Isu doa khutbah Jumaat: Ustaz Zakaria pertahankan pendirian

on Aug 25, 2010

Khatib yang didakwa terlibat dalam isu doa khutbah Jumaat, Ustaz Zakaria Ahmad, mempertahankan pendirian beliau bahawa tiada kesalahan yang dilakukan semasa doa khutbah tersebut dibacakan bagi mendoakan kesejahteraan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Zakaria Ahmad (gambar kanan) yang bercakap kepada media selepas menemui panel jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di pejabat MAINPP semalam, berkata bahawa tidak menjadi satu kesalahan untuk berdoa (kepada orang bukan Islam).
"Cuma caranya sahaja perlu diperbetulkan.  Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak MAINPP yang telah membantu bagi memberi panduan mengenai keperluan yang ada dalam isu khutbah ini."
"Namun begitu isu ini hanyalah satu isu kecil.  Sebelum ini pun ada orang lain yang membacakan doa dalam khutbah Jumaat kepada pemimpin tetapi kenapa mereka tidak dipanggil?" tanya beliau.

Mungkin ambil tindakan saman malu

Zakaria juga berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman malu kepada mereka yang telah melemparkan fitnah kepada beliau dalam isu ini dalam tempoh terdekat.
Tambah beliau lagi adalah suatu yang dikesalkan kerana isu sekecil ini telah dipolitikkan oleh mereka yang tidak memahami erti sebenar khutbah Jumaat sehingga sanggup menjadikan ia sebagai modal politik sempit mereka.
Manakala Yang Dipertua MAINPP, Ellias Zakaria berkata pertemuan dengan jawatankuasa siasatan MAINPP kali ini bertujuan untuk mendapat penerangan sebenar dari khatib yang terbabit sebelum apa-apa tindakan diambil.  Beliau juga berkata perbincangan yang diadakan berjalan dalam suasana yang baik.

Tiada tindakan terhadap khatib Zakaria

"Tiada tindakan yang akan diambil terhadap beliau setelah adanya penerangan sebenar dari insiden yang membabitkan isu doa dalam khutbah Jumaat yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu," jelas Ellias Zakaria.
"Kita juga berharap dalam suasana ramadan ini tiada pihak yang akan mengambil kesempatan isu ini dan mengeruhkan suasana yang ada," kata Ellias Zakaria (gambar kiri).
Katanya lagi jawatankuasa yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Sazali Hussain dan Pegawai Tadbir Agama Daerah itu turut berpuas hati dengan penerangan yang telah disampaikan oleh Zakaria.
Sebelum itu Zakaria yang tinggal di Taiping, Perak telah disoal-siasat di Balai Polis Butterworth bagi diambil keterangan beliau setelah adanya laporan dibuat oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang, baru-baru ini.
Isu doa khutbah Jumaat yang didakwa menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah disebut oleh Zakaria di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworth  dan Masjid Jamek Padang Menora,Tasek Gelugor.

Dakwaan oleh Ahmad Zahid

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah mendakwa terdapat khatib yang mendoakan Lim Guan Eng di beberapa buah masjid dalam kawasan Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong.
Namun begitu tiada pula nama kawasan Bagan yang dinyatakan sedangkan Masjid Jamek Kubang Buaya berada dalam kawasan Bagan.  Begitu juga dengan dakwaan ianya berlaku dalam kawasan Permatang Pauh.
Nama masjid yang didakwa dalam kawasan Permatang Pauh belum dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.
Banyak pihak mempertikaikan tindakan yang diambil oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam isu doa khutbah Jumaat ini.  Sesetengahnya mendakwa isu ini sengaja dijadikan modal politik oleh UMNO dan BN setelah melihat kewibawaan yang ada pada kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) semakin mendapat dokongan rakyat.
Tindakan yang diambil oleh UMNO dan BN ini bukan saja menambahkan hilangnya keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada mereka, tetapi juga membuka ruang kepada masyarakat khususnya orang Melayu untuk melihat setakat mana isu agama sebegini akan dimanipulasikan sebagai modal politik untuk meraih sokongan.
Sekiranya isu sekecil ini tidak dapat diselesaikan dengan cara musyawarah apakah akan menjadi kenyataan perpaduan dan penyatuan Melayu yang sering menjadi omongan bagi UMNO dan PAS untuk bersatu di bawah satu payung bagi membela nasib masyarakat Melayu dan Islam dalam negara ini?

Sumber:- MerdekaReview

Carrefour meninggalkan Malaysia, kata Mukhriz

on

Gergasi peruncitan Perancis, Carrefour bercadang menjual kepentingan perniagaannya di Malaysia.
MenurNONEut laporan AFP yang memetik kenyataan timbalan menteri perdagangan antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir, firma itu juga dijangka menjual kepentingan mereka di Singapura dan Thailand dan keluar daripada pasaran Asia Tenggara.

"Kami difahamkan Carrefour bercadang melepaskan kepentingan mereka. Tindakan itu bertujuan bagi merasionalisasikan perniagaan mereka di luar negara,” kata Mukhriz kepada AFP pada lewat petang semalam.

"Mereka mahu jual perniagaan mereka (di Malaysia)," katanya sambil menambah "hypermarket lain telah menampakkan minat untuk mengambil-alih' 23 stor Carrefour di seluruh negara.

"Banyak yang sesuai," katanya.

NONEPengarah, pemasaran dan komunikasi Carrefour, Low Ngai Yuen, enggan mengulas apabila diminta komennya.

Yeah Kim Leng, ketua ekonomi bagi firma penyelidikan kewangan RAM Holdings berkata tindakan Carrefour meninggalkan Asia Tenggara telah dijangkakan.

"Berita itu telah ditimbul sejak sekian lama. Tidak lagi menjadi rahsia bahawa Carrefour bercadang meninggalkan Malaysia, Thailand dan Singapura,” katanya.

Menurut Yeah, Carrefour ingin memperkemaskan operasinya dan memindahkan sumbernya ke pasaran India yang semakin berkembang.

Kepincangan Negara : Nurul Izzah boleh beri pandangan

on

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Nurul Izzah Anwar dan sesiapa sahaja boleh dan wajar memberi pandangan mereka terhadap kepincangan dan kelemahan dasar BN, dalam negeri ataupun di luar negeri.
Justeru, Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Menteri Kabinet yang kanan seperti Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan  Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein Onn sepatutnya memberi tumpuan dan masa mengulas dasar negara yang penting seperti Model Ekonomi Baru atau kekerapan insiden perkauman kebelakangan ini, ataupun mengapa begitu ramai peneroka Felda membuat tuntutan Mahkamah terhadap Felda.
Boleh juga, katanya kalau mereka menerang proses perlantikan guru besar di sekolah-sekolah negara ini, sehinggakan yang mengutarakan pendapat jijik perkauman dan fasis pun boleh jadi guru besar; dan tanpa apa apa tindakan diambil terhadap mereka.
“Malangnya, kenyataan yang kita dengar dari kedua-dua menteri kanan ini berkisar menyerang Nurul Izzah Anwar kerana komen dan pendapat beliau mengenai ekonomi negara dan keadaan kapal selam yang kita beli dalam wawancara dengan majalah Indonesia, Tempo,” ujar Zaid di dalam blognya.
Nurul sekarang, katanya sudah menjadi sasaran.
Ini kerana kdua-dua menteri itu berkata Nurul memburuk-burukkan imej dan nama negara.
“Malah laporan polis pun dibuat oleh orang orang yang tak ada kerja,” ujarnya.
Dengan lain perkataan, katanya komen dan pendapat Nurul mestilah memuji Kerajaan Barisan Nasional; barulah ia dikatakan memuji negara dan menjaga nama baik negara.
“Bila dia mengkritik dan menyoal Kerajaan BN dan keputusan kerajaan, maka itu bererti Nurul memburukkan nama baik negara.
“Pemikiran dan logik terhad ini yang menjadi punca segala permasalahan. Mereka ini tak tahu membezakan negara dan kerajaan,” katanya lagi.
Sebab itu, ujarnya duit rakyat digunakan sebagai duit BN, institusi awam seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Polis Diraja Malaysia juga digunakan oleh mereka seperti hak BN.
“Untuk pengetahuan mereka, negara ini milik rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik; tetapi Kerajaan BN ini bukan milik semua rakyat.
“Dasar ekonomi dan pembelian kapal selam dibuat oleh kerajaaan BN; maka sesiapa saja termasuk Nurul boleh mengulas dan mengkritik dasar itu.
“Apa kena mengena dengan maruah negara? Hanya maruah BN yang tercemar dengan kritikan itu,” katanya lagi.
Bagi Zaid, Zahid dan Hishammuddin akan cuba mengelak dari isu-isu itu dengan menggunakan benteng "negara" dan sebagainya, tetapi rakyat tahu bezanya antara negara dan kerajaan BN.

Haron Din bedah jantung di California, 30 Ogos

on

KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din akan menjalani pembedahan berkaitan jantung, 'off-pump surgery' di Hospital Stanford, California pada 30 Ogos akan datang.Beliau yang dijadual bertolak pada 28 Ogos mengharapkan agar para penyokong, ahli serta kenalan dapat mendoakan rawatan tersebut berjaya.


"Saya hanya mengharapkan doa daripada kawan-kawan dan semua yang mengenali serta mengiringi pemergian saya dengan doa agar saya dikurniakan kejayaan oleh Allah sebagai usaha untuk mengubati penyakit jantung ini," katanya kepada Harakah ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.
Menurutnya, dalam tempoh 23 tahun menderitai penyakit tersebut beliau telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1987 di Hospital St.Vincent, Australia, serta 1998 dan 2000 di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, masalah pada jantungnya berulang kembali meskipun pihaknya telah menjalani semua rawatan yang dikenakan ke atasnya.
Di samping mengambil ubat yang telah diberikan, beliau turut menjalani proses rawatan telium scan, MRI scan dan CT scan.
"Tapi masalah ini tidak selesai malah bertambah serius dan baru-baru ini pihak IJN merujuk masalah jantung saya kepada Hospital Stanford di California," ujarnya lagi.
Jelasnya, seorang pakar jantung dari hospital pakar berkenaan yang kebetulan berada di Malaysia kerana menghadiri seminar berkesempatan memeriksa beliau baru-baru ini sebelum mengesyorkan agar mendapatkan rawatan lanjutan di sana.
Ditanya mengenai tempoh rawatan beliau menjangkakan berada selama tiga minggu dan menyambut Aidilfitri di sana.


BN 'HAPPY' ,PAKATAN RAKYAT BERTELAGAH

on

Memang menjadi idaman BN sejak pilihanraya 2008 mahu melihat PR berpecah. Andaikata PR berpecah maka BN akan menang dengan mudah pada PRU ke 13 nanti. Itulah hajat BN sebab itulah pelbagai serangan dan strategi disusun oleh BN untuk memecahkan ikatan PR yang dilihat semakin kukuh.

Pelbagai isu lama dan baru dijadikan senjata ampuh dan alat gerak saraf untuk mengujud suasana kurang kondusif di dalam PR. Antara isu yang hebat diperkatakan sekarang ialah isu Hukum Hudud, Isu Perpaduan PAS-Umno dan lain-lain.


BN tahu jika isu Hukum Hudud ini dimainkan sudah tentu DAP dan PAS akan bertelagah seumpama pasca PRU 1999 di mana DAP lari meninggalkan Barisan Alternatif. Kini isu ini cuba dimainkan semula ditambah lagi dengan isu perpaduan Umno-PAS.

Setelah percubaan untuk memecahkan PR melalui kerajaan Perpaduan gagal kini, BN khususnya Umno cuba pula menggunakan isu lama iaitu isu hukum hudud yang menjadi pertentangan besar antara PAS dan DAP. Namun saya tertarik dengan kenyataan salah seorang sahabat saya yang mengatakan apa guna PAS menghalakan 'senjata' kepada DAP dan sebaliknya DAP menghunuskan senjata kepada PAS kerana BN akan bertepuk tangan menyaksi perbalahan ini dan pada masa yang sama Umno akan bermaharajalela meraih sokongan rakyat.

Kini saya kira sebagai ahli PAS saya mengharapkan semua pihak duduk semeja dan berbincang secara telus dan terbuka......Kita mahu BN/Umno terus memerintah atau kita mahu PR masuk Putrajaya membebaskan rakyat dan negara dari belenggu kezaliman BN.

'SAYA TAK MENIPU' - Kata Nurhayati Othman isteri Roslin Hashim

on Aug 24, 2010



AMPANG: “Saya hanya bercakap perkara benar dan biar semuanya diputuskan di Mahkamah Syariah kelak. Kebenarannya dan semua fakta akan hanya didedahkan di mahkamah nanti.”
Demikian kata isteri pemain badminton negara, Nurhayati Othman, 38, berhubung tuduhan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman membuat laporan polis dengan mendakwa dia memberi maklumat tidak benar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Rabu lalu.

Nurhayati berkata, dia sanggup bersumpah dengan nama Allah tiada satu pun fakta yang dikeluarkan sengaja ditokok tambah atau dikurangkan.

Menurutnya, kenyataannya bukan cerita palsu atau rekaan berikutan ia pengakuan bersumpah atas nama Tuhan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad.

“Saya tidak menjangka dan terkejut dengan tindakan Raja Azmi membuat laporan di Balai Polis Ampang Khamis lalu mendakwa saya menipu dan memberi maklumat tidak benar di mahkamah. 

“Tindakannya itu sendiri (Raja Azmi) seolah-olah menghina mahkamah apatah lagi dengan pelbagai komen dari sebelah pihak yang kerap keluar di media (bukan kumpulan akhbar NSTP) sebelum perbicaraan kes itu berlangsung di mahkamah 1 September depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.Nurhayati turut membuat laporan sama di Balai Polis Ampang pada jam 1.15 tengah hari, Jumaat lalu.

Dia yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) terpanggil untuk berbuat demikian selepas membaca beberapa laporan artikel di akhbar tempatan.Dalam laporannya, Nurhayati mendakwa tidak pernah menghantar sebarang SMS berbaur ugutan kepada Raja Azmi selain SMS terakhir dikirim pada jam 7.23 malam, 6 Ogos lalu, dengan niat untuk bertanya khabar Raja Azmi.

Bagaimanapun, kiriman SMS dihantar Nurhayati langsung tidak dibalas Raja Azmi sebelum insiden produser filem terbabit ditemui bersama suaminya, Roslin Hashim, 35, di bilik Hotel Corus, Jalan Ampang sehari selepas SMS itu dihantar.

“Laporan polis yang saya buat bertujuan menafikan saya berniat memfitnah Raja Azmi. Biar mahkamah memutuskannya kelak dan segala bukti akan hanya diketengahkan di hadapan hakim.

“Saya ingin nama saya dibersihkan berikutan ia mencemar reputasi dan nama baik saya apatah lagi saya bertugas sebagai penjawat awam. Jika ada yang ingin diperkatakan, biar ia didedahkan di mahkamah dan bukan hanya serangan melalui media,” katanya.

Menurutnya, walaupun sedikit kecewa, namun dia cuba untuk bangkit dan berfikiran positif dalam mengharungi dugaan berat berkenaan.

Nurhayati dalam kenyataan di mahkamah sebelum ini berkata, perceraian mereka berlaku selepas dia mendapati suaminya bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos lalu.

Dia mendakwa mendapat tahu Roslin dan Raja Azmi ke Hotel Corus dan mendaftar masuk di bilik 533 di atas nama Raja Azmi. Dia bersama ibu dan dua adiknya ke tingkat lima hotel itu dan menunggu suami Raja Azmi, Jalani Sidek untuk bersama-sama ke bilik 533 di tingkat tiga hotel itu.

Namun, katanya Jailani seolah-olah cuba melengahkan mereka ke bilik itu kerana dia sudah menelefon Roslin dan mengarahkannya keluar dari bilik itu. Dia mungkin bimbang mereka ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berdua-duaan.

Difahamkan berlaku perdebatan antara Roslin dan Nurhayati sebelum lafaz cerai dijatuhkan Roslin terhadap isterinya yang baru dikahwini tidak sampai sebulan.

Sumber:- Hmetro

HERO PASIR DAH SENYAP SUNYI.....NAPER.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

on

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: ‘Hero pasir’ di Selangor tidak berani berkokok lagi setelah kerajaan negeri mengambil langkah serius untuk membanteras rasuah yang melibatkan perlombongan pasir.
Sehubungan itu, PAS mengucap tahniah atas kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang bersungguh-sungguh untuk mewujudkan kerajaan yang telus dalam pentadbirannya.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ini berikutan tindakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor.
Persetujuan itu dicapai pada pertemuannya dengan SPRM di pejabat Menteri Besar.
Tujuan penubuhan pasukan petugas khas, supaya SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB dan mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah.
“PAS berpandangan tindakan ini adalah menunjukan betapa serius kerajaan PR yang hendak memastikan khazanah bumi Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Selama ini, katanya industri pasir adalah merupakan lubuk emas untuk kroni Umno di mana kesannya yang kaya ialah kroni, manakala negeri dan rakyat ibarat memakan lumpur.
Menurutnya, apabila industri pasir yang distruktur semula selepas Pakatan Rakyat memerintah selepas PRU 12, maka suasana telah berubah.
Ini, jelasnya dibuktikan dengan kutipan royalti semasa Pakatan Rakyat memerintah antara tahun 2008-2009 sebanyak RM12.93 juta, jauh mengatasi zaman BN daripada tahun 2006-2007 hanya RM8.66 juta sahaja.
Katanya, keputusan yang bijak itu telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan oleh `hero pasir’, Datuk Noh Omar dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo.
“Kita mengharapkan kalau boleh SPRM membuka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor,” ujarnya lagi.
Sekarang, tambahnya Noh tidak berani berkokok lagi, terutama selepas Tan Sri Khalid Ibrahim meminta secara rasmi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hishammuddin Husein Onn, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri supaya menangkap siapa yang mencuri pasir dan melanggar undang-undang.
Ini, ujarnya ditambah pula dengan tindakan terbaru yang berani untuk menempatkan menubuhkan petugas khas di pejabat KSSB.
“Sekarang apa lagi Datuk Noh dan Datuk Seri Khir Toyo mahu?” soalnya.
Sumber:- Harakahdaily

Radio 988: DJ Jamal dakwa wujud konspirasi politik...

on

Tuesday, August 24

Ada konspirasi politik rupanya

DJ Jamaluddin Ibrahim

Apa pun penjelasan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, tidak akan dapat diterima oleh DJ Jamaluddin Ibrahim.

Malah, katanya, dakwaan Chua bahawa keputusan untuk menggantung tugasnya sebagai "isu pengurusan", membuktikan bahawa ia memang sebahagian daripada "konspirasi politik".

"Jika anda mengatakan itu tidak baik untuk sumber pendapatan 988.fm dan anda ingin menukar pengurusan, baiklah. Itu wajar. Jika program tidak berjaya, anda ingin membuatnya lebih baik, itu adil," katanya.

"Tapi apakah keuntungannya yang diperolehi (oleh pemilik stesen radio 988) Star RFM (Sdn Bhd) daripada ini? Mereka hilang penonton mereka, mereka hilang sumber pendapatan.

"Satu-satunya perkara yang 'mereka' diperolehi ialah keuntungan politik. 'Motif' mereka ialah untuk membunuh program tersebut. Ianya sangat jelas bahawa 'mereka' tidak mahu rakyat membincangkan isu-isu semasa... untuk menyedarkan rakyat"

Namun Jamaluddin, dalam sebuah wawancara eksklusif denganMalaysiakini pagi ini, enggan membuat spekulasi tentang siapakah 'mereka' yang dimaksudkannya itu.

Jamal 
digantung tugasnya mulai 19 Ogos apabila stesen itu menerima surat amaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam surat tersebut, beliau dikatakan "mengancam keselamatan negara" dan "menjejaskan hubungan kaum" sewaktu mewawancara kolumnis Ouyang Feng Wen melalui program Hi Malaysia pada 13
Ogos.

Ketua pegawai Eksekutif (CEO) Wong Lai Ngo dan pengurus kanan program Tan Chia Yong, walaupun tidak disebutkan dalam surat SKMM itu - turut 
digantungtugas kemudiannya - dan ia menguatkan rasa syak Jamal itu.

Khutbah Jumaat @ Guan Eng:- Pengakuan daripada saksi yang berada ditempat kejadian

on




Pengakuan daripada saksi yang berada ditempat kejadian


Salam Sahabat semua,

Puasa kini dah masuk ke fasa ke 2… Mari lah kita tingkatkan amalan supaya menjadi Muslim yang beriman…

Minggu lalu kita semua di gempar dengan “cerita meloya dari Utusan Meloya “ yang di tulis oleh pengarang “jahil “ dan di ulas oleh pemimpin UMNO yang sewaktu dengan akhbar tersebut…

Konon nya KHATIB baca khutbah bubuh nama “Ketua Menteri LIM GUAN ENG “ ganti nama AGONG sebagai ketua Agama.. Sahabat sahabat semua… Salah seorang Khatib tersebut yang mempunyai “tauliah PUSAT ISLAM & merupakan Guru Takmir “ dan boleh mengajar di mana-mana dan mempunyai kelulusan AL AZHAR beliau Ustaz Zakaria Hj Ahmad…beliau merupakan adik kepada MUFTI PULAU PINANG Dato Hassan Hj Ahmad dan dan Abang kepada Ustaz Idris Hj Ahmad ketua penerangan PAS…dan seorang lagi Abang beliau Ustaz Salleh Hj Ahmad merupakan Pensyarah di UIA dan merupakan Yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia…hebat tu semua ulamak besar belaka.

Setiap kali semasa membaca khutbah kedua atau kuliah beliau ada membaca doa untuk Agong tetapi dalam bahasa Arab… ni yang buat puak UMNO tak faham..dan lepas tu beliau mendoakan agar Allah bukakan “hidayah” kepada Ketua Menteri P. Pinang LIM GUAN ENG untuk memeluk ISLAM dan bukanya mengantikan nama Agong… Saya dengar sendiri dengan mata kepala … tapi yang sedih POLIS pun di jadikan alat oleh UMNO ni… dah tu pulak MUFTI PERAK.. pun turut jadi burung kakak tua… sedih betul puak ni… ditambah pula oleh bekas menteri besar kedah Mahzir khalid suruh guna ISA… apa punya bebal puak ni… jadi rumusan yang dapat kita buat teramat betul lah TOK GURU NIK ABD AZIZ menolak kerjasama dengan UMNO… dalam bulan puasa pun hati terus “hasad”…

Semuga Allah kurniakan kesedaran kepada mereka yang memfitnah ulama sebelum bala Allah turunkan sama seperti PAKISTAN…

Selamat berpuasa.

A Puaat B Hj Ahmad (PRD/PDB)

Sumber:- Budak Kampong Online.

ZAHID OHH ZAHID....... No need to probe Perimekar.......!!!!!!!!!!!!

on

Kenapa Zahid Tidak Mahu Siasat Syarikat Kapalselam Razak Baginda?


Heran juga saya. Zahid heboh menyerang Nurul Izzah. Pada waktu yang sama tidak mahu menyiasat syarikat Perimekar yang dikatakan mendapat komisyen RM500 juta bagi pembelian kapal selam (yang tidak boleh menyelam) Scorpene dari Perancis. 


Kalau betul-betul anak jantan, pergi lah siasat kes tu dulu. Jangan salahkan Izzah kerana membuat kenyataan berdasarkan rekod Hansard yang dapat dibaca seluruh dunia di Laman Web Parlimen Malaysia.

Zahid: No need to probe Perimekar

BANGI: There is no need for the MACC to probe claims that commission was paid to Perimekar Sdn Bhd over the procurement of Scorpene submarines, Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said.

This is despite Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia’s revelation on Wednesday that the MACC was investigating claims that more than RM500mil was paid as commission to Perimekar, which is owned by Abdul Razak Baginda, for its part in the procurement of the French-made submarines.

In a written reply to William Leong (PKR – Selayang), who had submitted a motion for the Dewan Rakyat to discuss the matter, Pandikar had said that he was informed that the MACC was investigating the matter, and he therefore rejected the motion.

“I feel there is no need to bring the matter to the MACC because (the deal) was approved by the Finance Ministry, and the purchase of the submarines was in accordance with procurement procedures,” Zahid said.

Apa pun lu fikir le sendiri. 

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List