Mercedes berdepan hukuman...?

on May 28, 2013


Mercedes berdepan hukuman
Hamilton dan pasukannya, Mercedes berdepan hukuman daripada FIA kerana menjalani ujian tayar secara rahsia.

LEWIS Hamilton dan pasukan diwakilinya, Mercedes berdepan tindakan dihalang daripada berlumba oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) selepas menjalani ujian tayar secara rahsia.

Sebelum ini, Pengerusi Mercedes, Niki Lauda mendakwa pasukannya mendapat kebenaran daripada FIA untuk mengadakan ujian tayar awal bulan ini.

Namun, FIA memaklumkan tidak mendapat sebarang pengesahan dari mana-mana pasukan untuk menjalani ujian di litar Barcelona dari 15 hingga 17 Mei lalu.


Menurut sumber dalaman, pihak FIA akan membawa isu tersebut ke Jawatankuasa Sukan Permotoran Dunia di mana Jawatankuasa tersebut bakal mengambil keputusan  sama ada menolak mata atau menggantung penyertaan mereka.

Dalam perkembangan sama, kemenangan rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg di Monaco minggu lalu mungkin ditarik balik.

Photobucket

MENGAPA MEREKA SANGGUP KE ‘JALANRAYA’

on




Pokoknya ialah semangat. Jikalau ditinjau keadaan yang wujdu di Malaysia kini, maka pokoknya juga ‘semangat’.

·      Ramai yang sanggup menghadirkan diri di Perhimpunan ‘Black 505’, walaupun terpaksa bersusah mengahadapi kesesakan lalu lintas, walaupun sanggup berbasah kuyup, walaupun sanggup berjalan berbatu-batu untuk sampai ke tempat ceramah, walaupun terpaksa menghadapi risisko kereta berkemungkinan di calar, namun falsafahnya ialah ‘ bertongkat paruh ku pergi jua’. Kerana semangat…
·      Ramai yang sanggup pergi ‘memasang lilin’ di Jinjang daan di Pulau Pinang semata-mata untuk menunjukkan simpati kepada Adam Adli, Tian Chua, Harris Ibrahim, Tamrin Ghaffar, disamping ‘ menyatakan hasrat’ kepada pihak bertanggungjawab yang perbuatan mereka tidak dipersetujui ramai – majority rakyat Malaysia. Mengapa mereka sanggup berbuat demikian. Jawapannya masih lagi kerana ‘ SEMANGAT’..

Dan aku rasa pihak berwajib perlu merenung peristiwa-peristiwa yang berlaku kini melalui kacamata dari berbagai sudut. Pihak kerajaan tidak harus memandang dan menempelak pihak-pihak yang berkelakuan sebagi negatif. Pihak kerajaan kena mencari puncanya. Mengapa majority rakyat  bersikap demikan. Mengapa?. Mengapa? Jangan sentiasa mencari kesalahan orang lain.

Personaliti-pesonaliti tertentu yang berada dalam kerajaan kena berani menyatakan sesuatu yang benar berdasarka keadaan yang ada. Jangan sekali-kali kita hanya menjadi Pak turut semata-mata untuk mencari sesuap nasi untuk menanggung keluarga tercinta. Berdoasa. Haram rezeki yang dimakan. Dan apakah merupakan ‘dosa besar’ benar pada kerajaan yang memerintah sekiranya seseorang pegawai kerajaan itu samada polis atau pegawai SPR atau sesiapa sahaja menyatakan sesuatu yang benar?

Aku mengajukan soalan-soalan demikian disebabkan mesti ada asasnya mengapa rakyat majority sanggup berarak ke jalan raya. Sanggup bersusah. Sanggup ditahan polis. Dan berbagai-bagai ‘sanggup’ lagi ler. Mesti ada kebenarannya tindakan mereka itu.

Punca yang menyebabkan keadaan menjadi begini adalah disebabkan tidak ada ketelusan dari pihak-pihak tertentu. Tidak ada keikhlasan dalam memberikan penjelasan. Persoalan yang dibangkitkan lain, tetapi jawapan yang diberikan lain.maka tentulah tidak akan terjawab segala permasalahan. Dan tentunya tidak akan selesai masalah yang dihadapi. Dan apabila segala permasalahan tidak boleh diselesaikan secara aman dan tertib maka jalan yang ada terbuka kepada rakyat ialah ‘ ke jalan raya’.

Pihak kerajaan pula menyalahkan kumpulan yang berarak ke jalan raya. Kerajaan menyarankan agar diadakan rundingan terlebih dahulu. Dirundingkan secara aman dan tertib. Tetapi pokoknya agensi-agensi kerajaan yang betanggungjawab semacam tidak menunjukkan keikhlasan dalam menyelesaikan isu ini. Tidak menjawab secara telus dan terus terang. Tidak berusaha untuk menyelesaikan secara bijak dan telus.

Bagi aku penyelesaian secara kekerasan bukan satu tindakan yang bijak.

edit dari Abuhassanadam

Photobucket

‘BLACK 505’ - SEPERTI AIR SUNGAI YANG MENGALIR...!

on



Bagi aku gerakan ‘Black 505’ adalah seperti air sungai yang mengalir. Mengalir dan terus mengalir. Tidak akan dapat ditahan atau disekat. Sekiranya diempang dan disekat. kesannya empangan akan pecah. Namun air akan terus mengalir dan mengalir sehinggalah sampai ke destinasi akhirnya – ke laut. Cuma yang dapat dilakukan ialah mengurangkan kederasan air yang mengalir. Itu saja.

Begitulah ibarat gerakan ‘Black 505’ yang berlangsung semenjak dua minggu yang lepas. Ada juga yang meramalkan bahawa gerakan ‘Black 505’ akan terhenti selepas berlakunya perhimpunan di Stadium Kelana Jaya. ‘Hangat-hangat tahi ayam’ kata mereka’. Mereka tidak yakin yang gerakan ini mendapat sambutan hangat masyarakat di luar Kuala Lumpur khususnya masyarakat luar bandar. Mereka tidak yakin langsung. Mereka begitu yakin perhimpunan ‘Black 505’ akan gagal di Kedah atau di Perak atau di Terengganu. Namun rupa-rupanya sambutan yang diberikan oleh majoriti rakyat adalah dalam keadaan luar biasa. Apatah lagi apabila diadakan di kawasan Lembah Kelang seperti yang diadakan di Petaling Jaya semalam.

Akhbar Sinar Harian ada melaporkan bahawa,” Veteran UMNO mendesak pihak polis supaya menahan lebih ramai ‘pengacau’ keamanan negara termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa kompromi’ Sekali imbas kenyataan ini menampakkan kedangkalan persepsi kumpulan veteran UMNO ini yang tidak dapat memahami keadaan yang wujud sekarang, terutama dalam zaman Kurun ke 21. Atau sebagaimana yang selalu disebut-sebut zaman global. Dari satu sudut lain pulak memberikan gambaran kepada aku bahawa sekiranya beginilah sikap kumpulan Veteran UMNO ini, maka Malaysia akan hancur dengan kadar yang lebih cepat lagi.

Sehingga kini aku memberikan penghargaan yang tinggi kepada pihak polis kerana bertindak secara waras dalam menangani perhimpunan ‘Black 505’ di Petaling Jaya semalam. Sehingga kini. Aku tak dapat meramalkan apa akan terjadi pada hari esok, lusa, tulat dan seterusnya. Bagi aku polis bertindak bijak – dari segi menangani perhimpunan ‘Black 505’ di PJ. Tidak  sepertimana yang disarankan oleh Veteran UMNO itu. Telahan aku agak tepat. Berbeza dengan pendapat kawan aku yang mengatakan bahawa ramai yang akan ditangkap pada malam semalam.

Aku bersyukur kerana tiada tangkapan. Sehingga kini!……..

Bagi aku nasihat kumpulan Veteran UMNO amat ketinggalan zaman. Aku teringat satu pelajaran yang aku pelajari di Manila beberapa tahun yang lampau mengenai ‘ management’. Pelajaran itu lebih kurang begini,

            “ Ali demam. Emak dia beri sebiji panadol. Ali demam lagi. Emak dia       beri tiga biji panadol. Ali terus demam. Emak dia beri sepuluh biji panadol lagi. Ali kemudiannya meninggal’

Maknanya Veteran UMNO dan ‘manusia’ yang seangkatan dengan kumpulan ini sentiasa  mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang serumit ini. Mereka seolah-olah tidak langsung mahu mengkaji sedalam-dalamnya mengenai ‘Black 505’. Yang paling menyedihkan ialah masih ada kumpulan sedemikian yang masih terus menerus menyalahkan orang lain, tanpa melihat kesalahan diri sendiri.

Dan mereka harus sedar bahawa keadaan kini ( Kurun ke21) amat berbeza dengan tahun-tahun 60an,.Kumpulan yang aku rasakan seperti ‘Dinosaur’ ini seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya mengapa anak-anak muda itu sanggup berarak dan menunjuk perasaan. Mereka mengatakan yang mereka ada bukti yang SPR telah menjalankan penipuan dalam PRU 13. Sepatutnya kumpulan Veteran UMNO menggesa agar SPR membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh anak-anak muda ini adalah salah. Buktikan dengan penuh keyakinan bukan seperti melepaskan atu ditangga. Hanya tahu menyalahkan pihak lain.

Menangani keadaan sekarang tentunya amat berbeza dengan tindakan yang dilakukan pada tahun-tahun 1960an dan 1970an dulu.

·      Masyarakat kini khususnya kumpulan anak muda adalah kumpulan yang celik huruf dan bukan seperti zaman-zaman sebelumnya dimana masih ramai yang buta huruf ataupun yang tidak terdedah kepada keadaan yang berlaku di dunia kini. Anak muda kini bukan lagi kumpulan ‘Yes men’ yang akan mengangguk apa saja yang dikatakan. Mereka adalah kumpulan yang mendapat pendidikan tinggi. Ramai diantara mereka yang telah pun menjejakkan kaki ke University dan kolej. Merek tahu dan sedar apa yang berlaku disekeliling mereka. Mereka bukan lagi kumpulan yang boleh diperbodohkan. Mereka adalah kumpulan yang berani mempertahankan sesuatu yang benar. Ini adalah ekoran daripada pelajaran dan pengajaran yang diterima oleh mereka ketika di pusat pengajian tinggi ataupun melalui pembacaan mereka yang luas.
·      Dan sesuatu yang luar biasanya kini ialah penglibatan anak muda dari semua kaum. Ini yang membanggakan. Dan ada juga yang amat bimbang dengan perkembangan ini walaupun ‘mereka’ sentiasa mewar-warkan slogan 1 Malaysia. Penglibatan anak muda Melayu, Cina dan India secara bersungguh-sungguh itu merupakan satu fenomena yang belum pernah berlaku di Malaysia. Dan ini tentunya perkemabngan yang amat positif.
·      Ledakan sosial media dan internet betul-betul membawa perubahan yang begitu drastik dalam banyak aspek terutama dari aspek politik. Veteran UMNO kena fahama bahawa anak muda kini mendapat maklumat hanya dihujung jari mereka sahaja. Mereka tidak lagi bergantung kepada surat khabar dan Radio/TV sebagai sumber berita. Sumber berita demikian sudah lama diketepikan oleh mereka.

Semangat perjuangan anak muda kini tidak mudah dipadamkan. Tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani gerakan ini perlulah berhemah dan berhati-hati, apatah lagi apabila terbukti sudah bahawa perhimpunan yang pernah diadakan sebelum ini telah berjalan dengan lancar dan tidak timbul sedikit pun keadaan yang tidak diingini. Anak muda kini faham bahawa mereka hanya memerlukan ketelusan dan keikhlasan dari pihak kerajaan.

Anak muda amat sedar bahwa negara ini dan masa depannya adalah di tangan mereka.

Abuhassanadam



Photobucket

Saifuddin dibawa masuk ke dalam pentadbiran Selangor?

on


Saifuddin Nasution Ismail

SHAH ALAM – Suatu rombakan akan dilakukan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dalam masa terdekat ini, menurut sumber rapat Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia bagi memberi laluan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hubungan politik parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Menurut sumber terbabit, perkara tersebut telah mendapat persetujuan antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu perbincangan minggu lalu.

Perkara tersebut juga kata sumber, antara punca kelewatan senarai Exco Selangor dimuktamadkan sehingga menimbulkan keresahan rakyat selepas PR memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

“Mungkin Rabu akan bincang rombakan kecil itu, Saifuddin akan jaga hal hubungan politik di Selangor serta untuk memantapkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Beliau ditugaskan untuk gerakkan mobilisasi jentera ke kawasan luar bandar bagi mengatasi Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh nak rampas Selangor semula pada PRU14 nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dalam pada itu katanya, rombakan ini juga bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap pembangunan infrastuktur dan pelbagai program kebajikan yang masih tertangguh pada penggal lalu dengan membelanjakan rizab negeri yang tersimpan RM2.65 bilion.

“Penggal kali ini Abdul Khalid pun sudah berjanji akan belanjakan wang rizab Selangor untuk gerakkan banyak lagi program kebajikan rakyat,” katanya.

Di samping itu, Saifuddin akan berperanan memberi wajah baru kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya imej negeri ini lebih dikenali sebagai sebuah negeri PR dan bukan lagi kubu kuat BN.

“Bukan saja 're branding' itu kepada kakitangan awam negeri bahkan kalau boleh bangunan kerajaan dan infrastuktur di Selangor pun dicat dengan warna lain, bukan lagi warna biru (BN),” ujarnya.

Selain itu, sumber dalaman itu juga turut memberitahu Abdul Khalid akan mengikut tekanan perwakilan Kongres PKR tempoh hari dengan lebih mendekatkan diri dengan rakyat dan lebih berjiwa politik ekoran banyak kritikan pedas terhadap menteri besar itu pada penggal lalu.-Sinar harian

Photobucket

NAJIB SILAP STRATEGI KATA DAIM ZAINUDDIN

on




Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak telah silap strategi, yang menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam pilihan raya umum lalu.

Satu lagi sebab utama yang merugikan Barisan adalah pergaduhan dari dalam parti, kata Daim dalam satu temu bual dengan akhbar Cina, yang telah turut dipetik oleh blog seorang wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin.

Temuduga tersebut kemudiannya diterbitkan semula dalam beberapa portal berita.

Daim, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Najib banyak bergantung pada populariti peribadinya untuk membantu Barisan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008.

"Ini adalah satu pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda berkata undi BN adalah sebagai undi untuk dia (Najib), maka keputusan teruk yang dicapai BN turut terpalit pada dirinya juga," kata Daim, sambil menambah parti itu cuba untuk melawan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehadiran orang ramai yang lebih besar dalam setiap program BN.

"Ia adalah urusan yang serius dalam memilih kerajaan, jadi biarkan saja strategi itu hanya dibuat oleh badut sahaja dan jangan ikut cara permainan mereka," kata Daim, yang juga menyalahkan kegagalan BN kerana isu peruntukan sumber dalam usaha untuk menawan kerusi bandar dan majoriti Cina.

"Kawasan-kawasan majoriti Cina merupakan kawasan hitam, BN sepatutnya tidak membuang masa dan wang kepada kerusi-kerusi ini tetapi lebih menumpukan kepada kawasan-kawasan yang mereka kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kerusi yang mereka menangi pada tahun 2008.

"Terlalu banyak masa dan wang juga yang disia-siakan di kawasan bandar kerana keputusan di situ hampir pasti (kalah),"kata Daim, mengulas mengenai perbelanjaan yang besar untuk majlis makan malam percuma dan persembahan konsert bertaraf bintang anjuran Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang pada minggu-minggu sebelum hari pengundian.

Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada isu-isu yang dekat di hati rakyat, seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, penduduk miskin di bandar dan graduan muda.

Beliau menyifatkan keputusan teruk BNdi Selangor kerana masalah perbalahan dan sabotaj, sehingga menyebabkan banyak pemilihan calon-calon yang tersilap telah dipilih.

Barisan memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, kurang daripada kemenangan 2008 iaitu sebanyak 20 kerusi.




Photobucket

Jangan Lupa....Hari Ni Kita Semakan Arah Kiblat...!

on



Semakan Arah Kiblat berdasarkan Fenomena Istiwa Azam berlaku setiap dua kali setahun di mana ketika itu matahari berada di atas kaabah (waktu tengahari di Masjidl Haram). Oleh itu umat Islam khususnya di Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat pada 28 Mei 2013 tepat jam 5:16 petang.

Bagaimana caranya??:

1. Dirikan kayu secara menegak di tanah lapang (bagi rumah yang menghadap matahari terbenam boleh gunakan jenang pintu rumah / tingkap)

2. Tunggu waktu yang ditetapkan.

3. Bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut adalah menghadap kiblat.

SENANG JE KAN??

Soalan sering yang ditanyakan:
S: arah kiblat berubah ker??
J: tidak. Cuma digalakkkan untuk membuat semakan. sekiranya berlaku kesilapan bolehlah mengubahkannya berdasarkan bayang-bayang tersebut. (sila lihat gambar rajah).

S: Macamana nak tau waktu 5:16 tu sama dgn orang lain??
J: Anda boleh buat semakan jam tangan atau jam dirumah menggunakan 'standard time' yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM (link:http://www.sirim.my/home)

S: Alaa.. Tak payah semak pun tak apa.. Nak solat menghadap je arah barat / mana-mana kan??
J: Oppsss.. kalau dah tau mana kiblatnya kenapa perlu menghadap mana-mana..?? Solatkan syarat sahnya adalah menghadap kiblat..kalau xmenghadap maka....??? :)

Wallahualam..



Photobucket

Penguatkuasa takut ancaman pendatang asing Sabah....!

on





Photobucket

Kamera AES mula dikuatkuasa di Melaka...?

on



AES_jalan


Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut penjelasan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Melaka telah dimuktamadkan.
Shamsul IskandarBeliau mengulas penyebaran maklumat di laman sosial berhubung lokasi pemasangan AES di Melaka, sedangkan Hishammuddin mengatakan tiada keputusan dibuat berhubung pelaksanaannya.
“Bagaimana senarai ini boleh bocor? Atau ia sudah dalam pengetahuan Hishammuddin, namun beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya?
“Kenyataan Hishammuddin ini jelas bertentangan dengan situasi sebenar,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
“Malah kenyataan beliau itu satu pembohongan dan bertentangan dengan integriti menteri. Tidak boleh membohongi rakyat jika sesuatu keputusan belum diumum kerajaan,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.
Hari ini tersebar di laman sosial facebook senarai 33 lokasi kamera AES di jalan persekutuan dan negeri, selain sembilan kamera AES di persimpangan lampu isyarat di Melaka.
Penyebaran senarai lokasi kamera AES di Melaka mendapat kritikan orang ramai dan mereka mendesak penguatkuasaanya dibatalkan serta-merta.
AES MelakaMengulas lanjut, Shamsul menegaskan pemasangan AES hanya menekan rakyat dari segi ekonomi selain sistem itu sendiri memiliki banyak masalah sebagaimana didedahkan baru-baru ini.
Pakatan Rakyat senada dengan sentimen rakyat yang mahukan sistem itu dibatalkan berbanding BN yang mahu ia dilaksana kerana dikendalikan syarikat kroni Umno dan MCA.
Kedah yang diperintah Pakatan sebelum ini menolak AES. Namun 24 Mei lalu, BN Kedah memutuskan akan melaksanakannya ekoran kejayaan parti itu merampas Kedah pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52703

Photobucket

PESURUHJAYA PILIHANRAYA THAILAND DIHUKUM PENJARA.....APAKAH AKAN BERLAKU DIMALAYSIA...?

on



Tiga Pesuruhjaya Pilihanraya Thailand Dihukum Penjara 4 Tahun

Tiga orang pesuruhjaya pilihanraya Thailand, yang dilihat sebagai sekutu rapat Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yng menghadapi tentangan, telah dijatuhkan hukuman empat tahun penjara kerana membenarkan calon yang tidak layak untuk bertanding di dalam pilihanraya parlimen negara itu pada April lepas.

Ketiga-tiga pesuruhjaya teesebut telah didapati besalah kerana melanggar undang-undang pilihanraya dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan membenarkan calon-calon pada pengundian 2 April untuk bertanding di dalam kawasan berasingan di dalam pengundingan pusingan kedua pada April 23. Mahkamah tertinggi negara tersebut kemudiannya membatalkan keputusan pilihanraya, dengan menyatakan bahawa ia melanggar perlembagaan.

Keputusan mahkamah tersebut merupakan satu tamparan kepada Thaksin kerana ketiga-tga pesuruhjaya pilihanraya berkenaan dikatakan sekutu rapatnya dan tindakan mereka dilihat sebagai menyebelahi perdana menteri berkenaan.

Mahkamah juga telah membatalkan hak mengundi bagi pesuruhjaya berkenaan dan menghalang apa-apa penglibatan politik selama 10 tahun.

“Pesuruhjaya Pilihanraya berkenaan telah menjalankan tugasnya dengan tidak adil,” demikian mahkamah memberitahu. “Mereka didapati bersalah ... dan mahkamah memerintahkan mereka dipenjara empat tahun.”

Jika mahkamah membenarkan mereka diikatjamin, pesuruhjaya-pesuruhjaya berkenaan – Vasana Puemlarp, Prinya Nakchudtree dan Virachai Naewboonnien – masih dibenarkan menjalankan tugasnya. Tidak dapat dipastikan buat masa ini samada mahkmah bercadang untuk membenarkan mereka diikatjamin.

Prinya berkata beliau dan lain-lain defenden akan merayu terhadap hukuman tersebut.

“Saya berharap mahkamah akan bermurah-hati membenarkan kami diikatjamin,” tambahnya.

Beliau berkata mereka akan kekal sebagai pesuruhjaya, dan akan tewas jika Mahkamah Tertinggi juga mendapati mereka bersalah.

“Kami akan teruskan kerja kami hinnga minit terakhir,” kata Prinya . “Saya tekankan bahawa kami belum bersalah... saya akan merayu simpati awam. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.”

Ketua parti pembangkang Thavorn Seniem, yang memfailkan tindakan undang-undang ke atas pesuruhjaya berkenaan, membantah supaya pesuruhjaya berkenaan dibenarkan ikatjamin.

“Mereka telah memperolehi kesan dari apa yang mereka lakukan... Jika mereka dibenarkan berada di luar penjara dan menyambung tugas mereka , mereka akan terus-menerus melakukan kesalahan,” kata Thavor.

Thaksin membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya pada 2 April , tiga tahun lebih awal dari tempohnya dalam usaha untuk menyekat gerakan protes rakyat yang menuntut perletakan jawatannya kerana rasuah dan penyalahgunaankuasa.

Partinya menang setelah ketiga-tiga parti pembangkang memboikot pilihanraya dan berjuta rakyat tidak keluar mengundi sebagai protes terhadap perdana menteri tersebut.

Pemboikotan dan protes berkenaan bermakna di dalam beberapa kawasan, pemenangnya tidak dapat ditentukan kerana ia gaga untuk mendapatkan bahagian minimum bilangan pengundi yang duitetapkan oleh undanh-undang. Keputusan tersebut telah menyebabkan parlimen gagal untuk bersidang.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah memanggil pengundian yang baru pada 23 April, dimana menyaksikan parti Rak Thai yang diketuai Thaksin menang.

Mahkamah Tertinggi Thailand telah membatalkan keputusan pilihanraya berkenaan dan memutuskan Pesuruhjaya pilihanraya meletakkan jawatannya supaya pesuruhjaya yang baruy dilantik bagi memastikan pilihanraya yang adil dapat disempurnakan pada 15 Oktober. -brne.ws/terjemahan bebas:GB

Ulasan GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Yang bersalah tetap akan terima padahnya.

Kes di atas berlaku semasa Thaksin menjadi perdana menteri di Thailand sekitar tahun 2006.

Seperti ia bakal berlaku di negara kita juga malah di Malaysia kesalahan Suruhanjaya Pilihanraya lebih dasyat lagi, dakwat tak kekal, pengundi hantu, padam lampu, proses kiraan meragukan, peti undi ditemui di belukar dan berbagai-bagai kesalahan lain lagi yang telah dikesan.

Jka Mahkamah Thailand telah menjatuhkan hukuman ke atas pesuruhjaya pilihanraya negara tersebut, kita berharap keputusan yang sama nanti berlaku di negara kita. Biar terkencet ketiga-ketiga, pesuruhjaya, timbalan dan setiausaha membacanya dan boleh buat persediaan untuk tinggal di penjara.

Selepas itu, barulah PM Malaysia terima nasibnya sama seperti bekas PM Thailand yang bernama Thaksin itu.

Dah banyak kali GB pesan, jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan yang universal itu. Islam menyebutnya sebagai "sunnatullah" dan Allah menyatakan kamu tidak dapat melihat perubahan pada sunatullah itu!

Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu. - Al-Ahzab 62

Yang bersalah PASTI akan terima hukumanNya, tak kira besar mana pun pangkat kamu di dunia ini.



Photobucket

43 Pengundi Tidak Dikenali Di Daftarkan Di Enam (6) Rumah Di Parlimen Kuala Kedah

on May 27, 2013



Kewujudan pengundi hantu menjadi isu paling utama yang mempersoalkan perjalanan PRU13. Menurut laporan-laporan yang telah dibuat sebelum, semasa dan selepas hari mengundi, pengundi hantu ini dipercayai didatangkan dalam dua bentuk; iaitu rakyat asing yang diberikan kad pengenalan dan mengundi; serta pengundi rakyat Malaysia yang mengundi lebih dari sekali kerana didaftarkan di beberapa tempat.

Beberapa hari sebelum hari pengundian, jentera Barisan Nasional di seluruh negara giat mengedarkan slip-slip mengundi yang menyatakan tempat dan saluran mengundi dari rumah ke rumah. Slip-slip ini diambil dari daftar undi induk yang dikeluarkan oleh SPR.

Di seluruh negara, banyak berlaku kejadian slip undi yang diedarkan oleh Barisan Nasional itu menunjukkan wujudnya pengundi-pengundi tidak dikenali yang didaftarkan di alamat-alamat dalam kawasan tertentu. Banyak pemilik dan pengundi asal di alamat-alamat tersebut telah tampil membuat laporan polis mempersoalkan kenapa ada pengundi lain yang didaftar dengan ramai di alamat mereka, sedangkan mereka telah tinggal di alamat itu dari awal dan tidak pernah mengenali nama-nama yang didaftarkan.

Saya sendiri membantu membuat 2 laporan polis di Pandan berhubung kejadian ini pada hari pengundian.

Hari ini, saya tampilkan 5 laporan polis yang dibuat berasingan di Parlimen Kuala Kedah yang menunjukkan bahawa 43 orang yang tidak dikenali telah didaftarkan di 6 buah rumah di dalam satu taman, iaitu Taman Sri Putra.


kk1
kk2
kk3
kk4

kk5

Saya juga sertakan satu salinan Borang 10A yang dikeluarkan oleh SPR sendiri di Parlimen Kuala Kedah, yang mengesahkan bahawa seorang pengundi iaitu Lim Tiek Hong dinafikan hak mengundi kerana ada orang lain telah mengundi bagi dirinya.

kualakedah10a1
kualakedah10a2

Laporan-laporan polis dan Borang 10A yang dikeluarkan sendiri oleh SPR mengesahkan bahawa keraguan wujudnya pengundi hantu yang didaftarkan berkali-kali ada asasnya. Kejadian seperti ini di seluruh negara memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa PRU13 penuh dengan penipuan dan SPR tidak mempunyai kewibawaan untuk mempertahankan satu proses pilihanraya yang adil, bersih dan telus.

Oleh yand demikian, saya menyeru kepimpinan SPR untuk memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian-kejadian ini kerana ada laporan polis khusus yang dibuat mengenainya. Saya juga menyeru supaya pasukan polis mula membuat kenyataan mengenai pelbagai laporan polis mengenai penyelewengan pilihanraya yang telah dibuat selama ini.

Jika 43 pengundi yang diragui boleh wujud di satu taman di Parlimen Kuala Kedah hanya di 6 buah rumah, bayangkan berapa banyak pengundi hantu yang sebegini yang boleh didaftarkan di seluruh negara.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 MEI 2013 





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List