JANJI DITEPATI.....NAJIB JANJI NEGARA MAJU 2020

on Sep 19, 2012





BINTULU: Keputusan Sarawak dan Sabah 'MENYERTAI' (11) negeri di Semenanjung, sekali gus membentuk Malaysia menguntungkan rakyat kedua-dua negeri itu dalam menikmati arus pembangunan sehingga hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penduduk di Bumi Kenyalang dan Negeri Di Bawah Bayu membuat keputusan bersejarah dengan membulat tekad dan menzahir hasrat dengan niat masa depan mereka serta anak terjamin.
“Keputusan dibuat mereka (penduduk) Sarawak dan Sabah menyertai bersama 11 negeri lain tepat kerana mementingkan masa depan. Hari ini (malam kelmarin), genap 49 tahun rakyat kedua-dua negeri membuat keputusan yang amat bersejarah dalam negara kita.

“Dan keputusan dibuat itulah terbentuknya Persekutuan yang diberi nama Malaysia. Saya yakin penduduk mahupun di Bumi Kenyalang ini atau Negeri Di Bawah Bayu tidak membuat kesilapan besar apabila menyertai Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Malaysia Ke-49 di padang lama Lapangan Terbang Bintulu, malam ahad lalu.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Najib berkata, selari dengan tema ‘Janji Ditepati Rakyat Sejahtera’, Kerajaan Pusat sekarang mempunyai janji seperti pemimpin terdahulu. Beliau berkata, berkata sejak Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan negeri bersama-sama berjaya membuat perubahan secara berterusan tanpa perlu membuat deklarasi baru.

Menurutnya, pemimpin negara generasi di awal peringkat kemerdekaan menepati janji mereka untuk memastikan Malaysia akan terus kekal dan berdaulat, diikuti pemimpin di peringkat pengisian kemerdekaan yang menepati janji dengan melaksanakan pembangunan di seluruh negara.

“Bagi pemimpin hari ini, janji kita menjelang Fajar 2020, bumi Malaysia ini akan dimartabatkan sebagai sebuah negara maju,” katanya. (Bernama)



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List