Sudah pecah berita besar!!!
Anwar Ibrahim melihat 24 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri terutama dari Sabah, bahkan sudah pun menyediakan wang dan yuran pembelian sehingga dikatakan mencecah RM1 bilion, bagi merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri.
Pakatan Rakyat sekarang ini menguasai 88 kerusi Parlimen. Majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan Malaysia adalah112 kerusi Parlimen.
Biarpun di sebalik kempen Anwar Ibrahim untuk memperkenalkan UNDI POPULAR bagi melayakkannya sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim juga sangat sedar, Undi Popular sahaja tidak akan membolehkan dia ke jawatan tersebut sebaliknya yang diperlukan adalah penguasaan majoriti kerusi Parlimen.
Pada tahun 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan lebih awal tentang Kerajaan 16 September apabila dia begitu yakin dapat membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama dari Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, sehingga ke penggal akhir PRU12, tidak seorang pun Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat masuk ke PKR, PAS atau DAP, sebaliknya 8 orang Ahli Parlimen PKR dan DAP bertukar status menjadi Ahli Parlimen Bebas mesra Barisan Nasional.
Nampaknya kali ini, Anwar masih berharap dia mampu membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional terutama dengan cerita-cerita menakutkan tentang penghujung hayat Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan Persekutuan. Anwar cuba membayangkan dan menimbulkan persepsi bahawa dia telah semakin hampir untuk menubuhkan Kerajaan ikut pintu belakang.
Tidak kecik anak modal yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk tujuan berkenaan. Tetapi tanpa disedarinya, dia hanya mampu merancang sedangkan perancangan sebenar terletak di Tangan Allah Taala.
Dalam kesibukannya merancang untuk bersorak kerana Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional khususnya dari Sabah dan Sarawak telah termakan dengan duit yang ditawarkan, beberapa orang Ahli Parlimen dari PKR pula sedang berkonspirasi untuk melompat dan meninggalkan parti pimpinan Anwar Ibrahim itu.
Bagaimanapun, tidak pula dapat dipastikan sama ada mereka akan menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional atau mereka sekadar menjadi Ahli Parlimen BEBAS mesra Barisan Nasional sepertimana yang dilakukan oleh 8 orang rakan mereka pada penggal lalu.
Siapa mereka?
Soksek-soksek yang semakin kencang bertiup, salah seorang daripada mereka adalah Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan yang menang dengan majoriti 19,216 undi!
Beberapa siri pertemuan sulit telah diadakan di sebuah hotel di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya untuk membincangkan tarikh yang sesuai untuk mereka. Kumpulan Ahli Parlimen PKR yang sudah membayangkan untuk keluar parti itu, berjumlah lebih dari 10 orang.
Perkembangan yang semakin menarik, apatah lagi, PAS dan DAP pula pada masa yang sama, semakin berkrisis selain timbul perasaan tidak puas hati di kalangan Ahli-Ahli Parlimen PAS terhadap layanan DAP dan PKR kepada mereka.
Dalam Anwar Ibrahim duk sibuk nak membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional, nampaknya Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pula semakin hampir untuk meninggalkan parti yang mereka sertai.
Kita tengok sahajalah nanti, siapa yang keluar dulu dan siapa yang akan tergolek dog sambil menepuk dahi berkali-kali!!!

0 comments:
Post a Comment