SELEPAS PAHLOLRAZI, HASHIM JASIN PULA SAHKAN PERJUMPAAN RAHSIA DENGAN PAP...?

on Sep 19, 2012





Negeri Perlis ini, negeri miskin. Kalau federal tidak sokong, boleh ke negeri ini hendak bayar gaji pegawai dia apatah lagi membuat pembangunan. Apa komen ustaz?

Hal ini juga berbangkit dalam Dewan Undangan Negeri. Saya kata senang je, pendapatan kerajaan negeri dalam RM120 juta saja. Bagaimana nak hidup. Saya jawab, komplek PAS Perlis, orang nilai RM6 ke RM7 juta. Dengan tanah, tar dan segalanya. Barang yang orang bagi pun kami kira duit. Jumlahnya kami buat RM1.8 juta. Semua orang tidak percaya. Sampai Menteri Dalam Negeri Singapura yang datang ke sini pun tidak percaya. Kita boleh buat.

Jadi Umno, dengan RM200 juta pun tidak cukup, kita yakin dengan RM100 juta tu cukup untuk mentadbir negeri. Kita yakin, pintu rezeki Allah akan buka.

Antara Laporan yang dinafikan oleh juak-juak PAS,"...Phahrolrazi : “The visit had nothing to do with politics.'' (Graphics by Dayang Norazhar/The Mole)
KUALA LUMPUR : The Kedah state government has denied that a recent visit by Singaporean diplomats to Kedah Pas headquarters had anything to do with politics.

Politics was also not part of the discussion during the meeting between the Singapore diplomats and Mentri Besar Datuk Seri Azizan Razak, says senior state executive councillor Datuk Phahrolrazi Zawawi.
  
The Singapore diplomats visit to the state Pas headquarters which was also the party's Command Center has drawn criticism and suspicion as such meeting should have been held at the mentri besar's office. 

Several blogs have since questioned the island republic's role in local Kedah politics and that of Pas.

Phahrolrazi however denied any such link or interference by outsiders.

“The visit had nothing to do with politics, there was nothing unusual about the meeting between the diplomat and the MB. If you want to know in detail what was discussed at the meeting, you should speak to the Mentri Besar (Azizan).  

“I do not think it is right to classify the Pas headquarters as a Command Center, sometimes the MB (Azizan) chooses to hold state related meetings at the party’s complex.

“The meeting was held to discuss state matters, it was just a normal diplomatic meeting between the state and Singapore intended to strengthen diplomatic ties,’’ Phahrolrazi told The Mole.

A blog post at Just Read highlighted that Singaporean diplomats had visited the Pas Command Center (headquarters) and questioned whether it was a diplomatic norm to do so.

The blogger stated that even if the visit by Singapore’s Minister of State for Foreign Affairs and Home Affairs Masagos Zulkifli was for a meeting with the Mentri Besar, the diplomat should not have visited the Command Center.


Selanjutnya perhatikan pembongkaran yang berjaya dilakukan oleh para blogger http://mymassa.blogspot.com/2012/09/akhirnya-pas-mengaku-bawa-wakil-pap.html

Pemimpin-pemimpin PAS berusaha menyembunyikan isu Lawatan PAP itu, akhirnya mereka sendiri yang terlepas cakap dan tanpa sedar...

Isunya kini, sudah berapa hektar tanah diberi kepada syarikat-syarikat Singapore di Kedah hasil pertemuan rahsia ini...Rakyat perlu tahu tanah dijual untuk mengkayakan diri mereka. Seperti penyelewengan wang Memali, apabila mereka melihat wang di depan mata, kopiah mereka melayang ditiup angin PAP.


Photobucket

ADUN Kupang Hantar 20 Surat Amaran Untuk Terajang Taib Azzamuddin...?

on






PAS Baling menyertai beberapa PAS Kawasan lain di Kedah untuk turut sama  bergolak akibat keceluparan, keserakahan dan ketamakan untuk mendapatkan kuasa. Kalau Phahrolrazi dan gandingannya, Dr. Ismail Salleh bersama-sama Mahfuz Omar dan Mat Sabu cuba menjatuhkan dan menghapuskan Azizan Abdul Razak, manakala Amiruddin Hamzah pula bertindak bagaikan lalang yang ditiup angin, di Baling, PAS juga tidak kurang hebat bergolak dan berperang sesama sendiri.
ADUN Kupang merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Baling, Johari Abdullah dikatakan telah menghantar surat amaran kepada 20 orang Ketua Cawangan PAS di Kupang, Kuala Ketil, Malau, Pulai dan Baling. Surat-surat berkenaan telah dihantar menerusi pos pada penghujung Ogos 2012. Surat Amaran tersebut menyatakan, sesiapa yang tidak berpaksi kepada PAS Baling akan dipecat.
Semuanya kerana 20 orang Ketua Cawangan berkenaan telah menolak kepimpinannya sebaliknya mengekalkan sokongan dan wala' kepada Ahli Parlimen Baling dan bekas Imam Besar Masjid Negara, Taib Azzamuddin.
Yang Dipertua PAS Kawasan Baling adalah Awang Lanai yang sudah lanjut usia. 
Perbalahan antara puak-puak dalam PAS di Baling, sememangnya cukup hebat. Kempen menjatuhkan dan menghalau Taib Azzamuddin sedang giat dijalankan oleh golongan yang berkiblatkan PKR dan DAP dalam PAS. Johari Abdullah dikatakan sebahagian daripada pasukan berkenaan.
Alasan yang mereka berikan untuk menolak dan menghalau Taib Azzamuddin adalah, bekas Imam Besar Masjid Negara itu merupakan TALIBARUT UMNO dan PEROSAK PAS.
Walhal apa yang dilakukan oleh Taib Azzamuddin adalah memperkukuhkan PAS kembali ke landasan asal perjuangan parti tersebut. Dan yang paling penting, Taib Azzamuddin secara jelas dan terang-terangan enggan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba menjatuhkan Azizan Abdul Razak.


Photobucket

Apakah DAP bakal keluar dari Pakatan Rakyat...?

on




Sikap berdiam diri DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud oleh Pas dipercayai kerana parti pimpinan Lim Kit Siang itu mahu mengambil jalan paling 'selamat' kerana bimbang kehilangan undi orang Melayu. 

Bekas Ketua Cawangan DAP Sg. Pelek, R. Vellasamy mendakwa parti itu berkemungkinan akan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum iaitu setelah mendapat undi orang Melayu. 

Menurutnya, 'Dinasti Lim' yang diterajui oleh Kit Siang selaku Penasihat DAP dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, gusar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menentang hudud kerana takut kalah pada pilihan raya akan datang.

"Mereka anak beranak cuma ada satu agenda iaitu menang besar pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan orang Melayu serta kehilangan beberapa kawasan dengan mudah. Selepas menang nanti, dengan senang hati, mereka akan menggunakan alasan hudud untuk keluar daripada pakatan pembangkang. 

"Sehingga itu, mungkin juga Pengerusinya, Karpal Singh akan menjadi 'mangsa' sebagai alternatif untuk terus menentang hudud," katanya ketika di hubungi di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mencabar parti itu untuk keluar daripada pakatan pembangkang seandainya menolak pelaksanaan hukuman hudud oleh Pas. 

Vellasamy mendakwa, Karpal akan terus dipergunakan dan dibiarkan berjuang keseorangan sehingga dibenci oleh masyarakat Melayu kerana menentang hudud walaupun majoriti DAP tidak bersetuju dengan hukuman tersebut. 

"Walaupun pimpinan tertinggi DAP menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Karpal, mereka hanya cakap-cakap kosong sahaja kerana semua takut kepada 'Dinasti Lim.' 

"Pemimpin lain dalam DAP mendiamkan diri daripada terus menentang secara terbuka kerana takut akan kehilangan peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti. Adakah golongan ini layak dipanggil pemimpin untuk memimpin negara?

"Karpal disukai oleh segelintir rakyat serta beberapa pemimpin lain kerana lebih telus dan lantang. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan sekiranya Pengerusi ini turut disingkir satu hari nanti kerana kelantangan beliau menyusahkan dinasti itu, " jelasnya. 

Beliau menambah, setiap kali dipersoalkan, Kit Siang dengan bijak akan memainkan isu lain bagi terus mengelirukan rakyat. 

"Sehingga kini Kit Siang dan Guan Eng hanya mendiamkan diri walaupun didesak berkali-kali untuk mengeluarkan kenyataan. Kita tahu tentang agenda mereka semata-mata untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti," ujarnya. 

Suara Politik
Taminsari



Photobucket

Anwar Cuba Bawa Masuk Duit Zionis Untuk PKR Berpilihanraya...?

on





Maklumat memberitahu, Anwar telah ke London pada 17 September lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 22 September 2012. Dengan kata lain, Anwar kini sedang menerima arahan dan ajaran saat-saat akhir daripada para guru, ikon, berhala dan tuan besarnya di luar negara.
Sudah terlalu lama timbul persoalan, apa sebenarnya yang Anwar Ibrahim cari di luar negara, siapa yang Anwar Ibrahim jumpa, apa motif sebenar kekerapannya ke luar negara, khususnya Eropah dan Amerika Syarikat. Persoalan-persoalan tersebut tidak pernah dijawab oleh Anwar Ibrahim mahupun konco-konconya. Sebaliknya, setiap kali perkara tersebut dibangkitkan, Anwar Ibrahim akan cuba mempersoalkan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor pula ke luar negara atas kapasiti peribadi mahupun rasmi.
Terlalu banyak pendedahan dibuat tentang Anwar Ibrahim dan pemergiannya ke luar negara. Bukti-bukti bergambar mahupun klip-klip video yang menunjukkan Anwar dan pemimpin-pemimpin Zionis tertentu dalam program-program yang dikenalpasti sebagai program untuk menjahanamkan negara-negara dan umat Islam, telah didedahkan, namun Anwar Ibrahim dan konco-konconya tetap menafikan yang keseluruhan operasi Pakatan Rakyat, khususnya PKR dibiayai oleh Zionis.
Anwar Ibrahim dan PKR cuba menyaingi Barisan Nasional dengan kemewahan. Apabila sudah terdesak, akhirnya Khalid Ibrahim yang menjadi kepala pembohong dengan mengatakan, PKR memperoleh kemewahan tersebut hasil pembiayaannya secara peribadi. Contoh terbaik adalah dalam kes bas dan treler mewah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk berceramah di seluruh Semenanjung. Namun apabila dibuktikan bahawa pembiayaan tersebut datangnya daripada rompakan wang rakyat Selangor yang dilabelkan oleh PKR sebagai GERAN SELANGORKU, Khalid Ibrahim dan konco-konconya di Selangor pula yang mengelak atau melarikan diri.
Secara logik, kita boleh mempersoalkan dari mana sebenarnya Anwar Ibrahim memperolehi wang yang banyak bagi membolehkan dia terbang ke sana ke mari dengan begitu bebas. Dan secara logik juga, Anwar mempunyai dua sumber untuk tujuan berkenaan selain perbelanjaan buat program serta aktiviti partinya. Sumber pertama adalah domestik atau dalam negeri. Dan yang kedua adalah sumber dari luar negara.
Sumber dalam negeri seperti yang diketahui oleh semua pihak adalah dari Selangor. Rompakan demi rompakan yang dilakukan oleh Kerajaan Khalid Ibrahim sudah sampai ke tahap merosakkan negeri. Isu Talam Corporation, isu air, 50 lori compactor, lombong pasir, mineral dan pelbagai program angan-angan yang kononnya sebagai bantuan kepada rakyat seperti Program Warga Emas, semuanya itu memberikan pulangan yang bukan sedikit bagi membiayai kemewahan Anwar Ibrahim.
Manakala sumber kedua pula adalah dari luar negara. Bukan lagi rahsia bagaimana Anwar Ibrahim dan PKR mendapat bantuan khusus dan terus daripada George Soros, serta pemimpin Zionis lagi.
Adalah difahamkan, Anwar Ibrahim ke London kali ini untuk bertemu Al-Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat yang juga merupakan penyokong Gay terbesar dunia. Tujuan utamanya bertemu dengan Al-Gore di London adalah untuk mendapatkan dana bagi tujuan PRU13.
Gaya perbelanjaan mewah Anwar Ibrahim dan PKR telah menyebabkan akaun parti itu kosong. Dek kerana itulah, banyak aktiviti-aktiviti cabang PKR yang tidak dapat digerakkan. Semuanya berpunca daripada ketiadaan dana dan peruntukan. Ketiadaan peruntukan dan dana itulah yang mencetuskan pergaduhan dan permusuhan di dalam PKR sendiri seperti yang kita boleh saksikan dalam beberapa insiden konflik dalaman parti berkenaan.
Berapa banyak pula kali ini dana yang akan Anwar Ibrahim bawa balik dari Eropah untuk PKR dan Pakatan Rakyat? Apa pula program besar yang telah ditunjuk ajar oleh tuan-tuan Zionisnya untuk ditunjukajar kepada rakyat Malaysia pula? Dan apakah kekecohan yang akan Anwar Ibrahim lakukan demi mendapatkan perhatian daripada rakyat Malaysia sebagai cara promosi parti dan pakatan yang diterajuinya?
Dan yang sudah tentu amat menarik untuk dinilai ialah bagaimana Anwar Ibrahim mengarahkan konco-konconya agar memperhebatkan putar belit tentang keberadaan George Soros yang menjadi tulang belakang kepada PKR serta aktiviti beberapa kumpulan yang mahu dikenali sebagai NGO seperti SUARAM di negara ini.
Cubaan yang amat menarik iaitu tarik perhatian tentang George Soros untuk menutup atau melindungi Al-Gore pula!


sumber
Photobucket

JANJI DITEPATI.....NAJIB JANJI NEGARA MAJU 2020

on





BINTULU: Keputusan Sarawak dan Sabah 'MENYERTAI' (11) negeri di Semenanjung, sekali gus membentuk Malaysia menguntungkan rakyat kedua-dua negeri itu dalam menikmati arus pembangunan sehingga hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penduduk di Bumi Kenyalang dan Negeri Di Bawah Bayu membuat keputusan bersejarah dengan membulat tekad dan menzahir hasrat dengan niat masa depan mereka serta anak terjamin.
“Keputusan dibuat mereka (penduduk) Sarawak dan Sabah menyertai bersama 11 negeri lain tepat kerana mementingkan masa depan. Hari ini (malam kelmarin), genap 49 tahun rakyat kedua-dua negeri membuat keputusan yang amat bersejarah dalam negara kita.

“Dan keputusan dibuat itulah terbentuknya Persekutuan yang diberi nama Malaysia. Saya yakin penduduk mahupun di Bumi Kenyalang ini atau Negeri Di Bawah Bayu tidak membuat kesilapan besar apabila menyertai Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Malaysia Ke-49 di padang lama Lapangan Terbang Bintulu, malam ahad lalu.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Najib berkata, selari dengan tema ‘Janji Ditepati Rakyat Sejahtera’, Kerajaan Pusat sekarang mempunyai janji seperti pemimpin terdahulu. Beliau berkata, berkata sejak Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan negeri bersama-sama berjaya membuat perubahan secara berterusan tanpa perlu membuat deklarasi baru.

Menurutnya, pemimpin negara generasi di awal peringkat kemerdekaan menepati janji mereka untuk memastikan Malaysia akan terus kekal dan berdaulat, diikuti pemimpin di peringkat pengisian kemerdekaan yang menepati janji dengan melaksanakan pembangunan di seluruh negara.

“Bagi pemimpin hari ini, janji kita menjelang Fajar 2020, bumi Malaysia ini akan dimartabatkan sebagai sebuah negara maju,” katanya. (Bernama)



Photobucket

BN SENARAI PENDEK 2,181 CALON

on





KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menyenarai pendek 2,181 calon untuk dipertimbangkan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, hanya 727 calon akan mendapat watikah untuk bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN.
Jumlah keseluruhan DUN ialah 576, tetapi hanya 505 dipertandingkan kali ini kerana 71 lagi di Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri April tahun lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai nama calon UMNO dan BN sudah diteliti di peringkat tertinggi semua parti komponen, namun hanya Najib yang memberi kata putus dan bukan kepimpinan parti yang membuat keputusan.

Terpulang kepada PM Beliau berkata terpulang kepada Perdana Menteri memutuskan calon terbaik mengikut pertimbangan dan kriteria tertentu.

Dari segi calon, UMNO dan BN meminta akar umbi mencalonkan tiga nama bagi setiap DUN dan Parlimen. Ini sudah dijalankan dan siap diteliti dengan memanggil semua pengerusi badan perhubungan UMNO dan presiden komponen BN.

Nama calon yang berjaya tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah untuk bertanding dikeluarkan, kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan calon... itu kita serah kepada Perdana Menteri. Watikah akan dikeluarkan apabila sampai masanya, katanya kepada BH semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, apa yang ada sekarang adalah watikah kosong yang tidak mempunyai nama.

Mahu calon bersih

Nama tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan. Pelantikan dibuat berdasarkan beberapa faktor, kalau calon dilihat mempunyai masalah, nama itu akan ditolak. Dalam keadaan sekarang kita mahu calon bersih dan kelihatan bersih, katanya.

Mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN, Ahmad Zahid berkata kemungkinan akan berlaku penyelarasan dan ia akan dibincang-kan antara Perdana Menteri dan presiden parti komponen.

Beliau turut yakin sumbangan parti komponen BN dapat membantu meraih kejayaan besar pada pilihan raya kali ini.

Komponen parti menyumbang mengikut cara mereka dengan mengadakan bilik gerakan dan menggiatkan jentera parti pada peringkat akar umbi, katanya.




Photobucket

Tiada kabinet, Pakatan tak bersedia...?

on





Selalunya bila orang pindah masuk rumah baru, kabinet dapur adalah benda yang paling akhir dia pedulikan. Ini normal bagi orang bujang macam saya. Asalkan ada televisyen, sambungan internet, dan tilam setebal tiga inci sudah cukup untuk memulakan hidup baru sebagai seorang murba di tengah kota. Kabinet dapur ni, nanti tunggu kahwin la baru fikir. Yang penting masuk rumah dulu.
Pokoknya, kabinet dapur bukan isu fundamental. Sama keadaannya dengan ‘kabinet bayangan’. Juga bukan perkara fundamental.

Kabinet bayangan untuk apa

Obsesi sesetengah pihak dengan benda yang dipanggil kabinet bayangan ini amat merunsingkan. Seolah-olahnya ada golongan yang membiarkan dirinya dijangkiti kuman propaganda United Malays National Organisation. Ini saya kira ajaib jika terjadi kepada golongan cerdik pandai. Selalunya yang giat mendesak supaya diwujudkan kabinet bayangan ini adalah mereka yang tidak sabar-sabar mahu kondem barisan kabinet bayangan itu.

Saya hairan kenapa selepas dua belas pilihanraya, baru sekaranglah semua orang beriya mahu tahu kabinet bayangan ‘team’ lain yang mahu mengambil alih pentadbiran negara. Selama Barisan Nasional memerintah puluhan tahun, tidak ada pun cerdik pandai ini yang peduli siapa yang jadi menteri apa dan pegang portfolio apa. Maka ini menakjubkan saya.

Apa yang saya dapat garap secara prima facie apabila melihat keadaan ini adalah suatu kepastian bahawa cerdik-pandai dan politisi dari semua lapisan memang sudah tidak sabar-sabar lagi mahu melihat suatu saf kepimpinan yang baru mengambil alih kursi Putrajaya. Jika tidak masakan mereka begitu obses dengan benda yang dipanggil kabinet bayangan ini.

Sebagai orang yang tidak pintar politik, saya akan cuba membantu anda memahami untuk ke sekian kalinya kenapa Pakatan Rakyat tidak kebulur mahupun teruja untuk mempersembahkan kabinet bayangannya.
Ini boleh kita fahami secara mudah dengan melihat kepada keterujaan pihak sebelah sana yang asyik mendesak supaya dibikin kabinet bayangan itu. Kenapa beriya betul UMNO mahu melihat kabinet bayangan Pakatan Rakyat? Apakah ia sudah betul-betul putus asa sampai mahu mengenali siapa bakal penggantinya? Pastilah tidak. Ini helah politik yang tidak harus dimakan mana-mana insan berakal.

Kabinet banyangan untuk silap mata UMNO

United Malays National Organisation beriya mahu melihat kabinet bayangan ini kerana ia mahu bersiap sedia melagakan ahli politik Pakatan Rakyat. Mudahnya begitu. Sungguhpun kita mengerti bahawa politisi Pakatan bukanlah jenis yang hadap sangat mahukan kuasa, tetapi kita juga tidak boleh menolak realiti politik bahawa politisi yang kecundang dan kecewa akan punya kebarangkalian tinggi untuk bertindak bodoh. Seperti lompat parti misalnya. Bukankah politk itu hakikatnya sebuah permainan kuasa?

Kenapa lagi UMNO ini beriya mahu melihat kabinet bayangan Pakatan? Mungkin parti etnosentrik ini akan mula mengira pula berapa ramai wakil dari ketiga-tiga parti yang menjawat portfolio penting dan kemudian seperti biasa mencanangkan bahawa kuasa sesebuah kaum akan tergugat kerana kementerian yang biasanya dipegang Melayu UMNO beralih dipegang politisi keturunan lain daripada parti berbilang kaum seperti DAP dan PKR.

Ini realiti politik yang kita mesti sedar dan fahami. Realpolitik UMNO adalah berasaskan politik kuasa etnik; dan ini tidak mungkin dapat dipisahkan sehinggalah parti itu bersedia untuk menolak tepi politik perkauman sempit yang telah menjadi amalannya sekian lama.
Jadi kenapa obses sangat dengan kabinet bayangan ini? Bohonglah kalau kita kata kabinet bayangan ini suatu kemestian untuk menunjukkan bahawa sesebuah kerajaan itu bersedia untuk mentadbir. Malahan seperti yang saya sebut tadi, selama ini kita tidak pernah pun peduli siapa jadi menteri apa.

Fokus untuk menang

Lihat sahaja perubahan kuasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008. Memang betul perubahan yang berlaku itu terjadi di luar jangkaan umum. Tidak ada siapa pun yang peduli siapa yang bakal jadi exco apa di Pulau Pinang atau di Selangor; tetapi kedua-dua negeri itu sehingga hari ini masih memperlihatkan prestasi cemerlang dari semua segi. Yang tidak melihat kecemerlangan itu hanyalah orang-orang UMNO yang hidup dalam penafian.

Justeru apabila saya membaca laporan kononnya para pemerhati politik berpendapat bahawa Pakatan Rakyat belum bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negara kerana ia masih belum ada kabinet bayangan, saya rasa ini sesuatu yang sangat merepek dan perlu dijawab secara jelas berkali-kali.
Objektif dan perkara yang fundamental harus difahami secara tepat.
Yang mesti dibuat sekarang ialah kerajaan yang korup mesti dibuang. Biar yang itu selesai dulu. Jawatan tak lari ke mana. Bukan dapat gaji pun kalau jadi ‘menteri bayangan’. Apa nak kecoh-kecoh? – Roketkini.com




Photobucket

Jangan tenggelamkan rumah kita

on



NONE

Sekumpulan kira-kira 50 Orang Asal dari Baram mengadakan protes di hadapan bangunan sekretariat negeri Sarawak di Kuching semalam, membantah projek mega empangan yang akan menenggelamkan rumah panjang mereka.

Mereka daripada 18 rumah panjang di Baram Hulu dan Tengah juga menyerahkan petisyen yang mengandungi lebih 1,000 tandatangan kepada Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Petisyen itu menyuarakan tentangan mereka terhadap rancangan membina empangan mega di Baram yang akan membanjiri kawasan tersebut seluas separuh saiz Singapura, serta menenggelamkan tanah nenek moyang mereka, rumah dan ladang-ladang di situ.

Dalam satu kenyataan semalam, Preiden Jaringan Orang Asal seMalaysia (Joas), Thomas Jalong, yang berasal dari Long Anap, Baram, berkata empangan itu akan menjejaskan kehidupan penduduk asal tempatan.

baram sarawak"Empangan akan pasti menenggelamkan tanah nenek moyang
dengan lebih 20,000 penduduk dan dalam proses itu, ia akan mengakibatkan kami kehilangan rumah kita," katanya.

Dengan itu, katanya, mereka secara tidak adil akan kehilangan tanah mereka, sumber mata pencarian dan rezeki, dan menghadapi masa depan yang tidak menentu,

Menurutnya, tanah itu bukan semata-mata sahaja menjadi sumber ekonomi bagi komuniti Orang Asal tetapi penting kepada identiti sosial, kebudayaan, kerohanian dan politik mereka.

12 empangan mega dirancang

Sementara itu, Rangkaian Selamatkan Sungai Sarawak (Save Rivers), sebuah gabungan yang dibentuk untuk menentang pembinaan 12 empangan mega yang dirancang bagi Sarawak, berkata bantahan itu diadakan untuk mendesak kerajaan mematuhi Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal.

NONEPresidennya, Peter Kallang berkata kerajaan negeri Sarawak 
perlu menghentikan semua kerja di atas jalan akses ke empangan kerana ia sudah pun menjejaskan masyarakat Orang Asal.

Malah, wakil Jawatankuasa Bertindak Lindungi Baram, Philip Jau berkata perancangan untuk pembinaan empangan Baram tidak pernah telus.

"Mereka tidak bertanya rakyat pandangan mereka mengenai rancangan membina empangan tetapi sebaliknya telah memulakan kerja mengukur jalan masuk ke projek itu," kata Philip.


Photobucket

Johor Tetap Jadi Pusat Gelombang Perubahan

on




Walaupun tanpa jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat (PR), Johor tetap menjadi pusat kepada gelombang perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Keyakinan tersebut bukan sekadar berdasarkan kajian yang dibuat, tetapi diukur berdasarkan sambutan rakyat Johor kepada program-program PR.

"Itu keyakinan kita dan kita tidak beri keutamaan sama ada Menteri Dalam Negeri memberi jaminan keselamatan atau tidak," kata beliau.

Sebelum ini, ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri". 

Menghuraikan lebih lanjut, Salahuddin berkata, sebelum ini pemimpin-pemimpin PR tempatan memberitahu, hendak penuh 50 meja pun susah kalau mereka anjurkan majlis makan malam.

"Tetapi baru-baru ini, 8500 orang telah membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dalam majlis makan malam anjuran parti itu di Skudai," katanya.

Begitu juga dengan sambutan kepada rumah-rumah terbuka Hari Raya yang diadakan oleh PAS, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.

"Ada masanya, saya terpaksa menghadiri sehingga enam rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di dalam PAS. 

"Dalam setiap majlis yang saya hadiri sambutan dan kehadiran masyarakat Cina dan India begitu memberangsangkan dan merupakan suatu fenomena yang tak berani hendak diimpikan oleh PAS di Johor dahulu.

"Sambutan masyarakat Melayu pula tentulah yang terbaik kini dan bukan lagi seperti dahulu di mana biasanya hanya puluhan orang sahaja yang hadir dalam program PAS di Johor," kata Salahuddin. 

Beliau menyatakan PR kini menambahkan sasaran sehingga 18 kerusi di Johor.

Sebelum ini PR mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, namun susulan pelbagai perkembangan menarik di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, ia memberi impak baru yang membantu membantu PR di negeri itu, katanya. 

PR akan mencipta momentum baru di Johor, katanya lagi.

"Terdapat tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus untuk membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," kata Salahuddin

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan Parlimen yang menjadi sasaran PR itu, dan sama ada ia ditandingi oleh PAS, PKR atau DAP.



Photobucket

Perdayakan Kawan Untuk Larikan Wang

on






TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.
Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.
Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin (gambar kecil), 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.
Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.
Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.
“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.
“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.
Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-829 1222.
Kosmo



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List