Anwar ucap ‘selamat tinggal PKR’ jika gagal PRU13

on Apr 25, 2013



anwar pkr

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.
Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik – mengajar.
Namun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara.
Anwar pernah jadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Sebelum dibawa menyertai Umno pada 1982 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri keempat, Anwar adalah pengasas dan tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur selain bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno tahun itu. Kedua-dua jawatan itu disandangnya sehingga dipecat pada 1998.
Dalam wawancara itu, Anwar mengaku sudah penat berusaha menawan Kerajaan Pusat sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia.
“Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar,” katanya.
Kenyataan Anwar itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan.
Anwar yang ketika ini difahamkan berada di luar negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kenyataannya itu. Beliau bagaimanapun dijadualkan akan menghadiri satu program di Selayang hujung minggu ini.
Pada PRU12, kerjasama part-parti pembangkang diterajui Anwar mencatat sejarah besar dalam arena politik negara apabila berjaya meleburkan rekod penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional (BN).
Kerjasama itu membawa kepada pembentukan Pakatan Rakyat (PR).
Kerjasama itu juga menumbangkan BN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990.
Pada pilihan raya kecil Ogos 2008, Anwar bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dipilih sebagai Ketua Pembangkang.
Pada 16 September 2008, Anwar mengaku mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk menumbangkan kerajaan BN, namun ternyata ia tidak berlaku, sebaliknya beberapa wakil rakyat PR pula menyertai BN.
Kemudian, pada perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, pelbagai pihak menuduh Anwar cuba merampas kuasa dengan mengadakan rusuhan jalanan ala kebangkitan Arab Spring, namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin PR.
Anwar dan beberapa lagi pemimpin PKR telah dikenakan beberapa tuduhan berkenaan Bersih 3.0 dan jika didapati bersalah, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun, sekali gus statusnya sebagai wakil rakyat gugur.


malaysianreview

Photobucket

Patutlah UMNO Marah Sangat Kat Ustaz Azhar

on






Tiada masalah bekerjasama dengan bukan Islam-UAI


Mesej yang amat jelas dari Ustaz Azhar Idrus apakah kita boleh undi non-muslim?


Lawak memang lawak... Perumpamaan yang amat mudah difahami yang diterangkan oleh UAI, harap SEBARKAN...





Photobucket

Sah Puak-Puak UG Bantu BN Untuk Menang!

on




Setelah dipersetujui bersama konsep Negara Berkebajikan, kenapa perkara Hudud digembar-gemburkan pada masa yang kritikal dan sensitif ini?

Setiap yang beriman wajib menerima Hudud tetapi kenapa perkara ini tidak direservekan dulu dan berbincang kemudian secara tertutup menggunakan platform Majlis Presiden setelah PR menang dan dijulang oleh Rakyat Malaysia yang inginkan perubahan sebagaimana saya katakan sebelum ini?

Kalau aku kata Mangkok Hayun tak berhikmahkan ramai pula juak-juak yang wala' buta marah!

Aku sendiri pun dah berbelah bagi sekarang
Belum lagi menang dan memerintah masing-masing dah nak tunjuk belang
Bila memerintah, silap-silap negara lintang pukang!

Aku heran kenapa geng-geng tua di dalam PAS ni suka buatkan penyokong libral dan mahukan yang terbaik dan nak sangat tengok perubahan di dalam pemerintahan serta tadbir urus kerajaan yang lebih menjadi gelisah?

Janganlah bila berada di momentum yang baik ini direncatkan dengan perbagai kerenah dan senongeh pulak!  Baca ni.....




Hudud Dilaksana Jika Pakatan Perintah Negara

ARAU – Hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan walaupun DAP menentang keputusan tersebut, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

“Saya yakin DAP akan menerima hukum hudud kerana kesanggupan mereka untuk bertanding dengan menggunakan lambang PAS. Namun ia hanya akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.

“Pakatan harus mengambil alih kerajaan Persekutuan. Selepas itu barulah kami boleh meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hukum hudud,” katanya selepas melawat ibu tunggal di Guar Sanji, Selasa.

Walaupun DAP membantah pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu, Dr Haron berkata kini ia tidak lagi menjadi isu.

Dr Haron, yang merupakan calon PAS Parlimen Arau berkata, parti Pakatan haruslah ‘memberi dan menerima’ dalam usaha untuk bekerjasama.

Sebagai contoh, katanya, DAP harus bersetuju dengan keputusan PAS untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.

Sementara itu, dalam satu majlis berasingan di Alor Setar, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata semua wanita Islam harus memakai tudung, bukan saja di kalangan pelajar tetapi penyampai berita.

Memuji pendekatan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk mempromosikan cara hidup Islam, beliau menegaskan kempen tersebut adalah untuk menggalakkan wanita Islam memakai tudung dan tidak disasarkan kepada kumpulan spesifik.

“Ia perlu disasarkan kepada semua wanita Islam,” katanya pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata wanita Islam tidak boleh dipaksa untuk memakai tudung.

Harun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhammad pada Isnin selepas menyertai PAS yang menegaskan terdapat pembaca berita di kalangan wanita Islam dan kanak-kanak sekolah tidak memakai tudung. -sumber



Photobucket

AJK surau precint 11 dipecat kerana benar Husam beri takzirah...?

on







Pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11. Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut. 

Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi & Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi tadi & seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut. 

Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya & Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013. KingJason

Segalanya jelas menunjukkan bahawa penjawat awam sudah tidak peduli. AJK surau dipecat secara tidak rasmi kerana membenarkan Husam bertakzirah dalam surau tersebut.

Macam ni punya orang pun ada...wakaka



Photobucket

Gambar Mahathir melanggar Akta Pilihanraya tersebar!!.

on Apr 24, 2013







Sejak pihak risikan memaklumkan data menunjukan sokongan anggota TLDM di Lumut terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat , UMNO semakin gelisah..

Tambahan pula ianya bakal mengugat dua Kerusi penting milik BN iaitu DUN Pangkor (MB Perak - Zambry) dan Parlimen Lumut (Menteri Pengangkutan - Kong Cho Ha).

Oleh itu UMNO/BN 'terpaksa' melakukan apa saja hatta melanggar akta pilihanraya..


Pada 23 April (semalam) Mahathir telah diterbangkan khas dari Kuala Lumpur ke Pengkalan Tentera Laut di Lumut, Perak.

Tujuannya ialah untuk menyampaikan ceramah mengenai perpaduan Ummah menjelang PRU13 ini kononnya..

Tetapi menurut beberapa individu yang dipaksa menghadirinya, mereka mempersoalkan akan Ceramah tersebut ianya seolah-olah mengambarkan tiada perpaduan di dalam anggota TLDM.

Apa yang dilakukan oleh Mahathir demi menyelamatkan UMNO/BN yang lemah dibawah pentadbiran Najib ialah satu perbuatan yang melanggar akta pilihanraya.

Beliau bukan sahaja telah menyalahgunakan harta Kerajaan Malaysia bagi kepentingan UMNO/BN malah beliau juga telah berpolitik hingga ke dalam Kem Tentera.

Mahathir yang sudah bersara kini bertungkus lumus berkempen bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU13 ini.. 

Apakah yang menyebabkan Mahathir terlalu TAKUT jika BN kalah?.. sehingga beliau kelihatan amat gelabah jika di bandingkan dengan Pak Lah?

Persoalan ini pasti terjawab andaikata UMNO/BN ditolak rakyat pada PRU 13 ini..

Oleh itu UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT!!





Photobucket

MEDIA ARUS PERDANA BN/UMNO TAK AKAN SIAR BERITA INI......

on






"SAYA MENJADI SEORANG HINDU YANG LEBIH BAIK SELEPAS KAWAN DGN ORANG PAS"

Begitulah bunyi ayat yang diluahkan oleh seorang warga kita kaum India beragama Hindu....

Luahan hati ini taubat lahom tidak akan dihebahkan kepada umum oleh TV3,RTM,Utusan,Berita Harian, Bernama,NSTP maupun The Star.

Para pemimpin UMNO kalau nampak akan kata-kata sebegini punya rupa, pasti pening kepala kerana segala dakyah hatta tanda tangan MoU dengan Hindraf langsung tidak memberi kesan sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang cuba digambarkan sebagai parti yang membawa perjuangan ekstrimis.

UMNO boleh buat apa saja.. dari menakut-nakutkan sampailah memfitnah pihak lawan, tetapi akhirnya rakyat jua yang akan membuat keputusan...Jangan kita pandang rendah kemampuan rakyat untuk berfikir dan menilai... Jangan ingat dengan pemberian BR1M rakyat sudah terasa teramat terhutang budi kepada UMNO....Hentikan politik caci mencaci dan memfitnah lebih-lebih lagi penayangan video lucah...Sokongan rakyat kepada UMNO tidak akan bertambah malahan semakin berubah dan ramai yang berduyun-duyun berhijrah.


Photobucket

Aku, Engkau, Najib, Anwar, Sultan atau Raja, semuanya sama

on






Ketika di awal dan akhir usia kita

Peringatan buat diriku, anak-anakku, kenalanku, pemimpin dan ketua negaraku.
Peringatan ini juga buat raja dan sultan negaraku yang kerap bermewah dan bermegah dalam kealpaandan kesombongan melampau.

Ketika di awal dan akhir usia kita
Hiduplah sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati, buatlah apa saja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.

Photobucket

Najib dan Rosmah sudah mula nampak dan mendapat laporan risikan yang BN akan tumbang...!

on





Berjaya atau tidak PR menawan Putrajaya bukan menjadi soal walau pun ia adalah matlamat rakyat untuk sebuah kerajaan zalim. Mimpi ngeri yang selalu mengingau Umno mula menjadi kenyataan apabila rakyat mula celik politik. Selama berpuluh tahun Umno cuba membutakan rakyat tentang politik dengan berbagai sogokan diberikan demi menguasai pemikiran rakyat. Rakyat telah digula-gulakan oleh Umno agar terus mengundi BN dan kononnya biarlah ahli politik yang memikirkan tentang negara. Setiap kali jawatan Perdana Menteri berubah tangan, maka mereka akan menjaja slogan-slogan mereka yang cukup sedap didengar seperti penerapan nilai-nilai Islam, Islam Hadhari dan yang terbaru ialah slogan 1 Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Jika dulu mereka menjual slogan tetapi sekarang mereka mula menjual produk dan barangan yang berkonsepkan 'Produk-Produk Dahulukan Rakyat 1 Malaysia' dan gua melihat naskah-naskah berada di merata-rata tempat. Gua mengambil satu naskah yang setebal 32 muka.surat untuk membacanya dan naskah ini lebih kurang sama dengan yang dihantar oleh pusat beli belah terkemuka seperti Jasco tetapi ia lebih hebat, sehebat kroni yang mendapat kontrak mencetakkannya.

Daripada makanan sampai kepada semua tok nenek produk 1 Malaysia dijual oleh bekas kerajaan Najib/Rosmah dan tak mustahil jika Najib/Rosmah diberi mandat 5 tahun lagi, rakyat Malaysia pun mereka akan jual demi menambah tabung yang Rosmah buat ketika beliau masih kecil lagi. Kerajaan Malaysia telah bertukar menjadi syarikat menjual produk 1 Malaysia dengan Rosmah sebagai CEO dan Najib sebagai Pengerusi syarikat 1 Malaysia.

Usaha keras Umno selama 55 tahun untuk membuta politikkan rakyat Malaysia mula menampakkan kegagalan bila rakyat mula berani mempertikaikan salah guna kuasa oleh pemimpin Umno/BN, lebih-lebih lagi dengan Rosmah yang dilihat sebagai pemimpin di sebalik tabir. Rakyat mempertikaikan bagaimana Rosmah begitu berkuasa untuk berada sebaris dengan ahli kabinet suaminya tanpa ada teguran dari sifu Mahathir yang selalu lantang mengkritik setiap perkara yang tidak disenanginya dan beliau menjadi begitu bacul apabila berhadapan dengan Rosmah.

Najib dan Rosmah sudah mula nampak dan mendapat laporan risikan yang BN akan tumbang kali ini kerana itulah beliau melewatkan pembubaran parlimen. Adakah beliau saja-saja melakukannya sehingga meresahkan semua mangkuk ayun dalam Umno/BN adalah tidak betul sama sekali. Beliau cuma mencuri sedikit masa yang tinggal untuk melakukan sesuatu yang belum selesai iaitu pemindahan harta-hartanya keluar negara.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The Edge, satu perpindahan secara sulit ke satu akaun yang di dakwa sulit telah dilakukan di Cayman Islands melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Sejumlah RM 7 bilion telah di masukan ke dalam akaun itu oleh 1MDB yang dikawal sendiri oleh Najib. Adakah ini tanda-tanda yang Najib dan keluarganya cuba melarikan diri jika BN tumbang pada PRU 13 ini masih menjadi tanda tanya. 

Apabila rakyat dipestakan dengan pemberian BR1M sebanyak RM 500 selepas 55 tahun memerintah, Najib, Rosmah dan keluarga mereka pula berpesta dengan berbilion RM yang mereka rompak dari pembendaharaan. Adakah RM 500 begitu besar sehingga kita perlu bersyukur kepada kerajaan Umno/BN. Jika kita kira berapa sebenarnya jumlah yang diberi oleh rejim Umno/BN ialah RM 500 bahagi 55 tahun = RM 9.09 setahun dan dibahagi pula dengan 365 hari maka jumlahnya ialah RM 0.024, tak sampai 3 sen pun satu hari. Bangganya kita mendapat 2 sen setengah sehari dan baiknya 1Malaysia pasal bagi kat kita RM 9.09 setahun dengan cukai yang kita bayar beribu-ribu setahun, inilah yang kita dapat.

Adakah kita cerdik atau bodoh dan siapa yang merempat di negeri sendiri, rakyat 1Malaysia. Siapa yang menjadi kaya raya, Najib/Rosmah dan keluarga, Mahathir dan anak-anaknya, pemimpin MCA, MIC dan anak-anak mereka. Jadi apa yang patut kita katakan Umno/BN ialah..... Ini Kalilah.



sumber
Photobucket

Ust Mohd Fakharudin Calon PAS N16 Dapat Sokongan Mantan SU UMNO Taiping

on



Kemunting Taiping -- Perjumpaan atas persetujuan kedua-dua belah pihak diantara Ust Mohd Fakharudin dan 2 orang kuat UMNO Taiping telah berlangsung di sebuah kedai makan disini. 

Perjumpaan santai sambil sarapan pagi yang penuh bermakna ini sebenarnya adalah bagi menyatakan sokongan dua individu yang boleh dianggap "orang kuat" didalam UMNO BN Taiping kepada Ust Mohd Fakharudin sebagai calon PAS bagi N16 DUN Kemunting.



Cikgu Yusuf
Yusuf b. Yunus (68) lebih mesra dipanggil Cikgu Yusuf adalah orang lama didalam UMNO Bahagian Taiping, menceburi dunia politik bersama UMNO sejak 1970.

Cikgu Yusuf pernah menjawat beberapa jawatan penting sebelum ini,antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Ketua Cawangan UMNO Bukit Jana selama 21 tahun, Setiausaha UMNO Bahagian Taiping selama 3 tahun dan beberapa jawatan serta tugas penting lain didalam politik bersama UMNO.

Dalam sessi perjumpaan hari ini cikgu Yusuf meluahkan rasa tidak puas hati terhadap UMNO Bahagian Taiping yang selama ini hanya mementingkan kroni dalam semua aspek.

"Saya amat kecewa dengan Dato Zahir dan Datuk Shalimin (K/B UMNO Taiping) kerana mementingkan kroni didalam apa juga tindakan,sehinggakan saya yang masih didalam UMNO pun di anggap musuh kerana dituduh berpihak kepada seseorang yang dianggap mengugat kedudukan mereka. "mereka berdua tuduh saya orang kuat Datuk Malik,sedangkan Datuk Malik pun ahli UMNO juga"- Ujar Cikgu Yusuf.

Ketika ditanya mengenai calon PAS bagi DUN Kemunting Cikgu Yusuf berkata beliau amat mengenali keterampilan Ust Fakharudin sejak sekian lama dan beliau wajar diberi peluang. 

Bagaimanapun tentang sokongan terhadap calon PAS di DUN Kemunting pada PRU13 ini,Cikgu Yusuf hanya menjawap ringkas "Undi itu rahsia, tapi fikir sendirilah kenapa saya tampil bersama calon PAS hari ini".

Jaffry
Individu kedua yang juga tampil bersama dalam perjumpaan ini ialan Sdr Jeffry b. Rejab (41) yang pernah memenggang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Taiping dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Cawangan UMNO kampung Jambu.

Sdr Jeffry banyak mendedahkan kepincangan dalaman yang sedang berlaku didalam UMNO Taiping khususnya UMNO Kemunting.

" Golongan berumur 40 tahun keatas,golongan muda dan masyarakat cina kebanyakan sudah lari dalam diam dari UMNO BN,"dan saya yakin dimasa hadapan UMNO akan kehilangan pimpinan,kerana tiada pelapis untuk dinaikan sebagai pemimpin didalam UMNO sekarang".

"Dalam UMNO kebanyakan golongan muda yang nampak ada sifat ketokohan sebagai pemimpin akan terus dicantas oleh mereka yang ada kuasa hari ini kerana takut tergugat"- Sdr Jeffry.

Dalam pada itu Ust Mohd Fakharudin menyambut baik sokongan dari kedua-dua orang kuat UMNO Taiping. "Kita dalam dalam Pakatan Rakyat khususnya PAS mengamalkan sikap keterbukaan dalam sokongan politik dan saling hormat menghormati,walaupun cikgu Yusuf dahulunya menyokong kuat perjuangan UMNO dan kini nampak menyokong kepada kita, saya sejak dahulu menghormati beliau dan tidak pernah mengangapnya dari sudut negetif hingglah sekarang"- Ujar Ust Mohd Fakharudin.

PRU13 bagi DUN N16 Kemunting menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Ust Mohd Fakharudin b. Abd Aziz (PAS) dan Dato' Zahir (BN). 


Sarapan pagi: Calon PAS bersama Mantan SU UMNO Bahagian dan SU Penerangan Pemuda UMNO Taiping


Mesra: Cikgu Yusuf dan Jeffry bersama Ust Mohd Fakharudin




Photobucket

Betul Ka Orang KUAT UMNO Ni Dah Kena Strok

on







Satu Malaysia jadi hairan, satu Malaysia jadi rindu... Dulu riuh rendah macam keling karam, tetiba sunyi sepi betoi-betoi dah karam tenggelam... haha...

Inilah antara balaci-balaci yang sebelum ini bukan main punya bodek dan jilat.... akhirnya senyap dan sepi bilamana nama tak dicalonkan dalam PRU 13 nanti...

Ka korang semua nih dah bisu kena strok tak..?


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List