Rakyat sendiri dihalau macam binatang....

on Mar 21, 2013





Siapa yang benarkan pendatang asing Burma ini membina penempatan percuma siap bantuan kerajaan?


Dalam kita sibuk menghalakan pusat pikiran ke Lahad Datu,rupa rupanya kita terlepas pandang akan wujudnya penempatan baru di Kampung Bukit Malut Langkawi. Tidak cukup dengan perumahan Taman Nilam, [Klick sini ]Kini 1 lagi penempatan sedang giat di bina.

Anda perasan ke tidak, apabila pendaratan warga Myanmar yang kononnya Rohingya mendarat secara haram ke langkawi.[baca laporan tu di sini] Berita mereka HILANG setakat ditangkap dan dibawa ke .... dot dot dot..

Kemanakah mereka dibawa? Gua cuma membawa anda ke Langkawi dan lihat bukti bukti bergambar dan temubual dengan Burma burma ini yang sedang sebuk teramat membina rumah sendiri.

Dalam saat rakyat sendiri dihalau,kerajaan diam diam melayan "anak emas" sangat special hanya kerana UNDI BN yang diharapkan bagi mengekalkan BN memerintah negara kita.














Siapakah dibelakang semua pembinaan ini?


Rakyat sendiri dihalau macam binatang....


                         



Photobucket

Saya kenal hampir kesemua Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu...!

on





SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA
FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. 

Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2. 

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yangdidakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka. 

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal! 

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.
Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.




CATATAN ORANG LAMA FELDA DI FELDA SAHABAT



Photobucket

Kenapa Anwar Dan Kit Siang Keluar Dari Zon Selamat...?

on




Keputusan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh dianggap penganalisis politik sebagai mencerminkan keberaniannya keluar dari zon selamat.

Ia juga dianggap membuka kerusi parlimen yang berpotensi untuk dimenangi kali ini sesudah kalah dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti tipis.

Permatang Pauh boleh dianggap sudah biasa dengan Pakatan Rakyat, seperti juga Ipoh Timur di Perak atau Bukit Bintang di Kuala Lumpur, kesemuanya merupakan kerusi 'winnable' sebagai beberapa contoh.

Ini juga dilihat sesuatu yang positif apabila Anwar dilihat 'mengikut jejak' Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang meninggalkan kerusi selamat di Ipoh Timur dan berani bertanding di Gelang Patah, Johor, negeri kelahirannya.

Perkembangan menarik ini pastinya membuatkan Barisan Nasional (BN) lebih berhati-hati kerana sekiranya Kit Siang berjaya menang, tsunami politik dari selatan pula membadai setelah terhenti di Negeri Sembilan dalam pilihanraya umum lalu.

Anwar yang dijangka bertanding kerusi di Perak (maaf saya tidak dapat memberikan kerusi mana) juga dilihat memberi nilai tambah kepada kekuatan Pakatan Rakyat di negeri itu yang sudah bersedia menerima kembali pemerintahan rakyat setelah tipu helah Najib Altantuya berjaya pada 2009.

Berdasarkan keadaan semasa, Anwar dijangka akan bertanding sama ada di parlimen Pasir Salak, Tapah atau Lumut kerana ketiga-tiga kerusi berkenaan dijangka mampu dimenangi, apatah lagi jika Anwar yang bertanding.

Begitupun, jika dia ingin bertanding di Selangor, peluangnya juga cerah walaupun daftar pemilih paling kotor dalam sejarah negeri itu kini terhidang angkara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas arahan Umno.

Kedua-dua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ini seolah memberi isyarat kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar 'keluar' dari Marang dan bertanding di negeri lain, contohnya Pahang.

Jika Hadi berfikiran begitu, ini pastinya akan memberikan pukulan hebat terhadap BN kerana walaupun Terengganu dianggap agak sukar untuk ditawan, Hadi boleh melebarkan pengaruh PAS dan Pakatan Rakyat di negeri kubu kuat Umno itu.

Tidak perlu ke Pekan menentang Najib Altantuya, barangkali jika dia bertanding di Jerantut atau Bera, belum tentu lagi dia kalah.

Sebenarnya tindakan Anwar dan Kit Siang keluar dari kubu masing-masing membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak takut untuk meluaskan aura kebangkitan rakyat sekaligus secara tak langsung menunjukkan bahawa pemimpin BN kini sudah tidak selamat di kawasan masing-masing.

Umum mengetahui strategi bijak meletakkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di luar zon selamat mereka akan menambah nilai dan imej parlimen yang mereka tandingi kerana selama ini diabaikan BN sejak 50 tahun lalu.

Jika Anwar bertanding di Tapah, contohnya, BN akan cuba menggula-gulakan rakyat dengan pelbagai rasuah mee segera yang tidak pernah terfikir setiap kali mereka menang di situ bagi mengekang pengaruh Anwar.

Zambry Abdul Kadir juga sudah mula kecut perut memikirkan karisma Anwar yang cukup besar melebar yang pastinya menggugat keyakinannya sendiri bahawa BN boleh berkuasa di negeri ini.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas apa yang tersirat di sebalik kenyataannya, sebenarnya Zambry sudah boleh dianggap 'tewas sebelum bertempur' kerana apa yang pasti rakyat Perak akan bangkit menghukum BN yang menumbangkan Pakatan Rakyat melalui rampasan kuasa hingga krisis perlembagaan negeri berlanjutan lebih empat bulan.

Pun begitu, persoalan menarik di sebalik 'penghijrahan' ini adalah, apakah langkah BN mengekang kemaraan Pakatan Rakyat seterusnya?

Sama-samalah kita tunggu kesudahannya.

Skandal pembelian besi buruk Skyhawk 1985 siapa yang kaya?

on Mar 20, 2013




Bagaimana penyamun menguruskan hasil samunan?




Kes A4 Skyhawk ini berlaku pada tahun 1985.Malaysia beli jet terpakai [2nd hand] dari US yakni jet tu dah digunakan semasa perang Vietnam tamat.

Berapakah harga sebuah 
pesawat buruk / scrap Skyhawk?


Dengan bebalnya.. pemimpin negara kita meluluskan pembelian pesawat kondem ni dengan harga USD 1 juta sebuah dan total jumlah ialah 88 buah pesawat yang dah kondem.

Jumlah mengikut currency pada masa itu ialah 

USD 1 juta = RM2.58 juta.


RM2.58 X 88 buah dah berapa der?  lebih dari cukup untuk membina beberapa buah hospital [kos bina hospital secara keseluruhannya,10 wad dan 282 katil menelan belanja RM267 juta.]bayangkan dengan wang ini.. boleh bina kemudahan Hospital . Dah tentu hari ini.. orang yang nak bersalin di hospital tak perlu kena halau balik sebab kekurangan katil dan tempat!!

Ini dia Skyhawk scrap yang kita beli



Duit siapakah yang diguanakan untuk beli pesawat yang rosak dan berstatusLUPUS ni? duit RAKYAT !!!!

Kos untuk refurbished with new avionic engines,armanaments semua sekali RM320 juta. 53 dari jumlah 88 buah skyhawk ini tadi di bawa dari Mojave desert.

Sebenarnya kapal terbang ini dah obsolete,sebab tu diaorang tamatkan perhidmatan dan buang di padang pasir!!! what the Fak lah pemimpin umno dan menteri menteri kita ni bodoh bodoh belaka?

Pembetulan,...menteri dan pemimpin kaki rembat ni tak bodoh,yang bodoh ialah yang pangkah tempat undi di bahagian BN tu.. itu yang membenarkan mereka terus merembat harta rakyat sebenarnya yang bodoh.

40 daripada 53 dibaik pulih,manakala bakinya 12 lagi di cannibalize yakni scrap bagi tujuan spare part.
 1 lagi dijadikan pesawat latihan.

45 yang ditinggalkan di gurun California tidak pernah dibawa balik. ia telah diletakkan di bawah pengurusan sebuah syarikat di Amerika. akhirnya syarikat ini bayar bayaran parking untuk beberapa tahun. satu masa diantara 2000-2003 RMAF bercadang untuk bawa balik pesawat dan menjualnya. Pegawai Tudm kita dari Kl telah dihantar untuk ambil balik pesawat itu dengan tujuan untuk jual semula dan mereka telah dihantar ke gurun pasir California. mereka jumpa pesawat pesawat itu malangnya mereka terkejut Tudm bukan lagi pemilik sah pesawat2 itu menurut undang2.tapi rupanya ikot terms bodoh yang diaorang deal tahun 1985 dulu.Aircraf tu bukan lagi kerajaan punya.. dah jadi hak milik krony umno.So automatik leased...

Baki yang dekat padang pasir tu tak pernah dibawa balik ke Malaysia.Membiarkan managment syarikat sana uruskan dan membayar kos sewaan juga satu pembaziran wang rakyat!!! siapa peduli benda benda ini? Berapa juta kos untuk bayar benda scrap? Berapa banyak lagi wang KAMI kamu nak samun wahai pemimpin umno yang penyamun?

Akibat tak mampu bawa balik kesemua,
so mereka decide nak lelong lagi 35 buah tu.Tapi tak ada sesiapa yang bodoh nak beli bangkai jet...melainkan Malaysia aja yang nak..

Futhermore,parking fee dari tahun 1985 sampai la tarikh sekarang ini..siapa yang tanggung kalau bukan duit rakyat? 

Bayangkan.. skandal skandal tersembunyi yang di cipta oleh pemimpin penyamun umno yang berbakul bakul jika PR menang ke Putrajaya.. akan di bongkar. Jika kamu pemimpin umno yang kaya dengan merompak wang rakyat ini aka n di bicarakan.. adakah kamu berdiam diri menunggu tali gantung?Mustahil tak kalian yang penyamun ini mencipta huru hara dan memangsakan rakyat dengan kematian yang sia sia? contohnya peristiwa Lahad Datu......


sumber
Photobucket

Agbimudin Kiram pernah jadi ADO di Kudat...?

on





PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenalai sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.

"Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.

"Agbimudin telah dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR pagi tadi.

PKR turut mendakwa melalui pendedahan itu membuktikan penglibatan Azzimudie dalam insiden di Lahad Datu ada kaitan dengan Umno.

Pada lampiran itu menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.

Ketika ditanya wartawan bagaimana pihaknya yakin yang Azzimudie yang dimaksudkan adalah ketua kumpulan penceroboh berikutan faktor usianya yang lanjut.

Rafizi berkata, pihaknya percaya Azzmudie mengetuai pencerobohan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh abangnya Jamalul Kiram III sebelum ini.



Photobucket

PRU-13: Parlimen tamat tempoh pada 24 April 2013

on





Tarikh akhir pembubaran parlimen akan berkuatkuasa pada 24 April 2013, kata Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah.

Noordin berkata, kuasa Parlimen dikira tamat selepas tarikh itu kerana tempoh sebenar mandat telah pun berakhir.

Walaupun pembubaran parlimen diputuskan Perdana Menteri, namun parlimen tetap terbubar jika ia melepasi tarikh mandat pilihanraya lepas, jelas Noordin.

“Sekiranya sehingga 24 April 2013, parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar,” kata Noordin pada Sabtu lepas di Kota Bharu.

Menurut Timbalan Setiausaha SPR itu, selepas tempoh itu berakhir, SPR akan mengambil alih untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 dalam tempoh 60 hari.



Photobucket

Siapa Dalang Nya...?

on






KUALA LUMPUR: Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.


Sambung Baca Disini

Photobucket

Projek IC : Mahathir pembohong besar - Bekas DO Sandakan

on


IC PROJEK copy



Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pegawai kerajaan menjual kad pengenalan (IC) untuk kepentingan diri.
“Dr Mahathir pembohong besar,” kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir seperti dilapor Bernama dalam program ‘Bicara Minda di Papar, Sabah 17 Mac lalu.
Mahathir dilaporkan berkata, rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan atas kepentingan individu.
Tegas Hassnar, projek IC adalah dalam pengetahuan Mahathir yang tidak selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara tahun 1990 dengan 1994.
Malah kata Hassnar, dirinya menjadi ‘bahan tawaran’ antara Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu berniat untuk menyertai semula Barisan Nasional.
“Salah satu syarat (rundingan), Joseph minta saya dimasukkan ke dalam penjara,” kata Hassnar.
Tegasnya, sekiranya Dr Mahathir memikirkan bahawa projek tersebut sebagai satu kesalahan, dokumen IC tersebut perlu ditarik balik.
“Tapi ada kita pernah dengar IC yang dikatakan dijual yang kononnya tidak sepatutnya dikeluarkan kepada individu yang diimport dari luar ditarik? Tidak ada!” tegas Hassnar.
Beliau berkata demikian pada Forum ‘Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47750


Photobucket

ZAMAN TUNGGUL KAYU SUDAH BERLALU

on Mar 19, 2013





Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. PRU 13 semakin hampir. Dahulu kita sering dengar, jika BN letakkan calon tunggul kayu sekalipun pasti akan menang. Kini, tidak lagi. Jika calon tunggul kayu dipertaruhkan, akan hilanglah wang deposit. Peredaran masa telahmenyebabkan rakyat sudah pandai menilai antara kaca dengan permata.

Cuma orang politik sahaja kadang kala tidak pernah sedar. Mahu terus bertanding atau kekal menjadi wakil rakyat sampai mati. Faktor usia yang semakin meningkat dan tenaga semakin merosot, tidak diambil kira. Bila bertanding, menang, tidak lama selepas menjadi wakil rakyat, dia pun mati. Maka berlakulah pilihan raya kecil. Wang habis lagi. Bukankah merugikan.

Tetapi, tidak kepada rakyat. Rakyat gembira, kerana dengan adanya pilihan raya kecil, mereka akan dapat jalan baharu dan lain-lain kemudahan. Pendek kata, semakin banyak pilihan raya kecil, makin berubahlah keadaan dan prasana sesebuah kawasan terlibat. Inilah budaya politik kita. Keadaan akan berubah apabila ada pilihan raya. Jika tidak, puas menjerit baru ada perubahan. Calon yang bertanding pula akan terhegeh-hegeh, tersengih-sengih dan senyum selalu untuk meraikan undi. Sebelum itu, batang hidungpun tidak nampak.

Kadangkala ada juga logiknya orang berkata, ada kalangan rakyat berdoa agar wakil rakyatnya mati cepat. Bila mati, ada pilihan raya kecil, ketika itu berpusu-pusu peruntukan dan berbagai kemudahan masuk. Bukankah bantuan terhadap rakyat dan kawasan tidak kenal musim?

Namun, lawak jenaka ini tidak menginsafkan mereka yang mahu menjadi wakil rakyat. Semua terus berebut-rebut mahu jadi wakil rakyat. Wakil rakyat ada kuasa, apatah lagi jika ada jawatan dalam kerajaan. Pendek kata, mereka ingin terus jadi wakil rakyat, walaupun mereka tahu rakyat doakan cepat mati, tetapi dia tetap tidak mahu mati. Mereka mahu mati di atas takhta.

Paling tidak pun jika sudah tidak dapat bertahan lagi, dia akan memastikan kepada ahli keluarga, kroni dan kerabat naik menggantikannya. Jika kepimpinan tertinggi memutuskan ada calon yang lebih lanyak, jawapannya, boikot. Akhirnya calon tersebut kalah. Kejadian ini sudah banyak kali berlaku.

Begitulah takutnya seseorang itu akan kehilangan kuasa. Takut tidak dipedulikan. Duduk di masjid tiada yang menyapa. Inilah akibat apabila berkuasa tidak tinggalkan jasa, terutama kepada agama, bangsa dan negara. Pendek kata, kuasa itu bukan segala-galanya.

Sebab itu, saya cukup menghormati wakil rakyat yang sanggup mengundurkan diri bila tiba masanya. Dia tahu jawatan itu amanah. Jawatan ada perkiraan dosa dan pahala, dunia dan akhirat. Inilah baru namanya wakil rakyat. Tahu, ketika diperlukan. Sedar diri, bila tidak berkemampuan. Keadaan biasa dilihat pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Ada yang menawarkan diri, tetapi ditolak, kerana Rasulullah SAW tahu siapa yang lebih layak. Hari ini, sudahlah tidak layak, cari jalan untuk jadi layak. Jika tidak berjaya. Boikot.

Sepatutnya, kita memberi laluan kepada orang lain yang berwibawa. Persoalan timbul, apabila calon yang muda dan berwibawa tidak mendapat sokongan akar umbi. Mereka bukan ketua bahagian, mahupun cawangan. Pencalonan mahupun kemenangan mereka akan menimbulkan masalah kerana, ketua bahagian atau cawangan tidak akan memberikan laluan. Kedudukannya terawang-awang. Inilah dilemma yang dihadapi oleh sesetengah wakil rakyat. Mempunyai kedudukan dan kuasa dalam kerajaan, tetapi tidak mempunyai jawatan di peringkat akar umbi. Menang pun tiada erti. Hidup dalam dilema.

Lebih serius lagi, mutakhir ini, seringkali kedengaran ugutan untuk tidak mengundi parti-parti tertentu dalam PRU 13 jika tuntutan dan desakan mereka tidak dituruti atau dipenuhi. Semua mahu jadi calon, tidak kira dirinya kuat atau tidak. Yang penting mesti bertanding. Kuota yang sedia ada mesti dipenuhi. Kalau boleh ditambah lagi. Sehingga ke peringkat jawatan dalam kabinet.

Sampai bilakah kita boleh sampai ke tahap kematangan dalam berpolitik? Sepatutnya yang dibincangkan adalah soal strategi, ciri-ciri calon yang boleh menang dalam PRU 13, bertangungjawab, ada agenda agama, bangsa dan negara. Boleh menjadi contoh kepada orang lain atau rakyat. Mempunyai latar belakang dan keluarga yang baik-baik. Bukan sekadar memenuhi kuota. Apa guna kuota, jika kalah pilihan raya.

Justeru, menjelang PRU 13 akan datang, penegasan perlu segera dilakukan. Mereka yang menjadi parasit hendaklah digugurkan. Patuhi arahan ketua atau risikan. Ingatlah jawatan itu adalah amanah, bukan untuk keselesaan atau mengumpul harta. Sekarang bukan masa untuk boikot atau membalas dendam.

Selain itu, kawasan yang menjadi majoriti sesuatu kaum hendaklah diwakili oleh kaum tersebut. Jika tidak ada majoriti, maka fikirkanlah cara lain untuk mewakilinya. Bukan apa, kadangkala kita terlampau baik dan bertolak ansur. Meletakkan calon bangsa minoriti di kawasan bangsa majoriti. Pembangkang membaca strategi tersebut, mereka meletakkan calon bangsa majoriti di kawasan bangsa majoriti. Akhirnya, mereka menang. Bukan tidak boleh, tetapi jangan terlalu kerap.

Kesimpulan, apapun yang kita lakukan, ingatlah di situ ada perkiraan dosa pahala, kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana menjadi wakil itu adalah amanah. 


Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List