Shahidan Kasim Kecundang Akhirnya

on Sep 24, 2012






KUALA LUMPUR - Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini bermula dalam suasana kecoh susulan pertikaian sama ada ia harus diteruskan atau ditunda.

Bukan itu sahaja, calon Presien KOM yang juga Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Ahmad menyuarakan perasaan tidak puas hati berikutan mesyuarat tersebut ditutup oleh pengerusi yang juga Presiden KOM, Datuk Shahidan Kassim sebelum keputusan undian diumumkan. 

Diundi sebagai Presiden KOM bagi penggal 2012-2014, Zainal Abidin yang menewaskan Shahidan dengan 23 undian daripada 44 perwakilan, berkata, AGM sepatutnya ditutup selepas selesai pengumuman calon dan ia sepatutnya dilakukan oleh ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik.

"AGM ini sepatutnya mengikut prosedur mesyuarat yang sebenar dan hanya boleh ditutup selepas kesemua ahli jawatankuasa baru diberikan peluang untuk berucap dan menyatakan hala tuju," katanya selepas diumumkan sebagai Presiden KOM yang baru.

Pada masa yang sama, mengakui yakin akan menang dalam perebutan kerusi Presiden KOM berdasarkan polemik yang melanda badan induk itu belakangan ini, Zainal Abidin berharap pemilihan muka baru dalam mengendalikan KOM akan membawa banyak perubahan.

"Saya memang mahu mengambil alih jawatan ini sekali gus sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam memartabatkan sukan olahraga," katanya yang mahu menumpukan aspek kebajikan, prestasi atlet dan juga jurulatih.

Sementara itu, meskipun menjadi calon popular dalam KOM, Shahidan, bekas Menteri Besar Perlis, nyata gagal mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak 2006. Beliau menerima 21 undi.

Terpaksa menerima hakikat tersebut, Shahidan bagaimanapun berjanji akan terus berjuang untuk memastikan sasaran pingat bagi olahraga tercapai dan berharap segala isu panas yang berlaku dalam KOM dapat dikurangkan.

"Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka. Ini tidak bermakna perjalanan saya dalam dunia sukan sudah berakhir. Enam tahun berada dalam pengurusan KOM saya sudah lakukan yang terbaik dan saya berharap ahli jawatankuasa baru sudah membuat persediaan yang mantap untuk menerajui KOM.

"Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berjaya dan yang tidak berjaya, jangan putus asa," katanya ketika ditemui di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim turut kecundang dalam mengekalkan jawatannya apabila ia kini dipegang oleh Datuk Wan Hisyam Wan Salleh yang sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu.


Shahidan Kassim ni tak habis2 nak buat hal...umno Perlis terus bergolak sampai sekarang kerana dia tak puas hati sebab tak dilantik semula jadi MB Perlis..masa dia jadi MB Perlis dulu..dia dok asyik memperkayakan diri dia sendiri,keluarga dia dan kawan2 dia saja..dalam KOM pun perangai busuk dia tetap sama..bergolak,cantas sana,cantas sini..dok berebut jawatan..akhirnya dia sendiri yg kena cantas..inilah contoh pemimpin umno/apco yang gila pangkat,gila jawatan dan gila duit!


sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List