Presiden Mesir arah batal gantung Parlimen

on Jul 9, 2012


Presiden Mesir, Mohammed Mursi telah mengeluarkan perintah agar Parlimen, yang digantung oleh majlis tentera ekoran keputusan mahkamah bulan lalu, bersidang semula.

Perkembangan itu juga dilihat sebagai permulaan kepada pertembungan antara kuasa presiden dan majlis tentera yang memerintah Mesir secara sementara selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu.


"Keputusan ini (yang diumumkan semalam) akan berhadapan dengan bantahan daripada pakar-pakar perundangan perlembagaan dan ia kemungkinan ujian pertama ke atas hubungan antara Mohammed dan Majlis Agung Angkatan Tentera sejak Mohammed menjadi presiden," kata Aly Hassan, seorang konsultan kehakiman Kementerian Kehakiman Mesir.


Beberapa hari sebelum keputusan pusingan kedua pemilihan presiden diumumkan, majlis tentera mengisytiharkan ia akan menyerahkan kuasa yang telah dihadkan kepada presiden baru. Majlis itu mahu pihaknya memainkan peranan dalam beberapa aspek perjalanan Mesir.
Berikutan perintah itu Parlimen dijangka bersidang hari ini.
Beliau diisytiharkan sebagai presiden pertama dipilih menerusi pilihan raya bebas dan yang pertama sejak Hosni digulingkan.

Mohammed, dari Ikwanul Muslimin - pergerakan yang memenangi sebahagian besar kerusi dalam pilihan raya awal tahun ini berkata, Parlimen sewajarnya terus bersidang sehingga satu pilihan raya baru diadakan.


Mahkamah memutuskan Parlimen tidak sah atas alasan calon-calon dari pergerakan itu bertanding di kerusi-kerusi yang diperuntukkan bagi calon Bebas.
Majlis tentera dijangka mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perintah presiden itu.


Perintah Mohammed dilihat sebagai tindakan mengambil alih kuasa daripada jeneral-jeneral yang memerintah negara itu sepanjang 16 bulan lalu. - SH





Photobucket

Biar Tun Mahahtir berkokok puas puas

on



"Wahai Anwar Ibrahim, jangan marah dengan Tun Mahathir Mohamad tu. Biar dia berkokok puas puas.

Ingat tak, ke tak ingat dengan apa yang berlaku dan terjadi pada umno pada pilihanraya umum ke 12 dulu.

Tun Mahathirlah punca lima buah negeri jatuh ke tangan Pakatan rakyat. Bukan itu saja, malahan telah Berjaya menafikan dua pertiga wakil rakyat dalam parlimen.

Dia serang Tun Abdullah Ahmad Badawi habis habisan. Bukan setakat itu saja, malah dia keluar dari umno atas nama marah dan dendam.

Marah Tun Mahathir pada Tun Abdullah Ahmad Badawi ada asasnya, Bayangkan, orang yang dibunuhnya dihidupkan semula.siapa tak marah

Anwar Ibrahim orang yang dia bunuh telah dihidupkan semula, maka marahnya tetap dihala kepada Tun Abdullah  dan hasilnya Umno jatuh merudum.

Jangan susah hati wahai Anwar Ibrahim, kerana marah Mahathir kepada kamu itu suatu rahmat yang barangkali Putrjaya dalam tangan kamu PRU 13 nanti.

Oleh itu biarlah Tun Mahathir berkokok sepuas puasnya dan samapi masa dia tahu langit tinggi atau rendah.

Tak salah dia minta kamu bersara sebelum datangnya PRU 13.Kerana hak dia berbuat demikian. Kan kamu dah kata kamu akan bersara selepas PRU 13 jika gagal tawan Putra jaya.

Biar dia buat bising, kerana bising bekas Perdana menteri besar kemungkinan akan memberi rakmat pada perjuangan  Bekas timbalan perdana, yang juga bekas menteri kewangan yang mahu tak mahu rakyat 1 malaysia sudah kenali siapa sebenarnya kamu.

Sudah beberapa kali kamu lulus ujian yang Allah uji tu. Jangan marah, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “jangan marah”. Istiqamahlah, semoga mencapai cita cita kamu selama ini."
  



tranungkite
Photobucket

Wang kertas Malaysia siri baharu RM20

on

Perlukah duit baru?


Peniaga Pulau Pinang menyambut baik wang kertas Malaysia siri baharu yang akan berada dalam edaran mulai 16 Julai ini terutamanya kemunculan semula denominasi RM20.

Berkonsepkan warna terang dan gambaran bertema budaya, warisan dan keindahan alam semulajadi negara, rata-rata peniaga berpendapat wang kertas siri baharu itu akan memudahkan mereka mengenal pasti nilai wang tersebut.

Pemilik kedai jam, Chin Foo Kew, 55 berkata wang kertas siri baharu itu lebih cantik dan menarik berbanding siri sebelum ini kerana ia menonjolkan ciri-ciri budaya dan keindahan alam semula jadi.

"Wang kertas siri baharu ini memang menarik dengan gambaran seperti flora dan fauna. Peniaga tidak akan keliru dengan nilai wang tersebut kerana perbezaan warna yang ketara," katanya kepada Bernama semasa tinjauan di sekitar Pasar Chowrasta, hari ini.

Peniaga kuih-muih, Ooi Sin Eng, 60 menyambut baik wang kertas RM20 sambil menyifatkan ia sesuai untuk peniaga dan pengguna kerana ia memudahkan aktiviti pembelian masa kini.

"Pengenalan semula nilai RM20 memang bagus kerana ia sesuai dengan keperluan untuk pembayaran. Pengguna kini tidak perlu membayar wang RM50 untuk barangan yang nilainya kurang ataupun lebih daripada RM10," katanya.

Peniaga cucur udang, Abdul Aziz Seeni Mohamed, 51, berkata wang kertas siri baharu itu mempunyai keunikan tersendiri dengan warnanya yang menarik akan memudahkan peniaga dan pengguna.

"Wang kertas siri baharu itu kelihatan cantik dan menarik. Dengan warna dan gambaran yang lebih menonjol, ia tidak akan mengelirukan peniaga dan pengguna semasa pembayaran atau pemulangan baki," katanya.

Pengguna R. Thalitha, 31, berkata warna pada wang kertas siri baharu ini menarik perhatian dan beliau teruja dengan pengenalan semula wang RM20 kerana ia memudahkan pembayaran.

Bertemakan keunikan Malaysia, siri keempat wang kertas ini akan menggantikan siri yang sedia ada dalam edaran selama lebih daripada 10 tahun, dengan paparan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraftangan, keindahan alam semulajadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ia menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan selaras dengan kemajuan terkini dalam teknologi percetakan wang kertas dan mengekalkan beberapa ciri-ciri keselamatan yang sedia ada untuk menghalang pemalsuan.

Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, dan bunga kebangsaan dikekalkan pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas.

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas pula memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi. Wau dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.

Denominasi RM5 memaparkan burung enggang badak yang memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak manakala wang RM10 menonjolkan bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Wang kertas RM20 dengan warna jingga pula memaparkan dua spesies penyu terkenal iaitu penyu karah dan penyu belimbing yang merupakan lambang hidupan laut di perairan Malaysia.

Gambaran pada denominasi RM50 tidak ada perubahan ketara yang menonjolkan kelapa sawit sebagai ikon ekonomi negara dan bioteknologi dalam menyokong transformasi ekonomi.

Kekaguman Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api di Taman Negara Mulu, Sarawak dipaparkan pada wang RM100 yang menjadi kebanggaan negara. 

-Bernama-





Photobucket

Gambar Najib dan Hishamuddin dibakar dihadapan Kem Tahanan Kamunting

on



Untuk menunjukkan protes terhadap Najib dan sepupunya Hishamuddin Tun Hussein yang bersikap acuh tak acuh akan nasib tahanan ISA, gambar kedua-dua mereka telah dibakar siang tadi.

Dalam kejadian gambar mereka berdua itu telah dibakar dihadapan pintu pagar pusat  Kem Tahanan Kamunting (Kemta) protes Gerakan Mansuhkan ISA.

Najib suatu masa dulu telah mengumumkan akan pemansuhan ISA oleh kerajaan UMNO/BN dihadapan ribuan pencacai UMNO dan ianya turut disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia melalui media elektronik.

Kemunafikan Najib jelas terserlah bilamana dalam masa seminggu beliau mengumumkan Akta ISA itu dimansuhkan berlaku lagi tangkapan di bawah Akta tersebut di Sabah.

Dan hingga kini  Kem Tahanan Kamunting masih teguh berdiri dengan di dalamnya terkurung 45 orang tahanan yang ditahan di bawah ISA yang kononnya telah dimansuhkan oleh Najib.

Baru-baru ini pula sepupu Najib yang juga  Menteri Dalam Negeri  dalam Twitternya beliau  memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar - baca ( SINI )

Kalau pelakon filem ni.. Najib dan Hishamuddin boleh dikatakan pelakon yang berjaya membawa watak penjahat kerana berjaya menimbulkan rasa benci orang ramai terhadap mereka berdua.. 

Protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA yang telah berlangsung di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta) siang tadi.

Turut hadir dalam demo ini ialah Abby Abadi..

anaksungaiderhaka


Photobucket

Tamrin Diberi Surat Tunjuk Sebab Dan Bakal Dipecat?

on Jul 8, 2012

 

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar yang sejak akhir-akhir ini aktif berceramah di pentas Pakatan Rakyat dan mengkritik kepimpinan Najib, kini sudah menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO berikutan tindakannya itu.

Surat bertarikh 26hb Jun 2012 dan ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor itu diterima oleh Tamrin beberapa hari lalu.

Surat itu antara lain meminta Tamrin menjelaskan kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya berikutan tindakannya itu yang dianggap oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO sebagai telah melanggar disiplin parti.

Tamrin, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba, diberi tempoh 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.

Kebiasaannya jika surat tunjuk sebab diberikan terhadap seseorang yang dianggap melanggar disiplin parti, tindakan akhir yang diambil ialah memecat mereka yang berkenaan daripada UMNO.

Semasa zaman Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Mahathir juga pernah menulis surat yang mengkritik kepimpinan Tunku dan akhirnya beliau juga dipecat daripada UMNO.

Dalam soal ini, apakah Tamrin, anak seorang bekas pejuang UMNO juga bakal dipecat oleh UMNO?

Tamrin yang sejak beberapa tahun menyepikan diri daripada dunia politik, mula membuat kemunculan semula dalam dunia politik sejak pra perhimpunan Bersih 3.0 pada penghujung April lalu. Beliau mula berceramah menyokong perhimpunan yang mahu menuntut pilihanraya yang adil dan bersih di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sejak itu, namanya mula meniti di bibir pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan jadual hariannya juga mulai sibuk dengan memenuhi undangan ceramah di seluruh negara. Beliau pernah muncul berceramah bersama Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan lain-lainnya.

Selain itu, Tamrin juga ada menulis sepucuk "surat kuning" kepada Najib yang antara kandungannya banyak memberi teguran, saranan dan pandangan dalam usaha memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO. Bagaimanapun surat itu dipandang sepi oleh Najib dan tidak ternampak Perdana Menteri mahu memberi respon terhadap surat tersebut.

Sebelum ini, tindakan Tamrin berceramah di pentas Pakatan Rakyat dan banyak mengkritik Najib memang menimbulkan rasa tidak senang pihak-pihak tertentu dalam UMNO di mana Tamrin pernah menerima panggilan misteri yang memintanya menghentikan tindakan itu atau menghadapi serangan peribadi berterusan daripada UMNO terutama berkenaan kisah-kisah zaman lampaunya.

Namun demikian, panggilan misteri itu dilihat tidak sesekali melemahkan tekad Tamrin yang nampaknya sudah nekad untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan melakukan perubahan demi kepentingan rakyat di negara ini.

Dan kini setelah menerima surat tunjuk sebab ini pun, pendirian beliau tetap juga sama. Jadual ceramahnya tetap sibuk dan malam esok beliau akan muncul dalam ceramah besar-besaran anjuran Pakatan Rakyat di Taman Nirwana, Ampang.

Tamrin bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau akan menjawab surat tunjuk sebab itu sebelum tempoh 14 hari yang diberikan berakhir.

"Saya akan menjelaskan sejelas-jelasnya kepada Lembaga Disiplin UMNO," ujar Tamrin ringkas.

Anwar umum pelan persaraan, Mahathir sapu kepala dengan minyak 'cap kapak

on


 

Isu persaraan Anwar sekarang menjadi isu yang panas. Sebagaimana yang dijangkakan, Mahathirlah yang akan memberikan reaksi yang paling awal terhadap pengumuman persaraan Anwar jika PR gagal mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mahathir memberikan reaksi secara sinis yang pengumuman Anwar itu hanyalah sebagai helah pilihanraya sahaja.
Sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh Mahathir tetapi beliau memberikan reaksi sebegini kerana beliau (Mahathir) mahukan kepastian yang kata-kata Anwar itu merupakan satu kenyataan yang benar, berhenti jika PR kalah mengambilalih kerajaan. Saya rasa sememangnya Anwar perlu berhenti jika gagal mengambilalih Putrajaya itu. Tetapi Mahathir memberikan reaksi dengan menyamakan sikap beliau kepada Anwar.
Di Selayang semalam Anwar berkata yang Mahathir terlalu takut beliau (Anwar)  akan merampas harta yang keluarga beliau telah ambil secara tidak betul dan bermoral dari rakyat selama ini dan itu sememangnya menjadi persepsi rakyat juga. Anwar menjawab dengan bertanya apa yang beliau (Mahathir) takutkan kerana yang dihina selama ini adalah beliau sendiri. Yang dipenjarakan adalah beliau dan ditumbuk serta ditelanjangkan adalah beliau.
Saya tidak tahu samada Anwar benar-benar serius untuk bersara tetapi apa yang beliau katakan itu adalah baik kerana semestinya beliau mesti bersara jika PR tidak berjaya mengambilalih Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Itulah semangat demokrasi sebenarnya.
Tetapi Mahathir pula memikirkan yang Anwar akan melakukan perkara yang sama seperti beliau (Mahathir) lakukan acapkali selama ini. Mahathir berfikir yang Anwar adalah seorang pendendam seperti beliau juga jika mendapat kuasa. Anwar berkata yang beliau bukannya marah kepada Dr Mahathir tetapi beliau (Anwar) tidak bersetuju kerana rakyat tertindas oleh UMNO terutamanya oleh Dr Mahathir secara sistematik.
Bagi saya apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat wajar diberi sambutan dan ambil janji-janji itu secara positif. Kita tidak boleh menjadi defensif keterlaluan seperti yang diambil oleh pemimpin-pemimpin BN. Janji Pakatan untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat itu wajar diterima secara positif kerana itu bukannya perkara yang mustahil untuk dijayakan oleh PR jika memerintah negara ini. Kita tidak boleh bersikap negatif semata-mata kerana BN tidak mampu atau tidak mahu melaksanakannya.
Tuduhan Najib, Muhyiddin, Mahathir dan BN yang negara akan bankrap jika rakyat diberikan pendidikan percuma itu hanya menunjukkan kedhaifan pimpinan BN dalam isu ini, kerana banyak negara di dunia ini memberikan pendidikan percuma kepada rakyat mereka.  Jika BN tidak mampu untuk melaksanakannya tidak mengapa. Biar PR yang melaksanakannya. Berikan mandat itu kepada PR buat lima tahun yang akan datang.
Dalam isu pendidikan percuma ini kita mesti memberikan mandat kepada yang berjanji dan mampu melaksanakannya. BN tidak boleh mengambil sikap jika mereka(BN) tidak mampu melakukannya maka orang lain pun tidak mampu seperti mereka (BN). Pemimpin UMNO/BN mesti mengakui yang kemampuan seseorang yang dianugerah Tuhan itu memangnya berlainan tahapnya dengan seseorang yang lain. Itu adalah kenyataan yang ditunjukkan oleh ‘nature’ dan UMNO tidak boleh membawa rakyat berfikir seperti mereka (BN).
Contoh dan bukti yang kemampuan seseorang itu berbeza diantara satu dengan lain itu mudah kita lihat. Mirzan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang besar tetapi beliau kurang kemampuan sehinggakan Mirzan terpaksa menggunakan wang rakyat hampir RM2 billion pada penghujung tahun sembilan puluhan dahulu untuk menyelamatkan perniagaan beliau (Mirzan).
Mirzanlah salah seorang yang telah mendapatkan subsidi terbesar dari rakyat untuk mengapung dan menutupi ketidak mampuan beliau dalam bidang perniagaan. Rakyat terpaksa menanggung kerugian anak pemimpin tersohor negara ini. Begitu jugalah dalam isu pengambilalihan Exxon Mobil oleh anak Mahathir yang sama. Exxon Mobil diambilalih dengan pengaruh keluarganya dengan harga yang terlalu rendah dari harga pasarannya dan ini merupakan elemen subsidi yang sangar besar.
Subsidi ini ditambah pula dengan menggunakan pengaruh keluarga nya lagi dengan memaksa pihak MAS yang sedang tenat itu untuk mendapatkan bahan bakar bagi syarikat penerbangan itu dari syarikat Exxon Mobil ini yang sekarang diberi nama baru, Petron.
Oleh itu rakyat begitu jemu dengan tanggungan yang diberikan terhadap mereka. Rakyat yang tertindas tidak henti-henti dipaksa memberikan subsidi dan menanggung semua kehendak anak-anak Mahathir dan anak-anak pemimpin yang lain. Di sebaliknya pula kerajaan begitu tidak ikhlas untuk meneruskan pemberian susidi untuk kehidupan rakyat yang ramai kerana segala peruntukan subsidi itu diambil oleh keluarga pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sekarang ini.
Jika rakyat menolak BN kali ini, itu sememangnya satu tindakan yang sudah menjadi kewajipan untuk mereka lakukan. Rakyat sudah tidak tertanggung lagi dengan kerenah keluarga-keluarga yang menjadi penghisap darah mereka ini. Jika Pakatan berkuasa, apa yang saya secara peribadi inginkan, ialah untuk memperkuatkan sistem dan tidak payah berdendam-dendam. Jika kita melakukan dendaman kesumat saya rasa hampir kesemua pimpinan yang ada pada hari ini yang  telah bersara terpaksa menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka dalam penjara dan kem-kem tahanan.
Oleh itu memperkuatkan sistem yang betul dan mudah dilakukan sepatutnya menjadi agenda utama jika PR mengambilalih kuasa kerajaan negara kita. Biarkan sistem itu yang mentadbir negara kita. Jika seseorang pemimpin itu terlanggar sistem itu maka pemimpin itu harus menerima akibatnya. Sistem itu yang akan menentukan siapa yang akan menghadapi rakyat dan undang-undang.
Seorang Perdana Menteri yang mengambilalih kerajaan negara nanti jangan porak perandakan sistem seperti yang dilakukan oleh Mahathir dahulu. Mahathir dahulu tidak sesuai dengan sistem yang biasa. Beliau melanggar semua sistem demokrasi dan sistem yang digunakan beliau ialah sistem peribadi beliau sahaja. Sistem-sistem kehakiman, perundangan, kepolisisan dan yang lain-lain semuanya dipecahkan oleh beliau dan yang mengambilalih sistem-sistem tersebut ialah sistem Mahathir…’tepuk dada tanya selera’
Sekarang ini apa yang ditakuti oleh Mahathir ialah sistem yang beliau bentuk itu akan memakan diri beliau sendiri. Mahathir lupa yang pihak yang mahu mangambilalih kerajaan ini bertujuan untuk membina kembali semua sistem yang telah dirobohkannya semasa beliau memerintah selama 22 tahun dahulu..
Saya rasa satu lagi perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan baru nanti ialah menubuh ‘Truth Commission’. We want to know the whole truth.
 

ASPAN ALIAS

Reman ke atas Uncle Seekers, teman wanita dilanjutkan

on


Reman ke atas pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dan teman wanitanya dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di dalam blognya yang didakwa mengaibkan Sultan Johor.

Majistret Hafizah Johor Arif Johor membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan reman itu selepas tempoh reman terhadap Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan teman wanitanya, 26, yang bermula Khamis lepas berakhir hari ini.

Sebelum itu, mereka tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu menaiki van polis dengan keadaan tangan bergari kira-kira pukul 10 pagi dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 11.15 pagi.

Syed Abdullah dan wanita itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. 

Bernama

Photobucket

Anwar: Senjata Umno dan BN makin tumpul

on

Anwar: Senjata Umno dan BN makin tumpul


 Senjata digunakan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin tumpul, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Umno dan BN hanya menggunakan Buku Jingga untuk menyerang PR atas alasan pengisiannya tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Ketua Pembangkang itu menambah, tindakan Umno dan BN dianggap tumpul kerana apa yang dikatakan PR sudah dilaksanakan dan separuhnya akan diteruskan setelah PR menawan Putrajaya pada PRU13.

“Umno dan BN kini ketandusan idea untuk menyerang setelah pimpinan PR berjaya memerintah negeri dengan cekap dan baik selain membela nasib penduduk dan kebajikan rakyat,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen PKR Menjelang PRU13 di Sunshine Square, Bayan Baru, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa fitnah membabitkan pemimpin PR dalam video seks dianggap senjata lemah Umno dan BN untuk menyerang PR kerana rakyat kini pandai menilai yang mana baik dan salah.

Menurutnya, serangan peribadi seperti insiden menolak Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini dianggap keterlaluan sambil berharap insiden seperti itu harus ditentang.

“Pulau Pinang tidak boleh lemah dan harus menang dengan lebih baik berbanding PRU lalu. PR akan letak calon baru yang lebih baik dalam PRU13 menggantikan calon sedia ada,” kata beliau yang baru-baru menegaskan hasratnya mahu berundur daripada politik jika gagal dalam misi PRU13.


sinar harian


Photobucket

Wan Azizah pertimbang sama ada mahu bertanding pilihan raya umum

on




Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih mempertimbangkan kemungkinan untuk bertanding semula pada pilihan raya umum ke-13.
“Saya ada satu senarai untuk pertimbangan, tetapi saya fikir peranan sokongan lebih baik,” katanya ketika ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri kali ini.
Ditanya sama ada itu bermakna beliau tidak akan bertanding, Dr Wan Azizah berkata: “Tidak juga. Perkara itu masih ada dalam perancangan tapi pada masa ini hanya sekadar membincangkannya.”
Beliau ditemui pemberita pada Konvensyen PKR di Bayan Baru, di sini hari ini.
Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu pada pilihan raya kecil. – Bernama





Photobucket

Anwar hanya 'test market', kata Rafizi

on

Anwar hanya 'test market', kata Rafizi

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu "test market" apabila mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan berundur dari politik jika perikatan itu gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kenyataan itu hanyalah satu cubaan Anwar untuk melihat bagaimana persepsi masyarakat, terutama penyokong PR sekiranya berundur daripada memimpin perikatan tersebut.

Beliau berkata, jika Anwar mengundurkan diri, bagaimana PR akan menang dan menawan Putrajaya jika tidak berjaya dalam cubaan kali ini.

"Kelemahan PR ialah rakyat tidak kurang percaya kepada PKR dan kepimpinan Anwar.

“Anwar digambarkan pihak tertentu sebagai gila kuasa dan sanggup buat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR PRU13 di Sunshine Square di sini, hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kejutan minggu lalu apabila mengumumkan akan mengundurkan diri jika gagal membawa PR menduduki Putraja dalam PRU13.

Serentak dengan itu, beliau mahu pakatan itu mencari pemimpin baru untuk meneruskan perjuangan dalam arena politik tanah air.

Pengumuman beliau mengejutkan ramai pihak dan beberapa pimpinan PR kerana masih memerlukan kepimpinannya untuk terus menerajui komponen parti itu.

Kenyataan itu diulangi Anwar pada satu ceramah di Rawang dan Selayang kelmarin dengan alasan adalah cubaan terakhirnya dalam perjuangan politik.

sinarharian

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List