakyat Malaysia menolak acuan reformasi yang diciplak oleh Anwar Ibrahim dari Indonesia.

Terbukti, laungan reformasi hanya gah di bibir dengan membawa bersama harapan palsu namun realiti yang terjadi lebih banyak kebinasaan yang terpaksa dilalui.


bro jingga
Photobucket

HIMPUNAN HIJAU PAS KE PUTRAJAYA SEMAKIN MERUNSINGKAN UMNO...!!!

on





Nukilan Blog Yang Merasakan Himpunan Hijau Satu Realiti Tetapi Malu Dan DiBawah Ini Cogan Kata Blog Teko Kopi Tuan Punya Entri Kat Bawah Tu......


"UNTUK MAKLUMAN korang, sebagai BLOGGER PRO BARISAN NASIONAL...disamping BERHUJAH menangkis SERANGAN PEMBANGKANG, aku rasa BERTANGGUNGJAWAB juga untuk MEMBERI PENDAPAT terhadap beberapa perkara yang aku TIDAK BERSETUJU....ini adalah amat penting sebagai CHECK AND BALANCE supaya PAKATAN PEMBANGKANG tidak mempunyai RUANG untuk MENGEKSPLOITASIKAN keadaan...!!! Bukan NIAT untuk MENGAJAR tetapi dengan NIAT SAYANGKAN UMNO@BARISAN NASIONAL...ITU SAJERRR...!!!
Tetapi nampaknya NIAT aku ini telah DISALAHERTIKAN dan aku merasa agak KECEWA dengan keadaan ini. "..........padan muka kau....


Beberapa siri HIMPUNAN HIJAU yang telah diadakan di beberapa buah negeri BENAR BENAR telah MERUNSINGKAN UMNO... Di Negeri Melaka sendiri HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA telah pun diadakan pada 24 Jun 2012 lalu dan telah mendapat "SAMBUTAN HANGAT" dari penyokong2 PAS.

Ternyata UMNO kini begitu RUNSING dengan siri HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA ini .!!!......RUNSING kerana melihat PAS nampaknya sudah semakin LARI jauh dari PRINSIP dan PERJUANGAN asalnya semenjak PAS "BERKAWAN @ BERKAHWIN" dengan DAP dan PKR.... RUNSING kerana melihat PAS masih TIDAK NAMPAK permainan HALUS  DAP dan PKR yang hanya MEMPERKUDAKAN PAS...RUNSING kerana Kepimpinan TERTINGGI PAS TIDAK SEDAR bahawa  secara TIDAK LANGSUNG mereka sebenarnya sedang MENGGADAIKAN KEPENTINGAN ISLAM, MELAYU dan RAJA RAJA MELAYU  kepada DAP dan PKR hanya semata mata kerana ingin MENGEJAR JAWATAN di PUTRAJAYA dengan MENGANGKAT ANWARBERAHI sebagai PERDANA MENTERI....!!!!


Ermm...macam dah takder rumah kat sekeliling tu untuk 'tompang' bersolat..apakah kawasan rumput tu benar benar bersih ker..???...terfikir jugak manalah tahu kot2 ada najis binatang ker....!!!.ADOYAIII...!!!!


Ermm...PAS hanya MAMPU mengadakan HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA dan seandainya mereka BERJAYA kesana, mereka sebenarnya hanya akan berada di "KAKI LIMA" PUTRAJAYA sahaja kerana yang akan BERKUASA adalah DAP dan PKR. Kalau korang tak percaya, korang nengoklar VIDEO kat bawah nih....!!!



psstt...Kalau KEPIMPINAN TERTINGGI PAS tidak sedar PERMAINAN HALUS POLITIK DAP dan PKR ini...aku harap ahli ahli AKAR UMBI PAS dapat MENYEDARINYA...!!!
FIKIR FIKIRKANLAHHH....!!!!


tekokopi
Photobucket

Anwar patut dihukum gantung...?

on





Mungkin tidak ada intelektual Melayu yang lebih keras sikapnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Dr Kassim Ahmad.

Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang didakwa suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing.

Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.

NONE"Macam saya kata, Anwar ini saya sanggup gantung sampai mati. Saya sanggup tembak dia sampai sekarang. Jahat punya manusia," kata Dr Kassim ketika mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam isu Altantuya Shaariibuu.

Beliau melihat isu hubungan perdana menteri dengan wanita Mongolia itu sebagai "fitnah" Anwar semata-mata.

Dr Kassim juga menambah, pihak berkuasa tidak perlu takut bertindak terhadap Anwar walaupun bekas aktivis mahasiswa itu pandai bercakap kerana dia didakwa sering berbohong.

Belum sempat Malaysiakini menemubualnya di Kulim baru-baru ini, Dr Kassim mengambil kesempatan membacakan surat dalam TheStaryang mengkritik Anwar berhubung kumpulan pemantau asing sewaktu BERSIH 3.0. 

Kasta 'ulama' dan pendewaan pada Nik Aziz
Surat itu antaranya mendakwa kumpulan pengumpul fakta asing berhubung sistem pilihan raya di negara ini sebenarnya terdiri daripada kawan-kawan Anwar sendiri.

Dr Kassim turut mengkritik keras Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak jelas apakah maksud sebenarnya, beliau menyebut tentang budaya "feudal ulama" dalam parti Islam itu.

azlanAhli akademik yang kritis terhadap "kasta" ulama dalam Islam itu juga merasakan Nik Aziz terlalu didewa-dewakan di kalangan pengikutnya.

Terus mengulas kepemimpinan bekas menteri kewangan itu, Dr Kassim berkata, perasaan tidak senang terhadap Anwar dalam Pakatan Rakyat juga boleh dilihat melalui isyarat pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa sengaja "tersilap lidah" dalam isu perdana menteri bukan Melayu bulan lalu.

Sementara itu, mengulas tindakan rakan seperjuangannya Senator Dr Syed Husin Ali bersama Pakatan, Dr Kassim berkata bekas timbalan presiden PKR itu "cuma terpengaruh".

"Bila Anwar kena buang (daripada Umno dan kerajaan pada 1998), dia bercakap, ribuan datang dengar dia. Lebih kurang dia kata, inilah kebangkitan rakyat. Saya kata masya-Allah, (Adolf) Hitler pun dia kumpul berjuta orang," kata bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu.

'Satu lambat, kedua bodoh'
Dr Kassim sebelum ini pernah bersama-sama Dr Syed Husin dalam PSRM. Beliau mengepalai parti kiri itu antara 1966 hingga 1984 sebelum digantikan Kampo Radjo dan seterusnya Syed Husin.

Bagaimanapun, 'perang dingin' Dr Kassim itu mungkin bermula lama dahulu, pada tahun 1986 apabila beliau percaya Anwar merupakan pihak di belakang pengharaman buku kontroversinya Hadis: Satu Penilaian Semua.

Beliau percaya Anwar berpakat dengan "ulama" bagi menekannya walaupun bersetuju "secara prinsip" di peringkat awal. 

NONEDr Kassim juga mendakwa, sekitar 1990-an, cadangan dialognya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kandungan bukunya tergendala apabila dihalang oleh Anwar walaupun Dr Mahathir didakwa sudah bersetuju.

Malah, dedahnya, pertemuan pertama kalinya dengan Anwar semasa beliau seorang menteri tidak memberangsangkan apabila bekas pemimpin Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) itu didakwa lewat 45 minit.

"Bila saya masuk, saya cakap. Dia dengar sepatah pun tak cakap. Itu Anwar. Dia takutlah. Dia memang takut. Takut nanti saya catit, (atau) tanya dia apa-apa. Ini saya punya pengalaman dengan Anwar, satu lambat, satu dia macam bodoh," katanya.

malaysiakini
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List