Semakan Arah Kiblat berdasarkan Fenomena Istiwa Azam berlaku setiap dua kali setahun di mana ketika itu matahari berada di atas kaabah (waktu tengahari di Masjidl Haram). Oleh itu umat Islam khususnya di Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat pada 28 Mei 2013 tepat jam 5:16 petang.
Bagaimana caranya??:
1. Dirikan kayu secara menegak di tanah lapang (bagi rumah yang menghadap matahari terbenam boleh gunakan jenang pintu rumah / tingkap)
2. Tunggu waktu yang ditetapkan.
3. Bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut adalah menghadap kiblat.
SENANG JE KAN??
Soalan sering yang ditanyakan:
S: arah kiblat berubah ker??
J: tidak. Cuma digalakkkan untuk membuat semakan. sekiranya berlaku kesilapan bolehlah mengubahkannya berdasarkan bayang-bayang tersebut. (sila lihat gambar rajah).
S: Macamana nak tau waktu 5:16 tu sama dgn orang lain??
J: Anda boleh buat semakan jam tangan atau jam dirumah menggunakan 'standard time' yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM (link:http://www.sirim.my/home)
S: Alaa.. Tak payah semak pun tak apa.. Nak solat menghadap je arah barat / mana-mana kan??
J: Oppsss.. kalau dah tau mana kiblatnya kenapa perlu menghadap mana-mana..?? Solatkan syarat sahnya adalah menghadap kiblat..kalau xmenghadap maka....??? :)
Wallahualam..
0 comments:
Post a Comment