Adakah ada manusia tak marah apabila kena tipu. Mustahil ada manusia yang tak marah setelah kena tipu.
Ada memang ada manusia yang tak marah apabila kena tipu, kerana malu dan takut di cap orang dirinya bodoh.
Tetapi lain halnya dengan sejarah yang berlaku sepenjang pilihanraya umum di Negara Malaysia ini, terutama sekali bagi mereka yang pernah jadi pemimpin umno dan kerajaan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri pasti tahu akan perihal tipu menipu ini.
Oleh itu, beliau ada hak untuk marah dan mengajak rakyat bangkit menentang penipuan yang berlaku pada PRU 13 lepas.
Atas sebab itu beliu dikatakan tidak redha dengan keputusan PRU 13 tempoh hari dan terimalah dengan seadanya.
Bolehkah dia redha dengan keputusan tersebut? Sudah tentu mustahil,kerana keputusan PRU 13 penuh dengan penipuan yang harus di tentang.
Islam tidak membenarkan umatnya menipu, malah Allah nyatakan penipu neraka tempatnya. Jadi tidak salah adakan himpunan mengajak rakyat marah PRU 13 lepas.
Marah rakyatlah punca PRU 13 lebih buruk berbanding PRU 12. Inilah yang menghantui fikiran pucuk kepimpinan umno.
Marah rakyat telah diterjemahkan dalam bentuk himpunan aman yang diadakan di Stadium Kelana Jaya dan menjadi hak serta telah dibenarkan oleh perlembagaan Negara.
Yang silapnya himpunan tersebut tiada lesen yang menjadi syarat wajib oleh pihak keselamatan Negara (polis).
Tiada sebab mengapa mesti redha dengan keputusan PRU 13, sedangkan ia jelas suatu penipuan yang benar benar berlaku.
Anwar pasti arif dengan penipuan tersebut kerana beliau sewaktu berada dalam umno dan kerajaan dulu tahu. Mungkin beliau juga turut terbabit dengan siri penipuan PRU sebelum ini.
"KITA REDHA DENGAN KETENTUAN ILLAHI TAPI KITA TIDAK REDHA DENGAN PENIPUAN PRU 13...!"
0 comments:
Post a Comment