Wahai UMNO, Insaflah ALLAH maha berkuasa

on Dec 4, 2012





"Assalamualaikum,,. .

Gelombang PAU nampaknya tidak terhenti dengan tamatnya PAU. Masih kuat suara Najib dan kuncu baruanya di kaca TV,radio dan akhbar pengampu nasional menyampaikan mesej lapuk, kekalkan BN/UMNO sebagai pemerintah.

Setelah beribu atau mungkin berjuta kerosakan yang dilakukan UMNO di bumi Malaysia ini, UMNO tetap lantang menyatakan cuma mereka layak memerintah malah hanya mereka yang mampu menjaga ISLAM. Satu undi kepada PAS akan membawa kemusnahan kepada ISLAM kata Najib sedangkan dia sendiri boleh dipersoalkan keislamannya(maaf kasar sikit tetapi rasanya wajar kerana kebodohan Najib tidak yakin dengan peringatan bahawa ALLAH maha mengetahui yang tersurat dan tersirat).

Rais Yatim pula mengingatkan rakyat supaya melupakan hasrat menukar kerajaan sedangkan dia sendiri masih tercemar dengan kes rogol amahnya. Jamil Khir pula menegaskan UMNO tak pernah tolak hudud sedangkan bossnya sendiri pernah berkata hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia. Bodoh kerana melupakan apa yang pernah dia belajar bahawa tidak mungkin ALLAH boleh ditipu sekalipun dia mungkin boleh menipu orang orang yang bodoh(yang mengundi UMNO selama ini).

UMNO beserta orang orang(melayu) yang bersamanya tidak pernah mahu belajar dari pengalaman mereka. Pengalaman mematikan karier politik DSAI sejak 1998 yang langsung tidak menjejaskan DSAI sepatutnya menginsafkan mereka bahawa kuasa yang mereka pegang itu ada hadnya dan sepatutnya insaf bahawa kalau ALLAH ingin memuliakan seseorang tidak ada siapa yang mampu menghalangnya begitu juga kalau ALLAH mahu menghina seseorang tidak ada siapa yang mampu menghalangnya. Sungguhpun ada orang orang UMNO yang turut berwirid dan membaca wirid ini selepas solat subuh tetapi tetap tidak mendapat tarbiyah daripadanya.

Apa yang dapat dilihat sekarang, UMNO semakin lancang menyerang DSAI dan keluarganya dan tidak sedikitpun ada rasa hormat atas apa yang sudah dilalui DSAI sejak 1998. Lebih dasyat apabila secara membabi buta mengaitkan DSAI dengan yahudi walhal yang menyokong yahudi itu adalah mereka seperti dibuktikan dengan penglibat APCO dan transaksi minyak sawit dengan Israel.

UMNO terus dengan agenda menyerang PR dari segenap sudut. Mereka mendakwa PAS menjual ugama kerana berpakat dengan DAP yang pada mereka musuh Islam sedangkan yang menunjukkan sifat musuh Islam ialah MCA, malah sejak 50 tahun dulu, MCAlah yang banyak merosakkan Islam dan UMNO cuma mengiyakan saja. Inikah sikap orang orang yang mendakwa membela ugama?

UMNO memang tak mahu belajar dan tidak mahu mengakui kesilapan masa lampau mereka malah sehingga hari ini tetap mempertahankan bahawa segala yang pernah mereka lakukan itu adalah betul dan mahu rakyat terus memilih mereka. UMNO tidak pernah mahu mengakui penyelewengan pentadbiran yang mereka lakukan walaupun Najib meminta maaf di PAU.

Untuk UMNO dan orang orang(melayu) yang bersama mereka sebelum terlambat,kembalilah ke jalan yang betul dan tinggalkan segala yang dilarang ALLAH segera!Terutama kepada pemimpin pemimpinnya yang sudah semakin hampir dengan lubang kubur itu, ingatlah segala janji ALLAH itu benar. " 

Oleh: senik

Photobucket

Umno, MCA berebut kerusi Bandar Tun Razak

on




Peluang BN untuk merampas semula kerusi parlimen Bandar Tun Razak  dalam pilihan raya umum ke 13 samar, kata seorang pemimpin Umno bahagian itu.
Dua parti utama BN – Umno dan MCA – katanya, masing-masing mahu meletakkan calon di kawasan tersebut.
Calon Umno yang dikatakan mahu bertanding ialah naib ketua bahagian, Datuk Syed Abdul Rahman Alhasbhsee manakala calon MCA ialah naib presiden MCA, Datuk Seri Ng Yen Yen; YK Chew; Tsen Bok dan senator Chu Lai Kang.
“Kami buntu. MCA mahu bertanding, Umno pun mahu meletakkan calon. Penyokong berpecah, undi pun berpecah,” beritahu timbalan pengerusi biro penerangan Umno Bandar Tun Razak,Hamzah Wahab.
Parlimen Bandar Tun Razak dimenangi calon PKR Tan Sri Abdul Khalib Ibrahim setelah mengalahkan penyandang, Datuk Seri Tan Chai Ho  pada pilihan raya 2008 dengan majoriti.
Menteri Besar Selangor itu akan mempertahankan kerusi parlimen tersebut sebagaimana diumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Hamzah, Umno mahu meletakkan calon kerana Bandar Tun Razak merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.

‘Melayu lawan Melayu’

”Meletakkan calon Melayu mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kerana pengundi tidak mahu lagi calon MCA.
“Mereka kata calon MCA rasis.
“Biar calon Melayu dari Umno lawan calin Melayu dari PKR, jumlah pengundi Melayu ialah 52 peratus manakala bukan Melayu 48 peratus” tambah Hamzah.
Hamzah menambah, jika BN berkeras mahu meletakkan calon MCA beliau bimbang akan ada kalangan pengundi Melayu yang melakukan sabotaj.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pegerusi BN Wilayah Persekutuan mesti bertindak segera menyelesaikan kemelut itu.
Beliau berkata, jika tidak semakin sukar untuk BN menang  di Bandar Tun Razak.



Photobucket

Gunung di Perancis dipercayai tempat UFO muncul pada 'hari kiamat'

on





PARIS - Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Tarikh 21 Disember itu merupakan ramalan yang dibuat berdasarkan kalendar penduduk Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi.
Beberapa filem dokumentari dan laman web meramalkan bahawa berdasarkan kalendar penduduk Maya di Amerika Tengah itu, 'hari kiamat' akan berlaku pada 21 Disember depan.
Ramalan itu dibuat kerana kalendar Maya itu berakhir pada tarikh tersebut.
Menurut pihak yang percaya tentang 'hari kiamat' itu, sejumlah makhluk asing dan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) akan muncul.
Golongan itu percaya 'garaj kapal angkasa' terdapat di kawasan pergunungan itu dan menyelamatkan golongan yang mempercayainya.
Pekan Bugarach kini menjadi popular dalam kalangan orang yang mempercayai bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut.
Datuk Bandar Bugarach, Jean Pierre Delord bimbang ramai orang akan tiba di bandar kecil itu.
Kawasan di sekitar Bugarach hanya didiami seramai 180 orang.
Polis dan tentera telah dimaklumkan untuk berdepan dengan bilangan orang yang ramai yang dijangka tiba di bandar berkenaan.
Menurut kalendar Maya itu, sebuah planet akan merempuh Bumi pada 21 Disember depan dan dipercayai akan menyebabkan 'hari kiamat' berlaku. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2E2Lchphr 
Hakcipta terpelihara 



Photobucket

Skandal keluarga bekas PM pula dibongkar

on





Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebentar tadi mendakwa keluarga bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pengerusi Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood (gambar atas), adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarham Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.
Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.
“Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

“Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.
“Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.
“Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM6.88 bilion kepada TNB bagi tempoh itu,” kata Wong Chen kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor..
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna dibebani secara senyap peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik semasa mereka.
“Justeru, KEADILAN menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara ini untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau runding terus?” tanya Nik Nazmi.
“Kami juga menuntut diwujudkan badan bebas yang dibiayai TNB bagi menyiasat aduan pengguna yang diberi kuasa menguji meter baru sebagai penimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” kata Adun Seri Setia itu lagi.
Oktober lalu, Peter Chin berkata TNB menghentikan penggantian meter elektrik analog kepada elektronik sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Perkara itu diputuskan selepas aduan diterima daripada pengguna mengatakan bahawa penggantian meter analog kepada meter digital baru membawa kepada kadar bil elektrik yang tinggi, termasuk caj “retrospektif”.
“Operasi masih akan diteruskan tetapi tugas pertama kami adalah mendidik orang ramai mengenai meter baru,” kata Peter Chin.
Beliau, bagaimanapun, berkata penggantian masih akan dilakukan terhadap meter isi rumah yang rosak dan meter pengguna yang disyaki mengalami kecurian.
JALAN PULANG

Pengguna Adu Bil Eletrik Naik Lepas Ganti Meter

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik.

ADUN Seri Setia itu berkata beliau menerima 22 aduan daripada penggua yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.
 

Nik Nazmi berkata badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan memandangkan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan yang lebih baik dan tepat.
 

Dalam sidang media bersama pengerusi Biro Pelaburan PKR Wong Chen hari ini, Nik Nazmi mencadangkan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.
 

“Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” katanya.

 freemalaysiakini




Photobucket

RAMLI YUSUF PERTAHANKAN KPN TAN SRI ISMAIL OMAR DARI SERANGAN BEKAS KPN MUSA HASSAN!!!!

on







Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan  urusan polis.


“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.


“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.


“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insiderapabila dihubungi.


Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes “polis RM27 juta”.


“Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka,” kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.


Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata “Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar.”


Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.


“Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan.


“Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut,” kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.


“Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang.”


Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.


“Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya,” kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.


Musa bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.


Dalam kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN.


Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.


“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.


“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.


“Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak suka.


“Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa dalam sidang akhbar dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.


NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.


MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.


Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.


Musa juga memetik Seksyen 4 (1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis hanya perlu datang dari KPN, yang akan bertanggungjawab terhadap arahan tersebut.


Beliau berkata bahawa arahan dan kawalan ke atas pasukan polis perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada KPN, sambil menambah bahawa tiada individu lain harus diberikan hak sama demi untuk semak dan imbang dalam sistem.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.


ADA KEBENARAN APA YANG DIPERKATAKAN OLEH DATUK RAMLI YUSUFF INI..MUSA HASSAN MULA VOKAL SEBAIK SAJA KHIDMATNYA SEBAGAI KPN TIDAK LAGI SAMBUNG, KALAU DISAMBUNG ADMIN CUKUP YAKIN SEMUANYA INI BELIAU AKAN SENYAPKAN SAJA.

HAKIM MAHKAMAH SESYEN KOTA KINABALU PERNAH MENYATAKAN BAHAWA MUSA HASSAN SEORANG SAKSI PENIPU DALAM PERBICARAAN KES RAMLI YUSOFF DULU.

MUSA HASSAN INI PERNAH DUDUK DIBAWAH RAMLI YUSUFF SELAMA LEBIH 7 TAHUN, MUSA HASSAN HANYA DINAIKKAN PANGKAT BEGITU DERAS PADA HEMAT ADMIN KERANA PERANANNYA SEBAGAI PEGAWAI PENYIASAT KES LIWAT 1 DULU.

SEMUA PEMBANTUNYA DALAM KES LIWAT 1 DINAIKKAN PANGKAT SECARA MENDADAK APABILA BELIAU MENJADI KPN.

SERANGAN BELIAU SEMAKIN MENJADI-JADI APABILA ADMIN LIHAT KPN TS ISMAIL OMAR BERIKAN PENGHORMATAN BERUNDUR KEPADA RAMLI YUSUFF...MEMBAWA MAKNA RAMLI YUSUFF DIIKTIRAF SEBAGAI PESARA PEGAWAI POLIS BERPANGKAT PESURUHJAYA POLIS.


RAMLI SERANG MUSA...MUSA HENTAM HISHAMUDDIN...HISHAMUDDIN DIAM!!!



omak kau

Photobucket

Leman Raja Lawak anak kepada As- Syahid Ustaz Ibrahim Libya..??

on






Agak kecoh juga ruang wall FB Leman Raja Lawak Original apabila dipostingkan sebuah gambar dari FB Geng Artis PAS  yang dikatakan keluarga Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya ada gambar Leman Raja Lawak atau nama sebenar Sulaiman Bin Ibrahim.

- Cuma inginkan kepastian dari sahabat semua,betulkah khabar angin yg mengatakan Leman Raja Lawak Original atau nama sebenar ( SULAIMAN BIN IBRAHIM ) ini adalah anak kpd AL-SHAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA..boleh tak tolong sapa2 jelaskan? please.ana dah tanya abg leman sendiri dia kata bukan,tapi pic ni ?????????- FB Geng Artis PAS.

Gambar hitam putih (gambar lama) tersebut terdapat empat individu dan salah seorang (Kanak-kanak pakai kopiah) dikatakan Leman Raja Lawak.

Leman ketika aku menghubungi beliau menafikan dakwaan tersebut. Bagaimana pun Leman terharu dengan perkara tersebut.

Nama dan wajah dalam gambar tersebut mungkin hanya kebetulan sahaja.memang nama saya Sulaiman Bin Ibrahim, tapi bukanlah  Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya bapa saya. Bapa saya masih sihat tinggal dikampung kata Leman

Leman menyatakan lagi  Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya adalah tokoh pejuang Islam yang ditersohor dan memang menjadi idola dalam perjuangan-nya.

Memang jauh ketokohan beliau dengan diri saya,namun semangat perjuangan  Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya wajar dijadikan contoh kepada semua orang melayu dinegara ini demi menegakan Islam berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir ujar Leman Raja Lawak.

** Al-Fathihah buat  Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para syuhada yang terkorban dalam kejadian tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman.





Nak Potong telinga dan terjun sungai Pahang

on




"Assalamualaikum,,..

MB Pahang Adnan yaakob(Denang), samseng kampung Dusun bertempik di PAU akan potong telinga dan terjun sungai Pahang kalau DAP menang di Bentong.

Gedebe Denang tapi awalnya sajerlah kerana sehari lepas tu, dia olah semula kata katanya apabila mendakwa kata katanya itu hanyalah kiasan bagi menunjukkan DAP tidak boleh menang di Bentong. Kiasan apa ke jadahnya, ada tak guru bahasa yang boleh mengesahkannya?Denang barangkali tak tengok perhimpunan hijau yang berlansung sebelum PAU. Tak tengok bagaimana rakyat dari seluruh negara hadir di Ibu Negara bagi menyatakan sokong dengan isu Lynas, sebab tulah denang kata Lynas hanya isu di Kuantan sahaja. Begok!!!

Agak sukar menerima kata denang nak potong telinga dan terjun sungai Pahang itu sebagai kiasan kerana DBP sendiripun tidak pernah mengeluarkan bentuk kiasan sedemikian rupa. Lagipun ianya kelihatan seperti cabaran yang perlu dibuktikan kalau peristiwa yang membawa kepada cabaran itu terjadi.

Lantaran itu secara santai, ayuh kita bayangkan DAP menang di Bentong pada PRU 13 nanti. Denang pula membuktikan dirinya genteman dengan menunaikan cabarannya itu. Maka Terpotonglah telinga denang dan selepas itu dia terjun ke sungai Pahang,arakian, berenanglah Denang di sungai Pahang, sungai terpanjang di semenanjung.

Tetapi genteman ker Denang?kalau awal awal lagi dia dah play safe sesudah membuat cabaran yang agak melulu?Barangkali Denang kenalah berdoa banyak banyak agar DAP kalah di Bentong!" 



Oleh: senik
Photobucket

Bukti Mahathir Yang Berkuasa, Bukanya Najib

on





Alhamdulillah, akhirnya Perhimpunan Agung  umno tamat juga setelah naik meluat melihat saluran TV yang tidak ada cerita lain sehingga terpaksa mencari chanel lain walaupun menayang cerita kartun. Seper ti biasa, kebangkitan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat secara besar-besaran sekarang membuatkan UMNO tidak lena tidur.

 Serangan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut membuktikan betapa takut, bimbang dan gerunya dengan situasi politik negara sekarang ini. Dengan rasa gelabah sehinggakan setiap ucapan samada dari peringkat tertinggi sehingga perwakilan, semuanya tetap menyerang pembangkang dengan fitnah yang sudah sebati dengan UMNO itu.


Pengakuan Najib bahawa beliau sentiasa dipantau oleh Mahathir membuktikan bahawa tanpa Mahathir beliau tidak mampu untuk mentadbir negara. Menyerlahkan lagi sifat beliau yang lemah dan tidak punya idea dalam membangunkan negara. Kita semua maklum, Mahathir terpaksa mencampuri urusan Najib dalam mentadbir negara terutamnya dalam menghadapi pembangkang kerana masing-masing mempunyai agenda yang sama iaitu jika pembangkang berjaya ke Putrajaya, nasib mereka bedua akan menjadi buruk terutamanya nasib anak beranak dan kroni mereka.

Kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa UMNO tidak memperalatkan atau menggunakan agama untuk terus berkuasa dan mencari pengaruh adalah tepat. Ini adalah kerana jika UMNO menggunakan agama sudah tentu pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh mempunyai perempuan simpanan, tidak boleh makan rasuah, tidak boleh menipu, merampas tanah rakyat, meroboh masji d dan surau, tidak boleh minum arak, berjudi dan berbagai lagi.

Yang agak melucukan ialah apabila golongan zalim dan bapa segala fitnah membaca doa dan di ‘amin” kan oleh penyokong kezaliman, penipuan dan pemfitnah. Doa meminta agar UMNO dilindungi dari fitnah. Pelik, jaguh fitnah minta Allah lindungi mereka dari difitnah. Kenyataan lain yang mengatakan UMNO adalah pilihan Tuhan kerana berjaya memerintah negara lebih 50 tahun juga adalah tepat.

Jika kita belajar agama kita akan faham bahawa sememangnya Allah juga akan memanjangkan kuasa pemerintahan golongan yang zalim , ahli maksiat, jaguh fitnah, penipu, perosak agama dan penindas kerana golongan ini diistilah kan termasuk dalam golongan yang “istidroj”, iaitu golongan yang Allah sesatkan setelah berbagai peringatan dari ayat-ayat Allah dan ajaran nabi diberikan tetapi mereka masih berdegil dan pekakan telinga, maka Allah biarkan mereka terus dalam kesesatan, kezaliman dan kekufuran.

Najib mengajak semua ahli UMNO bersatu padu, mengapa? Kerana sejak dulu dan sehingga bila-bila pun UMNO perpaduan tidak akan pernah wujud dalam UMNO. Matlamat mereka hanyalah berebut projek, berebut jawatan dan pangkat dalam parti dan dalam kerajaan. Untuk mendapatkanya mereka sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa mengahancurkan sesama mereka. Itulah UMNO. Perpaduan yang hanya kepura-puraan.

Kenyataan Najib bahawa satu undi rakyat berikan kepada PAS bermakna kehancuran Islam. Bagaimana pula dengan satu undi kepada UMNO, bukankah itu akan membawa rakyat kepada kesyirikan dan kesesatan? Bagaimana seorang yang kini didedahkan dengan berbagai kes rasuah, kes bunuh cuba bercakap tentang Islam? Sungguh memalukan. Bagaimana sebuah parti yang sejak dulu hingga kini dipimpin oleh golongan yang tidak berakhlak, menghina syariat, perjuangan yang secara jelas menolak Islam sebagai panduan dan pegangan hidup ingin berdoa kepada Allah? Kamu hina syariatnya tetapi kamu nak minta pula darinya sesuatu.

Tidak pelik jugalah apabila Najib melantik sepupunya Menteri yang jaga polis, rupanya ada muslihat sesama mereka. Iaitu untuk menutup segala pekung Najib dari tersebar kepada umum, tetapi bangkai gajah nak tutup macamana?

Ingatlah wahai rakyat semua, janganlah kamu terpedaya dengan lakunan puak UMNO yang sebak, menangis ketika berucap dalam perhimpunan mereka baru-baru ini. Mereka sebenarnya menangis kerana bimbang jika kalah dalam PRU13 nanti, semua tembelang dan penyelewengan mereka akan terbongkar. Mereka menangis sebab jika kalah, mereka tak dapat nak sapu projek dan nak rompak wang rakyat lagi.

Jangan percayalah dengan lakunan golongan seperti ini. Depan rakya mereka pura-pura sebak dan menangis tetapi apabila di belakang rakyat mereka bersorak gembira kerana berjaya menipu dan memperdayakan rakyat. Yang datang sebagai perwakilan itu sebahagian besarlah adalah golongan yang sudah kaya, banyak kumpul harta, puak kroni yang selalu dapat projek, manakala yang duduk depan TV di rumah adalah dari kalangan puak mereka yang tolol, merempat dan sudah di bangangkan oleh pemimpin mereka .

Sebenarnya orang Melayu yang menyokong UMNO sudah tidak mempunyai nilai lagi kecuali hanya untuk RM300 dan RM500 sahaja. Mereka sanggup hidup merempat demi UMNO, kerana sememangnya UMNO suka tengok orang Melayu hidup merempat di tanah air sendiri kerana dengan cara itu mudah untuk UMNO memancing dan mempergunakan mereka untuk mendapatkan undi. Inilah nasib bangsaku, yang rela dan sanggup untuk terus dihina oleh UMNO kerana mereka sudah tidak punya maruah dan moral lagi. Wallahulam.


Oleh: Tok Janggut

Photobucket

Selangor beri tempoh akhir cabut kamera AES

on




Kerajaan Negeri Selangor memberi tempoh akhir tiga hari lagi kepada Kementerian Pengangkutan untuk merobohkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jika pihak kementerian gagal berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya hujung minggu ini.

“Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian.

“Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau sebelum ini bersama bersama Exco Yaakob Sapari turut melawat ke lokasi kamera AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).

Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang kawasan itu dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan kamera AES di Selangor.

Bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak kementerian setakat ini dan kerajaan negeri memberikan tempoh akhir beberapa hari lagi.

Selangor sebelum ini antara negeri yang mahu kerajaan pusat menangguhkan pemasangan kamera AES di negeri itu sehingga satu kajian melibatkan semua pihak dibuat terlebih dahulu.

Selain Selangor, semua negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Kelantan, Kedah Pulau Pinang turut membuat keputusan serupa.




Photobucket

Pemimpin Umno mula takut hilang kuasa

on


Anwar: Pemimpin Umno mula takut hilang kuasa


Pakatan Rakyat (PR) membidas Perhimpunan Agung Umno 2012 digunakan oleh pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu sebagai platform mempertahankan kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU13), bukannya membincangkan soal kebajikan rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin Umno yang takut kehilangan kuasa juga telah menggunakan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai isu untuk menjejaskan peluang PR.
Selain itu kata beliau, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membangkitkan isu 13 Mei jika PR menang sebagai usaha untuk menghidupkan kembali karier politiknya yang semakin malap ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Menurutnya, Shahrizat sengaja menimbulkan isu peristiwa hitam itu untuk memulihkan kembali pengaruh politiknya sekali gus menyemai perasan takut di kalangan rakyat.
Beliau berkata, hujah yang dikeluarkan Shahrizat bukan sahaja biadap tetapi boleh dikategorikan sebagai hasutan.
"Shahrizat sengaja menyeru kembali 'hantu' 13 Mei untuk menakutkan rakyat.
"Beliau gunakan isu itu untuk menghidupkan kembali karier politiknya yang telah pupus akibat didesak untuk meletakkan jawatan dalam skandal NFC.
"... hujah itu bukan sahaja biadap, malah dianggap sebagai hasutan dan dikategorikan sebagai satu jenayah," katanya kepada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Wanita Umno Rabu lalu, Shahrizat menyatakan beliau bimbang kejadian 13 Mei akan berlaku lagi sekiranya Umno kalah dalam PRU13 dan negara diperintah oleh kerajaan pembangkang.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, tuduhan liar seumpama itu dibuat Umno-Barisan Nasional (BN) kerana sudah rasa terancam.
Mengulas lanjut, Anwar, bekas ahli Umno menambah, apa yang dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Umno minggu lalu hanya berkisar tentang usaha mempertahan kuasa dan merancang strategi untuk memfitnah pembangkang.
Menurutnya, isu-isu kebajikan rakyat yang melibatkan pengangguran dan harga barang tidak dibangkitkan.
"Dalam perhimpunan itu bukan soal rakyat yang dibincangkan tetapi hanya menggunakannya sebagai pelantar untuk memperkatakan soal kuasa dan bagaimana cara memfitnah kita.
"Apa yang mereka nak pertahan... syarikat-syarikat besar seperti syarikat petroleum dan kekayaan mereka.
"Rakyat tidak akan hilang kuasa, tetapi kuasa monopoli kekayaan mereka," katanya.
Perhimpunan Agung Umno yang bermula dengan persidangan ketiga-tiga sayapnya Selasa lalu, berakhir kelmarin.
Seperti yang dijangkakan perhimpunan agung kali ini menjadikan PR sasaran dengan mengetengahkan kelemahan dan kepincangan dilalui perikatan tersebut.
Minggu lalu, Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin memberitahu Sinar Harian Online bahawa Najib kan menggunakan Perhimpunan Agung Umno 2012 "sebagai pentas" untuk mengetengahkan apa yang beliau telah lakukan dan akan lakukan bagi menghadapi PRU13.
"Ini pentas Datuk Seri Najib, bukan Umno, tetapi untuk Najib (untuk menghadapi PRU13)," kata beliau.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata selepas Perhimpunan Agung itu, keyakinan pemimpin Umno akan meningkat disebabkan kelengkapan yang mewah diberikan semasa sesi itu.
"Tidak mustahil ahli Umno akan pulang dengan keyakinan selepas Perhimpunan Agung Umno disebabkan persekitaran yang mewah diberikan kepada mereka," katanya.
-sinarharian.com




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List