Peluang Untuk Kepimpinan Baru Negeri Sarawak........?

on Aug 25, 2010



Parti Keadilan Rakyat Sarawak menggesa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya melepaskan jawatannya dengan sesegera mungkin dan membuka ruang kepada lapisan pimpinan baru. 
Pengarah Operasi Pilihanraya Nicholas Badwin menyambut baik kenyataan Taib yang menyataan kesediaan untuk berundur sekiranya khidmat beliau tidak diperlukan lagi. 
Nicholas menjelaskan kerajaaan Taib Mahmud telah melewati tarikh luput dan tidak lagi mampu untuk menguruskan Sarawak dengan baik.
Taib sudah menerajui kerajaan negeri Sarawak selama 29 tahun dan menyatakan kesediaannya berundur jika beliau tidak diperlukan lagi bertanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang yang diadakan sebelum Julai tahun hadapan.
Nicholas berkata orang Sarawak sendiri mahukan perubahan tersebut kerana menurut mereka Taib sudah lama memegang jawatan itu dan selama ini beliau fikir Sarawak ini beliau yang punya.
“Ramai orang sudah buat aduan dan beliau sendiri tahu beliau sendiri pun tidak buat kerja” kata Nicholas.
Bagi Nicholas, hanya pemimpin yang lebih muda dan berwibawa mampu membawa Sarawak merentasi era politik baru. Generasi veteran seperti Taib Mahmud tidak mempunyai wawasan dan iltizam bagi mencapai matlamat itu.
“Saya setuju memang Sarawak memerlukan pemimpin yang muda dan bertenaga serta lebih faham masalah rakyat dan rakyat perlu tahu mengenai masalah rakyat dan macam yang kita sedia tahu sekarang ini semua dia mahu, balak pun dia mahu, pasir pun dia mahu, kuari, tanah pun dia mahu.” Ujar Nicholas lagi.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List