Kata Aspan Alias, "Musuh UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli UMNO yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas"...dalam Haprak Daily F16, 14-16 September 2012.
Di perenggan akhir, seperti yang dimaklumi oleh AJK Bahagian UMNO dari Negeri Sembilan dipetik oleh Aspan "Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun UMNO tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam UMNO pun hidup kita serupa juga."
Andai dipanjangkan lagi dalam perenggan paling akhir, khabarnya seorang AJK Bahagian di Selangor pula memberitahu dalam Bahasa Inggeris, "By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all UMNO is unrecognizable, bang Aspan! Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini, Sumbat kat sini berlubang kat sana..."
Manusia kelahiran Kuala Pilah ini seorang perajurit infantri KECEWA dalam UMNO. Masa berjaya melobi diri sebagai AJK Bahagian Kuala Pilah, Aspan Alias pun mengambil pemikiran kufur, miskin dan daif sama seperti luahan perasaan hati yang diumumnya. Jika tahun 2004, Aspan Alias diberi kerusi untuk bertanding di DUN Seri Menanti atau DUN Johol, maka tiadalah dianya meracau dan meroyan seperti hari ini. Bak kata veteran S46, di mana ada gula, di situlah Aspan Alias berada.
Pak Sedaro jadikan Aspan sebagai sampel kajian, kerana bilangan insan perajurit jalan kaki dalam UMNO bilangannya mencecah 3.3 juta. Kor Gerak Khas UMNO sudah tiada lagi; dan suka dimaklumkan Aspan ini dulu antara pemuka Pemuda UMNO Kuala Pilah yang terlibat dalam resepi Beret Merah.
UMNO pupus, lesu dan silau kerana kelompok opportunis yang begitu ramai dan bermaharajalela, hingga luput perihal Pemikiran Tamadun dan Modal Insan UMNO. Justeru, kelompok partisan peribadi yang dilahirkan oleh Team Baru UMNO melarikan diri ke Pas dan PkR pada 1987 dan 1997. UMNO masih bersifat parti tunggal ummah tanpa prejudis. Namun untuk manusia sekongkol pemikiran seperti Aspan Alias, tentunya bermati-matian MEMBATALKAN kemolekan UMNO, kesuburan UMNO dan kesantunan UMNO, yang dahulunya kebanyakan rakyat Melayu menuntut perjuangannya.
Mungkin eloklah UMNO tawarkan kerusi DUN Seri Menanti (penyandang si Samad Ibrahim) atau DUN Johol (penyandang arwah-Roslan) atau DUN Pilah atau kerusi Parlimen Kuala Pilah (penyandang kini Hassan Malek), ataupun lebih mulia UMNO tawarkan kerusi melalui MCA di Dun Temiang, Dun Rasah, Dun Lobak dalam Parliman Seremban dan Rasah kepada Aspan Alias. Orang sebegini senang dibaca. Kuasa, wang & pangkat; bagi saja ketiganya, maka akan hilanglah keDAP-annya.
Signal pengundi kepada BN mudah saja. Subjek Calon UMNO/BN boleh menang ialah Orang UMNO yang taat setia kepada Perjanjian Rakyat dengan Raja Melayu (Wa'ad Tua), Orang UMNO ialah orang Melayu beragama Islam yang mengerti bahasa, budaya, halatuju Negara Melayu dan KesetiaanNya kepada Raja dan Negara.
Pas parti Sesat, PkR parti Maksiat, DAP parti Khurafat.
0 comments:
Post a Comment