'Silap jika mahu tawan Johor'

on Jul 9, 2012



Pembangkang tersilap percaturan sekiranya mahu menawan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana rakyat negeri ini mengenali sikap sebenar parti berkenaan yang disifatkan sebagai 'saudagar janji'.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya terus menabur janji baru seperti yang dilakukan di Perak dan Selangor.


"Kita dapat tahu pemimpin parti pembangkang ini kerap turun ke Johor setiap minggu untuk ambil alih Johor, tetapi mereka silap percaturan sekiranya mahu menjadikan Johor seperti Perak dan Selangor.
"Rakyat keseluruhannya sudah mula sedar dengan sikap sebenar 'saudagar janji' ini hanya tahu menabur janji ini. Oleh itu, saya yakin Johor akan terus menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di UniKL MITEC di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, Johor dengan kepimpinan sedia ada dan di peringkat bahagian hingga ke akar umbi cukup kuat untuk mempertahankan negeri ini daripada dirampas pembangkang.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau menggesa pemimpin dan ahli UMNO supaya bersatu kerana ia adalah asas kekuatan parti dalam menghadapi sebarang cabaran.
Ahmad Zahid turut meminta jentera parti di semua peringkat supaya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum yang dilihat sebagai 'ibu' kepada segala pilihan raya sebelum ini.

"Pada pilihan raya lalu, pembangkang berjaya menawan beberapa negeri dan mereka mahu ia berulang pada pilihan raya nanti. Justeru, kita harus melipatgandakan usaha bagi memastikan kemenangan di tangan BN," katanya. - Utusan

* Selangor dulu seperti itulah...



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List