Bekas Tentera Melopong...

on Sep 8, 2012





PM, Najib Razak telah mengumumkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada keluarga mendiang Loganathan atas kemalangan yang menimpa keluarga pengasas kumpulan Alleycats itu .  "Sebagai menghargai jasa mendiang kepada budaya kita dan semangat 1Malaysia, Yayasan 1MBDB akan beri RM100,000 kepada keluarga mendiang", kata Najib.

Tambah Najib lagi, "Ini sebahagian dari sumbangan, budi kepada mereka yang banyak berjasa melalui profesion menyanyi dan menyumbang kepada pembentukan negara bangsa," katanya.  Najib yang merupakan Pemangku Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata demikian dalam ucapannya di program Karisma Ramadan anjuran kementerian itu di Pusat Dagangan Dunia Putra baru baru ini.
 
Keluarga Mendiang Loga memang patut dibantu, itu tidak boleh dipertikaikan samasekali.  Apa yang menjadi persoalannya jumlah bantuan sebanyak RM100,000 itu adakah turut dirasai oleh rakyat biasa, rakyat miskin, anggota pasukan keselamatan atau bekas perajurit sekiranya bencana seperti itu menimpa mereka?  
 
Siapa boleh nafikan jasa Mendiang Loga, penyanyi terkenal dari Kumpulan Alleycat ini dan sememangnya beliau ada jasa terhadap perkembangan seni tanahair.  Tetapi, jasa terhadap seni tidak boleh dibandingkan dengan jasa terhadap mempertahankan negara seperti yang dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan termasuk mereka yang telah bersara.  Kita ingin bertanya, siapakah di antara anggota keselamatan dan bekas perajurit yang pernah mengalami bencana rumah terbakar yang mendapat seperti yang diperolehi oleh keluarga Mendiang Loga?
 
Adakah kita mahu nafikan masih ramai bekas pesara tentera/polis yang masih hidup dengan menumpang atau menyewa rumah.  Seperti yang pernah di siarkan dalam akhbar dan blog, terdapat satu keluarga bekas tentera yang suaminya sakit tidak boleh bekerja sehingga kini masih menyewa rumah yang sewanya tidak berbayar selama lebih kurang dua tahun.  Bayangkan, jika keluarga Mendiang Loga yang telah memiliki rumah sendiri tetapi terbakar mendapat RM100,000 yang dianggap sudah mencukupi untuk sebiji lagi rumah baru,bagaimana pula nasib bekas tentera ini?  Jika Mendiang Loga dikatakan mempunyai jasa besar terhadap seni, adakah bekas tentera ini jasanya terlalu kecil?
 
Kita tidak mempertikaikan bantuan sebanyak mana pun terhadap sesiapa yang ditimpa bencana.  Tetapi apa jua bentuk bantuan biarlah adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.  Jika kerajaan tidak mampu memberi banyak bantuan, biarlah yang sedikit itu dikongsi bersama oleh mereka yang senasib. 



Photobucket

PENGERUSI ULAMA MUDA UMNO AKUI DIA TAK MAMPU NAK TEGUR KEPINCANGAN DALAM UMNO

on Sep 7, 2012






APATAH LAGI MENEGUR PARA PEMIMPIN TERTINGGI DALAM UMNO!!!!!!



KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.


“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.


Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.


Tambah beliau, “kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya.”


“Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.


Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga menunjukkan pungung kepada gambar pemimpin negara.


“Kami mengutuk insiden sedemikian ... kalau ia perbuatan salah dan melanggar perintah agama, memang kami tentang.


“Saya sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya lagi.

Asri sebelum ini menyelar ulama muda Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Beliau juga berkata budaya politik samseng ini adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.


“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,” kata Asri dalam kenyataannya di  laman rasminya www.drmaza.com.


Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya  mengikut kehendak parti semata-mata.


“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.


Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri  apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.


“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.


“Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi.

YANG KONONNYA BERILMU AGAMA PUN TAK MAMPU NAK TEGUR PARA PEMIMPIN UMNO.. MAKA SUDAH PASTI TIDAK MAMPU JUA MEMBAWA PERUBAHAN DARI DALAM SEPERTIMANA DIJANJIKAN SEMASA MASUK UMNO DULU!!!!



Photobucket

Sang Saka Punya Pasal

on Sep 5, 2012







Kami dalam askar dulu macamm macam bendera kami bawa....bendera kor dan sebagainya....tapi bukan le kami nak tukar bendera ATM atau TD....kami bawa je sebab bendera kor tu ada sejarah tersendiri dengan ATM/TD....So, tak sama ke dengan kes budak2 yang bawa bendera "Sang Saka" tu? Dia bukan nak tukar Jalur Gemilang pun.....


komen :-

1.   sengaja nak jadikan isu....sepatutnya kerajaan yg memerintah usah melayan perkara yg remeh temeh camni..byk isu besar lagi yg belum selesai, nampak sgt kerajaan najib suka kepada hal yg remeh2..rakyat hidup melarat dia tak ambil kisah pun

 2.  tu la pasal.....shj nak membesarkan,,tp bagus juga perkara ni keluar..kalau tidak kita sendiri tidak tahu sejarah bendera kita....biar UMNO meroyan


kredit :-  kobat bekas perajurit
Photobucket

NAJIB HISAP CURUT

on






Curut yang sinonim dengan minuman keras dan judi


Dari dahulu hinggalah semalam, saya menganggap Datuk Seri Najib merupakan seorang yang baik dan lurus bendul. Mungkin isterinya seorang saja yang jahat. Ramai orang tahu bahawa Datin Rosmah Mansor telah terkena terjahan saya sewaktu jabatan F.L.O.M ditubuhkan. Ekoran itu Najib terpaksa menipu mengenai kewujudan jabatan itu dan nombor telefon yang tertera pun ditamatkan perkhidmatannya.

Seseorang yang menghisap rokok atau curut ini bukanlah orang yang lurus bendul macam ulat buku. Para penghisap rokok ini lazimnya mempunyai sejarah hidup atau latar belakang yang gelap. Mereka hidup dengan penuh tekanan jiwa yang mengelirukan diri mereka sendiri. Jadi jalan keluarnya ialah dengan menghisap rokok.

Jika menghisap dadah dapat memberikan ketenangan pada si penghisap dadah, merokok itu juga dapat memberikan ketenangan pada si penghisap rokok dan merokok itu sangat susah ditinggalkan sehingga mampu membuatkan si penghisap runsing atau serba tak kena jika tak dapat sebatang rokok sehari.

Tapi apa kena mengena rokok dengan curut? Curut itu bapak kepada rokok. Ia mengandungi lebih tembakau dan mengandungi lebih nikotin.


Najib sedang hisap curut


Sultan Selangor menghulurkan tangan pada Rosmah


Pak haji kita?

Hari ini, saya terjumpa gambar Najib menghisap curut. Kalau ikut logik akal, curut merupakan benda sinonim dengan minuman keras dan judi. Ia sudah tentu bukan benda yang secocok dengan cara hidup orang Islam.

Jika anda ingin menulis karangan mengenai seorang alim (contohnya Pak Haji), jangan sesekali menulis Pak Haji tersebut menghisap curut. Kerana curut dengan orang yang baru menunaikan ibadah haji di bandar suci Mekah tidak sepadan sama sekali. Tambahan, Pak Haji telah terlatih selama berpuluh-puluh hari dengan undang-undang Mekah yang mengharamkan rokok apatah lagi curut.

Malah curut juga adalah benda yang memalukan bagi orang yang baru menghapuskan dosa dan bertaubat sambil menangis tersesak-esak di depan Ka'abah. Ini kerana Pak Haji sangat arif tentang bertapa pentingnya memelihara kesihatan diri seperti para Nabi junjungan S.A.W. Masakan si Pak Haji bodoh benar untuk membahayakan kesihatan diri dan memalukan umat Islam dengan menghisap curut?

Curut juga sama dengan rokok. Kedua-duanya ada cebisan dadah nikotin. Wujudnya dadah nikotin dalam kedua-dua benda ini, sama juga kewujudannya ulama' pengampu dalam dunia kita. Maka kiranya curut yang dicipta pada kurun ke-14 ini sudah wujud, sekali dengan ulama' pengampu yang akan menghalalkannya, mengapa kita harus sangsi lagi? Kita harus jelas dengan keputusan kita.

Justeru, jika kita tolak benda negatif, kita juga harus tolak pemimpin yang mengamalkan cara hidup negatif. Kerana pemimpin yang dilantik rakyat, bukan hanya dilantik untuk menghabiskan wang cukai rakyat, tapi juga dilantik untuk menunjukkan contoh yang baik pada rakyat.
 

hanief.blogspot.com



Photobucket

Kejatuhan BN Telah Bermula

on





Satu pergaduhan telah tercetus diantara dua kumpulan di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Pergaduhan tercetus apabila 30 samseng umno kumpulan, Waris Malaya menyerang Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR)  .

Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,”
Namun begitu, pihak polis berjaya meleraikan pergaduhan dan tiada kecederaan serius dilaporkan.



 Samseng  UMNO Cuba Serbu MasuKe Ibu Pejabat PKR



 Polis Lebih Ramai Dari Samseng Umno..Tapi Puak Setan Jadi Lebih Bongkak




Photobucket

Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya?

on Sep 4, 2012







Kalau anak didapati pandai dan berjaya dalam pelajaran, ibu bapa akan berkata " Keturunan I memang pandai semuanya." Tetapi jika anak bodoh, bengap, tolol, bahalol dan jahat macam hantu pula ibu bapa akan berkata, " Cikgunya yang tak pandai mengajar. Cikgunya punya pasal la jadi macam tu."

Kalau anak buat salah dan bangang di sekolah ibu bapa salahkan guru. Apabila anak buat hal di luar sekolah ibu bapa salahkan ahli masyarakat dan polis. Tetapi apabila anak buat hal di rumah, ibu bapa tak pernah salahkan diri SENDIRI. Lu pikir la sendiri!

Fitnah jahat blogger umno



Photobucket

Selamatkan Barisan Nasional

on Sep 3, 2012




Nampaknya desas-desus mengenai ura-ura Umno-APCO Johor mahu menobatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggantikan Najib ternyata benar!

Ini dibuktikan dengan terpampangnya sebuah poster yang dipercayai dinaikkan di sebuah pusat membeli-belah di negeri karat Umno-APCO sejak beberapa hari lalu.
 

Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang Umno-APCO percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara.
 

Tambahnya lagi, hasil maklumat dalaman, sekiranya Najib  tidak diturunkan dari jawatannya sekarang, besar kemungkinan Umno-APCO dan Barisan Nasional akan kalah teruk bukan setakat di negeri kelahiran Umno-APCO itu bahkan kebanyakkan kawasan parlimen di Malaysia.
 

Dengan tajuk poster "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertulis "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor, tidak syak lagi ia bakal mencetuskan perang antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara yang sudah lama bertelingkah dalam soal dasar dan hala tuju kerajaan.
 

Sementara Najib memilih slogan 'Malaysia dahulu baru Melayu', Muhyiddin pula jelas bertentangan dengan prinsip bosnya yang membuktikan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak sehaluan lagi.
 

Setakat ini belum ada sebarang penafian mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan Muhyiddin atau badan perhubungan Umno-APCO dan BN negeri yang diketuai Menteri Besar, Ghani Othman.
 



Photobucket

Harga Getah Merundum

on Aug 30, 2012






Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.

Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.

Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.

"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.

Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.

Tidak dinafikan tambah beiau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.

"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.

“Kadang-kadang jika dilihat ianya macam nak tergelak," jelas beliau yang lebih mesra di panggil Pak Ya Baling. - Harakah Daily.


Terima Kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, Kerana Barisan Nasional Harga Getah naik, Harga Kelapa Sawit Naik dan harga Kelapa naik..

Begitulah mudahnya Pemimpin-pemimpin UMNO/BN memperbodohkan rakyat yang hidupnya sukar untuk mendapatkan berita alternative selain dari Utusan dan TV3 sahaja, apa yang dibaca didepan mata itulah yang dipercayai mereka.

Sedangkan kesemua komoditi diatas naik harganya tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional dan UMNO langsung.. Harganya ditentukan oleh pasaran dunia dan pasaran dunia tidak dikawal oleh Barisan Nasional mahupun UMNO.

Sekarang.. harga salah satu dari komoditi tersebut di atas telah menjunam.. nak berterima kasih lagi ke?


Kalau dulu pemimpin-pemimpin UMNO boleh menaikkan banner mengucapkan terima kasih kepada BN kerana harga getah naik..



Aku rasa.. tak salah kalau rakyat yang terdiri dari penoreh getah pula menaikkan banner 'Haram Jadah Kerajaan Barisan Nasional' pula kerana menyebabkan harga getah jatuh... he..he..


Photobucket

Sarawak Pula Bakal Terbelah....!

on Aug 25, 2012






Keretakan BN Sabah sudah pun terserlah, ia bukan lagi retak yang menanti belah tetapi sudah terbelah. Cuma apa yang terbelah itu belum berpisah (tercabut) lagi, umpama kelapa yang dibelah dua, di antara satu sama hanya terikat dengan beberapa urat sabut sahaja.
Apakah majlis atau himpunan sempena hari Malaysia pada 15 dan 16 September yang bakal diadakan di Sabah dan Sarawak kelak akan menyaksikan dua ‘tempurung’ itu akan berpecah dan terpisah di antara satu sama lain?
Tanggal itu nanti akan ada beberapa tokoh BN di Sarawak mengistyharkan meninggalkan komponen yang mengusang itu?
Kita tunggu saja perkembangan di Sabah yang begitu mencemaskan UBN dan memberi sinar dan harapan baru kepada Pakatan Rakyat kini. Anwar Ibrahim sendiri nampaknya begitu konfiden dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak muasir ini. Buktinya kalau beliau tidak konfiden Sabah dan Sarawak akan mengenapkan korum untuk menguasai parlimen Malaysia, penasihat umum PKR itu tidak akan bermain dengan kata-kata atau janji lisan politik; kalau tak menang dia akan bersara. Sudah dua kali Anwar menzahirkan kononnya dia akan bersara kalau pilihan raya kali ini tetap juga tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Amat ‘rohok’ bagi seorang politik melafazkan perkataan bersara secara mudah. Perkataan bersara tidak ada dalam kamus orang politik. Betapa pun kalau sudah sampai masa bersara, di dalam persaraan itu pun mereka masih aktif dan terus memainkan peranan. Itu Mahathir Mohamad walaupun sudah pensiun tetapi ada kalanya lebih laju dan lantang dari mereka yang masih memegang kuasa. Mahathir tidak akan bersara penuh selagi Udin anak Yassin belum jadi PM dan anaknya Mukhriz menjadi timbalan Udin. Kalau pun dia ditakdirkan meninggal sebelum anaknya berjaya dalam politik mungkin keranda dan batu nisannya tetap akan berkempen untuk Mukhriz?
Mahathir berbeza dengan Abdullah Badawi yang mengotakan katanya bila sudah pensiun dia terus pensiun dan menjadi negarawan dihormati.
Apa tah lagi dengan Anwar yang gelora perjuangannya bukan berdebur dan mengamuk sejak beliau mengenali politik Umno, (1982) tetapi ia bermula di bangku sekolah lagi. Jadi saya tidak fikir Anwar semudah itu akan bersara, melainkan kata-kata yang dilafazkan itu satu ejekan atas keyakinannya selepas ini rakyat akan menukar kerajaan dan beliau bakal dinobat sebagai Perdana Menteri.
Munasabah dan berasas kalau Anwar berkeyakinan begitu. Malaysia Timur nampaknya akan menjadi pemacu kepada perubahan kerajaan di Malaysia. Istidraj politik nampaknya akan berlaku di negara ini. Yang akan menjadi pemangkin membalikkan kerajaan BN bukan di Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak?
Tanda-tanda awal ini sudah jelas dan kini sedang menanti tanda-tanda pertengahan. Selapas Sabah terbelah, kini ia sudah memborak (merebak) ke Sarawak pula. Mungkin perpecahan di Sarawak tidak begitu ketara lagi. Justeru ada yang merasakan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN. Umno khasnya masih menyanyi lagu simpanan tetap 1 Malaysia. Tetapi sedarkah dengan beberapa perkembangan terbaru yang menjadi negatif kepada UBN sehari dua ini sedang berlaku di Sarawak? Adalah satu kesilapan bagi UBN dan Ha Najib Razak kalau menerima apa yang berlaku ini perkara biasa. Sikap menganggap fenomena itu perkara remeh bakal menjerat leher UBN dan Ha Najib.
Perkembangan yang bakal menyebabkan Najib akan menggaru kepala separuh botak yang tidak gatal itu ialah apabila beberapa pemimpin tertinggi BN di Sarawak termasuk Taib Mahmud sudah mula membuat jentikan minda kepada Najib dan memberi mesej jelas apabila beliau mahukan kerajaan Persekutuan (Petronas) membuat semakan ke atas royalti minyak 5% untuk Sarawak? Apakah maksud Taib Mahmud ini? Ia tidak boleh dipandang mudah dan makna di sebalik mesej itu yang dibuat dalam situasi hari ini hendaklah difahami searif mungkin.
Jika hubungan Taib dengan Najib lendik, tidak mungkin Taib akan membuat usikan itu. Taib tidak akan bergurau dengan Najib dalam keadaan seperti hari ini. Gurauan itu adalah gurauan biawak! Gurauan yang boleh meresahkan Najib. Atau kalau Sarawak hendakkan juga, Taib harus bersuara dalam senyap dengan membisikkan kepada Najib. Tetapi apabila dua menteri kanan Sarawak turut bersuara hal itu menunjukkan Sarawak sedang bermasalah dengan Kuala Lumpur, dan desakan itu terbuka.
Dua menteri kanan yang meminta kadar royalti petroleum untuk Sarawak dikaji ialah James Masing dan Fatimah Abdullah, demikian menurut sdr Musli Oli menerusi Fbnya. Mereka ini tidak akan menyuarakan subjek yang sensitif ini kalau tanpa restu Taib. Soalnya pula kenapa Taib mengizinkannya mereka menimbulkan perkara itu? Persoalan dan keluarbiasan inilah yang perlu dimasukkan ke dalam mahkmal politik Najib untuk dianalisis.
Bagi seorang pemain politik yang bijak dan licit persis Taib waktu inilah untuk dia membuat apa-apa tuntutan kepada Najib. Taib adalah pengguna wang paling handal untuk ketahanan politiknya di rantau ini. Masa ini adalah terbaik. Dalam Najib belum selesai dan gagal menyelesaikan tuntutan beberapa perkara di Sabah menyebabkan tokoh-tokoh dan kerabat BN meninggalkan parti itu, inilah masanya untuk Taib mengerudi Najib. Politik mana ada belas kesihan dan simpati dan selalunya orang politik akan menyerang musuh dan kawannya sendiri waktu mereka sakit. Opotunis dan hipokrasi adalah dua dari empat rukun politik, 4C.
Apa perlu diingatkan Taib ada terasa hati dengan Najib semasa pilihan raya negeri Sarawak dulu bila mana Najib secara terbuka meminta Taib berundur demi menyelamatkan Sarawak. Gesaan itu meninggalkan kesan mendalam di hati Taib. Taib tidak akan melupai sama sekali gesaan itu yang dianggap ia adalah cabaran jiwa terbesar untuknya. Apakah dengan kesan itu tidak mustahil kalau Taib ingin mengajar Najib bagamainan untuk bermain dengan kuasa politik?
Mungkin Taib sedar tuntutan atau permintaan Sarawak itu akan dilayan. Dalam keadaan Najib memerlukan Sarawak setelah Sabah terbelah kini, bagi fikiran Taib, Najib akan memenuhinya. Kerana itulah beliau mengacah beruk ke atas Najib. Waluapun sukar Najib akan cuba memenuhinya demi menyelamatkan simpanan tetap dalam banknya di Sarawak.
Taib pula boleh saja untuk terus ugut Najib dengan membuat kenyataan kemungkinan PBB juga akan meninggalkan BN. Kalau inilah dibuat Taib Najib boleh jantuh pengsan terus dan Rosmah juga boleh tersalah ambil fesyen coli yang hendak dipakainya.
Kerenah Taib dan beberapa orang menteri kabinet Sarawak ini merimaskan Najib dan memberi denyutan baru di kepala Najib. Ia mungkin menyebabkan Najib akan terbang malam ke Sarawak pula kali ini seperti mana pernah dilakukan ke atas Sabah baru-baru ini. Beliau akan jadi seperti kucing kejatuhan anak, ke hulur dan ke hilir menyelesaikan masalah yang makin bertimbun dan menyerabut.
Dalam pada itu usikan Taib di Sarawak itu tambah menyakinkan padangan ramai bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin dilewatkan sampai ke tahun depan dan menyebabkan ramalan Sabah dan Sarawak bakal menjadi pemancu sebenar kepada perubahan kerajaan negara ini semakin nyata.


Sumber..... http://mediaperak.com/2012/08/25/panas-sarawak-pula-bakal-terbelah/




Photobucket

`Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM’

on










Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008.
“Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.
“Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah  dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.
Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.
“Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah,” katanya.
Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.
“Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar,” katanya.
Mana menteri?
Namun, Umi  juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.
“Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin,” katanya lagi.
Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.
“Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10, 000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8, 000 orang.
“Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya,” kata Umi lagi.
Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.
Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap  dahulu.
Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin PaKatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List