Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Mengegarkan BN Sarawak

on Sep 25, 2012






Hampir semua anggota jawatankuasa pusat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menuntut parti itu keluar daripada BN negeri untuk menghentikan 'dibuli' oleh anggota komponen yang lain.

NONE"Tiada komen," kata presidennya Datuk Seri Peter Chin ketika diminta mengesahkan tuntutan yang difahamkan disuarakan dalam mesyuarat di ibu pejabatnya semalam.

Beliau juga dikatakan mendapat kritikan hebat terhadap dakwaan kepimpinan 'lemah' dan kurang tindakan terhadap puak tidak puas hati dalam parti yang diketuai oleh Wong Soon Koh yang mengetuai bahagian Sibu.

"Mereka boleh kata saya presiden yang lemah. Itu pandangan mereka," kata Chin ketika ditanya.

Anggota jawatankuasa SUPP yang enggan dinamakan mendakwa, parti itu "dizalimi, diabaikan atau diketepikan" oleh BN negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sejak Chin dipilih sebagai presiden Disember lalu.


MalaysiaKini



Photobucket

Datuk Mohd Taufik Omar Pemilik Jet Peribadi....

on







Media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN melaporkan bahawa seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet peribadi milik syarikatnya kepada Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.

Pengakuan tersebut sekaligus telah memalukan bloggers pro-UMNO/BN  yang sebelum ini memfitnah dan menipu kononnya jet tersebut disewa dari Amerika Syarikat dan dibiayai oleh George Soros dan puak-puak Yahudi.
 


BUTIRAN JET PERIBADI YANG DIGUNA OLEH DSAI DAN ROMBONGAN KE-LABUAN

 

1. Dassault Mystere Falcon 900

2. No Pendaftaran N990BB 

3. Mula beroperasi di Subang sejak Februari 2012. 

5. 'Pemilik' - 'Ajen Tempatan' - 'Operator' : Dato Mohamad Taufik bin Haji Omar, Pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Presiden Malaysian Judo Association.



Photobucket

Anak Mahathir Mengaku Pernah Terima Dana George Soros!

on





Spekulator mata wang, George Soros bukan sahaja mendanai kumpulan pro-demokrasi di Malaysia, tetapi juga telah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan pengkritik utamanya di Malaysia, Marina Mahathir.

Warganegara Amerika Syarikat (AS) itu mendapat perhatian akhir-akhir ini selepas akhbar arus perdana dan stesen televisyen mesra kerajaan berkata Open Society Institute (OSI) telah mendanai badan bukan kerajaan (NGO) pro-demokrasi untuk menjejaskan kestabilan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Najib Altantuya.

Media Malaysia tidak memberikan apa-apa bukti usaha untuk ketidakstabilan.

Ketua pengkritik Soros adalah Mahathir Mohamad, yang pernah memanggil hartawan Amerika itu “dungu” apabila spekulasi matawang Soros dikatakan telah membawa turun ringgit Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997/98.

Wakil MAC dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider membuat pengakuan selain dana daripada OSI, mereka juga menerima dana daripada Global Fund (GFATM) yang terlibat dalam program kesedaran anti-AIDS, TB dan malaria.

“Ya, MAC juga menerima dana asing dan ia digunakan untuk program kesedaran seperti kempen kesedaran isu tentang AIDS dan HIV serta program-program lain,” kata wakil MAC yang enggan namanya dikenali kepada The Malaysian Insider.

Oraganisasi tersebut memberitahu tahun lepas mereka menerima dana sebanyak US$75 ribu (RM230 ribu) bagi menampung program dan kempen mereka dalam memberi kesedaran tentang AIDS dan HIV.

 Minggu lalu, pertikaian dana asing kepada NGO di Malaysia menjadi isu yang hangat dimainkan oleh media arus perdana yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mereka menuduh pembiayaan sedemikian bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan dan pemimpin Malaysia.

Antara NGO yang menjadi sasaran ialah seperti SUARAM, Seacem dan media alternatif, Malaysiakini yang didakwa oleh kerajaan dan agensi-agensinya sebagai cuba mencetuskan ketakstabilan politik negara.

SUARAM baru-baru ini dipantau secara dekat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendakwa bahawa badan hak asasi manusia tersebut memiliki “akaun yang mengelirukan”.

NGO hak asasi manusia itu telah secara aktif mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu, yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian itu.

Malahan bekas perdana menteri Mahathir dalam kenyataan dua hari lalu mendakwa spekulator mata wang, Soros cuba merampas kuasa politik daripada kerajaan BN dengan melantik perdana menteri pilihannya di Malaysia.

“Bagaimana ia boleh menjadi satu perkara yang baik? Dia mahu mengawal politik kita,” kata Dr Mahathir kepada pemberita Ahad lalu.


Photobucket

Bakal Calon PAS...?

on





BUKIT MERTAJAM: Selebriti tanahair, Wan Aisyah Wan Ariffin atau Aishah berkata beliau akan meneliti, mengkaji serta solat istiqarah terlebih dahulu sekira kepimpinan PAS menawarkan secara rasmi untuk dirinya bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, setakat ini memang ada suara menggajak untuk dirinya bertanding tetapi terpaksa menolak dengan alasan belum bersedia kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari daripada kepimpinan PAS terutamanya dari kepimpinan Dewan Muslimat tentang dunia politik.

"Saya tidak melakukan tindakan terburu-buru untuk memberikan jawapan selagi ilmu belum penuh dalam bidang politik.

"Masih banyak saya kena belajar sebab berpolitik bukan mudah sepertimana yang disangkakan.


"Justeru itu, jika ada tawaran secara rasmi pun saya tetap akan mengkaji, meneliti dan solat istiqarah kerana bimbang tanggungjawabnya amat berat, " terangnya ketika menjawab persoalan peserta dan peminatnya dalam program Hi-Tea bersama Aisyah di Padang Awam, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam semalam.

Aishah, bekas pelajar Sains Politik dari Universiti Auckland, New Zealand disebut-sebut akan bertanding atas tiket PAS di sebuah kawasan Parlimen di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang kata putus dari pihaknya atau PAS walaupun beliau mempunyai peluang besar di sana.

Menurut Aishah, tekadnya hanya satu ketika mengisi borang keahlian PAS, iaitu untuk menjadi jentera PAS untuk memastikan PAS melangkah ke Putrajaya.

Sebagai golongan artis jelasnya, kemasukan ke dalam PAS sekadar menjadi daya tarikan
supaya masyarakat yang selama ini merupakan peminatnya turut serta ke program yang PAS anjurkan.

"Bila mereka (peminat) datang bertemu di majlis anjuran PAS sekaligus memberi 'point' pada PAS itu sendiri.

"Tambahan lagi bila saya ceritakan pengalaman pahit yang pernah dilalui setelah aduan kepada Menteri yang terlibat dengan Hal Ehwal Wanita tidak diendahkan pasti ada yang simpati dan mengangap Barisan Nasional (BN) bukan tempatnya bergantung harap sebab orang yang ada nama pun tidak diberikan perhatian apatah lagi masyarakat biasa," ceritanya pada ratusan hadirin.


Aisyah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' di era 90 an menambah, kebangkitan masyarakat tanpa kira Melayu, Cina dan India membuktikan Pakatan Rakyat sudah bersedia mengambil alih pemerintahan dari pemerintahan yang zalim dan tidak mengambil peduli kesengsaraan rakyat bawahan.

Peluang itu harus diambil kerana lagi lama BN memerintah, sambungnya, rakyat bertambah miskin, harga barangan melambung berkali ganda dan hak rakyat dianak tirikan.

Turut sama hadir ke program anjuran Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Bukit Mertajam dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Alma Jaya itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa, Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Datin Siti Fatimah Osman, Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Mertajam, Norazman Ishak, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Bukit Mertajam, Puan Noriah, Timbalan YDP PAS Bukit Mertajam , Mohd Bakar Awang dan Ketua PAS Cawangan PAS Alma Jaya, Rosli Hasan.




Photobucket

3 Penulis Blog Dipenjara

on




Tiga penulis blog dipenjara


BANDAR RAYA HO CHI MINH - Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik.
Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun.
Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah.
Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu. 
"Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara," kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long.
Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah.
"Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat," katanya.
Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut.
Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.
Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman webFree Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing.
Laman web itu diharamkan di Vietnam.
Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi.
Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara. - AFP




Photobucket

Anwar setuju terima bantuan jet peribadi

on Sep 24, 2012






Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu isu penggunaan jet peribadi ketika beliau ke Sabah dan Sarawak tidak pernah disembunyikan.

Malah beliau turut meminta Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk mengambil gambar dan menyebarkannya melalui laman twitter agar semua rakyat tahu apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

"Penggunaan jet peribadi ini adalah bagi perjalanan saya dari Kuala Lumpur, Labuan, Kota Kinabalu dan Kuching seterusnya balik semula ke Kuala Lumpur.

"Saya melihat mereka memperbesarkan isu ini yang lebih kepada kepentingan peribadi mahupun wujud unsur rasuah, malah kita lebih telus memberitahu kepada semua dan perkara ini boleh disemak," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen.

Anwar turut memberitahu, beliau telah menjelaskan perkara tersebut melalui laman twitternya sebelum ini.

"Mereka yang ingin mengetahui siapa pemilik jet tersebut boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia kerana semua maklumat pemilik ada dalam simpanan DCA," sambungnya lagi.

Anwar yang sebelum itu memberitahu, beliau dihubungi rakannya bahawa ada seorang individu yang sanggup memberi kebenaran beliau menggunakan jet peribadi tersebut.

"Jet peribadi ini diuruskan oleh rakan saya dan siapa pemiliknya mereka yang ingin mengetahui oleh hubungi DCA.

"Ia macam saya bila kereta rosak, maka kawan akan memberi pinjam kereta mereka begitulah urusan penggunaan jet tersebut," sambung beliau lagi.

Anwar yang secara berselorok menyatakan beliau hari ini juga terpaksa meminjam baju kot dari rakannya kerana tidak membawa bajunya sendiri serta menyifatkan itu perkara biasa apabila ada rakan ingin membantu.

"Saya tahu banyak isu akan ditimbulkan dan sebelum saya bersetuju untuk menerima bantuan jet peribadi itu, saya telah pastikan bahawa pemilik tersebut tidak mempunyai apa-apa kepentingan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Umno dan MCA cuba memperbesarkan isu ini adalah bertujuan untuk menakutkan ahli-ahli perniagaan agar tidak lagi membantui Pakatan.

"Tetapi mereka terus merahsiakan isu-isu rasuah, penyelewengan serta penggunaan dana awam untuk kepentingan mereka sendiri," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga turut memberitahu jika ada ruang dari ahli-ahli perniagaan yang ingin meminjam jet peribadi mereka beliau mengalu-alukannya terutamanya apabila hampir pilihanraya nanti.

"Kita perlukan helikopter di Sabah dan Sarawak termasuk jet peribadi untuk urusan kita (Pakatan) jika terlalu terdesak untuk ke mana-mana," tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.


sumber

Photobucket

Anwar, pemimpin pembangkang naik jet

on



Anwar Ibrahim kelihatan ketawa ketika berbual-bual dengan Tan Seng Giaw di dalam jet eksekutif.




Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September lalu.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden PKR, Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.


DR. Hatta Ramli (kiri) bersama Tian Chua turut serta dalam penerbangan ke Labuan dan Kota Kinabalu, Sabah menaiki jet eksekutif.

Antaranya, blog http://mediawangsamaju.blogspot.com menerusi gambar daripada akaun Twitter Tian Chua memaparkan Anwar yang memakai kaca mata hitam kelihatan gembira sambil berbual dengan para pemimpin pembangkang lain di atas jet mewah tersebut.



Zahid Hamidi naik jet apa citer...?

http://www.utusan.com.my

Dan Baca Lagi Kat Sini

Photobucket

Shahidan Kasim Kecundang Akhirnya

on






KUALA LUMPUR - Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini bermula dalam suasana kecoh susulan pertikaian sama ada ia harus diteruskan atau ditunda.

Bukan itu sahaja, calon Presien KOM yang juga Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Ahmad menyuarakan perasaan tidak puas hati berikutan mesyuarat tersebut ditutup oleh pengerusi yang juga Presiden KOM, Datuk Shahidan Kassim sebelum keputusan undian diumumkan. 

Diundi sebagai Presiden KOM bagi penggal 2012-2014, Zainal Abidin yang menewaskan Shahidan dengan 23 undian daripada 44 perwakilan, berkata, AGM sepatutnya ditutup selepas selesai pengumuman calon dan ia sepatutnya dilakukan oleh ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik.

"AGM ini sepatutnya mengikut prosedur mesyuarat yang sebenar dan hanya boleh ditutup selepas kesemua ahli jawatankuasa baru diberikan peluang untuk berucap dan menyatakan hala tuju," katanya selepas diumumkan sebagai Presiden KOM yang baru.

Pada masa yang sama, mengakui yakin akan menang dalam perebutan kerusi Presiden KOM berdasarkan polemik yang melanda badan induk itu belakangan ini, Zainal Abidin berharap pemilihan muka baru dalam mengendalikan KOM akan membawa banyak perubahan.

"Saya memang mahu mengambil alih jawatan ini sekali gus sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam memartabatkan sukan olahraga," katanya yang mahu menumpukan aspek kebajikan, prestasi atlet dan juga jurulatih.

Sementara itu, meskipun menjadi calon popular dalam KOM, Shahidan, bekas Menteri Besar Perlis, nyata gagal mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak 2006. Beliau menerima 21 undi.

Terpaksa menerima hakikat tersebut, Shahidan bagaimanapun berjanji akan terus berjuang untuk memastikan sasaran pingat bagi olahraga tercapai dan berharap segala isu panas yang berlaku dalam KOM dapat dikurangkan.

"Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka. Ini tidak bermakna perjalanan saya dalam dunia sukan sudah berakhir. Enam tahun berada dalam pengurusan KOM saya sudah lakukan yang terbaik dan saya berharap ahli jawatankuasa baru sudah membuat persediaan yang mantap untuk menerajui KOM.

"Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berjaya dan yang tidak berjaya, jangan putus asa," katanya ketika ditemui di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim turut kecundang dalam mengekalkan jawatannya apabila ia kini dipegang oleh Datuk Wan Hisyam Wan Salleh yang sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu.


Shahidan Kassim ni tak habis2 nak buat hal...umno Perlis terus bergolak sampai sekarang kerana dia tak puas hati sebab tak dilantik semula jadi MB Perlis..masa dia jadi MB Perlis dulu..dia dok asyik memperkayakan diri dia sendiri,keluarga dia dan kawan2 dia saja..dalam KOM pun perangai busuk dia tetap sama..bergolak,cantas sana,cantas sini..dok berebut jawatan..akhirnya dia sendiri yg kena cantas..inilah contoh pemimpin umno/apco yang gila pangkat,gila jawatan dan gila duit!


sumber

Photobucket

TUN MAHATHIR MASIH MENGHARAPKAN DSAI MENJADI PM MALAYSIA

on



















BIAR GAMBAR BERBICARA ISU SOROS MAUKAN DSAI JADI PM KATA TUN M.

PERHATIKAN BETUL-BETUL GAMBAR-GAMBAR YANG DIMUAT NAIK INI.

Lihat saja betapa mesra dan rapat eratnya Tun M dengan George Soros!!!

Apakah Tun M sedang berbincang serius supaya Soros membantu DSAI dijadikan PM dengan menghulur dana?

RUPA-RUPANYA TUN MASIH MENGHARAPKAN DSAI MENJADI PM MALAYSIA BEB!!!!!!..



sumber

Photobucket

Rahsia lambang singa di kotak rokok

on Sep 23, 2012






Merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.
Singa Judah
Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.
Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.
Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.



Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi
Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.
Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin.






Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List