UMNO Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai

on Nov 29, 2012






Hari ini aku meninggalkan gelangang perjuangan Umno untuk melakukan sesuatu yang lebih berfaedah untuk diriku sendiri.Cukuplah aku MENZALIMI DIRI AKU SENDIRIselama ini dengan meletakan kepercayaan dan sokongan aku terhadap pihak yang bertahun tahun menzalimi aku atas nama perjuangan dan kesetiaan aku kepada parti.Betul kata seorang sahabat kepada aku baru baru ini yang sebenarnya Umno tidak zalim tapi kita sendiriMENZALIMI DIRI KITA SENDIRI dengan meletakan sokongan kepada Umno sedangkan tiada tempat  dan ruang dalam Umno untuk orang orang macam kita ini...kita bukan "gang".Benar sekali apa yang dikatakan sahabat...

Seharian di PWTC semalam cuba menjiwai kembali saki baki perasaan terhadap Umno yang masih ada dalam diri ini akhirnya menemukan aku kepada erti setiakawan dan perjuanganyang sebenar.Siapa sebenar kawan kita....dan bila diri kita ini dianggap kawan kepada mereka?Ibarat "salesman kereta"...budaya Umno tak banyak berbeza,berapa banyak kereta yang pernah kita jual tidak akan diambilkira walaupun ianya pernah buat taukeh kita jadi kaya raya ...tapi yang penting berapa banyak yang mampu kita jual hari ini dan berapa yang boleh kita jual esuk,lusa dan seterusnya.Itulah yang membuatkan Negarawan saperti Tun Mahathir berjauh hati lalu keluar dari Umno semasa pemerintahan Pak Lah.Jadi apa sajalah akublogger tua ahli Umno taraf phariah...jika pada Tun Mahathir pun Umno mampu melakukan saperti itu.

Di PWTC hari ini dan didalam Dewan Merdeka nanti kita akan dapati ribuan "Umat Umno"yang pernah 22 tahun mencium tangan Tun M semasa beliau memerintah...kemudian nya mengkhianati dan mencerca beliau sepenggal semasa mereka bersekongkol dengan Pak Lah...dan kini kembali mencium tangan Tun M kerana merasakan Tun Mahathir adalah"KUASA DISEBALIK KUASA" yang ada dalam Umno hari ini.

Itulah Umno yang kita lihat hari ini yang menjerit melolong mengaku masih membawa "wadah dan semangat " Kongres Melayu 1946 bila lahirnya sebuah "PERTUBUHAN MELAYU KEBANGSAAN" yang kini telah di transformasikan menjadi tidak lebih dari sebuah parti poltik yang sama tarafnya dengan Pas,PKR,DAP dan apa jua parti politik yang ada besar mahupun yang kecil oleh golongan jenis PENCIUM TANGAN ini yang hanya berminat untuk mendapatkan kuasa sambil mengumpul kekayaan diri sendiri.Maka hilanglah ROH satu satunya Pertubuhan Orang Melayu yang ditubuhkan oleh orang orang Melayu melalui Kongres Melayu 1946.Itu sepatutnya perbezaan diantara Umno dengan mana mana parti politik yang wujud atau yang telah berkubur selama ini.

Jadi kembali kepada tajuk artikel ini "Menang sorak kampung tergadai"..suka aku nak mengingatkan Umno dalam keghairahan mereka bertempek sorak di PWTC untuk beberapa hari yang akan datang akan REALITI yang menanti mereka dalam mengharungi pertempuran dalam peperangan PRU13 nanti dengan tentera Pakatan Rakyat.

Bilamana gong dipalu...setelah semboyan dibunyikan...bila wisel ditiupkan oleh @NajibRazak menandakan peperangan 14 hari telah bermula...perlumbaan larian 14 hari menuju Putrajaya dilepaskan....ADA KEJUTAN DEMI KEJUTAN yang akan dilakukan tentera Pakatan Rakyat.Semua "senjata ampuh" yang selama ini disembunyikan akan mereka gunakan sepenuhnya untuk menyerang Umno/BN habis habisan.Terus terang aku katakan...setelah aku mengetahui 7 dari 11 "senjata ampuh" yang bakal digunakan mereka kelak...aku yakin tidak akan ada jawapan (atau tidak sempat untuk dijawap) baik dari jentera perang Umno/Barisan Nasional mahupun Tentera Siber mereka.Bila semua ini mereka gunakan dalam tempuh berkempen 14 hari nanti,Umno/Barisan Nasional aku ibaratkan macam Rakyat Palestin di Gaza yang menerima hujanan peluru dari Israel bertali arus tanpa boleh berbuat apa apa.

Sekejapan PERSEPSI RAKYAT YANG RAMAI akan berjaya mereka ubah untuk menyokong Pakatan Rakyat dan menolak Umno dan Barisan Nasional melalui kertas undi kelak termasuklah ribuan ahli Umno yang membanjiri PWTC hari ini dalam Perhimpunan Agung Umno 2012.Tak percaya????

Kita tunggu dan lihat.....

P/S : Aku ingat nak kongsi jugaklah apa yang aku tahu tentang 7 senjata dari 11 yang mereka ada tapi sebab aku ini cuma ANJING pada Umno selama ini...nasib koranglah..Carilah jawapan nya sendiri sebab ada pihak pihak yang dah aku bagitau mengenai ini.


aku peduli apa

Photobucket

Anwar Ibrahim PM selepas Najib.

on







Saya pergi ke Bachok disana ada pantai yang dinamakan pantai irama dan apabila ada pantai tentu ada nelayan, dulu nelayan digambarkan masyarakat miskin, kais pagi makan pagi kebanyakannya, tapi kini tidak lagi rata-rata nelayan sudah hidup mewah, Itu semua berkat kegigihan ibubapa mereka dulu mengharungi kehidupan dengan penuh keinsafan dan keimanan. Generasi baru mewarisi tradisi itu.

Tapi malangnya, kegigihan ibubapa dan nenek moyang mereka itu tidak dapat dihayati oleh sebahagian genersi diwaktu ini tentang kepahitan hidup yang dilalui oleh genersi terdahulu. Genersi hari ini lupa kerana didodoi oleh perubahan alam, mereka lupa penat lelah orang tua dulu-dulu, mereka ghairah kerana disuap dengan arus subsidi maka mereka lupa asal usulnya.

Mereka lupa bahawa kehidupan itu datangnya dengan keizinan Allah, mereka cuba menafikan bahawa hidup ini ada pelindungnya, mereka lupa kekayaan dan kemewahan tidak sengaja datang, mereka lupa setiap kejadian itu ada hikmat nya. Jesteru itu mereka sedang memaki alim ulama, merek lupa satu hari nanti mereka juga akan mati seperti nenek moyang mereka.

Diwaktu Najib makin resah, yang mana PRU akan tiba berbagai-bagai fitnah dilemparkan oleh mereka yang pro Kerajaan BN terhadap PR. Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dihina dan dimaki hamun, mereka sudah hilang pertimbangan ugama semata-mata mahu menegakkan sebuah kerajaan yang hampir runtuh.

Di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur parti PR masih gah yang tidak mampu diubah oleh BN manakala Negeri Sembilan, Perak, Trengganu dan Sabah sudah boleh dikira akan jatuh kepihak PR dan Johor, Melaka serta Serawak sebahagiannya telah dapat ditembusi oleh PR.

Nelayan dan Petani masih setia dengan PR walaupun BRIM dan Subsidi dicurahkan untuk memikat undi oleh BN begitu juga dengan Peneroka yang dulunya teguh bersama BN kini mula goyang kerana genarsi kedua tahu nasib mereka tidak terbela hanya dengan RM5,000 pemberian perangkap samar pilihanraya.

Persoalan sekarang betulkah PRU13 ini, BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen, sekiranya betul maka bernafas lagi lah BN dan masih ada peluang untuk penyangak dalam UMNO mencari peluang untuk memenohi saku dan memperkayakan diri. Dan apakah rakyat masih mahu membiarkan perkara sebegitu berlaku?

Tentu rakyat tidak mahu, para pemimpin BN manjadi rakus. Dan diatas kesedaran itulah anak-anak bangsa yang berada di ibu kota yang tiap-tiap hari melihat kerakusan dan rasuah yang dilakukan oleh para pemimpin politik kerajaan didepan mata akan pulang ke kampung halaman dan memberitahu ayah dan bonda supaya PRU13 jangan lagi sokong BN dan UMNO.

Dengan arus kota ke desa inilah kerusi yang dikatakan dimenangi oleh BN sebanyak 120 kerusi Parlimen akan menurun ke angka 97 kerusi termasuk Sabah dan Serawak. Jadi kesimpulannya keputusan PRU 13 nanti PR akan dapat 113 kerusi, Bebas 12 kerusi dan BN mendapat 97 kerusi. PUTRAJAYA milik PR.


yang ku dengar dan ku lihat

Photobucket

Apabila ucapan perasmian lembab, maka jelaslah UMNO pun akan malap.

on







Ucapan Perasmian di Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Tan Sri Muhyuddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia malam tadi ibarat 'copyprint' yang tidak menjurus kepada arahan dan mandat untuk UMNO mencapai keputusan PRU supaya lebih cemerlang dari keputusan 2008.

Ucapan diatur untuk menghentam PAS secara tidak langsung mengambarkan bahawa beliau kehabisan modal untuk memikat perwakilan supaya lebih bersemangat. Nyata beliau ketandusan ideal apabila tak ada perkara baru yang dilontarkan untuk disambut oleh perwakilan ketiga-tiga peringkat itu.

Selain menyatakan bahawa PAS diperkudakan oleh DAP beliau cuba menampilkan bahawa PAS tidak pernah bertanding melebihi separuh kerusi Parlimen setiap kali pilihanraya umum, nampak sangat beliau tidak cermat dalam memberi hujah apabila beliau tidak cuba membandingkan kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada PRU 2008 lalu.

Beliau hendak memberitahu bahawa PAS tidak menang lebih daripada separuh kerusi untuk dapat membentuk kerajaan kerana PAS tidak bertanding lebih daripada separuh kerusi parlimen. Sedangkan beliau lupa bahawa UMNO pun pada pilihanraya 2008 tidak menang lebih daripada separuh kerusi tapi dapat meneraju kerajaan.

Nampak sangat cara perbandingan tidak bertaraf seorang pemimpin yang realistik, sebab itulah sepanjnag ucapan beliau menjadi malap dan tidak mendapat sambutan yang mengalakan yang mana para perwakilan seakan-akan memaksa diri untuk bertepuk tangan.

Perkara yang lebih malang lagi apabila dipermulaan ucapan, beliau meletakkan negara Malaysia ini untuk dibanding dengan negara Myamar, Sri Lanka dan Fiji. Sedang semua tahu bahawa Malaysia adalah jauh lebih baik daripada negara tersebut, rakyat Malaysia cerdik dan matang. Bagaimana beliau cuba meletakkan taraf rakyat Malaysia serendah itu. Apakah beliau ada niat untuk menghina rakyatnya sendiri.

Sepanjang ucapan beliau, tidak pula menegur akan kelemahan yang terdapat di ketiga-tiga peringkat pergerakan tersebut, seakan-akan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri tidak ada apa yang patut ditegur, sedangkan rata-rata orang mengetahui ada banyak perkara yang boleh ditegur untuk menambah nilai bagi kekuatan sayap parti itu.

Kenapa malu untuk menegur, kerana sebagai pemimpin yag baik yang kurang hendaklah ditegur. Tengok semasa Musa Hitam jadi Timbalan Presiden dulu, sayap Pemuda dan Wanita selalu ditegur, itu sebabnya Pemuda dan Wanita dulu bermaya dan hebat. Atau beliau berhati-hati kerana selepas PRU 13 ini, UMNO akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan, jasteru itu hati sayap Wanita, Pemuda dan Puteri mesti dijaga kerana disitu sudah ada undi tetap.

Apabila ucapan perasmian lembab, maka jelaslah UMNO pun akan malap.


yang ku dengar dan ku lihat

Photobucket

Anwar Dan Muhyiddin Sudah Boleh Tempah Baju Melayu Hitam...

on





Jangkaan bahawa PRU 13 ini merupakan perjuangan antara hidup dan mati bagi UMNO dan BN sudah pun diketahui dan diperbualkan oleh ramai orang. Sejak PRU 2008 dan kemudian berlaku peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib lagi, meskipun Najib melakukan pelbagai usaha, sokongan rakyat terhadap BN tampaknya masih lagi samar.

Selain Najib dan keluarganya sendiri diselubungi dengan pelbagai isu, ditambah perangai sebahagian menteri dan pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah serta kehendak rakyat yang mahukan perubahan dan pembaharuan, telah menyebabkan pilihanraya akan datang ini menjadi perbualan dan penantian yang mendebarkan.

Sementara Anwar dan PR begitu yakin dengan perubahan rakyat, Najib dan BN nampaknya masih ragu-ragu dan keliru. Sekejap yakin dan sekejap yang lain seperti putus harapan. Tetapi penundaan sehingga habis tempoh edah untuk mengadakan pilihanraya adalah hakikat nyata bahawa Najib masih lagi tidak yakin sepenuhnya terhadap kemenangan yang bakal diraihnya.

Dalam UMNO sendiri berbelah bagi. Ada yang yakin sekadar menang tipis dan ramai pula yang meramalkan BN akan tumbang kali ini. Yang yakin dengan ikhlas BN akan menang dengan selesa tanpa ada niat mengampu atau membodek Najib, mungkin bilangannya hanya boleh dibilang dengan jari saja.

Tetapi ramalan Dr Shamsul Amri Baharudin daripada UKM semalam yang meramalkan BN hanya mampu menang 120 kerusi sahaja dalam PRU 13 ini jelas adalah pandangan yang ikhlas dan tidak mengampu. Pandangan beliau adalah pandangan yang senada dengan ramai orang, baik daripada kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri, mahupun daripada rakyat biasa.

Dalam pilihanraya lalu, BN menang 140 kerusi daripada 222 kerusi. Dengan hanya mampu menang 120 kerusi, prestasi Najib, UMNO dan BN terbukti merudum lagi. 

Dengan ramalan 120 kerusi itu, bermakna PR akan memenangi 102 kerusi. BN akan kekal sebagai kerajaan, namun dengan majoriti yang sangat tipis. Tetapi ramalan hari ini mungkin berubah minggu depan, bulan depan atau tiga bulan lagi.

Ramalan Dr Shamsul Amri itu juga menunjukkan PR turut mempunyai potensi yang mencipta kemenangan kali ini.

Dengan beberapa isu besar yang sedang cuba dihidangkan kepada rakyat seperti isu rasuah melibatkan Nazri Aziz, Musa Aman dan Mchael Chia sehingga rombongan PKR sudah pun berkunjung ke ICAC agar membuka semula kes tersebut serta juga isu Jingga 13 yang sedang berusaha menemui pihak berkuasa Indonesia untuk menyiasat kes Rais Yatim dengan bekas pembantu rumahnya, sokongan rakyat mungkin beralih lagi jika benar kes-kes itu berjaya diketengahkan.

Seperti isu Shahrizat dan NFC yang telah menyebabkan imej UMNO dan kerajaan terjejas dengan teruk, isu Nazri dan Rais Yatim juga boleh memberi kesan yang serupa kepada UMNO dan BN.

Kedua-dua isu itu serta beberapa isu lainnya yang menjadi modal kempen PR selama ini, ditambah dengan gaya kempen agresif PR yang menggunakan lori dan bas serta keunggulan dalam penguasaan media baru, perubahan 10 hingga 15 daripada jangkaan kemenangan BN adalah sesuatu yang sukar dinafikan.

Selain itu, kedudukan pengundi bukan Melayu yang seperti sudah muktamad memihak kepada PR dan mahukan perubahan, turut merisaukan BN. MCA, Gerakan dan MIC dijangka oleh semua orang akan mengalami kesukaran dan kehilangan kerusi yang banyak dalam pilihanraya ke 13 ini.

Katalah dengan semua isu-isu itu menyebabkan BN kehilangan 10 kerusi lagi, ini akan menjadikan jumlah kerusi yang mampu dimenangi oleh BN dalam pilihanraya akan datang ini hanyalah 110 sahaja berbanding 120 ramalan sebelum ini. Tidak cukup pun untuk menubuhkan kerajaan kerana jumlah minima yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan ialah 112 kerusi Parlimen.

Ini bermakna jika BN kehilangan sekurang-kurangnya 10 kerusi lagi daripada 120 kerusi yang diramalkan oleh Dr Shamsul Amri itu, tentulah Anwar Ibrahim yang akan menjadi PM selepas itu.

Bagaimanapun jika daripada 120 kerusi yang diramalkan oleh Dr Shamsul Amri itu, ia statik disitu atau sekadar mampu menambah 10 kerusi lagi menjadi kepada 130 kerusi misalnya, ia tetap tidak selamat kepada Najib. Kedudukan itu hanya memastikan UMNO dan BN saja selamat.

UMNO dan BN sudah dipahatkan dengan pemikiran bahawa kejayaan seorang PM ialah kemampuan mencapai kemenangan dua pertiga. Pak Lah diundurkan kerana gagal mencapai dua pertiga. Mahathir terus kekal selama 22 tahun dan tiada siapa yang berani memaksanya berundur adalah kerana setiap kali pilihanraya beliau tetap mencipta kemenangan dua pertiga.

Najib tentunya akan dipaksa undur sebagaimana Pak Lah dipaksa dengan peralihan kuasa pada 2009 dulu. Jika 140 kerusi yang mampu dimenangi oleh Pak Lah pun menyebabkan beliau dipaksa undur, tentulah tidak relevan untuk mengekalkan Najib terus sebagai PM hanya dengan berbekalkan 130 kerusi sahaja.

Di sini Muhyiddin tentunya tidak sabar lagi untuk melangkah dari Seri Satria ke Seri Perdana pula.

Ramalan atau jangkaan Dr Shamsul Amri sebenarnya adalah ramalan yang selari dengan kehendak majoriti rakyat sekarang ini yang tidak mahu lagi memberi kemenangan besar kepada mana-mana parti, baik BN mahupun PR.

Rakyat merasakan pilihanraya kali ini adalah permulaan kepada usaha untuk mendaulatkan hak rakyat dengan tidak memberikan kemenangan yang terlalu selesa kepada mana-mana pihak supaya akhirnya menyebabkan mereka yang diamanahkan dengan kuasa benar-benar menggunakan kuasa itu untuk menjaga rakyat dan bukannya mentadbir kuasa seperti menjaga harta yang ditinggalkan oleh ibu bapa.

Baik BN mahupun PR, jika mereka menang pun, jumlah kerusi yang mampu dimenangi adalah dalam lingkungan 120 hingga 130 kerusi sahaja.

Sama ada BN kekal lagi atau tumbang, kedudukan Najib tetap tidak diperlukan lagi selepas itu.

Ini bermakna, sama ada pilihanraya diadakan pada Disember tahun ini mahupun Februari tahun depan sebagaimana yang diramalkan oleh banyak pihak, Anwar dan Muhyiddin sudah boleh mulai meninjau-ninjau kedai jahit yang sesuai untuk menempah baju Melayu Melayu bagi majlis angkat sumpah sebagai PM baru di Istana Negara.


shahbudindotcom

Photobucket

[IMBAS KEMBALI] Menteri KDN Gagal Jawab Siapa & Mengapa Rekod Perjalanan Altantuya Dipadam

on Nov 28, 2012









Menteri Keselamatan Dalam negeri, Hishamuddin Tun Hussein gagal untuk memberikan penjelasan terhadap soalan ahli parlimen Pakatan Rakyat di parlimen mengenai pemadaman rekod perjalanan Altantuya oleh pihak Imigresen.

Ahli Parlimen PKR Gombak di dalam soalan tambahannya kepada soalan asal No. 3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) adakah pihak Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kaedah tertentu bagi menghalang warganegara asing daripada memasuki Malaysia semula setelah dihantar pulang ke negara asal mereka apabila didapati berkelakuan salah; dan

(b) berapa jumlah warganegara asing yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka dan berapakah jumlah yang berjaya ditangkap semula setakat ini sejak 2005. [7 Jun 2010]

BERKAITAN:

Siapa padam rekod perjalanan Altantuya?

Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.

"Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini.

"Hishamuddin menjawab bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab dalam memantau pergerakan berdasarkan aspek keselamatan dan ancaman kepada negara. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan itu sudah tentulah Jabatan Imigresen memerlukan satu pengkalan data bagi memastikan segala maklumat warga asing akan disimpan dengan baik, agar menyenangkan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Pada masa yang sama saya inginkan penjelasan dari kementerian apakah bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk memadamkan dan menghilangkan rekod perjalanan warga negara asing khususnya Altantuya.

"Sekiranya rekod ini dipadamkan siapakan yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita melihat tindakkan memadam rekod pergerakkan warga asing adalah satu jenayah yang besar dan perlu diambil serius.Perkara ini perlu diatasi bukannya membiarkan begitu sahaja," jelas beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Azmin juga merasa dukacita dengan tindakan Hishammuddin kerana cuba mengelak memberi jawapan kepada soalan beliau sehingga jawapan yang diberikan terdapat percanggahan.

"Saya dukacita dengan kenyataan yang diberikan oleh Hishammuddin terhadap soalan tersebut, beliau cuba untuk mengelak memberi jawapan. Saya dapat melihat dengan jelas beliau cuba mendapat isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan berada di dalam Dewan.

"Kenapa perlu tunggu isyarat dari Najib dan apa kaitannya dengan Najib, bukankah itu adalah tanggungjawab Jabatan Imigresen yang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Reaksinya jelas tidak mahu memberi jawapan dan akhirnya beliau memberitahu jawapan telah diberikan sebelum ini.

"Bagi saya tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh kementerian terbabit berhubung rekod warga Mongolia yang telah dipadamkan itu. Tindakan kementerian yang cuba mengelakan dan membuat penafian ini jelas menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kita perlukan jawapan yang jelas dari kementerian, beliau bukan selalu ada di Dewan jadi kesempatan inilah yang sepatut digunakan untuk memberi penjelasan bukan membuat penafian. Kita tahu kehadiran Altantuya di Malaysia tetapi kenapa rekod perjalannya memasuki Malaysia telah dipadamkan, kementerian perlu berani berhadapan dengan situasi sedemikian," tegas Azmin lagi.








Photobucket

Muhyiddin Merayu agar UMNO Diberi Peluang Sekali Lagi.....

on




ASPAN ALIAS:-    Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu.

Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakkan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.

Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakkan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masakini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.

Apa yang amat mengaibkan sebagai pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu di penuhi oleh binatang haiwan yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa didunia ini. Muhyiddin telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan ucapan itu di selang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al quran dan hadith-hadith Nabi yang sohih.

Pembangkang dikatakan oleh Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara ‘head-on’ dengan kehendak agama dan negara.

Muhyiddin sepatutnya menyeru ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih buruk dari membunuh dan di samakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun manusia.

Ancaman Muhyiddin terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu ‘desperate’ untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini.

Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih gagal untuk meletakkan melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak melaksanakan janji-janjinya.

Kalau lah UMNO telah melaksanakan janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu masih di harapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi ‘billionaire’ dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini.

Jika UMNO benar-benar berjaya masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu. Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk menjadi kaya raya.

Itulah sebabnya kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang di seru oleh Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu seolah-olah rakyat boleh di kotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang beremosi itu.

Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya hak kekal UMNO dan BN.

Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang ‘there is life after UMNO’. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir.

Rakyat yang berfikir sekarang ini faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang ‘subservient’ kepada UMNO. Penyatuan Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain. 

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang bangkit di yaumil mahsya nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah.

Sepatutnya Muhyddin bercakap tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO di umumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya.

Hanya satu yang perlu kita sedar apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang berpecah di setiap peringkat.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar UMNO dan BN ini.


Photobucket

Deepak Heret Pemimpin WANITA Umno Ke Mahkamah!

on





Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya, didakwa ekoran tekanan ke atasnya oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Beliau mendakwa, lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri wawancara yang diadakan bersama beberapa media dalam talian berhubung kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Pagi ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala," katanya.

Deepak yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya.

Sementara itu, akan menetapkan pendiriannya esok dalam tuntutan mahkamah terhadap kerajaan dan sebuah syarikat milik pemimpin Wanita Umno yang didakwa ditipu kepadanya oleh penjualan sebahagian tanah telah membeli sebelum ini.


Deepak berkata, beliau sendiri akan mewakili dirinya dalam kes yang difailkan oleh syarikat beliau, Astacanggih Sdn Bhd terhadap pemimpin Wanita Umno, syarikat beliau, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Kementerian Pertahanan kerana gagal untuk menyerahkan tiga bidang tanah di Bukit Raja di Selangor berjumlah 223,33 ekar kepadanya.

"Saya mewakili diri sendiri. Saya mempunyai bukti bagaimana dia mencuri tanah saya, "katanya kepada pemberita dari portal berita petang ini.

Ahli perniagaan berusia 40 tahun itu memberitahu semalam bahawa dia telah menulis kepada pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan mengenai perkara itu tetapi masih belum menerima jawapan. 

Pihak polis juga telah mengheret diri mereka dalam isu, tambah beliau.

"Saya telah menunggu lima tahun untuk mendapatkan tanah saya dan dia tidak berbuat sesuatu seperti tiada apa-apa yang telah berlaku," katanya, sambil menambah bahawa dia gagal untuk memenuhi tarikh akhir 25 November ini untuk membayar balik kepadanya.

Di bawah perjanjian itu, Deepak berkata beliau telah bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah pada tahun 2007 dengan nilai RM13 juta dengan jaminan bank RM72 juta untuk bon tanah dari pemimpin Wanita Umno, yang telah dianugerahkan perjanjian penswastaan ​​RM100 juta untuk pembangunan sebuah pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Tetapi dia kemudiannya mendapati pemimpin wanita Umno tersebut telah menjual sebahagian daripada tanah itu dalam perjanjian usahasama dengan pembuat wayar plastik walaupun kerajaan sedar bahawa Astacanggih mempunyai hak ke atas tanah tersebut.

Beliau berkata Astacanggih telah membuat laporan polis dan meletakkan kaveat ke atas tanah itu.

"Pada asasnya, mereka fikir mereka berada di atas undang-undang dan boleh terlepas daripada tindakan undang-undang," kata Deepak.

Syarikat-syarikatnya termasuk enam firma permaidani manakala selebihnya adalah terutamanya pemaju hartanah, katanya, berkata dia masih akan kekal sebagai pemegang saham dalam syarikat-syarikat tersebut.

Tetapi beliau berkata, berikutan pendedahannya, beliau telah menyebabkan dirinya dalam masalah, termasuk dua serbuan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang melibatkan kira-kira 50 pegawai.

"Mereka merampas fail, kertas dan segala-galanya yang diperiksa dan bahawa menjejaskan perniagaan saya," katanya.

Deepak berkata semasa dia akan berjuang untuk mendapatkan tanahnya, dia telah memutuskan untuk meninggalkan Malaysia menuju Myanmar dari 10 Disember hingga 11 Mac tahun depan, apabila dia meraikan hari lahirnya.

"Saya percaya dalam ilmu Psittacula dan tempoh adalah buruk bagi saya sehingga hari jadi saya. Lagipun, saya tidak lagi pengarah syarikat, jadi saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dilakukan.

"Saya akan cuba untuk melakukan perniagaan di Myanmar semasa saya di sana. Mereka mempunyai kepimpinan yang kukuh dan mereka tidak rasuah, "Deepak berkata, sambil menambah beliau juga mungkin cuba untuk mencari seorang isteri di sana.


Photobucket

Umno Semakin Goyah Untuk PRU13.

on





Umno mengadakan Perhimpunan Agung mereka mulai semalam  hingga 1 Disember ini. Tema himpunan ini dipercayai menjurus kepada kesatuan dan perpaduan dalam Umno dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagi memperkemaskan agenda perpaduan ini, Umno menubuhkan satu pasukan khas untuk mendisiplinkan ahli-ahli dan pimpinannya, dari membuat tindakan mensabotaj Umno dari dalam.

Persoalannya, kenapa agenda ini terpaksa dicanangkan Umno menjelang pilihan raya umum ke 13 ini? Ramai yang berkata, ia berkait rapat dengan kebimbangan besar Umno sekarang dalam isu ini.

Dimaklumkan juga bahawa, antara punca presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak gagal membubarkan Parlimen walaupun beberapa percubaan dibuat, adalah kerana isu perpaduan ini. Sampai sekarang, Umno belum berjaya mencapai kata putus tentang senarai calon-calonnya.

Pun begitu, mahu tidak mahu, pilihan raya perlu diadakan juga selewat-lewatnya Mac tahun depan walaupun Najib boleh membuatnya selepas tarikh itu apabila Parlimen terbubar dengan sendiri.

Jika begitu, Perhimpunan Agung ini adalah perhimpunan terakhir menjelang pilihan raya umum akan datang. Dua minggu lalu PAS membuat muktamarnya di Kota Bharu iaitu dari 14 hingga 18 November.

Sebenarnya, apakah masalah perpaduan yang berlaku dalam Umno ini? Ianya tidak lain dan tidak bukan rasa tidak puashati yang membuak-buak di kalangan pimpinan Umno terhadap Datuk Seri Najib selaku presiden yang dilihat terlalu bergantung kepada isterinya.

"Bayangkan, Rosmah boleh menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno," kata seorang pemimpin Umno.

Apabila ditanya, betulkah maklumat ini, dia berkata "Tanyalah kepada mana-mana ahli MT, mereka akan sahkan. Beberapa mesyuarat MT turut disertai Rosmah."

Selain faktor itu, faktor tidak berpuashati dengan pendekatan Najib juga menyebabkan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan mahu mengambil kesempatan untuk menggantikan beliau.
Menurut sumber media, Muhyidin telah berjaya meletakkan orang-orangnya di kebanyakan media milik Umno iaitu kumpulan Utusan dan kumpulan Media Prima.

(Muka depan Utusan hari ini)

"Di NST, hanya Datuk Jalil Hamid (Editor Pengurusan Kumpulan) sahaja orang Najib. Di bawah beliau semuanya orang Muhyidin," kata seorang rakan media.

Sebab itulah, berita-berita Muhyidin berjaya berada di tempat yang utama dalam media-media milik Umno ini.

Menurut sumber itu, Muhyidin berdiri di atas penyokong-penyokong Tun Dr Mahathir yang berlambak di dalam Umno.

Hatta, SMS beredar sekarang, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor juga sudah beranggapan ini adalah sessi terakhir untuk Najib sebagai Presiden.

Jika Najib gagal capai keputusan 2/3 dalam pilihan raya umum ini, dia dianggap gagal sebagaimana Pak Lah dianggap gagal. Apatah lagi kalau kerajaan BN jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Itu senario yang berlaku di dalam Umno menjelang perhimpunan mereka hujung bulan ini. Apa pula tindakan PAS? Inilah isu yang perlu di perhatikan.

Ketika perpecahan dalam Umno ekoran pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah 1987 dahulu, kepimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor telah membuka pintu PAS seluas-luasnya untuk disertai oleh pemberontak dalam Umno ini.

Begitu juga apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno. Ustaz Fadzil telah bertemu sendiri dengan Anwar pada hari beliau dipecat di rumahnya dekat Bukit Damansara.

Hasil kedua-dua tindakan itu Kelantan kekal bersama PAS sehingga kini di samping kemenangan besar PAS pada pilihan raya 1999 dan 2008.
Meluat

Pertembungan yang berlaku dalam Umno sekarang agak berbeza dari segi bantuknya. Ia belum lagi melibatkan pemimpin besar tetapi peringkat akar umbi dalam Umno.

Mereka mula meluat dengan salah laku dan salah guna kuasa dalam parti itu yang melibatkan segala projek kerajaan.

Sekurang-kurangnya tiga bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS dan PKR (Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Yahya Lampong dan Datuk Kadir Sheikh Fadzil) meletakkan semua kesalahannya kepada Dr Mahathir.

Bagi mereka, Mahathir telah mengubah segala perkara yang selama ini menyatukan orang Melayu di dalam Umno. Beliau dikaitkan dengan kepentingan kroni dan sebagainya.

Ketika media menyerang tingkah laku beliau dalam Petronas dan tender untuk anak-anaknya, secara terbuka tetapi sinis Mahthir beliau menyerang musuh tegar beliau dalam Umno yang bernama Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Hinggakan ada berita yang mengatakan, Khairy sudah menandatangani watikah perlantikan beliau sebagai timbalan menteri baru-baru ini namun nama beliau sampai sudah tidak diumumkan oleh perdana menteri Najib, dikaitkan dengan Mahathir.
Deepak

(Muhyidin kelihatan bakal memimpin Umno...di mana Najib.. foto TMI)

Pemberontakan sedang berlaku dalam Umno. Masing-masing tidak berpuashati dan menganggap Umno sudah busuk hingga ke ususnya. Umno sudah tidak boleh diperbaiki lagi. Siapa saja bakal pemimpin Umno akan hadapi masalah ini hatta Muhyidin sekalipun.

Namun, Muhyidin yakin dia mempunyai pendekatan yang betul untuk hadapi musuh utama Umno iaitu PAS. Ucapan Muhyidin di perhimpunan sayap Umno semalam memberikan indikasi pendekatan yang bakal digunakan Muhyidin. Jelas, PAS adalah sasaran Muhyidin. Ini kerana Muhyidin tahu PAS lah bakal merebut pengundi Melayu yang kini menjulang Umno di puncak kuasa.
Muhyidin kelihatan jelas dengan sasarannya. Ketika Muhyidin berucap menetapkan halatuju yang ditawarkan beliau kepada Umno, semua media alternatif termasuk Harakahdaily menyiarkan temubual khas mereka dengan Deepak Jaikishan, rakan baik isteri Najib, Rosmah Mansor sebelum ini.

(Laporan dari 3 media mengenai kenyataan Deepak semalam)

Deepak menjelaskan, beliau sangat rapat dengan Rosmah dan pernah mendapat peluang perniagaan bernilai hingga bilion ringgit hasil hubungan tersebut.

Namun kerana salah faham dalam projek besar untuk menyelamatkan Najib selepas keluarnya Kenyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam, Deepak diketepikan.

Bukan sahaja diketepi bahkan disusahkan apabila lebih 50 penguatkuasa undang-undang negara dihantar ke rumah, pejabat dan kilang milik Deepak.

Deepak memang mengaku dia dihubungi di tengah malam agar membantu Najib menghadapi SD Bala itu yang mendakwa Najib ada kaitan dengan kematian Altantuya Shariibuu.

Deepak berjaya membantu Najib apabila Bala bersetuju membuat satu SD lain keesokannya dan sekaligus menarik balik SD yang pertama. Bala membuat U - Turn, dari Najib bersalah kepada Najib tidak bersalah.

Namun, kerana tidak berpuashati dengan janjinya, Bala sekali lagi membuat U-Turn dan mendedahkan kenapa beliau berbuat demikian.

Lalu Deepak dipersalahkan dan 50 penguatkuasa dihantar ke rumah, pejabat dan kilang beliau. Hasilnya semua dokumen perniagaan yang berkaitan dengan keluarga PM diambil oleh penguatkuasa itu dan tidak dipulangkan sehingga sekarang.

Lalu timbul persoalan, kenapa pendedahan ini dibuat ketika Muhyidin mengajak Umno mengambil pendekatan baru dalam menghadapi Pakatan Rakyat.

Kenapa ia timbul menjelang perhimpunan agung Umno yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

Pembaca lebih cerdik untuk menyambung analisa ini.


sumber

Photobucket

Bekas IGP tuduh Hisham campurtangan dalam PDRM

on




NONE

Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-
pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.

"Sudah tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang menteri. Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka," kata Musa.

Beliau menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan polis negara. Musa bersara pada September 2010.

Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.

Ditanya lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab: "Saya fikir begitulah. Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak dilanjutkan."


malaysiakini
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List