Harap Harap Menteri Ini Kalah Atau Tidak Dicalonkan Semula.....Menyampah Aku Dengan Lagak Dia...!!!

on Apr 10, 2013



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempertahankan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu, seperti yang dikesan dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.

"Sekarang kita di dalam suasana lingkungan bidang tugas kerajaan sementara. Kerajaan masih wujud di bawah Perkara 43 (Perlembagaan Persekutuan) dan perkara yang melibatkan kuasa eksekutif –  Perkara 38 (melibatkan) Majlis Raja-Raja dan juga Perkara 43 (melibatkan) kuasa lantikan menteri – menteri dan juga di bawah akta fungsi menteri, semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan seperti biasa.

"Tetapi apabila dimulakan hari penamaan calon, pada hari itu tidak boleh mana-mana jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam apa jua program yang menampakkan membantu pilihan raya satu-satu parti," katanya.
Rais bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media selepas satu majlis bersama sekumpulan pemuzik jalanan di di Kuala Lumpur petang ini.
Beliau ditanya mengenai kenderaan milik Jabatan Penerangan yang dikesan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN pada hari Ahad lalu untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.

Ia melibatkan dua kenderaan kegunaan khas (SUV) dengan satu daripadanya dipasang pembesar suara dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan. 

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan diherdik dan diancam untuk "dilepuk" oleh penganjur apabila memohon penjelasan berhubung kehadiran kenderaan tersebut pada majlis kempen BN.



Photobucket

KATAK MERAYU

on



Bak kata pepatah.. habis madu sepah dibuang.. itulah nasib seorang Ahli Parlimen Bebas yang dulunya merupakan Ahli Parlimen dari PKR, Gobalakrishnan..

Jika dulu semasa beliau melompat keluar dari PKR, dirinya dijulang sebagai seorang hero oleh macai-macai UMNO tetapi sekarang dirinya sudah terbuang..

Untuk meneruskan karrier politiknya beliau terpaksa merayu kepada Presiden UMNO agar diberikan peluang untuk bertanding sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti..

Katanya lagi jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif...


Gobala rayu BN beri peluang pertahan Padang Serai 

Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas.

Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.

“Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli.

Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif.

Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim. - Bernama

Kesian dia.. dari katak kini bertukar menjadi peminta sedekah pula..

Tapi kata dia.. sejak dia keluar PKR dia dah berjaya pengaruh ramai penyokong Pakatan Rakyat untuk kembali menyokong BN.. kalau begitu kenapa tidak dia pengaruh mereka pula untuk menyokongnya sebagai calon Bebas?



http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Photobucket

Jenderal Tentera UMNO Sah Tidak Bertanding PRU 13

on





"Walaupun saya 'jeneral tentera' Wanita tapi tak semestinya saya kena bertanding. Saya seorang yang realistikcow, masa untuk saya akan datang tapi bukan PRU13," kata  Jenderal Tentera Lembu Wanita UMNO Malaysia.....hahaha...

Udah jadi perangai puak pimpinan UMNO Munafikun...kalau udah tidak tersenarai dalam nama bakal calon,maka mereka cepat-cepat akan ambil tindakan konon-nya Tak Mahu Bertanding,Bagi laluan dan sebagainya...kah...kah...kah....

Dulu masa jadi Menteri Wanita pun camtu juga, tinggalkan jawatan konon-nya sebab tarikh perkhidmatan dah abis dan tak mahu sambung lagi jadi alasan Shahrizat,pada hal-nya tertekan dengan desak rakyat supaya beliau letak jawatan dan memang Najib pun dah rasa dia dah jadi liabiliti pada UMNO dan penyakit tengok muka Shahrizat teringat RM250juta berkaitan NFC masih kuat dimata rakyat.

Jadi...mahu tak mahu, terpaksalah umumkan tidak akan bertanding dengan alasan yang hanya boleh masuk akal lembu-lembu di kandang NFC saja.....hehehe....



Photobucket

Akan Tamat Lah Riwayat MCA

on




Ketibaan Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang diceramah Ubah DAP di Taman AST, Bukit Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan, malam ini disambut oleh ribuan warga Seremban, seolah-olah mereka sedang menyambut ketibaan wira negara yang mau melakukan perubahan.

Ingatkan apabila difitnah macam-macam oleh UMNO/BN terutamanya MCA, rakyat sudah meminggirkan atau boikot dirinya, tetapi menjadi sebaliknya pula.

Lagi diserang betubi-tubi bertali arus tanpa henti 24 jam sehari dengan pelbagai fitnah dan tomahan lagi ramai rakyat menyokong dan julang dirinya.

Itu dinamakan kebangkitan rakyat tidak mampu disekat sekadar dengan dakyah dan fitnah.


MCA habis pocek boleh makan telur kalau tidak kena gaya!!





INI KALILAH TUKAR!!!!


Ceramah Ubah DAP malam ini di Taman AST, Bukit Kepayang Seremban dihadiri lebih kurang 5,000 orang yang sedikit pun tidak berganjak walaupun hujan turun dengan lebatnya.

Penceramah utamanya Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Kerajaan sementara Pulau Pinang YAB Sdr Lim Guan Eng.

Semangat yang ditunjukkan ini adalah petanda bahawa rakyat kini sudah bangkit mau melakukan perubahan.

Kalau UMNO masih lagi berdegil berkata yang BN masih mampu pertahankan Putrajaya.. elok sangatlah najib dan semua para pemimpin tertinggi UMNO/BN lihat rakaman gambar diatas.

Taman AST, Bukit Kepayang, Seremban adalah taman perumahan kelas menengah..Ini menunjukkan kelas menengah dari kaum Tionghua sudah menyokong DAP/PR secara total..Itu tidak termasuk dari kampong-kampong Baru Cina.

Omak Kau cukup yakin sekali.. Ini Kali akan berlaku perubahan kepada pentadbiran negara...PR jadi pemerintah BN jadi pembangkang!!!!



Photobucket

Azmin Ali Terima Tamparan Hebat...?

on




Jentera Azmin di Gombak terima tamparan hebat

Lokasi : Batu 10.5, Jalan Gombak, Selangor

Acara : Pemimpin Bersama Rakyat - 'Pengistiharaan Keluar Dari PKR dan Daftar Ahli UMNO Serta Sokong Parti Barisan Nasional'

Tarikh : 7/4/2013 @ 10.00 pm


Azmin Ali menerima tamparan hebat apabila Timbalan Ketua PKR Cabang Gombak, Abu Bakar Ninggal dan AJK PKR Cabang Gombak, Mazlan Abdul Rashid bertindak meninggalkan parti tersebut bersama dengan 250 ahli. Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
Ikuti keluhan Abu Bakar Ninggal yang begitu kecewa dangan apa yang beliau telah lalui..


1/13
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13




Photobucket

‘Orang tua’ enggan berundur...... Kuda tua punya pasal buat Najib sakit kepala!

on Apr 9, 2013




Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari tidak ramai menteri dan wakil rakyat yang mahu mengumumkan mereka tidak bertanding dalam pilihan raya secara suka rela. Ini satu masalah kepada Umno.
Belum ada menteri yang mahu mengatakan mereka akan mengundurkan diri serta memberikan kerusi kepada muka baru. Maksudnya mahu menarik diri dari dicalonkan sekali lagi.
Datuk  Seri Rais Yatim yang sudah menjadi anggota kabinet dengan lima perdana menteri nampak belum mahu mengibarkan bendera putih. Beliau seolah mahu mempertahan kerusi parlimen Jelebu.
Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Mustapa Mohamad juga boleh dianggap kuda tua kerana sudah begitu lama berada dalam kabinet. Kecuali Mustapa yang mengemudi Umno Kelantan, Nazri dan Hishammuddin telah menjadi bualan awam terhadap beberapa isu yang membabitkan kedua-dua menteri kabinet itu.
Ini tidak dikira lagi dengan ratusan ahli parlimen dan penyandang kerusi negeri di seluruh negara. Pendek kata, wakil-wakil rakyat  Umno yang ada, sebahagian besarnya masuk dalam kategori veteran.
Cuba kita lihat satu persatu bermula dari Perlis hingga ke Sabah. Datuk Seri Shahidan Kassim masih menyimpan hasrat kembali menjadi menteri besar Perlis; manakala Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid, dua bekas menteri pusat sepatutnya sudah meninggalkan politik. Tetapi belum ada kata putus.
Di Kedah, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahadir Khalid dilaporkan mahu mempertahankan kerusi DUN Pedu. Apa rasionalnya beliau berbuat demikian jika prestasi BN negeri diambil kira pada 2008.
Bercita-cita besar

Pulau Pinang tidak ramai pemimpin kerana negeri itu diperintah pembangkang. Perak juga tidak ketinggalan dengan muka-muka lama yang masih bercita-cita besar untuk terus bertanding sekali lagi.
Selangor sangat diidam oleh Najib yang mana beliau sendiri menjadi pengerusi BN dan Umno di negeri tersebut. Koordinator BN negeri, Datuk Seri Mohamad Zain Mohamed yang juga ahli parlimen Sepang sepatutnya sudah tidak disenaraikan lagi.
Di Perak, Adun Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Adun Datuk Ahmad Fakeh Adam tidak perlu lagi terhegeh-hegeh melobi supaya namanya dikekalkan.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di Putrajaya dan Datuk Zulhasnan Rafique (Setia Wangsa) antara yang perlu digugurkan di Wilayah Persekutuan.
Bagi Melaka, Datuk Abu Seman Yusof (Masjid Tanah)  barangkali perlu diganti dengan  tokoh muda. Negeri Sembilan juga tidak kurang dengan wakil rakyat yang sudah memasuki alam `menopaus’.
Di Terengganu yang menjadi persoalan ialah mengenai nasib kumpulan penyokong bekas Menteri Besar yang disingkirkan pada 2008 iaitu Datuk Seri Idris Jusoh. Teka teki berlegar adakah Idris akan bertanding atau sebaliknya, begitu juga dengan penyokong-penyokong kuatnya.
Kelantan sering menjadi rebutan antara muka lama dan baru- Perebutan itu menyebabkan Kelantan kalah krpada PAS sejak tahun 1990 lagi.
Perlukan tokoh-tokoh besar seperti Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan Gua Musang? Atau Datuk Awang Adek Husin mencuba lagi di Bachok yang beliau kalah dua kali berturut-turut?
Berdiam diri?
Apakah bekas Pengerusi Umno negeri, Tan Sri Annuar Musa akan berdiam diri jika namanya tidak ada dalam senarai kali ini?
Pahang dikatakan kekal sebagai kubu kuat Umno walaupun Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob sudah terlalu lama di kerusi itu. Sebahagian yang lain juga patut mengundurkan diri.
Johor menjadi negeri tumpuan setelah beberapa tokoh besar pembangkang menyatakan hasrat akan bertanding di negeri kubu kuat Umno itu. Pun begitu, Umno turut dibebani dengan beberapa tokoh yang sudah melampau masa.
Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) malah Datuk Abdul Ghani Othman sendiri kelihatan sudah menjadi liabiliti kepada Umno. Malah jika Ghani bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah menentang supremo DAP Lim Kit Siang tidak akan mengubah tanggapan bahawa Menteri Besar Johor itu perlu diganti.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan rakannya di Sarawak Tan Sri Taib Mahmud selalu dicap sebagai perasuah dan salah guna kuasa oleh lawan, tetapi merekalah yang menjadi benteng menahan asakan Pakatan Rakyat.
Malangnya mengekalkan mereka bakal berdepan BN akan kehilangan Sabah dan Sarawak. Rakyat akan menolak pemimpin yang terpalit dengan salah guna kuasa dan sebagainya.
Tetapi Najib dalam keadaan suka atau tidak terpaksa membuat keputusan terbaik untuk kepentingan keseluruhan. Mencantas keseluruhan politikus lama berisiko besar akan menyebabkan berlaku sabotaj.
Tetapi mengekalkannya boleh mengurangkan sokongan pengundi muda. Sedangkan pengundi muda bakal menjadi penentu kepada kemenangan umno dan Barisan Nasional.
Mengambil kira itu, Najib dalam dilema sedangkan Pakatan Rakyat semakin kuat mengasak.  Apakah transformasi Najib kepada Umno akan menikam diri sendiri?
Ahli dan penyokong-penyokongnya akan menentukannya. Apa pun pisau di tangan Najib dan tidak mungkin akan menikam diri sendiri sekalipun orang bawahan akan menipunya.


mountdweller
Photobucket

Dato Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Datuk Seri Anwar

on








Photobucket

Pengundi Permatang Pauh akan pastikan Papagomo hilang deposit

on





Hasrat Papagomo bertanding sebagai calon bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh akan menjadi mimpi ngeri kerana pengundi Parlimen itu mahu pastikan penulis blog upahan Umno tersebut bakal kehilangan deposit.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Permatang Pauh, Amir Md Ghazali menyifatkan, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo hanya boneka Umno BN yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN.
“Papagomo dari segi moralnya tiada kredibiliti. Dia bekas polis perasuah dan boneka Umno.
“Kalau betul dia mahu bertanding, kami di Permatang Pauh akan dedahkan siapa sebenarnya alat Umno ini,” kata Amir kepada Keadilan Daily.
Polis pada 28 Mac lalu mengesahkan identiti Azri sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah.
Mengikut kenyataan media polis, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 Julai 2002 hingga 30 November 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap.
Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan.
Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri disabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 November 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.
Dengan rekod ini, Amir yang juga Ketua AMK Negeri percaya pengundi Permatang Pauh teruja mahu mengenali wajah sebenar boneka kebanggaan Umno itu.
“Kalau sebelum ini hanya ada laporan TV dan akhbar, di sini (Permatang Pauh), rakyat boleh tengok muka Papagomo yang suka tabur fitnah. Saya pasti beliau akan dimalukan pengundi.
“Sekalipun ada orang mahu pilih beliau, saya yakin orang itu berminat dengan politik fitnah dan kotor,” kata Amir.
Polis dalam kenyataan turut menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara ‘panjang lebar’ selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis.
Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.





Photobucket

Ali Baba, Kassim Baba dan Sidek Baba

on Apr 8, 2013




Hahaha... relaks bhai.... Ali Baba nih gua bukan nak cerita pasai kisah hikayat AliBaba... tapi Ali Baba yang ader dalam Malaysia.... hahaha... Ali Baba yang biasa dapat projek dan tender kerajaan Malaysia... ala ... bisnesman yang guna kabel dan macam-macam jenis rasuah lagie... biler Ali dah dapat projek dan tender... dier passkan kat Baba untuk buat siapkan... dier makan komisyen atas angin jer... kekadang tue dalam banyak kes... dier langsung tak kuar modal haram satu sen pon... modal melobi pon datang dari Baba..... hahaha....

Okeh... Kassim Baba tue plak bukan bapak kepada Shahidan Kassim walaupun nama dier seakan samer.... Hahaha... Shahidan Kassim yang telah menubuhkan Yayasan Pok dan Kassim memang hebat... dier menggunakan teknik Baba jugak dalam empayar bisnes dier... kalu tidak masakan BERNAS yang milik kerajaan pon menjadi milik peribadi Shahidan Kassim (bekas MB Perlis)..... hahahaha... ...  ini satu lagi spesis Baba yang ngarut.... selain dari Ali Baba....

Selepas tue... ader satu lagi Baba yang lagi mengarut... yang namanyer Sidek Baba.... hahaha.... sori... gua cari nama dier dalam senarai jurnal akademik dan saintifik ... tapi tarak jumpa la... err... dier nih katanyer ader PhD.... hehehe... PhD beli ker atau copy paste... hahaha... sebab sori aaa.. gua kureng respek kat pemegang PhD yang takder nama dalam senarai penulisan jurnal akademik atau saintifik...... Gua yang takder Degree, Masters dan PhD pon ader gak nama dalam senarai penulisan jurnal akademik dan saintifik (ader 3 kesemuanya) ... hehehe....

Yang Sidek Baba nih... macam mana la orang nak lantik dier ke jawatan Rektor atau TNC mana-mana IPTA, IPTS atau IPT..... no kredibility.... orang macam nih... samer spesis macam Zulkifli Nordin.... hahaha... mengarut tak abis-abis....  lawak siot.... hahahaha

Kesimpulannyer... ketiga-tiga nama tue... Ali Baba, Kassim Baba dan Sidek Baba samer jer tabley pakai.... penyamun... karut.... hahaha




cipantapirtenuk.blogspot.com



sambung baca kat sini

Photobucket

The big secret of tingkat 2 blog B4 Putrajaya! ~ Part 2

on






YA..ALLAH..JIKA INI ADALAH BENAR..KAMI BERMOHON DARIMU SELAMATKANLAH NEGARA MALAYSIA DARI SEGALA KEROSAKAN YANG MELAMPAUI..LINDUNGILAH HATI KAMI DARI MEMILIH PEMIMPIN YANG ZALIM DAN MEMERANGI AGAMAMU..KAU ANGKATLAH PEMIMPIN YANG BERJUANG MENEGAKKAN SYIAR DAN AGAMAMU YA ALLAH.

Dato2 Mossad yang kerjanya main golf kemudian pikir bagaimana nak menyelamatkan umno dari kalah PRU dengan cara apa sahaja sekalipun termasuk memaksa SPR menipu undi... 

Demi Allah dan rasulnya.. gua berpijak atas paksi panji2 Allah dan kebenaran..kalian dato2 semua sudah sesat.membela penjahat yang meratah hasil bumi Malaysia kemudian mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan kroni dan sebab kamulah BN menang undi dengan cara menipu dan still mempertahankan Putrajaya!

Akhirnya rakyat hidop dalam derita kenaikan beban sara hidop yang tidak lagi kami dapat tanggung.Dato2 tidak akan rasa apa yang kami semua rasa...


Ni dia penjahat penjahat yang khianat 
kepada Rakyat Malaysia
hidop senang lenangdi bawah payung umno
asalkan kerja mereka merancang 
keselamatan pemimpin umno
sama sama kita berdoa 
semoga mereka mendapat hidayah

Dengar sini dato2 dan Tan tan Sri pengkianat sekalian.

[Usah dok siasat bagaimana gua tahu semua benda nih...]


Anda boleh senang di dunia dengan menganiaya kami selaku rakyat Marhaein.. namun..ingatlah API NERAKA adalah tempat kamu yang sedang bekerja mempertahankan kerajaan BN yang zalim dan tunduk kepada Iluminati dan lebih tepat lagi. Freemason! 




Apa tugas Blok B4 ?


Sebelum faham apa tugas B4 meh baca bab ni dulu kasi mudah faham der..


Setiap negara kat dunia ni ada badan risikan mereka sendiri. mungkin ramai yang tak sangka malaysia mempunyai badan risikan yang berselindung di kompleks B jabatan perdana menteri bangunan B4. kebanyakan badan2 perisikan seluruh dunia tak tonjolkn diri sebab tu susah untuk kenal perisik ni.


Tak pelik bahagian B4 ni dulu pernah ada opis kat Kota Baharu, kelantan..Labuan,Sabah.. dan Putrajaya sebagai pusat maklumat untuk semua maklumat risikan dari seluruh Malaysia. segala risikan polis, tentera sampai kat sini. 


Mana mana negara ada unit risikan untuk tujuan menjaga keselamatan Negara..di ulang.menjaga keselamatan negara.. bukan keselamatan umno ..ada bezenya kat situ der..


Tujuan pendedahan ini adalah untuk bongkar kerja jahat bahagian penyelidikan aka bahagian perisikan Malaysia.Umno telah mempergunakan penjawat awam untuk tujuan politik. dimana sebilangan kakitangan samada kakitangan kerajaan melakukan kerja2 jahat orang2 politik demi untuk kekalkan kuasa politik.


Ni antara gambar2 logo unit risikan yang gua leh shere kat korang..




Apa yang berlaku dengan unit risikan ini?


Yang pasti,umno telah menguasai dan menyalahgunakan bahagian ni untuk politik kotor.Sebab itulah 55 tahun umno BN kekal menjadi penyangak yang meratah hasil bumi negara serta kekayaan negara  untuk kepentingan pemimpin2 elit atasannya.


kalo nak tengok orang b4 keje keras semperna hampir pilihan raya ni boleh lepak depan JPM kompleks B4 dalam kul12malam keatas tengok berapa banyak kereta kuar masuk. Tak ade opis lain kat dalam kompleks B kerja sampai tengah malam melainkn B4 ni.


Rata rata staf bangunan bersebelahan sangsi dan lama tertanya-tanya kenapa even malam pun bangunan B2 tu berlampu terang macam ade orang kerje, tapi tak nampak orang...cuma yang mereka bole sure, kat area bangunan B4 tu memang sentiasa ade kereta park sekitar bangunan tu siang-malam, so lepas gua reveal benda ni baru la everything make sense..  mane orang gomen ni kalau tak de urusan nak keje siang,malam, sabtu,ahad.betol tak? ni semua buat orang sangsi.. unit penyelidikan la sangat ... 


Di Blok B4 sentiasa ada kereta keluar masuk 24 jam! [ gambar ni diambil jam 8 hari ahad]

Kerja kerja risik ni tujuannya untuk jaga keselamatan negara.. ni kalu gua dedah pasal korang ni korang rasa bahaya tang mana dato2 sekalian? 


apa kerja korang? 

main golf? 
pung pang pong pang bawak kayu Golf.. !




Sudahnya Sulu elok jer pindah senjata masuk Sabah tak gitu? adakah rencana Sulu ni B4 punya kerja?


Tujuan badan perisikan ni ditubuhkan adalah untuk keselamatan negara dari ancaman dalam dan luar negara. Nampak korang ni gagal buat kerja risik! dok risik nak MENIPU PILIHARAYA ni apahal bai? gaji kamu umno bayar ker?


Gagal mencapai keseimbangan ekonomi dan jurang antara kaya dan miskin semakin membesar. Kegagalan ini hakikatnya merupakan hasil dari sistem kapitalisme yang penuh dengan kepincangan dan kesalahan. Sistem ciptaan manusia ini ternyata gagal memberi kesejahteraan kepada umat malah jauh menyimpang dari ajaran Islam dengan membakul sampahkan syariat Allah swt.

Apakah guardline kerajaan BN /Umno ni dibawah pengaruh freemason? Ejen iluminati yang menyebar secara senyap kedalam system pemerintahan negara kita? 

Sistem Ekonomi Islam bagaimanapun, adalah dari Allah yang Maha Mengetahui. Ini salah satu yang paling ditakuti puak2 masonis nih.Sistem ekonomi Islam merangkumi seluruh aspek aktiviti perekonomian manusia. 



Akibat Rais Yatim menteri GAGALIS..

So untuk menghalang system Islamik ini dari berlaku di Malaysia,puak2 freemason ini harus mencari proksi dan kerajaan umno BN merupakan tangan2 ghaib bagi menghalang Islam tertegak di bumi Malaysia. Siapa kata Malaysia negara Islam?

Lihat sahaja pemimpin umno,Mahathir, Islamik ka dia? jangan berbohong ... Anak jadi pemilik kilang Arak !!


Islamikkah menteri2 umno? 
Klick SINI untuk baca blog apa
yang Menteri umno ni minum
Mengapa mereka bersungguh sungguh menghalang umno dari diturunkan oleh rakyat? sebabnya ialah.. kekayaan pemimpin umno ni dirompak oleh pimpinan melayu umno.. dan B4 di wujudkan untuk melindungi kejahatan kejahatan melayu pengkianat ini dari jatuh dan didakwa!

Belum lagi gua tunjuk contoh anak2 menteri lain!


Namun, sebahagian besar daripada kita akan hanya mengaitkan sistem ekonomi Islam dengan zakat. ini stail umno.dan inilah yang diajar oleh umno kepada rakyatnya sehingga jadi bodoh.


Bahkan tidak kurang juga ada, atas sebab kejahilan, yang berpandangan, bagaimana mungkin zakat (yang dalam pandangan mereka adalah sistem ekonomi Islam) yang hanya 2.5% itu dapat bertindak sebagai pemacu perkembangan ekonomi umat? 

Sistem Ekonomi Islam bukanlah hanya zakat, bahkan meliputi seluruh aktiviti perekonomian termasuk pengaturan pemilikan dan pengelolaan serta pengagihan kekayaan yang jelas dan manusiawi. Setiap warga Negara Islam, termasuk kafir zimmi akan memperoleh hak asasi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tidak akan ada dikriminasi dan pilih kasih. Perintah Allah swt akan diterapkan sepenuhnya demi memperoleh keredhaannya.

Sesungguhnya kesejahteraan umat sudah pasti terlaksana jika Islam ditegakkan di tengah-tengah kehidupan dan ini telah terbukti secara empirik ketika Islam diterapkan dengan sistem Khilafah. Terlalu banyak contoh yang boleh dilihat di sepanjang sejarah kekhilafahan Islam bagaimana penerapan sistem ekonomi Islam menjadikan rakyat hidup dengan penuh kesejahteraan


Inilah yang cuba umno HALANG dari terlaksana..



King Of Goblok
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List