Wanita calonkan Fuziah Salleh tanding naib presiden PKR

on Aug 26, 2010

Wanita PKR sepakat untuk mencalonkan pengarah pilihan raya parti itu, Fuziah Salleh untuk bertanding jawatan naib presiden.



F
uziah merupakan ahli parlimen Kuantan dan juga bekas ketua Wanita PKR.

Enam lagi pemimpin Wanita akan bertanding merebut jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

Mereka ialah Elizabeth Wong, Felicia Ling, Hasnah Hashim, Salma Ismail, Siti Aishah Shaik Ismail dan Rozaini Mohd Rosli.

Perkara itu diumumkan oleh ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Manakala Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang akan mempertahankan jawatannya.

Begitu juga dengan timbalannya, Rodziah Ismail dan dua lagi naib ketua - Hazina Talha dan Noorsham Abu samah.
Dalam sidang akhbar tersebut Zuraida juga memberitahu bahawa 36 pemimpin Wanita akan bertanding merebut jawatan tertinggi di peringkat cabang.
Katanya, 10 orang wanita akan bertanding jawatan ketua cabang, manakala 26 lagi akan bertanding jawatan timbalan dan naib ketua cabang.

Sementara itu, Fuziah berkata beliau yakin berpeluang untuk memenangi salah satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan.

"Semua orang bertanding untuk menang. Saya yakin dengan segala keutamaan kepada parti, saya yakin (menang) kerana anggota kenal dan tahu khdmat saya," katanya.

ANAK susun strategi 'bebaskan' FELDA, FELCRA dari korupsi.

on

malimi

PETALING JAYA: "Melayu tidak mudah lupa". Setelah 54 tahun penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dibawah Ordinan Kemajuan Tanah, diakui begitu banyak perubahan yang dilakukan bagi meningkatkan survival hidup Bumiputera.
Usaha Mantan Perdana Menteri Malaysia Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1956 menjadi titik tolak rancangan untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu khususnya di luar bandar.
Penubuhan Felda pada asalnya adalah untuk menyeimbangkan pembahagian status sosio-ekonomi sekaligus merapatkan lagi jurang di antara ekonomi Melayu dan bukan Melayu dalam masyarakat berbilang kaum.
Tanah seluas 4.046 hektar (10 ekar) bagi pertanian dan 0.809 hektar (dua ekar) untuk tapak rumah disediakan kepada setiap peneroka.
Pertanian Felda berkembang pesat melalui hasil titik peluh peneroka dan menjadi antara agensi kerajaan terkaya selepas Petronas, selain menawarkan pelbagai skim pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi kepada peneroka.
Namun, amanat Tun Abdul Razak untuk "beri tanah kepada yang tidak bertanah" dan "memperkaya rakyat yang miskin" kini tidak lagi dipegang oleh pemimpin Felda, malah bertambah buruk sejak diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2004.
Perubahan strategi dasar Felda dari pertanian kepada industri korporat melalui penubuhan Felda Plantation serta 23 anak syarikat lain, walaupun memberi pulangan hasil lumayan, tetapi pada masa yang sama menggugat hak yang selama ini dimiliki peneroka dan generasi pewarisnya.
Kadar perahan gred (KPG) yang rendah
Kelapa SawitSelain hasil kadar perahan gred (KPG) kelapa sawit yang tidak memuaskan, manipulasi gred, masalah caruman Tabung Tanam Semula, kualiti buah sawit, malah peneroka turut dibebani hutang pinjaman tanah ladang yang tinggi sehingga kebun dijadikan cagaran.
Melihat kepada beberapa tekanan yang dialami peneroka, beberapa individu bangkit mahu menentang salah laku pihak tertentu yang cuba menyeleweng dan menjadikan Felda sebagai tempat ‘cari makan’ dengan mengaut keuntungan.
Antara gerakan badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam usaha ini adalah Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak).
Sebagai Presiden Anak, Mazlan Aliman mahu Felda menunaikan tanggungjawab sosial sebagai agensi yang menjaga kebajikan peneroka dan bukan hanya sebagai badan korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata.
"Sebab itu kami dan peneroka di seluruh negara kini mula mengambil tindakan saman terhadap Felda, faktor utamanya adalah kerana menyeleweng dan menipu hasil perahan minyak yang diperoleh peneroka.
Setelah Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias di Seremban memfailkan saman RM200 juta awal bulan ini, Mazlan menjangkakan beberapa penempatan Felda di Pahang pula akan mengambil langkah yang sama dalam masa terdekat.
Peguam muda ini juga yakin peneroka di Pahang akan bangkit menyuarakan hak mereka selepas mengadakan beberapa pertemuan dengan peneroka Felda Chini minggu lalu serta tertubuhnya jawatankuasa bertindak di Felda Bera dan Kratong.
"Gugusan Felda Bera akan mengambil langkah pertama dengan jangkaan penyertaan kira-kira 4,000 peneroka dan kami akan failkan saman selewat-lewatnya November ini, kemudian diikuti Felda Chini dan Kratong.
"Anak dan peguam Sivarasa Rasiah, Wan Rohimi Wan Daud dan Nizam Abdul Hamid akan turun ke Pahang minggu depan untuk mula meneliti dokumen dan beri taklimat kepada peneroka.
"Selain itu, saya juga akan ke Jengka 17 tidak lama lagi untuk mengadakan pertemuan dan sesi penerangan kepada peneroka disitu," katanya.
Hak pewaris peneroka Felda semakin hilang
Bercakap mengenai soal pemberian tanah pula, Mazlan berkata walaupun Felda tiada kuasa memberi hak pemilikan tanah kepada peneroka di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960, namun perjanjian kontrak antara peneroka dengan Felda tidak menjamin sesuatu hak pemilikan tanah.
"Kerajaan negeri melalui GSA ada hak mutlak sama ada mahu beri tanah kepada peneroka walaupun mereka masih ada hutang dengan Felda.
"Namun malangnya walaupun wujud kes peneroka menerima tekanan hebat akibat hutang tanah kepada Felda sehingga mencecah ratusan ribu ringgit, kerajaan negeri seperti mahu tutup mata dan menyerahkan sepenuhnya kuasa ke atas Felda," katanya.
Akibatnya, jika peneroka gagal menjelaskan hutang mereka maka Felda berhak ke atas tanah ladang peneroka itu seperti yang terdapat dalam perjanjian kontrak.
"Sudahlah hutang mereka besar, mereka tidak mempunyai apa-apa pendapatan kecuali elaun sara hidup yang dikira pinjaman dari Felda.
"Lebih dari 95 peratus peneroka-peneroka Felda adalah orang Melayu, inikah dasar kerajaan membela nasib 800,000 orang Melayu dengan mengenakan beban hutang menjangkau ratusan ribu ringgit?," soal beliau.
Begitu juga nasib generasi seterusnya yang menjadi pewaris peneroka. Mengikut GSA, hanya seorang penama sahaja daripada setiap keluarga yang boleh mewarisi 10 ekar tanah peneroka.
"GSA ini perlu dipinda. Kerajaan sekarang dilihat memanipulasi GSA ini dan tak bercadang nak bagi tanah kepada peneroka.
"Mereka tahu sekiranya akta ini dipinda, anak peneroka akan bertindak menjadi pemain utama dalam perjuangan menuntut hak yang sebenarnya daripada Felda.
"Sebab itu Anak sebagai NGO kini giat memberi pendedahan dan kesedaran kepada pewaris generasi kedua dan ketiga mengenai hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.
"10 Oktober ini, Anak akan melancarkan Sambutan Hari Anak Peneroka di Lembah Klang sambil mengutip dana amal membantu anak-anak kumpulan peneroka yang miskin dan kita menjangkakan 100,000 peneroka akan turun di Shah Alam nanti," katanya.
Penyelewengan Felcra kritikal
logo-felcraSementara itu, menyentuh mengenai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) pula, Mazlan mendakwa nasib yang sama juga dialami peserta Felcra.
Cuma perbezaan yang ketara adalah tanah yang diusahakan adalah hak mereka sendiri dan bukannya milik kerajaan negeri.
Felcra ditubuhkan pada tahun 1966 dengan fokus untuk membangunkan tanah-tanah persendirian dalam usaha memperbaiki taraf orang Melayu di kawasan luar bandar.
Malah agensi kerajaan ini juga membuka kawasan penempatan dan perladangan baru bagi mereka yang tiada tanah. Ia kemudiannya dinaikkan taraf sebagai Felcra Berhad, syarikat milik kerajaan pada 1997.
Namun Mazlan yang juga Pengerusi Biro Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat mendakwa salah urus kewangan dan pentadbiran Felcra menyebabkan peserta yang majoritinya penduduk kampung tertindas.
Mazlan melalui pendedahan 22 dokumen penyelewengan mendakwa mempunyai bukti lengkap berlakunya pecah amanah, salah urus pengurusan Felcra, pelaburan, ketirisan, perjanjian tanah dan projek tanam semula dalam Felcra.
Antara 22 penyelewengan yang ketara yang didedahkannya adalah penyelewengan di Koperasi Peserta-Peserta Felcra Bhd (KPFB), penyelewengan kontrak pertanian Felcra Jemoreng di Sarawak yang bernilai RM14.8 juta, penyelewengan pelaburan pembelian bon berjumlah RM17 juta tanpa mendapat kelulusan peserta, serta pemalsuan dokumen-dokumen bagi kerja-kerja pertanian am di Sabah.
"Hakikatnya peserta Felcra mengalami masalah yang lebih serius berbanding peneroka Felda. Cuma mereka selama ini tidak tahu hendak mengadu kepada siapa," katanya.
Selain 22 bukti penyelewengan itu, Mazlan turut mendakwa ada banyak lagi bukti penyelewengan yang akan didedahkannya selepas ini tidak lama lagi.
"Bukan sahaja Felda dan Felcra, malah RISDA, MIDA, UDA, dan agensi lain juga mengalami masalah yang sama.
"Puncanya satu sahaja iaitu wujudnya pemimpin kerajaan dan sistem pentadbiran yang korup dan mahu mengaut keuntungan daripada hasil keringat rakyat untuk kepentingan peribadi.
Tolak pemimpin korup, Bumiputera mampu capai 30% ekuiti
Melihat kepada situasi sebegini, Mazlan yakin kaum Bumiputera pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang seperti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika semua pemimpin kerajaan bersikap telus menguruskan agensi-agensi pembangunan tanah.
"Terdapat pelbagai agensi pembangunan tanah yang melibatkan jutaan hektar tanah diusahakan oleh majoriti kaum Bumiputera dengan hasil keuntungan berbilion ringgit setahun.
"Jika agensi pembangunan tanah yang diwujudkan sejak 50 tahun lalu diuruskan dengan baik tanpa sebarang penyelewengan, tidak mustahil Bumiputera sudah mencapai pegangan ekuiti 30 peratus sekarang, sekaligus kemiskinan tegar dan jurang antara kaum dapat dihapuskan sama sekali.
"Malangnya bagi peneroka dan pengusaha tanah ini adalah wujudnya campur tangan pemimpin politik kotor yang terlalu korup dan ‘merompak’ segala kekayaan milik rakyat.
"Mereka jadikan agensi kerajaan sebagai gelanggang untuk mencari kekayaan dan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi dan kroni.
"Jika keadaan ini tidak diubah dan budaya korupsi terus berleluasa, sampai bila-bila pun kaum Bumiputera tidak mampu pergi jauh.
"Bukan kita sengaja mahu melupakan bantuan dan usaha yang pernah kerajaan tawarkan, cuma pemimpin yang korup dan menindas rakyat ini kita tolak sekeras-kerasnya," katanya. 
Felda vs Felcra
Felda:
  1. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)
  2. Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.
  3. Fungsi  :
  • Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
  • Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan di mana Felda diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh Felda dan syarikatnya.
  • Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan di mana Felda diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
  • Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan Felda.
4.  Sebuah badan berkanun yang kemudiannya dikorporatkan pada tahun 1995.
5.  Pada asalnya terletak dibawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
6.  April 2004; Felda diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
7.  Golongan yang terlibat: peneroka Felda
8.  Tanah asal hak milik kerajaan negeri
Felcra:
1.  Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra)
2.  Ditubuhkan pada tahun 1966
3.  Matlamat: membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perladangan dan pertanian dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
4.  Sebuah badan berkanun yang kemudiannya dikorporatkan pada 1 September 1997 menjadi Felcra Berhad
5.  Berfungsi sebagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
6.  Golongan yang terlibat: peserta Felcra
7.  Tanah asal hak milik persendirian penduduk luar bandar
-FreeMalaysiaToday-

Rakyat Malaysia Bersikap Waspada Tetapi Tenang.

on

malay indon

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia mengambil sikap berwaspada tetapi tenang berikutan ancaman kumpulan nasionalis negara itu, Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), mahu memulakan operasi "menyapu" (sweeping) dengan menghantar pulang semua akyat Malaysia.
Timbalan Pengerusi Persatuan Mahasiswa Nasional Malaysia di Indonesia Mohd Nazaluddin Mat Nasir berkata, seramai 6,000 pelajar yang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh Indonesia, termasuk 800 pelajar di Jakarta, tidak terlibat dengan demonstrasi ini dan mereka berada dalam keadaan selamat.
"Setakat ini tidak kedengaran peristiwa "menyapu" berlaku dan kumpulan yang berdemonstrasi ini sebenarnya diperbesarkan oleh media," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Bagaimanapun katanya, kami menasihati para pelajar yang kebanyakannya berada di Jakarta untuk bertenang dan mengelak dari mengunjungi kawasan-kawasan hitam.
"Sebagai contoh, Jalan Diponegoro di mana terletak pejabat Bendera, mereka mengadakan sekatan jalan raya untuk memeriksa rakyat Malaysia apabila tidak ada anggota polis," katanya.
Menurut beliau, persatuannya sentiasa bekerja rapat dengan Jabatan Pelajar Malaysia dan oleh demikian keselamatan tidak menjadi masalah serius buat para pelajar.
Bendera merupakan kumpulan kecil
Nazaluddin berkata, "Bendera hanya merupakan sebuah kumpulan yang kecil. Kami mempunyai Prosidur Operasi Standard di mana apabila berlaku protes, biasanya kami berdiam diri untuk seketika.
"Dan kami tidak akan bertembung dengan mereka.  Secara keseluruhannya, Indonesia merupakan tempat yang selamat buat kami," kata beliau.
Bagaimanapun, beliau berkata perayaan kemerdekaan tahun ini menjadi lebih hambar ekoran insiden ‘panas’ itu.
Sementara itu, Pengurus Besar syarikat perladangan Kumpulan P T Sarimas Group J Suparmaniam berkata Indonesia merupakan sebuah negara yang aman dan tidak ada yang perlu dibimbangkan.
"Kami sedikit pun tidak merasa bimbang.  Sebagai ‘expatriate’, kami merasa selamat kerana kerajaan Indonesia melayan kami dengan baik. Di Jakarta, jumlah penduduknya sama dengan Malaysia, tentu ada segelintir yang ingin membuat kacau," katanya.
Beliau bekerja di Sumatera tetapi menetap di beberapa tempat di Indonesia selama sembilan tahun, seperti Jakarta, Pontianak dan Kalimantan.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Ahmad Farid Asyraf Ramli, berkata keadaan di Jakarta kini terkawal namun amaran berjaga-jaga perlu di patuhi setiap pelajar pada setiap masa.
Menurutnya, notis amaran dikeluarkan pihak kedutaan Malaysia di Jakarta pada Isnin lalu dan menasihatkan mereka supaya tidak keluar di tempat-tempat umum mahupun di kawasan berlakunya demonstrasi itu.
"Alhamdullillah…setakat ini tiada masalah serius dihadapi oleh mahasiswa Malaysia di sini. Namun kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga seperti amaran yang dikeluarkan pihak Kedutaan.
Keluar secara berkumpulan
"Kami tidak boleh pergi ke tempat awam secara sendirian, perlu berkumpulan. Malah mahasiswa diminta menghindari dan menjauhi kawasan kejadian khususnya Jalan Diponegoro," terang beliau.
Kawasan tersebut menurut Ahmad Farid dikenalpasti antara kawasan akan berlakunya ‘penyapuan’ ke atas rakyat Malaysia.
Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia (JPMI) Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata keadaan keselamatan rakyat Malaysia di Jakarta masih terkawal.
"Aktiviti-aktiviti harian dilakukan seperti biasa, namun pihaknya akan terus memantau kawasan yang diramalkan akan berlaku ‘penyapuan’ tersebut," ujar beliau.
Beliau turut menasihati para mahasiswa mahupun rakyat kita agar mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan yang dikeluarkan pihaknya.
"Setakat ini keadaan rakyat mahupun mahasiswa kita dalam keadaan stabil. Jumlah mahasiswa pun kurang kerana mereka balik bercuti.
Menurut Junaidi, insiden itu tercetus akibat propaganda media massa, kumpulan NGO serta ahli politik Indonesia.
"Mereka ini memainkan sentimen menabur api provokasi sehingga berlakunya insiden tersebut. Namun ancaman itu tidak dituju kepada mana-mana pihak dan ia lebih kepada ancaman umum," jelasnya.
Katanya lagi, pasukan keselamatan Indonesia turut memberi kerjasama yang baik bagi melindungi rakyat Malaysia di sana.
Keadaan terkawal
Dalam perkara berkaitan, FMT turut mendapatkan maklumat lanjut keadaan pelajar Malaysia di beberapa wilayah lain di negara itu.
Pelajar bidang syariah di Institusi Islam Negeri Ar-Raniri, Acheh, Zaim Irshad, 25, berkata keadaan di sana terkawal namun mereka mengambil langkah berjaga-jaga.
Zaim mendakwa sebarang demonstrasi oleh aktivis ‘Bendera’ akan mensasarkan negeri-negeri yang mempunyai konsul atau pejabat kedutaan Malaysia.
Kebimbangan itu disuarakan kepada FMT memandangkan insiden dilakukan aktivis ‘Bendera’ bukan sesuatu yang asing di Indonesia.
Memetik laporan Berita Harian online hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau tidak menggalakkan rakyat Malaysia berkunjung ke Indonesia buat masa ini kecuali membabitkan urusan penting dan perlu disegerakan.
Menurut Anifah, setakat ini Wisma Putra belum mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan rasmi ke Indonesia.
Isnin lalu, ahli Bendera menyapu najis manusia pada bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta dan memijak-mijak bendera Jalur Gemilang.
Mereka memprotes terhadap penahanan tiga pegawai miritim Indonesia oleh pihak berkuasa Malaysia di kawasan perairan yang dipertikaikan berhampiran Riau seminggu yang lalu.
-FreeMalaysiaToday-

KJ: Kerajaan perlu adil, telus dalam pemberian projek

on


Kerajaan mesti bersikap adil dan telus dalam pemberian projek pembangunan bagi menarik minat pelabur swasta, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. 


"Kerajaan perlu membuktikan bahawa peluang mendapatkan projek pembangunan akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga serta nilai terbaik kepada kerajaan dan ia perlu dibuat secara terbuka dan telus.

"Sama ada penswastaan pangkalan udara (Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi) atau penswastaan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, semua pemberian projek tersebut mesti dibuat secara terbuka dan telus," katanya.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata demikian pada Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di Kuala Lumpur, petang semalam, yang turut disertai ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.


Sementara itu, Khalid berkata kerajaan perlu melaksanakan sistem ekonomi yang lebih liberal dan telus, bebas daripada campur tangan politik dan amalan kronisme.






"Jika kita masih mengharapkan pelabur asing membelanjakan wang mereka di sini, bagaimana ia boleh dilakukan jika kita tidak tahu siapa yang membangunkan tanah pangkalan udara Sungai Besi atau tapak di mana Penjara Pudu pernah ditempatkan?" katanya.

Pada 1 Ogos lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.


Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang Anwar membidas kerajaan persekutuan yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.


Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.




"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar.

Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).

Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.







-Malaysiakini-

KETUA AMK :- 3 penjuru, Nurul Izzah tak tanding

on

Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.

teoh beng hock memorial night 160710 nurul izzahBagaimanapun, anak sulung ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail -- Nurul Izzah (kiri) difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

“Kalau bertanding pun mungkin hanya di peringkat cabang Lembah Pantai sahaja,” kata sumber-sumber yang dekat dengannya kepadaMalaysiakini semalam.

Menjelang pemilihan parti November tahun ini, pertembungan antara Shamsul dan Badrul memang sudah dijangkakan. 

Bagaimanapun kemunculan kembali Rafizi – yang pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004 – agak mengejutkan selepas 'ditarik' daripada dunia korporat ketika sedang meningkat naik dalam kariernya.

pkr amk agm in kota bharuPada masa yang sama, ketika kedua-dua 'lawannya' dilihat malu-malu mengumumkan hasrat mereka, Rafizi tanpa bersembungi lagi mengakui menawarkan diri bagi bertanding di jawatan itu.

“Ya, saya akan bertanding jawatan ketua AMK,” katanya kepda Malaysiakinisambil menjelaskan pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut akan dibuat pada minggu depan.

Menurut Rafizi - bekas pemimpin pelajar di United Kingdom - beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda yang “bukan semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat”.

Kumpulan 'direstui' Anwar

Secara realistik bagi memengangi pilihan raya, Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik sokongan anak muda sebagai golongan penentu yang dalam masa yang sama “kurang berminat dalam politik”.

“Kita perlu melepasi (perasaan) sentimental reformasi (1998),” kata bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad itu yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

NONEBeliau dikatakan akan beregu dengan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari yang kini naib presiden AMK sebagai timbalan ketua. 

Kumpulan ini yang khabarnya 'direstui' Anwar ini difahamkan disokong sekumpulan ahli parlimen muda PKR, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan, berkaca mata) (Seri Setia) dan Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Sementara Shamsul pula mendapat dokongan seorang lagi naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin, juga seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah ditahan di bawah akta kontroversi ISA.

“Ya, saya tawarkan diri sebagai timbalan ketua AMK bagi membantu Shamsul Iskandar (sebagai ketua AMK),” katanya kepadaMalaysiakini.

Difahamkam Khairul dipilih bergandingshamsul iskandardengan Shamsul (kanan) kerana gandingan lamanya, peguam Mohd Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.

Namun dipercayai walaupun perlembagaan baru PKR menetapkan pemimpin AMK mestilah disandang oleh mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, tetapi ini hanya akan dikuatkuasakan pada sesi akan datang bagi mempersediakan sayap parti itu kepada “peralihan”.

'Berseorangan belum tentu sunyi'

Sementara itu, berbeza dengan Rafizi dan Shamsul, Badrul yang meraih populariti dengan pelbagai 'gimik' politik dan kepetahannya berceramah pula masih dilihat lone ranger atau berseorangan.

Beliau yang kerap bergerak melalui Solidariti Anak Muda Malaysia - NGO yang diasaskannya - enggan mendedahkan lagi siapa gandingannya atau menawarkan diri.

NONE“Saya tidak akan umumkannya. Terpulanglah kepada akar umbi (untuk menentukannya),” kata Badrul (kiri, berkaca mata) kepada Malaysiakini.

Menganggap pemilihan parti sebagai “urusan keluarga”, bekas guru itu berkata: “Dalam keluarga, takkanlah kita harus kata adik lebih baik daripada abang, (atau) abang lebih baik daripada adik”.

Katanya, tenaga itu lebih baik digembleng bersama bagi menumbangkan kerajaan BN.

Mengulas tentang tanggapan beliau berseorang dalam PKR, sambil ketawa Badrul berkata: “Berseorangan belum tentu sunyi, berdua belum tentu tak sunyi.”

Sementara itu, walaupun hampir pasti berlaku pertembungan tiga penjuru November nanti, seorang lagi pemimpin cabang Hasmi Hashim – satu-satunya calon yang pernah menentang Shamsul pada sesi lalu, masih tidak jelas kedudukannya.

NONEKalah teruk dalam pertandingan lalu, Hasmi, seorang penggiat budaya dilihat masih mengintai peluangnya.

“Kali ini (saya) akan dengar, timbang dan bincang dengan anggota AMK, pimpinan dan keluarga dulu,” katanya yang kritikal kepada kumpulan Shamsul dan Badrul itu. 

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.

ISU KHUTBAH : Polis OK, UMNO saja yang meroyan.......

on

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob berhubung isu khutbah di negeri itu sebagai pelik.
"Seingat saya, polis hampir tidak pernah gagal bersikap keras kepada pembangkang.
"Tetapi apabila Ayub bersikap begitu lunak, adakah ia bermakna tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Ustaz Zakaria Ahmad (khatib) yang diserang hebat oleh Umno itu?" kata beliau.
Polis Pulau Pinang, kata Mohamad, telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat "jerit-pekik" Umno kononnya Zakaria menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
"Ketika kita pun ingin tahu apakah kesalahan yang kononnya dilakukan, tiba-tiba Ayub menasihatkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Umno menggunakan semangat Ramadan untuk mengetepikan perselisihan masing-masing berhubung isu khutbah itu.
"Kenapa polis lunak sangat? Polis tidak takutkah Umno akan histeria lagi dengan sikap lunaknya itu. Mustahil polis tidak takut kepada Umno," kata Mohamad.
Ketua Polis Pulau Pinang itu berkata, berkata dua minggu pertama Ramadan merupakan ujian kepada setiap orang dan kesemua pihak terbabit perlu menggunakan tempoh menjelang 1 Syawal ini untuk mencapai jalan damai.
“Letakkan di tepi salah faham dan ketegangan dan uruskan (dengan baik) separuh kedua bulan Ramadan,” kata Ayub kepada pemberita selepas menerima sumbangan kerajaan negeri sempena Aidilfitri.
Mohamad tidak menolak kemungkinan Umno sangat tidak berpuas hati dengan kenyataan Ayub itu.
"Walau dengan apa cara pun, yang paling penting bagi Umno ialah ia mahu melihat kerajaan negeri Pulau Pinang dipersalahkan atas isu khutbah itu.
"Bila Ketua Polis suruh letak di tepi salah faham dan ketegangan, itu sangat bertentangan dengan keinginan Umno yang belum dapat lagi merawat kekecewaanya kerana kehilangan kuasa di Pulau Pinang," katanya.
Isu membaca doa untuk Lim kononnya bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim memberitahu siasatan awal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menunjukkan tindakan menukarkan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim tidak pernah berlaku.
 -Harakahdaily-

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List