LAWAK BENG HOCK 20 SEPT.............???

on Sep 1, 2010

Nota yang ditulis oleh Beng Hock dikemukakan 20 Sept.....Lu fikir lah sendiri.....Aku dah malas nak fikir...........!!!!!.



SHAH ALAM 1 Sept. – Nota yang dikatakan ditulis oleh Teoh Beng Hock sebelum dijumpai mati pada Julai tahun lalu akan dikemukakan di Mahkamah Koroner di sini pada 20 September ini.

Nota itu akan diserahkan kepada mahkamah melalui pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Polis (ASP) Ahmad Nazri 

Zainal yang akan memberi keterangan pada tarikh tersebut.
Akan turut dipanggil untuk memberi keterangan ialah seorang ahli kimia yang juga pakar tulisan tangan. – Utusan

SEKOLAH HARAPAN DITANGGUH...........???

on

Melaka tangguh buka sekolah remaja hamil



MELAKA 1 Sept. - Sekolah untuk remaja hamil dikenali Sekolah Harapan yang dijadualkan mula beroperasi hari ini, ditangguhkan pembukaannya ke 16 September ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Beliau berkata, penangguhan itu disebabkan beberapa keperluan logistik seperti pengambilan staf masih belum dapat dipenuhi oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

"Buat permulaan, kita perlu lima ke enam orang staf wanita seperti guru, warden dan kaunselor,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas askar British di pejabatnya di Seri Negeri di sini, hari ini.
Sekolah Harapan itu akan beroperasi di sebuah bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad di Jasin dan setakat ini, seramai tiga orang remaja telah memohon untuk memasuki sekolah itu. - Bernama

MUSTAFFA KAMIL AYUB

on

Mustaffa 'minat' tanding timbalan presiden


Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub berminat bertanding jawatan timbalan presiden tetapi menegaskan "adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya".

Katanya, ini kerana beliau perlu menunggu hingga awal Oktober ini bagi melihat jumlah pencalonan untuknya bertanding jawatan tersebut.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi PKR akan dijalankan secara langsung November ini. Proses pencalonan membabitkan 205 cabang PKR bermula minggu lalu dengan Kedah dan Perlis menjadi yang pertama berbuat demikian.

Mustaffa menegaskan demikian dihubungi bagi mengulas keputusan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak yang mahu beliau bertanding merebut jawatan timbalan presiden.

Lamanweb 
Suara Keadilan memetik kenyataan setiausaha MPN Perak, Anuar Zakaria sebagai berkata mesyuarat majlis semalam memutuskan Mustaffa paling layak memegang jawatan tersebut kerana mempunyai asas serta kualiti kepimpinan yang cemerlang sejak sertai parti itu pada 1999.

Menurutnya, Mustaffa berpengalaman memimpin PKR sebelum ini sebagai pemangku ketua Pemuda selama dua tahun, setiausaha agung selama tiga tahun dan naib presiden selama enam tahun. Mustaffa juga pernah menjadi pengerusi PKR Terengganu dan Sarawak dan berjaya menyelesaikan kemelut di kedua-dua negeri itu.

Ketika dihubungi 
Malaysiakini, Mustaffa berkata beliau sudah 12 tahun berkhidmat dalam PKR - dari jawatan timbalan ketua Pemuda sehinggalan jawatan naib presiden yang disandangnya sekarang.

Oleh itu, katanya, beliau bersedia untuk berkhidmat dalam sebarang peringkat dalam parti.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangannya yang mempunyai keyakinan menggesanya bertanding jawatan timbalan presiden.



Sumber:- MalaysiaKini

MAKA BERKATA-KATA LAH KETUA PEMUDA ITU........???

on



Isu video klip kontroversi yang dicetuskan Wee Meng Chee atau Namewee perlu dijadikan pengajaran kepada semua kaum di negara ini agar tidak mengikut emosi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata apa yang dilakukan Namewee itu sudah keterlaluan dan menghiris perasaan bangsa Melayu dan pemuda itu seperti tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu yang pernah dilakukannya sebelum ini.

"Kita dah bagi peluang pada beliau dulu yang pernah memohon maaf dan kita ingat dia sudah berubah bila balik ke Malaysia.

"Kita sudah banyak bertolak ansur dan bila penghinaan itu terlalu jelas dan nyata sudah tiba masanya mereka yang buat begitu diambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu, Rosmadi Ismail di Kota Bharu, malam semalam.

Sambil meminta polis menyegerakan siasatan, Khairy berkata apa yang dilakukan Namewee itu sesuatu yang sukar diterima oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini dan perkara seperti itu perlu ditangani segera.

"Kalau ada ucapan berbaur perkauman daripada sesiapa sahaja, polis dan juga pihak pendakwa raya perlu bertidak cepat kerana jika tidak akan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak seolah-olah tidak ada tindakan," katanya.

Khairy juga menafikan dakwaan bangsa Melayu begitu sensitif oleh bangsa lain seolah-olah tidak boleh ditegur dan kononnya isu sedemikian telah dipolitikkan.

"Melayu tidak terlalu sensitif dan kita sebenarnya banyak bertolak ansur," katanya. 

Namewee semalam telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan berhubung video klip berkenaan selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.


- Bernama

DAP Muar bantah penangkapan terhadap Namewee

on

                       


DAP Bahagian Muar membantah sekeras-kerasnya mengenai kenyataan yang dibuat oleh pihak polis pada 30 Ogos 2010 iaitu Wee Meng Chee (atau dikenali sebagai Namewee) akan disiasat mengikut Akta Hasutan dan juga kenyataan yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Rais Yatim bahawa Wee Meng Chee (Namewee) harus disiasat kerana filem terbarunya "Nah!" yang bertemakan anti-rasis.

Selain itu, kami (Er Teck Hwa, gambar atas kanan) juga kesal dengan tindakan susulan polis yang menghantar 3 kereta peronda polis ke rumahnya apabila kita masih ketinggalan 15 minit untuk menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan.

Wee Meng Chee (Namewee) dalam filem terbarunya telah menyampaikan pendirian kebanyakan orang Cina iaitu kami tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memprovokasikan sentimen perkauman.  Sehingga hari ini, pihak yang terlibat masih bebas dari segi undang-undang dan hukuman terhadapnya hanyalah memindahkannya tersebut ke sekolah lain untuk meredakan kemarahan orang ramai. Seruan masyarakat orang Cina adalah tegas dan sama iaitu pihak yang terlibat harus dihadapkan ke mahkamah untuk meneriman tindakan yang sewajarnya.

Sekiranya ia hanya merupakan satu kes kecuaian dalam sistem pendidikan maka guru tersebut boleh dimaafkan kerana jasa guru yang berat iaitu mendidik generasi akan datang.  Sebaliknya, insiden sebegini kini berlaku secara berleluasa.  Pada bulan April yang lepas, iaitu dalam perhimpunan di SMK Sultan Abu Bakar, Muar di mana Pengetuanya telah mengarahkan pelajar bukan islam meniru cara sembahyang pelajar Islam.  Pada bulan Julai di Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka, tindakan beberapa pelajar yang tidak memakai tudung dan memakai baju tanpa kolar tangan ketika tampil di acara fesyen sekolah telah mengundang kemarahan seorang guru.  Guru tersebut telah memarahi pelajar Cina tersebut dan menyebut orang Cina sebagai pelacur, menjadi contoh yang buruk kepada pelajar lain.  Tambah lagi kes yang berlaku di sekolah menengah di Johor dan Kedah.

Kesimpulannya, mereka yang terlibat hanya diberi amaran atau dipindahkan ke sekolah lain, tiada sesiapa pun yang dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Wee Meng Chee (Namewee, gambar atas kiri) sudah menjelaskan pendiriannya dalam filem terbaru iaitu membantah kenyataan perkauman daripada Pengetua Siti Inshah Mansor dan pendirian Kementerian Pendidikan yang tidak mengambil sebarang tindakan tegas terhadapnya.  Sekiranya Kementerian Dalam Negeri masih meneruskan pendakwaan terhadap Wee Meng Chee (Namewee) maka ini menunjukkan kerajaan bersetujuan dengan kenyataan rasis daripada Pengetua tersebut dan pendirian Kementerian Pendidikan yang memandang ringan insiden ini.  Secara tersirat, kerajaan telah bersetuju dengan tindakan rasis segelintir pihak di negara ini.

Ketika masih ketinggalan 15 minit untuk menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan, pihak polis telah menghantar tiga kereta peronda polis ke rumah Wee Meng Chee (Namewee).  Pada malam yang sama, sebuah stesen television telah menayangkan dokumentasi patriotik buatan Wee Meng Chee (Namewee) yang bertajukkan "I Wanna Go Home".  Ada pihak yang ditahan sebelum Hari Kemederkaan kerana mahu menunjukkan semangat patriotiknya kepada negara ini, manakala ada pihak yang masih bebas walaupun menyamakan sesuatu kaum dengan pendatang, pelacur, pengemis.  Hal ini telah bermakna, slogan Perdana Menteri iaitu "1Malaysia" kini sudah terkecai.

*Kenyataan oleh Er Teck Hwa, selaku ahli parlimen Bakri-DAP pada 31 Ogos 2010.

Sumber:- MerdekaReview

Tarikh lihat anak bulan Syawal - 08hb Sept 2010

on


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri tahun ini ialah pada 8 Sept ini.

Ia akan dilakukan di 30 tempat yang telah ditetapkan di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan. 

Tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor),Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). 

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan). 

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang). 

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). 

- Bernama





Rafizi tanding ketua AMK, umum regu

on


       
  
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda PKR (AMK).

Beliau turut mengumumkan barisan regunya yang dikenali sebagai Generasi Reformasi, yang akan bertanding jawatan utama AMK.

Rafizi akan berganding dengan ADUN Batu Cave, Amirudin Shari yang akan bertanding jawatan timbalan ketua AMK.

Manakala tiga lagi ADUN gandingannya dalam Generasai Reformasi, akan bertanding jawatan naib ketua dan exco.

Mereka ialah Sim Tze Tzin (Pantai Jerjak), S Kesavan (Hutan Melintang) dan Chang Lih Kang (Teja).
Sim dan Kesavan akan bertanding jawatan naib ketua manakala Chang dan tiga orang lagi - Halimey Abu Bakar, MA Tinagaran dan Saifullah Zulkifli akan bertanding jawatan exco.

Menurut Mohd Rafizi, barisan Generasi Reformasi menggabungkan pelbagai kumpulan berbeza atas semangat reformasi.

Mustapa: Pemberian wang ihsan atas nasihat AG

on

       


Pemberian wang ihsan kepada Kelantan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) oleh kerajaan persekutuan bukan dibuat secara membuta tuli sebaliknya atas nasihat peguam negara sebelum diagih-agihkan kepada rakyat yang layak.


Pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia dibuat atas nasihat peguam negara yang juga berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada 75 anak yatim di masjid An-Nur, Badak di Pasir Puteh, petang semalam.

Isnin lalu, kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Dagang di Kuala Lumpur kerana mendakwa syarikat minyak negara itu melanggar perjanjian selain menuntut Petronas melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri itu.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri yakin tindakan kerajaan persekutuan itu adalah betul mengikut undang-undang sedia ada.
"Terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan siapa yang benar," katanya.

Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM25 juta sebagai pemberian wang ihsan pertama kepada negeri itu dengan sebahagian besarnya sedang diagih-agihkan bagi membantu lebih 70,000 pelajar.

- Bernama

Timbalan KM Sabah tinggalkan LDP

on

NONE
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti LDP.

Pang adalah naib presiden parti berkenaan dan sejak kebelakangan ini timbul khabar angin parti komponen itu akan meninggalkan BN.

Ia berikutan pergeseran antara Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dengan beberapa pemimpin LDP.

Sebelum ini, timbalan presiden LDP, Chin Su Phin dilaporkan berkata parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa tetapi tetap setia kepada BN.

Berikutan kenyataan Chin itu, timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, datuk seri Salleh Said berkata LDP bersekongkol dengan pihak tertentu bagi menumbangkan Musa.

Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong, bagaimanapun menafikan bahawa partinya itu akan berpaling tadah.

"Tiada spekulasi seperti itu. Saya setia sebagai orang BN dan berikrar kesetiaan kepada BN di bawah pimpinan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak),” katanya ketika dihubungi.


Sumber:- Malaysiakini

Talibarut Umno dalam Mais, Jais mesti letak jawatan

on



Mohd Rashidi Hasan




Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Dato' Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Mohamad Khusrin Munawi seharusnya melepaskan jawatan yang mereka sandang kerana rakyat Selangor meragui kewibawaan mereka.
Kewibawaan mereka tercemar kerana mereka berdua tidak dilihat bertugas untuk menjaga kesucian agama Islam, sebaliknya lebih mirip menjadi agen Umno dalam Kerajaan Negeri Selangor.


Tanpa harus dinafikan, keseluruhan pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tidak menyenangi mereka berdua, kerana cara mereka memimpin Mais dan Jais, bagaikan cawangan Umno.
Di atas kapasiti Kedua-dua mereka adalah memegang jawatan tertinggi dalam institusi agama, di mana Sultan Selangor selaku Ketua Agama Negeri.

Maka mereka mengambil kesempatan untuk membuat pelbagai larangan terhadap institusi agama, khususnya masjid dan surau, kononnya Sultan tidak membenarkan, kononnya Sultan murka dan sebagainya.
Khusrin secara spesifiknya dalam suatu majlis meraikan Tokoh Maal Hijrah, Sheikh Dr Yusof al-Qaradhawi di Masjid Negeri Shah Alam, melarang Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berucap.

Walhal, Anwar bukan hendak berceramah agama, beliau hanya dijadualkan berucap untuk menerangkan latar belakang mengenai ketokohan Dr Yusof yang dikenalinya puluhan tahun.
Perangai Khusrin bukannya baru. Beliau menjadi Pengarah Jais sejak sekian lama. Di zaman bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Khir Toyo, beliau adalah dalang Umno.

Ada banyak kes, antarannya perobohan Surau Jubli Perak, Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahimah, Shah Alam, Surau Kampung Berembang dan lain-lain.
Banyak kes Jais menghalang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berceramah di masjid dan surau, pengepungan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, ramai tokoh ulama PAS dilarang. Terbaru, bekas Mutfi Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, didakwa berceramah tanpa tauliah.

Jelas, karenah kedua-dua mereka, secara langsung mengganggu pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan sekali gus redundant tugas Exco Agama, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali.
Terbaru, Adzib berkata, Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan Surau al Huda, Taman Kajang Central yang membenarkan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ.
Beliau mengarahkan Mais mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta-merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

Tindakan Adzib ini mendapat reaksi segera Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.
Mahfuz membuat suatu teguran keras terhadap Mais, berhubung tindakan pantas badan tersebut yang kelihatan begitu marah, dengan lawatan Ahli Parlimen Serdang ke Surau al-Huda.
Mahfuz turut membidas akhbar Utusan Malaysia, dalam laporannya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".
Katanya, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Mahfuz dengan tegas mendakwa Umno telah mendalangi Mais dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku didakwa murka.
Tiada sebarang tazkirah yang didakwa disampaikan Nie Ching,  melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh AJK surau.
"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.

"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut.
Katanya, tindakan Umno mempengaruhi Mais amat merugikan Islam apabila masyarakat bukan Islam mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.
"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada Ahli Parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.
Maknanya, dari sudut Islam, tidak salah golongan bukan Islam memasuki masjid atau surau. Ini jelas tiada pertikaian.

Merujuk hal ini penulis mengimbau kembali, tatkala menghadiri program ceramah pendakwah terkenal al-Marhum Sheikh Ahmad Deedat, di sebuah universiti beberapa tahun lampau.
Dalam ucapannya Sheikh mempertikaikan peranan institusi masjid. Beliau mempersoalkan mengapa masjid-masjid (termasuk surau) di Malaysia, menyukarkan golongan bukan Islam untuk memasukinya.
Kata Sheikh, masjid adalah tempat yang baik untuk berdakwah dan seharusnya kita (umat Islam) memberi ruang seluas-luasnya kepada bukan Islam untuk masuk, sekali gus membuka ruang kepada kita untuk berdakwah.

Merujuk isu Nie Ching. Barangkali beliau membuat kesalahan kerana tidak menutup kepalanya, tetapi melemparkan pelbagai kecaman, tuduhan dengan kata-kata nista terhadap beliau adalah amat tidak islamik.
Kecaman terhadap Nie Ching adalah amat salah. Kita harus membuka ruang kepada bukan Islam untuk mendekati masjid dan surau kita. Selain daripada mengharapkan hidayah Allah, sekurang-kurangnya golongan bukan Islam akan merasakan kebaikan umat Islam dan ini akan mendorong mereka lebih hampir kepada Islam.
Apa yang dilakukan oleh Umno dan Mais ini hanya menunjukkan Islam itu buruk dan tidak toleran. Tindakan ini hanya akan menjauhkan golongan bukan Islam dengan masjid dan surau.

Jika selepas ini Nie Ching dan rakan-rakannya akan takut mendekati masjid dan surau kerana takut dengan kecaman Umno. Jelas, tindakan tidak rasional ini telah menyebabkan peluang untuk berdakwah tertutup.
Salahnya di sini adalah Mais. Mereka cuba menjadi lebih Umno daripada Umno. Mais menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah cawangan Umno di Selangor

Di Selangor, selama lebih dua tahun, rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat cukup meluat dengan cara Adzib dan Khusrin mentadbir Mais dan Jais.
Kedua-dua institusi ini, bukan sahaja menjalankan peranan Umno mereka, malah dalam beberapa ucapan mereka sering membuat pelbagai larangan terhadap masjid dan surau atas nama Sultan.
Apa yang didakwa Mahfuz relevan dengan keadaan semasa di Selangor. Jelas Mais dan Jais memperalatkan golongan Istana untuk kepentingan Umno.

Sehingga wujud persoalan di minda rakyat, apakah Pengerusi Mais atau Pengarah Jais memberikan nasihat yang salah kepada Sultan Selangor.
Nasihat yang salah kerana sepatutnya mereka menasihati Sultan berdasarkan hukum agama, bukan kehendak politik Umno-BN. Sebagai Ketua Agama Negeri, sudah tentunya Sultan akan mematuhi semua hukum hakam yang ditentukan Allah SWT dalam al-Quran.

Secara spesifik dalam kes Nie Ching, jelas Adzib telah salah menasihati istana. Adzib tidak menjalankan tindakan mengikut hukum Islam, tetapi beliau dengan jelas mengikut telunjuk Utusan Malaysia yang menjadi akhbar talibarut Umno.

Adzib dan Khusrin dalam banyak kes sebelum ini menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah alat Umno yang menjadi 'duri dalam daging' dalam Kerajaan Pakatan Rakyat.
Ada banyak kes yang membabitkan keduanya direkodkan dan akan disenaraikan satu-persatu, buat menjadi bukti salahlaku mereka dalam menjalankan urustadbir institusi agama.

Oleh itu jika Khalid Ibrahim dan Hasan Ali tidak mahu terganggu, demi keharmonian Islam serta rakyat di seluruh Selangor, kedua-dua Adzib dan Khusrin, harus diminta melepaskan jawatan dengan segera!



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List