Haron Din bedah jantung di California, 30 Ogos

on Aug 25, 2010

KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din akan menjalani pembedahan berkaitan jantung, 'off-pump surgery' di Hospital Stanford, California pada 30 Ogos akan datang.Beliau yang dijadual bertolak pada 28 Ogos mengharapkan agar para penyokong, ahli serta kenalan dapat mendoakan rawatan tersebut berjaya.


"Saya hanya mengharapkan doa daripada kawan-kawan dan semua yang mengenali serta mengiringi pemergian saya dengan doa agar saya dikurniakan kejayaan oleh Allah sebagai usaha untuk mengubati penyakit jantung ini," katanya kepada Harakah ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.
Menurutnya, dalam tempoh 23 tahun menderitai penyakit tersebut beliau telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1987 di Hospital St.Vincent, Australia, serta 1998 dan 2000 di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, masalah pada jantungnya berulang kembali meskipun pihaknya telah menjalani semua rawatan yang dikenakan ke atasnya.
Di samping mengambil ubat yang telah diberikan, beliau turut menjalani proses rawatan telium scan, MRI scan dan CT scan.
"Tapi masalah ini tidak selesai malah bertambah serius dan baru-baru ini pihak IJN merujuk masalah jantung saya kepada Hospital Stanford di California," ujarnya lagi.
Jelasnya, seorang pakar jantung dari hospital pakar berkenaan yang kebetulan berada di Malaysia kerana menghadiri seminar berkesempatan memeriksa beliau baru-baru ini sebelum mengesyorkan agar mendapatkan rawatan lanjutan di sana.
Ditanya mengenai tempoh rawatan beliau menjangkakan berada selama tiga minggu dan menyambut Aidilfitri di sana.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List