MENANG SALAH KALAH LAGI SALAH.....MP BN yang disisih jawatan memberontak?

on May 26, 2013



Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak diberikan jawatan kerajaan telah diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan pembantu Dato' Seri Najib Razak dan beberapa menteri memberitahu ahli-ahli Parlimen ini mereka sepatutnya mengelakkan menyiarkan keluhan mereka kerana Kabinet akan dirombak kemudian.
"Sesetengah pembantu PM dan menteri telah menghubungi ahli-ahli Parlimen BN ini dan memberitahu mereka agar tidak membuat bising dan menawarkan mereka jawatan tinggi atau jawatan Kabinet pada masa akan datang apabila berlaku rombakan selepas pemilihan Umno," kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.

Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakkan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu telah secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti telah diberikan ganjaran.

Sumber juga mengesahkan perdana menteri telah memberitahu untuk berjumpa dengan menteri Umno yang digugurkan Dato' Seri Shaziman Mansor dan Dato' Seri Noh Omar mengenai masa depan mereka selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Difahamkan beberapa ahli Parlimen yang menolak jawatan kerajaan juga telah disuruh untuk berjumpa Najib. BN menang 133 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, dengan 57 ahli Parlimen dijadikan menteri dan timbalan menteri.

"Aturan telah dibuat untuk Shaziman, Noh dan ahli-ahli Parlimen ini untuk berjumpa PM secepat mungkin," tambah beliau.

Sumber lain mengatakan ahli-ahli Parlimen ini akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan buat masa ini.

"Sudah menjadi rutin ahli politik bersara atau penyokong dijadikan pengerusi atau pengarah sesetengah agensi dan syarikat kerajaan. Jadi tunggu beberapa berita tidak lama lagi," tambah sumber tersebut.

Ahli Parlimen yang menjadi pengerusi dan pengarah agensi ini telah disuruh meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum, meninggalkan beberapa kekosongan perlu diisi tidak lama lagi, kata sumber itu.

Pengkritik dan penganalisis telah mengatakan Kabinet yang diumumkan Rabu lalu dipenuhi dengan penyokong Najib bagi menghalang cabaran dalam pemilihan parti.

"Pemilihan parti datang dahulu, kemudian rombakan.

Tetapi, jika semua orang presiden menang, akan berlaku hanya rombakan kecil," kata seorang panglima perang Umno.

BN juga cuba untuk menenangkan parti Sarawak yang telah merungut’ mereka seharusnya mendapat lebih perwakilan dalam sektor relevan sejajar dengan kerusi Parlimen mereka menangi dalam pilihan raya umum.

Parti seperti PRS menang enam kerusi Parlimen akan tetapi Dato' Joseph Salang Gandum menolak pelantikan sebagai timbalan menteri sementara rakan partinya Dato' Joseph Entulu Belaun menolak jawatan Kabinet.

Satu lagi parti Sarawak SPDP menang empat kerusi Parlimen akan tetapi berakhir dengan tidak mendapat apa-apa jawatan kerajaan.

Akan tetapi MIC mendapat dua jawatan menteri Kabinet dan dua timbalan menteri untuk empat kerusi Parlimen yang mereka menangi.

Dua lagi parti Borneo SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.

Ahli politik Borneo telah juga merungut mereka mahu berada di kementerian yang relevan dengan negeri mereka, terutamanya pertanian dan juga komunikasi untuk merapatkan jurang digital.

"Terdapat sesuatu yang salah apabila kedua-dua menteri dan timbalan menteri Komunikasi dan Multimedia dari Terengganu.

Siapa yang memikirkan itu," soal seorang ahli politik Sarawak merujuk kepada Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Dato' Johari Jailani.

Difahamkan perdana menteri akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti ini tidak lama lagi untuk mendengar keluhan mereka dan memastikan 13 parti komponen kekal stabil dan bersatu.


Photobucket

GAMBAR BLACKOUT TULEN DAN ASLI.....WAN AHMAD SPR PENIPU BESAR...!

on




SERDANG: Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu.

Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini untuk kerusi Seri Serdang.

Beliau mendapat 39,373 undi mengalahkan calon BN Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23, 486 undi.

Menurut Noor Hanim (gambar), gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

"Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

"Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

"SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

Katanya, ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau (Wan Ahmad) bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.

"Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.
"Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut," katanya.

Noor Hanim juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri.

"Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan," katanya.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon beliau juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

"Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas," katanya.

Harakahdaily

Photobucket

Rupa Rupanya Anwar Ni Pun Bangang Juga Kena Tipu Dengan Najib...!

on



Bukan baru setahun dua berpolitik, malah sebelum ini ia sama sama dgn Najib dalam umno sebelum kena tendang keluar tahun 1998; bukannya ia tak kenal perangai buruk laku Najib, dan juga umno, bagaimaana sikap Najib dalam krisis rampasan negeri Perak, 

Kenapalah ia pandai-pandai kowtim dengan Najib tanpa pengetahuan rakan dari Pas & Dap.

Bila dah kena kencing dgn Najib baru nak buka cerita...

Bila dah tak dapat apa yang dihajati, baru terbongkar cerita, kalau tidak,.... senyap siapa pun tak tahu..ermmm...

Patutla.. gagal.. kena main dgn Najib. .Kalau dah rupa itu....errmmmm, kang aku berleter lagi, ramai pulak macai Anwar hentam aku...



Anwar dakwa Najib langgar perjanjian damai

Jamilah Kamarudin
  | May 25, 2013


Perjanjian damai antara dirinya dengan Najib tidak lagi dianggap terpakai selepas berlakunya penipuan dalam PRU13.


Kongres PKR ke 9
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada awalnya melanggar perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Anwar berkata, perjanjian itu yang ditandatangani antara dirinya dan Najib tidak lagi dianggap terpakai selepas berlakunya penipuan dalam berkempen, tiada akses kepada kebebasan media dan pilihan raya yang adil seperti mana tuntutan Bersih sebelum ini.
“Tak perlu nak cari kesalahan orang lain jika Najib sendiri yang melanggar syarat (perjanjian damai) tersebut.
“Kita sudah tandatangan syarat yang ditetapkan tetapi ia tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas upacara penutup Kongres PKR ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.
The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Anwar telah mengingkari perjanjian itu yang digerakkannya pada April lalu, sebulan sebelum PRU13 diadakan.
Perjanjian tersebut meminta komitmen kedua-dua pihak mengelak daripada menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen dan menerima sebarang keputusan pilihan raya.
Jusuf dilaporkan berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan ‘melihat realiti’.
“Kami mempunyai komitmen, tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak, tidak,” jelas Jusuf.
Bersemuka
Sementara itu, Anwar menafikan beliau pernah bersemuka dengan Najib, sebaliknya perjanjian ditandatangani berasingan selepas mendapat nasihat daripada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau akan bersemuka dengan Jusuf dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar.
Dalam perkembangan yang lain, Anwar mahu Selangor mewujudkan satu jawatan baru dalam Pejabat Menteri Besar bagi Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mengendalikan ‘political liaison’.
Jawatan itu menurut Anwar akan mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri urusan pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Katanya, jawatan itu juga bagi melicinkan hubungan antara kerajaan negeri dengan program yang melibatkan parti Pakatan, dan proses pelantikan Saifuddin itu akan diserahkan kepada Khalid untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.



Photobucket

SPR Bercakap Bagi Pihak BN Bukan Badan Bebas...?

on May 25, 2013



Kenyataan dari timbalan pengerusi SPR dengan terang dan jelas mengutuk pembangkang (PR).Wajarkah SPR mengutuk begitu? Siapakah SPR, parti komponan BN? Kalau pembangkang mengambil keputusan untuk turun ke jalanrayapun.

SPR tiada hak mengutuk sebegitu rupa.Yang peliknya SPR hadir dimajlis penerangan PRU yang dianjurkan oleh BN tetapi menolak untuk berdebat dengan pembangkang dengan alasan pembangkang boleh menghantar petisyen di mahkamah.Pelik sungguh perangai pengadil pilihanraya di negara kita.

Nampak jelas SPR bercakap bagi pihak BN walaupun sepatutnya tiada kenyataan yang dibuat untuk mengutuk pihak yang bartanding.Pembangkang ada hak membantah dengan cara apapun asalkan bukan kekerasan dan SPR sebagai pengadil tiada hak mempersoalkannya.

Sepatutnya SPR tampil dengan bukti jelas bahawa mereka tidak menyebelahi BN dan menjawab semua pertikaian pembangkang mengenai pendaftaran warga asing yang diberi IC, penggunaan dakwat kekal dan lain lain rasa tidak puas hati pembangkang.Bukan sekadar mengatakan SPR tiada kuasa kerana sebagai pengadil, SPR mesti adil dalam semua segi.Lagipun kalau SPR ada kuasa yang tidak terhad untuk mengubah peraturan piliharaya, kenapa SPR tiada hak untuk memastikan semua pengundi adalah warga negara yang sah.

Lebih pelik lagi apabila timbalan pengerusi SPR boleh menyatakan tindakan pemuda dari kuantan adalah salah di sisi undang undang dan boleh didakwa tanpa menyatakan kelalaian SPR mendaftar namanya dua kali yang membolehkan dia mengundi dua kali.Kenapa pemuda itu yang salah, SPR tidak salah?

Satu lagi hal yang pelik, ialah apabila timbalan pengerusi menyatakan kehairannya kepada tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi kerana menurutnya banyak mata yang menyaksikannya jadi mana mungkin dia boleh menyeludup kertas undi tersebut.Timbalan pengerusi SPR agaknya lupa bahawa dalam hampir kesemua keputusan PRU yang diwartakan, ada jumlah kertas undi TIDAK DIKEMBALIKAN dicacatkan, ke mana perginya kertas undi ini.

Perkara ini melondehkan kelemahan SPR mengendalikan pilihanraya Malaysia bukan mempersoalkan tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi.Sudahlah tidak mahu mengaku salah, disalahkan pula orang lain dengan angkuhnya.

Inikah sikap SPR di negara kita? SPR bukan pengadil tetapi bertindak mempertahankan parti yang memerintah! Seperti dalam perlawanan bola sepak, SPR menjadi pemain kedua belas bagi team BN. ~tranungkite


Photobucket

Terkini......Gambar2 Di Padang Amcorp Mall 505 Blackout..

on




















Photo: TERKINI : Peserta Himpunan Tengah Menganjurkan FLASHMOB Di Sekitar Padang Amcorp Mall

Photo: Terkini: 6.00pm Lebih 10,000 Peserta berbaju hitam telah memenuhi Dataran PJ.....


Photo: Keadaan terkini..


Photo: Suasana di Padang Timur Amcorp Mall

Photo: R Kempen Flash Mob dan Line Up di KL CENTRAL

Uniq & Aman tanpa menganggu rakyat Malaysia.

"Walau dimana kami berada, Kami@ R tetap Tuntut ROYALTI"

SHARE TANDA SETUJU


Photo: Umno tgk pic gilo terus..org cina pegang bendera pas


Photo: suasana d perhimpuan 505


Photo: flashmob


Photobucket

Misteri Hilangnya 11 Hari Pada Bulan September 1752

on May 24, 2013








Jom kita baca sejarah pasal Tahun 1752 ni..

Seperti yang kita tahu, dunia yang kita diami ni banyak perkara ganjil dan misteri yang masih belum terungkai..Contohnya macam apa yang telah berlaku pada bulan September, 1752, di mana dunia telah kehilangan 11 hari..Kalau dilihat pada kalender bulan September tahun tersebut, tidak ada hari ke-3 hingga hari ke-13, ia terus lompat dari hari ke-2 hingga hari ke-14..Pelik kan?

Bagi korang yang nak tengok sendiri tu, boleh la set tarikh tahun dalam komputer korang ke tahun 1752..Tapi yang tak best nya, pengguna Windows tak boleh tengok kalender tu, hanya pengguna Linux atau selain dari Windows je yang boleh tengok..Kalau komputer korang guna operating system selain daripada Windows, korang memang bertuah, jadi boleh la tengok sendiri kalender tu..

Mengikut cerita nya, pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari - 3 September hingga 13 September..Hal ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi hari ke-14..

Disebabkan kehilangan 11 hari ni, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka..Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norwegia pada 1700..

Ada jugak yang kata pada masa tu, diorang menggunakan kalender yang salah atau dalam perkataan lain "kalender cacat"..Entah laa..


sumber
Photobucket

Kadar Pos Naik 8 Kali Ganda...?

on



Kerajaan diminta memberikan penjelasan apakah benar pihaknya memberikan kebenaran kepada Pos Malaysia untuk menaikkan kadar perkhidmatannya sehingga lapan kali ganda.

Ini berikutan perbincangan hangat di laman sosial Facebook yang memaklumkan kononnya perkhidmatan pos kini meningkat lapan kali ganda.

Menurut satu penyataan yang dibuat dalam facebok itu, dulu kos pos beliau untuk urusan antarabangsa hanya RM10 sahaja tetapi sekarang sudah meningkat ke RM70.

“Suami saya terlibat dalam bisnes jual barang ke oversea.

Sejak samalam (beberapa hari lalu) semua barang dah tak boleh nak pos. Kos pos meningkat hampir 8 kali ganda.

Kalau dulu kos pos RM10 sekarang dah jadi RM70++.

“Ingatkan kos antarabangsa yang naik. Bila check balik kos antarabngsa sama.

Kos pos Malaysia yang meningkat. Siap ada surat kebenaran dari kementerian untuk kenaikan harga tersebut.

“Satu soalan je saya nak tanya… Apasal kenaikan harga semua benda di Malaysia sejak seminggu ni macam pesta lakk???” kata satu posting dalam facebook.


Satu lagi posting pula memaklumkan, “Baru balik dari Pejabat Pos, tak jadi pos. Biasa pos barang kat oversea dalam lingkungan RM80-90.

“Kadar baru hari ini naik lapan kali ganda iaitu RM640. Semua pos selain daripada kertas ditakrifkan sebagai parcel. Nak kata kenaikan global tapi Fed-Ex masih kekal RM35 saja.

“Pos Fed-Ex untuk sampia 3-5 hari dan Pos Malaysia ambil masa 7 – 21 hari untuk sampai.

“Aku perli kerani Pos dan kerani Pos siap tunjuk kebenaran kenaikan harga dari kementerian Pos dan Telekomunikasi,” tulis seorang pengguna bernama Jabar Abdullah.

Ekoran itu, Jabar dalam Facebooknya juga memaklumkan, beliau sudah bertukar kepada perkhidmatan lain ekoran kenaikan pos yang mendadak oleh Pos Malaysia itu.

“Lupakan Pos Malaysia. Banyak lagi penghantaran alternatif yang jauh lebih murah. Inilah perniagaan monopoli yang dilopori oleh Kolongmerat Melayu tajaan BN,” tulisnya.

Beliau memberikan contoh, pos daftar biasa ke USA RM64.60 sedangkan Fed-Ex baru RM33.27 dan UPS RM15.00 sahaja.


HDO
Photobucket

Percayakah anda, MELAYU yg mengundi UMNO lebih kaya dari Cina...!

on








Ada orang Cina tanya aku, antara Cina dengan Melayu, siapa lagi kaya?

Aku jawab, mestilah Cina!
Sebab Cina rajin dan komited dalam sesuatu usaha dan akan pastikan dia berjaya.

Cina tu jawab, tak! Melayu lagi kaya...

Sebab Melayu tolak pendidikan percuma, Melayu tolak penghapusan tol ,Melayu tolak minyak murah, Melayu suka harga barang naik, Melayu sayangkan kereta lama dan Melayu sayang dan cintakan GST.


Yang paling kaya ialah Melayu Umno, sebab mereka bermati-matian mempertahankan BN supaya semua janji PR tidak menjadi kenyataan. Kalau PR menang pun Melayu Umno ini tak perlu ambil itu semua, sebab mereka memang kaya raya, millionaire malah ramai yang jadi billionaire terutama di kawasan pedalaman.









sumber :- mutaligat
Photobucket

Sidang DUN tangguh kerana MB pi bercuti kat Eropah...!

on




Sidang DUN tangguh kerana MB pi bercuti kat Eropah! Mampoih aihh, macam ni punya kerajaan pun ada dalam dunia ni...

Tadi MK dapat info dari seorang ADUN BN bahawa Majlis Angkat Sumpah Sidang DUN Kedah yang dijadualkan diadakan pada 3 Jun 2013 terpaksa ditangguhkan ke 23 Jun. Waktu makluman Sidang DUN dibuat ia melalui surat rasmi yang dihantar pada ADUN tapi bila dibatalkan ia cuma dimaklumkan melalui panggilan telefon dan sms. Cuihh apa punya koman kerajaan negeri dok ada..

Yang lebih mengejutkan MK, menurut ADUN BN tu ialah penangguhan dibuat kerana MB Mukhriz nak pi bercuti kat Eropah selama dua minggu. Nah aihh MB hangpa... pecacai bawahan pulun buat kerja dekat nak mampoih nak menangkan BN.. bila menang Mukhriz pi makan angin kat Eropah, orang bawah pi makan wap kat Danork guna duit sendiri. Nasib badan laaa..

Eh, Mukhriz pi luar negeri tu guna duit Tun Madey ka, duit rakyat? Jawab sat.

Tunggu berita panas selepas ni... MBAS akan roboh gerai peniaga di Taman Pelangi... baru menang tiga minggu dah tunjuk samseng dekat orang Melayu. Notis dah keluar, MB dok makan angin luar negeri... peniaga tunggu masa saja gerai nak kena roboh.

Oleh: Mat Kering

Posted by Kedah La




Photobucket

'Saya tak campur tangan' : Zahid ..... Boleh Percaya ker...!

on



Zahid Hamidi


SHAH ALAM - Polis mempunyai asas kukuh untuk menahan beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis bagi membantu siasatan berhubung cubaan menggulingkan kerajaan, kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas Ahmad Zahid, penahanan tiga lagi individu hari ini di bawah Akta Hasutan bebas daripada sebarang campur tangan politik dan di bawah tanggungjawab polis sepenuhnya.

"... segala urusan operasi saya serahkan kepada pihak PDRM dan saya berkeyakinan tentu polis mempunyai bukti dan asas-asas yang kukuh melakukan penahanan itu.

"Dan saya tidak langsung campur tangan di dalam penahanan itu dan saya harap pihak rakan-rakan wartawan dapat bertanya dengan pihak polis sendiri," katanya ketika ditemui wartawan, di Putrajaya, hari ini.

Tengahari tadi kecoh apabila Naib Presiden PKR, Tian Chua, aktivis 'Asalkan Bukan Umno' (ABU), Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar ditahan polis dalam tiga operasi berasingan.

Penahanan mereka dipercayai mempunyai hubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini di padang Amcorp Mall.

Ia turut dikaitkan dengan ucapan dalam perhimpunan 13 Mei lalu, di mana aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim turut ditahan kerana didakwa menyampaikan ucapan berbaur hasutan dalam program itu.

Adam Adli ditahan reman selama lima hari dan dibebaskan hari ini dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes Adam Adli akan didengar pada Julai depan.SH




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List