Keretakan BN Sabah sudah pun terserlah, ia bukan lagi retak yang menanti belah tetapi sudah terbelah. Cuma apa yang terbelah itu belum berpisah (tercabut) lagi, umpama kelapa yang dibelah dua, di antara satu sama hanya terikat dengan beberapa urat sabut sahaja.
Apakah majlis atau himpunan sempena hari Malaysia pada 15 dan 16 September yang bakal diadakan di Sabah dan Sarawak kelak akan menyaksikan dua ‘tempurung’ itu akan berpecah dan terpisah di antara satu sama lain?
Apakah majlis atau himpunan sempena hari Malaysia pada 15 dan 16 September yang bakal diadakan di Sabah dan Sarawak kelak akan menyaksikan dua ‘tempurung’ itu akan berpecah dan terpisah di antara satu sama lain?
Tanggal itu nanti akan ada beberapa tokoh BN di Sarawak mengistyharkan meninggalkan komponen yang mengusang itu?
Kita tunggu saja perkembangan di Sabah yang begitu mencemaskan UBN dan memberi sinar dan harapan baru kepada Pakatan Rakyat kini. Anwar Ibrahim sendiri nampaknya begitu konfiden dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak muasir ini. Buktinya kalau beliau tidak konfiden Sabah dan Sarawak akan mengenapkan korum untuk menguasai parlimen Malaysia, penasihat umum PKR itu tidak akan bermain dengan kata-kata atau janji lisan politik; kalau tak menang dia akan bersara. Sudah dua kali Anwar menzahirkan kononnya dia akan bersara kalau pilihan raya kali ini tetap juga tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Amat ‘rohok’ bagi seorang politik melafazkan perkataan bersara secara mudah. Perkataan bersara tidak ada dalam kamus orang politik. Betapa pun kalau sudah sampai masa bersara, di dalam persaraan itu pun mereka masih aktif dan terus memainkan peranan. Itu Mahathir Mohamad walaupun sudah pensiun tetapi ada kalanya lebih laju dan lantang dari mereka yang masih memegang kuasa. Mahathir tidak akan bersara penuh selagi Udin anak Yassin belum jadi PM dan anaknya Mukhriz menjadi timbalan Udin. Kalau pun dia ditakdirkan meninggal sebelum anaknya berjaya dalam politik mungkin keranda dan batu nisannya tetap akan berkempen untuk Mukhriz?
Mahathir berbeza dengan Abdullah Badawi yang mengotakan katanya bila sudah pensiun dia terus pensiun dan menjadi negarawan dihormati.
Apa tah lagi dengan Anwar yang gelora perjuangannya bukan berdebur dan mengamuk sejak beliau mengenali politik Umno, (1982) tetapi ia bermula di bangku sekolah lagi. Jadi saya tidak fikir Anwar semudah itu akan bersara, melainkan kata-kata yang dilafazkan itu satu ejekan atas keyakinannya selepas ini rakyat akan menukar kerajaan dan beliau bakal dinobat sebagai Perdana Menteri.
Munasabah dan berasas kalau Anwar berkeyakinan begitu. Malaysia Timur nampaknya akan menjadi pemacu kepada perubahan kerajaan di Malaysia. Istidraj politik nampaknya akan berlaku di negara ini. Yang akan menjadi pemangkin membalikkan kerajaan BN bukan di Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak?
Tanda-tanda awal ini sudah jelas dan kini sedang menanti tanda-tanda pertengahan. Selapas Sabah terbelah, kini ia sudah memborak (merebak) ke Sarawak pula. Mungkin perpecahan di Sarawak tidak begitu ketara lagi. Justeru ada yang merasakan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN. Umno khasnya masih menyanyi lagu simpanan tetap 1 Malaysia. Tetapi sedarkah dengan beberapa perkembangan terbaru yang menjadi negatif kepada UBN sehari dua ini sedang berlaku di Sarawak? Adalah satu kesilapan bagi UBN dan Ha Najib Razak kalau menerima apa yang berlaku ini perkara biasa. Sikap menganggap fenomena itu perkara remeh bakal menjerat leher UBN dan Ha Najib.
Perkembangan yang bakal menyebabkan Najib akan menggaru kepala separuh botak yang tidak gatal itu ialah apabila beberapa pemimpin tertinggi BN di Sarawak termasuk Taib Mahmud sudah mula membuat jentikan minda kepada Najib dan memberi mesej jelas apabila beliau mahukan kerajaan Persekutuan (Petronas) membuat semakan ke atas royalti minyak 5% untuk Sarawak? Apakah maksud Taib Mahmud ini? Ia tidak boleh dipandang mudah dan makna di sebalik mesej itu yang dibuat dalam situasi hari ini hendaklah difahami searif mungkin.
Jika hubungan Taib dengan Najib lendik, tidak mungkin Taib akan membuat usikan itu. Taib tidak akan bergurau dengan Najib dalam keadaan seperti hari ini. Gurauan itu adalah gurauan biawak! Gurauan yang boleh meresahkan Najib. Atau kalau Sarawak hendakkan juga, Taib harus bersuara dalam senyap dengan membisikkan kepada Najib. Tetapi apabila dua menteri kanan Sarawak turut bersuara hal itu menunjukkan Sarawak sedang bermasalah dengan Kuala Lumpur, dan desakan itu terbuka.
Dua menteri kanan yang meminta kadar royalti petroleum untuk Sarawak dikaji ialah James Masing dan Fatimah Abdullah, demikian menurut sdr Musli Oli menerusi Fbnya. Mereka ini tidak akan menyuarakan subjek yang sensitif ini kalau tanpa restu Taib. Soalnya pula kenapa Taib mengizinkannya mereka menimbulkan perkara itu? Persoalan dan keluarbiasan inilah yang perlu dimasukkan ke dalam mahkmal politik Najib untuk dianalisis.
Bagi seorang pemain politik yang bijak dan licit persis Taib waktu inilah untuk dia membuat apa-apa tuntutan kepada Najib. Taib adalah pengguna wang paling handal untuk ketahanan politiknya di rantau ini. Masa ini adalah terbaik. Dalam Najib belum selesai dan gagal menyelesaikan tuntutan beberapa perkara di Sabah menyebabkan tokoh-tokoh dan kerabat BN meninggalkan parti itu, inilah masanya untuk Taib mengerudi Najib. Politik mana ada belas kesihan dan simpati dan selalunya orang politik akan menyerang musuh dan kawannya sendiri waktu mereka sakit. Opotunis dan hipokrasi adalah dua dari empat rukun politik, 4C.
Apa perlu diingatkan Taib ada terasa hati dengan Najib semasa pilihan raya negeri Sarawak dulu bila mana Najib secara terbuka meminta Taib berundur demi menyelamatkan Sarawak. Gesaan itu meninggalkan kesan mendalam di hati Taib. Taib tidak akan melupai sama sekali gesaan itu yang dianggap ia adalah cabaran jiwa terbesar untuknya. Apakah dengan kesan itu tidak mustahil kalau Taib ingin mengajar Najib bagamainan untuk bermain dengan kuasa politik?
Mungkin Taib sedar tuntutan atau permintaan Sarawak itu akan dilayan. Dalam keadaan Najib memerlukan Sarawak setelah Sabah terbelah kini, bagi fikiran Taib, Najib akan memenuhinya. Kerana itulah beliau mengacah beruk ke atas Najib. Waluapun sukar Najib akan cuba memenuhinya demi menyelamatkan simpanan tetap dalam banknya di Sarawak.
Taib pula boleh saja untuk terus ugut Najib dengan membuat kenyataan kemungkinan PBB juga akan meninggalkan BN. Kalau inilah dibuat Taib Najib boleh jantuh pengsan terus dan Rosmah juga boleh tersalah ambil fesyen coli yang hendak dipakainya.
Kerenah Taib dan beberapa orang menteri kabinet Sarawak ini merimaskan Najib dan memberi denyutan baru di kepala Najib. Ia mungkin menyebabkan Najib akan terbang malam ke Sarawak pula kali ini seperti mana pernah dilakukan ke atas Sabah baru-baru ini. Beliau akan jadi seperti kucing kejatuhan anak, ke hulur dan ke hilir menyelesaikan masalah yang makin bertimbun dan menyerabut.
Dalam pada itu usikan Taib di Sarawak itu tambah menyakinkan padangan ramai bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin dilewatkan sampai ke tahun depan dan menyebabkan ramalan Sabah dan Sarawak bakal menjadi pemancu sebenar kepada perubahan kerajaan negara ini semakin nyata.
Sumber..... http://mediaperak.com/2012/08/25/panas-sarawak-pula-bakal-terbelah/
0 comments:
Post a Comment