MUKHRIZ MULA TUNJUK KUKU BESI...?

on May 21, 2013





Nak berkawan lagu mana MUKHRIZ oi.. awai-awai lagi hang dah tunjuk KUKU BESI nya... Kami mintak STADIUM untuk prog. kami pun hang tak bagi.. lepas tu hang ajak kami kawan dengan hang.. Nak kira lagu mananya.... sedangkan zaman kami dulu bukan kata STADIUM, negeri nie pun kami bagi hangpa masuk siap mengata kat kami lagi tuuu....

oleh AnakKedah007

Perkukuh perpaduan majukan Kedah


Mukhriz Mahathir beramah mesra dengan seorang OKU, Abdul Razak Saidin dalam Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Jerlun, Kedah, semalam. 
 
JERLUN 19 Mei - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menyeru rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik memperkukuhkan perpaduan serta silaturahim bagi mencapai sasaran menjadikan Kedah maju.
Setelah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berakhir, beliau berkata, kini tiba masanya untuk semua pihak menghulurkan tangan persahabatan terutama di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti pembangkang.
"Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat.
"Jadi saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis kesyukuran sempena kemenangan BN pada PRU-13 yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk di Alor Biak di sini, semalam.




Photobucket

INI KISAH BENAR :- RAFIZI......Setakat 17 Mei 2013, lapan orang pengundi tampil dengan laporan polis

on




Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membentangkan lapan salinan laporan polis oleh pengundi di lapan Parlimen seluruh negara yang tidak dapat mengundi pada pilihan raya umum 5 Mei lalu kerana kad pengenalan (IC) mereka diguna oleh pengundi hantu.

“Setakat 17 Mei 2013, lapan orang pengundi tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, bukti-bukti tersebut mengesahkan kewujudan kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

“Perkara ini juga membayangkan keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN,” katanya.

Lapan pengundi yang tampil dengan bukti tersebut termasuk Kamarulzaman Md Adnan dari Parlimen Sungai Petani, Mohd Khir Shaari dari Rembau, Mohd Razmi Khalid dari Kuala Selangor, dan Nor A’risah Ab Yamin dari Serdang.

Turut tampil sebagai saksi, Lee Hou Cyang dari Parlimen Serdang, Sairah Junoh dari Tumpat dan Mohamad Khairul Azhar Yang Ali dari Shah Alam.

Salah seorang saksi, Sairah Junoh dalam laporannya berkata: “Saya ke tempat pengundian DUN Pasir Pekan N03 dan buat semakan SPR. Pihak SPR dapati nama saya dikatakan telah pun mengundi sedangkan saya belum buat pengundian dan jari saya belum dicalit dakwat.”

“Semua saksi terlibat bukan saja di kawasan yang Pakatan kalah, tetapi semua tempat yang memang terdapat aduan berhubung isu ini.

“Kita akan pastikan keadilan kerana kehadiran pengundi hantu meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU 13,” kata Rafizi.

“Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, kita juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk memberi keterangan,” katanya yang turut memberitahu akan membawa lagi bukti kepada rakyat selepas ini.
Dalam pada itu, Rafizi turut mencabar Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan pendirian berhubung penyelewengan dalam pilihan raya.

“Saya mencabar Khairy yang baru dilantik ke Kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52238



Photobucket

APAKAH ZAHID BAKAL TIMBALAN PRESIDEN UMNO YANG BARU...?

on





Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini diberi pelbagai gelaran semasa beliau menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. Ada yang menamakan beliau Menteri Amaran, Menteri Pondan dan ada yang menukarkan nama beliau kepada Hashimah.


Ini gara-gara kegemaran Hishammuddin memberi amaran tanpa sebarang tindakan menyebabkan beliau dilihat sebagai Menteri Lembut. Akar umbi Umno mahu melihat seorang Menteri Dalam Negeri yang tegas dan agas (loghat Kelantan).

Rabu lalu Naib Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilantik menggantikan Hishammuddin. Sejak Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri, beliau cuba mempromosikan beliau sebagai Menteri Tegas dan Agas (MENTEGA).

Beberapa kenyataan beliau menarik perhatian umum. Antaranya:


1. Pembangkang perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem republik jika mereka mahu menjadikan hujah undi popular sebagai alasan enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
2.  "Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas."http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130518/dn_01/Tunggu-tindakan-tegas---Zahid-Hamidi
3. Anda (wartawan Malaysiakini) selalu putar belitkan kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok. Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya. Anda selalu putar belit. Tolong cuba menulis mengikut etika kewartawanan okay?. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-main-api-dengan-saya-zahid-memberi-amaran-kepada-portal-berita/

Kalau diteliti kenyataan Zahid, jelas lah beliau kini lebih baik dari Hishammuddin dan beliau berjaya menaikkan profil beliau sebagai Menteri Tegas dan Agas (MENTEGA).

Ramai yang melihat kenyataan-kenyataan tegas ini sebagai bermulanya kempen Zahid untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden.

Jika prestasi ini dikekalkan, kita yakin Zahid bakal dinobatkan sebagai Timbalan Presiden Umno yang baru menjelang Pemilihan Umno hujung tahun ini. ~Jelapang



Photobucket

Cerita PANAS yang tak disiar media PRO UMNO

on







Photobucket

Adam Adli cetus perpaduan kaum tahap tertinggi

on






Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi membantah penahanan Adam Adli.

Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.

Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.

Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.

Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.

Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum ini.

Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media.

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.

Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang Majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

“Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan. -HD













Photobucket

HINDRAF :- Dulu Haram sekarang Halal ...?

on May 16, 2013





PENGGANAS menjawat jawatan penting dalam barisan pemerintahan Malaysia? Biar betik? Bukan aku cop dia pengganas tapi UMNO-BN dan juga diakui pihak Polis. BukanHarakah atau Suara Keadilan atau Roketkini yang tulis artikel HINDRAF PENGGANAS tapi Utusan, Berita Harian, Metro dan malah disambut di berita2 TV..

UMNO-BN SUDAH seperti "Dah Ludah Jilat Balik". Inilah pemimpin NAJIB 'yang kuat pendirian' dlm membuat sesuatu keputusan. Aku amat kagum seorang PM Malaysia yg suka 'FLIP-FLOP' & membuat 'MAGIC'... kikikihhh !!!

Apa sudah jadi? Tak ganas lagi ka? Dulu Haram sekarang Halal ehk?


Sumber:


HINDRAF DIISYTIHAR HARAM

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1016&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

HINDRAF KEKAL PERTUBUHAN HARAM
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm

KERAJAAN TARIKBALIK PENGHARAMAN HINDRAF
http://amenoworld.blogspot.ae/2013/01/kerajaan-tarik-balik-pengharaman-hindraf.html

SENARAI BARISAN KABINET PERSEKUTUAN 2013
http://www.sinarharian.com.my/senarai-barisan-kabinet-persekutuan-2013-1.160588

KAKI PUTAR BELIT & PEMBELOT
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=564664780240842&set=a.483356461705008.112163.270291666344823&type=1&relevant_count=1

PM: Pantau hubungan Hindraf-pengganas
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2007%2F12%2F7%2FTERKINI%2FMutakhir%2FPM_Pantau_hubungan_Hindrafpengganas&sec=mstar_berita

5 dituduh sertai pertubuhan haram HINDRAF

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5dituduhsertaipertubuhanharamHINDRAF/Article/index_html





SUMBER




Photobucket

KESIAN PERKASA....Perkasa Melayu yang bermati-matian untuk UMNO, Perkasa India yang diangkat jadi Menteri.!

on




Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai bukti bahawa perjuangan akidah dan bangsa bukanlah merupakan agenda utama UMNO dan Barisan Nasional. 

Ini terbukti apabila berisan kabinet tersebut tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.

Dari sudut akidah sebagai contoh, Datuk Seri Najib jelas mengambil risiko dengan melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. 


Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan. 

Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

DPPNK ingin mempersoalkan apakah agenda Datuk Seri Najib membawa masuk individu sebegini di dalam Kementeria Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat? 

Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?

Demikian juga tindakan Datuk Seri Najib membawa masuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengenepikan suara-suara badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bangsa Melayu turut dianggap sebagai umpan untuk menarik kembali undi bukan Melayu kepada Barisan Nasional. 

Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali mengetahui sikap badan-badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan JATI yang jelas hanya dibakul sampahkan dalam pembentukan kabinet ini.



SUMBER
Photobucket

Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia

on







Apa kata PERKASA dan JATI apabila Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia jadi Timbalan Menteri Pelajaran




MENJELANG pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."

Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.

Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.

Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.

Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya. Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.

Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat.

Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh ke orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia?. Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.


Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.

Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".

Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.

Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta.

Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.

Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman.




Photobucket

Blackout 515 :- Ulu Tiram Johor

on




Ribuan hadir terdiri dari pelbagai kaum menanti penuh sabar Anwar Ibrahim walaupun dalam keadaan hujan. Himpunan Tolak Penipuan PRU13 di Taman Putri Wangsa,Ulu Tiram,Johor Bahru,Johor .

Segalanya berjalan lancar dan berlangsung dengan jayanya malam tadi.Tahniah diucapkan kepada Anwar Ibrahim dan semua pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakyat dari semua lapisan masyarakat bersatu menolak penipuan pilihanraya.





















Photobucket

SIAPA YANG TAK MARAH KALAU DITIPU...?

on





Adakah ada manusia tak marah apabila kena tipu. Mustahil ada manusia yang tak marah setelah kena tipu.

Ada memang ada manusia yang tak marah apabila kena tipu, kerana malu dan takut di cap orang dirinya bodoh.

Tetapi lain halnya dengan sejarah yang berlaku sepenjang pilihanraya umum di Negara Malaysia ini, terutama sekali bagi mereka yang pernah jadi pemimpin umno dan kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri pasti tahu akan perihal tipu menipu ini.

Oleh itu, beliau ada hak untuk marah dan mengajak rakyat bangkit menentang penipuan yang berlaku pada PRU 13 lepas.

Atas sebab itu beliu dikatakan tidak redha dengan keputusan PRU 13 tempoh hari dan terimalah dengan seadanya.

Bolehkah dia redha dengan keputusan tersebut? Sudah tentu mustahil,kerana keputusan PRU 13 penuh dengan penipuan yang harus di tentang.

Islam tidak membenarkan umatnya menipu, malah Allah nyatakan penipu neraka tempatnya. Jadi tidak salah adakan himpunan mengajak rakyat marah PRU 13 lepas.

Marah rakyatlah punca PRU 13 lebih buruk berbanding PRU 12. Inilah yang menghantui fikiran pucuk kepimpinan umno.

Marah rakyat telah diterjemahkan dalam bentuk himpunan aman yang diadakan di Stadium Kelana Jaya dan menjadi hak serta telah dibenarkan oleh perlembagaan Negara.

Yang silapnya himpunan tersebut tiada lesen yang menjadi syarat wajib oleh pihak keselamatan Negara (polis).

Tiada sebab mengapa mesti redha dengan keputusan PRU 13, sedangkan ia jelas suatu penipuan yang benar benar berlaku.

Anwar pasti arif dengan penipuan tersebut kerana beliau sewaktu berada dalam umno dan kerajaan dulu tahu. Mungkin beliau juga turut terbabit dengan siri penipuan PRU sebelum ini.


"KITA REDHA DENGAN KETENTUAN ILLAHI TAPI KITA TIDAK REDHA DENGAN PENIPUAN PRU 13...!"

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List