Ketibaan Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang diceramah Ubah DAP di Taman AST, Bukit Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan, malam ini disambut oleh ribuan warga Seremban, seolah-olah mereka sedang menyambut ketibaan wira negara yang mau melakukan perubahan.
Ingatkan apabila difitnah macam-macam oleh UMNO/BN terutamanya MCA, rakyat sudah meminggirkan atau boikot dirinya, tetapi menjadi sebaliknya pula.
Lagi diserang betubi-tubi bertali arus tanpa henti 24 jam sehari dengan pelbagai fitnah dan tomahan lagi ramai rakyat menyokong dan julang dirinya.
Itu dinamakan kebangkitan rakyat tidak mampu disekat sekadar dengan dakyah dan fitnah.
MCA habis pocek boleh makan telur kalau tidak kena gaya!!
INI KALILAH TUKAR!!!!
Ceramah Ubah DAP malam ini di Taman AST, Bukit Kepayang Seremban dihadiri lebih kurang 5,000 orang yang sedikit pun tidak berganjak walaupun hujan turun dengan lebatnya.
Penceramah utamanya Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Kerajaan sementara Pulau Pinang YAB Sdr Lim Guan Eng.
Semangat yang ditunjukkan ini adalah petanda bahawa rakyat kini sudah bangkit mau melakukan perubahan.
Kalau UMNO masih lagi berdegil berkata yang BN masih mampu pertahankan Putrajaya.. elok sangatlah najib dan semua para pemimpin tertinggi UMNO/BN lihat rakaman gambar diatas.
Taman AST, Bukit Kepayang, Seremban adalah taman perumahan kelas menengah..Ini menunjukkan kelas menengah dari kaum Tionghua sudah menyokong DAP/PR secara total..Itu tidak termasuk dari kampong-kampong Baru Cina.
Omak Kau cukup yakin sekali.. Ini Kali akan berlaku perubahan kepada pentadbiran negara...PR jadi pemerintah BN jadi pembangkang!!!!
0 comments:
Post a Comment