ANATARA DUA DARJAT 3

on Aug 6, 2010

Hari ini penuh dugaan buat aku dan keluarga ku. Tetapi setiap dugaan itu ada hikmah nya. Aku bersyukur pada apa yg menimpa, kerana hanya allah yang tahu segala segala nya. Amin.

Aku nk sambung cerita antara dua darjat.Tak ku sangka siri antara dua darjat 2 mendapat respon dari pembaca. Apa pun aku ucapkan terima kasih membaca siri ini. Aku tak nak mengulas pada respon yang aku terima kerana aku anggap itu hak peribadi beliau. Tapi aku perturunkan respon beliau secara paste tanpa aku edit sepatah ayat pun.


Beb,

Dah baca blok u.... wah dah semakin pandai menulus nampak. Baguslah apa yg terpendam dalam hati keluarkanlah biar lega dada tu .... dalam mengeluarkan isi hati tu kena juga jaga perasaan orang sebab kadang2 kita tak tahu masalah ditanggung oleh orang lain kan. Siapa yg lebih tahu diri sendiri ..... hanya diri sendiri dan Tuhan kan. Orang lain mcm mana nak tahu. Kadang2 cakap terus terang tak bohong pun tak tentu sahihnya kan ............ Dunia ini sebenarnya penuh dengan kepura2an. Kalau tak tak boleh hidup.


Apa pun lu fikir le sendiri.

Lepas jumaat aku pun apa lagi ke kebun le. Kebun bro aku yang aku panggil pk janggut. Aku nak tengok tunggul mana yang boleh aku ratah. Hmmmm tak boleh beb sebab gaham aku byk yang dah tak ada. Nak aku kokel takut lak gigi depan aku patah. Hmmmm mcm mana eeek aku nk buat ngan tunggul kebun pk janggut ni.

Tiba tiba hp aku berbunyi. Aiii gi kebun bawak hp ke. Handal betul pekebun zaman sekarang. Sebenar nya aku dah malas nak bawa hp kesana kemari. Aku fikir lebih baik tinggal kat rmah je. Tetapi maikel sumaker nasihatkan aku bawa hp kemana ko pergi, nanti senang apa apa hal boleh tahu.Aku fikir betul gak kata maikel ni.

Rupa nya ada msg yg masuk. Rupa nya kali ni ruben barikelo yang msg. Dia beri tahu aku dia kehilangan duit sebanyak 800 ratus. Tak tahu lak aku hinggit ke dollar ke atau duit brazil sebab ruben ni dari brazil. Haaa ko orng ingat aku apa, tak ada darjat ke. Kawan setia aku semua driver FI gitu tau.

800 tu byk tau. Kalau 800 hinggit banyakkk, kalau 800 dollar lagi le bykkkkk, kalau 800 pound lagi le bykkkkkk, tapi kalu 800 rupiah lu fikir le sendiri. Tapi kalau dapat kat aku 800 hinggit tu dapat le aku tukau tayar depan kete F1 aku. He he he. Bila baca msg ruben aku kata wahhh ruben syak aku yang ambil. Aku tak sedap hati aku pun call ruben kat UK. Maklum le lepas race F1 ari tu ruben gi cuti.Aku cuak gak sebab pertama nya kredit prepaid aku tinggal sikit je. Yg kedua nya takut kalau ruben belasah aku dlm talipon tapi tak pe aku masih ingat lagi masa aku belajr kuntau dulu dulu. Skill kuntau masih ada lagi. Tok guru pada tok guru pada tok guru aku sebenar nya anak murid mat kilau beb.

Aku kata pd ruben aku tak ambik duit dia. Kalau aku nak aku mintak je sebab aku tahu ruben ni pemurah ngan aku. Satu dugaan buat aku. Huuuh pening kepala aku.Apa tak nya, yang maikel tu kalau apa2 aku jugak di salahkan nya, ruben pun mcm tu jugak, apa apa hal aku jugak yg di persalahkan. Aku tak nak le syak sapa sapa tak baik kan. Tapi aku fikir dan aku rasa yang ambik duit tu mungkin pelipe masa kot. Sebab mereka ni satu negeri. Jgn tuduh sebarangan tak baik tau.

Ko org tak tahu lagi aku pun ada teman setia nama lewis hamilton. Dia pun driver F1 gak. Haa yg tu nanti aku citer dalam siri antara dua darjat seterus nya. Wokeh.

CAKAP TERUS TERANG JANGAN BOHONG.

CABUL KEHORMATAN @ GANGGUAN SEKSUAL DAN LIWAT

on

Istilah cabul kehormatan di guna pakai untuk perbuatan yang mcm mana ?
Istilah gangguan seksual di guna pakai untuk perbuatan yang mcm mana ?
Istilah liwat di guna pakai untuk perbuatan yang mcm mana ?

Terjadi perbuatan begini pada kanak kanak satu perkara yang amat menyedihkan. Aku simpati pada si mangsa. Dan aku fikir ramai juga org di luar sana simpati pada kanak kanak yang menjadi mangsa. Tapi aku juga lebih simpati pada yang kena tuduh. Mangsa adalah kanak kanak 4 tahun, yg kena tuduh jugak kanak kanak 10 tahun. Haa amacam tu. Pening aku di buat nya.

Anak lelaki 10 tahun di tuduh memasukkan jari dalam kemaluan anak perempuan 4 tahun. Tuduhan ini di lemparkan oleh siibu setelah bertanya pada anak perempuan nya setelah anak nya mengadu sakit bila ibu nya cebukan si anak lepas buang air kecil. Ini disahkan oleh abang anak perempaun ini yang berumur 6 tahun. Wah berat tuduhan itu. Pening aku di buat nya.

Sekali pandang kita beranggapan anak lelaki ini tentu nya jahat dan jatuh lah kesalahan ke atas nya. Tapi aku fikir kita harus selidik terlebih dahulu dengan mendalam sebelum membuat tuduhan.
Ini satu tuduhan yang berat.

Sepintas lalu :-
1. Anak perempuan ini pernah mengatakan broser yang di baling kat pintu2 rumah sebenar nya di
beli oleh ibu nya.
2. Si abang pernah mengatakan pada ibu nya apabila tangan nya luka di sebabkan oleh pisau cukur, pisau cukur yang dia main itu di beri oleh oleh abang budak lelaki tadi.

Kesimpulan nya kedua dua beradik ini tidak bercakap benar. Apa juga kesalahan yang dia lakukan akan di lemparkan pada orang lain agar mereka tidak di marahi oleh ibu mereka. Apa kah ada kebenaran pada kedua beradik ini, semasa usia sebegini dah pandai berbohong.

Kasihan aku pada yang kena tuduh. Tuduhan entah apa2, entah betul entah tidak. Lu fikir lah sendiri.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

ANTARA DUA DARJAT 2

on

Aku nak sambung siri antara dua darjat. Siri 1 berakhir bila aku teringat pada seseorang masa aku sedang gunakan chain saw.Teman baik aku yg byk berkongsi masalah suka duka ngan aku. Semua masalah nya di cerita pada aku sebab aku seorang pendengar yang setia.Aku fikir banyak juga pandangan dan nasihat yg telah aku berikan pada nya.Kengkadang aku pun hot jugak pd kawan aku ini sebab pertama nya segala pandang aku tidak di terima nya dan yg kedua nya dia ni jenis panas baran beb.Yang hairan nya dia masih teman baik aku. Nasib lah aku pandai kuntau boleh tepis tepis kalau tak dah lama aku arwah kena belasah dek dia ni.

Aku tak tahu lak kawan aku ni darjat jenis apa. Mungkin masa zaman muda dia ni nak di tabalkan untuk perintah sebuah negeri agak nya. Dia tak tahu aku ni keturunan raja melaka. Haa ambik kau. Raja Melaka jangan main main. Antara aku dan teman aku ni punya jurang darjat yg amat luas. Aku ni ibarat supir dan dia ibarat bos le. Aku lak kena ikut arahan dia.Dah sah sah le aku kena ikut ckp dia pasal tadi aku kata dia ibarat bos, aku lak supir je. Betul tak. Haa kan tu jugak antara dua darjat.

Apa pun teman aku ni yg aku namakan maikel sumaker sebab kami sama sama minat pada F1, punya cita rasa yg high high sedangkan aku cita rasa nya low low. Haa kan antara dua darjat 2. Ada sekali maikel ckp kat aku dalam bahasa orng puteh dan aku tulis dalam bahasa melayu :- Adalah lebih baik anda tidak mengetahui nya daripada anda mengetahui nya kerana apabila anda mengetahui nya ianya akan membuat anda terluka. . Wah mcm sastrawan lak aku ni tadi kata supir. Haa kan dah naik darjat!!!!!.

Tapi mikel ni pandai simpan rahsia. Walaupun teman setia tapi maikel masih nak berahsia dengan aku. Tapi tak apa walaupun maikel pandai simpan rahsia, aku dapat tahu gak sebab sebagai insan kita selalu lalai dan alpa. Dan kita mesti akur ada insan di kurniakan panca indera ke 6. Haa tu darjat jugak kan. Apa pun kehidupan kita semakin menuju ke penghujung nya. Ada org kata dah senja. Dalam konteks maikel ni aku fikir lebih baik berterus terang tak kira apa juga perkara yg terjadi dan berlaku pada masa silam kau daripada menyembunyikan nya kerana hidup ini adalah satu perjalanan. Akan kita tempohi ranjau dan duri. Akan ku sambung cerita antara dua darjat ini dalam siri seterus nya.

Pada maikel, aku tetap teman setia kau.


CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

ANTARA DUA DARJAT 1

on Aug 3, 2010

Ari ini aku belajar guna chain saw alah org kampong kata mesin potong pokok. Waah mula mula ingat senang, bila dah guna baru tau babas aku di buat nya. Tapi tak apa sekurang kurang nya aku tahu kelemahan aku.Tak tahu ckp tak tahu kan senang.

Yang membuatkan aku cari chain saw ni pasal bro aku suruh aku ratah tunggul kayu yg tak di makan api tu kat kebun dia.. Ada ke patut di suruh nya aku ratah tunggul tu.Bro aku ni profesor kat U. Pandai lah kan. Lagi kecik tak puas bergurau senda dgn adik bradik dah besau baru tringat nak brgurau senda. Tak kisah le tu janji adik bradik pakat baik. Sejak ayahda meninggal terasa keakraban aku adik bradik. Itu pesan arwah.

Apa pun cerita pasal chain saw ni, kalau ada sesapa yg pandai gunakan nya tolong ajar aku le. Aku ingat senang rupa rupa nya nak kena tahu skill jugak.Tapi tak apa aku akan belajar cara yg betul nk potong pokok ke tunggul ke dahan ke. Lama lama tentu aku jugak boleh mahir mcm org yg keje potong pokok balak kan.

Chain saw yg ada pada aku tu bukan aku punya. Aku pinjam lah. Nak beli tak mampu walaupun arga nya 1.2 hingga 1.8 k. Pada yg brada no hal beb. Pada aku byk hal kena fikir. Nanti miss suru haa pandan muka aku. Maklum le aku ni pekebun kokak aje. Kebun pun x de hasil lumayan. Arap kan buah derian kena tebuk tupai. Buah kelapa pulak pokok dah tinggi. Org tak berani panjat. Nak suruh atan (monyet) panjat, dah janji dgn tuan dia tak dtg dtg pun. Arap buah kelapa tu gugur sendiri le aje.

Masa guna chain saw aku tringat pd seseorang. Haa ni sedap citer. Tak apa le aku akan sambung dlm siri antara dua darjat part 2 lak.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

ANTARA DUA DARJAT

on Aug 2, 2010

Tajuk lama cerita pun lama cuma olahan baru.

Apa ada pada nama?. Betul ke 2. Tapi aku rasa nama ada juga peranan nya. Kalau dah tanya nama apa seterus nya ada lagi nk tanya. keje apa duduk mana dah kawin ke lum anak berapa. Haa kan nama juga yg dahulu kan. Sebut pasal keje apa dah tentu nk tahu pangkat atau kedudukan kan. Cerita dua darjat pun muncul le.

Antara yg berada dan tidak berada mana pilihan anda. Sudah tentu yg berada kan. Bohong lah kalau kata "aku tak kisah janji budi bahasa dia baik hormat org tua pandai sesuai diri". Zaman kini wang ringgit jadi keutamaan, dah tak ada 'janji baik ke apa ke'. Ada wang ringgit boleh gi shopping gi sana gi situ. Semua guna wang kan.

Bila byk wang tentu naik taraf naik darjat kan. Mcm mana org byk wang eeek. Dah kalau rumah ada tiga empat buah mesti le byk wang kan. Yg kita ni satu ramuh pun terkial2 nk bayar loan rmah le api air le cukai pintu le. Seterus nya lu fikir le sendiri kan.

Jadi antara org berada dan org tidak berada mana satu pilihan anda. Aku tolong jawap untuk ko org, senang. Mesti le yg berada.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

LAMA MEMBISU

on

Lama tak tulis dan tgk blog. kerana apa eek. Tak ada masa ke atau saja tak nak menulis blog. Aku rasa masa terlalu cemburu membuatkan aku tak sempat nk jengok, lagi pun pun pc ni kongsi ngan semua kaum kerabat aku.

2 minggu yg lepas suami anak buah mem aku meninggal dunia kat hospital putra negeri hang tuah. Sakit jantung. Dah operate dan balik rumah 2 hari sesak nafas pegi balik hospital putra. Koma masuk ICU 2 hari meninggal. Kos keseluruhan kalau x silap aku 50-60K. Wooow byk gila beb. Pd yg ada berada ok le no hal kan. Yg x de berada mcm mana?.

Ajal maut jodoh pertemuan ketentuan illahi.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

Tupai ohhhh Tupai.

on Jul 21, 2010

Dah 2 ari aku ngandapkan tupai kat kebun aku. Wah bukan main seronok lagi tupai 2 mengerjakan buag derian yg masih lagi trgantung pd dahan nya. Aku dah habis ikhtiar nk menghalau tupai tu. Tak kan aku nk brkampong kat kebun lak.

Kalau ada sapa sapa yg kat luar sana yg ada petua untuk halau tupai tu tolong lah email kat aku ke atau komen pd post aku ni. Nanti aku bagi le buah derian. hehehehehe.

Apa pun pd tupai tu jgn le ko binasakan buah derian aku. Ko makan sikit dah le. Kang aku tembak ngan senapang patah baru padan muka ko. Tapi big bro. aku tak kasi tembak lah.

Arap arap tupai tu dengar rintehan aku ni.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

KIPAS HOSPITAL JATUH ......?????

on Jul 16, 2010

Terkejut dan tergelak gak aku dengar anak aku kata kipas kat sepital jatuh, kena tangan isteri dia yg brada dlm wad sepital menunggu utk melahirkan baby ke 2 nya.

TERKEJUT sebab kipas tu jatuh kena tangan dia. Teruk ker patah ker, almaklum le kan kipas tu sedang berpusing. Lega kerana kecederaan nya minima, cuma doktor kata kalau lepas bersalin baru boleh buat xray.

TERGELAK sebab mcm mana boleh jatuh. Hospital kerajaan mesti ada buat service peralatan. Tu service ke tak peralatn sepital tu.Hidup 1Malysia.

Lagi 1 nk citer ari tu bini aku gi klinik kerajaan sebab batuk. HA 2 kata ubat batuk kehabisan. Tiada stok. Aiiiik amacam 2. Lu fikir le sendiri.

Ari ni kat kebun aku, tupai menganas lagi. Di tebuk nya buah derian yg masih trgantung atas pokok. Geram aku. Nak tembak big bro. aku kata tak usah. Tahun lepas aku dah bagi sebatang pokok yg lebat buah derian kat tupai 2. Tahun ni dia menganas lagi, dah le buah x brapa menjadi.

Ikhtiar mcgaver aku, aku naikkan orang orang atas pokok derian. Nampak nya berhasil gak untuk hari ni, tak dtg tupai tu.
Esok lusa lum tahu lagi.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

ADUH MAK SAKIT NYA...............

on Jul 14, 2010

Dah dua ari aku sakit gigi.Biar sakit yg lain jgn sakit gigi. Semua tak kena. Nak mare aje. Lagi satu yg aku tak tahan selsema, hidung tersumbat. Tak boleh tidur dibuatnya.

Ni cakap pasal sakit gigi orang dulu2 kata bila sakit komur dgn air garam. aku pun buat, ok gak tak sakit lagi. Boleh le aku buat keje lain. Tup tup dlm setengah jam sakit balik. Aikk.... nape sakit balik, tak mujarab ke jampi air garam tadi aku pun tak tahu. Sakit sakit le aku tahan je.

Satu lagi petua org dulu2 kata gigit cengkih tapi aku tak buat. Dah sakit mcm mana nak gigit. Ngadoi ngadoi aje le dlm hati. Nak nangis segan kot, dah tua2 tak tahan sakit. Lantak le sakit tahan aje le.

Pergi le aku kat klinik dental di pinggir bandaraya.Mmg biasa pun pegi klinik ni. Staff pun panggil nama : mae....aku tgk tak de sapa pun pergi. Staff panggil lagi... mae... ehhh kan tu nama aku. Dgn sengingai aku pun bangun dan masuk dalam bilik rawatan. Doktor tanya mana yang sakit, aku kata bawah ujung sekali. aikk tak de rosak, tak de lubang sambil dia kata pd staff dia missing, missing, missing. Padan pun byk gigi yg dah tak ada. Doktor robek sana robek sini baru nampak gigi yg rosak. aku suruh tampal doktor kata tak boleh sebab akar gigi. Terbaik cabut. Laaa gaham dah x de nak cabut lagi. Doktor saya punya gigi byk tak ada, mcm mana.... rawat akar gigi kena 4 kali dtg rawatan atau cabut. aku pun kata kasi ubat aje doktor boleh ke. Boleh.... tapi nanti kena cabut jugak.... ok kata aku ubat dulu cabut lain kali.... boleh kata doktor.

Ubat + pemeriksaan rm38, tu lum cabut lagi. Mak oii.... Pada yg byk duit no hal, aku yg kureng duit trasa beb. Bayar aje le. Kek tempat aku cabut ngan ubat rm35 je.

Yang bagus nya dah makan ubat tu sakit dah hilang. Mcm ada magik lak.Ubat ponstan dan antibiotik je. Dah dua ari tak sakit gigi. Esok lusa tak tahu lagi.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

Lama tak tengok blog

on

Lama gak aku x tgk blog ni. Maklum le buta blog.Belum ada idea nk tulis kat blog ni. Nanti ada idea aku tulis panjang lebar.

CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List