Ummi Hafilda larikan duit RM2,500

on Jul 11, 2012





RUPANYA ada cerita lucu di sebalik ceramah Ummi Hafilda. Sebelum ini dalam ceramah, beliau mendakwa berjuang mendedahkan salah laku Anwar Ibrahim demi bangsa dan negara ternyata karut semata-mata.

Meskipun tidak ramai orang menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Ummi Hafilda ini, beliau dikatakan menerima bayaran yang lumayan iaitu sekitar RM2,500 setiap kali berceramah.

Hal itu terbongkar apabila Ummi Hafilda telah dibayar sebanyak RM2,500 untuk menyampaikan ceramah menghentam Anwar Ibrahim, namun beliau tidak hadir memberikan ceramah.

Difahamkan Ummi Hafilda tidak mahu memberikan ceramah kerana pihak penganjur tidak menyediakan banner promosi dengan gambar beliau. Maka beliau risau tidak ada orang akan menghadiri ceramahnya.

Justeru itu pihak yang terlibat menganjurkan ceramah itu telah menghubungi Ummi Hafilda untuk meminta balik duit yang telah diberikan. Menariknya kejadian itu dirakamkan oleh mereka, maka tersebarlah tembelang Ummi Hafilda.



Lucu melihat gelagat perempuan ini, kadang kala sampai menangis-nangis dalam ceramahnya untuk meraih simpati, kononnya demi membuktikan kebenaran. Namun rupanya air mata palsu itu mendapat bayaran yang lumayan.

Apa beza NAJIB ngan PAK LAH

on Jul 9, 2012



Najib lebih teruk dari Pak Lah... kenyataan beb...
Dia kini dilihat lebih ‘flip-flop’ berkali- kali sehingga penganalisis politik mengatakan dia telah menjadikan Abdullah Badawi kelihatan seperti orang yang berpendirian kukuh!


Badawi dahulunya telah digelar sebagai PIEM ‘Sleeping Beauty’ Umno Malaysia untuk tempoh masa yang singkat jaa...

Sekarang Najib mungkin sudah lepasi dan ramai yang meramalkan pemerintahannya akan berakhir dengan legasi yang lebih teruk daripada Badawi.

Boring betoi laaa...


hattp://shlehudin.blogspot.com/
Photobucket

'Silap jika mahu tawan Johor'

on



Pembangkang tersilap percaturan sekiranya mahu menawan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana rakyat negeri ini mengenali sikap sebenar parti berkenaan yang disifatkan sebagai 'saudagar janji'.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya terus menabur janji baru seperti yang dilakukan di Perak dan Selangor.


"Kita dapat tahu pemimpin parti pembangkang ini kerap turun ke Johor setiap minggu untuk ambil alih Johor, tetapi mereka silap percaturan sekiranya mahu menjadikan Johor seperti Perak dan Selangor.
"Rakyat keseluruhannya sudah mula sedar dengan sikap sebenar 'saudagar janji' ini hanya tahu menabur janji ini. Oleh itu, saya yakin Johor akan terus menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di UniKL MITEC di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, Johor dengan kepimpinan sedia ada dan di peringkat bahagian hingga ke akar umbi cukup kuat untuk mempertahankan negeri ini daripada dirampas pembangkang.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau menggesa pemimpin dan ahli UMNO supaya bersatu kerana ia adalah asas kekuatan parti dalam menghadapi sebarang cabaran.
Ahmad Zahid turut meminta jentera parti di semua peringkat supaya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum yang dilihat sebagai 'ibu' kepada segala pilihan raya sebelum ini.

"Pada pilihan raya lalu, pembangkang berjaya menawan beberapa negeri dan mereka mahu ia berulang pada pilihan raya nanti. Justeru, kita harus melipatgandakan usaha bagi memastikan kemenangan di tangan BN," katanya. - Utusan

* Selangor dulu seperti itulah...



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List